Anda di halaman 1dari 9

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG) Tarikh Tempat : 27 April 2012 (Jumaat) : Pusat Kokurikulum Sabah, Malanggang

Kiulu

En. Anuar Bin Ibrahim merupakan pegawai yang telah memberi taklimat berkaitan dengan cara mendirikan khemah kepada para peserta kem Bina Insan Guru. AJK perkhemahan juga telah membahagikan tempat-tempat untuk mendirikan khemah mengikut nombor yang telah ditetapkan dan mengagihkan khemah mengikut senarai nama yang telah ditetapkan,setiap guru-guru pelatih telah dibahagikan kepada 4 orang ahli dalam kumpulan untuk mendirikan khemah masing-masing. Berdasarkan pengalaman menyertai kem semenjak di bangku sekolah lagi saya tidak mempunyai kekangan untuk mendirikan khemah dan berjaya mendirikan khemah berdasarkan arahan yang telah diberikan oleh pegawai yang bertugas. Hasil daripada aktiviti ini : Guru-guru pelatih dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dengan betul. Semangat kerjasama kumpulan dan saling Bantu membantu dikalangan ahli kumpulan dapat dibentuk melalui aktiviti ini dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesame para peserta. Briefing oleh Cik Diah Selepas makan tengahari, kami meneruskan program Bina Insan Guru bermula dengan sesi ice breaking. Briefing pada hari pertama diberikan oleh Cik Diah.Cik Diah merupakan seorang daripada pegawai atau juralitih yang berkhidmat di kem Melanggang.Beliau menyampaikan peraturan dan tatasusila yang perlu dipatuhi oleh para peserta kem bina insane guru. Setiap peraturan yang di sampaikan mudah di fahami dan dipatuhi oleh saya dan beliau juga merupakan seorang yang amt dedikasi dan meninitikberatkan aspek disiplin guru. Setiap permainan dan aktiviti kumpulan yang diberikan oleh beliau juga amat menghiburkan dan bermanfaat untuk para guru.Sebagai peserta Bina Insan Guru saya tidak mempunyai sebarang masalah dan kekangan untuk mematuhi peraturan yang diberikan. Sesi LDK 1 dengan Dr. Khairuddin Melukis / mencipta Logo Sesi seterusnya adalah sesi LDK 1 bersama Dr.Khairuddin dan aktiviti yang

dijalankan adalah mencipta logo kumpulan masing-masing.Melalui aktiviti ini saya para

peserta mencipta logo dan tema kumpulan untuk dibentangkan.kebaikan aktiviti ini ialah memupuk kerjasama dan mengabungkan kreativiti kumpulan untuk mencipta logo yang baik.Saya merupakan ahli kumpulan Champion.

Sesi ceramah 1 dengan Prof. Hamzah Mengurus waktu (waktu malam)

Sesi seterusnya ialah sesi ceramah.Sesi ceramah ini ialah bersama Prof. Hamzah iaitu berkaitan dengan mengurus waktu.pada sesi ceramah ini para peserta diberi tips-tips untuk menguruskan masa dengan baik dan membahagikan masa yang ada dengan sebaik mungkin semasa menjadi seorang guru dan sebagai seorang penuntut.Kabaikan ceramah ini ialah para peserta dapat belajar cara menguruskan masa dengan baik dan tidak mensiasiakan masa yang ada dengan perkara yang baik.

Tarikh Tempat Kawad kaki

:28/04/ 2012 (Sabtu) : Pusat Kokurikulum Sabah, Malanggang

Pada hari kedua aktiviti pertama yang dijalankan pada waktu pagi ialah kawad kaki dan kami dibahgikan mengikut kumpulan masing-masing serta melantik sendiri seorang ketua untuk memberi komand kawad.Para peserta diwajibkan berkawad pada waktu pagi bagi memupuk disiplin dalam diri seorang guru dan mendedahkan para guru dengan aktiviti kawad.Aktiviti kawad merupakan aktiviti yang sangat baik dari aspek memupuk disiplin kendiri seorang guru, disamping menguatkan lagi mental seorang guru.Saya tidak mempunyai sebarang bentuk kekangan untuk menyertai aktiviti ini.Ini kerana pengalaman sebelum ini saya pernah menyertai kem-kem bina insan dan saya tidak mempunyai kekangan atau masalah dalam mendengar arahan yang diberikan oleh ketua koman kawad kaki paltun atau kumpulan kami.

Sesi Ceramah 2 bersama dengan Dr. Suhaimi Pembentukan Sahsiah Guru

Aktiviti Bina Insan Guru seterusnya ialah kami mengikuti sesi ceramah 2 yang bertajuk Pembentukan Sahsiah Guru bersama dengan Dr. Suhaimi Bin Taat selama 2 jam bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.Cermah ini amat baik sekali untuk membentuk sasiah dan peribadi seorang guru yang sebenarnya. Sebagai seorang peserta kem ini saya tidak mempunyai sebarang bentuk kekangan dan pada pendapat saya ceramah ini adalah bertujuan membentuk sasiah dan disiplin seorang guru dialam perkerjaan suatu hari kelak.

Sesi LDK 2 dengan Dr. Rosli Pembangunan Profesionalisme Guru

Tayangan video

Sesi LDK2 seterusnya ialah bersama Dr.Rosli dan beliau menyampaikan ceramah berkaitan dengan profesionalisme guru.Saya tidak mempunyai sebarang bentuk kekangan untuk menyertai sesi ceramah ini.Kami diberi penerangan ringkas berkenaan dengan Pembangunan Profesionalisme Guru dan diteruskan dengan tayangan video yang memaparkan tentang kesusahan dan kesukaran seorang guru perempuan yang baru ditempatkan ke sekolah di Pulau Bangi, Sabah dan seorang guru lelaki yang ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman di Daro, Sarawak. Memandangkan pernah mendidik anak bangsa di sekolah pedalaman Sarawak,saya pernah mengalaminya sebagai seorang guru dan saya tidak begitu dengan keadaan dalam tayangan tersebut, serta tidak mempunyai kekangan jika di hantar mengajar di pedalaman.Hasil daripada aktiviti ini: semua guru pelatih harus mengambil iktibar daripada tayangan tersebut dan mengetahui bahawa tanggungjawab seorang guru sangat besar dalam mendidik anak bangsa bukan hanya di bandar sahaja sebaliknya guru mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar di pedalaman.

Sesi soal selidik dengan Cik Dayang Keberkesanan Hidup Semasa sesi sola selidik bersama Cik Dayang saya terpaksa dikecualikan dan berehat di bilik rawatan kerana mengalami sakit kepala dan demam.Saya terpaksa berehat dan berusaha untuk pulih.Dalam kotak fikiran saya ketika itu begitu teruja menyertai rafting keesokan harinya dan saya menanam semangat untuk cepat sembuh dan mngambil rehat yang secukupnya agar demam yang saya alami tidak menjadi.

Sesi LDK 3 bersama dengan Dr. Khairuddin Membina Menara dengan menggunakan bahan buangan Pada Sesi LDK 3 kami sekali lagi bersama dengan Dr. Khairuddin Abdullah. Semasa LDK 3 ini semua pasukan diminta untuk membina menara kumpulan masing-masing daripada bahan buangan. Dalam masa yang sama, semua guru pelatih melakarkan satu gambaran tentang aktiviti yang akan dilakukan oleh kami pada hari-hari seterusnya semasa Kem Bina Insan Guru ini.Saya turut mengagahkan diri walaupun tidak berapa sihat, Namun demam yang saya alami agak baik berbanding sebelum dengan berbekal ubat yang ada. Hasil daripada aktiviti ini : Guru pelatih bekerjasama dan bertungkus lumus menyiapkan semua aktiviti yang dijalankan tepat pada masa yang ditetapkan. Sesi ceramah 3 dengan Dr. Khairuddin Mengingati peristiwa suka duka sepanjang hidup (Malam) Sesi Bina Insan Guru seterusnya diteruskan dengan aktiviti 3 bersama dengan DR. Khairuddin. Dalam ceramah ini kami diingatkan supaya mengingat kembali pengalaman suka duka dari umur 1 tahun hingga ke peringkat universiti dan seterusnya sehingga kami mendapat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Semasa sesi ini berlangsung, dua orang rakan guru pelatih berani tampil ke depan untuk berkongsi pengalaman suka duka mereka. Hasil daripada aktiviti ini : saya dapat mempelajari sesuatu yang sangat bernilai dalam hidup dan bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang bahagia dan akan mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku dalam kehidupan kawan itu sebagai panduan hidup pada masa akan datang. Tarikh Aktiviti Tempat : 29 April 2012 ( Ahad) : White Water Rafting : Kiulu White Water Rafting

Bina Insan Guru yang pertama saya buat pada kali ini turut meninggalkan memori yang tetap akan terpahat dalam ingatan saya sampai bila-bila. Ini dapat saya nyatakan melalui aktiviti White Water Rafting yang telah saya alami. Dalam aktiviti ini saya bersama dengan tujuh orang rakan berkongsi satu bot yang di ketuai oleh seorang jurupandu rafting yang bernama Azrin. Hasil daripada aktiviti ini: Saya merasa sangat teruja dan seronok memandangkan ini adalah pengalaman pertama yang kami lalui. Jarak yang agak jauh dan mencabar kekuatan fizikal serta mental kami tidak sedikit pun melunturkan semangat kami dalam aktiviti ini sehingga sampai di tempat perkhemahan kami di Pusat Kokurikulum Sabah. Aktiviti rafting ketika menjalankan aktiviti air berjaya meningkatkan keyakinan dalam diri saya. kembara malam

Aktiviti kembara malam turut memberikan pengalaman baru kepada saya walaupun saya pernah menyertai aktiviti kembara malam sebelum ini. Dalam aktiviti ini kumpulan kami seramai 27 orang guru pelatih telah diarahkan untuk memulakan kembara malam dengan menggunakan hanya tiga biji lampu suluh sahaja. Penggunaan lampu yang terhad iaitu sebanyak 3 lampu suluh sahaja, ini agak menyukarkan kami untuk bergerak. Aktiviti kembara ini agak mencabar di mana kami dikehendaki mencari checkpoint yang ditetapkan dengan berpandukan kepada warning tape diikat pada kayu. Sememangnya kesabaran yang tinggi perlu ditanam dalam diri masing-masing. Kerjasama yang diberikan oleh kumpulan saya memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan, banyak

halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya. Hasil kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan oleh semua peserta, akhirnya kami telah berjaya menamatkan night trekking kami dan sampai semula ke pusat perkhemahan pada jam 2.30 pagi.

Tarikh Aktiviti Flying Fox

: 30 Mei 2012 (Isnin) : Flying Fox / Obstacle / Mendaki Tembok

Satu lagi aktiviti yang turut menarik minat saya semasa mengikuti Bina Insan Guru tersebut berlangsung adalah aktiviti Flying Fox yang sangat popular dalam kalangan kami. Aktiviti tersebut juga merupakan aktiviti yang baru kepada saya dan saya sangat bersyukur kerana program Bina Insan Guru ini memberi peluang kepada saya untuk melakukan aktiviti tersebut. Pada mulanya saya memang mengakui bahawa saya takut akan ketinggian dan sebelum melakukan aktiviti ini saya khuatir saya tidak mampu untuk melakukan aktiviti yang mencabar itu. Namun pada akhirnya saya sangat gembira apabila berjaya melakukan aktiviti tersebut. Selain itu, aktiviti seterusnya yang agak mencabar bagi saya ialah aktiviti obstacle. Saya berpuas hati kerana dapat melakukan hampir semua aktiviti obstacle kecuali Monkey Rack yang tidak berjaya saya lakukan. Walaupun tidak berjaya tetapi untuk sampai ke penghujung saya tetap berpuas hati. Keyakinan juga merupakan salah satu nilai yang perlu dalam diri setiap individu. Kita harus percaya terhadap kebolehan diri sendiri dan tidak mudah mengalah dalam menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Orienteering Dalam aktiviti Orienteering yang dijalankan semasa Program Bina Insan Guru, kami telah dipecahkan kepada 10 kumpulan. Aktiviti pandu arah ini ini agak mencabar di mana kami dikehendaki mencari checkpoint yang ditetapkan dengan berpandukan lima bearing yang diberi. Ketua kumpulan telah diamanahkan untuk memegang kompas dan memandu arah kumpulannya. Sesungguhnya kerjasama daripada semua ahli sangat penting. Setiap

ahli kumpulan saya menaruh kepercayaan sepenuhnya dalam mencari arah yang hendak dituju kami sentiasa berbincang bagi mencapai kata sepakat. Sememangnya kesabaran yang tinggi perlu ditanam dalam diri masing-masing. Kerjasama yang diberikan oleh kumpulan saya memudahkan aktiviti berjalan dengan lancar. Sepanjang perjalanan, banyak halangan yang kami tempuhi. Suka dan duka kami tempuhi bersama sebagai satu kumpulan. Saya berasa sangat bersyukur kerana akhirnya kami semua telah berjaya menamatkan perjalanan kami dengan jayanya. Hasil kerjasama dan interaksi baik yang telah diberikan oleh semua peserta, akhirnya kami telah berjaya menamatkan aktiviti kami dan sampai semula ke pusat perkhemahan tepat pada masa yang telah ditetapkan.

Malam kemuncak Pada malam kemuncak aktiviti Bina Insan Guru kali ini ialah semua kumpulan wajib membuat persembahan masing-masing sempena malam budaya. Para peserta telah mempersembahkan persembahan berbentuk kebudayan Malaysia.Pada malam tersebut kumpulan saya telah mempersembahkan Tarian 1Malaysia. Malam kemuncak ini amat memberi makna kepada saya betapa pentingnya perpaduan dan semangat kekitaan walaupun berbeza dari segi agama,bangsa,bahasa dan latar belakang.

Anda mungkin juga menyukai