Anda di halaman 1dari 4

ADAT ORANG MINANGKABAU DI NEGERI SEMBILAN 1.

Adat pepatih Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan

kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang terdapat di negeri melayu dari sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan. Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki. Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami. Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung, biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. 2. Adat dari segi pernikahan Masyarakat Minangkabau umumnya beragama Islam. Oleh itu, majlis pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak berasal daripada suku yang sama(kecuali persukuan itu berasal dari negeri/luhak yang lain), saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami (maripulai) harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih ada peraturan tertentu dan upacara adat agama Islam yang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko sebagainya. tando, akad nikah, baralek gadang, jalangmenjalang, dan

3. Adat upacara kematian Dalam upacara kematian, masyarakat Minangkabau mengutamakan perkaraperkara wajib menurut syariat Islam, seperti pengurusan jenazah. Seterusnya, akan diadakan majlis memperingati Allahyarham seperti manujuah hari(majlis memperingati tujuh hari), duo puluah hari (majlis memperingati hari ke empat puluh dan akhir sekali manyaratuih hari (majlis memperingati hari ke seratus). 4. Adat dari segi pemakanan Masyarakat Minangkabau menyukai masakan pedas dan banyak menggunakan santan kelapa. Contohnya, rendangdan dendeng balado. Rendang mempunyai falsafah tersendiri bagi masyarakat Minangkabau iaitu musyawarah, mewakili empat bahan utamanya iaitu daging lembu mewakili para pemimpin suku adat, kelapa mewakili kaum intelektual, lada mewakili alim ulama yang tegas untuk mengajar hokum-hukum agama dan pemasak mewakili keseluruhan masyarakat Minangkabau. Seterusnya, dendeng balado pula merupakan hirisn tipis daging sapi yang dikeringkan lalu digoreng sehingga kering. 5. Adat dari segi budaya dan seni Dalam segi budaya dan seni, terdapat juga tarian piring dan randai sebagai hiburan dalam kehidupan masyarakat Minangkabau. Tarian piring berasal daripada Sumatera Barat. Tarian ini menggambarkan rasa kegembiraan dan syukurmasyarakat Minang ketika kedatangan musim panas. Para muda-mudi akan mengayunkan gerak langkah dan menunjukkan kebolehan mereka dengan memainkan piring yang ada di tangan mereka. Kebiasaannya, di Malaysia tarian piring dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah ketika majlis perkahwinan terutamanya bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Randai pula merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau iaitu melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahanka diri iaitu silat. Kebiasaannya, randai dipersembahkan ketika menyabut perayaan tradisional dan terselit pelbagai cerita di dalamnya dalam satu masa. Cerita-cerita yang dikisahkan disampaikan mealui nyanyian dan lakonan berdasarkan lagenda-lagenda

Minangkabau dan cerita rakyat. Randai dipersembahkan oleh kaum lelaki, namun setelah 1960-an, perempuan juga telah menyertai persembahan ini. Walaupun suku Minangkabau kuat dalam pegangan agama Islam, mereka juga kuat dalam mengamalkan amalan turun-temurun yang digelar adat. Walaubagaimanapun, pengaruh agama Islam masih kuat di dalam adat Minangkabau, seperti yang tercatat di dalam pepatah mereka, Adat basandi syara', syara' basandi Kitabullah, yang bermaksud, adat (Minangkabau) bersendi hukum Islam dan hukum Islam bersendi Al Qur'an.

SUKU SUKU YANG TERDAPAT DALAM MASYARAKAT MINANGKABAU Secara rasminya, di Negeri Sembilan, terdapat 12 suku dan beberapa lagi pecahan. Antaranya suku suku yang terdapat di Negeri Sembilan ialah : 1. Tanah datar 2. Batuhampar 3. Seri Lamak Pahang 4. Seri Lamak Minangkabau 5. Mungka 6. Payakumbuh 7. Seri Malanggang 8. Tigo batu 9. Biduanda 10. Tigo Nenek 11. Anak Acheh 12. Batu Belang Diantara 12 suku yang disenaraikan, hanya terdapat 9 sahaja berasal daripada Luhak Lima Puluoh Koto, iaitu Suku Batuhampar(berasal dari batuhampa), Seri Lamak Pahang(berasal dari Sarilomak), Seri Lamak Minangkabau(berasal dari Sarilomak), Mungka, Payakumbuh, Seri Malanggang(Simalonggang) dan Tigo Batu(Situjuah Batur),

Tigo Nenek dan Batu Belang(Batu Bolang) berasal dari Luhak Tanah Datar, yakni nama Suku Tanah Datar sendiri. Sedangkan Suku Biduanda berasal dari Suku atau Penduduk Asli Semang, Sakai dan Jakun dan Suku Anak Acheh berasal dari dari keturunan Acheh. Pada permulaan abad ke-14, orang-orang Minangkabau mula tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada penduduk asal iaitu, Orang Asli, dan berjaya tinggal secara damai dengan mereka. Dengan itu berlakulah pernikahan antara orang-orang Minangkabau dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih seorang pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang-orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh. Suku biduanda ini telah mewujudkan pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang.