Anda di halaman 1dari 24

5.

PENGENALAN

Kedatangan penjajah British telah membawa perubahan dalam pendidikan di Malaysia. Sekolah-sekolah Inggeris didirikan sama ada menerusi pemerintah British sendiri atau menerusi mubaligh Kristian. Sekolah-sekolah Melayu berunsur sekular turut didirikan. Matlamat pendidikan ketika itu adalah untuk melahirkan para petani dan nelayan yang celik huruf yang lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Maktab Kuala Kangsar ditubuhkan untuk anak-anak golongan bangsawan yang akan memegang jawatan dalam jentera pentadbiran kerajaan British. Jawatan perkeranian pula memerlukan kelayakan sekolah Inggeris. Justeru, hubungan antara pendidikan dengan pekerjaan mula disemai dalam sistem pendidikan. Pemupukan dasar utilitarian Inggeris berterusan sehingga ramai anak watan yang berpindah ke sekolah Inggeris untuk menjawat jawatan penting serta mendapat kedudukan yang dihormati dalam negara. Pendidikan kebangsaan bermula setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Ketika itu, ramai rakyat masih buta huruf akibat daripada dasar pecah dan perintah penjajah. Perancangan pendidikan lebih mantap dengan adanya beberapa dokumen rasmi. Penyata Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1960) dan Penyata Rahman Talib (1961) menyarankan agar disediakan pendidikan rendah secara percuma. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang sama digunakan untuk semua sekolah. Pendekatan permintaan masyarakat digunakan dalam perancangan pendidikan memandangkan matlamat pendidikan adalah untuk mencapai perpaduan negara. Pendekatan pelunjuran guna tenaga tidak digunakan ketika itu kerana negara sedang mengalami proses pembangunan semula. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (BPPP) ditubuhkan pada tahun 1964. Ia bertanggungjawab mengumpul segala statistik berhubung dengan pendidikan negara termasuk kewangan. Ia dianggap sebagai pejabat perangkaan Kementerian Pendidikan dan mempunyai hubungan dengan Unit Perancangan Ekonomi (UPE) di Jabatan Perdana Menteri. Sebuah suruhanjaya ditubuhkan untuk meninjau status guna tenaga buat pertama kalinya, iaitu pada tahun 1965. Peristiwa hitam 13 Mei 1969 menunjukkan berlakunya ketidakseimbangan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru digubal pada tahun 1970. Seterusnya Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) mula memperlihatkan tandatanda teori ekonomi diserapkan dalam perancangan pendidikan. Selepas peristiwa 13Mei 1969, perancangan pendidikan di Malaysia bertukar kepada pendekatan pelunjuran guna tenaga. Ia mengambil kira pengeluaran guna tenaga untuk menyeimbangkan keadaan ekonomi antara kaum di Malaysia. Perancangan pendidikan di Malaysia turut mengalami halangan-halangan seperti berikut: i. ii. Pengumpulan perangkaan statistik yang tidak lengkap. Warisan dasar pelunjuran penjajah yang bersifat tidak adil. Kemudahan pendidikan yang terbaik disediakan di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi. Kemudahan yang tidak seimbang ini menyebabkan kerajaan mengambil langah untuk memperbaiki keadaan. Namun, kualiti

iii.

iv.

v.

dan mutu pendidikan di luar bandar masih dalam keadaan serba kekurangan. Masyarakat berbilang kaum yang bersifat perkauman. Perancangan pendidikan sukar mendapat sokongan penuh dari semua kaum kerana perancangan yang baik sering disalahtafsirkan oleh sesetengah pihak. Contoh, pelaksanaan Sekolah Wawasan. Sikap masyarakat yang kurang positif terhadap pembaharuan dalam pendidikan khususnya terhadap pendidikan vokasional dan teknik. Ini kerana pendidikan vokasional dan teknik sering dikaitkan dengan pekerjaan kolar biru. Kos pendidikan yang tinggi menjadi beban kepada sumber kewangan negara khususnya terhadap pendidikan teknik dan vokasional.

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan pemantapan. Kini, pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communications Technology, ICT). Salah satu cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau Kekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem ekonomi ini adalah satu fenomena yang pasti akibat daripada arus perdana yang dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan yang merupakan elemen utama bagi menjayakan agenda negara. Cabaran tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan pendidikan yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). KPM perlu meneliti semula semua program dan projek yang telah dirancang dan yang sedang dilaksanakan bagi dibuat penyegaran, pembaharuan, pengukuhan, kajian, orientasi, penyusunan semula atau penyusulan semula serta penggubalan baru bagi membangunkan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan, dan bertaraf dunia. Sistem pendidikan kebangsaan ini dijangka dapat menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi dan mampu memenuhi aspirasi dan kehendak dirinya, keluarga, masyarakat, dan negara.

5.I KONSEP DAN PENGERTIAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

5.2 PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MENERUSI RANCANGAN MALAYSIA


Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah Negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada Negara yang mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat Negara. Kelayakan pendidikan yang tinggi bagi menyokong pembangunan pengetahuan dan inovasi, terhadap kemahiran yang tinggi dalam bidang teknikal dan professional serta paras produktiviti yang tinggi adalah antara ciri utama modal insan dan tenaga kerja Negara berpendapatan tinggi. Berdasarkan ciri ini, usaha perlu ditumpukan bagi mencapai tahap modal insan bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu. Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiary sehingga kea lam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut: 1. Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan. 2. Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran 3. Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi.

a) Merombak Sistem Pendidikan untuk Meningkatkan Prestasi Pelajar dengan Signifikan. Malaysia telah mencapai kemajuan besar dalam sistem pendidikan dengan kadar literasi dalam kalangan orang dewasa sekitar 92% dan enrolmen pendidikan rendah yang universal serta merupakan antara Negara yang menikmati kadar pertumbuhan enrolmen sekolah menengah yang terpantas. Pendidikan bukan hanya merupakan hak asasi manusia, malah amat penting kepada perkembangan ekonomi.

Prestasi pendidikan yang rendah memberi kesan negative kepada masa depan Negara memandangkan tahap pendidikan yang tinggi berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi. Sekiranya tahap pendidikan Negara tidak ditingkatkan ke peringkat piawaian antarabangsa, serta jurang pencapaian sekolah tidak dikurangkan, Malaysia akan ketinggalan dalam pendidikan dan kehilangan daya saing pada masa hadapan Prestasi pelajar akan terus ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Bagi memastikan pencapaian dan peningkatan pelajar diukur secara objektif dan konsisten dengan Negara lain, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Programme for International Student Assessment (PISA) di samping meneruskan penyertaan dalam TIMSS. TIMSS dan PISA adalah dua alat pengukuran perbandingan pencapaian pelajar yang diiktiraf tinggi di peringkat global. Dalam penilaian terkini, 59 negara telah menyertai TIMMS pada tahun 2007, dan 65 negara menyertai PISA pada tahun 2009. Dalam tempoh Rancangan, Kementerian Pelajaran (KPM) akan menjalankan penilaian dan kajian semula sistem pendidikan secara komprehensif dengan memberikan tumpuan khusus kepada peningkatan keberkesanan pelaksanaan program pendidikan. Usaha untuk merombak sistem pendidikan akan berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara yang diperkenalkan pada tahun 1989 dan menjadi asas kepada semua usaha transformasi pendidikan. Matlamat Falsafah ini adalah untuk membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi memperkukuh hasrat Falsafah ini, penekanan yang lebih akan diberi kepada penglibatan dalam aktiviti sukan dan kokurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah pelajar. Sistem pendidikan Negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di sekolah akan dipergiatkan bagi memupuk kreativiti dan inovasi pelajar kea rah melengkapkan mereka dengan kemahiran dan keupayaan terkini yang diperlukan oleh Negara berpendapatan tinggi. Pendidikan adalah satu daripada bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti. Sistem pendidikan adalah penting untuk memperkukuh daya saing Negara dan membangunkan 1Malaysia. Status sekolah kebangsaan akan terus diperkukuhkan bagi menjadikannya sekolah pilihan kepada semua rakyat Malaysia melalui peningkatan piawaian dan merapatkan jurang prestasi antara sekolah kebangsaan. Bagi mempercepatkan penambahbaikan prestasi pelajar secara berkesan, berterusan dan menyeluruh, Kerajaan tidak akan hanya memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal tetapi akan lebih menumpukan kepada aspek yang memberi impak besar kepada prestasi pelajar seperti kualiti guru dan kepimpinan di sekolah. Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akan diguna pakai dalam tempoh Rancangan ini:

1. Memastikan setiap pelajar boleh berjaya. Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran. 2. Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar. Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar. 3. Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah. Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi criteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar.

4. Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan professional bertaraf dunia yang berterusan.

b) Memastikan Setiap Pelajar Boleh Berjaya. Dalam setiap sistem pendidikan yang unggul, kejayaan setiap pelajar sentiasa menjadi keutamaan. Matlamat ini boleh dicapai melalui dua pendekatan. Pertama, meletakkan sasaran pencapaian yang sama tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang atau tempat. Pendekatan kedua pula, menerima hakikat bahawa sebahagian pelajar memerlukan sokongan yang lebih untuk mencapai piawaian prestasi yang ditetapkan, terutama bagi mereka daripada kalangan isi rumah 40% terendah. Sehubungan ini, kerajaan akan terus memainkan peranan yang besar dan memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menyerlahkan potensi diri setiap kanak-kanak di Malaysia.

c) Penyediaan Asas Pendidikan yang Kukuh kepada Lebih Ramai Kanak-kanak. Pendididkan awal memainkan peranan penting dalam pembinaan minda kanak-kanak dan dapat membantu mengurangkan masalah pembelajaran semasa dan pencapaian pada masa hadapan. Peringkat awal pembelajaran kanak-kanak merupakan tempoh kritikal yang menjadi penentu kepada perkembangan minda individu dan bersifat kumulatif. Sehubungan itu, kerajaan akan memberi tumpuan untuk meningkatkan dan memperluas pendidikan awal bagi menyediakan asas yang kukuh kepada lebih ramai kanak-kanak supaya mereka boleh Berjaya. Pada tahun 2011, program pembangunan awal kanakkanak berumur empat tahun dan ke bawah (PERMATA), iaitu program bagi melahir dan mendidik permata masa hadapan Negara, akan diletakkan di bawah tanggungjawab

KPM dengan tujuan untuk menyelaras dan mengintegrasikannya ke dalam system pendidikan formal. Tumpuan PERMATA adalah kepada kanak-kanak daripada isi rumah berpendapatan bawah RM1,500. Selepas kejayaan program perintis PERMATA yang dilancarkan pada tahun 2007, sebanyak 181 buah pusat PERMATA akan dibina dengan peruntukan RM36 juta dalam tempoh Rancangan.

d) Peningkatan Enrolmen dan Kualiti Prasekolah. Kanak-kanak yang mengikuti program prasekolah lebih komited terhadap pendidikan dan memperoleh pendapatan yang lebih tinggi pada masa hadapan. Pada masa ini, kadar enrolmen prasekolah dalam kalangan kanak-kanak berumur empat dan lima tahun hanyalah sekitar 67%. Memandangkan kepentingan pendidikan prasekolah dan keupayaan Negara meningkatkan kadar enrolmen, pendidikan prasekolah telah dijadikan focus utama di bawah NKRA pendidikan. Program ini bertujuan meningkatkan kadar enrolmen kepada 87% pada tahun 2012 dan 92% pada tahun 2015. Pada masa yang sama, kualiti pendidikan prasekolah akan terus dipertingkatkan. Dalam tempoh 2010-2012, sebanyak RM2 bilion diperuntukkan untuk program ini.

e) Merendahkan Umur bagi Permulaan Persekolahan. Dengan pelaksanaan program pembangunan pendidikan awal kanak-kanak, lebih ramai kanak-kanak akan bersedia untuk memasuki sekolah pada umur yang lebih rendah berbanding amalan sekarang. Dalam tempoh Rancangan, umur bagi memulakan persekolahan akan dikurangkan daripada 6+ kepada 5+. Langkah ini adalah selaras dengan amalan di Negara maju. Pelaksanaannya akan dilakukan secara berperingkat dan akan dimulakan dengan sekolah di kawasan luar Bandar dan perladangan terutama di sekolah kurang murid, bagi membolehkan pelajar dari kawasan ini mendapat manfaat daripada asas pendidikan yang kukuh pada peringkat lebih awal.

f) Memastikan Penguasaan Literasi dan Numerasi. Peningkatan kadar literasi dan numerasi adalah penting untuk mengurangkan kadar keciciran pelajar berpunca daripada ketidakupayaan mereka untuk mengikuti pembelajaran. Dengan penguasaan kemahiran literasi dan numerasi asas yang kukuh pada peringkat awal persekolahan, kemungkinan berlaku keciciran pelajar daripada system persekolahan dapat dikurangkan. Penguasaan literasi dan numerasi di peringkat awal sangat penting kerana tanpa kemahiran ini mereka akan menghadapi kesukaran mengikuti pembelajaran di peringkat selanjutnya. Program Penyaringan Literasi dan Numerasi (LINUS) adalah bertujuan untuk memastikan semua pelajar menguasai asas kemahiran literasi dan numerasi selepas tiga tahun pertama pendidikan sekolah rendah. Bagi melaksanakan program ini, peruntukan sebanyak RM400 juta disediakan dalam tempoh tiga tahun iaitu 2010-2012.

g) Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris. Kerajaan akan melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam tempoh Rancangan. Program ini bertujuan memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan memantapkan penguasaan bahasa inggeris untuk memperkukuh daya saing Negara. Program ini akan mengguna pakai pendekatan modular yang bersepadu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan akan memperluas pengajaran Kesusasteraan Melayu di peringkat sekolah rendah. Program MBMMBI juga akan memperkukuh pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris melalui kurikulum baru dengan memberi penekanan kepada lima bidang utama kemahiran iaitu membaca, mendengar dab berucap, menulis, tatabahasa, dan seni bahasa. Masa yang diperuntukkan untuk pengajaran bahasa Inggeris ditambah daripada empat jam kepada 5.5 jam seminggu untuk Tahap 1 (tahun 1 sehingga tahun 3) dan daripada 3.5 jam kepada 5 jam untuk Tahap 2 (tahun 4 sehingga tahun 6) di peringkat sekolah rendah. Sebanyak empat daripada 27 buah Institut Pendidikan Guru (IPG) akan menumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris kepada guru. Kerajaan akan menilai dan memantau keberkesanan program secara berterusan dan melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

h) Akauntabiliti Sekolah Terhadap Prestasi Pelajar. Sistem sekolah berpretasi tinggi menetapkan harapan besar kepada sekolah dalam aspek peningkatan pretasi pelajar, pemantauan jurang prestasi dan penyediaan sokongan yang sewajarnya apabila sasaran tidak tercapai. Seterusnya, rombakan kepada sistem pendidikan akan memberi tumpuan yang jelas terhadap prestasi pelajar, dan sekolah akan dipertanggungjawabkan ke atas pencapaiannya.

i) Meningkatkan Prestasi Semua Sekolah melalui Program Peningkatan Kualiti Sekolah Secara Menyeluruh. Program pembangunan Prestasi Sekolah yang dilancarkan pada April 2010 merupakan usaha yang menyeluruh dengan harapan dan cabaran yang tinggi, serta meningkatkan motivasi dan sokongan kepada semua sekolah awam untuk mengukuhkan prestasi pelajar, khususnya sekolah berprestasi rendah yang amat memerlukan bantuan. Program ini mengandungi elemen-elemen berikut:

1) Penyenaraian Kedudukan Prestasi Sekolah: Setiap tahun semua sekolah akan dinilai dan disusun mengikut kedudukan pencapaian prestasi. Penjelasan terperinci berkenaan penarafan prestasi akan dimaklumkan kepada sekolah untuk meningkatkan pemahaman dan ketelusan terhadap kaedah penilaian yang dibuat. Langkah ini bertujuan mendorong sekolah

untuk mencapai prestasi yang lebih baik dan membolehkan KPM menyalurkan sumber kepada sekolah yang amat memerlukan sokongan. 2) Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah: Pelan dan Instrumen Penambahbaikan Sekolah akan dilaksanakan di semua sekolah awam sebagai alat sokongan untuk membantu sekolah menbuat penambahbaikan. Instrumen ini akan memberi gambaran menyeluruh kepada guru besar dan pengetua tentang prestasi sekolah masing-masing untuk menentukan isu yang perlu ditanggani mengikut keutamaan serta menyediakan pelan tindakan selanjutnya. Sekolah akan merangka pelan penambahbaikan sebagai asas bagi memantau kemajuan dan membantu KPM menyediakan sokongan yang sesuai untuk menjayakan pelan tersebut. Infrastruktur dan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, air, sanitasi dan alat bantuan mengajar adalah asas kepada peningkatan perstasi pelajar. Kerajaan komited bagi menyediakan kemudahan dan infrastruktur asas ini kepada semua sekolah. Sebagai sebahagian daripada Program Pembangunan Prestasi Sekolah, Kerajaan akan terus memberi focus kepada penyediaan kemudahan dan infrastruktur di sekolah yang amat memerlukan sokongan, Khususnya sekolah di luar Bandar di Sabah dan Sarawak.

j) Peningkatan Prestasi Sekolah melalui Program Sekolah Berprestasi Tinggi. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) ditakrif sebagai sekolah yang mempunyai etos dan identiti unik yang boleh mendorong pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai budaya Kerja yang kukuh dan sentiasa berusaha kea rah mencapai kemajuan yang berterusan di samping mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh. SBT akan berusaha meningkatkan piawaian sekolah setaraf dengan sekolah terbaik di dunia dan menjadi model kepada sekolah lain serta memberi sokongan melalui rangkaian bimbingan dan latihan. Sejumlah 100 SBT akan dibangunkan menjelang 2012 dengan peruntukan sebanyak RM140 juta. Sebanyak 20 SBT telah dikenal pasti. Sekolah tersebut diberi status SBT berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka yang tekal. Sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori termasuk sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah harian dan sekolah berasrama penuh.

k) Membuat Pelaburan ke atas Peminpin Unggul di Setiap Sekolah. Sistem sekolah berprestasi tinggi memanfaatkan guru besar dan pengetua sebagai penjana perubahan melalui proses pemilihan ketat dan latihan intensif untuk mereka memainkan peranan sebagai pemimpin instruksional yang berkesan. Peningkatan pencapaian guru besar dan pengetua mempunyai kesan positif yang signifikan ke atas pencapaian pelajar. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam merancang, menyelaras dan memantau pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Guru besar dan pengetua juga memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dengan mengurangkan tekanan dan

gangguan luaran serta mewujudkan persekitaran yang teratur di dalam dan di luar bilik darjah. Transformasi Keberkesanan Penyampaian. Sistem penyampaian yang cekap dan berkesan sangat diperlukan untuk meningkatkan prestasi pelajar. Pendekatan yang lebih inovatif akan diguna pakai untuk memastikan penyampaian dilaksanakan dengan efektif. a) Pengukuhan Penyampaian Perkhidmatan untuk Menyokong Kemajuan Sekolah. Penambahbaikan mekanisme penyampaian kepada sekolah memerlukan perubahan dalam proses kritikal yang memberi kesan secara langsung terhadap sekolah seperti penempatan guru, pengurusan prestasi sekolah dan juga peranan Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Bagi memastikan perkhidmatan disampaikan secara optimum, KPM akan melaksanakan Service Line iaitu perkhidmatan khusus untuk membantu sekolah yang amat memerlukan antaranya bimbingan, bina upaya dan kemudahan peralatan yang sewajarnya. Di peringkat prasekolah awam yang disediakan oleh pelbagai agensi Kerajaan. Pendekatan ini memerlukan peningkatan produktiviti sumber manusia dan kewangan, serta pengukuhan kemampuan penyampaian. b) Pelaksanaan Kurikulum Baru untuk Memupuk Kreativiti dan Inovasi. Dalam tempoh Rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri, memupuk sikap bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri menerusi aktiviti eksplorasi yang dapat menyerlahkan potensi mereka. Kurikulum ini juga akan menekankan kreativiti, inovasi dan keusahawanan merentasi semua mata pelajaran. Penerapan nilai dan etika di peringkat awal amat penting dalam pembinaan sahsiah individu. Kurikulum yang bakal diperkenalkan akan menerapkan prinsip 1 Malaysia bagi pendekatan pedagogi dalam penyampaian pendidikan. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar 1 Murid, 1 Sukan mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60minit bagi sekolah rendah. Peruntukan untuk geran sukan bagi setiap pelajar akan dinaikkan daripada RM2.40 kepada RM4 bagi sekolah rendah dan daripada RM4 kepada RM6 bagi sekolah menengah. c) Pendidikan Asas dan Prasekolah Swasta. Pendidikan yang ditawarkan oleh sektor swasta semakin diterima oleh kerajaan dan orang ramai. Sehubungan ini, pihak swasta akan digalak untuk menyediakan pendidikan di semua peringkat bermula daripada prasekolah sehingga pendidikan tertiary. Kerajaan

akan melaksanakan pelbagai kaedah perkongsian awam-swasta seperti dalam pengurusan sekolah dan pembiayaan yuran pelajar. d) Perkongsian Awam-Swasta dalam Pembangunan Prasekolah. Kerajaan akan memanfaatkan penyediaan pendidikan prasekolah oleh sektor swasta untuk menampung kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan. Insentif akan disediakan kepada pengusaha swasta bagi mempercepatkan penyediaan prasekolah untuk mencapai objektif meningkatkan enrolmen pelajar di peringkat ini. Insentif ini akan membolehkan pihak swasta mendapatkan geran bagi pembinaan prasekolah di kawasan yang kurang membangun di luar Bandar. Sektor swasta dijangka akan membina 488 buah prasekolah pada tahun 2010, sebanyak 1,000 buah pada tahun 2011 dan 1,145 buah pada tahun 2012. Skim pembiayaan bersama bagi meningkatkan permintaan terhadap pendidikan prasekolah akan dilaksanakan dalam tempoh Rancangan. Usaha ini juga boleh membantu isi rumah berpendapatan rendah mengurangkan bebanan pembiayaan pendidikan prasekolah. Bantuan sehingga RM150 sebulan diberikan kepada mereka untuk pendidikan kanak-kanak berumur 4+ dan 5+ tahun di prasekolah swasta. e) Perkongsian Awam-Swasta dalam Pendidikan Asas. Perkongsian awam-swasta dalam pendidikan asas memberi autonomi signifikan kepada pengendali sekolah, sebagai tukaran kepada penambahbaikan yang spesifik dalam prestasi pelajar sebagaimana dipersetujui dalam kontrak rasmi. Sebagai contoh, charter school di Amerika Syarikat, specialist school dan academy school di United Kingdom dan independent school di Sweden. Model serupa juga telah diguna pakai di sekolah persendirian Cina di Malaysia. Kerajaan akan memperkenalkan rangka kerja Sekolah Amanah kepada sekolah awam yang terpilih. Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang ditadbir bersama oleh pihak swasta dan pemimpin sekolah awam.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MELUASKAN KEBOLEHPASARAN

RAKYAT

MALAYSIA

UNTUK

Dalam beberapa dekat yang lalu, Malaysia telah membuat pelaburan yang besar dalam pendidikan lepasan menengah dan tertiary. Pada masa kini, Malaysia telah menubuhkan 20 universiti awam dan 26 universiti swasta serta 405 institusi latihan kemahiran awam dan 584 institusi latihan kemahiran swasta. Pada tahun 2009, institusi pendidikan tinggi dalam Negara telah mengeluarkan lebih daripada 181,000 siswazah. Daripada jumlah ini lebih daripada 81, 000 siswazah adalah lepasan institusi pendidikan tinggi swasta. Institusi latihan kemahiran pula mengeluarkan lebih daripada 120, 000 pelatih pada tahun 2009. Seramai 30, 000 pelatih adalah daripada institusi latihan kemahiran swasta. Majikan dan persatuan industry sering mengaitkan kekurangan soft skills seperti etika kerja yang positif, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kebolehan membuat keputusan serta kepimpinan sebagai factor utama yang menjejaskan kebolehpasaran siswazah Malaysia. Memandangkan terdapat jurang yang besar antara tahap kompetensi siswazah Malaysia dengan piawaian antarabangsa, isu ini perlu ditangani bagi memastikan Negara mempunyai siswazah yang berkemahiran, serba boleh dan

kebolehpasaran yang tinggi. Pada masa yang sama, dianggarkan seramai 100,000 atau 22% pelajar Malaysia memasuki pasaran pekerjaan sebaik sahaja menamatkan 11 tahun persekolahan, iaitu dengan hanya memiliki kelayakan SPM. Kumpulan pelajar ini mungkin lebih cenderung kepada kemahiran teknikal, oleh itu peluang yang besar itu ada untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal Malaysia perlu memesatkan pembangunan modal insane bertaraf dunia bagi mencapai status Negara berpendapatan tinggi. Justeru, peningkatan kemahiran secara radikal perlu dilaksana bagi meningkatkan kebolehpasaran dengan memberi tumpuan kepada strategi berikut: 1. Mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional yang berkualiti. 2. Meningkatkan kompetensi siswazah sebagai persediaan untuk memasuki pasaran pekerjaan.

Mengarusperdanakan dan Memperluas Akses kepada Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional yang Berkualiti. Malaysia berhasrat meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Oleh itu, enrolmen dalam pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TEVT) perlu ditambah dan kualiti latihan secara keseluruhan dipertingkatkan untuk meningkatkan dengan ketara tahap kemahiran tenaga kerja. TEVT bertujuan menambah bekalan modal insane berkemahiran di Malaysia melalui penyediaan pendidikan berkualiti kepada pelajar yang mempunyai kecenderungan dan keupayaan dalam bidang teknikal dan vokasional. TEVT menjurus kepada penyediaan kemahiran yang boleh digunakan dengan segera dalam pasaran pekerjaan. TEVT menjadi pilihan pendidikan perdana di kebanyakan Negara maju. Model binary atau dwi-laluan pendidikan yang fleksibel diguna pakai di kebanyakan Negara berpendapatan tinggi. Model ini membolehkan pelajar menukar aliran antara akademik dengan teknikal atau vokasional yang mempunyai prospek kerjaya yang setara. Kadar purata enrolmen pelajar yang memasuki aliran teknikal dan vokasional di peringkat menengah atas bagi Negara OECD adalah 44% berbanding hanya 10% di Malaysia. Penambahbaikan peluang, akses dan kualiti TEVT untuk laluan teknikal adalah sama penting dengan penambahbaikan laluan akademik pendidikan tertiari. Pendekatan dwilaluan pendidikan yang sedang diusahakan akan memberi peluang kepada pelajar untuk menukar aliran antara TEVT dengan akademik. Pendidikan TEVT di peringkat sekolah menengah mempunyai dua aliran utama, iaitu teknikal dan vokasional. Aliran teknikal mempunyai lebih banyak komponen akademik, manakala aliran vokasional mempunyai lebih banyak komponen hands-on. Kemahiran TEVT memberi manfaat secara langsung kepada majikan, pekerja serta sector industry yang berkaitan. Faedah yang diperoleh bergantung kepada gabungan kemahiran pekerja. Oleh itu, kos berkaitan TEVT perlu dibiayai bersama antara kerajaan, majikan, industry dan pelajar berdasarkan kepada faedah yang diperoleh.

Dalam tempoh rancangan, empat strategi berikut akan diguna pakai untuk mengarusperdanakan dan memperluas akses kepada TEVT yang berkualiti: 1. Menambah baik persepsi terhadap TEVT dan menarik minat lebih ramai pelajar. 2. Membangunkan tenaga pengajar TEVT lebih efektif. 3. Mempertingkat dan mengharmonikan kualiti kurikulum TEVT selaras dengan keperluan industry. 4. Memperkemas penyampaian TEVT.

Menambah Baik Persepsi Terhadap TEVT dan Menarik Minat Lebih Ramai Pelajar. Terdapat banyak peluang untuk penyedia TEVT awam dan swasta menarik lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pengajian untuk mengikuti latihan TEVT dan meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran dalam pasaran pekerjaan. Bagi tujuan ini, penekanan akan diberi untuk meningkatkan nilai dan daya tarikan TEVT kepada pelajar, penyedia latihan dan industri. Dalam tempoh Rancangan, kempen media di peringkat nasional akan dilaksana secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran dan menambah baik persepsi terhadap TEVT. Kumpulan sasar utama adalah pelajar yang berpotensi dan ibu bapa mereka. Kempen akan memberi penekanan terhadap manfaat memasuki pasaran pekerjaan dengan kelayakan TEVT, seperti gaji permulaan, jenis pekerjaan dan laluan kerjaya serta pengiktirafan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) untuk lebih banyak jawatan dalam sektor awam. Pelbagai saluran penyampaian seperti televisyen, radio, majalah dan selebriti akan diguna untuk menyampaikan maklumat tersebut kepada kumpulan sasar. Kaunselor di sekolah akan diberi tanggungjawab untuk membimbing dalam tempoh yang panjang bagi membantu pelajar, bermula daripada tingkatan 4 berterusan sehingga pelajar berkenaan memasuki pendidikan tertiari. Bagi meningkatkan keberkesanan bimbingan, kumpulan kaunseling yang terdiri daripada kaunselor sekolah akan dibentuk di setiap daerah. Kumpulan kaunseling ini akan bertanggungjawab untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan institusi TEVT dan majikan, serta meningkatkan penyelarasan antara pihak berkepentingan melalui pertukaran maklumat. Kumpulan ini juga akan bertanggungjawab untuk menyediakan panduan kerjaya yang komprehensif kepada pelajar dan ibu bapa mereka khususnya mengenai pelbagai pilihan dalam TEVT. Meningkatkan Kompetensi Siswazah bagi Menyediakan Mereka Memasuki Pasaran Pekerjaan Ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi memerlukan sebilangan besar pekerja yang berpengetahuan seperti ahli sains, jurutera, ahli professional, agen paten dan usahawan berasaskan teknologi. Institusi pengajian tinggi mempunyai peranan yang penting dalam menghasilkan modal insane berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencipta, menginovasi, menghasil dan mempelopori pengetahuan baru serta mengaplikasi dan membangunkan teknologi. Usaha untuk menarik pelaburan langsung asing dan memacu pertumbuhan sumber domestic yang baru memerlukan bilangan siswazah yang memcukupi dan kompeten.

Walau bagaimanapun, tahap kebolehpasaran, kekurangan dan ketidakpadanan kemahiran siswazah masih menjadi isu utama dalam pembangunan modal insan. Banyak kajian mendapati siswazah Malaysia kurang kompeten dalam kemahiran teknikal yang diperlukan oleh industry, dan lemah dalam soft skills termasuk etika kerja professional, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan, membuat keputusan dan kepimpinan. Oleh itu, usaha bersepadu akan diambil untuk mempertingkat kompetensi siswazah dan keberkesanan pembiayaan kos pengajian tinggi iaitu dengan: 1. Memperkukuh kerjasama industry dan penyelidikan. 2. Memberi lebih autonomi kepada university dan memperkukuh budaya berprestasi tinggi. 3. Memperkukuh kurikulum kursus pengajian bagi menyeimbangkan kandungan akademik dan soft skills. 4. Melantik dan mengekalkan staf akademik yang terbaik.

5.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERANCANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN


Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, perancangannya adalah didasari oleh falsafah dan matlamat pendidikan negara yang menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kurikulum atau pun skop kandungan sesuatu pelajaran adalah asas penting dalam sistem pendidikan sesebuah negara. Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, Malaysia memerlukan suatu kurikulum yang kemas dan sesuai untuk mewujudkan sistem pendidikan yang dinamik serta selaras dengan cita-cita dan kehendak negara. Perancangan pembangunan pendidikan tidak berlaku sendiri tanpa sebab yang mempengaruhinya. Ia berlaku sejajar dengan kemajuan masyarakat dan negara dan ia dianggap sebagai satu proses yang dinamik dan seimbang. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perancangan pembangunan pendidikan di negara ini. Antara faktornya ialah falsafah pendidikan, kehendak manusia, faktor politik, faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia, faktor perubahan sosial, faktor perancangan dan pelaksanaan kurikulum, faktor murid kehendak dan keperluan masyarakat, faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya, dan pengaruh psikologi pendidikan.

5.3.1 Falsafah pendidikan Falsafah pendidikan negara memainkan peranan yang penting dalam mencorak sistem pendidikan di sesebuah negara, khususnya di Malaysia. Falsafah pendidikan kebangsaan kita adalah seperti berikut :

" Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara " ( PPK, 1988 ) Falsafah pendidikan negara mempunyai implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR dan KBSM adalah hasil perubahan yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Antara perubahan-perubahan yang jelas terdapat dalam kedua-dua tersebut ialah ; i. Sukatan pelajaran yang digubal memberi penekanan kepada aspek kesepaduan dan keseimbangan. Oleh itu konsep-konsep seperti penggabungjalinan ( penyatuan kemahiran-kemahiran ) dan penyerapan (penyatuan isi ) sentiasa dititik beratkan. Penekanan baru diberikan kepada penerapan nilai-nilai murni. Ia seharusnya diserapkan dalam setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah. Program pendidikan disusun agar dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Program pendidikan yang menitik beratkan pendidikan umum diperkenalkan. Penekanan diberikan kepada pendidikan teknik dan vokasional. Penekanan juga diberikan kepada bahasa merentasi kurikulum. Pemupukan budaya sains dan teknologi terus ditekankan. Pemupukan budaya keusahawanan dan budaya niaga ditegaskan. Pengukuhan dan perluasan bahasa Melayu sebagai satu cabang ilmu pengetahuan. Peningkatan pendedahan dan penguasaan bahasa Inggeris. Penekanan kepada melahirkan individu yang berkeyakinan diri dan bersikap berdikari. ( Kamaruddin Haji Husin, 1994 )

ii. iii.

iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi.

5.3.2

Kehendak masyarakat

Pembangunan pendidikan dirancang dan dilaksanakan mengikut kehendak dan desakan masyarakat. Masyarakat juga menentukan sama ada perancangan pembangunan itu sesuai atau pun tidak dengan kehendak mereka. Namun begitu bukanlah mudah untuk memenuhi semua tuntutan masyarakat terhadap pembangunan dan sumbangannya pada

budaya, lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang kompleks dan mengalami perubahan yang pesat. Hilda Taba ( 1962 :24) menyatakan : " It is not an easy task to establish what demands society makes on education and what contribution education can or should make to culture, especially in a complex society in which vast and rapid changes are occuring." Penilaian atau kajian berterusan adalah diperlukan untuk memastikan matlamat dan kehendak masyarakat terhadap pendidikan benar-benar terlaksana. Misalnya dalam masyarakat industri, pendidikan harus mempunyai strategi terhadap ciri-ciri ekonomi, politik, sosial dan budaya masyarakat tersebut. Dalam masyarakat pertanian pula, ciri-ciri kurikulumnya adalah berbeza. Masyarakat berkehendak murid-murid mempelajari kemahiran-kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira; konsep-konsep asas cara hidup masyarakat dari segi politik, sosial dan ekonomi; serta teknik-teknik asas untuk menyertai kehidupan sesuatu masyarakat, seperti mengambil bahagian dalam perbincangan, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam suatu sistem demokratik. KBSR telah digubal dengan tujuan untuk membolehkan murid-murid : - menguasai bahasa Melayu dengan memuaskan. - menguasai kemahiran asas berbahasa seperti bertutur, membaca dan menulis. - menguasai kemahiran mengira - menguasai Bahasa Inggeris - membina dan memupuk akhlak yang mulia - meningkatkan ilmu pengetahuan tentang manusia dan alam - dapat bergaul dalam masyarakat - mengembangkan bakat dan daya kepimpinan

5.3.3 Faktor politik Francis P. Hunkin (1987) dalam bukunya "Curriculum Planning menyatakan " :

"Curriculum Development is also a political process. It requires dealing with people and their various power bases and their views of what makes for good education" Wiles Bondi (1989) dalam bukunya `Curriculum Development : A Guide to Practice turut menjelaskan pengaruh politik dalam pembentukan dan perkembangan sesuatu kurikulum. Ini jelas menunjukkan bahawa perkembangan kurikulum atau pun pembangunan pendidikan dipengaruhi oleh proses politik, kerana setiap kali pucuk pimpinan sesebuah negara itu bertukar, maka setiap kali itulah kurikulum pendidikan akan dikaji semula. Kurikulum pendidikan menjadi saluran penting bagi setiap badan pemerintahan menguatkan pengaruh mereka. Kerajaan bertanggungjawab menetapkan Dasar Pendidikan Negara sejajar dengan hasrat pemerintah. Di Malaysia misalnya, ketika British berkuasa di negara ini, dasar pelajaran hanya bertujuan menjadikan anak-anak Melayu petani dan nelayan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Pihak British tidak langsung menitikberatkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini. Apabila negara mencapai kemerdekaan, Dasar Pelajaran Kebangsaan turut berkembang dan berubah. Dasar Pelajaran Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 menitikberatkan aspek-aspek yang berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga kerja. Melalui kurikulum Pendidikan disalurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membentuk keperibadian dan perwatakan individu yang baik dan oleh membawa ke arah perpaduan. Sukatan pelajaran yang sama isi kandungannya yang disyorkan oleh Penyata Razak 1956 dianggap sebagai salah satu asas sistem pendidikan kebangsaan bagi mewujudkan perpaduan negara itu.

5.3.4 Faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia Perancangan pembangunan pendidikan juga dipengaruhi oleh faktor pembangunan negara dan perkembangan dunia. Negara yang ingin maju dan membangun tidak seharusnya mempunyai perancangan pembangunan pendidikan yang statik. Oleh itu ia harus diubahsuai mengikut peredaran masa dan kemajuan sains dan teknologi. Menurut Hida Taba (1962) : "Technology has changed and is changing not only the face of the earth and the institutions of our society, but man itself " Kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa perkembangan teknologi telah membawa perubahan yang pesat pada kehidupan manusia di muka bumi ini. Oleh itu, perancangan pembangunan pendidikan haruslah sejajar dengan pembangunan negara dan perkembangan dunia. Kandungan kurikulum pendidikan perlu menitikberatkan mata pelajaran sains dan kemahiran teknik atau vokasional kerana tenaga kerja yang mahir diperlukan dalam zaman yang berteknologi dan canggih ini. (Ee Ah Meng, 1995)

5.3.5

Faktor perubahan sosial

Selain menjadi tempat menyalurkan pengetahuan dan melatih kemahiran akademik, sekolah juga merupakan agen sosial. Melalui pendidikan di sekolah, nilai-nilai sosial yang diperlukan dalam dan negara diserapkan. Dewasa ini masalah keruntuhan moral dan jenayah di kalangan remaja dan muridmurid semakin meningkat. Mereka terdedah dengan masalah penagihan dadah, minum minuman keras, merokok, pergaulan bebas dan melakukan perkara-perkara jenayah seperti mencuri, merompak, merogol dan sebagainya. Masalah ini jika tidak dibendung dengan segera, akan merosak dan menghalang pembangunan negara. Menyedari hakikat ini, negara telah mewujudkan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.. Dengan itu perkembangan kurikulum harus sejajar dengan perubahan sosial agar nilai-nilai murni dalam diri individu tidak pupus ditelan arus pembangunan (Mohammad Nor, 1990; Kamaruddin Hj. Husin, 1994).

5.3.6

Faktor perancang dan pelaksana kurikulum

Perubahan yang begitu pesat dalam masyarakat dan dunia membuat perancangan pembangunan pendidikan hari ini perlu disesuaikan mengikut peredaran masa. Sehubungan dengan itu perancang pembangunan pendidikan bertanggungjawab menyemak semula dari masa ke semasa. Pengguguran, perubahan atau pertambahan terhadap kurikulum harus dilakukan mengikut peredaran masa, kehendak masyarakat dan kemajuan negara. Kita hidup dalam masyarakat yang berubah-ubah, iaitu pengetahuan baru sentiasa ditemui, sementara pengetahuan lama yang dibuktikan kurang tepat dikemaskinikan . Masalah pertambahan pengetahuan yang banyak menimbulkan masalah pemilihan apa yang hendak dipelajari serta pertimbangan semula bagaimana pembelajaran harus berlaku. Dengan menyedari bahawa murid-murid harus disediakan untuk menyesuaikan diri dengan permintaan masyarakat yang cepat berubah, guru-guru dan perancang kurikulum harus menyemak semula apa yang mereka kemukakan kepada murid-murid (Kamaruddin Hj. Husin, 1994). Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelaksana kurikulum harus sentiasa peka dengan perubahan yang timbul serta bersedia mencari penyelesaian dalam mengubah kurikulum merupakan orang yang penting dalam

5.3.7 Faktor murid , kehendak , dan keperluan masyarakat Pelajar sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas yang melibatkan kehendak dan keperluan asa yang melibatkan keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Perancangan pendidikan yang akan dibentuk sewajarnya dapat memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran agar kehendak dan keperluannya sebagai murid dan individu dapat dipenuhi. Ini bermakna, pembangunan pendidikan yang dirancang akan menyediakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang merangsang perkembangan potensi mereka secara menyeluruh iaitu merangkumi intelek, jasmani, rohani dan sosial ( Ee Ah Meng, 1995). Perancangan pembangunan pendidikan yang baik sentiasa mengambil kira keperluan murid serta mampu memberi faedah secara menyeluruh. Ini bermakna faktor minat dan perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif perlu difikirkan semasa membentuk kurikulum tersebut. Kajian hendaklah dilakukan terhadap keperluan individu, sekurang-kurangnya dari peringkat bayi hingga remaja. Hasilnya, segala keperluan tersebut dapat diserapkan ke dalam sistem pendidikan itu dan dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan berkesan. Murid adalah individu yang bakal menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat. Oleh itu, kurikulum haruslah bertanggungjawab menyediakan murid-murid dengan pendidikan yang berkaitan dengan masyarakat di mana mereka tinggal dan juga bentuk masyarakat yang akan mereka hadapi kelak.

5.3.8

Faktor perkembangan ilmu dan kepentingannya

Masa yang berlalu turut membawa perubahan kepada masyarakat yang seterusnya menuntut mereka menerima pendidikan yang lebih sempurna selaras dengan keperluan kemajuan yang kian pesat. Ilmu yang bersifat dinamik menyebabkan ia sentiasa berkembang. Perkembangan ini disebarkan kepada masyarakat menerusi perancangan kurikulum 6yang lebih kemas dan sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara. Penemuan baru dalam pelbagai bidang seperti perubatan, teknologi dan sebagainya menjadikan bidang itu terus berkembang. Perkembangan ini penting dalam pembentukan kurikulum supaya ia dapat dikemas kini dari masa ke semasa agar ilmu ilmu baru ini dapat disalurkan kepada murid-murid bagi mengimbangi keperluan zaman. Selain itu, pengenalan ilmu atau bidang-bidang baru ke dalam pendidikan membantu meningkatkan taraf pendidikan itu sendiri. Contohnya, memperkenalkan ilmu pengurusan dan perhubungan ke dalam bidang pendidikan, khususnya ke dalam bidang kurikulum, meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kurikulum itu sendiri.

5.3.9

Pengaruh psikologi pendidikan

Teori disiplin mental yang berlandaskan konsep falsafah yang dimajukan oleh Plato dan Aristotle banyak mempengaruhi pengajaran aritmetik pada abad ke 19. Salah satu aspek disiplin mental yang penting ialah psikologi fakulti. Psikologi Fakulti mempunyai pengaruh yang begitu kuat terhadap isu mengapa matematik perlu dipelajari oleh kanakkanak. Manakala ahli ` fahaman perkaitan menganggap pembelajaran sebagai pembinaan unit-unit kecil yang terdiri daripada rangkaian R-G untuk menghasilkan tingkah laku. Fahaman ini telah menghasilkan strategi pengajaran aritmatik kepada fakta dan kemahiran kecil untuk diajar dan dinilai secara berasingan. Kesan utama pendekatan ini terhadap sekolah ialah matematik diajar semata-mata dengan menggunakan teknik latih tubi ( Nik Aziz Nik Pa, 1992). Pemikiran psikologi `behaviourisme telah bertapak dalam kurikulum pendidikan matematik sejak awal 60an. Dalam pemikiran ini murid telah dianggap sebagai gelas kosong. Guru berperanan memasukkan pengetahuan matematik ke dalam gelas tersebut. Pendekatan ini mengetepikan aktiviti pengembangan intelek yang sekali gus membina sikap negatif dalam diri pelajar terhadap matematik. Untuk mengatasi masalah itu, satu kurikulum matematik yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian masalah dan pemikiran kritis telah diperkembangkan pada penghujung tahun 70an. Seterusnya dalam KBSM pengajaran dan pembelajaran Matematik ditekankan kepada fahaman binaan (konstruktium) dan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.(Nik Aziz Nik Pa, 1992)

5.4 PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS TRANSFORMASI SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SECARA HOLISTIK, BERSEPADU DAN SEIMBANG
Modal insan minda kelas pertama merupakan salah satu kunci utama untuk membolehkan negara mencapai Wawasan 2020 yang telah digagaskan. Merekalah yang akan meningkatkan tahap produktiviti dan daya saing negara dalam mendepani cabaran dan tekanan besar persaingan abad ke 21. Agenda membina dan memupuk modal insan yang menjadi benih generasi masa depan ini amat bergantung kepada kualiti sistem pendidikan negara. Justeru, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk melaksanakan dan merealisasikan satu sistem pendidikan yang holistik, progresif, bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. PIPP 2006-2010 telah menggariskan enam teras iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasakan Sekolah Kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

5.4.1 MEMBINA NEGARA BANGSA Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbanding kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung pada perkongsian nilai serta semangat patriotisme, lingua franca, integrasi, kewarganegaraan dan demokrasi. Cabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau tempatan. Fokus utama dalam membina negara bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan, integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran kehidupan. Antara strategi untuk membina negara bangsa ialah menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaraskan peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan dan strategi yang terakhir ialah mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan. Bagi memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional, pelbagai usaha akan dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat agar menghormati Perlembagaan Malaysia, meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum dan menanam semangat hormat-menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum. Selain itu, memberi kefahaman menyeluruh tentang pentingnya semangat kejiranan ke arah perpaduan dan integrasi nasional turut dititikberatkan. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut menyusun program bagi memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya melalui kurikulum kesenian, membina sekolah seni, meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKWA) serta membudayakan penggunaan tulisan jawi. Bagi memupuk kefahaman yang jelas tentang pendekatan Islam Hadhari, pelbagai aktiviti untuk bimbingan melalui ceramah, seminar dan penerbitan bahan bacaan berkaitan Islam Hadhari dilaksanakan. 5.4.2 MEMBANGUNKAN MODAL INSAN Pembangunan modal insan bertujuan memastikan anak bangsa Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran tinggi bagi penyediaan guna tenaga dalam pelbagai jenis pekerjaan. Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan menggunakan teknologi komunikasi maklumat (ICT) dengan baik, berupaya berfikir secara kreatif dan kritis serta mampu bertindak secara rasional,

mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, mempunyai nilai tinggi serta berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat. Bagi mencapai dasar dan matlamat tersebut, fokus pembangunan modal insan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) adalah: Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. KPM akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri(SAN) akan diteruskan. Pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolah-sekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. Meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bahan bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P), Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalkan supaya menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. Memupuk pelajar supaya memiliki kemahiran dan keterampilan Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. MPV akan diperluas di sekolah-sekolah selain memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa dan adab dalam kalangan pelajar. Kerja amal dalam masyarakat setempat seperti di rumah orang tua dan anak yatim juga akan diperbanyakkan. Aspek keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K) turut diberi keutamaan. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimantapkan sepanjang RMK-9. Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik KPM akan mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan bagi

mata pelajaran tertentu. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan penilaian, standard prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain. Memantapkan program kokurikulum dan sukan Budaya bersukan dan kokurikulum akan diterapkan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan serta peralatan sukan yang mencukupi di semua sekolah tidak kira lokasinya. KPM akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara(MSN) untuk melaksanakan program pembangunan sukan lebih menyeluruh di samping mengenal pasti sekolah yang dapat dijadikan Pusat Sukan Daerah dan Negeri. Bagi meningkatkan semangat patriotik, Rukun Negara akan dipelajari dan dihayati dari peringkat awal persekolahan. Penubuhan Kelab Rukun Negara akan dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Memperkukuh disiplin pelajar Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, kempen melibatkan penglibatan ibu bapa dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Kempen Pencegahan Salah Laku akan di perhebatkan. Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya 2005 akan dilaksanakan di sekolah rendah secara berperingkat dengan menerapkan ke dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin dengan mempelbagaikan saluran aduan terus Saluran aduan terus akan dipelbagaikan termasuk talian terus, e-mail, faks dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Memantapkan kurikulum Pelaksanaan j-QAF kepada murid Islam dan Pendidikan Moral kepada bukan Islam akan diperluaskan. Selain itu, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan akan diperluas pelaksanaannya ke Tahap Dua sekolah rendah dan sekolah menengah. Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi Ini akan dilakukan dengan menjalankan pelbagai aktiviti bagi membangunkan modal insan

5.4.3 MEMPERKASAKAN SEKOLAH KEBANGSAAN Dalam PIPP, tumpuan memperkasakan Sekolah Kebangsaan (SK) diberi kepada sekolah rendah. Ini kerana SK berperanan penting sebagai tapak untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Ciri-ciri SK perkasa ialah: Infrastruktur lengkap dan berkualiti. Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan berkualiti, semua pelajar menguasai 3M.

Beraspirasi nasional. Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pencapaian akademik cemerlang. Sistem sokongan yang kuat dan mencukupi. Iklim dan budaya sekolah yang sihat. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan. Penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan. Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang.

5.4.4 MERAPATKAN JURANG PENDIDIKAN DI LUAR BANDAR PIPP bakal merapatkan jurang pendidikan antara lokasi dengan membangunkan infrastruktur dan kemudahan pendidikan luar bandar di seluruh negara. Selain itu, ia turut memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan mengurangkan risiko keciciran pelajar. Tumpuan akan diberi kepada sekolah-sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak. KPM turut memfokuskan untuk mengurangkan jurang pencapaian akademik dengan menambah bilangan komputer , TV Pendidikan, video teleconferencing, SchoolNet, makmal kompoter, kemudahan perkakasan, pengisian dan tenaga kerja. Ini akan mengurangkan jurang digital yang wujud dalam kalangan murid dan guru luar bandar. Beberapa langkah telah dikenal pasti untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dan minoriti iaitu meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira).

5.4.5 MEMARTABATKAN PROFESION PERGURUAN Guru-guru yang baru menamatkan pengajian perguruan dari maktab atau institusi pengajian tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan pedalaman dahulu tanpa sebarang pengecualian. KPM akan menambah baik insentif dan mewujudkan skim insurans khusus kepada guru yang berkhidmat di pedalaman selain menyediakan rumah guru dan kemudahan asas yang sempurna. Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG) secara berpusat akan digubal bagi memberi fokus kepada membangunkan infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat dan Komunikasi (ICT) , Portal Pendidikan Guru dan Total Campus Management System. Guru tugas-tugas khas bakal menikmati elaun baru apabila PIPP 2006-2010 dilaksanakan sepenuhnya. Pelbagai keistimewaan bakal dilaksanakan seperti mewujudkan laluan pantas untuk kenaikan gred DG berasaskan merit dan prestasi akan dilaksanakan, kemudahan tempat tinggal di kawasan pedalaman dan bandar besar akan disediakan dan menempatkan guru mengikut opsyen dan keperluan.

5.4.6 MELONJAKKAN KECEMERLANGAN INSTITUSI PENDIDIKAN Bagi melonjakkan lagi kecemerlangan institusi pendidikan dalam sistem pendidikan negara, dasar KPM adalah untuk mengadakan pendekatan, piawaian dan penanda aras yang lebih tepat serta bersesuaian dengan ciri dan keperluan kluster institusi pendidikan yang ada iaitu mengikut bidang khusus (niche areas) masing-masing. Hal ini kerana pada

masa ini, terdapat pelbagai jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Institusiinstitusi model yang dapat dijadikan contoh akan dibangunkan supaya dapat dijadikan showcase pada peringkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk membuktikan keupayaan sistem pendidikan negara di samping membantu usaha untuk menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan. Dalam pada itu, sebaknya 300 buah institusi pendidikan yang menyerlah dan cemerlang dalam kluster institusi pendidikan tertentu akan dikenal pasti dan dipilih mengikut elemen utama (pencapaian purata, kokurikulum) dan elemen sokongan (pengurusan dan pentadbiran sekolah, keterampilan guru, pengurusan kewangan yang cekap, penglibatan ibu bapa dan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai