guna teknik 3-4 days rules. Mean kenalkan satu2 jenis makanan tu selama 3-4 days to rule out allergy. Hari 1-3: air kanji nasi Ambik air nasi yg mendidih tu, bagi minum, bagi dalam 4-5 sudu jer. Ini petua org tua2 nak intro solid kat baby Hari 4-7 : bubur nasi Hari 8-11 : bubur nasi + kentang Hari 12- 15 : bubur nasi + carrot Hari 16-19: bubur nasi +bayam Hari 20- 23: bubur nasi + bilis Hari 24-27: bubur nasi+kentang+ carrot Hari 28-31: bubur nasi+kentang+carrot+bilis
Time 6 bulan ni, saya tapis semua makanan. Ada org suka blender, tpi saya prefer tapis dengan penapis. Ikan bilis tu kalau boleh cari yg warna putih (less salt). Kalau takde pun ikan bilis biasa tu, rendam lama skit, biar hilang masinnya. Goreng sangai (tanpa minyak), then blend kering sampai halus. Simpan buat stok. Beras pun blend kering dulu. Bila masak tu senang dia hancur, tak susah sangat nak tapis. Ingat.. No sugar, no salt for baby below 1year. RESEPI 7 BULAN
BREAKFAST
1) Puri kentang Rebus kentang (buang kulit dulu) hingga empuk. Kemudian, lecek2kan dia hingga hancur. Campurkan sedikiit perahan susu ibu untuk menghaluskan lagi teksturnya. 2) Puri carrot (sama mcm puri kentang) 3) puri brokoli 4) puri bayam (Boleh juga dicampur adukkan sayur-sayuran diatas untuk dijadikan puri sayur campur) 5) puri epal
LUNCH 1) Bubur+sayur+bilis
Penyediaannya sama macam resepi 6 bulan, tapi tak perlu blend dah. Just masak dan lecek2kan sampai halus. 2) bubur+ sayur + ikan
masak bubur bersama sayur, dan lecek. Ikan direbus (potong kiub untuk memudahkan, bila masak, sejukkan sebentar dan blend (blend basah) Campurkan bubur dan ikan. 3) bubur+sayur+ ayam/daging (sama macam resepi ikan)
Nak menyedapkan lagi, goreng bawang dengan sedikit minyak, taburkan atas bubur. juga boleh ditaburkan dengan daun bawang & daun sup untuk menambahkan aroma. RESEPI 8 BULAN
BREAKFAST
1) oat+ kismis/kurma didihkan air (anggaran 1 mug), masukkan 2 sudu besar oat (original/organic). masak sampai kembang. Cubit2kan kismis/kurma, dan campurkan dalam oat yg siap dimasak... 2)Oat + bilis (sama cam atas) 3) puri sayur @ puri buah
LUNCH 1)nasi lembik + sayur + ikan/daging/ayam Masak nasi lembik. Tumis sedikit bawang merah,bawang putih dan halia dengan sedikit minyak (prefer minyak zaitun), bila
naik baunya, campurkan dengan sedikit air, bila air mendidih, masukkan ayam/ikan/daging dan masak sehingga empuk. Masukkan sayuran dan masak hingga empuk. Cara makan : boleh dimakan berasingan, nasi + sup gaulkan sekali nasi dan sup.
TEA-TIME
1) kentang + bilis rebus kentang hingga lembut. Lecek halus dan gaul dengan sedikit serbuk bilis. Kepal2kan dan suap baby (macam kuih keria yg tak dimasak) 2) Roti + susu ambil sekeping roti (prefer roti gardenia,kalau dapat roti yg kandungan gula kurang lagi bagus) rendam dalam perahan susu ibu(sedikit sahaja untuk melembutkan), dan terus dimakan.
TIPS ****Dan lagi satu, agak renyah nak masak sikit2 pagi2 ni. Puan2 boleh sejukbekukan makanan baby. Macam saya, after masak, time panas2 tu, saya simpan dalam bekas dadih 6oz. Masuk terus dlm freezer (bhgn beku), Ikut kajian, tahan sampai 2 minggu. Bila nak masak, boleh panaskan guna microwave, tapi saya lebih suka masak guna api. Letak sedikit air panas dan biarkan bubur tu cair sepenuhnya. **** Cara paling cepat Ku buat 1. Masak nasi macam biasa (untuk makan kita(dewasa) sekali) 2. Rebus carrot/kentang/kurma/bayam/apa saja yg boleh direbus. 3. Dah empuk & nasi dah masak. Campurkan ke dua2 bahan tu then blend sampai halus. Guna air rebusan carrot/kentan/kurma etc. Then boleh lar letak serbuk ikan bilis. (Ikan bilis digoreng tanpa minyak then blend sampai halus,kalau tak halus gak guna tapis -buat stok) Kalau nak letak ikan-rebus ikan tanpa letak garam. Lepas tu amik isinya then blend dengan nasi+sayuran tadi. *puree labu manis + ebm. senang je ni.. labu tu buang kulit & potong kecil2
kemudian rebus dengan air yang sedikit.. agak dah lembut sikit, boleh la blend (utk baby 6 bulan) kalau tak, boleh lenyek2 je.. suka blend lagi.. pernah juga beri puri labu utk danial... puri jagung, kentang, carrot, epal, pear.. macam2 jenis la..best masak utk solid food baby ni... boleh buat banyak2 & simpan dalam freezer.. make sure labelkan date juga la.. boleh tahan 2 minggu.. cara yang lain, simpan dalam ice cube.. boleh buat puri kentang , carrot n yang lain2.. so, bila masak bubur je, juz ambil 1-2 kiub dari ice cube kentang ke, carrot ke n masukkan sama ke dalam bubur tu atas dapur..tadaaa... dah siap dah.. cara ni sebenarnya untuk jimatkan masa ^_^ yup, bukan puree ni ja, ada apple, carrot, sweet potato, kurma.nnti rebus bubur 2 elok bubur dh masak masukkan la 1 2 kiub dalam bubur dia kacau sampai cair.wallah!! sedap.ku kadang2 campur puree carrot ngn apple la.carrot ngan kurma la, carrot ngn brocoli la.ayesha suka bubur ada carrot.so tiap hari mmg ada carrot.ni puree carrot ku buat.tiap2 hari thaw la 1 or 2 cubes.senang. ni ku pakai bekas ais yg bertutup.baby cubes 2 mahal.huhu.10 dah RM32 kot.pakai ni senang.tp baby cubes convenience lg la. http://wholesomebabyfood.momtastic.com/pumpkin-babyfood-recipes.htm http://www.sarakids.com/blog/?p=3031