Anda di halaman 1dari 20

670110-03-6884 SENARAI KANDUNGAN MUKASURAT

Ringkasan Eksekutif 1.0 Pengenalan 1.1 Minda Kelas Pertama 2.0 Bagaimana Memupuk Minda Kelas Pertama 2.1 Menjadi role model bagi pelajar 2.2 Guru sebagai pengurus bilik darjah yang berkesan 2.3 Guru sebagai motivator kepada pelajar 2.4 Guru Mewujudkan Pengajaran dan Pembelajaran yang berteraskan ICT 3.0 Melalui Kokurikulum 3.1 Kempen Membaca 3.2 Memupuk semangat patriotisme di sekolah 3.3 Mengurus hal ehwal pelajar 3.4 Membangun modal insan minda pertama di sekolah Penutup Bibliografi

2 3 5 7 8 10 11 12 13 14 15 16 17 19 20

670110-03-6884 Ringkasan Eksekutif Kertas tugasan ini dimulakan dengan pengertian minda kelas pertama serta ciri-ciri yang perlu ada dalam minda kelas pertama. Selain perkaitan antara minda kelas pertama dalam sistem pendidikan negara kita. Pengertian ciri-ciri yang menjana minda pertama juga dihurai agar memberi panduan kepada kita menghayati erti sebenar minda kelas pertama. Bahagian kedua tugasan ini menyentuh tentang peranan-peranan yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik bagi memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar dari segi pengurusan sekolah serta proses pengajaran dan pembelajaran yang diguna pakai di sekolah. Seterusnya peranan memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar ini dilihat pula dari bidang kokurikulum dan hal ehwal pelajar. Hal ini kerana dalam menjana minda ia berkait rapat dengan sahsiah dan tingkah laku pelajar itu sendiri. Di akhir kertas ini penulis membuat kesimpulan bahawa peranan pendidik dalam memupuk minda kelas pertama mestilah dijalankan dengan bersungguhsungguh agar hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas minda pertama tidak akan tercapai.

670110-03-6884 Soalan 3
Manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana mindanya melalui empat ciri utama, iaitu kesedaran kendiri, ingin tahu (curiosity), fokus dan inisiatif. - Jim Canteruci(2005)
Personal Brilliance: Mastering the Everday habits that Create a Lifetime of Success

Berdasarkan pernyataan di atas, sebagai pendidik bagaimanakah anda berusaha memupuk minda kelas pertama dalam kalangan anak didik anda?

1.0 PENGENALAN Pertamanya cuba kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan Minda Kelas Pertama. Saya memetik kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Masyarakat berminda kelas pertama ialah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Mereka juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah Negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara senantiasa dijunjung. Pembentukan minda kelas pertama menjadi agenda penting negara selepas Perdana Menteri menjadikannya teras kedua Misi Nasional yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Rancangan ini

670110-03-6884 tidak terbentuk dengan sendiri, sebaliknya perlu ada usaha memupuk secara sistematik dan terarah. Oleh sebab itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah dilancarkan. Hal ini kerana Modal insan berminda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu: a. Teras Pertama Membina Negara Bangsa b. Teras Kedua Membangunkan Modal Insan c. Teras Ketiga Memperkasakan Sekolah Kebangsaan d. Teras Keempat Merapatkan Jurang Pendidikan e. Teras Kelima Memartabatkan Profesion Keguruan f. Teras Keenam Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan

670110-03-6884 1.1 Minda Kelas Pertama Jim Canterucci dalam bukunya Personal Brilliance menyatakan bahawa manusia yang berminda kelas pertama ialah mereka yang sentiasa menjana mindanya. Mereka mempunyai empat ciri utama iaitu kesedaran kendiri, sifat ingin tahu, sifat fokus dan daya inisiatif. Empat ciri ini akan mendorong kesembilan intelek atau kecerdasan minda untuk saling bekerjasama dalam

melihat, menganalisis, menimbang, memilih dan keputusan ditunjukkan melalui tingkah laku. i) Kesedaran Kendiri Manusia yang selalu menjana minda ialah manusia yang mempunyai kesedaran kendiri (self awareness). Mereka yang mempunyai kesedaran kendiri adalah lebih sensitif dan responsif kepada persekitaran. Goleman melalui prinsip Emotional Quotient (EQ) meletakkan kesedaran kendiri sebagai ciri utama dalam mengurus emosi. Manusia yang mempunyai kesedaran kendiri sentiasa menyedari apa-apa yang berlaku dan apa-apa yang perlu dilakukan sama ada untuk dirinya, orang lain dan persekitaran. Hal ini akan membuat dirinya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang keadaan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan. ii) Sikap Ingin Tahu Sikap ingin tahu ini merupakan tanda mereka yang berminda kelas pertama. Mereka yang bersifat ingin tahu sentiasa mencari jawapan terhadap sesuatu yang berlaku kepada diri atau persekitarannya. Apabila seseorang itu mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, maka akan lebih banyak pengetahuan

670110-03-6884 dicari bagi menjawab sebarang persoalan. Mereka selalu bertanya iaitu apa sekira? (what if?). iii) Sifat Fokus Seterusnya sifat fokus terhadap sesuatu isu, perkara dan keadaan juga sangat penting untuk menjana minda dalam membuat satu resolusi terhadap sesuatu isu. Hal ini bukan sahaja akan dapat membantu seseorang memahami sesuatu keadaan dan masalah, tetapi pada masa yang sama menggunakan pelbagai pendekatan untuk kebaikan dirinya dan masyarakat. Sifat fokus ini memerlukan masa dan penjanaan minda. Hal ini bermakna semakin kerap fokus dilaksanakan, semakin banyak pengetahuan dapat dikumpulkan untuk tujuan penyelesaian masalah. Sifat ini juga akan membuat kita menjadi lebih bersungguh-sungguh dalam setiap bidang yang di ceburi. iv) Daya Inisiatif Akhirnya dengan tiga sifat ini akan dapat meningkatkan daya inisiatif untuk melaksanakan sesuatu keputusan yang terbaik. Melalui proses ini, minda dapat dijana dan terhasillah suatu produk yang berkualiti. Maka empat ciri utama di atas tadi penting untuk menjana intelektual minda yang membantu kita dalam membuat sesuatu keputusan. intelektual minda itu ialah: a). intelektual rendah diri (intelectual humality) b). Intelektual keberanian (intellectual courage) c.) intelektual empati (intellectual empathy). d.) intelektual integriti (intellectual integrity).

670110-03-6884 e.) Intelektual keteguhan (intellectual perseverance) f.) intelektual keyakinan (intellectual confidence) g.) Intelektual autonomi (Intellectual autonomy) h.) Intelektual keadilan (intellectual sense of justice). Penggunaan intelektual minda ini adalah sangat penting bagi menjadi seseorang insan itu berminda kelas pertama dan sekiranya intelektual ini dilatih dan dijana sepenuhnya maka ia akan menjadi manusia terbilang dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

2.0 Bagaimana seorang pendidik berusaha memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar? Sesungguhnya proses membina minda kelas pertama bermula dari dalam keluarga lagi dan ianya diteruskan secara formal di sekolah-sekolah, ataupun diteruskan di institusi-institusi pengajian tinggi. Bagi seorang guru atau pendidik , proses memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar merupakan satu tugas atau amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya sebaik sahaja seseorang pelajar itu menjejakkan kaki ke alam pendidikan dan segala usaha ini mestilah berasaskan kepada apa-apa yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial). Di sini saya senaraikan usaha atau langkah tentang cara seorang pendidik boleh memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajarnya.

670110-03-6884 2.1 Menjadi Role Model Bagi Pelajar. Saya berpendapat bahawa bagi melahirkan generasi minda kelas pertama, prasyarat pertamanya ialah guru itu juga perlu memiliki minda kelas pertama. Setelah seseorang guru itu mempunyai minda kelas pertama ia mestilah pula dapat memainkan peranannya dengan positif dan juga menampakkan ciri-ciri kelas pertama itu yakni daripada segala kerja buatnya, pengurusan masanya, mutu atau kualiti kerjanya, cara berpakaiannya, cara

percakapannya, sikap keterbukaannya dalam menangani segala macam masalah dan karenah anak didik di sekolah. Seseorang guru itu sebenarnya memainkan pelbagai peranan bukan sahaja sewaktu bertugas atau semasa di kelilingi anak didik sahaja, malah hingga mencakupi seluruh ruang hidupnya di luar waktu sekolah. Antara peranan yang dimainkan oleh seseorang guru itu adalah seperti; sebagai ibu bapa kepada anak didik, sebagai penasihat, pencetus inspirasi, merangsang motivasi, memupuk semangat kekitaan dan semangat patriotik, bersikap adil dan sama rata (tidak pilih kasih), menjadi juri atau hakim, dan juga sebagai "penguatkuasa" peraturan dan undang-undang (sekolah). Hal jelas sekali menunjukkan bahawa peranan seseorang guru itu amat banyak dan bermacam-macam bentuk dan cirinya. Kita kena ingat bahawa apabila seseorang itu menceburi dunia pendidikan maka terikatlah dia dengan beberapa "syarat" yang tidak bertulis yang mesti kita miliki dan mampu laksanakan dalam memenuhi tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru, lebih-lebih lagi jika hendak menjadi seorang guru minda kelas pertama.

670110-03-6884 Bagaimanakah kita hendak menjadi seorang guru "minda kelas pertama" jika cara berfikir, sikap dan perlakuan kita masih berada di tahap "minda kelas ketiga". Lihatlah di sekeliling kita (dalam iklim dan budaya sekolah) berapa ramai guru-guru yang datang lewat pada setiap hari, berapa ramai pula yang tidak sama-sama berhimpun di perhimpunan mingguan. Begitu juga berapa ramai guru-guru yang sering lewat masuk kelas atau langsung tidak masuk malah mungkin terus tidak mengajar dan bagaimana pula kualiti pengajarannya, dibuat sambil lewa atau melepaskan batuk di tangga sahaja. Jadi segala perlakuan yang dibuat oleh seorang guru tesebut jelas sekali diperhatikan atau dipandang oleh anak didik kita. Hal ini kerana Imam Al Ghazali mengatakan sifat semulajadi kanak-kanak dan pelajar ialah suka meniru perilaku atau apa-apa sahaja yang ada di hadapannya dan jika dibiarkan sifat ini akan menjadi kebiasaan dan sukar untuk dibentuk. Alangkah bijaknya tokoh ilmuan Islam Imam Al-Ghazali yang terlebih awal mengupas begitu mendalam persoalan sebegini. Beliau begitu menekankan betapa pentingnya pendidik perlu menjadi role model atau ikutan yang baik kerana sikap atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pendidik sebenarnya ialah kurikulum dalam pendidikan seorang pelajar. Jadi para pendidik diberi pilihan sama ada memberi pengukuhan dan ganjaran baik atau hukuman. Jelaslah di sini bahawa para pendidik mestilah mempunyai minda kelas yang pertama terlebih dahulu kerana mereka akan dicontohi oleh para pelajar dan proses memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar tidak mungkin terhasil jikalau para pendidik tidak bersedia menjadi agen perubahan.

670110-03-6884 2.2 Guru Sebagai Pengurus Bilik Darjah Yang Berkesan Seseorang guru mestilah menjadi pengurus bilik dajah yang baik kerana seorang pengurus bilik yang berkesan dapat memahami perasaan dan kehendak hati nurani murid-muridnya. Guru perlu cekap mencorak iklim yang

memberangsangkan, kecekapan dan kemahiran pengajaran, pengurusan masa, produktiviti dan tugas pengajaran dan pembelajaran, mencorak tingkah laku dan pengawalan disiplin murid. Oleh itu guru berperanan sebagai seorang pendidik, pemudah cara, pemimpin, pembimbing, penilai, perancang, perunding dan pendorong ke arah kecemerlangan murid. Seorang guru juga perlu memiliki beberapa kemahiran penting, kerana kemahiran mengajar menjadi instrumen untuk kejayaan dalam mengurus bilik darjah. Antara kemahiran dalam pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran itu adalah kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpersonal, kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling, kemahiran dalam menawan emosi juga menjadi pemangkin dalam pengajaran dan pembelajaran. Kejayaan guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran sematamata tetapi kualiti peribadi dan sahsiah juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Pada amnya guru yang disukai murid antaranya ialah guru yang sentiasa berwajah riang, pandai berjenaka, bersangka baik, berperasaan yang matang, jujur dan ikhlas dalam menjalankan tugas, berfikiran positif, pendengar yang aktif dan tidak mudah menyalahkan orang lain.

10

670110-03-6884 Pengurusan bilik darjah yang dinamik juga bergantung kepada

kebijaksanaan guru memainkan peranan sebaik mungkin bagi menghasilkan bilik darjah yang harmonis, kondusif dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang memberangsangkan sekaligus dapat menghasilkan murid yang berminda kelas pertama.

2.3 Guru Sebagai Motivator Kepada Pelajar Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi bagi menggerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya. Selain daripada itu guru bermotivasi ini juga memainkan peranan penyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing dan fasilitator kepada mereka. Kesan dari penyuburan minat itu pelajar akan berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri sekaligus mereka akan belajar dengan tekun,

bersungguh-sungguh serta melipat gandakan usaha untuk mencapai apa yang mereka hajati. Maka disini guru memainkan peranan yang penting sebagai penunjuk arah bagi pelajar tersebut. Guru juga berperanan memotivasikan pelajarnya dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam penyuburan minat seseorang pelajar tersebut. Ini kerana

11

670110-03-6884 dengan penerapan nilai-nilai murni dapat melatih pelajar menghayati erti sebenar pengajaran dan pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru tersebut. Ini menjadikan pembentukan modal insan di kalangan pelajar akan tercapai.

2.4 Guru Mewujudkan Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berteraskan ICT Guru mampu membina minda kelas pertama dalam kalangan pelajar jika pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berteraskan ICT. Hal ini kerana penggunaan elemenelemen dalam multimedia ini berkeupayaan membentuk kefahaman serta kemahiran seseorang pelajar pada peringkat yang lebih tinggi. Ini memandangkan pendekatan berasaskan multimedia yang menyediakan maklumat yang lebih kepada pelajar dapat membantu dalam pembentukan corak ingatan yang lebih kompleks. Seterusnya dapat membantu pelajar

menyelesaikan masalah atau menangani keperluan lain dalam pembelajaran. Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin menarik sekiranya ia diselang selikan dengan elemen-elemen yang menghiburkan serta mampu memikat hati pelajar. Hal ini dapat diperolehi menerusi aplikasi multimedia pendidikan yang mengunakan pendekatan berhibur sambil belajar. Secara tidak langsung ia mampu merangsang pemikiran pelajar dalam proses mencari maklumat atau penyelesaian masalah. Selain itu juga penggunaan ICT dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran juga menggalakkan pelajar untuk menjadi seorang yang mampu berfikir secara kritikal,menyelesaikan masalah, lebih mahir dalam proses mencari dan menyusun maklumat serta bermotivasi dalam pembelajaran. Ini seterusnya

12

670110-03-6884 menyediakan pelajar dengan kemahiran yang diperlukan dalam kehidupan sebenar khususnya kerjaya profesional mereka kelak.

3.0 Melalui Kokurikulum Aktiviti kokurikulum yang dirancang diharapkan dapat mengembangkan potensi, bakat dan kinta murid dalam pelbagai aktiviti beruniform, kelab, persatuan dan sukan. Kokurikulum perlu untuk menerapkan nilainilai murni melalui perkembangan diri inidividu ke dalam diri murid-murid. Nilai-nilai murni yang disisipkan melalui penerapan nilai semua mata pelajaran melalui pengajaran dan pembelajaran dapat dikukuhkan lagi melalui kegiatan

kokurikulum. Pengalaman menjalankan aktiviti kokurikulum akan meluaskan daya fikir dan pengetahuan murid serta melahirkan kematangan fizikal, intelek, emosi, sosial dan nilai-nilai murni. Melalui konsep kokurikulum ini, maka nilai-nilai murni yang menjurus kepada nilai minda kelas pertama dapat diterapkan ke dalam kegiatan kokurikulum. Pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ini dapat membina minda kelas pertama dalam kalangan pelajar kerana: i) Meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi dalam kalangan pelajar seterusnya memperkukuhkan integrasi kaum. ii) Melengkapkan diri pelajar dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan yang kukuh. iii) Memperkukuhkan disiplin diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukunegara.

13

670110-03-6884 Iv) Mencungkil bakat dan potensi diri para pelajar serta menyingkap minat murid terhadap kepelbagaian aktiviti luar yang mencabar. Di sini saya berikan dua contoh aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan di sekolah bagi memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar. 3.1 Kempen Membaca Melalui kempen ini ia dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, strategi pertama membina minda adalah dengan mengamalkan pembacaan, penulisan dan berdiskusi. Ketiga-tiga perkara inilah yang akan merangsang minda pelajar untuk berfikir. Saya ingin meminjam kata-kata penulis dan ahli falsafah British, Francis Bacon (1561-1626), "Membaca menjadikan seseorang itu lengkap dengan ilmu, berdiskusi menjadikan seseorang itu bersedia, dan menulis menjadikan seseorang itu tepat". Membaca membolehkan pelajar mengetahui pendapat dan pengalaman orang lain yang boleh dimanfaatkan dalam menjana idea, membentuk pendapat pelajar itu sendiri selain daripada manambah ilmu. Rajin berbincang dan bertukar pendapat pula melatih para pelajar bersedia mengutarakan idea, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, secara

berhadapan dan interaktif. Manakala menulis pula melatih pelajar mencapai ketepatan dalam menyampaikan pendapat dan idea dengan menggunakan perkataan dan ayat yang paling sesuai. Sekarang jelas kepada kita, bahawa asas-asas pembentukan minda kelas pertama dalam kalangan pelajar adalah dengan banyak membaca, menulis dan berdiskusi. Selain itu juga melahirkan pelajar minda kelas pertama tidak hanya hebat dengan kepakaran dan kemahiran, tetapi harus mengamalkan budi bahasa dan

14

670110-03-6884 pekerti mulia. Untuk itu, Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni dijadikan teras pembinaan modal insan kelas pertama. Penganjuran kempen ini juga dibuat supaya pelajar dapat menghayati rukunegara serta dididik agar menghayati amalan hidup berbudi bahasa, menghormati orang lain serta meneguhkan pengajaran nilai merentas kurikulum. Melalui kempen yang dijalankan di atas, proses memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar dijalankan berlandaskan nilainilai murni dan secara kreatif serta kritis. Kesemua nilai ini tadi dapat diterapkan secara langsung atau tidak langsung semasa kempen ini berlangsung sekali gus akan menghasilkan pelajar yang mempunyai minda kelas pertama.

3.2 Memupuk Semangat Patriotisme Di Sekolah. Seperti yang kita tahu, sambutan bulan kemerdekaan disambut setiap tahun. Sebagai guru, kita dipertanggungjawabkan untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, kerana jika dikaji sejarah kemerdekaan negara, kaum guru telah sama-sama berjuang untuk menegakkan kedaulatan dan kemerdekaan negara. Jadi tidak hairanlah jika guru perlu memainkan peranan untuk menyemai dan menyuburkan semangat patriotik dan sayangkan negara dalam kalangan pelajar. Peranan guru sangat mulia dan penting dalam usaha membentuk jati diri insan. Justeru untuk memupuk pelajar yang cemerlang, guru harus

melengkapkan para pelajar dengan nilai-nilai murni, ilmu pengetahuan dan kemahiran. Selain itu juga guru mestilah memupuk para pelajar supaya tidak

15

670110-03-6884 lupa tentang asal usul bangsa mereka agar pelajar dapat berdikari dalam

kehidupan mereka kelak. Ini bermakna tugas guru, bukan terbatas di dalam bilik darjah tetapi lebih dari itu. Guru yang berupaya menjentik minda dan hati pelajar akan berupaya untuk mendidik dan membentuk hati budi pelajar tersebut. Dengan peranan-peranan yang dimainkan oleh guru dalam Sambutan Bulan Kemerdekaan ini maka semangat patriotisme dapat diterapkan agar para pelajar dapat menghayati erti sebenar kemerdekaan sekaligus membina jati diri dalam kalangan pelajar.

3.3 Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Guru yang cemerlang ialah guru yang bijak mengurus hal ehwal pelajar yang bersifat mempertingkatkan kebajikan, disiplin serta bimbingan dan kaunseling untuk para pelajar. Jadi pengurusan hal ehwal murid ini juga

merupakan satu cara untuk membangunkan modal insan. Modal insan ialah aset yang paling berharga bagi sesebuah negara. Aset ini boleh ditambah nilai dengan mempertingkat nilai intelek serta diperkaya modal budayanya. Selaras dengan itu, pembangunan modal insan akan terus menjadi agenda utama program pembangunan modal pendidikan. insan yang Hanya melalui jati pendidikan, diri yang usaha kukuh,

membangunkan

mempunyai

berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan kemahiran tinggi dapat dicapai. Modal insan berkualiti yang dihasilkan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut : i) Berfikir secara kritis dan bertindak secara rasional

16

670110-03-6884 ii) Bersedia untuk bersaing dan membudayakan semangat untuk meneroka bidang baru iii) iv) v) vi) Menghormati kelainan orang lain dan perbezaan individu Berhemah dan berkeperibadian Menjadi pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakat Mengaplikasi dan meningkatkan pengetahuan serta mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat vii) Mengakses dan menggunakan ICT viii) Belajar, bekerja dan berkomunikasi dengan berkesan.

Kesemua ciri di atas melambangkan ciri minda kelas pertama dalam kalangan pelajar. Hal ini kerana ciri ini merangkumi empat ciri utama minda kelas

pertama yang telah dibincangkan pada awal perbincangan ini.

3.4 Membangunkan Modal Insan Minda Kelas Pertama Di Sekolah. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh seseorang guru bagi

membangunkan modal insan di peringkat sekolah. Usaha-usaha ini mestilah dijalankan dengan memberi fokus untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan,kemahiran dan dapat menghayati nilai-nilai murni di sekolah. Hal ini seterusnya akan dapat memupuk diri para pelajar: i) Bersemangat menguasai ilmu pengetahuan ii) Berkemahiran iii) Kompetensi iv) Nilai-nilai

17

670110-03-6884 v) Bersikap positif vi) Membina disiplin diri Sebagai contoh guru boleh melaksanakan strategi bagi membangunkan modal insan kelas pertama seperti berikut:

STRATEGI PELAKSANAAN Membina penampilan diri yang positif Memupuk menghayati adab. Melipat gandakan insan program bagi murid dan supaya

PELAN TINDAKAN Memperbanyak aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan. Pembimbing Rakan Sebaya Kursus Jati Diri Program Pembimbing Rakan Sebaya Program Peka Dan Prihatin Pengukuhan Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Kempen Budi Bahasa Dan Mengenang Budi Program Berbudi Bahasa Di Dalam Kelas Pertandingan Pelajar Berbudi Luhur Projek Kerja Amal Projek Benci Ponteng Program Peringkat Sambutan Sekolah Anti Dadah

mengamalkan

nilai-nilai murni, budi bahasa dan

pembangunan

menangani gejala sosial melalui penerapan nilai-nilai murni.

Perlaksanaan strategi di atas di peringkat sekolah akan dapat melahirkan pelajar yang menjana minda sekali gus peranan kita sebagai pendidik dalam memupuk minda kelas pertama dalam kalangan pelajar akan tercapai.

18

670110-03-6884 Penutup Kejayaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dalam usaha membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia ialah satu tugas besar yang perlu dihayati dan mendapat sokongan dan kerjasama seluruh anggota pendidikan negara bagi membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika tinggi di samping melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran. Yang demikian PIPP, selaras dengan Misi Nasional, memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan "Minda Kelas Pertama". Minda kelas pertama juga ialah agenda jangka masa panjang yang memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap peringkat masyarakat. Setiap etnik, kelas sosial, komuniti dan institusi perlu mengambil bahagian dalam merealisasikan misi ini. Usaha ini perlu dimulakan dengan azam yang kuat bagi memulakan era pembudayaan agenda ini. Justeru kita sebagai pendidik seharusnya dapat memainkan peranan dengan sebaik-baiknya untuk memupuk para anak didik kita ke arah mencapai minda kelas pertama melalui pelbagai cara dan pendekatan yang sesuai. Jika tidak hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan minda kelas pertama akan terkubur. Dengan kata lain matlamat Wawasan 2020 yang inginkan sebuah negara maju mengikut acuan tersendiri iaitu memiliki masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama tidak akan tercapai.

19

670110-03-6884 BIBLIOGRAFI MOK SOON SANG (2004), Edisi ke-3 Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Semester 1&2, Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. MOK SOON SANG (2005), Siri Pendidikan Ptk (Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran) - Multimedia-ES Resources Sdn Bhd. OMARDIN ASHAARI, Peranan, Tugas Dan TanggungJawab Guru Di Sekolah, Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. PELAN INDUK PEMBANGUNAN PERSEKUTUAN 2006 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia. -

PETIKAN UCAPAN Y.Bhg. Dr Hj Ismail b. Alias Pengarah Bahagian Perkhidmatan,Jabatan Perkhidmatan Awam, Minda Dijana, Pelanggan Diutama ketika melancarkan Hari Bersama Warga JPA 2006.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp? y=2006&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm
http://www.anakku.net.my/index.php/pendidikan/38-pendidikan/132-melahirkanmodal-insan-cemerlang http://customstrg.gov.my/ceramah/ceramah_8.pdf http://dzulkiflisr.sm.kita.net.my/admin/Image/Pusat%20Sumber/6.%20PIPP.pdf

20

Anda mungkin juga menyukai