Anda di halaman 1dari 4

1.0 Pendahuluan Matapeljaran yang jalankan adalah matematik untuk tahun 5.

Didalam kelas ini terdapat seramai 20 orang murid. Antara 20 orang murid ini terdapat 2 orang masalah kehadiran 3 lagi masalah pemulihan. Saya mengajar matapelajran matematik untuk sejak dari tahun 4. Saya berasa berpuas hati dengan pengajaran yang saya jalankan ini. Namun terdapat pelabagai kelemahan di beberapa tempat. Saya mengambil kelemahan saya ini berdasarkan teori. Antaranya : 2.1 Teori Pelbagai Kecerdasan Garner Teori pelbagai kecerdasan dikemukakan oleh Howard Garner. Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Garner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan kecerdasan yang dikemukakan oleh Garner adalah seperti berikut : i. Kecerdasan Linguistik - kemahiran atau kebolehan mengguna perkataan dengan berkesan, baik secara lisan atau bertulis.

ii.

Kecerdasan Logikal-Metematikal - kebolehan mengguna nombor nombor secara efektif dan dapat mengulas dengan baik.

iii.

Kecerdasan `Spatial - peka terhadap bentuk, ruang, warna, garisan dan corak serta berkebolehan membentangkan idea secara grafik.

iv.

Kecerdasan Kinestetik Badan kebolehan mengguna tubuh badan untuk menghuraikan idea-idea dan perasaan, serta menyelesaikan masalah. Kemahirannya termasuk koordinasi, fleksibiliti, kepantasan gerak-geri dan perimbangan tubuh badan.

v.

Kecerdasan Muzikal peka terhadap rentak, pic, dan melodi. Kemahiran dalam mengenali lagu-lagu mudah dan dapat mengubah kelajuan, tempo dan rentak dalam lagu mudah.

vi.

Kecerdasan Interpersonal kebolehan memahami perasaan hati (mood), motivasi dan keinginan orang lain. Kemahiran bertindak secara berkesan dalam menyelesaikan masalah dan mengatasi konflik bila berhubung dengan orang lain.

vii.

Kecerdasan Intrapersonal kebolehan memahami diri sendiri seperti kekuatan, kelemahan, perasaan hati (mood), keinginan, berahi (desires) diri. Kemahirannya termasuk menyedari bahawa dirinya adalah sama atau berbeza dengan orang lain, dan dapat mengawal serta menangani perasaan diri sendiri.

viii.

Kecerdasan Naturalis peka terhadap alam semulajadi, sedar akan gejala alam, berkemampuan untuk membezakan flora dan fauna, baik dalam kerja mengasing dan mengelas, mempunyai kemahiran memerhati, memahami fenomena semulajadi serta menjaga haiwan kesayangan dan juga suka kerja berkebun. Melalui aplikasi teori pelbagai kecerdasan yang sesuai, kita dapat memupuk dan mencungkil kecerdasankecerdasan yang diingini dengan pelbagai cara. Ia juga dapat membantu pendidik dalam mengendalikan serta menyesuaikan diri dengan perbezaan pelajar dan juga suasana pembelajaran.

2.2 Teori Konstruktivisme Konstruktivisme percaya pelajar tidak lagi di anggap belajar daripada apa yang diberikan oleh guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka sendiri dan pada masa yang sama mengubahsuai realiti tersebut. Dick (1991) menyatakan konstruktivisme mencadangkan kaedah dalam persekitaran pembelajaran yang boleh disusun atur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Konstruktivisme percaya pembangunan intelektual adalah hasil daripada interaksi secara berterusan dan juga faktor persekitaran.Apabila seseoarng pelajar berinteraksi dengan dunia di sekitarnya secara aktif, pengetahuan akan terbina dengan sendiri. Pendekatan pengajaran pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme akan memberi peluang kepada guru untuk memilih kaedah pengajaran pembelajaran yang sesuai dan pelajar sendiri boleh menentukan masa yang diperlukan untuk memperolehi sesuatu konsep atau pengetahuan. Guru pula boleh membuat penilaian kendiri dan menilai kefahamannya mengenai sesuatu bidang supaya pengetahuan dapat ditingkatkan lagi. Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1970) menyatakan Teori Konstruktivisme melibatkan pelajar di dalam pengalaman yang bermakna dengan menolak pemindahan ilmu secara pasif dan menfokuskan kepada penyelesaian masalah. Pengkaji mengadakan sesi temubual terhadap responden terpilih setelah sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas amali. Temubual adalah dalam bentuk dialog dan bertulis. Kaedah ini adalah merupakan satu kaedah yang baik didalam melakukan penyelidikan kerana kaedah ini lebioh bersifat fleksibel iaitu soalan soalan temubual tidak terikat dan lebih bersifat keterbukaan. Selain itu kaedah ini mampu memberi penjelasan terhadap soalan yang sukar untuk difahami oleh responden. Kaedah ini juga dipilih kerana ianya berkaitan dengan pemilihan responden yang dikaji, penyelidik meletakkan kemungkinan atau kebarangkalian terdapat responden yang kurang lancar dalam pembacaan

RUJUKAN

1. Kenneth Gasser 2011 Five Ideas for 21st century math Classrooms Chippewa High
School in Doylestown,Ohio. 2. May Tan, Saw Lan, Ong 2011. Teaching Mathematics and Science in English in Malaysian classrooms. The impact of teacher beliefs on classroom practices and student learning Universiti Sains Malaysia. 3. Marjorie Mantague, Craig Enders, Samantha

Anda mungkin juga menyukai