Anda di halaman 1dari 26

Aplikasi &integrasi TMKdalampendidikan

12 Jan 2011, 10:26 AM | Santapan Rohani

SANTAPAN MINDA Oleh Dr. Ismail Zain Bahagian 1 PERKEMBANGAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) telah membawa kemajuan dalam pelbagai bidang kehidupan. Sejak terlancarnya tujuh projek perdana dalam bidang TMK, inovasi telah berlaku dalam segala bentuk urusan sama ada urusan perniagaan ataupun pentadbiran. Hal ini tidak termasuk perkembangan yang berlaku dalam bidang perubatan, pertanian, hiburan dan lain-lain lagi yang berjalan dengan pesat sekali. Segenap lapisan masyarakat termasuk masyarakat orang Asli sudah sedar betapa mudah dan menguntungkan penggunaan kaedah edagang yang mampu mengurus hasilan jualan mereka hanya di hujung jari. Penggunaan Internet dapat dijalankan dengan begitu luas sekali menggunakan kemudahan jalur lebar tanpa wayar hingga terlancarnya kampung wifi yang mampu memberi kemudahan kepada masyarakat di luar bandar. Sehubungan itu, apakah pula perkembangan TMK dalam bidang pendidikan? Sejauh manakah pelanggan kita iaitu murid-murid sekolah mendapat faedah hasil daripada perkembangan TMK ini? Atau kita sekadar berbangga dengan segala bentuk kemudahan fizikal yang dibekalkan seperti makmal atau bilik komputer yang lengkap dengan perkakasannya serta peralatan lain yang canggih seperti papan interaktif, e-buku dan sebagainya yang memakan belanja jutaan ringgit. Apakah kita hanya berbangga kerana kita mampu mengendalikan alatan seperti projektor LCD, mengaplikasikan segala bentuk perisian yang terdapat di pasaran? Pada saya TMK bukan hanya mampu diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui perkakasan dan perisian yang canggih sahaja tetapi harus mampu diintegrasikan dalam sistem penyampaian secara kreatif. Justeru gabungan ilmu amat diperlukan untuk meneroka potensi setiap media pengajaran (instructional media) untuk disesuaikan dengan alat pengajaran (instructional tools) iaitu kaedah, teknik dan aktiviti P&P serta menggunakan alat pemikir (thinking tools) untuk menjana pemikiran pelajar yang kritis dan kreatif mengikut pemeringkatan domain pembelajaran yang dicadangkan oleh Blooms yang kebiasaannya digunakan dalam sistem pendidikan kita. Perancangan setiap unit pembelajaran itu harus disesuaikan pula dengan profil dimensi psikologi pelajar seperti kepelbagaian kecerdasan, gaya belajar agar segala bentuk kemahiran dan penerapan nilai-nilai murni dalam hasilan pembelajarannya dapat dicapai.

Mari kita renungi beberapa rumusan tentang ruang lingkup teknologi pendidikan yang harus dimainkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Most people think of technology as simply a tool. Yes, technology is a tool, but the term "technology" is actually defined as applied knowledge. .. Educational technology is a process of using our knowledge, which includes the body of knowledge in the entire field of education and any pertinent scientific and technical knowledge in all other disciplines, for designing the most appropriate learning environment for student success. Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources. (AECT, 2004).

Integrasi ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Dengan wujudnya kemudahan infrastruktur ICT di sekolah, adalah diharapkan para guru dapat memanfaatkannya ke arah meningkatkan keberkesanan proses dan hasil pengajaran dan pembelajaran. Laman ini di sediakan untuk memberi panduan kepada guru bagaimana kaedah dan cara yang sesuai mengintegrasi ICT dalam pengajaran dan pemebelajaran. Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Penglibatan ICT dalam pembelajaran yang dibuat secara tidak terancang akan hanya mengundang kegagalan. Penggunaan ICT harus berlaku ekoran wujudnya keperluan, bukan semata-mata kerana wujudnya kemudahan. Para guru tidak perlu menjadi pakar komputer sebelum boleh mengintegrasi ICT dalam pengajaran pembelajaran secara yang berkesan. Cukup sekadar menguasai kemahiran asas ICT yang boleh diperolehi melalui aktiviti kelab komputer sekolah yang melaksanakan program Literasi Komputer Kementerian Pendidikan (rujuk http://kdp.ppk.kpm.my) Dalam konteks penggunaan ICT dalam P&P, tiada satu cara pun yang boleh dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan oleh guru atau murid. Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangkamasa yang munasabah. Adalah diharapkan guru-guru dapat manfaat daripada panduan yang terdapat di laman ini. Panduan ini boleh juga diperolehi dalam bentuk elektronik daripada sini. Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Turorial Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Tutorial? ICT dikatakan untuk pembelajaran tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Pembelajaran tutorial ini merangkumi : Pembelajaran ekspositori. Demonstrasi sesuatu fenomena yang ditunjukkan dan dikawal urutan babaknya oleh sistem.

Latihan atau latihtubi yang disampai dan dikawal oleh sistem. Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Tutorial? Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan di dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web. Istilah Computer Assisted Instruction (CAI) digunakan untuk menggambarkan penggunaan komputer dalam P&P. Kemudiannya istilah Intelligent Computer Assisted Instruction atauIntelligent Tutoring System (Means et. al., 1993) digunakan. Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan. Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan murid. Dengan perkembangan ICT, perisian kursus yang terdapat pada hari ini hampir semuanya berciri multimedia. Secara umum, setiap perisian pendidikan mengandung satu atau lebih daripada komponen berikut : Mempersembahkan maklumat. Membimbing . Menyediakan/memberi latihan Menilai pencapaian . Perisian pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utama dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru (Clack dan Sun, 1996). Bagimanapun, guru harus berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh: mengakibat pembaziran masa dan tenaga. menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif. menjurus ke arah penyalahgunaan kemudahan ICT. mengakibat lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk mempelajari sesuatu

Sebelum guru mengguna pendekatan ini, perkara-perkara berikut perlu diberi pertimbangan: Ada perisian pendidikan yang sesuai. Untuk tujuan ini, guru perlu terlebih dahulu menilai setiap perisian pendidikan yang hendak diguna oleh murid. Ada peralatan ICT yang sesuai untuk mengguna perisian Ada kemahiran mengendali peralatan ICT. Ada keperluan untuk mengguna ICT (penggunakan ICT dapat membantu pelajar memahami dan menguasai pengetahuan yang dikehendaki) Setelah pasti benar-benar wujud keperluan, guru hendaklah merancang penggunaan ICT, bukan dibuat secara bidan terjun. Perancangan ini perlu mengambil kira perkara-perkara berikut: Lokasi peralatan ICT (dalam kelas atau di luar kelas) Penggunaan secara berkumpulan atau individu. Penggunaan di dalam atau di luar waktu waktu persekolahan. Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Guna Pendekatan Ini? Penggunaan ICT untuk pembelajaran tutorial sesuai digunakan dalam situasi berikut: Kelas yang mengandung murid yang ramai dengan kemampuan belajaran yang berbeza. Dalam situasi ini guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid sementara sebahagian yang lain mengguna komputer. Guru terpaksa bertugas luar dan kelas diselia oleh guru ganti.Dalam situasi iniguru tersebut boleh merancang pembelajaran mengguna komputer. Terdapat murid yang sukar mengikuti pengajaran guru.Dalam situasi ini guru boleh menggunakan perisian khusus untuk pemuliihan. Terdapat murid cerdik yang memerlukan aktiviti pengayaan.Dalam situasi ini perisian pendidikan yang mencabar minda boleh diberikan kepada mereka. Apa Kelebihan Mengguna ICT? Dapat mengindividukan pembelajaran Muriid belajar mengikut kemampuan sendiri. Meningkatkan motivasi. Boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan yang minimum.

Integrasi ICT Dalam Pembelajaran Exploratori Apa Maksud ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan? Penggunaan ICT untuk pembelajaran penerokaan berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk: mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat dll. mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi. melihat demontrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid. Dalam pembelajaran penerokaan, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Ini berbeza dengan pembelajaran tutorial dimana murid hanya menerima bahan pelajaran yang dikawal dan ditentukan oleh sistem. Bagaimana ICT Diguna Untuk Pembelajaran Penerokaan? Pendekatan ini serasi dan menyokong pendekatan constructivism , iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Sebagai contoh; Murid-murid di dalam kelas Geografi, boleh merujuk kepada World Facts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) atau merujuk kepada ensaiklopedia dalam talian seperti Encarta . Simulasi maya pembedahan katak Vertual Frog Disection Kit Version 2.0 yang dibangunkan oleh Lawrence Berkley National Laboratory boleh digunakan di dalam kelas Biologi. Capaian juga boleh dibuat di rumah, untuk tujuan ulangkaji. Bagi mengatasi masalah kelambatan capaian, guru boleh meminta bantuan guru yang mahir komputer untuk membuat pendua (mirror) kandungan laman ini ke dalam cakera keras tempatan dengan menggunakan perisian pendua web seperti HTTrack .Selain daripada mengakses maklumat terus daripada Internet, guru juga boleh menggunakan maklumat yang disimpan di dalam CD-ROM seperti Ensaiklopedia, pangkalan data, dan lainlain

maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Guru perlu mengawal masa kerana pembelajaran penorakaan mungkin memakan masa yang terlalu panjang. Apa Situasi Yang Sesuai Untuk Mengguna Pendekatan Ini? ICT sesuai digunakan untuk pembelajaran penerokaan dalam situasi: pembelajaran yang berbentuk inkuari penemuan. pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. aktiviti yang berkaitan Kajian Masa Depan. aktiviti pembelajaran yang berbentuk simulasi. Apa Kelebihan Mengguna ICT Untuk Pembelajaran Penerokaan? Memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas. Memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligences dan lain-lain. Integrasi ICT Sebagai Alat Aplikasi Apa Maksud ICT Sebagai Alat Aplikasi? ICT dikatakan diguna sebagai alat aplikasi apabila membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat p&p. Contohnya penggunaan perisisan aplikasi umum seperti pemproses perkataan oleh murid dalam menghasilkan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik untuk memplot graf. Perisian aplikasi khusus seperti editor grafik, Computer Aided Design (CAD) dan lain-lain juga termasuk dalam kategori alat aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan aktiviti pembelajaran. Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Aplikasi? Di kalangan guru, ada yang beranggapan penggunaan ICT dalam konteks di atas telah dipenuhi

bila muridnya menyediakan karangan dengan menggunakan pemproses perkataan. Penggunaan seperti ini tidak menyokong mana-mana falsafah pendidikan, sebaliknya, komputer dan pemproses perkataan hanya diguna seperti mesin taip sahaja. Bagaimanapun, apabila sekumpulan pelajar berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuanpemproses perkataan dan mempersembahkan hasil karangan ini, barulah boleh dikatakan ICT telah digunakan secara yang bermanfaat. Situasi ini turut mengambarkan pengoperasian teori pembelajaran sosio-budaya (socio-cultural learning) yang menyatakan budaya atau persekitaran sosial turut membantu pembelajaran murid saling mempelajari dan membantu sesama mereka membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif, bertutur (verbal) dan bekerjasama (Brown, 1994; Perkins, 1992; McInerney & McInerney, 1998) Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, murid akan dapat memberikan tumpuan melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik. Katakan dalam satu eksperimen yang telah dilakukan, murid perlu mengkaji perkaitan antara dua pembolehubah. Mungkin banyak graf perlu diplot supaya perkaitan antara dua pembolehubah ini dapat dilihat. Walaupun kemahiran membina graf perlu dikuasai oleh murid tetapi dalam hal ini sepatutnya tumpuan diberi kepada melihat perkaitan antara dua pembolehubah itu. Tugas membina graf-graf ini mungkin memesongkan tumpuan murid daripada perkara yang lebih penting. Dalam hal ini, perisian aplikasi yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan itu, sementara perhatian mereka ditumpukan untuk melihat perkaitan antara pembolehubah tersebut. Satu lagi situasi ialah seorang murid (dalam apa juga subjek yang berkaitan) mungkin perlu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak untuk melihat sesuatu trenda dalam data itu. ICT ialah alat yang ideal untuk diguna untuk tugas yang tidak autentik (iaitu mengklasifikasi dan menyisih data yang banyak) manakala murid itu boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas yang autentik (iaitu melihat dan memikirkan berkenaan trenda yang ada dalam data itu). Apa Kelebihan Mengguna ICT Sebagai Alat Aplikasi? Murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang

autentik. Guru boleh mengemuka masalah yang lebih mencabar minda pelajar. Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran. Integrasi ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi Apa Maksud ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi? ICT dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila diguna untuk memboleh murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk .Kemajuan ICT pada hari ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti berikut: teks grafik audio. video kombinasi pelbagai mod Bagaimana Guna ICT Sebagai Alat Komunikasi Dalam P&P?Terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui ICT, iaitu: Teknik Seorang - Sendirian Teknik Seorang kepada Seorang Teknik Seorang kepada Ramai Teknik Ramai kepada Ramai Satu daripada model pembelajaran terkini yang mengambil peluang daripada keupaya ICT sebagai alat komunikasi ialah pembelajaran kolaboratif . Selain daripada itu, kebolehan komunikasi global melalui ICT membolehkan murid bertukar maklumat berhubung budaya, dan geografi setempat bagi membolehkan mereka menganalisa dan membuat perbandingan dengan pengelaman mereka. Ini adalah merupakan satu pengalaman pembelajaran yang berupaya membuka minda mereka serta menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna. Secara tradisi, hampir semua guru mahu anak murid mereka memberikan perhatian sepenuhnya

kepada apa yang mereka sampaikan. Perbuatan murid bertanya terlalu banyak atau bercakap sesama mereka dianggap sebagai mengganggu pembelajaran. Bagaimanapun, teori pendidikan terkini menghendaki murid menguasai kemahiran komunikasi. Komunikasi dilihat sebagai satu kemahran yang berupaya meningkatkan keyakinan murid terhadap diri mereka dan seterusnya membantu pembelajaran. Apa Kelebihan Guna ICT Sebagai Alat Pemudah Komunikasi? Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif. Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui peer group yang bersifat global. Boleh melibat pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pembelajaran. http://kdp.ppk.kpm.my/ LAMAN RASMI PROGRAM KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIDKAN MALAYSIA

ICT dalam Pengajaran Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


December 19, 2010 | Afiffuddin0

ICT dalam Pengajaran Penggunaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Apakah yang anda semua faham tentang penggunaan ICT dalam pengajaran? Secara ringkasnya ICT adalah singkatan daripada perkataan English iaitu Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Jadi ICT dalam Pengajaran adalah berkaitan dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran. MAKSUD PENGGUNAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P. Integrasi ICT dalam P&P ini melibatkan guru dan pelajar. Ini bermakna ICT digunakan sebagai wahana P&P bukan belajar tentang ICT. MANFAAT ICT DALAM PEMBELAJARAN Penggunaan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran: berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan meningkatkan motivasi murid membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning ) membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima meningkatkan kemahiran ICT SYARAT UNTUK MEMANFAAT ICT DALAM P&P Untuk memperoleh manfaat penggunaan ICT dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian : Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai

Kefahaman konsep pengajaran dan pembelajaran berasaskan mod. Mod atau pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi ICT dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategori sebagai : a) Tutorial b) Aplikasi c) Penerokaan ( Eksploratori ) d) Komunikasi aplikasi dalam p&p

Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 92 INTEGRASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Oleh LAI KIM LEONG Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak ABSTRAK Kertas ini mencadangkan satu templat dan sumber teknologi yang sesuai untuk penyediaan bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel bahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongkan bagi matematik KBSM Tingkatan 5. Bahan-bahan resos yang disediakan telah mengoptimumkan lima mod penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu mod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod perhubungan serta mod penemuan dan kawalan. Pelbagai aktiviti yang dicadangkan adalah berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dengan guru berperanan sebagai fasilitator. Aktiviti-aktiviti ini dapat memenuhi pelajar yang berbeza dari segi minat, kebolehan, pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran. Teknologi maklumat dan kommunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif dan pencapaian pelajar disimpan dalam pangkalan data. Data ini dapat diakses oleh guru dengan serta merta untuk membolehkan tindakan susulan yang berikutnya diambil supaya dapat membantu pelajar menguasai konsep dan kemahiran matematik. PENGENALAN Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat, ekonomi yang berasaskan pengetahuan, persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha

untuk para pendidikan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TKM) dalam pendidikan. Kadar perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti kos teknologi yang lebih murah bagi perkakasan dan perisian, perisian multimedia yang lebih mudah digunakan (user-friendly) serta perkembangan dalam teori dan model pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pemusatan pelajar. Di peringkat sekolah, peningkatan dari segi bilangan pelajar, tuntutan stakeholder kepada pengajaran dan pendidikan yang berkualiti, serta kekurangan bahan resos pengajaran dan tenaga pengajar telah mendesak para pendidikan melihat semula peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah , peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator. Pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untukSeminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 93 membolehkan mereka belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya. Salah satu daripada strategi yang dapat digunakan oleh guru untuk menghadapi perubahan dari segi model dan amalan pengajaran dan pembelajaran di sekolah ialah dengan mengintegrasikan teknologi dalam pengajaran. Kerja ini membincangkan bagaimana mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan matematik dari perspektif guru dan bukan sebagai pakar TMK. Satu cadangan templat untuk penyediakan bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti pengajaran pembelajaran matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan, Matematik KBSM Tingkatan 5 yang berasaskan web dan CD telah disertakan. Ia bertujuan membolehkan para guru menjadikan cadangan ini sebagai satu asas perbincangan, meneroka dan melakukan percubaan di sekolah serta melakukan kajian berikutnya ke arah pembentukan model yang lebih sesuai dan efektif. Berikut merupakan beberapa jenis TMK , bahan dan aktiviti pengajaran pembelajaran yang difikir sesuai untuk dimasukkan dalam templat perisian multimedia pangajaran dan pembelajaran matematik. PAKEJ PEMBELAJARAN

Pakej pembelajaran telah memainkan peranan yang amat penting dalam pendidikan yang berasaskan konsep pembelajaran berdikari (independent learning) yang disokong oleh pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri, pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan bahan resos, pembelajaran yang lues, pembelajaran terbuka dan pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Dari segi perspektif pengajaran dan pembelajaran berasaskan sekolah bestari, pakej pembelajaran memainkan penting untuk membolehkan pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran konsep atau kemahiran sama ada secara kumpulan atau individual. Pakej pembelajaran ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar berasaskan strategi pengajaran yang pelbagai dan memusatkan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Pakej ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir , kemahiran belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar. Ia dimasukkan ke dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang ingin mencuba aktiviti itu di rumah. Pakej lain yang dapat dimasukkan ke dalam laman web adalah seperti panduan pembelajaran (study Guides), manual dan panduan serta panduan kursus . KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MELALUI E-MAIL Dalam persekitran pembelajaran di sekolah, pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran telah digunakan oleh guru untuk membolehkan pelajar mempelari konsep dan kemahiran serta mencapai objektif yang telah digariskan. Kekangan-kekangan seperti kesuntukan masa dan saiz kelas yang besar mungkin menyebabkan guru tidak dapat berinteraksi dengan pelajar di bilik darjah dengan berkesan. Oleh itu, komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002

94 e-mail merupakan teknologi yang mudah digunakan, efisien dan tidak memerlukan si pengguna mempunyai pengetahuan TMK yang tinggi. Guru harus mengalakkan pelajarnya menggunakan kemudahan ini dengan mendapat dan edarkan alamat e-mail pelajar kepada pelajar yang lain . Pelajar harus dilatih cara menggunakan e-mail dan peraturan-peraturan yang harus dipatuhi semasa menggunakannya. Guru harus mereka satu sistem fail untuk menguruskan e-mail pelajar dengan menggunakan kod . Ini akan memudahkan guru mencari dan menjawab mesej kemudian secara kelompok berasaskan model satu dengan banyak(public message) untuk menjimatkan masa . Aspek-aspek lain yang perlu diambil kira oleh guru semasa melaksanakan pembelaja ran melalui e-mail adalah seperti : Bagaimana ia dapat melibatkan pelajar secara aktif ? Apakah topik / konsep/ kemahiran matematik yang sesuai dibincangkan ? Apakah had masa untuk pelajar menyumbang idea dalam sesi perbincangan ? Adakah sumbangan pelajar itu dinilai ? Apakah peranan guru dalam perbincangan dan juga darjah kawalan (degree of control)? PENGGUNAAN TMK DALAM PENILAIAN Penilaian yang dijalankan di sekolah adalah berbentuk penilaian formatif yang menguji kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Teknologi dapat digunakan dengan efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian on-line, penilaian berasaskan portfolio (dalam bentuk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus, tugasan dan ujian bertulis. Penggunaan teknologi dalam penilaian mempunyai beberapa kebaikan seperti: Ia membenarkan lebih daripada satu percubaan Ia dapat memberi maklumbalas yang serta merta Ia dapat membimbing pelajar memperolehi maklumat tambahan untuk pengukuhan konsep atau kemahiran Pelbagai set ujian dapat disediakan dengan menggunnakan bank item yang telah disediakan dalam pangkalan data

Kemudahan intranet dapat digunakan untuk melaksanakan penilaian atas talian (on-line) di mana pencapaian pelajar dapat disimpan dalam pangkalan data secara automatik untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa. Ia amat berguna bagi situasi pembelajaran di kelas yang melibatkan pembelajaran mengikut kebolehan yang berbeza di mana setiap kumpulan mempelajari hasil pembelajaran yang berbeza mengikut kadar yang berlainan. Dengan hanya mengakses kepada pangkalan data, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasinya dengan serta merta. Ujian-ujian yang telah disediakan juga boleh dimasukkan kedalam laman web sekolah yang dapat diakses dengan menggunakan World Wide Web. Teknologi juga digunakan sebagai satu alat untuk penilaian seperti pengunaan perisian reka bentuk bantuan computer untuk melukis graf dan rajah, persembahan dengan menggunakan PowerPoint, penulisan esei dengan menggunakan perisian pemprosesan perkataan . PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENGAJRAN DAN PEMBELAJARAN Bahan video dalam bentuk digital dapat digunakan sebagai satu medium untuk meningkatkan lagi keluesan mengakses kepada bahan kursus. Dalam pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual (contextual learning), kip video dapat Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 95 membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada pelajar untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat pelajar serta pembelajaran adalah lebih bermakna. Selain daripada itu, klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjukcara yang sukar dan bahaya dilakukan serta prosedur-prosedur penggunaan sesuatu alat atau bahan pengajaran pembelajaran. Perisian Multimedia yang dihasilkan harus mengoptimumkan lima mod penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran (huraian berikut adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan) iaitu (a) Mod Sokongan i. Pelajar menggunakan pemprosesan perkataan untuk menyediakan

ii. laporan-laporan aktiviti untuk aktiviti pengayaan, tugasan serta projek. iii. penyediaan portfolio dalam bentuk bahan bercetak atau elektronik iv. penyediaan kontrak pembelajaran v. Persembahan grafik dengan menggunakan drawing tools untuk melukis vi. pelan dan dongakan dengan menggunakan grid yang telah disediakan(sebagai templat) atau tanpa grid vii. melukis pelan bagi taman kanak-kanak dsb. viii. Menggunakan perisian Authorware untuk simulasi aktiviti dan menjalankan aktiviti tutorial. ix. Menggunakan perisian sepertiJava Script serta Authorware untuk menyediakan penilaian-penilaian formatif di mana pelajar mendapat maklum balas serta merta tentang kemajuannya dan maklumat ini disimpan dalam pangkalan data yang dapat diakses oleh guru -guru. Penilaian ini dapat dijalankan oleh pelajar pada bila-bila masa dan juga di luar bilik darjah . (b) Mod Tutorial i. Beberapa tutorial telah disediakan dengan menggunakan Authorware untuk membolehkan pelajar menguasai konsep sama ada secara individual atau kumpulan 2 hingga 3 orang. ii. Pelajar dapat mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiri atau dalam kumpulan kecil. iii. Tutorial yang disediakan adalah multimedia melibatkan grafik, animasi, bunyi dan berbentuk interaktif yang menarik. iv. Penilaian formatif untuk menguji sejauh manakah kemajuan serta kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar. Respon bagi setiap jawapan telah diberikan dan ia adalah berbentuk interaktif. Kesemua data itu disimpan dalam pangkalan data yang direka khas untuk mengira dan menyimpan pencapaian pelajar. (c) Mod Resos

i. Pelbagai projek disediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada World Wide Web seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunanbangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan denganSeminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 96 pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan-bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain. ii. Bahan resos lain seperti Tip Pembelajaran, Ingat Kembali dapat digunakan oleh pelajar sebagai sumber rujukan untuk ulangka ji dan kefahaman konsep . (d) Mod Perhubungan i. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan /projek . Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar. ii. Guru berkomunikasi dengan pelajarnya dengan memasukkan maklumat seperti cadangan, arahan tugasan untuk tindakan pelajar selanjutnya ke dalam laman web di pautan Mesej Guru . iii. Pelajar dapat menghantar tugasan dan hasil projek kepada guru melalui e-mail dan bahan-bahan ini kemudian disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. iv. Pelajar dapat menghubungi guru pada bila-bila masa dengan menghantar email kepada guru dengan klik kepada ikon e-mail. (e) Mod Penemuan dan Kawalan i. Menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dalam pautan seperti Cabaran Matematik , Pertandingan matematik, Tugasan, Projek, Sudut Sejarah , Perisian Multimedia yang interaktif untuk membolehkan pelajar menyiasat dan menerokainya. ii. Mempaparkan pautan lain(URL) dari internet yang ditemui oleh pelajar atau

guru yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk dikaji oleh pelajar dan juga digunakan sebagai sumber pembelajaran. CADANGAN TEMPLAT UNTUK PENYEDIAAN LAMAN WEB PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam penyediaan laman web pengajaran pembelajaran, pelbagai bahan resos, aktiviti pengayaan dan pengukuhan harus disediakan untuk membolehkan pelajar yang pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran untuk mencuba dan seterusnya memperkukuhkan lagi kefahaman konsep yang telah dipelajari. Bahan pengajaran pembelajaran adalah seperti yang berikut : (a) Aktiviti Latihan Latihan Teknologi - Menggunakan komputer untuk melukis pelan dan dongakan, penggunaan kalkulator dalam pengiraan. Penulisan Dalam Matematik - Pelajar menggunakan bahasa untuk menghuraikan sesuatu konsep, idea dan dalam penulisan laporan tugasan atau projek.Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 97 Latihan Dalam Kumpulan - Pelajar menyelesaikan sesuatu soalan atau masalah secara kumpulan. Latihan KBKK Latihan yang melibatkan penerapan kemahiran KBKK dan berdaya fikir. Latihan Berbentuk Aplikasi - Mengandungi soalan-soalan yang berbentuk aplikasi ke situasi yang realistik. Latihan Pengukuhan Mengandungi soalan-soalan untuk mengukuhkan kefahaman pelajar mengenai konsep yang telah dipelajari. Projek Mini Mengandungi projek mini menarik berkaitan dengan tajuk pelajaran yang membolehkan pelajar melaksanakannya secara kumpulan atau individu. Hasil kerja projek dimasukkan ke dalam laman web untuk dikongsi dengan pelajar

yang lain. Reka Cipta Pelajar menggunakan pengetahuan tentang pelan dan dongakan untuk mereka cipta bahan atau objek dalam kehidupan hariannya. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan daya kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar. Cabaran Matematik Mengandungi soalan-soalan bukan rutin serta mencabar yang memerlukan pelajar menyelesaikannya dengan mengaplikasikan kemahiran penyelesaian masalah yang telah dikuasai. Fikirkan Mengandungui soalan atau situasi berkaitan dengan konsep yang telah dipelajari yang memerlukan pelajar mengaplikasikan pemikiran aras tinggi. Pertandingan Mengandungi pertandingan-pertandingan yang berasaskan tajuk pengajaran yang dapat dijalankan oleh pelajar. Pemenang dalam suatu pertandingan akan diberi hadiah untuk tujuan motivasi. Tugasan Tugasan yang direka khas untuk membolehkan pelajar mengumpul dan menganalisa maklumat daripada buku-buku rujukan, bahan daripada internet melalui aktiviti hands-on. Pelajar bekerja dalam kumpulan kecil dan mereka dikehendaki menulis satu laporan yang akan dihantar kepada guru untuk dinilai dan kemudian dimasukkan kedalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. (b) Sumber Peta Konsep Peta yang menunjukkan hubungan antara konsep dan kemahiran yang akan dipelajari. Tips Pembelajaran Mengandungi panduan-panduan untuk membimbing pelajar memahami dan

menguasai hasil pembelajaran tertentu.Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 98 Analisis Kesilapan Terdiri daripada kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa menyelesaikan sesuatu masalah dan cadangan untuk memperbetulkannya. FAQ ( Soalan yang sering ditanya) Mengandungi soalan-soalan yang sering ditanya oleh pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Pelajar yang menghadapi masalah boleh menanya gurunya dengan menggunakan e-mail. Pautan Berkaitan Menunjukkan URL laman web yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk diakses dengan pelajar yang lain. Satu sinopsis yang ringkas disediakan untuk memudahkan pelajar mengetahui secara umum maklumat yang terkandung dalam laman tersebut. Sudut Sejarah Mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan sejarah serta berkait rapat dengan tajuk pelajaran , misalnya jurubina terkenal, bangunan yang bersejarah. Matematik Dalam kehidupan Harian Mengandungi situasi-situasi realistik mengikut konteks kegunaan kemahiran atau konsep dalam dunia pekerjaan sebenar. Gambar serta klip video disertakan untuk membolehkan pelajar melihat situasi yang sebenar untuk memperkukuhkan konsep yang telah dipelajari. Klip Video Keratan video yang menggambarkan penggunaan tajuk pelajaran dalam situasi sebenar mengikut konteks relistik. Ingat Kembali

Mengandungi fakta-fakta yang membolehkan pelajar membuat ulangkaji. (c) Komunikasi Sorotan e-mail pelajar Mengandungi bahan komunikasi yang berkaitan dengan tajuk pelajaran , tugasan atau projek di antara pelajar dengan pelajar lain dari sekolah yang sama atau berlainan melalui e-mail. Mesej dari Guru Mengandungi mesej daripada guru kepada pelajar berkaitan dengan tugasan, maklumat terkini, arahan atau tindakan yang harus dilakukan oleh pelajar. Peti Cadangan Mengandungi cadangan-cadangan , idea-idea baru pelajar mengenai pembelajaran sesuatu kemahiran, konsep atau cara penyelesaian sesuatu masalah matematik yang lebih baik. Cadangan ini boleh dihantar melalui e-Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 99 mail oleh pelajar kepada rakan-rakan yang lain atau dihantar ke guru untuk dimasukkan ke dalam laman web. (d) Penilaian Penilaian Mengandungi soalan-soalan penilaian yang disediakan dengan perisian multimedia dan interaktif untuk mengenal pasti kemajuan pelajar. Refleksi Kendiri Mengandungi refleksi kendiri pelajar mengenai kemahiran atau konsep yang telah dipelajari dan disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar atau guru-guru lain yang boleh menggunakan maklumat ini untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (e) Peraturan Peraturan Untuk Menjalankan Aktiviti Kumpulan Mengandungi peraturan yang harus dipatuhi oleh pelajar semasa

mengendalikan aktiviti kumpulan. Peraturan Menghantar e-mail Mengandungi peraturan yang harus diikuti oleh pelajar semasa menghantar email kepada pelajar lain atau guru. Peraturan menggunakan komputer Mengandungi peraturan mengenai penggunaan komputer di sekolah. (f) Panduan Guru Persediaan Mengajar Mengandungi rational pemilihan aktiviti pengajaran pembelajaran, cadangan pelan bilk darjah, sampel persediaan mengajar, strategi pengajaran dan pembelajaran, senarai semak untuk mengintegrasi kemahiran generik dan pengurusan pembelajaran serta peta minda untuk menggunakan perisian dan melaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran. Sampel persediaan mengajar yang diberikan boleh diubahsuai untuk memenuhi keperluan pelajar. Ciri-ciri Perisian Menghuraikan ciri-ciri perisian untuk memberi panduan kepada guru semasa mengguna dan menghasilkan perisian yang lain. Bahan Bantu Mengajar Mengandungi prosedur bagi penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu konsep atau kemahiran. Gambar rajah disertakan untuk membolehkan guru atau pelajar menyediakan bahan bantu mengajar tersebut untuk menjalakan aktiviti yang dicadangkan. Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 100 Jadual yang berikut menunjukkan ringkasan beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pautan yang disediakan dalam perisian multimedia berasaskan web. Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahan Sumber

Pemerhatian Tutorial Multimedia untuk pembelajaran konsep dan kemahiran Aktiviti dalam pakej pembelajaran Metakognitif Fikirkan Cabaran Matematik Analisis Kesilapan Reka Cipta FAQ Latihan Pengukuhan yang diberi selepas aktiviti Konteks Luar Matematik Dalam Kehidupan Harian Projek Mini Tugasan Pautan Berkaitan Sudut sejarah Kolaboratif Aktiviti pembelajaran konsep dan kemahiran dalam pakej Projek Mini Tugasan Latihan Kolaboratif Latihan Dalam Kumpulan Reka Cipta Konstruktivisme Kebanyakkan aktiviti dalam pakej pembelajaran adalah aktiviti yang memerlukan pelajar mengkaji, menyiasat, mengenal pasti hubungan, membanding beza melalui aktiviti hands-on dan minds-on. Pelajar kemudian akan membina konsep sendiri berasaskan pembelajaran melalui

pengalaman yang dilaluinya. Pembelajaran Mengikut Konteks Matematik dalam kehidupan Harian Projek Mini Reka Cipta Pertandingan Aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk tujuan pembelajaran konsep atau pengukuhan juga menerapkan nilai-nilai murni yang merupakan aspek penting dalam tumpuan KBSM. Selain daripada itu, pengetahuan lain seperti pendidikan alam sekitar dimana pelajar diberi peluang untuk mengaitkan konsep matematik yang telah dipelajari dengan isu-isu alam sekitar seperti isu pemeliharaan dan pencemaran. Bidang kajian masa depan juga diserapkan dalam soalansoalan atau aktiviti untuk mencetuskan pemikiran di kalangan pelajar. Ia juga membolehkan pelajar menggunakan strategi, alat dan teknik khas bagi melengkapkan mereka dengan keupayaan dan wawasan untuk menghadapi masa depan yang pesat berubah dan mencabar. Perisian multimedia ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk pembelajaran individu Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL, 2002 101 dengan akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri seperti pautan Tutorial, Penilaian, Fikirkan, Cabaran Matematik dan Pautan Berkaitan. RUJUKAN David Perkins (1992), Smart School :Better Thinking and Learning for Every Child. New York : The Free Press. Ministry of Education Malaysia (1997). Smart School Flagship Application : The Malaysian Smart School : A Conceptual Blueprint Pat Maier, Liz Bamett, Adam Warren, David Brunner (1998). Using Technology in Teaching and Learning . Kogan Page, London. Monahan, S. (1999). Our Classmate. What We Wondered, What We Hypothesized, And What We Learned. Learning & Leading With Technology. Vol. 26(6), 10-13.

Anda mungkin juga menyukai