Anda di halaman 1dari 6

1.

Pendahuluan Membaca adalah aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan kemahiran ini

merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Proses membaca yang kompleks ini bergantung kepada komponen membaca perkataan tunggal dan komponen pemahaman (Yahya Othman, 2003). Masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan. Hasil kajian yang lepas telah menunjukkan bahawa proses kognitif yang mendasari kedua-dua kemahiran membaca perkataan dan kemahiran mengeja adalah hampir sama. Oleh sebab perkaitan yang rapat antara kemahiran membaca perkataan tunggal dan kemahiran mengeja, maka adalah tidak hairan jika para pelajar bermasalah dalam proses bacaan mereka. Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang begi

memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai proses bacaan tersebut. Kebiasaanya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Namun demikaian, terdapat juga segelintir pelajar di

sekolah menengah tidak pandai membaca. Hal ini amat membimbangkan kerana jika meraka tamat persekolahan tanpa menguasai kemahiran membaca dikuathiri mereka menghadapi kesukaran dalam persaingan hidup dan untuk mendapatkan pekerjaan. Permasalahan dalam proses pembelajaran ini membabitkan pelbagai factor antaranya ialah factor dalaman dan factor luaran yang saling berkaitan.

2.0

Faktor dalaman masalah membaca

Pelbagai factor yang telah menyebabkan timbulnya masalah kesukaran untuk para pelajar membaca. Antaranya ialah factor dalaman yang menyumbang kepada masalah ini. 1.0 Faktor individu. Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca, kemahiran kognitif para pelajar juga perlu untuk diambil kira. Hal ini adalah kerana, setiap pelajar mempunyai kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh sebab itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga mempunyai hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. Cara

pembelajaran antara seorang kanak-kanak dengan seorang remaja juga berbeza. Pemikiran seorang remaja telah kompleks dan mampu untuk menerima banyak ilmu dalam satu-satu masa berbeza dengan cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih terhad dan hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka sahaja (Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Ahukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah, 2009). Namun demikaian, masalah ketidakbolehan untuk membaca ini timbul apabila seorang pelajar itu tidak dapat untuk memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka semenjak mereka kanak-kanak lagi sehingga meningkat dewasa dan menyebabkan masalah keciciran dalam pembacaan. Masalah ini berpunca daripada kemahiran kognitif pelajar tersebut yang lemah. Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu memberi perhatian yang lebih kepada para pelajar yang lemah bagi mengelakkan mereka keciciran dalam pembelajaran mereka.

2.0

Ketidakbolehan untuk mentafsir symbol dan huruf untuk diterjemahkan dalam ayat atau perkataan secara lisan. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiran

membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam proses pembelajaran adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya isi pembelajaran yang telah diajar oleh guru. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak dapat membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Masalah ketidakbolehan mentafsir symbol atau huruf untuk diterjemahkan akan menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain daripada itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambarajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru. Menurut Yahya Othman (2004), membaca merupakan proses interaksi antara teks dengan imaginasi pembaca. Oleh sebab itu, pemahaman para pelajar mengenai teks dan gambarajah yang dilihat oleh mereka mampu untuk menarik minat mereka membaca tetapi jika mereka tidak dapat memehami apa yang dibaca oleh mereka akan menimbulkan rasa bosan mereka untuk terus membaca.

3.0 Factor psikologi Tahap kecerdasan dan psikologi yang pelbagai dalam kalangan murid disebabkan oleh faktor genetik, kecacatan fizikal murid, persekitaran dan sebagainya yang

berkecenderungan menimbulkan permasalahan untuk mempelajari dan mengingati sesuatu yang diajar oleh guru. Selain daripada itu, tahap kesihatan serta gangguan emosi sering menjadi punca masalah dalam proses pembelajaran. Murid yang mewarisi tahap kecerdasan yang rendah sering memperlihatkan gangguan emosi seperti bimbang, takut, marah dan berbagai-bagai perasaan lagi yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian terhadap proses pembacaan (Zulkifley Hamid, 2006). Minat dan motivasi sangat berperanan dalam membina tabiat dan keupayaan membaca. Minat yang mendalam terhadap bahan bacaan memudahkan seseorang itu mengalami dan memahami proses pembacaannya. Faktor tidak minat membaca

merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada wujudnya masalah membaca dalam kalangan pelajar. Sikap kurang minat membaca pada dirinya adalah berpunca daripada kegagalannya untuk menguasai kemahiran membaca dengan baik. Selain

daripada itu juga, masalah kurang rangsangan daripada luar juga menyebabkan para pelajar bermasalah dalam proses membaca. Hal ini adalah kerana, kekurangan perhatian daripada guru akan menyebabkan pelajar tersebut akan keciciran dalam proses pembacaan.

4.0 Mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan. Msalah dalaman yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembacaan juga berkait dengan masalah mudah hilang tumpuan dan lemah daya ingatan. Hal ini adalah kerana peroses pembacaan memerlukan para pelajar untuk mengigati huruf dan bunyi bagi setiap huruf-huruf tersebut. Jika mereka bermasalah untuk mengigati setiap huruf tersebut maka proses pembacaan akan menghadapi masalah seperti membaca merangkak-rangkak

dan tersangkut-sangkut.

Bagi mengatasi masalah pelajra yang lemah dalam proses

pembacaan ini satu proses pemulihan telah dijalankan. Para pelajar yang lemah dalam bacaan mereka akan diasingkan dengan pelajar yang lebih cepat dalam membaca. Menurut Rajesvari a/p Ramasamy (2008). beliau telah menyatakan antara permasalahan yang dihadapi oleh pelajar pemulihan ini ialah mudah lupa perkataan yang dibaca. Daya ingatan mereka sangat singkat dan cepat melupakan perkara yang telah dipelajari oleh mereka. Oleh sebab itu, mereka perlu diberi peluang membaca perkataan yang sama berulang kali dalam aktiviti latih tubi. Ramai kanak-kanak pemulihan juga mengalami masalah dalam pengamatan. Mereka kurang mahir mengecam bentuk perkataan yang dibaca. tumpuan atau perhatian. Masalah ini mungkin disebabkan mereka sukar memberi

Bibliografi Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid-murid sekolah rendah luar Bandar. Selangor : Universiti Putra Malaysia. Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar. Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008 :Universiti Pendidikan Sultan Idris. Manisah Mohd Ali, Norani Salleh, Lee Lay Wah (2008). Pembinaan dan pengesahan ujian membaca perkataan dan ujian mengeja untuk tujuan mengenal pasti disleksia: satu kajian rintis. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia. Rajesvari a/p Ramasamy (2008). Masalah disleksia dalam kalangan murid-murid pemulihan di sekolah rendah, Pulau Pinang. Pulau Pinang : USM. Suppiah Nachaiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Ahukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha, Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Selangor : Oxford Fajar.

Taman Timbang, Zamri Mahamod, Afendi Hamat (2011). Factor dan kesan masalah membaca dalam kalangan murid sekolah rendah kerajaan di Brunei Darussalam. Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia. Yahya Othman. (2003). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong, Pahang: PTS Publications Sdn. Bhd.
Yahya Othman. (2004). Mengajar membaca: Teori dan aplikasi. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid. (2006). Aplikasi psikolingusitik dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Siti zubaidah Ibrahim D20091035632