Anda di halaman 1dari 24

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA KELANTAN MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN DI PASAR SITI KHADIJAH KELANTAN

ZAMZURAIDAH BT ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG USAHAWAN WANITA KELANTAN MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN DI PASAR SITI KHADIJAH KELANTAN

ZAMZURAIDAH BT ISMAIL

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan Unuversiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

ii

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah jelaskan sumbernya

Tandatangan: Nama Penulis: Tarikh :

. ZAMZURAIDAH BT ISMAIL .

iii

DEDIKASI

Istimewa buat:

Suami yang dicintai Encik Husni Bin Ibrahim, Abah yang dikasihi Encik Ismail Bin Ibrahim, Mama yang dikasihi Pn Zainab Bt Awang Besar,

Serta anak-anakku: Muhammad Hanis, Nurul Aqilah, Nurul Afiqah,

Budi dan jasa baik kalian hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kesabaran semua sepamjang menyiapkan kajian ini.

Semoga ALLAH memberikan rahmat dan kasih sayangnya kepada kita semua

ABSTRAK

Penglibatan kaum wanita dalam bidang perniagaan bermula sejak abad ke - 19 lagi terutamanya di Kelantan. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktorfaktor yang mendorong usahawan wanita menceburi bidang perniagaan di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. Objektif kajian ini adalah mencakupi empat persoalan kajian iaitu cabaran dalam perniagaan, keluarga, minat dan kemahiran yang dimiliki yang boleh menjadi pendorong usahawan wanita menceburi bidang perniagaan. Seramai 30 orang peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Siti Khadijah dipilih sebagai responden kajian. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian dan data telah diproses dengan menggunakan perisian komputer SPSS ver. 10. Data dipersembahkan dalam bentuk. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa usahawan wanita menceburi bidang perniagaan adalah disebabkan oleh dorongan keluarga di samping memiliki kemahirankemahiran yang boleh mendorong mereka menceburi bidang perniagaan. Dengan ini diharap lebih ramai lagi usahawan wanita akan menceburi bidang perniagaan dan dapat memberikan manafaat kepada mana-mana pihak yang berkepentingan.

vi

ABSTRACT

Entrepreneurs can be considered as a boost to the nations economic development. The purpose of this research is to identify the motivational factors that attract women entrepreneurs to be involved in business at the Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan. The four factors specified are challenges in business, family, interest and skills. A total of 30 women entrepreneurs were selected as sample. Questionnaire has been used as research instrument and the findings had been possessed using SPSS ver. 10. Data were presented in percentages and the frequencies. Results showed family support and skills motivates there women to be involved in entrepreneurship. It is hoped that more women entrepreneurs will be involved in businesses.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI SINGKATAN SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xiii xv xvi xvii

BAHAGIAN SATU PENGENALAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 1.2

Pengenalan Latar Belakang Masalah

1 3

viii

1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Penyataan Masalah Objektif Kajian Persoalan Kajian Kepentingan Kajian Definisi Terminologi Batasan Kajian

6 6 6 7 7 9

BAHAGIAN DUA SOROTAN KAJIAN

BAB II

SOROTAN KAJIAN

10

2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Pengenalan Definisi Usahawan dan Keusahawanan Ciri-Ciri Seorang Usahawan Cabaran Yang Dihasdapi Terutamanya Usahawanita Kemahiran-Kemahiran Yang Perlu Ada Pada Seorang Usahawan

10 10 12 15

18 20 22

2.6 2.7

Keluarga Minat

BAHAGIAN TIGA METODOLOGI KAJIAN

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

24

3.1

Pengenalan

24

ix

3.2 3.3 3.4 3.5

Rekabentuk Kajian Tempat Kajian Populasi dan Sampel Kajian Instrumen Kajian 3.5.1 3.5.2 Kandungan Soal Selidik Kajian Rintis

24 25 25 25 26 27 28 29 30

3.6 3.7 3.8

Prosedur Kajian Analisa Data Kesimpulan

BAHAGIAN EMPAT ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

BAB IV

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN

31

4.1 4.2

Pengenalan Analisis Data Latar Belakang 4.2.1 4.2.2 4.2.3 4.2.4 4.2.5 4.2.6 4.2.7 Jenis Perniagaan Tempoh Berniaga Taraf Pendidikan Status Perkahwinan Tanggungan Pernah Hadir Kursus Umur

31 31 32 32 32 34 34 35 35 36 37 40 41 44

4.3

Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 4.3.1 4.3.2 4.3.3 4.3.4 Persoalan Kajian Pertama Persoalan Kajian Kedua Persoalan Kajian Ketiga Persoalan Kajian Keempat

4.4

Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian

48

BAHAGIAN LIMA RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

50

5.1 5.2

Pengenalan Rumusan Kajian 5.2.1 5.2.2 Rumusan Latar Belakang Responden Rumusan Persoalan Kajian

50 50 50 51 52 53 54 54 56 57 59 61

5.3

Perbincangan 5.3.1 Perbincangan Faktor Latar Belakang 5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 5.3.2.1 Faktor Cabaran 5.3.2.2 Faktor Keluarga 5.3.2.3 Faktor Minat 5.3.2.4 Faktor Kemahiran

5.4

Cadangan

5.5 5.6

Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan

61 62

BIBLIOGRAFI

63

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Kandungan Soal Selidik Di Dalam Bandar Seremban

26

3.2 4.1 4.2 4.3

Tahap Penilaian Taburan Responden Mengikut Jenis Perniagaan Taburan Responnden Tempoh Berniaga Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan Perkahwinan

30 33 33 34

4.4 4.5 4.6 4.7

Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan Taburan Peratusan Responden Mengikut Tanggungan Taburan Responden Mengikut Hadir Kursus Taburan Peratusan Mengikut Umur Hak Milik Perniagaan

35 35 36 36

4.8

Analisis Peratusan Yang Menjawab Item Adakah Cabaran Yang Dihadapi Mendorong Usahawan Wanita Untuk Menceburi Bidang Perniagaan

39

4.9

Analisis Peratusan Yang Menjawab Item Adakah Keluarga Menjadi Pendorong Usahawan Wanita Untuk Menceburi Bidang Perniagaan

42

4.10

Analisa Peratusan Yang Menjawab Item Adakah Minat Menjadi Pendorong Usahawan Wanita Menceburi Bidang Perniagaan

45

xii

4.11

Analisis Peratusan Yang Menjawab Item Adakah Usahawan Wanita Memiliki Kemahiran-Kemahiran Yang Boleh Mendorong Mereka Menceburi Bidang Perniagaan

47

4.12

Peratusan Bagi Setiap Persoalan Kajian

48

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Rajah Carta Alir Prosedur Kajian

29

xiv

SENARAI SINGKATAN

MITI

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia Majlis Perbandaran Kota Bharu Statistical Package For Social Science

USAHANITA MPKB SPSS -

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C

Soal Selidik Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan Surat Maklumat Perniagaan dari MPKB

70 73 74

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan Penglibatan kaum wanita dalam perniagaan dicatatkan dalam sejarah ekonomi

negara sebelum kemerdekaan lagi. Namun begitu, untuk sekian lama, usaha-usaha perniagaan ini dianggap sebagai hanya mampu menambahkan pendapatan keluarga semata-mata. Tanggapan masyarakat umum terhadap usaha perniagaan wanita terbatas pada pandangan bahawa penglibatan mereka lebih mirip pada aktiviti sampingan atau aktiviti mengisi masa secara produktif. Kesanggupan kumpulan kumpulan usahawan wanita untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dalam lapangan perniagaan dengan kaum lalaki tidak menerima perhatian yang serius (Maznah 1994). Namun hari ini dunia menyaksikan wanita sudah berupaya meletakkan diri di barisan hadapan sebagai peneraju dalam pelbagai bidang kepakaran seperti perubatan, perniagaan, perundangan, politik, kejuruteraan dan sebagainya. Malahan telah ada kaum wanita yang mengetuai sesebuah jabatan sama ada dalam sektor awam atau pun sektor swasta. Menurut Rosli Hassan industri perkhidmatan kewangan menunjukkan bahawa pembabitan wanita dalam sektor itu cukup membanggakan (Harian Metro, 1 Julai 2003). Contoh yang paling dekat ialah Tan Sri Dr. Zeti Akhtar, Datuk Khalijah Ahmad dan Tengku Paduka Noor Zakiah Tengku Ismail yang telah mempamerkan kebolehan, keupayaan dan pengalaman luas di bidang kewangan dan menjadi tonggak dibeberapa syarikat kewangan dan perbankan. Wanita ini berdiri sama tinggi dengan lelaki dan

2 beransur-ansur keluar dari kongkongan lelaki hingga akhirnya sesetengah daripadanya bergelar wanita besi. Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Rafidah Aziz wanita tetap menjadi komponen penting dalam pembentukan pelbagai dasar negara. Selain daripada itu kemajuan ekonomi negara yang berterusan juga memberi peluang kepada wanita menceburi pelbagai bidang dengan syarat wanita itu sendiri memanfaatkan peluang yang ada. Pepatah Melayu yang mengatakan bahawa tangan yang menghayun buaian itu sebenarnya berupaya menggegarkan dunia adalah benar. Andaian yang menganggap bahawa wanita itu lemah, haruslah dinafikan dan disingkirkan oleh kaum wanita sendiri. Dalam ucapan perasmian Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (USAHANITA), Puan Azizah Tumin menegaskan sekiranya wanita ingin menjadi insan yang berjaya, mereka haruslah menyemai ciri-ciri daya saing, daya maju dan kreatif. Mesti berani atau tidak takut untuk menghadapi risiko kegagalan kerana seseuatu kegagalan itu adalah permulaan kepada kejayaan. Dunia perniagaan bukanlah satu bidang yang asing bagi kaum wanita. Contoh yang paling jelas ialah Siti Khadijah, yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa ke 13 buah negara. Nabi Muhammad s.aw sebelum dilantik menjadi Rasul telah menjadi pembantu kepada Siti Khadijah menguruskan perniagaan ke luar negara. Siti Khadijah merupakan contoh terbaik bagi kaum wanita Muslim yang berminat dalam keusahawanan. (Zaharuddin Yahya, 1995). Adalah tidak mustahil, dunia keusahawanan akan diambil alih oleh wanita memandangkan sikap, komited, kompeten dan proaktif yang sudah mula terbina di kalangan usahawan wanita. Perlu disedari bahawa berada di zaman globalisasi dan kata-kata tempat wanita hanya diceruk dapur tidak boleh digunakan lagi. Wanita Malaysia hari ini perlulah bersaing bukan sahaja dengan kaum lelaki tetapi juga dengan bangsa lain dan juga negara lain. Menurut Datuk Seri Dr. Mahathir ketika berucap di majlis Konvensyen Kebangsaan Usahawan Wanita 2002, pencapaian dan peranan yang dimainkan oleh golongan wanita dalam bidang keusahawanan kini jelas membuktikan kemampuan wanita menghadapi persaingan. Kini peranan kaum wanita dalam sama-sama membangunkan negara tidak harus dipandang remeh lagi. Secara kesimpulannya

3 pencapaian kaum wanita dalam bidang keusahawanan dan persaingan yang timbul harus diterima secara positif.

1.2

Latar Belakang Masalah

Apabila disebut perkataan usahawan, sebenarnya ianya merujuk kepada usahawan lelaki atau wanita. Dalam erti kata lain, kaum wanita tidak perlu satu istilah khas bagi menggambarkan bahawa wanita adalah seorang peniaga. Begitu juga ciri-ciri usahawan, tidak ada beza antara ciri-ciri usahawan lelaki berbanding usahawan wanita (Zaharuddin Yahya, 1995). Menurut Kirby (1992) terdapat empat ciri-ciri asas yang perlu dimiliki oleh setiap usahawan. Ciri-ciri berkenaan ialah pertama; Mengenal Pasti Peranan yang merujuk kepada keberkesanan individu mengakui hakikat keusahawanan merupakan satu jaringan proses dan bukan tindakan secara bersendirian. Kedua; Berkemampuan iaitu berkebolehan untuk berfikir secara intuitif dan rasional. Ketiga; Bermotivasi merupakan daya penggerak untuk membezakan di antara usahawan yang berpotensi dengan usahawan melepas batuk di tangga. Keempat; Kesediaan melakukan perubahan di mana usahawan hari ini hendaklah mampu dan bersedia untuk menangani perubahan kerana ini akan memberi kesan yang signifikan kepada perniagaan. Dalam bidang ekonomi, wanita tidak melepaskan peluang untuk turut sama menyumbangkan bakti bagi memeriahkan lagi bidang usahawan di Malaysia. Perkembangan pesat ekonomi negara menggamit lebih ramai wanita untuk melibatkan diri secara aktif dalam dunia keusahawanan. Menurut Zaharudin Yahya lagi, pada zaman sekarang di seluruh dunia, ramai usahawan-usahawan wanita telah pun menjadi jutawan yang terkenal, malah sebahagian darinya lebih agresif dari lelaki dari segi fikiran, perasaan dan tindakannya. Dalam dunia perniagaan, wanita ternyata mempunyai kelebihan yang tersendiri jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Wanita selalunya lebih bersedia menghadapi ragam pelanggan dan tekun memupuk perniagaan. Sifat

4 semulajadi dalam konteks berjimat cermat, membolehkan mereka mengawal kos dalam pengendalian perniagaan. Asas yang sedemikian dengan sendirinya menjadi penentu kepada kekalan dan kemajuan bidang yang diceburi. Selain menjadi hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab kepada Pencipta, seorang wanita itu adalah juga seorang isteri juga seorang ibu. Ini bermakna sebagai seorang usahawan, wanita juga perlu menjayakan peranannya sebagai isteri solehah juga sebagai ibu yang bertanggungjawab terhadap masa kini dan masa depan anaknya. Dalam apa juga usaha atau bidang yang diceburi, tidak semua orang akan berjaya. Begitu juga dengan bidang keusahawanan ini di mana ada sesetengah usahawan yang berjaya, manakala yang lainnya pula gagal. Antara salah satu faktor kegagalan seseorang usahawan ialah sikap, (M.B Muda et.al, 2003). Berbagai-bagai perkara boleh dikelaskan sebagai sikap seseorang, misalnya dari segi kerja disiplin, etika dan rasa tanggungjawab. Oleh sebab usahawan bekerja sendiri, sesetengah orang tidak dapat mendisiplinkan diri sendiri. Bekerja sesuka hati, tidak mematuhi masa untuk satu-satu temu janji, tidak memenuhi janji, tidak membayar hutang adalah antara sikap negatif usahawan yang tidak berdisiplin, tidak beretika dan tidak bertanggungjawab. Menjadi usahawan berjaya adalah impian setiap individu yang menjalankan perniagaan. Namun begitu berbagai cabaran harus ditempuhi sebelum mengecap kejayaan yang diimpikan. Walaupun fakta menunjukkan setiap hari bilangan usahawan semakin meningkat di Malaysia, namun tidak kurang juga yang menghadapi kegagalan. Cabaran-cabaran tersebut berbezabeza mengikut jenis perniagaan, jenis usahawan, saiz perniagaan, tempat, masa dan lain-lain lagi. Namun begitu secara umum cabaran yang harus dilalui oleh seorang usahawan boleh dibahagikan kepada diri, keluarga dan alam sekitar, (Yep Putih, 1985) Di sini cabaran pertama lebih banyak berkisar pada diri seseorang usahawan seperti kebolehan melaksanakan tugas dan peranan dengan cekap dan berkesan. Keberkesanan banyak bergantung kepada kemahiran, pengalaman, kebolehan mendisiplinkan diri sendiri serta kesanggupan mengorbankan kesenangan dan masa lapang. Cabaran kedua pula ialah keluarga. Keluarga mempunyai kesan yang kuat kepada keazaman, ketenangan dan keupayaan untuk menjayakan sesuatu pekerjaan kerana biasanya orang-orang melayu memang terkenal dengan hubungan kekeluargaan yang begitu kuat dan rapat. Cabaran keluarga boleh terjadi dalam dua bentuk iaitu

5 mereka langsung tidak percaya kebolehan individu itu berniaga yang mana akibatnya boleh melemahkan semangat dan keazaman dan keluarga enggan memberi kerjasama yang positif dan membina boleh menghalang mencapai kemajuan. Sebagai contoh andainya keluarga sendiri tidak memberi kepercayaan dan enggan memberi sokongan maka ini akan melemahkan semangat kita untuk terus berjaya. Terdapat banyak sebab yang mendorong seseorang itu melibatkan diri dalam perniagaan sama ada sebagai satu aktiviti ekonomi atau sumber nafkah hidup, (Mahashim Bajuri, 1985). Sesetengah individu yang menceburi bidang perniagaan sebenarnya sudah terlibat dengan kerja-kerja lain, misalnya kerja makan gaji di sektor awam atau swasta atau mereka juga pernah bekerja sendiri dalam berbagai-bagai bidang seperti pertanian, perusahaan kraf tangan, perikanan dan lain-lain kerja yang bukan perniagaan. Hasil kerja yang diperolehi itu tidak diniagakan sendiri tetapi hanya menawarkan khidmat sebagai pekerja kepada pihak lain. Namun mereka berasa tidak bebas, tidak puas hati dari segi pendapatan dan terpaksa bekerja di bawah arahan orang lain. Ini membuatkan mereka ingin cuba membuka perniagaan sendiri. Jika mereka tidak lagi makan gaji tetapi menghasilkan barang sendiri seperti petani, nelayan, pembuat kraf tangan atau pengusaha memproses makanan secara kecil-kecilan, mereka boleh berniaga terus di pasaran tanpa melalui orang tengah yang dianggap mencekik darahmereka. Ada juga usahawan yang menceburi bidang perniagaan kerana keadaan yang memaksa contohnya tidak mempunyai pekerjaan disebabkan tiada kelulusan atau memiliki kelulusan yang tidak sesuai. Maka atas desakan hidup serta keluarga atau kawan-kawan maka individu itu mula berniaga sama ada secara kecil-kecilan atau besar-besaran bergantung pada modal, kemampuan, pengalaman dan sokongan orang di sekelilingnya. Perniagaan jenis ini mungkin beroperasi separuh jalan atau berterusan dan maju sehingga menimbulkan minat yang menggalakkan. Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang belum pulih sepenuhnya ketika ini, terdapat ramai pekerja yang dibuang kerja dan ramai pemegang ijazah dan diploma yang masih menganggur di mana pada awal tahun 2002, terdapat lebih kurang 40,000 orang siswazah yang menganggur (M. B Muda et. al, 2003). Ini mendorong penganggur-penganggur ini menceburkan diri menjadi usahawan sebagai satu keadaan yang memaksa kerana peluang kerja makan gaji adalah terhad.

6 1.3 Pernyataan Masalah Berdasarkan latar belakang masalah ini, pengkaji ingin melihat apakah faktorfaktor yang mendorong usahawanita menjalankan perniagaan di Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu.

1.4

Objektif Kajian 1.4. 1 Mengenalpasti cabaran-cabaran perniagaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan wanita di Kelantan. 1.4.2 1.4.3 1.4.4 Mengenalpasti sama ada keluarga menjadi pendorong dalam bidang perniagaan. Mengenalpasti adakah minat menjadi faktor pendorong kepada usahawan wanita. Mengenal pasti kemahiran yang ada pada usahawan wanita dalam menguruskan perniagaan.

1.5

Persoalan Kajian 1.5.1 1.5.2 1.5.3 1.5.4 Adakah cabaran yang dihadapi mendorong usahawan wanita untuk menceburi bidang perniagaan? Adakah keluarga menjadi pendorong usahawan wanita untuk menceburi bidang perniagaan? Adakah minat menjadi pendorong usahawan wanita menceburi bidang perniagaan? Adakah usahawan wanita memiliki kemahiran-kemahiran yang boleh mendorong mereka menceburi bidang perniagaan?

Anda mungkin juga menyukai