Anda di halaman 1dari 1

www.zahrein.

com

Kuliah Maghrib
Tarikh: 11 Nov 2008
Tempat : Surau An Nur
Penceramah: Ustaz Muhammad Faisal

Surah Al-Baqarah membawa maksud lembu. Salah satu kelebihan Surah Al-Baqarah
adalah ia mengandungi Ayat Kursi. Kita hendaklah menjadi ahli Sunnah Waljamaah.
Pendiriannya adalah ikhlas dan sentiasa mengikut dalil.

Kita harus ingat , membaca yassin bukan merupakan perkara sunnah kerana Ia adalah
hadis daif. Tapi kita lakukannya kerana ia menjadi tempat perkumpulan bagi kaum
melayu pada malam jumaat.

Hadis dari Abu Hurairah – Hadis Hassan /sahih

“Bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, jangan jadikan rumah kamu kubur, sesiapa baca
surah Al-Baqarah tidak akan masuk syaitan dalam rumahnya. Makna kubur maksudnya
tempat ditanam orang yang meninggal dunia. Ingatlah alam kubur amat sempit dan sepi.

Oleh itu kita hendaklah baca Al-Quran dirumah. Hidupkan rumah kita dengan zikrullah.
Kita hendaklah melakukan perkara seperti berikut :

1. Bertahlil – Shahadah
2. Bertahmid – Al-Hamdulillha
3. Bertasbih – SubhanAllah
4. Bertakbir – Allah Akbar

Mempelajari Al-Quran adalah wajib. Ingatlah setiap perkataan adalah sedekah,kita


hendaklah berpesan-pesan dengan kebenaran. Rumah kita boleh dijadikan sebagai
tempat berdakwah. Janganlah kita meletakkan gamabr yang hidup dan berhala di dalam
rumah kita. Dan membuat perkara yang melekakan. Syaitan suka akan tempat yang
kotor dan perkara-perkara yang melekakan/keji.

Surah Al-Baqarah mempunyai 286 ayat. Kalau kita baca 10 ayat dalam surah Al-Baqarah
, tidak akan masuk syaitan ke dalam rumah. Kita disunatkan membaca 4 ayat pertama
dalam Surah Al-Baqarah. Membaca ayat kursi. Membaca 2 ayat selepas ayat kursi dan
3 ayat yang terakhir.

Jika kita mengamalkan Surah Al-Baqarah ini, kita akan dilindungi oleh Malaikat.
Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai