Anda di halaman 1dari 23

KANDUNGAN

Pengenalan 1.1 Budaya Melayu Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Agama
1.1.1 Maqasid syariah

1.2 Islam dan Hubungan Etnik berdasarkan Politik 1.2.1 Prinsip politik Islam

1.3 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Sosial


1.3.1 Berkenal-kenalan 1.3.2 Saling memahami 1.3.3 Kebebasan ( Al- Hurriyyah ) 1.4 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi 1.4.1 Prinsip ekonomi dalam Islam Kesimpulam Rujukan Appendix

PENGENALAN
Latar Belakang
Pelajar-pelajar subjek Hubungan Etnik telah didedahkan dengan pelbagai aspek dan perspektif tentang hubungan antara pelbagai etnik selain memperkukuhkan pengetahuan yang sedia ada tentang sesama etnik. Kami juga telah mempelajari tentang pengenalan awal hubungan etnik, sejarah hubungan pelbagai kaum di Malaysia, aspek-aspek penting menyulusuri sejarah hubungan etnik di Malaysia, selain sejarah perkembangan etnik di malaysia itu sendiri. Kami telah diberi tugasan untuk mempelopori dengan lebih mendalam tentang budaya masing- masing dan perkaitannya dengan hubungan etnik. Sebelum ini kami telah ditugaskan untuk melakukan tugasan yang berunsur hubungan antara pelbagai etnik namun kini fokus kami adalah lebih tentang hubungan dalam etnik yang sama iaitu mengenai budaya melayu dalam hubungan etnik. Budaya melayu disini dapat dilihat berkait rapat dengan agama islam. Fokusnya adalah untuk melihat sejauh mana budaya etnik kami memberi kesan kepada etniketnik lain. Antara tujuan laporan ini dibuat adalah untuk mendedahkan kami tentang betapa pentingnya hubungan antara pelbagai etnik dalam mencapai kemakmuran negara. Tanpa perpaduan dan sifat saling memahami tentang etnik yang lain maka akan timbul perpecahan yang memberi implikasi yang buruk dalam pembangunan agama, ekonomi dan sosial negara. Tugasan ini juga memperlihatkan sejauh mana nilai saling bertolak ansur sehingga membawa kepada percampuran nilai-nilai budaya? Ini dapat dilihat khasnya ketika perayaan etnik masing-masing seperti perayaan Thaipusam, Tahun Baru Cina serta Hari Raya apabila kami saling menghormati walaupun ia menimbulkan ketidakselesaan dalam masa yang sama ada juga yang turut sama-sama meraikannya.Selain itu, kami juga telah mengenengahkan apakah nilai yang terdapat dalam budaya melayu serta agama islam yang mewujudkan hubungan etnik? Antaranya adalah prinsip Maqasid Syariah, nilai-nilai berpolitik,berekonomi dan bersosial dalam islam.

1.1 Budaya Melayu Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Agama

Islam menekankan keamanan untuk diri sendiri mahupun sesama umat Islam. Ini bersandarkan kepada firman Allah SWT :

Islam menerima kepelbagaian bangsa dan pluralisme masyarakat bersandarkan firman Allah SWT:

Dalam Islam, soal perbezaan bukan menjadi halangan untuk manusia berbaik-baik, bekerjasama dan saling membantu antara satu dengan yang lain.Penghormatan kepada penganut agama lain telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa hayat baginda dan pendekatan tersebut merupakan ajaran penting dalam agama Islam.

Islam melihat kepelbagaian etnik dengan pandangan yang positif untuk berkenal-kenalan dan bantu-mabantu dalam perkara kebaikan.Ini bersandarkan perisitiwa bila Nabi Muhammad SAW menegur Abu Zarr yang menggelar Bilal dengan menjelaskan tiada keistimewaan seseorang yang berkulit putih dengan seorang yang berkulit hitam kecuali ketakwaannya.

1.1.1 MAQASID SYARIAH


Syariah Islam didatangkan oleh Allah s.w.t. untuk menjamin kebaikan serta menghindarkan kemudharatan kepada semua manusia tanpa mengira etnik.
1i

Ia bertujuan memelihara

kemaslahatan manusia dengan membuka ruang-ruang manfaat kepada mereka dan mengangkat kemudaratan.

Memelihara Agama

Islam datang untuk membebaskan minda manusia daripada belenggu kemunafikan dan kesyirikan. Islam mengajak manusia beriman kepada Tuhan yang Esa iaitu Allah s.w.t. dan perkara-perkara yang berkaitan serta menjauhi anasir-anasir syirik dengan menjelaskan pelbagai panduan untuk melaksanakan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Menjamin keselamatan nyawa.

Syariah Islam juga datang untuk menjamin keselamatan nyawa dan anggota tubuh badan manusia. Dalam konteks hubungan etnik, Islam mewajibkan individu menjaga keselamatan diri dan pada masa yang sama melarang keras perbuatan yang boleh mengancam keselamatan nyawa diri sendiri atau orang lain

WAN JEMIZAN WAN DERAMAN, http://www.takaful-ikhlas.com.my

Memelihara kemurnian fikiran.

Keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. kepada manusia ialah akal. Melalui keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Bersesuaian dengan tujuan ini, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan.

Menjamin kehormatan dan maruah diri.

Kemuliaan dan keperibadian seseorang amat penting dalam kehidupan setiap individu. la berkait rapat dengan kehormatan dan maruah diri. Malah Islam sendiri dibina di atas akhlak yang mulia.Islam manganjurkkkaaan umatnya untuk sentiasa memelihara maruah dan kehormatan diri supaya dipandang tinggi orang lain. Disebabkan itulah islam melarang perbuatan minum minuman keras khasnya bertujuan tidak berlakunya perbuatan maksiat dan zina yang menjatuhkan kehormatan seseorang itu.

Menjamin pemilikan dan penguasaan harta.

Syariah Islam telah menggariskan peraturan, hukum dan undang-undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan. Syariah Islam menegaskan mengenai kepentingan untuk mencari kekayaan daripada nikmat dan anugerah Allah s.w.t. Jika seseorang islam itu meninggal dunia hartanya akan dibahagikan dengan adil kepada kaum kelurganya mengikut prinsip syariah.

1.2 Islam dan Hubungan Etnik berdasarkan Politik 1.2.1 Prinsip politik Islam
Musyawarah

Prinsip pertama dalam sistem politik Islam ialah musyawarah. Ia membawa maksud seseorang itu tidak menyendirikan pendapatnya dalam persoalan atau permasalahan yang memerlukan pendapat orang lain.musyawarrah dapat membuka segala pintu kesulitan dan member kesempatan untuk melihat penyelesaian dalam pelbagai sudut.

Asas musyawarah yang paling utama adalah berkenaan dengan pemilihan ketua negara dan orang- orang yang akan menjawat tugas-tugas utama dalam pentadbiran ummah. Asas musyawarah yang kedua pula adalah berkenaan dengan penentuan jalan dan cara perlaksanaan undang-undang yang telah dimaktubkan di dalam al-gur'an dan al Sunnah. Asas musyawarah yang seterusnya ialah berkenaan dengan jalan -jalan menentukan perkara- perkara baru yang timbul di kalangan ummah melalui proses ijtihad. Kebaikannya manusia akan mendapat lebih ilmu pengetahuan dari perbincangan selain daripada idea sendiri.

Ke'adilan

Prinsip kedua dalam sistem politik Islam ialah keadilan. Keadilan juga boleh disebut sebagai Al-Adalah. Ia berkait rapat dengan keadilan sosial yang dijamin oleh sistem sosial dan sistem ekonomi Islam. Ke'adilan di dalam bidang bidang sosioekonomi tidak mungkin terlaksana tanpa wujudnya kuasa politik yang melindungi dan mengembangkannya.

Di dalam perlaksanaannya yang luas, prinsip keadilan yang terkandung dalam sistem politik Islam meliputi dan menguasai segala jenis perhubungan yang berlaku di dalam kehidupan manusia, termasuk keadilan di antara rakyat dan pemerintah, di antara dua pihak yang bersengketa di hadapan pihak pengadilan, di antara pasangan suami isteri dan di antara ibu bapa dan anak.

Oleh sebab kewajiban berlaku adil dan menjauhi perbuatan zalim adalah merupakan di antara asas utama dalam sistem sosial Islam, maka menjadi peranan utama sistem politik Islam untuk memelihara asas tersebut.Pemeliharaan terhadap keadilan merupakan prinsip nilai-nilai sosial yang utama kerana dengannya dapat dikukuhkan kehidupan manusia dalam segala aspeknya.

Kebebasan

Prinsip ketiga dalam sistem politik Islam ialah kebebasan. Kebebasan yang dipelihara oleh sistem politik Islam ialah kebebasan yang berteraskan kepada ma'ruf dan kebajikan. Menegakkan prinsip kebebasan yang sebenar adalah di antara tujuan-tujuan terpenting bagi sistem politik dan pemerintahan Islam serta asas asas bagi undang -undang perlembagaan negara Islam. Dalam bahasa Arab kebebasan disebut sebagai Al-Huriyyah.

Persamaan

Prinsip keempat dalam sistem politik Islam ialah persamaan atau musawah. Islam mengajar semua manusia adalah sama dan setaraf dari sudut pandangan Allah dan factor yang membezakan mereka adalah ketakwaan di sisi Allah. Perbezaan warna kulit,bangsa dan bahasa tidak menjejaskan taraf kemanusiaan seseorang. Persamaan di sini terdiri daripada persamaan dalam mendapat dan menuntut hak-hak, persamaan dalam memikul tanggungjawab menurut peringkat -peringkat yang ditetapkan oleh undang-undang perlembagaan dan persamaan berada di bawah taklukan kekuasaan undang -undang.

Hak Menghisab Pihak Pemerintah

Prinsip kelima dalam sistem politik Islam ialah hak rakyat untuk menghisab pihak pemerintah dan hak mendapat penjelasan terhadap tindak tanduknya. Prinsip ini berdasarkan kepada kewajiban pihak pemerintah untuk melakukan musyawarah dalam hal hal yang berkaitan dengan urusan dan pentadbiran negara dan ummah. Hak rakyat untuk disyurakan adalah bererti kewajipan setiap anggota di dalam masyarakat untuk menegakkan kebenaran dan menghapuskan

kemungkaran. Hak ini dalam pengertian yang luas juga bererti hak untuk mengawasi dan menghisab tindak tanduk dan keputusan-keputusan pihak pemerintah.

Prinsip ini berdasarkan kepada firman Allah yang mafhumnya:

"Dan apabila ia berpaling (daripada kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerosakan padanya, dan merosak tanaman tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan." (Al-Baqarah: 205)

"..maka berilah keputusan di antara manusia dengan 'adil dan janganlah kamu mengikut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah. Sesungguhnya orang orang yang sesat daripada jalan Allah akan mendapat 'azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan." (Sad: 26)

1.3 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Sosial 1.3.1 Berkenal-kenalan
Teorikal Berkenal-kenalan merupakan perkara pertama yang perlu wujud dalam perhubungan sosial masyarakat. Berkenal-kenalan sudah menjadi fitrah manusia yang menjalani kehidupan. Konsep berkenal-kenalan ini prinsip yang terdapat dalam islam yang merupakan fitrah manusia yang memerlukan perhubungan dan kasih sayang antara satu sama lain.Hal ini akan menyebabkan mereka dapat menjalinkan perhubungan anatara mereka. ALLAH S.W.T menciptakan manusia daripada lelaki dan perempuan yang berbeza dari segi fizikal, mental, dan naluri. Hal ini sudah cukup memberi pengetahuan kepada kita bahawa untuk melahirkan kasih sayang antara dua makhluk perlulah kenal-mengenali antara satu sama lain. Agama islam tidak hanya menganjurkan pengenalan yang terabatas sahaja tetapi juga mengetahui denagan lebih terperinci tentang seseorang yang kita berkenalan.

Praktikal Hal ini dapat dilihat bahawa konsep ini menggalak manusia untuk berkenal-kenalan ini bukan sahaja kepada sesama islam tetapi juga pelbagai kaum. Contohnya, di Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik terdapat kaum cina, kaum india, kadazan dan sebagainya. Hal ini membolehkan kita berkenalan antara satu sama lain. Konsep berkenal-kenalan yang terdapat dalam islam ini membolehkan masyarakat agama islam dapat bergaul dengan masyarakat yang beragama lain. Contohnya, di Universiti terdapat pelbagai kaum yang manuntut ilmu. Hal ini membolehkan berkenalan dengan mereka bagi menyiapkan tugasan, berbincang masalah yang tidak dapat ditanggani dan sebagainya. Jika konsep berkenal-kenal ini tidak terdapat dala agama islam ini akan menyebabkan tidak mempunyai perpaduan dan kesefahaman.

1.3.2 Saling Memahami


Teorikal Saling memahami iaitu saling memahami antara satu sama lain sama ada dalam melakukan persetujuan atau permuafakatan. Dalam kehidupan masyarakat yang harmoni dalam pelbagai etnik, prinsip ini perlu ditekankan. Apabila bangsa-bangsa yang wujud mampu untuk memahami cara hidup, kepercayaan dan budaya sesuatu bangsa dan budaya dan etnik lain beerti akan wujud suasana hidup yang harmoni. Praktikal Sebagai contoh, kita lihat sahaja akativiti yang dalam islam iaiti laungan azan di masjid. Laungan azan dengan suara yang kuat keadaan ini tidak membawa sebarang masalah kepada kaum lain hal ini kerana terdapatnya persefahaman antara kaum lain. Begitu juga denagan upacara bagi kaum lain seperti thaipusam. Bagi kaum indu ayng menyambut thaipusam mereka akan berjalan beramai-ramai di atas jalan raya dengan memakai kavadi.

Masyarakat lain juga memahami perarakan tersebut dan hal ini tidak menimbulkan kemarahan kepada masyarakat lain. Hal ini disebakan oleh agama islam yang amat memahami kepada kehidupan saling memahami kerana ia akan membawa kepada kehidupan yang penuh kebajikan. Bagi islam, kebajikan yang mutlak merupakan berasakan kepada sumber agama islam dan bukan hanya daripada pandangan akal manusia yang bersifat lemah dan terbatas.

1.3.3 KEBEBASAN (AL-HURRIYYAH)


Tahap Konseptual: Kebebasan secara amnya menekankan kebolehan seseorang individu untuk bertindak mengikut kehendaknya sendiri. Kebebasan adalah nilai kemanusiaan yang diberi perhatian dalam Islam. Ia merangkumi kebebasan beragama, kebebasan berfikir, kebebasan politik, kebebasan sivil dan kebebasan hakiki. Kebebasan beragama bermaksud kebebasan beriktikad dan kebebasan melakukan ibadat. Islam tidak menerima tindakan memaksa seeorang menganut agama tanpa kerelaan individu tersebut. Islam memperakui kebebasan beragama bagi setiap orang. Ini bermaksud tiada sesiapapun di antara rakyat negara Islam yang harus dipaksa menganut agama Islam kepada ahl al-Zimmah atau golongan etnik bukan Islam. Asas kepada kebebasan ini berdasarkan kepada beberapa ayat al-Quran, diantaranya firman Allah S.W.T.: Maksudnya, tiada paksaan di dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) daripada kesesatan.(al-Baqarah, 2:256) Berdasarkan kepada pengertian ayat diatas, jelaslah bahawa Islam tidak memaksa orang bukan Islam memeluk agama Islam. Dalam soal memilih agama, Islam memberi kebebasan kepada individu memilih agama yang mereka anuti. Di dalam perjanjian Rasulullah S.A.W. dengan sebahagian etnik Arab yang bukan beragama Islam, seperti perjanjian Baginda dengan penduduk Najran dan lain-lain, memang Baginda S.A.W. memberikan mereka kebebasan menegakkan syiar agama mereka. Begitu juga dengan pegawai-pegawai gereja serta ahli agama mereka, mereka diberikan kebebasan untuk menikmati hak-hak serta pengaruh mereka yang lama dalam suasana yang aman dan tenang (Mat Saad,1995).

Diantara beberapa kaedah yang masyhur di kalangan sarjana Islam berkaitan dengan ahl al-Zimmah atau golongan etnik bukan Islam ialah kaedah kita biarkan mereka dengan agama mereka. Lantaran itu, orang Islam tidak harus mengganggu akidah mereka. Hak ini sebenarnya amat jelas, jika ia tidak diperakui maka sudah tentu tidak harus dimeteraikan Perjanjian Zimmah dengan mereka kerana perjanjian itu akan memberikan mereka hak untuk kekal dalam akidah dan hak untuk tidak diganggu dalam urusan agama mereka (al-Qardawi, 1997). Tahap Praktikal: Amalan-amalan yang dijalankan dalam kehidupan seharian bagi kebebasan hak beragama adalah dari aspek bidang pendidikan, rumah ibadat dan kebebasan penuh untuk memuji dan mengagung-agungkan agama. Dalam bidang pendidikan, golongan bukan beragama Islam tidak pernah dipaksa untuk mempelajari pelajaran agama Islam bahkan mereka berhak menyusun urusan pendidikan agama mereka di sekolah-sekolah yang khusus untuk mereka. Rumah ibadat bagi masyarakat bukan beragama Islam tidak boleh diganggu dan dirobohkan. Jika dirobohkan mereka berhak membina semula rumah ibadat itu asalkan ia tidak dibina dalam kawasan penempatan yang dibangunkan oleh orang Islam. Larangan mereka melakukan upacara-upacara agama di luar rumah-rumah ibadat di dalam kawasan yang menjadi pusat penempatan orang Islam lebih berdasarkan kepada kepentingan umum (maslahah ammah) kerana ditakuti akan berlaku fitnah dan suasana yang tidak tenteram di dalam masyarakat. Oleh kerana itu, jika mereka melakukannya di tempat-tempat yang bukan menjadi pusat penempatan orang Islam maka mereka tidak wajar dilarang. Dengan itu, dapatlah difahami bahawa larangan itu bukanlah sepenuhnya ditujukan khas kepada syiar agama mereka, tetapi suasana buruk atau tidak tenteram yang mungkin akan timbul nanti (Abd al-Karim, 1976). Golongan etnik bukan Islam diberi kebebasan penuh untuk memuji dan mengagungagungkan agama mereka. Malah pemerintah tidak boleh membantah mana-mana puak etnik bukan Islam yang ingin menukar agama mereka kepada agama yang lain. Sebarang perundangan berkaitan murtad hanya dikenakan kepada orang Islam yang murtad.

Ia sama sekali tidak dikenakan kepada golongan bukan Islam sekalipun mereka mengajak orang-orang Islam supaya murtad. Dalam memelihara hubungan etnik yang sedia terjalin, pemerintah Islam tidak boleh sekali-kali memaksa etnik yang bukan Islam berpegang kepada akidah dan amalan yang bercanggah dengan agama mereka. Mereka dibenarkan melakukan segala amalan yang bertepatan dengan agama mereka selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara. Bahkan Islam secara tegasnya melarang penganutnya mencaci dan mencela tuhan-tuhan golongan etnik bukan Islam yang lain.

1.4 Islam Dan Hubungan Etnik Dari Perspektif Ekonomi


Pembangunan sesebuah negara amat bergantung kepada system ekonomi kerana ekonomi adalah nadi yang menggerakkan kemajuan negara dalam bentuk fizikal.Bagi negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum seperti Malaysia, pembangunan dan sistem ekonomi yang stabil dan seimbang amat diperlukan dalam memupuk perpaduan antara kaum agar semua rakyat berada dalam keadaan aman dan harmoni.Sejarah awal Islam telah merakamkan etika dan system ekonomi yang amat menitikberatkan perpaduan ummah. Piagam madinah, khususnya telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini dan memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum penghijrahan Rasulullah S.A.W ke Madinah. Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah berjaya menarik minat pedagangpedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah menjadi pusat perdagangan terpenting di Semenanjung Tanah Arab. Prinsip ekonomi yang diterapkan oleh Islam berbeza dengan sistem ekonomi konvensional yang menjadi pegangan masyarakat seperti kapitalis dan sosialis. Antara prinsip penting ekonomi islam ialah keadilan, kebebasan, keseimbangan, dan rabbaniyah, iaitu berkait rapat dengan soal hukum, akidah, etika dan moral. Kesemua prinsip ini jika diperincikan dan diamati, ternyata ia menjamin kestabilan dan keharmonian antara kaum.

i) Keadilan (al-Adalah) : Konsep keadilan seperti yang telah dibincangkan oleh Syed Qutb ialah dengan kembali kepada asal mula segala penciptaan Allah S.W.T.Menurutnya, keharmonian itulah keadilan. Keharmonian penciptaan Allah tidak mengorbankan aspek-aspek fizikal dan kerohanian manusia, atau aspek-aspek lahiriah dan kerohanian individu dan masyarakat di samping tidak pula mengabaikan manfaat sesuatu kumpulan atau memberatkan sesuatu golongan kerana setiap mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang berteraskan keadilan dan kesaksamaan. Pemingkulan tanggungjawab itu mencerminkan fungsi kewujudan manusia dan alam.Masing-masing dengan tugasnya dan pada waktu yang sama berhubungan secara harmoni dengan nilai-nilai cinta antara satu sama lain, rasa persaudaraan, semangat tolong-menolong semulajadi dan semangat kerjasama ( Muhammad Shukri 2002 ). Dalam aspek hubungan etnik atau hubungan social, keadilan dalam pembahagian harta kekayaan dan pemilikan amat dititikberatkan agar tidak berlaku penyelewengan dan penindasan golongan yang tidak berkemampuan.Keadilan juga terjadi dalam soal pemilikan harta. Tidak seperti system kapitalis yang mementingkan individu dan kebebasannya hamper-hampir bersifat mutlak ke atas individu dalam soal pemilikan, pengembangan dan perbelanjaan harta tersebut. Manakala sistem komunis atau sosialis pula berprasangka buruk terhadap individu lantas menafikan pemilikan dan hak individu terhadap harta dan hanya memandang kemaslahatan Negara dan masyarakat semata-mata. Sedangkan Islam bersifat seimbang dan adil antara keduanya, iaitu individu, masyarakat atau Negara.Islam tidak menafikan hak dan kebebasan individu untuk memperoleh, memiliki dan mentadbir harta, tetapi mestilah berpandukan syariat.Islam juga tidak menafikan hak negara untuk memiliki dan mentadbir harta demi kepentingan dan kemaslahatan masyarakat.Inilah yang membuktikan bahawa Islam mempunyai prinsip keadilan sosial dalam soal pemilikan dan pentadbiran harta.

ii) Kebebasan ( al-Huriyyah ) Dalam sistem ekonomi Islam, untuk memenuhi keperluan harian bagi setiap anggota masyarakat, Islam membenarkan malah menggalakkan mereka berinteraksi dalam aktiviti ekonomi.Individu atau jamaah Islam tidak dilarang untuk menjalankan urusniaga dengan orang bukan islam seperti berjual beli dan sebagainya. Hal ini dapat dibuktikan apabila amalan ini dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah S.A.W. Baginda pernah menjalankan aktiviti ekonomi bersama orang yahudi semasa baginda menjadi pemerintah di Madinah.Keadaan yang sama juga wujud di negara kita, di mana masyarakat hidup dalam suasana yang harmoni dan berganding bahu untuk membina pertumbuhan ekonomi negara. Orang-orang bukan Islam dapat menjalankan perniagaan di manamana sahaja malah di kawasan majoriti orang Islam juga. Hal ini jelas membuktikan bahawa Islam merupakan agama yang memberi keadilan dan kebebasan kepada semua kaum seperti kaum cina dan india dalam menjalankan ekonominya. Selain itu, perekonomian Islam juga memberi kebebasan kepada individu untuk beraktiviti sama ada secara perseorangan mahupun secara kolektif.Namun, kebebasan ini tidak secara mutlak kerana ia terikat dengan batasan syariat yang telah digariskan oleh Allah S.W.T. Prinsip kebebasan ini berbeza dengan ekonomi kapitalis mahupun sosialis. Dalam kapitalis, kebebasan individu dalam ekonomi tidak dibatasi nilai-nilai ukhrawi sehingga tidak dikira halal dan haram. Sementara ekonomi sosialis pula, tidak mempunyai kebebasan sama sekali kerana seluruh aktiviti ekonomi diatur dan diserahkan kepada negara.Kebebasan dalam ekonomi islam jelas memberikan kebaikan kepada semua pihak, tanpa mengira bangsa dan kaum serta sekaligus membuktikan kesyumulan Islam. iii) Ketuhanan (Rabbaniyyah) Ekonomi Rabbaniyyah bermakna ekonomi Islam sebagai ekonomi ilahiah yang sangat berbeza dengan sistem yang diamalkan oleh Barat kerana ekonomi Islam amat menitikberatkan hubungan dengan pencipta iaitu Allah atau mempunyai kaitan dengan persoalan ketuhanan. Sedangkan ekonomi yang diamalkan oleh Barat, khususnya kapitalis dan sosialis tidak langsung menekankan soal ini.

Islam mempunyai cara, pemahaman, nilai-nilai ekonomi yang berbeza dengan ekonomi barat yang sama sekali tidak mengharapkan ketenangan dari Allah S.W.T dan tidak mempertimbangkan akhirat. Seseorang muslim ketika melaksanakan pekerjaan sama ada bercucuk tanam, berdagang dan sebagainya adalah dikira sebagai beribadat kepada Allah dan mereka haruslah menikmati dan menyedari bahawa semua itu adalah rezeki daripada Allah dan nikmat-Nya yang wajib disyukuri sebagai mana dalam firman Allah surah Saba ayat 15. Sesungguhnya bagi kaum Saba ada tanda (kekuasaan Tuhan) di tempat kediaman mereka yaitu dua buah kebun di sebelah kanan dan di sebelah kiri. (kepada mereka dikatakan): Makanlah olehmu dari rezeki yang (dianugerahkan) Tuhanmu dan bersyukurlah kamu kepada-Nya. (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) adalah Tuhan yang Maha Pengampun.

Seseorang muslim yang tunduk dan patuh kepada aturan Allah, tidak akan berusaha dengan melakukan sesuatu yang haram, tidak melakukan riba, kezaliman, penipuan, pencurian, dan tidak berjudi, memberi dan menerima suapan. Seseorang muslim juga tidak akan melakukan pemborosan, dan tidak kikir. Dalam membicarakan soal ketuhanan dalam sistem ekonomi, ia menekankan beberapa aspek penting, antaranya ialah konsep pemilikan harta, bekerja sebagai ibadat, konsep halal dan haram, kewajipan mengeluarkan zakat dan sebagainya.

1.4.1 Prinsip-prinsip dalam Ekonomi Islam


Thomas Khun menyatakan bahawa setiap sistem ekonomi mempunyai inti paradigma. Inti paradigma ekonomi Islam ini adalah bersumber daripada Al-Quran dan Sunnah.Ekonomi Islam mempunyai sifat dasar sebagai ekonomi Rabbani dan Insani.Ianya di sebut Ekonomi Rabbani kerana sarat dengan arahan dan nilai-nilai Ilahiyah.Manakala ekonomi Insani adalah kerana ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan untuk kemakmuran manusia. (Qardhawi). Menurut Yusuf Qardhawi (2004), ilmu ekonomi Islam memiliki tiga prinsip dasar iaitu tauhid, akhlak, dan keseimbangan. Dua prinsip yang pertama kita sama-sama tahu ianya pasti tidak ada dalam landasan dasar ekonomi konvensional. Prinsip keseimbangan juga dalam praktiknya, yang membuat ekonomi konvensional semakin dikritik dan ditinggalkan orang.

Ekonomi islam dikatakan memiliki dasar sebagai ekonomi Insani kerana sistem ekonomi ini dilaksanakan dan ditujukan untuk kemakmuran manusia. Sedangkan menurut Chapra, disebut sebagai ekonomi Tauhid. Keimanan mempunyai peranan penting dalam ekonomi Islam, kerana secara langsung akan mempengaruhi cara perlihatan dalam membentuk keperibadian, tingkah laku, gaya hidup, selera,dan preferensi manusia, sikap-sikap terhadap manusia, sumber daya dan sebagainya.

Saringan moral bertujuan untuk menjaga kepentingan diri supaya sentiasa berada dalam batas-batas kepentingan sosial dengan mengubah preferensi individu sesuai dengan prioritas sosial dan menghilangkan atau meminimalisasikan penggunaan sumber daya untuk tujuan yang akan menggagalkan visi sosial tersebut, yang akan meningkatkan keserasian antara kepentingan diri dan kepentingan sosial.(Nasution dkk) Ciri-ciri ekonomi Islam yang bersumberkan Islam itu sendiri yang meliputi tiga asas utama.Ketiga-tiganya secara asasi dan bersama mengatur teori ekonomi dalam Islam, iaitu asas akidah, akhlak, dan asas hukum (muamalah). Ada beberapa ciri-ciri ekonomi Islam sebagaimana yang disebutkan dalam AlMawsuah Al-ilmiah wa al-amaliyah al-islamiyah yang dapat diringkaskan seperti berikut: a) Allah sebagai pemilik harta dan manusia sebagai pengurus. Ia terbahagi kepada dua iaitu: Pertama, segala harta adalah milik Allah S.W.T , yang berfirman dalam Q.S. AlBaqarah, ayat 284 dan Q.S.Al -Maaidah ayat17.Kedua, manusia adalah khalifah atas harta miliknya, sesuai dengan firman Allah dalam QS. Al-Hadiid ayat 7. Selain itu terdapat sabda Rasulullah SAW, yang juga mengemukakan peranan manusia sebagai khalifah, diantara sabdanya ialah Dunia ini hijau dan manis.Allah telah menjadikan kamu khalifah (penguasa) didunia. Kerana itu hendaklah kamu membahas cara berbuat mengenai harta di dunia ini. Dapat disimpulkan bahwa semua harta yang ada ditangan

manusia pada hakikatnya milik Allah, akan tetapi Allah telah memberikan hak kepada manusia untuk memanfaatkannya.

Sesungguhnya Islam sangat menghormati hak milik peribadi, namun pemanfaatannya tidak boleh bertentangan dengan kepentingan orang lain.Oleh itu, kepemilikan dalam Islam adalah tidak mutlak, kerana pemilik sesungguhnya adalah Allah SWT. Pada QS.an-Najm ayat 31 dan Firman Allah SWT. dalam QS. An-Nisaa ayat 32 dan QS. Al-Maaidah ayat 38. jelaslah perbezaan antara status kepemilikan dalam sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi yang lainnya. Dalam Islam kepemilikan pribadi sangat dihormati walau hakikatnya ia tidak mutlak, dan pemanfaatannya tidak boleh bertentangan dengan kepentingan orang lain dan tentu saja tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sementara dalam sistem kapitalis, kepemilikan bersifat mutlak dan pemanfaatannya pun bebas. Sedangkan dalam sistem sosialis sebaliknya, kepemilikan peribadi tidak diakui, yang ada hanya kepemilikan oleh negara. b) Ekonomi Terikat dengan Akidah, Syariah (hukum), dan Moral; Di antara bukti hubungan ekonomi dan moral dalam Islam (yafie, 2003: 41-42) adalah: larangan terhadap pemilik dalam penggunaan hartanya yang dapat menimbulkan kerugian atas harta orang lain atau kepentingan masyarakat, larangan melakukan penipuan dalam transaksi, larangan menimbun emas dan perak, larangan melakukan pemborosan, kerana akan menghancurkan individu dalam masyarakat dan sebagainya. c) Keseimbangan antara Kerohanian dan Kebendaan; Beberapa ahli Barat memiliki tafsiran tersendiri terhadap Islam. Mereka menyatakan bahwa Islam sebagai agama yang menjaga diri, tetapi toleran (membuka diri). Selain itu para ahli tersebut menyatakan Islam adalah agama yang memiliki unsur keagamaan (mementingkan akhirat) dan sekularitas (aspek dunia).Sesungguhnya Islam tidak memisahkan antara kehidupan dunia dan akhirat. d) Ekonomi Islam Menciptakan Keseimbangan antara Kepentingan Individu dengan

Kepentingan umum; Erti keseimbangan dalam sistem sosial Islam adalah, Islam tidak mengakui hak mutlak dan kebebasan mutlak, tetapi mempunyai batasan- batasan tertentu, termasuk dalam bidang hak milik. Hanya keadilan yang dapat melindungi keseimbangan antara batasan- batasan yang ditetapkan dalam sistem Islam untuk kepemilikan individu dan umum. Kegiatan ekonomi yang

dilakukan oleh seseorang untuk mensejahterakan dirinya, tidak boleh dilakukan dengan mengabaikan dan mengorbankan kepentingan orang lain dan masyarakat secara umum. e) Kebebasan Individu Dijamin dalam Islam; Individu-individu dalam perekonomian Islam diberikan kebebasan untuk menjalankan aktiviti secara sihat sama ada secara perorangan mahupun berkumpulan untuk mencapai tujuan. Namun kebebasan tersebut tidak boleh melanggar aturan- aturan yang telah digariskan oleh Allah SWT. di dalam Al-Quran mahupun Al-Hadis. f) Bimbingan Konsumsi; Islam melarang orang yang sukakan kemewahan dan bersikap angkuh terhadap hukum disebabkan kekayaan, sebagaimana Firman Allah dalam QS. Al-Israa ayat 16 : g) Zakat; Zakat adalah salah satu ciri ekonomi Islam mengenai harta yang tidak terdapat dalam perekonomian lain. Sistem perekonomian diluar Islam tidak mengenal tuntutan Allah kepada pemilik harta, agar menyisihkan sebagian harta tertentu sebagai pembersih jiwa dari sifat kikir, dengki, dan dendam serta tamak dan mementingkan diri. Dalam erti kata lain, zakat adalah penyucian harta yang dilakukan setelah cukup nisab dan haulnya.Harta yang dibayar tersebut akan diagihkan kepada orang yang memerlukan dan ini akan mengurangkan jurang sosial dalam masyarakat terutama antara miskin dan kaya.Firman Allah s.w.t : Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka itu menjadi sedekah supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan menyucikan mereka (dari akhlak yang buruk).(al-Taubah: 103) h) Larangan Riba; Islam menekankan pentingnya memfungsikan wang pada bidangnya yang normal iaitu sebagai fasilitas transaksi dan alat penilaian barang. Diantara faktor penyelewangan wang dari bidangnya yang normal adalah bunga (riba). Ada beberapa pendapat lain mengenai cirri-ciri ekonomi Islam, diantaranya dikemukakan oleh Marthon (2004,27-33). Menurutnya hal-hal yang membezakan ekonomi Islam secara operasional dengan ekonomi sosialis mauhpun kapitalis adalah :

a. Dialektika Nilai nilai Spritualisme dan Materialisme b. Kebebasan berekonomi c.Dualisme Kepemilikan

KESIMPULAN
Kesimpulannya, melalui laporan mengenai budaya melayu dan hubungan etnik ini dapat disimpulkan bahawa terdapat pelbagai nilai- nilai positif dalam islam yang membawa kepada pembentukan hubungan etnik yang baik sehingga membawa kepada kemakmuran negara. Nilai-nilai yang terdapat dalam budaya melayu dan islam juga tidaklah terlalu berbeza dan ia sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan nilai-nilai etnik yang lain yang kesemuanya menganjur kepada tujuan yang sama iaitu kearah kebaikan serta kemajuan umat bangsanya. Nilai yang ada dalam budaya melayu jika dikembangkan dan diperluaskan nescaya akan membawa kepada terbentuknya hubungan etnik yang sangat kukuh. Kesemua etnik dan bangsa perlulah bersama-sama berusaha untuk membentuk perpaduan dan hubungan etnik yang kukuh ini.

RUJUKAN
Buku
Perkembangan hubungan etnik di Malaysia,pensyarah di Pengajian umum,Universiti Utara Malaysia,Sintok,Kedah, m/s ( 127-154), 2011

Internet
http://www.scribd.com/doc/5991082/Kuliah-8-9-Pembangunan-Politik-Dalam-Konteks-Hubungan-Etnik http://drmindailmu.blogspot.com/2009/08/prinsip-prinsip-utama-sistem-politik.html http://khai89.wordpress.com/pengalaman/

APPENDIX

Anda mungkin juga menyukai