Anda di halaman 1dari 2

Contoh Persediaan Mengajar Yang Menggunakan Model Konstruktivisme Bidang Pembelajaran : Pecahan Objektif Pembelajaran : Murid akan diajar

untuk: i. Memahami dan menggunakan pengetahuan tentang pecahan sebagai nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan.

Hasil Pembelajaran : Murid akan dapat : i. ii. iii. Masa : 1 Waktu Fasa Persediaan Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada. Cadangan Aktiviti 1. Murid melipat kertas kepada dua bahagian. 2. Murid membandingkan hasil mereka dengan rakan-rakan. Cadangan Komunikasi Bagaimana kamu boleh menghasilkan dua bahagian daripada kertas yang diberikan? Adakah terdapat perbezaan atau persamaan dengan rakan-rakan, mengapakah berlaku demikian? Berdasarkan bahagian yang dilorek, apakah bahagian yang diwakili oleh bahagian yang berlorek itu? Menerangkan pecahan sebagai sebahagian daripada keseluruhan. Mewakilkan suatu pecahan. Menulis pecahan berdasarkan gambar rajah yang diberi.

Imaginasi Penstrukturan idea Meneroka Menjelas Konstruk idea baru

1. Murid melorek satu bahagian daripada kertas yang dilipat tadi. 2. Murid melipat kertas yang sama kepada lapan bahagian. Kemudian murid melorek lima bahagian pula. 3. Murid menyatakan nombor di bahagian atas sebagai pengangka dan nombor di bahagian bawah sebagai penyebut.

Apakah istilah yang diberikan kepada nombor yang terletak di bahagian atas dan bawah bagi suatu pecahan?

Perkembangan Penjelasan lanjut Aplikasi idea

1. Murid menerangkan bagaimana mewakilkan pecahan sebagai sebahagiaan daripada keseluruhan.

Bagaimana kamu boleh mewakilkan pecahan tersebut?

Tindakan Penilaian Kaji semua perubahan idea Penyiasatan lanjutan

1. Murid mewakilkan pecahan dengan gambar rajah ( Latihan dari buku teks). 2. Murid menyatakan pecahan berdasarkan gambar rajah berlorek. ( Latihan dari buku teks). Latihan 3.1 M/S : 46

Wakilkan setiap pecahan berikut dengan gambar rajah

Apakah pecahan yang diwakili oleh bahagian berlorek dalam gambar rajah

Pentaksiran Pelaksanaan Amalan berterusan Nilai dan sikap

1. Murid membina suatu situasi harian yang melibatkan pecahan.

Bagaimana kamu menyelesaikan situasi tersebut?

Mendengar arahan dengan teliti dan menghargai pandangan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai