PENDAHULUAN
Sejak bertahun-tahun dahulu lagi kekuatan dan keupayaan manusia dinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yang mempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yang berkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Kekuatan menjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaum lelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan dan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan. Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencari siapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripada yang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingi yang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawan dan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akan berusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkan keupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menumpaskan lawan dan muncul sebagai pemenang pula. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudah tentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai. Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakin ramai pula individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan. Lama kelamaan lebih ramai yang mengambil bahagian bagi menguji keupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan sudah tentu mereka akan berlatih bersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan sebenar semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itu lebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia. Walaupun ada kalanya bentuk pertandingan agak berbeza-beza, namun matlamat dan tujuannya sama. Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di dunia, pelbagai bentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia, malah terdapat juga pertandingan dikalangan wanita. Inilah yang mewujudkan pertandingan olahraga atau athletics. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudah terdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk Greek Kuno.
15
SEJARAH OLAHRAGA
Setiap makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah terhasilnya perlakuan kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling ataupun melontar. Semakin lama kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga menjadi satu acara sukan. Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics) yang dapat merangkumi acara berlari, melontar dan melompat. Mengikut catatan sejarah olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776 S.M di Greece. Berdasarkan The Encyclopedia of Sports cara pertama yang dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis pada Sukan Olimpik 656 S.M berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci. Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu tahun 1850 di Oxford University Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohanana Antarabangsa yang pertama diadakan tahun 1876 antara England dan Ireland. Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam olahraga.. Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah bereubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah. Dewasa ini pelbagai kejohanan sukan yang telah diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.
16
SUKAN OLIMPIK Ia telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik
Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin. Pada Sukan Olimpik yang pertama itu sebanyak 295 atlit telah menyertainya. Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan , tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha. Berdasarkan kepada cogan karta inilah banyak negara yang menyertainya
walaupun amat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan yang memang menjadi idaman mereka. Malaysia telah menyertai Sukan Olimpik pada tahun 1956 di Melbourne dalam 4 acara iaitu hoki, angkat berat, olahraga dan renang. Sejak dari itu Malaysia tidak pernah ketinggalan dari menyertai Sukan Olimpik kecuali tahun 1980 kerana membantah tindakan Rusia yang menceroboh Afghanistan. Sehingga kini kita hanya pernah memenangi pingat gangsa acara badminton di Barcelona tahun 1992.
Pertandingan olahraga yang terawal melibatkan larian. Dalam Olimpik Kuno semua acara adalah larian. Acara stade adalah antara yang mula-mula dipertandingkan dan ia melibatkan jarak 192 meter. Jarak ini juga merupakan panjang stadium yang digunakan. Berikutan ini acara larian ulang-alik yang dinamakan dialos berjarak 384 meter (192 m x 2) diadakan. Sejurus selepas itu acara jarak jauh 5000 meter yang dinamakan dolichos diadakan.
17
Pada zaman Olimpik Kuno, larian bermula dengan blok permulaan yang dibina melintang keluasan stadium berkenaan. Blok permulaan itu diperbuat daripada ketulan batu marmar. Blok permulaan disediakan dengan saiz lubang kaki. Semua atlit menggunakan blok yang tetap walaupun saiz mereka adalah berbeza. Pagar permulaan (husplex) digunakan untuk memulakan permulaan. Sebelum 1880an, kemajuan larian olahraga terbantut kerana ketidakselarasan dalam permulaan larian dan pengambilan masa yang tepat. Keadaan ini menyebabkan permulaan dengan gaya berdiri diperkenalkan kerana ia dianggapkan lebih adil. Dalam tahun 1880an, ramai jurulatih membuat percubaan dengan cara memulakan larian. Antara permulaan awal ialah pencil start; para atlit berlari 20 meter pertama dengan memegang pencil. Permulaan dimulakan dengan persetujuan dan tembakan digunakan. Dan akhirnya wujudlah gaya dekam. Di Scotland, gaya dekam digunakan pada tahun 1884. Gaya dekam juga digunakan di Australia, ia dinamakan kangaroo start. Hanya pada bahagian kedua, abad kelapan belas bila kasut berpaku diperkenalkan barulah acara larian menjadi lebih popular dan sentiasa dipertandingkan. Sebelum 1921, kebanyakan pertandingan adalah untuk kaum lelaki. Sebenarnya, zaman Olimpik Kuno menggalakkan pertandingan di kalangan lelaki walaupun ada perayaan khas heraean diadakan untuk wanita. Hanya dalam tahun 1921, pertandingan antarabangsa pertama untuk wanita diadakan di Monte Carlo. Pertandingan diadakan setiap empat tahun sehingga tahun 1934. Dalam acara 100 meter, rekod rasmi lelaki yang pertama dilakukan oleh Harald Andersson dari Switzerland dalam tahun 1890 dengan catatan masa 11.0 saat. Dalam tahun 1960an, Armin Hary dari Jerman berjaya mencatat masa 10.0 saat. Dan dalam tahun 1968, Jim Hines dari Amerika Syarikat berjaya mencatat masa kurang dari 10.0 saat ke 9.9 saat. Untuk wanita, acara 100 meter ini diadakan buat kali pertama kalinya di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1928. Masa terpantas dicatat pada tahun 1977 oleh Marlies Gohr (Jerman) dengan masa 10.88 saat.
18
Dalam acara 200 meter, rekod larian pada zaman sebelum Olimpik Moden dibayangi oleh larian yang dibuat pada jarak lurus tanpa selekoh. Dalam tahun 1887, Charles Wood merupakan orang pertama yang mencatat masa 22 saat. Masa ini dipendekkan kepada 21.0 saat dalam tahun 1914 oleh Willie Applegarth. Rekod ini kekal sehingga 1932 bila James Carlton (Australia) mencatat masa 20.6 saat. Selepas itu banyak lagi masa baru dilakukan sehingga dalam tahun 1966, Tommie Smith mencatat masa 19.83 saat dan catatan masa ini diperbaharui dalam tahun 1979 oleh Pietro Mennea dengan catatan masa 19.72 saat. Untuk wanita acara ini diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun 1948. Wilma Rudolph (Amerika Syarikat) mecatat masa 22.9 saat pada tahun 1960 dan Marita Koch (Jerman) adalah pelari pertama acara ini yang membuat catatan masa di bawah 22 saat iaitu 21.73 saat. Dalam acara 400 meter, Maxie Long (Amerika Syarikat) berjaya mencatat masa 47.8 saat. Sejak itu masa untuk acara itu diperbaharui sehingga tahun 1968 bila Lee Evans (Amerika Syarikat) mencatat masa 43.86 saat. Untuk wanita, Marlene Mathews (Australia) mencatat masa 57.0 saat dalam tahun 1957. pada tahun 1974 dan selepas itu masa acara tersebut dicatat di bawah 50 saat dengan Irena Szewinska (Poland) mencatat 49.9 saat pada 1974 dan Maria Koch (Jerman) mencatat 48.94 saat dalam tahun 1978. Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya merupakan pintu kandang biri-biri. Larian pada masa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok. Pada tahun 1886, Arthur Croome daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam olimpik 1990. Pada tahun 1896, semua acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada tahun 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 meter dan 400 meter. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 meter. Selepas itu 100 meter wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 meter pada tahun 1971. Bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa 42.3 saat dalam tahun 1912 dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun 1936 oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat. Untuk pasukan wanita, pasukan Jerman berjaya mencatat 46.4 saat pada tahun 1936 dan pasukan Jerman juga berjaya memperbaharui masa tersebut kepada masa 41.37 saat dalam tahun 1985.
19
ORGANISASI OLAHRAGA
IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ditubuhkan pada tahun 1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertinggi sukan olahraga di dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf semua perjumpaan sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlit. Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah di bawah tanggungjawab IAAF. Dalam menjamin kejayaan sesuatu penganjuran sukan itu, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Berikut adalah acara-acara yang dipertandingkan : KATEGORI Acara Trek Jarak dekat (pecut) Jarak sederhana Jarak jauh ACARA 100 meter 200 meter 400 meter 800 meter 1500 meter 3000 meter 5000 meter 10000 meter 4 x100 meter 4 x 200 meter 4 x 400 meter 100 meter (wanita) 110 meter (lelaki) 400 meter (lelaki & wanita) 3000 meter
Lari berhalangan
20
Acara Khusus Heptathlon (lelaki sahaja) 7 acara Hari pertama: 4 acara dengan turutan berikut: 100 meter lompat pagar, lompat tinggi, melontar peluru, 200 meter. Hari kedua: 3 acara dengan turutan berikut: Lompat jauh, merejam lembing, 1500 meter. 5 acara Satu hari dengan turutan berikut: Lompat jauh, merejam lembing, 200 meter, melempar cakera, 1500 meter. 10 acara Hari pertama: 5 acara dengan turutan berikut: 100 meter, lompat jauh, melontar peluru, lompat tinggi, 400 meter. Hari kedua: 5 acara dengan turutan berikut: 110 meter berpagar, melempar cakera, lompat bergalah, merejam lembing, 1500 meter. (Peraturan IAAF 280; 2002-2003) Hari pertama: 5 acara dengan turutan berikut: 100 meter, melempar cakera, lompat bergalah, merejam lembing, 400 meter. Hari kedua: 5 acara dengan turutan berikut: 100 meter berpagar, lompat jauh, melontar peluru, lompat tinggi, 1500 meter. Jarak 42.195 meter. 5 km 10 km 20 km 50 km Bebas
Decathlon (wanita)
21
PENGURUSAN KEJOHANAN OLAHRAGA Pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pengelolaan kejohanan olahraga perlu mengetahui peranan serta fungsi masing-masing agar kejohanan olahraga dapat berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Sesuatu Kejohanan Olahraga melibatkan bilangan pegawai yang ramai bagi menguruskan dan menjayakannya. Pegawai-pegawai kejohanan. Senarai yang disediakan di bawah adalah terdiri daripada pegawai pegawai yang difikirkan perlu bagi kejohanan olahraga peringkat MSSN. Pihak pengelola akan mengubah mengikut kesesuaian keadaan yang diperlukan.
1.
Pegawai-pegawai pengurusan akan terdiri daripada: Seorang Pengurus. Seorang Setiausaha. Seorang Pengurus Teknik. Seorang atau dua orang wakil teknikal (dilantik oleh IAAF/KOAM).
2. 3.
Juri Rayuan. Pegawai-pegawai pertandingan. Seorang referi bagi acara balapan. Seorang referi (Lebih) bagi acara padang. Seorang referi bagi acara berjalan kaki. Empat orang (lebih) hakim bagi acara balapan Empat orang (lebih) hakim bagi acara padang. Empat orang (lebih) hakim bagi acara berjalan kaki. Empat orang (lebih) pengadil bagi acara balapan Seorang ketua penjaga masa.. Seorang pencatat penjaga masa. Tiga orang (lebih) pelepas Seorang (lebih) pelepas panggil balik Seorang (lebih) penolong pelepas Seorang (lebih) pencatat pusingan Seorang pencatat Seorang Pengawas 22
4. 5.
Seorang (lebih) Penjaga alat sukat angin Seorang ketua hakim photofinish. Dua orang penolong hakim photofinish Seorang (lebih) hakim penyukat(elektronik).
Referi-referi dan ketua hakim hendaklah memakai tanda di lengan atau lencana yang jelas kelihatan.
TUGAS-TUGAS PEGAWAI
Pengurus. Pengurus berkuasa di atas kejohanan dan bertanggungjawab menentukan kelicinan perjalanan kejohanan. Beliau akan mementukan semua pegawai telah melapor diri dan jika perlu mencari penganti. Beliau juga hendaklah berkerjasama dengan pengawas yang dilantik, mengatur supaya orang-orang berkenaan sahaja yang dibenarkan berada di dalam arena.
mensyuarat jawatankuasa yang lain serta akan menyediakan semua minit mesyuarat yang bersangkut dengannya. Beliau akan mengawal semua persediaan pentadbiran dan akan menerima dan akan menguruskan surat menyurat yang penting yang berkaitan dengan mesyuarat tersebut.
23
Pengurus Teknik. Pengurus teknk bertanggungjawb penuh kepada pengurus kejohanan. Beliau
bertanggungjawab menentukan bahawa balapan landas lari, bulatan, lengkungan dan kawasan-kawsan lompat bagi acara padang disediakan dengan betul. Juga perkakas-perkakas mengikut spesifikasi yang sedia ada untuk disahkan oleh referi berkenaan yang dilantik, dan menyediakan kad-kad keputusan dan kad-kad pencatat masa.
Referi. Referi berasingan akan dilantik bagi acara-acara balapan, padang berjalan kaki, dan acara di luar stadium 1. Referi untuk acara di luar stadium tidak mempunyai kuasa ke atas perkara-perkara di
bawah tanggungjawab ketua hakim berjalan kaki. 2. Referi akan bertanggungjawab menentukan semua perturan dipatuhi dan memberi
keputusan dalam perkara teknikal yang timbul pada masa kejohanan dan di mana tidak disebut dalam peraturan - peraturan pertandingan. Referi berkuas a menentukan kedudukan peserta pada akhir perlumbaan hanya jika hakim-hakim tidak dapat memutuskan keputusan. 3. Referi akan menetap hakim-hakim bagi acara tertentu; memaklumkan tugas-tugas
yang perlu dibuat seperti di bulatan, papan lonjak, dan lain-lain. 4. Referi tertentu akan memutuskan pada ketika itu juga sebarang bantahan atau
bangkangan terhadap cara pertandingan dijalankan. Referi berkuasa memberi amaran atau menyinkirkan seseorang peserta daripada pertandingan yang sama, jika didapati ianya tidak bersopan. 5. Jika timbul perkara yang difikirkan tidak adil dan acara itu harus ditandingkan
semula, maka referi berkuasa mengisytiharkan acara tersebut dimansuhkan dan ditandingkan semula sama ada pada hari itu atau hari berikutnya. 6. Referi berhak untuk menukarkan tempat pertandingan dalam acara padang jika
keadan memerlukan. Pertukaran tempat hanya akan dilakukan selepas satu pusingan tamat. 7. setelah tamat sesuatu acara, kad-kad keputusan hendaklah diisi dengan serta merta,
24
Hakim. Ketua hakim acara balapan dan ketua hakim tiap tiap acara padang akan menetapkan tugastuga hakim di bawah jagaan mereka. 1. Acara balapan termasuk acara dijalan raya yang berakhir di balapan. Hakim-hakim
hendaklah bertugas dari satu tempat yang sama sebelah balapan di garisan penamat. Hakimhakim akan ditempat sekurang-kurangnya lima meter daripada dan bertentangan dengan garisan penamat untuk mendapat pandangan garisan penamat dnegan jelas.Sebuah tangga bertingkat hendaklah disediakan. Hakim-hakim bertanggungjawab menentukan kedudukan tiap-tiap peserta dalam sesuatu acara. 2. Acara padang: hakim akan menghakim, mengukur dan mencatat tiap-tiap percubaan
peserta yang keputusannya berganting kepada jarak atau tinggi.Bagi acara lompat tinngi an lompat bergalah, ukuran hendakla dibuat setiap kali palang dinaikkan, teruama bagi cubaan rekod. Hakim yang tertentu akan memberitahu sama ada sah atau tidak sesuatu pecubaan dengan mengangkat bendera putih atau merah.
Pengadil (Acara Balapan). Pengadil- pengadil adalah pembantu referi tanpa kuasa untuk membuat keputusan. Adalah menjadi tanggungjawab pengadil berada disesuatu tempat yang telah ditetapkan oleh referi untuk meneliti keadaan pertandingan. Jika ada ksalahan atau pelanggaran peraturan oleh peserta atau orang lain, maka perkara tersebut hendaklah dilaporkan kepada referi dengan segera. Segala pelanggaran peraturan hendaklah dikemukakan dengan menunjukkan bendera merah. Pengadil-pengadil juga dilantik untuk menjalankan tugas mengawas di kawasan pertukaran baton dalam acara lari berganti-ganti.
Penjaga dan Pencatat Masa Pencatat masa dengan jam randk di tangan akan ditempatkan sebaris dengan garisan penamat dan di luar balapan. Mereka ditempatkan sekurang-kurangnya lima meter dari garisan di sebelah luar balapan. Tangga hendaklah disediakan untuk memudahkan mereka melihat garisan penamat dengan jelas.
25
1.
Tiga pencatat masa rasmi (salah seorang daripadanya adalah ketua penjaga masa ) dan
seorang atau dua pencatat masa akan mencatat masa pemenang setia acara. Masa yang dicatat oleh pencatat masa tambahan tidak akan dikira kecuali satu atau lebih pencatat masa rasmi gagal mencatatkan masa dengan betul. Dalam semua perlumbaan tiga orang pencatt masa hendaklah mencatat masa pemenang. 2. Setiap pencatat masa akan bertindak seorang diri tanpa menunjukkan jamnya kepada
atau menukarkan maklumat dengan sesiapa. 3. Ketua pencatat masa kemudian akan membuat keputusan tentang masa rasmi setiap
peserta.
Pelepas dan Pelepas Panggil Balik. Pelepas akan berkuasa penuh mengawasi para pserta dalam keadaan sedia dan hanya beliau yang akan menentukan sebarang faktor yang berkait dengan permulaan sesuatu perlumbaan. Pelepas akan memastikan para masa dan para hakim sudah bersedia. 1. Dalam masa perlumbaan, seorang atau lebih pelepas panggil balik hendaklah ada
untuk membantu pelepas. Setiap pelepas panggil balik akan menepatkan dirinya di mana dia boleh melihat para peserta yang ditetapkan kepadanya. 2. Amaran dan penyingkiran yang dinyatakan di dalam peraturan hendaklah
Penolong Pelepas. Penolong pelepas akan memeriksa sama ada peserta yang bertanding di dalam saringan atau perlumbaan sebenar memakai nombor-nombor mereka dengan betul, iaitu satu didada dan satu di belakang. 1. Penolong pelepas akan menempatkan peserta dilorong atau tempat yang betul. Semua
tempat permulaan, iaitu lorong- lorong dinomborkan dari kiri ke kanan mengikut arah larian. Peserta diatur di garisan tiga meter dibelakang garisan permulaan dan setelah berbuat demikian akan memberi isyarat kepada pelepas yang semua peserta sudah bersedia. Jika permulaan terpaksa dimulakan semula, maka penolong pelepas akan mengatur peserta semula.
26
2.
Pencatat Pusingan. Seorang pencatat pusingan akan menyimpan rekod bilangan pusingan yang telah dibuat oleh setiap peserta dalam acara-acara jarak jauh, iaitu dari 1500 meter hingga 5000 meter. Bagi acara-acara yang melebihi 5000 meter dan bagi acara berjalan kaki beberapa orang pencatat pusingan akan dilantik dibawah araha referi, dan diberi kad-kad pencatat pusingan. Mereka akan mencatat masa bagi tiap-tiap pusingan untuk peserta yang mereka awasi. Seorang pencatat pusingan tidak sepatutnya mencatat lebih daripa empat orang peserta. (Enam bagi acara berjalan kaki). Seorang pencatat pusingan khas dilantik untuk memberitahu tiap-tiap peserta bilangan pusingan yang masih belum disempurnakan. Ia akan membunyikan loceng atau alat-alat seumpamanya menandakan pusingan terakhir bermula.
Pencatat. Pencatat hendaklah memungut keputusan bagi tiap-tiap acara bersama-sama dengan masa atau tinggi atau jarak yang akan diserahkan kepadanya oleh referi Ketua penjaga masa atau ketua hakim. Beliau dengan secepat mungkin, hendaklah menyampaikan maklumat yang diterima kepada juruhebah dan setelah mencatatkan kedudukan, masa, tinggi,atau jarak, ia hendaklah menyerahkan keputusan rasmi ini bersama kad-kad kepada pengurus kejohanan.
Pengawas. Pengawas berkuasa untuk mengawasi arena, dan tidak akan membenarkan sesiapa yang tidak berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta yang akan bertanding, ebrkumpul dan berada dalam arena. Pengawas juga akan menguruskan tempat khas disediakan untuk pegawai-pegawai yang tidak bertugas.
27
Juruhebah. Juruhebah akan mengumunkan kepada orang ramai nama dan nombor peserta yang mengambil bahagian bagi tiap-tiap acara dan segala penerangan yang mustahak seperti susunan di dalam saringan, lorong-lorong atau tempat-tempat yang telah diundi dan masa perantaraan. Keputusan(tempat,masa, tinggi, jarak) bagi tiap-tiap acara mestilah diumumkan seberapa segera yang boleh selepas sahaja beliau menerima maklumat daripada pencatat.
Jawatankuasa pengelola. Jawatankuasa pengelola kejohanan akan mengandungi jawatankuasa kecil seperti disebut dibawah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Jawatankuasa kecil Pertandingan Jawatankuasa kecil Upacara pembukaan dan penutup Jawatankuasa kecil Khemah, Tempat Tetamu dan Hiasan. Jawatankuasa kecil Hadiah dan Cenderamata. Jawatankuasa kecil Program, Jemputan dan Sambutan. Jawatankuasa kecil Jamuan dan Makanan. Jawatankuasa kecil Keselamatan dan Pertolongan Cemas. Jawatankuasa kecil Seranta Jawatankuasa Rayuan.
28
TUGAS JAWATANKUASA KECIL Jawatankuasa kecil pertandingan; 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Mengagihkan tugas kepada ahli jawatankuasa. Menyiap peraturan pertandingan. Menyediakan borang penyertaan. Melantik pegaeai teknik olahraga. Melantik pegawai pertandingan dari luar jika perlu. Melantik pembantu-pembantu padang. Menyedia padang dan alatan. Menyediakan borang keputusan. Mengaturkan aturcara kejohanan. Menempatkan peserta untuk saringan dan untuk hari kejohanan.
Jawatankuasa kecil upacara pembukaan dan penutup; 1. 2. 3. 4. 5. Mengatur upacara untuk pembukaan dan penutup. Menguruskan raptai. Melatih juruacara untuk upacara pembukaan dan penutup. Menyediakan pancaragam untuk mengiringi perbarisan. Menyediakan papan tanda, bendera dan tiang bendera untuk setiapa pasukan.
Jawatankuasa khemah,tempat tetamu dan hiasan; 1. Menyediakan khemah untuk para jemputan,peserta, pegawai pertandingan, dan
pengawas keselamatan. 2. 3. 4. 5. Mengatur kerusi para jemputan. mengatur kerusi dan meja pegawai pertandingan. Menghias kawasan khemah utama dan pentas tabik hormat. Menurun dan mengemas semula khemah dan kerusi meja.
Jawatankuasa kecil hadiah dan cenderamata; 1. 2. 3. 4. Menyediakan piala pusingan. Menyediakan hadiah-hadiah lain. Mengurus upacara penyampaian hadiah semasa dan pada hari akhir kejohanan. Mengurus cara mengumpul kembali piala pusingan dan menyimpan.
29
Jawatankuasa kecil program, jemputan, dan sambutan; 1. 2. 3. 4. Mencetak program kejohanan. Menyedia dan menghantar kad jemputan. Menyambut tetamu. Mengedar program kepada para jemputan.
Jawatankuasa kecil jamuan dan minuman: 1. 2. 3. 4. Mengurus minuman pegawai pada waktu rehat. Mengurus minuman pserta. Mengurus minuman para jemputan. Mengurus jamuan untuk para jemputan.
Jawatankuasa kecil keselamatan dan pertolongan cemas; 1. 2. Mengurus perjalanan pertolongan cemas pada hari saringan dan kejohanan. Mengurus kawalan keselamatan pada sepanjang kejohanan.
Jawatankuasa kecil seranta; 1. 2. Menyediakan sistem pembesar suara dan muzik. Mengumumkan keputusan pertandingan.
Jawatankuasa rayuan. 1. 2. Menyelesaikan apa jua rayuan. Menghakim tatatertib pegawai atau peserta.
30
ACARA LARI PECUT Ramai orang suka berlari dan bersukan pada masa sekarang. Sesetengah daripada mereka menjadikan kegiatan berlari sebagai hobi pada waktu lapang daripada membiarkan masa mereka terbuang dengan sia-sia. Persoalannya, adakah kita tahu samada cara larian kita itu adalah betul atau tidak? Berlari adalah salah satu lumrah dalam kehidupan kita sejak dari kita boleh melangkah sehinggalah kepada usia sekarang ini. Adakah kita juga sedar tentang kepentingan berlari? Untuk siapa kita berlari? Jawapannya ada pada kita semua. Secara umumnya kita tahu bagaimana untuk berlari iaitu iaitu dengan meletakkan salah satu kaki di hadapan yang satu lagi itu namun kita harus tahu bagaimana untuk mendapatkan larian yang padu. Banyak contoh tentang berlari antaranya berlari dengan kadar yang pantas iaitu berlari pecut; 100 meter, 200meter dan 400 meter; lari berhalangan seperti lari lompat pagar; lari jarak jauh seperti 800 meter, 1000 meter, 1500 meter, 5000 meter, 10000 meter serta marathon yang mana memakan jarak yang begitu jauh seperti sepanjang 42 km yang pernah di adakan Boston dan London serta banyak lagi acara yang melibatkan kategori berlari. Adakah kita tertanya-tanya mengapa kita berlari? Menurut kajian yang telah di jalankan oleh Ricard L. Brown dan Joe Henderson, berlari adalah lebih baik daripada sukan yang lain.( Bagus Pribadi dalam Bugar dengan Lari, hlm.7, Richard L. Brown dan Joe Henderson, Training for Summer and Winter Olympic Games). Kelebihan berlari menurut pengkaji ini ialah ia lebih sederhana kerana hanya melibatkan pelatih, latihan yang ringkas serta boleh dijalankan di mana-mana tempat sahaja, efisyen daripada segi masa, jimat, berobjektif, demokratis serta bebas untuk dilakukan sendirian mahupun berkumpulan. Selain daripada itu, acara lari seperti pecut 100 meter juga dapat memberi kebaikan yang tinggi kepada fizikal seperti kelebihan pada komposisi tubuh, kesegaran jantung, kelenturan dalam membentuk otot, ketahanan otot serta kekuatan otot dalam menambahkan kandungan protein otot. Acara lari 100 meter dapat
dijalankan serta memberi faedah seperti mana yang disebutkan di atas. Walau bagaimanapun, acara lari yang paling popular dan terkenal ialah acara lari pecut 100 meter. Sukan ini adalah paling lama dipertahankan. Acara ini sentiasa 31
dipertandingkan dalam setiap acara sukan rasmi samada pada peringkat sekolah, daerah, negeri, negera pada peringkat serantau mahupun antarabangsa. Sukan ini turut dipertandingkan pada peringkat Asia, Eropah dan sukan Olimpik dan antara mereka yang terkenal dalam acara pecut 100 meter adalah Asafa Powell, Justin Gutlin, Marion Jones dan ramai lagi. Pemegang rekod 100 meter yang terbaru ialah Usain Bolt iaitu rakan senegara Asafa Powell. Bagi mendapatkan larian yang benar dalam acara pecut 100 meter, para pelari harus menjalankan pelbagai persedian yang rapi. Persediaan daripada segi fizikal, mental, kesihatan, peralatan dan sebagainya adalah perlu bagi memperolehi kepantasan, kepuasan dan realiti lari pecut yang sebenar. Pelbagai teknik dan taktik yang harus dipelajari bagi mendapatkan larian yang bertenaga dan jitu serta aspek keselamatan tidak harus diabaikan kerana teknik larian yang salah akan mengundang kepada kecederaan. Anda berminat untuk larian 100 meter? Peralatan Seterusnya kita akan meneliti bagaimana acara pecut 100 meter itu berlangsung pada tahap yang terbaik. Aspek pertama yang harus diteliti ialah mengenai peralatan. Aspek peralatan seperti kesesuaian pakaian, kasut dan pemakaian nombor adalah sebenarnya termaktub di dalam Peraturan KOAM 139. Para atlit haruslah berpakaian semasa di dalam pertandingan olahraga. Pakaian atlit harus dalam keadaan yang bersih serta tidak terlalu nipis supaya tidak menampakkan anggota badan apabila atlit berpeluh ( Wee Eng Hoe, Panduan Pengajaran Olahraga: Kejurulatihan dan Kepegaiwaan, Edisi ke-3). Selain itu, pakaian atlit sebaik-baiknya dapat mengurangkan daya rintangan angin bagi mengurangkan daya geseran yang mana ia mampu untuk mengurangkan kelajuan. Oleh sebab itulah, ramai atlit olahraga pada masa pada masa kini memakai pakaian yang nipis bagi mengurangkan masalah daya rintangan angin ini. Tambahan pula persatuan sukan di negara mereka membenarkan cara pemakaian seperti itu. Dalam aspek kasut pula, sekiranya atlit tidak memakai kasut jenis biasa seperti ingin menggunakan kasut yang berpaku, hanya 11 paku sahaja yang di benarkan pada tapak kasut. Trek biasanya mempunyai pelbagai jenis antaranya trek sintetik, panjang paku yang di gunak an harus tidak melebihi 10 mm. Perkara ini perlu di ambil berat 32
oleh pelari pecut 100 meter. Kasut juga harus berkualiti dan sentisa dalam keadaan bersih semasa larian.
Kesimpulan di sini ialah penjagaan aspek peralatan amat penting dalam menjamin larian yang padu dan pantas. Bagi penomboran pula, setiap atlit wajib memakai nombor di hadapan dan di belakang baju mereka. Peralatan lain yang digunakan ialah pistol, kamera kelajuan serta blok mula semasa permulaan pecut.
Aspek latihan menerusi kaedah ansur maju a) Larian teknik pecut i.Berlari dengan langkahan yang panjang
Dalam teknik yang pertama ini, pelari harus menggunakan konsep langkahan yang panjang bagi mendapatkan jarak larian yang jauh. Jika kita lihat, kaki model ini salah satu kaki adalah dalam keadaan yang lurus dan yang satu lagi adalah dibengkokkan. Kaki kanannya diletakkan dalam keadaan lurus bagi mendapatkan jangkauan yang lebih jauh manakala kaki kirinya akan berada di hadapan semasa dia berada di atas udara.Lutut pada kaki kiri diangkat setinggi mungkin sebagai persedian untuk mendarat dan sebelum kaki mencapai di atas tanah, kaki kiri tersebut akan diluruskan kehadapan. Di sini, kita akan memperoleh jarak yang dikehendaki. Sekiranya kita tidak mengangkat lutut setinggi yang boleh serta tidak meluruskan kaki sebelum mendarat maka kita tidak akan mendapat jarak yang jauh. Jika kita memerhatikan seekor harimau yang sedang berlari mengejar mangsanya, kaki harimau tersebut akan 33
diluruskan semasa berlari mengejar mangsanya. Kita akan jelas melihat kaki hadapan serta kaki belakang harimau tersebut nampak begitu lurus bagi mendapatkan kepantasan berbanding bilangan langkahan yang dilakukannya. Model larian harimau tersebut adalah seakan sama dengan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pelari 100 meter ini. Tips latihan: Sedikit condong ke hadapan dan melompat jauh dan rendah, bukan ke atas; meneruskan daya gerak Membuat setiap langkah melompat pada jarak yang sama Menggerakkan tangan ke hadapan dan atas pada setiap langkah Mencuba melangkah secara lompatan dari permulaan berdiri dan kemudian dari 2 hingga 3 langkah run up.
ii.Berjalan dengan angkat lutut yang tinggi; berlari sambil mengangkat lutut
Dalam kaedah ini, salah satu kaki harus diangkat dengan tinggi di mana paras lutut seharusnya dapat mencapai aras 90 darjah. Sementara kaki tersebut diangkat tinggi, kaki yang satu lagi harus dalam keadaan lurus. Sekiranya kita mengangkat lutut di sebelah kaki kiri maka tangan di sebelah kanan harus berada di hadapan manakala tangan kiri pula berada di belakang tetapi tidak perlu berada terlalu terkebelakang. Konsep ini bermakna semasa kita berada dalam fasa pecutan kerana apabila kita ingin mendapatkan pecutan dan langkahan yang panjang, kita harus lebih menitikberatkan kaedah ini. Semasa kaki sedang menghala ke tanah, maka kita akan meletakkan kaki kehadapan dan lebih jauh berbanding jika kita hanya mengangkat lutut pada paras yang rendah. Kesannya, jarak yang dijangkau juga tidaklah begitu baik.
34
Tips latihan: Mengangkat paha pada kadar horizontal Menggerakkan lengan ke hadapan dan belakang tetapi tidak melebihi tubuh Mengangkat kaki sehingga ke jari kaki pada setiap langkah
iii.Berjalan dengan lutut yang tinggi serta diikuti bahagian bawah kaki yang di luruskan
Dalam kaedah ketiga ini pula, model di lihat sedang mengangkat kakinya pada parasnya yang tinggi. Kaki tersebut harus diangkat secara perlahan-lahan. Semasa kaki berada di udara, model akan meluruskan kaki tersebut. Dalam kaedah ini, kita akan lihat lutut model berkenaan diangkat dan dia meluruskan kakinya. Sekiranya kita mengangkat kaki di sebelah kanan maka tangan yang berada di sebelah kiri akan berada di bahagian hadapan tangan kanan. Tangan tersebut akan diangkat sehingga kepada paras dada tetapi tangan yang berada di belakang tadi tidak terlalu terkebelakang. Semasa mengulanginya dengan
menggunakan kaki yang satu lagi maka langkahnya juga tetap sama. Tips latihan: Jaga pandangan tetap lurus ke hadapan serta angkat sedikit bahu Tangan di tetapkan pada sudut 90 darjah pada siku Mengangkat peha setinggi mungkin dengan posisi horizontal. Apabila paha berada di atas udara, tending lutut ke hadapan dan melangkah untuk mengulangi pergerakan ini.
35
Dalam kaedah berlari skip ini, salah satu kaki akan diangkat dengan paras yang tinggi manakala kaki yang sebelah lagi berada di belakang kaki barkenaan. Semasa model tersebut mengangkat kaki kanannya pada paras 90 darjah, kaki kirinya dalam keadaan lurus dan hanya jari kaki sahaja yang bersentuhan dengan tanah. Ini bagi mendapatkan tenaga tambahan untuk lonjakan ke udara dan semasa berada di udara, dia meluruskan kakinya sebelum membuat pendaratan. Di sini dia akan melonjakkan badannya. Semasa mendarat, kaki yang diluruskan tadi turut berada dalam keadaan lurus manakala kaki yang satu lagi akan berada dalam situasi 90 darjah kebelakang. Dalam situasi pendaratan ini, hanya sebahagian daripada tapak kaki iaitu bahagian hadapan tapak kaki kanan ( berdasarkan rajah ) yang akan digunakan untuk mendarat. Ini kerana untuk mengelakkan kehilangan banyak tenaga daripada geseran semasa mendarat sekiranya keseluruhan tapak kaki digunakan. Oleh sebab itulah ramai pelari handalan 100 meter hanya menggunakan bahagian hadapan tapak kaki sahaja untuk berlari bagi bagi mengelakkan geseran kaki dengan permukaan balapan. Tips latihan: Menentukan irama/rentak larian sambil berlari setempat dan kemudian cuba untuk bergerak ke hadapan dengan perlahan-lahan. Secara perlahan-lahan cuba tingkatkan kecepatan kaki. Melihat ke hadapan dan terus menggerakkan lengan ke hadapan dan belakang.
36
v.Berlari dengan lutut tinggi serta diikuti dengan bahagian bawah kaki itu diluruskan
Semasa kita dalam kaedah latihan ansur maju iaitu berlari dengan lutut yang tinggi serta diikuti dengan bahagian bawah kaki yang diluruskan, pada permulaan mulakan larian secara langkah yang sederhana. Selepas itu angkat salah satu kaki contohnya kaki kiri. Kaki kiri harus berada dihadapan kaki kanan di mana kaki kiri harus diangkat ke depan sedikit manakala kaki kiri diluruskan dan tapak kaki diangkat sedikit. Selepas itu kaki berkenaan harus diangkat kepada aras yang lebih tinggi menghampiri aras bawah dada sambil berlari dan separuh kaki sahaja bersentuhan dengan lantai manakala semasa kaki kiri diangkat maka tangan kiri juga akan diangkat kehadapan bersama kaki kiri tersebut. Kaki tersebut kemudiannya perlu diluruskan ke depan sebelum mendarat. Sekiranya kita ingin mengulang langkah ini maka kita boleh menukar kombinasi kaki yang berlainan. Tips latihan: Beri tumpuan pada kaki dan abaikan pergerakan lengan untuk memulakan latihan Memulakan gerakan dengan lompatan setempat, kemudian maju ke hadapan dengan perlahan-lahan dan mencuba untuk meneruskan gerakan lompatan tadi Gunakan rentak angkat-lurus, angkat-lurus Menambahkan gerakan lengan setelah melatih kaki
37
Dalam kaedah ansur maju berlari dengan menyepak ke belakang, langkah ini lebih difokuskan bagi menambahkan pecutan di mana daya kekuatan tolakan kaki memberi daya pecutan kepada pelari. Sebagai contoh, jika kaki kiri menyepak kebelakang maka kaki kanan harus berada dalam keadaan yang lurus. Langkah ini dilakukan semasa berlari. Kaki yang diangkat tadi harus menghampiri kawasan punggung di mana langkah ini akan memberikan sedikit regangan dibahagian lutut dan paha. Ulangi langkah ini dengan mengangkat kaki disebelah kanan pula. Semasa melakukan ansur maju ini, hanya sebahagian daripada tapak kaki sahaja yang menyentuhi permukaan tanah. Tips latihan: Mulakan dengan berlari setempat dan menendang tumit ke belakang dengan perlahan Mula bergerak ke hadapan dengan perlahan dan menendang tumit dengan tinggi Beri tumpuan pada tumit yang menendang ke belakang dan tidak perlu mengangkat paha ke hadapan Tidak perlu risau jika gagal mengangkat tumit ke belakang Angkat tumit setinggi mungkin bagi yang mampu.
38
Fasa berlari dengan lutut yang tinggi dan memecut pula lebih memfokuskan untuk mendapatkan pecutan, contohnya jika kaki kanan diangkat maka lututnya perlu diangkat sehingga paras pinggang manakala tangan kiri akan berada dihadapan tangan kanan untuk keseimbangan. Selepas lutut diangkat tinggi maka teruskan kepada pecutan di mana kaki kanan tersebut akan menghasilkan daya tujahan pada pelari. Kemudian kaki kiri pula akan bertindak seperti peranan yang dimainkan oleh kanan tadi dan seterusnya.
Tips latihan: Badan mesti sentiasa tegap semasa berlari dengan lutut yang diangkat tinggi. Setelah tanda diberikan, condongkan tubuh ke hadapan dan gerakkan kaki dengan cepat Gerakkan lengan ke hadapan dan belakang secepat mungkin tetapi tidak melepasi tubuh Melihat ke hadapan dan jangan berpaling tubuh ke belakang
viii.
Larian pergerakan tangan; menggerakkan tangan tangan 90 darjah di siku dari pinggul ke paras hidung
39
Untuk ansur maju ini, larian pergerakan tangan tidak memerlukan pergerakan tubuh pelari. Latihan ini mengfokuskan supaya pelari lebih mementingkan hayunan tangan semasa berlari kerana ia juga membantu semasa berlari. Kedua-dua belah tangan dihayunkan sehingga membentuk sudut 90 darjah yang digerakkan daripada kawasan pinggul dan ke paras hidung. Kedua-dua tangan ini digerakkan secara hayunan ke depan dan ke belakang dan kaki dalam keadaan statik. Hayunkan tangan pada kadar yang perlahan dan kemudiannya pelari harus menambahkan kelajuan sedikit demi sedikit.
Tips latihan: Menarik siku ke hadapan dan ke belakang Mengangkat tangan dan otot wajah dan membiarkan rahang tergantung Melihat lurus ke hadapan dan menyondongkan tubuh ke hadapan Membiarkan kaki berlatih sendiri dan tumpu pada pergerakan tangan sahaja
Latihan untuk kekuatan kaki ini melibatkan aktiviti melonjak. Pelari harus berlari secara melonjak sambil mengangkat kedua-dua tangan ke hadapan dan lonjakan kaki tersebut harus dilakukan secara bergilir-gilir antara kaki kanan dan kiri. Lonjakan ini akan memberikan kekuatan pada kaki sama ada pada buku lali, otot dan lain-lain.
40
Hanya separuh sahaja daripada tapak kaki yang sebaiknya menyentuh permukaan lantai bagi mengelakkan lebih banyak tenaga dibazirkan semasa mendarat. Fokus di sini ialah daya kekuatan atau pun ketahanan kaki dapat ditingkatkan dan membantu dalam membuat pecutan kerana adanya tambahan ( advantage ) dalam kekuatan kaki sambil melonjak ke hadapan. Tips latihan: Menghayun tangan ke hadapan dan ke atas sekuat mungkin untuk mendapatkan jarak jauh Mengangkatkan kaki sekuatnya Membuat lompatan dengan ukuran yang sama Jangan melompat terlalu tinggi Mencuba urutan lompat daripada berdiri dari 2 hingga 3 langkah.
Dalam aktiviti ini, melakukan langkahan yang panjang dapat meningkatkan daya ketahanan kaki. Lompatan ini seumpama lompatan kijang. Semasa hendak melakukan lompatan tersebut, sebelah kaki harus ditugaskan untuk melonjakkan tubuh ke udara dengan membekalkan daya lonjakan manakala salah satu kaki lagi akan diangkat sehingga lututnya sampai ke paras 90 darjah. Sebagai contoh, apabila kaki kanan diperlukan untuk membekalkan tenaga lonjakan maka kaki kiri berserta lututnya akan diangkat sehingga ke paras lutut. Selepas itu, kaki kanan tadi akan dihalakan ke hadapan di mana lutut diangkat
41
sehingga pinggang
sebahagian sahaja menyentuh permukaan tanah bagi menjimatkan tenaga. Tips latihan: Badan sedikit condong ke hadapan dan melompat jauh tetapi rendah, bukan ke atas serta meneruskan daya gerak Membuat setiap langkah dengan melompat dengan jarak yang sama Menggerakkan tangan ke hadapan dan atas pada setiap langkah Cuba untuk melompat daripada permulaan berdiri dan kemudian daripada 2 hingga 3 langkah.
Langkah seterusnya ialah melonjak sambil melangkah halangan. Langkah ini juga dapat menambahkan kekuatan kaki dan pecutan kerana ia mendorong kepada pencapaian jarak melalui lonjakan serta pecutan semasa melepasi halangan. Berdasarkan rajah, kaki kanan akan diangkat sehingga ke paras pinggang manakala kaki kiri sebagai pemberi tenaga untuk membentuk lonjakan ke hadapan yang merangkumi jarak yang dikehendaki. Halangan itu akan membantu pelari dalam membentuk langkahan yang jauh semata-mata untuk melepasi halangan tersebut sambil memecut ke hadapan.
42
Tips latihan: Jangan melompat rintangan terlalu tinggi Menggunakan gerakan kaki dan tangan untuk keseimbang badan selama mungkin pada setiap lompatan Bayangkan pelari seperti bola yang sedang dilontarkan ke hadapan dan ke bawah
iv.
Langkah seperti melompat, memusing dan memecut ini turut memberikan daya kekuatan kepada kaki. Melompat memberikan tunjahan oleh kaki dan ia memerlukan sebilangan tenaga untuk melonjak ke hadapan. Tenaga daripada kaki banyak digunakan di mana peranan tapak kaki sebagai punca lonjakan tersebut. Sebagai contoh, apabila kaki kiri digunakan sebagai sumber untuk melonjak maka banyak tenaga akan dikumpulkan dan digunakan oleh kaki kiri terbabit. Kaki kanan pula akan diangkat ke hadapan sehingga ke paras 90 darjah sebagai persediaan untuk mendarat. Langkah ini adalah bagi kekuatan kaki, lonjakan ke hadapan dan pecutan sama sekali. Dalam aspek memusing pula, daya ketahanan kaki amat diperlukan bagi mengubah arah larian asal. Semasa pusingan ini, otot-otot kaki akan bertindak menahan dan menyerap daya ataupun tekanan semasa pusingan maka kekuatan kaki dapat dibentuk.
43
Tips latihan: Jangan melompat tinggi ke udara ketika berputar; jika tidak pelari tenggelam dalam posisi bersedia dan sukar untuk bergerak Hanya tangan dan kaki yang menyentuh tanah dan posisi sedia tetapi jangan membongkok tubuh sampai ke lutut Condongkan tubuh ke hadapan dan tangan serta kaki digerakkan secepat mungkin semasa keseluruhan proses ini.
Latihan terakhir ialah latihan berpasangan iaitu berlari dengan halangan sebagai contoh menggunakan tali dan ditarik oleh rakan untuk djadikan halangan. Fokus di sini ialah pelari akan menggunakan sebanyak tenaga yang termampu untuk terus berlari dan memecut. Tarikan oleh rakan terbabit boleh dijadikan sebagai halangan untuk menghasilkan tenaga dalam larian serta pecutan. Tenaga inilah yang akan digunakan dalam larian yang benar ( Gerry Acarr, Atletik Untuk Sekolah, cetakan pertama, November 1997, terbitan PT Raja Grafindo Persada, Indonesia). Tips latihan: Kereta ( pelari di belakang ) Jangan menghentikan kuda yang bergerak ke hadapan. Memberikan hambatan yang mencukupi sehingga kuda benar-benar harus berusaha menggerakkan kaki dan tangan Menyisikan tubuh ke belakang untuk menghasilkan jumlah hambatan yang tepat
44
Kuda ( pelari di hadapan ) c) Latihan mendorong atau membayangi Secara berpasangan, pelari berlari dengan bebas. Katakan adanya pelari A dan pelari B yang akan membayangi pelari A. Pelari akan cuba untuk melepaskan diri daripada pelari B. B cuba untuk mengejar pelari A . Kemudian kedua-dua akan menukar peranan masing-masing. i. Berlari dalam kawasan yang terhad sambil menyentuh objek secepat mungkin dan ulanginya. ii. Larian mengejar bayang rakan; seseorang berlari di hadapan dan seorang lagi mengejar untuk memijak bayang rakannya. Walau bagaimanapun, terdapat teknik lain untuk acara pecutan ini. Antaranya; i. Bergerak secepat mungkin di tempat atau posisi yang telah ditetapkan selepas arahan. ii. Mesti dilakukan dengan pantas, memberi reaksi yang konsisten tetapi jangan sesekali mencari advantage semasa larian iii. iv. Membina rentak larian yang konsisten sebelum pertandingan Bersedia berlari untuk mana-mana lorong tetapi jangan merentasi lorong sebelah v. vi. Periksa blok untuk permulaan sama ada sesuai atau tidak Sedar di mana garisan penamat dan mencondongkan badan apabila hampir di garisan penamat vii. Mahir apa jua jenis kasut yang sesuai bagi balapan yang berlainan Menyisikan tubuh ke hadapan dan menggerakkan tangan kaki dan kaki sekuat mungkin. Perhatikan sama ada anda dapat mengatasi hambatan kereta yang ada di belakang tersebut
45
Fasa Permulaan Larian Sebelum seseorang atlit memulakan larian sebenar dalam acara 100 meter ini, para atlit harus tahu tentang beberapa teknik dan taktik perlumbaan. Sebelum perlumbaan sebenar berlangsung, seseorang atlit harus melakukan aktiviti pemanas serta pendingin badan ( Bagus Pribadi dalam Richard L. Brown & Joe Henderson, Bugar Untuk Lari, hlm 29, cetakan pertama, November 1996, terbitan Fajar Interpratama, Indonesia ). Banyak cara aktiviti pemanasan boleh dilakukan seperti lari setempat, larian pantas dan sebagainya bagi melonggarkan otot badan manakala pendinginan adalah bertujuan untuk regangan otot kembali selepas larian. Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah terus bergerak selepas larian sambil menyedut nafas supaya darah dapat mengalir dengan lancar.
Latihan fizikal adalah perlu bagi atlit bagi mengelakkan tercedera semasa membuat larian seperti kecederaan otot biseps, buku lali dan lain-lain lagi.
46
Oleh itu, latihan yang fleksibel harus diambil kira semasa latihan ini seperti membujurkan lutut, tendon, lower-leg stretch, latihan kuadrisep, pengenduran kelangkang, pengenduran punggung dan tulang belakang.
Fast strides in both animals and humans take great power in legs, ankles and buttocks ( George B. Dintiman, How to Run Faster, 1984, hlm 46, Leisure Press, New York). Dalam membincangkan bab larian pula, terdapat 2 faktor yang mempengaruhi kepantasan seseorang. Semasa permulaan dan disebut ke garisan, para peserta haruslah bergerak ke garisan permulaan dan mengambil tempat yang telah di tetapkan. Di sini, terdapat banyak peraturan, taktik serta teknik yang perlu dipatuhi. Pada peringkat ini, peserta perlu berdiri di belakang garisan pinggiran yang paling hampir dengan garisan. Arahan permulaan ini biasanya akan berbunyi kegarisansediabangggg . Walaupun begitu, peserta sudah mengetahui tentang teknik permulaan bagi lari pecut ini.
Teknik Mula Lari Pecut Sebenarnya, cara permulaan larian ini terbahagi kepada 2 iaitu gaya berdiri seperti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak sekolah dan amat digemari mereka namun kaedah ini tidak sesuai digunakan dalam rasmi dalam acara larian dalam mana-mana pertandingan. Dalam gaya berdiri ini, peserta harus mengambil kedudukan dalam beberapa meter dibelakang garisan mula sebelum arahan ke garisan diberikan. Semasa di bahagian garisan, peserta akan bergerak ke hadapan lalu meletakkan hujung kaki 47
hadapan serapat mungkin dengan garisan tanpa menyentuhnya manakala kaki belakang pula sedikit ke belakang antara 30-40 cm dan mengimbangi badan. Peserta harus membengkokkan kaki hadapan dan memberatkan badan lebih pada kaki hadapan bermakna ia condong ke hadapan. Tangan pula harus diletakkan di sisi dengan tangan bertentangan kaki depan. Contohnya, Jika kaki kanan di hadapan maka tangan kiri harus diletakkan di hadapan. Apabila anda sudah dalam keadaan sedia, condongan badan tadi harus ditambahkan lagi manakala mata anda mesti memandang ke hadapan. Lutut hadapan dibengkokkan lagi untuk daya pecutan yang baik manakala kaki belakang menolak ke tanah arah belakang dan berikan tumpuan kepada tembakan pistol untuk berlepas. Sejurus bunyi tembakan yang bererti larian telah bermula, pelari mula memecut dengan menolak kuat kaki hadapan dan terus memecut laju sehingga tiba di garisan penamat. Pada fikiran kita, adakah gaya ini sesuai untuk pertandingan larian yang rasmi? Gaya yang paling sesuai ialah gaya dekam. Gaya ini terbahagi kepada 3 jenis iaitu gaya pendek ataupun peluru, gaya sederhana dan gaya panjang. Thomas Burke, pemenang acara 100 meter olimpik telah menggunakan gaya ini. Sesetengan orang berpendapat gaya ini agak rumit namun ia boleh diajar pada pelari baru. Untuk gaya peluru, pelari harus berdiri kepada garisan kira-kira 2 atau 1 tapak kaki manakala hujung tapak kaki belakang segaris dengan tumit tapak kaki yang di hadapan. Oleh itu, ruang antara 2 tapak kaki adalah seluas buku penumbuk. Dalam gaya ini, blok permulaan adalah rapat dengan garisan permulaan. Blok hadapan diletakkan 2 tapak dari garisan permulaan manakala blok belakang setapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Gaya sederhana memerlukan pelari rapat dengan garisan kira-kira 2 atau 1 tapak, lutut tapak kaki belakang segaris dengan hujung tapak kaki hadapan dan ruang yang wujud adalah seluas buku penumbuk. Dalam gaya ini, blok pertama diletakkan 2 tapak dari garisan permulaan dan blok belakang 2 tapak dari bahagian hadapan blok depan.
48
Gaya panjang memerlukan pelari berdiri rapat kepada garisan dalam 2 atau 1 tapak, lutut kaki belakang segaris dengan hujung tumit kaki hadapan dan ruang yang wujud antara 2 tapak kaki adalah seluas penumbuk. Penggunaan blok hadapan diletakkan 2 tapak dari garis permulaan dan blok belakang pula 3 tapak dari bahagian hadapan blok hadapan. Penggunaan blok dalam larian sebenarnya membantu pelari untuk memulakan larian dengan cepat. Chris Brooks (1981) dalam Womens Hurdling: Novice to Championship telah mengemukakan satu cara penempatan blok yang lebih efisyen di mana ia melibatkan ukuran panjang kaki.
Teknik Pecutan Selepas arahan ke garisan diberi, pelari mengambil tempat di blok yang telah di tetapkan. Kedudukan tangan amat penting kerana ia perlu lurus dan dibuka seluas ukuran bidang bahu. Ibu jari dan jari penunjuk dibuka dengan luas manakala jari lain adalah berkedudukan rapat serta diletakkan di belakang garisan permulaan. Dari segi kedudukan kepala dan leher pula, kepala dan leher didongak sebagai sebahagian daripada torso( Chris McNAB, Sports Injuries: How to Prevent, Diagnose & Treat- Track, hlm 18, cetakan pertama, Mason Crest Publishers). Mata mesti pandang ke hadapan dan selepas arahan sedia diberikan, pinggul diangkat tinggi dan badan condong ke hadapan.
Semasa pecutan tersebut, pergerakan kuat tangan dan kaki berlaku. Tangan yang bertentangan dengan kaki belakang 49
memulakan pergerakan ke hadapan. Tangan lain digerakkan ke belakang dengan kuat serta dibengkokkan sebanyak 90 darjah. Lutut belakang pula digerakkan dengan cepat tetapi pada tahap yang rendah. Kaki hadapan diluruskan sepenuhnya dan fasa pecutan ini sebenarnya melibatkan jarak antara 30 hingga 60 meter. Pada fasa ini, kedudukan badan berubah daripada berkeadaan rendah kepada condong ke hadapan. Jarak antara langkah juga semakin bertambah seiring dengan kelajuan. Oleh itu pecutan akan terhasil.
Fasa Semasa Larian Dalam acara 100 meter ini, pelari haruslah mengikut lorong yang telah ditetapkan. Mereka yang tidak mengikut lorong akan dibatalkan lariannya. Oleh itu, para peserta yang berlari merentasi lorong atau menghalang lawan akan dibatalkan persaingannya. Semasa perlumbaan ini, pelbagai perkara harus diteliti setiap pelumba. Pelumba harus mengetahui banyak perkara mahupun teknik untuk mendapatkan larian yang pantas. Jadi, untuk mendapat larian yang pantas, seseorang atlit harus melakukan ansur maju. Sebenarnya, fasa pecutan berlaku antara jarak 30 meter dan 60 meter. Pecutan ini berlaku sejak awal larian lagi dan ia semakin bertambah apabila jarak larian semakin bertambah. Semasa larian itu, kaedah ansur maju yang diterangkan di atas digunakan untuk memperoleh pecutan dalam jangka masa yang singkat. Semasa pecutan ini, pelumba akan memperoleh kelajuan maksimum setelah mencapai jarak 18 meter dan di sinilah peranan otot berfungsi dan memerlukan tahap daya tahan otot yang tinggi. Pecutan juga bergantung kepada hayungan tangan di mana apabila kaki kanan berada di hadapan kaki kiri maka tangan kiri harus berada dibahagian hadapan tangan kanan di mana tangan di belakang tersebut akan berada dalam kedudukan 90 darjah 50
tangan
Hayunan yang tepat akan menghasilkan halaju yang tinggi. Hayunan tangan tangan juga tidaklah terlalu kuat iaitu antara ketinggian bahu dan paras ilium sahaja serta hayunan itu tidak terlalu ke belakang melebihi tubuh. Selain itu, untuk mendapatkan kelajuan yang tinggi pelumba harus mengangkat lutut dengan tinggi supaya kaki dapat diluruskan. Kesannya, pelari akan dapat menjangkau jarak yang lebih jauh berbanding pelari yang hanya mengangkat lutut pada tahap yang rendah. Pelari juga harus meluruskan bahagian bawah kaki supaya apabila kaki mendarat ke tanah, daya geseran yang dihasilkan oleh kaki pada permukaan tanah berkurangan. Ini akan menjimatkan tenaga dan badan pelari juga akan menjadi lebih ringan. Di sini dapat kita lihat kepentingan latihan ansur maju iaitu berbentuk berlari dengan langkah yang panjang, Berjalan dengan yang tinggi, berjalan dengan lutut yang tinggi serta berlari skip dengan bahagian bawah kaki diluruskan. Keempat-keempat ansur maju ini telah dikombinasikan dengan jayanya untuk mendapatkan pecutan yang maksimum. Fasa Penamat Semasa berada di garisan penamat, kedudukan pelari adalah menggunakan kaedah TORSO iaitu keputusan tidak mengambil kira kepala, lengan, tangan yang mula sampai ke garisan penamat tetapi badan yang dikehendaki.
dalam menamatkan acara larian ini ialah pelari harus berlari lebih 10 meter daripada jarak sebenar. Kenapa? Ini kerana ia adalah penting untuk terus memecut bagi menamatkan dan menonjolkan bahagian TORSO ke hadapan. Selepas larian ini, pelari tidak seharusnya berhenti atau duduk kerana adalah penting bagi mereka untuk terus bergerak supaya aliran darah mereka akan terus lancar . Peraturan Utama dan Peraturan Lain yang berkaitan Dalam acara 100 meter ini, bilangan penjaga masa mesti mencukupi iaitu 3 orang penjaga masa rasmi dengan 1 atau 2 orang penjaga masa tambahan. Mereka harus ditempatkan segaris dengan garisan penamat dan seeloknya mereka berada lebih kurang 5 meter daripada garisan tepi balapan serta duduk di kerusi yang tinggi.( Wee Eng Hoe; Siri Pendidikan Perguruan, Panduan Pengajaran Olahraga, Kepegawaian & Kejurulatihan, Edisi ke-3, Terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd). Walau bagaimanapun, kaedah pengadilan seperti ini sudah jarang digunakan kerana ketepatan keputusan daripada mereka agak diragui. Pada masa sekarang, kamera digital yang berteknologi tinggi digunakan untuk merekod masa pelari dengan lebih tepat lagi. Peraturan lain yang dianggap tradisional ialah pengambilan masa secara manual iaitu menggunakan tangan yang mana masa dibaca kepada 1/10 saat lebih panjang. Contohnya, rekod asal ialah 10.15 saat akan direkodkan kepada 10.25 saat.
A) Peraturan 143 Pakaian Peserta-peserta dalam semua acara hendaklah berpakaian sesuai, bersih dan tidak menjolok mata. Pakaian tersebut juga hendaklah diperbuat daripada bahan kain yang tidak menampakkan kulit/susuk badan pemakai walaupun berpeluh. Para peserta tidak dibenarkan memakai pakaian yang boleh menghalang penglihatan para hakim. Kasut Setiap peserta boleh bertanding dengan berkaki ayam, berkasut atau hanya memakai sebelah kasut sahaja. Tujuan berkasut ialah untuk memberikan perlindungan dan kestabilan kepada kaki dan juga dapat mewujudkan cengkaman yang kuat kepada permukaan. Namun begitu, kasut-kasut tersebut tidaklah boleh dicipta sedemikian sehingga boleh memberikan bantuan tambahan dan tidak mempunyai spring atau alat 52
serupa dilekatkan pada kasut. Tali kasut yang meliliti kekura dibenarkan dalam acara ini.
Bilangan pepaku Tapak dan tumit kasut boleh dicipta sedemikian supaya membolehkan sehingga 11 batang pepaku dipasang. Beberapa batang pepaku bolehlah dipasang sehingga tidak melebihi 11 batang yang telah ditetapkan.
Ukuran pepaku Sekiranya pertandingan dijalankan di atas permukaan sintetik , ukuran pepaku dari hujung sampai ke tapak atau tumit kasut tidak boleh melebihi 9mm kecuali bagi acara lompat tinggi dan merejam lembing tidak melebihi 12mm. Ukuran lintang maksimum pepaku tersebut tidak boleh melebihi 4mm. Bagi permukaan sintetik, panjang maksimun pepaku yang dibenarkan sehingga tidak melebihi 25mm dan ukuran maksimumnya masih kekal tidak melebihi 4mm.
Tapak dan Tumit Kasut Tapak atau tumit kasut boleh berbunga, berlorek atau berbonjol asalkan ia dibuat daripada bahan yang sama dengan tapak asas kasut tersebut.
Alat-alat tambahan kepada kasut Para peserta tidak dibenarkan menambah apa-apa alat sama ada dalam kasut yang memberikan kesan kepada ketebalan kasut melebihi had maksimun yang dibenarkan atau yang boleh memberikan pemakai kelebihan yang sepatutnya tidak diperolehi kasut asal seperti yang dinyatakan di atas.
Nombor peserta Setiap peserta akan diberikan dengan dua nombor bib yang mesti dipakai semasa bertanding dan dilekatkan di tempat yang mudah dilihat iaitu di dada dan di belakang. Nombor bib hendaklah serupa dengan nombor mereka yang didaftarkan dan tertera dalam buku-buku rasmi. Sekiranya memakai track-suit ketika bertanding nombornombor tersebut hendaklah dilekatkan serupa pada track-suit tersebut. Nombornombor ini hendaklah dipakai dalam keadaan ia diterima, tidak boleh dipotong, dilipat atau terlindung semasa memakainya. Jika peralatan Foto penamat digunakan,
53
Jawatankuasa Pengelola mungkin berkehendakkan peseta-peserta memakai nombor tambahan yang digamkan pada sisi seluar. Peserta-peserta tidak dibenarkan mengambil bahagian tanpa memakai nombor pengenalan. B) Peraturan 102 KATEGORI DAN KUMPULAN UMUR Kategori Remaja Lelaki dan Wanita Kumpulan Umur Di bawah 20 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Veteran Lelaki Lebih atau sama 40 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan Veteran Wanita Lebih atau sama 35 tahun pada 31 Disember dalam tahun pertandingan
C ) Peraturan 116 Refri 1. Seorang refri diperlukan dalam acara lari pecut 100 meter. 2. Refri membantu dalam membuat keputusan bila hakim tidak dapat berbuat demikian tetapi tidak berfungsi sebagai hakim dan pengadil. 3. Refri akan memeriksa semua keputusan akhir. D ) Peraturan 117 Hakim 1. Seorang Ketua Hakim dilantik dan beliau akan menentukan tugas hakim yang lain . 2. Hakim bertanggunjawab ke atas semua acara trek dan acara jalan raya yang tamat di trek. 54
3. Hakim menentukan penamat mengikut turutan . Bila hakim tidak dapat membuat keputusan hakim akan merujuk kepada refri. 4. Hakim berada pada tangga sekurangnya-kurangnya 5 m dari garis dalam dan segaris dengan garis penamat.
E ) Peraturan 118 Pengadil 1. Pengadil bertanggunjawab ke atas acara trek sahaja. 2. Pengadil ialah pembantu kepada refri tetapi tidak berhak untuk membuat keputusan. Contohnya membuat laporan kepada refri dan mengangkat bendera merah untuk menunjukkan kesalahan. F ) Peraturan 121 Penjaga Masa 1. Bilangan penjaga masa yang mencukupi pelu disediakan untuk acara trek 2. Tiga orang penjaga masa rasmi adalah diwajibkan dengan satu atau dua penjaga masa tambahan bagi mengambil masa pemenang. Salah seorang daripada mereka merupakan Ketua Penjaga Masa.
55
DEKAM
Dalam permulaan gaya peluru (bullet start) kedua-dua belah kaki diletakkan pada jarak 28 cm ke garisan belakang. Penyelidikan menunjukkan, semasa tapak kaki meninggalkan blok permulaan kecepatan (velocity) tidaklah baik. Ia juga memerlukan kekuatan untuk memulakan pecutan dengan cara ini. Oleh yang demikian permulaan gaya peluru ini tidak digalakkan bagi mereka yang baru menyertai acara pecut.
56
Permulaan jenis ini merupakan yang paling baik di antara ketiga-tiga jenis gaya dekam. Perbezaannya ialah pada kedudukan kaki belakang yang sederhana mengikut keselesaan peserta. Gaya Panjang (elongated)
Dalam permulaan jenis ini, kaki belakang diletakkan jauh ke belakang Dan kaki hadapan diletakkan berdekatan dengan garisan permulaan. Permulaan jenis ini jarang digunakan kerana dengan meletakkan kaki belakang jauh dari garisan permulaan, tidak dapat memberikan keberkesanan yang tinggi semasa memulakan larian.
57
LOMPAT TINGGI
Pengenalan
Tidak dapat dipastikan apakah Lompat Tinggi pernah disenaraikan dalam sukan Olimpik kuno seperti lompat jauh. Ada sesetengah pendapat mengatakan acara Lompat Tinggi ini pernah dijiadikan acara dalam sukan tersebut, tetapi tidak kurang pula pihak yang menafikannya. Catatan terawal tentang lompat tinggi ialah pada abad ke-19 apabila suatu pertandingan diadakan bagi menentukan siapa antara segolongan professional di England yang mampu melompat paling tinggi. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun 1861, seorang berbangsa Scotland, William Tivendale berjaya melompat setinggi 1.83 meter. Lompatan yang dibuat oleh peserta itu merupakan yang paling tinggi bukan sahaja dibandingkan di kalangan peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu malah ketika itu belum pernah ada orang lain yang melompat setinggi itu. Bagaimanapun cara lompatan yang dilakukan pada masa itu jauh berbeza dengan lompatan yang dilakukan oleh atlit pada masa sekarang. Palang yang digunakan hanyalah seutas tali yang diikat pada dua batang kayu yang dipacak pada tanah. Cara membuat lompatan ialah dengan merapatkan kedua-dua kaki sambil badan melompat pada kedudukan static atau menegak, menjadikan peserta seakan-akan melompat pada kedudukan berdiri dan menegak. Kemudiannya beberapa cara dan kaedah lompatan dicipta dan diperbaiki dari masakesemasa, yang berdasarkan kepada peraturan dan undang-undang yang turut berubah serta keadaan-keadaan tertentu. Contohnya pada suatu ketika pelompat tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan tangan sebelum kaki mendarat dan begitu juga kepala pelompat tidak boleh melepasi palang sebelum kaki melepasi palang. Peningkatan lompatan yang mampu ditunjukkan oleh para peserta menyebabkan tempat mendarat terpaksa diletakkan dengan tilam atau alas tebal yang lembut. Sebelum itu hanya pasir digunakan. Kini lompat tinggi merupakan salah satu acara bahagian padang dalam sukan olahraga yang terus dijadikan acara dalam setiap perjumpaan olahraga di pelbagai peringkat. Pada peringkat awal Sukan Olimpik, gaya yang digunakan ialah gaya static dengan lompatan menegak. Gaya pelana mula digunakan oleh peserta-peserta Eropah, manakala gaya lentang diperkenalkan oleh peserta Amerika Syarikat dan menjadi teknik lompatan yang paling
58
diminati khususnya di kalangan pelompat tinggi Amerika ketika itu. Gaya gunting yang kebanyakan digunakan oleh peserta lompat tinggi Asia mula diperkenalkan pada tahun-tahun suku pertama abad ke-20. Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbarunya malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik pada tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehinggalah IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop. Sebelum gaya flop diperkenalkan terdapat satu gaya yang dikenali sebagai gaya guling pelana (Straddle) telah diperkenalkan oleh Jim Steward dari Universiti of Southern California dalam Kejohanan National College dalam tahun 1930. Tetapi yang mempopularkan gaya ini ialah Les Steers dari Oregon. Dengan ketinggiannya 6 kaki 1.5 inci, beliau telah berjaya melepasi dan melompat setinggi 6 kaki 11 inci. Namun begitu orang yang pertama berjaya melepasi paras 7 kaki dalam dunia ialah Charles Dumas dari Amerika dalam Kejohanan Olimpik 1956 dengan lompatan setinggi 7 kaki 0.3 inci.
PERALATAN
Dalam acara lompat tinggi ini memerlukan kawasan dan peralatan khusus untuk membolehkan lompatan diadakan sebagai salah satu acara olahraga. Penganjur sesuatu kejohanan olahraga hendaklah memastikan semua ini disediakan sebelum pertandingan dimulakan. Antara peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :-
1. Tiang Lompat Tinggi. Dua batang tiang diperlukan dan tiang-tiang ini tidak boleh diubah-ubah semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika perlu diubah umpamanya kedudukan, hendaklah dilakukan selepas tamat satu pusingan yang melibatkan semua peserta. Kedua-dua tiang ini hendaklah mempunyai alat bantuan khusus bagi membolehkan tiang ditegakkan tanpa mudah dijatuhkan.
59
2. Palang Lompat Tinggi. Palang lompat tinggi hendaklah diperbuat sama ada daripada kayu, logam ataupun bahan yang sesuai dengan berbentuk bulat atau segitiga. Panjang palang hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Palang ini akan diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Sokongan ini hendaklah mudah dinaikkan atau diturunkan pada tiang.
3. Kawsan Mendarat Pada peringkat awal acara lompat tinggi dijalankan, pihak penganjur kurang memberi perhatian kepada kawasan mendarat. Lama kelamaan dengan adanya beberapa teknik lompatan dan pendaratan tertentu, adalah perlu disediakan tempat pendaratan yang sewajarnya. Sebelum beberapa teknik atau gaya lompatan diperkenalkan, kawasan pendaratan hanya terdiri daripada satu kawasan khas yang diisikan dengan pasir lembut yang lembap. Kini, kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi ini digunakan tilam atau pengalas lembut bergetah dan hendaklah berbentuk segiempat. Tilam atau pengalas lembut ini hendaklah ditempatkan betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi. Tilam berspring atau bergetah boleh digunakan asalkan sesuai untuk pendaratan peserta.
4. Pita Pengukur Pita pengukur adalah untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta. Ukuran hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang dinaikkan. Kini, dalam acara lompat tinggi alat pengukur elektronik digunakan bagi menjadikan proses pengukuran dapat dilakukan dengan cepat dan tepat.
UKURAN Tiang Lompat Tinggi Tiang Lompat Tinggi ini hendaklah dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04 meter dari bahagian dalam. Palang Lompat Tinggi.
60
Panjang palang lompat tinggi ini hendaklah sesuai dengan jarak kedua-dua tiang yang dipasangkan. Berat maksimum palang ini ialah 2 kg. Palang ini diletakkan pada tiang menerusi alat sokongan khas. Alat sokongan ini hendaklah berbentuk segi empat rata dan berukuran 4 cm lebar dan 6 cm panjang. Kawasan Mendarat Kawasan mendarat dalam acara lompat tinggi ini adalah tilam atau pengalas lembut bergetah dan berbentuk segiempat dengan saiz 5 meter panjang dan 4 meter lebar dan 1 meter tebal. Pita Pengukur Pita pengukur digunakan untuk mengukur ketinggian lompatan yang dilakukan oleh peserta. Pengukuran ketinggian hendaklah dibuat sebelum acara lompatan. Pegawai pertandingan terlebih dahulu akan memulakan acara ini pada suatu ketinggian tertentu mengikut keupayaan para peserta dan ketinggian lompatan akan diukur daripada bahagian tengah palang ke aras tanah. FASA-FASA DALAM LOMPAT TINGGI (GAYA FLOP) Dalam acara Lompat Tinggi (gaya flop) seseorang atlit akan melalui empat fasa iaitu : a) Fasa Lari Landas. b) Fasa Lonjakan. c) Fasa Layangan. d) Fasa Mendarat. A) FASA LARI LANDAS Terdapat dua faktor yang mempengaruhi lari landas yang akan membawa seseorang atlit lompat tinggi pada suatu tahap yang paling sesuai untuk melakukan fasa lonjakan seterusnya. Faktor-faktor itu adalah :1. Kelajuan : Atlit dikehendaki berlari secepat mungkin tetapi dengan halaju yang terkawal. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk melintasi palang kerana tinggi palang. 2. Arah : Atlit hendaklah menuju ke arah palang pada sudut 20 hingga 30 dari satah tegak palang. Dalam gaya flop ini di bahagian akhir lari landas atlit perlu
61
mengubah arahnya pada satu lengkungan. Ini dilakukan untuk mendapatkan daya sentrifugal yang sangat penting bagi gaya flop.
Terdapat tiga gaya lari landas yang sering digunakan dalam gaya flop seperti berikut : a. Lari lengkung dari mula lari landas untuk mendapat kepantasan yang optima seperti Dick Fosbury. b. Bermula lari secara lurus kemudian melencong pada empat langkah terakhir. c. Secara lari atas garisan lurus menuju ke palang. Lari landas melibatkan di antara 7,9 atau 11 langkah yang laju. Untuk mendapat daya sentrifugal yang unik dalam gaya flop empat langkah terakhir hendaklah dilakukan dalam garisan satu lengkungan seperti di bawah. Gambarajah 7 : Fasa Lari Landas
x x x x
Palang
x x x x x
Tempat mula lari landas adalah 70 hingga 80 dari permukaan satah palang seperti digunakan oleh beberapa atlit ternama.
B) FASA LONJAKAN
62
Tujuan lonjakan adalah untuk mengubah pergerakan mendatar kepada pergerakan menengak dan untuk mengangkat pusat graviti atlit ke atas palang. Pada akhir lari landas kaki lonjakan dihentak pada bumi dengan tumit untuk mendapat daya tindakbalas yang akan mengangkat badan. Kemudian kaki lonjakan diguling dari tumit ke tengah kaki ke jari kaki sambil menekan bumi. Badan di condong sedikit ke belakang sambil kedua tangan dihayun ke atas. Serentak dengan ini sejurus sahaja badan terangkat dari bumi, kaki bebas di angkat sambil dipusing ke dalam untuk mendapat daya putaran supaya badan mencapai layangan istimewa flop. Pada masa ini kepala dihalakan ke palang dan atlit mesti melihat palang. Perkara yang perlu diingati adalah semasa lonjakan dibuat pusat graviti hendaklah berada di atas kaki lonjakan. Atlit yang melonjak dengan kaki kiri melompat dari sebelah kanan palang manakala atlit yang melonjak dengan kaki kanan mula lari landasannya dan melompat dari sebelah kiri palang lompat tinggi.
c) FASA LAYANGAN
Fasa Layangan Sekiranya fasa lari landas dan fasa lonjakan adalah semurna, atlit akan mencapai fasa layangan yang diingini. Dalam fasa layangan ini, tujuannya adalah untuk membawa pusat graviti melepaskan palang secara ekonomikal dan mudah. Putaran yang dihasilkan oleh kaki bebas dalam fasa lonjakan tadi akan membawa badannya secara belakang atlit menghadap palang. Ketika ini kaki masih belum melepasi palang dan pusat graviti masih berada di belakang dan rendah dari palang. Atlit akan mengangkat kepalanya dan ini akan mengangkat 63
bahagian bahu. Gerakan ini akan bertindakbalas secara kakinya akan melurus sambil melintas atas palang. Kakinya hendaklah dikangkang sedikit.
d) FASA MENDARAT
Dalam fasa ini badan atlit setelah melepasi palang sedang jatuh dari tinggi ke bumi. Jenis daya yang dihasilkan adalah daya kinetik yang makin jatuh makin bertambah. Seseorang atlit ketika ini mesti menyediakan dirinya dengan mengadakan kedua lutut jauh dan dagunya rapat pada dada. Mulutnya mesti ditutup supaya tidak tergigit lidah. Untuk mengurangkan hentakan maka atlit mesti cuba mendarat pada bahunya. Sekiranya tenaga kinetik terlampau ia dikehendaki melakukan gulingan ke belakang untuk menyerap hentakan impact. LATIHAN ANSUR MAJU
Gaya Straddle Langkah 1 : Perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah menentukan kaki lonjakan. Kaki yang menjadi pilihan adalah kaki yang dirasakan terkuat, selesa dan mudah melakukan lonjakan apabila melakukan lompatan. Langkah 2 : 64
Adakan beberapa barisan mengadap sesuatu tanda yang telah disediakan di atas tanah. Larian dilakukan dan terus loncat ataupun melompat di atas kaki yang telah dipilih untuk membuat lonjakan.
Langkah 3 : Pengasingan dilakukan bagi pelompat yang menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Kedudukan pelatih pula ialah; pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kanan berada di sebelah kanan mengadap palang manakala pelompat yang menggunakan lonjakan kaki kiri berada di sebelah kiri mengadap palang. Langkah 4 : Pada permulaannya tali getah hendaklah digunakan sebagai menggantikan palang agar memberi keyakinan kepada pelatih. Ikatkan sesuatu tanda seperti kain putih di tengah-tengah tali getah itu tadi. Ianya bertindak sebagai penanda bagi pengamatan tahap lompatan. Langkah 5 : Arahan diberikan agar pelatih bergerak ke arah hadapan. Ini diikuti dengan arahan agar kaki dihayun bebas setinggi yang boleh supaya dapat menyentuh penanda yang telah diikat pada tali getah tadi. Ketinggian ukuran tali getah dimulakan daripada aras pinggang sehinggalah paras bahu. Langkah 6 : Apabila sampai pada tahap ini, penerangan teknik yang paling sesuai untuk melakukan aktiviti bagi gaya ini adalah seperti berikut: a) b) c) d) Kedudukan badan hendaklah disandarkan kebelakang. Kaki yang digunakan untuk lonjakan dihulurkan sejauh yang boleh ke hadapan. Kedua-dua belah tangan digerakkan ke belakang badan. Pada masa yang sama kaki ditendang sebebasnya ke atas dengan kencang dan dipandu dengan kedua-dua tangan yang dihayunkan ke atas.
Penerangan tentang aksi lonjakan menegak ke atas dapat dicapai dan penekanan perlu ditegaskan kepada lonjakan ke atas. Ini belum lagi aksi bagi memutar melintasi palang. Bagi aksi layangan tidak perlu dipedulikan lagi, hanya loncatan tegak dahulu perlu ditegaskan. 65
Langkah 7 : Kesemua langkah di atas dilakukan dipraktikkan di tali getah yang menggantikan palang. Maklumkan bahawa gaya yang dipraktikkan adalah gaya straddle. Langkah 8 : Langkah seterusnya ialah memperkenalkan aksi peringkat putaran. Kedudukan sekarang adalah berpasangan. Satu demontrasi cara membuat putaran diperkenalkan dan dilakukan. Dalam setiap pasangan, pelompat akan menendang sebelah kaki ke atas. Penyokong atau pembantu kepada pelaku akan memegang pergelangan kaki sebelah lagi. Kaki tersebut diputarkan ke arah kaki sebelah lagi sebagai imbangan. Oleh itu secara otomatik badan akan berputar ke arah sisi. Perkara yang harus ditegaskan dan ditekankan ialah badan haruslah diangkat ke bawah. Kepala perlu direndahkan, manakala tangan diturunkan. Langkah 9 : Bangku panjang disediakan dan diletakkan disisi tilam. Satu langkah diambil di atas bangku. Kaki dihayunkan bebas ke atas dan jatuhan ialah di atas tulag belikat di atas tilam. Bangku dikeluarkan. Seterusnya gaya ini dilatih untuk beberapa langkah. Langkah 10 : Bila teknik ini telah dikuasai, barulah diperkenalkan langkah atau teknik larian landas. Ianya menggunakan 5 hingga 7 langkah mengikut keselesaan LATIHAN LATIHAN PERSEDIAAN
1. Latihan Garisan Palang lompatan diletakkan di atas lantai gelanggang. Pendekatan melompat pada sudut 45 digunakan. Kaki dihayunkan ke hadapan dan lompatan dibuat melintasi palang dengan pendaratan kaki yang sama. Kesesuaian latihan ini adalah untuk peserta yang baru mempelajari gaya ini. 2. Latihan Pergerakan Kaki. Palang lompatan diletakkan kira-kira satu meter tinggi dari lantai. Sudut 45 digunakan untuk melompat dengan tiga langkah larian. Latihan melompat melepasi palang dilakukan dan 66
pendaratan masih dilakukan dengan menggunakan kaki hadapan. (Latihan pendaratan juga boleh dilakukan serentak dengan latihan menaikkan palang dan tilam digunakan untuk mendarat). 3. Latihan Kepantasan Dan Kekuatan Kaki Larian boleh dibuat beberapa langkah dan melompat aerta menendang sesuatu objek yang digantungkan. Perlakuan dalam latihan ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia agak merbahaya. 4. Latihan Melonjak Palang diletakkan lebih tinggi di bahagian kaki dan direndahkan di bahagian kepala pelompat. Dengan cara ini, pelompat dapat menguji keupayaan kakinya untuk membuat lonjakan yang lebih bertenaga. 5. Latihan Gulingan Badan Kedudukan palang adalah lebih tinggi di bahagian kepala dan direndahkan di bahagian kaki pelompat. Keadaan ini akan membolehkan pelompat memebuat gulingan badan pada aras yang lebih tinggi. Pergerakan badan akan mendahului pergerakan kaki yang berpusing di atas palang. Cara mendarat yang betul boleh dicapai melalui latihan ini. GAYA FOSBURY FLOP
67
Fasa lompatan gaya Fosbury Flop Langkah 1 :Langkah ini bertujuan memberi peluang kepada atlit untuk menghayati rasa semasa mendarat. Ia bertujuan untuk memberi keyakinan kepada mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti seterusnya. Pelajar ditunjukkan dengan demonstrasi cara menjatuhkan badan di atas belekang. Perlu disediakan sebuah kotak yang lebih tinggi daripada kawasan mendarat. Ianya diletakkan di sisi kawasan tilam atau tempat pendaratan. Pelajar atau atlit diarahkan untuk berdiri di atas kotak ini dengan keadaan yang lurus dan tegak. Kemudian badan dijatuhkan ke belakang. Aktiviti ini diulang beberapa kali untuk keyakinan seterusnya. Untuk meneguhkan ansur maju langkah ini, pelajar diberitahu untuk menjatuhkan badan di bahagian belakang bahu. Dagu hendaklah dirapatkan pada dada. Perlu ditegaskan bahawa tangan hendaklah dihayunkan ke belakang. Untuk peneguhan, semasa aktiviti ini, ianya dapat dijayakan dengan menggunakan sebiji bola (saiz bola sepak). Perlakuannya ialah dengan memegang bola tersebut, dan semasa jatuhan, bola itu dibaling ke belakang serentak dengan tangan dihayun. Ini bertujuan untuk hayunan tangan yang lebih mantap. Semasa aktivit ini, kaki hendaklah dalam keadaan kangkang sedikit.
Langkah 2 : Kotak yang lebih rendah sedikit daripada aktiviti langkah satu digunakan. Segala perlakuan dan aktiviti adalah seperti dalam langkah satu. Pelajar dikehendaki dan diarahkan untuk membuat lonjakan sedikit. Ia bertujuan untuk mengangkat badan. Gunakan tali getah dan ini akan memberi keyakinan semasa membuat lonjakan dengan kedua belah kaki. Langkah ini perlu diulang beberapa kali untuk peneguhan dan keyakinan.
Langkah 3 : Kotak dalam langkah dua digantikan dengan bangku yang lebih rendah lagi. Pelajar dikehendaki membuat lonjakan dengan sebelah kaki iaitu kaki lonjakan. Pegasingan pelajar yang menggunakan kaki lonjakan yang berlainan perlu dilakukan di kiri dan kanan tempat melompat. Dalam keadaan berjalan, mereka dikehendaki memijak bangku tersebut dengan kaki lonjakan sambil melonjak dan menghayun kaki sebebas-bebasnya ke atas dan
68
melompat. Perlu ditekankan bahawa tangan perlulah dihayun seperti dalam langkah dua. Setelah beberapa kali dicuba, barulah tali getah tadi digantikan dengan palang yang sebenar.
Langkah 4: Penumpuan dalam aktiviti ini ialah menitikberatkan perkara yang bersabit dengan layangan. a) Kaki yang paling dekat dengan palang hendakllah dikilas bebas untuk mendapatkan daya putaran pada badan. b) Badan hendaklah dilengkungkan ketika berada di atas tali getah supaya mendapat gaya dan ketinggian yang baik dan sempurna. Selepas didapati aktiviti ini dapat dicapai, barulah palang digunakan untuk merasai suasana sebenar acara lompat tinggi gaya ini. Langkah 5 : Dalam langkah ini, pelajar diarahkan untuk membuat lompatan yang sebenar. Sebagai bantuan untuk aktiviti dalam langkah ini, satu garisan untuk lari andas dengan lengkungan disediakan. Palang hendaklah berada di paras yang rendah. Pada mulanya pelajar akan mencuba dengan menggunakan empat atau lima langkah larian landas. Ini dicuba beberapa kali. Kemudian palang akan ditinggikan sedikit demi sedikit sekiranya lompatan berjaya dilakukan. Selepas itu, lakuan untuk aktiviti yang sama tetapi dengan menggunakan lari landas sembilan hingga sebelas langkah. Pada aktiviti ini, larian hendaklah dilakukan dengan agak laju.
Seperti acara-acara padang lain, lompat tinggi mempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan pegawai yang terlibat dalam acara ini.
UNDANG-UNDANG 1) Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan bermula. 69
2) Peserta hendaklah membuat lompatan dengan menggunakan mana-mana sebelah kakinya semasa melonjak. 3) Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk memulakan larian untuk melompat. 1. Pada permulaan pertandingan, pegawai pertandingan hendaklah memaklumkan kepada semua peserta ketinggian minimum yang akan digunakan sebagai ketinggian kelayakan. Setiap kali peserta berjaya melepasi ketinggian itu, palang akan dinaikkan dan peserta dikehendaki melompat melepasi aras bahu sehinggalah semua peserta gagal melepasi ketinggian itu. 2. Peserta yang gagal melepasi palang pada sesuatu ketinggian selepas tiga percubaan akan terkeluar daripada pertandingan dan pencapaian peserta dikira pada ketinggian tertinggi yang berjaya dilepasinya sebelum itu. 3. Peserta boleh meneruskan lompatan pada ketinggian baharu, walaupun peserta lain gagal melakukannya, sehinggalah dia gagal melepasi ketinggian itu. 4. Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain. Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian tertentu. 5. Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat lompatan. 6. Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang. 7. Peserta dikatakan telah melakukan kesalahan sekiranya dia : a. Menyebabkan palang pada tiang lompat tinggi terjatuh daripada penyokongnya, akibat terkena mana-mana bahagian tubuhnya. b. Terlebih dahulu menyentuh tempat atau kawasan pendaratan dengan sebarang bahagian tubuhnya, sama ada di dalam atau di luar daripada tiang, sebelum melepasi palang lompat tinggi. c. Gagal membuat lompatan setelah namanya telah dipanggil untuk berbuat demikian oleh pegawai pertandingan, atau dia terus menarik diri daripada sesuatu lompatan tertentu. d. Tidak mematuhi peraturan dan undang-undang lompat tinggi yang termasuk dari segi aturan pertandingan, tata tertib, pakaian dan tidak menghadirkan diri. 70
PERATURAN 1. Peserta mencabut undi untuk menentukan giliran lompatan. 2. Sebelum pertandingan bermula, Ketua Hakim mengumumkan ketinggian permulaan dan kenaikan seterusnya. 3. Pelompat boleh memilih untuk memulakan lompatan pada ketinggian yang ditetapkan. Ini bererti juga bahawa pelompat boleh memilih untuk tidak melompat selepas gagal percubaan kedua dan ketiga( selepas gagal percubaan pertama atau kedua) dan masih layak melompat pada ketinggian yang berikutnya. 4. Kenaikan ketinggian seterusnya ialah 2cm atau lebih sehingga keadaan berikut: a) Sehingga seorang pelompat tertinggal. b) Terdapat seri pada kedudukan pertama. 5. Lonjakan dilakukan dengan sebelah kaki sahaja. 6. Kegagalan melompat adalah kerana keadaan berikut: a) Palang jatuh. b) Sebelum pelompat melepasi palang, semua kawasan sebelah hadapan tiang disentuh. c) Gagal melepasi palang tiga kali berturut-turut. 7. Landas larian seharusnya tidak kurang daripada 15m.
1. 2.
Permulaan larian yang terlalu laju dan mengurangkan kelajuan pada 3 langkah terakhir. Langkah lari landas terlalu pendek hingga menyebabkan atlit terpaksa membuka langkah semasa melencong.
3.
Jarak tempat melonjak terlalu dekat dengan palang. Ini menjadikan jarak penujuan terlalu pendek dan terlalu kecil sudutnya.
4. 5.
Peserta menggunakan kedua belah kaki untuk melonjak ketika mula melompat. Tidak mengekalkan posisi menegak menyebabkan kepala dan bahu terlalu dekat dengan palang semasa melonjak.
6. 7. 8.
Terlalu cepat membengkokkan badan ke palang. Menjunam ke arah palang atau melonjak terlalu dekat. Kaki belakang terkena palang kerana hayunan lutut tidak diselesaikan dengan cara melipat tumit.
9.
10.
Mendongak ke belakang yang keterlaluan atau tidak membengkokkan kaki dan mendongak semula di fasa pemulihan.
11.
Sebelum badan melepasi palang, bahagian-bahagian badan menyentuh atau termasuk ke sebelah kawasan mendarat.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
1. 2.
Pelajar perlu memanaskan badan terlebih dahulu untuk mengelakkan kecederaan. Pastikan tempat aktiviti yang dilakukan tidak mempunyai peralatan yang menganggu atlit melompat.
3.
Tiang hendaklah diletakkan di tempat yang rata agar tidak bergoyang atau mudah jatuh. Palang mestilah diletakkan di belakang tiang mengadap tempat pendaratan supaya ia jatuh ke bawah bila disentuh dan tidak menyekat peserta ketika melompat.
4.
Gunakan tilam setebal 1-1.5m untuk mengelakkan atlit cedera apabila melakukan aktiviti lompat tinggi.
5.
Pastikan kawasan mendarat adalah selamat untuk mendarat dengan meletakkan tilam di kawasan penjuru kerana pelompat kerap mendarat di bahagian tepi.
6.
Gunakan palang yang diperbuat daripada tiub getah atau plastik untuk menjaga keselamatan atlit.
72
LOMPAT JAUH SEJARAH ACARA LOMPAT JAUH Acara lompatan mula menjadi sebahagian daripada acara olahraga yang penting apabila olahraga mula menjadi lebih formal pada tahun-tahun dalam abad ke-19 dan abad ke-20. Acara ini menjadi salah satu acara tumpuan apabila ia dipertandingkan diperingkat antarabangsa. Lompat jauh berasal dari sukan zaman purba di Greece dalam bentuk lompat jauh berdiri. Pada masa itu pelompat melompat dengan memegang beban yang dinamakan halteres pada kedua-dua belah tangan semasa melakukan lompatan. Berat tersebut adalah di antara 0.9kg sehingga 4.5kg dan ia dipercayai dapat membantu atlit untuk membuat lompatan yang lebih berkesan dan lebih jauh. Ini terbukti dalam tahun 1854 di mana J.Howard yang melompat sejauh 9.02m dengan beban yang dipegang telah mendapat jarak yang lebih jauh dari jarak sebenar iaitu sebanyak 2.4m. Pelompat melompat dari threshold (tempat lonjakan) dan mendarat di skamma (tempat mendarat). Pada masa sekarang, acara lompat jauh dijalankan secara berlari dalam lorong yang disediakan. Atlit lompat jauh dari Amerika Syarikat merupakan kuasa dominan dalam acara ini dan atlit yang terkenal adalah seperti Jesse Owens, Bob Beamon dan Carl Lewis. Jesse Owens telah mencatatkan rekod dunia sejauh 8.13m dalam tahun 1935 dan rekod ini kekal selama 25 tahun. Dalam tahun 1968, Bob Beamon telah melompat melepasi jarak 8.90m untuk memecahkan rekod lama dan rekod itu masih tidak pecah sehingga ke hari ini. Di Kejohanan Olahraga Dunia 1999, Ivan Pedroso dari Cuba hanya dapat melakukan lompat sejauh 8.56m pada 28 Ogos 1999. Dalam kategori wanita pula, Vilma Bardauskiene (USSR) telah berjaya melepasi jarak sejauh 7m buat pertama kalinya dalam tahun 1978 dalam Kejohanan Eropah di Prague, Czechoslovakia.
73
ALATAN A. LORONG KHAS / LANDAS LARIAN Panjang landas larian ialah tidak kurang daripada 40 meter. Lebar landas pula ditetapkan selebar 1.22 meter dan maksimumnya 1.25 meter. Lorong larian ditanda dengan garisan putih selebar 55mm. Maksimum curam hala ke tepi bagi landas lari tidak lebih dari 1:100 dan hala arah 1:1000. 74
B. PAPAN LONJAK Papan lonjak ditandakan dengan papan yang ditanam separas landas lari dan dicat putih. Papan melonjak ditempatkan antara 1 meter hingga 3 meter daripada tempat mendarat. Jarak papan melonjak dari hujung kawasan mendarat pula ialah 10 meter. Papan melonjak dibuat daripada kayu atau bahan-bahan kejor/tegar yang sesuai dengan ukuran 1.21m 1.22m panjang, 198mm 202mm lebar dan maksimum 100mm dalam.
10 c m 20 c m 15 c m
C. PAPAN PENANDA PLASTERSINE Benda ini adalah bahan yang kukuh dan keras berukuran lebar 10cm dan panjang 1.21m 1.22m. papan penunjuk hendaklah diletakkan di dalam palang di atas landas lari yang bersebelahan papan lonjak ke atas sehingga tingginya 7mm. Plastersine hendaklah antara 98mm hingga 102mm lebar dan 1.21m 1.22m panjang mengikut panjang papan meonjak. (Rujuk Rajah 1.1) D. KAWASAN MENDARAT
75
Lebar kawasan mendarat 2.75m ukuran minimum dan 3m maksimum. Panjangnya pula ialah 9m panjang atau 10m daripada bahagian hujung papan melonjak. Kawasan melonjak hendaklah terletak pada jarak yang sama di kiri atau kanan lorong larian. Kawasan mendarat hendaklah diisikan dengan pasir halus dan lembap dan permukaannya separas papan melonjak.
E. PITA PENGUKUR / PENGUKUR Pita pengukur digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Bacaan dalam meter digunakan untuk ukuran ini. Penggunaan pita pengukur hanya digunakan untuk kejohanan-kejohanan kecil sahaja sekarang dan untuk kejohanan-kejohanan antarabangsa pengukur eletronik digunakan. Alatan ini mempercepatkan pengukuran dan mendapat bacaan yang lebih tepat.
F. BENDERA ISYARAT Bendera isyarat digunakan untuk memberitahu kepada pengukur, pegawai atau pengadil lompatan. Bendera merah bermakna lompatan belum boleh dilakukan dan pembatalan peserta. Bendera putih pula mengesahkan lompatan dan lompatan boleh dilakukan.
G. PENGUKUR HALAJU ANGIN Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin semasa lompatan dilakukan. Halaju angin yang melebihi had yang dibenarkan tidak membolehkan sesuatu rekod diiktiraf. Halaju angin yang dibenarkan tidak lebih 2m sesaat. UKURAN Semua ukuran lompatan dikira antara tanda belakang kawasan mendarat, berhampiran
dengan papan melonjak yang dibuat oleh salah satu anggota badan peserta. Ukuran ke kawasan mendarat dari papan melonjak bersudut tepat 90.
76
77
LARIAN LANDAS Larian dalam acara lompat jauh adalah salah satu daripada elemen penting yang akan menentukan kemenangan seseorang atlit dalam pertandingan. Larian yang betul perlu untuk mendapatkan lompatan yang kuat dan jarak yang jauh. Cara larian mengikut kesesuaian, kehendak dan keupayaan seseorang atlit. Larian yang baik dapat dilatih dengan bantuan jurulatih dan juga kajian yang dijalankan. Penting untuk memastikan kelajuan larian mendatar, stabil dan keras dapat membantu pergerakan menegak yang kuat semasa membuat lompatan. Penumpuan dan ketepatan penting untuk mendapatkan larian yang baik. Seorang atlit yang baik selalunya akan melakukan antara 18 hingga 22 langkah semasa larian atau mengikut jarak antara 25 meter hingga 40 meter. Atlit selalunya dapat memastikan larian/langkah yang digunakan tepat antara pelepasan ke papan lonjakan untuk melonjak. Kesilapan mengagak dalam larian akan mempengaruhi jarak lompatan. Sebarang kesilapan juga akan mengakibatkan pembatalan. Satu lagi cara untuk mendapatkan ketetapan larian untuk lompatan ialah dengan membuat tanda uji. Kaedah ini selalu digunakan oleh atlit yang berpengalaman yang bertanding di peringkat antarabangsa. Tanda uji digunakan untuk mendapatkan ketepatan yang tinggi untuk membuat lompatan. Ketepatannya boleh diperolehi dengan membuat ukuran jarak larian dan juga penumpuan menerusi larian yang diulang berkali-kali setelah membuat ukuran.
LONJAKAN Lonjakan juga penting dalam lompat jauh. Lonjakan merupakan sentuhan kaki atlit pada papan lonjakan untuk melompat. Pergerakan ini berlaku amat pantas, yang bergantung kepada larian. Lonjakan ini penting dalam menentukan pencapaian momentum menegak yang maksimum, seterusnya memberikan kesan ketika membuat lompatan. Kesesuaian antara kelajuan dan kosentrasi penting bagi menentukan pelepasan yang baik.
Fasa Lonjakan Menurut kajian yang dilakukan, atlit Cuma menyentuh papan lonjakan selama 0.11 saat sebelum melonjak. Atlit juga didapati memperlahankan sedikit larian bagi sentuhan dengan papan lonjakan sebelum melonjak. Lonjakan ini harus dilakukan berhati-hati agar tidak dibatalkan. Penetuan kaki yang akan melonjak juga harus dipastikan. Untuk mendapatkan kaki yang betul dalam lonjakan, tanda uji dibuat terlebih dahulu. Larian percubaan perlu dilakukan untuk mendapatkan lonjakan yang tepat. LAYANGAN Layangan bermaksud ketika seseorang atlit meninggalkan papan lonjakan dan berada di udara sebelum mendarat. Selepas pelepasan dilakukan, momentum pergerakan menegak atlit mula mengambil tempat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat sudut hentian 79
yang terjadi semasa atlit melakukan pelepasan. Selain itu pergerakan menegak ini akan dikurangkan oleh daya tarikan graviti daripada lompatan itu. Rintangan udara juga dihadapi semasa melakukan layangan tetapi rintangan itu terlalu kecil. Terdapat tiga jenis layangan yang boleh dilakukan oleh atlit semasa berada di udara. Gaya layangan adalah mengikut kesesuaian, latihan dan fizikal. a. b. c. Gaya Gantung. Gaya Layar. Gaya Kayuhan.
Gaya kayuhan 80
Fasa Layangan (Gaya Layar) Pendaratan Pendaratan ini membaa maksud cara seseorang atlit mendaratkan diri setelah melakukan lompatan. Ini adalah pergerakan terakhir dalam acara lompat jauh. Semasa mendarat, atlit perlu menggunakan kedua-dua belah kaki dengan bantuan yang kuat kedua-dua hayunan tangan dan letikan badan. Untuk pendaratan yang baik, atlit harus menjejakkan kakinya ke kawasan pendaratan sambil menolak momentum badan ke hadapan. Salah satu teknik mendarat yang sesuai ialah jack-knifing. Teknik pendaratan ini dilakukan dengan membentukkan hayunan kaki dan tangan ke hadapan. Rintangan akan dapat dikurangkan. Jatuhan anggota badan ke belakang akan menyebabkan kerugian dalam ukuran.
81
LATIHAN ANSUR MAJU Sebelum memulakan latihan lompat jauh yang sebenar, para peserta harus digalakkan mencuba beberapa lompatan untuk mengetahui kaki yang sesuai untuk melonjak. Pemilihan kaki yang sesuai untuk melonjak penting sebelum pengajaran yang lain. Antara cara untuk mengetahui kaki yang sesuai melonjak ada banyak : I. Berdiri dan condongkan badan ke hadapan dan kaki yang melangkah dahulu adalah kaki yang kuat. II. Berdiri atas sebelah kaki sahaja. Kaki yang boleh menerima beban yang lama adalah kaki yang kuat. III. Secara berpasangan. Seorang akan menolak rakannya dari belakang tanpa disedari dan kaki yang melangkah dahulu adalah kaki yang kuat. Kaki yang kuat dicadangkan digunakan untuk fasa lonjakan. Lari Landas Lari landas penting dalam acara lompat jauh. Larian ini akan menentukan pencapaian yang baik. Latihan untuk larian landas ini boleh dilakukan pelbagai cara seperti : I. Aktiviti dijalankan berpasangan. Tandakan tempat permulaan larian dan tentukan kaki yang melonjak. II. Rakan akan menandakan kawasan / tempat pijakan. Latihan diulang-ulang untuk mendapatkan ketepatan. III. IV. Ukur jarak dari tempat permulaan ke kawasan pijakan yang ditanda. Jarak yang diperolehi dipindahkan ke kawasan larian yang sebenar. Latihan yang berterusan harus dilakukan untuk mendapatkan ketepatan. Perkara yang harus diberi perhatian dalam larian landas ini banyak : I. II. Kelajuan larian terkawal. Jarak langkah sekata dalam setiap larian. Langkah pertama amat penting dijaga jaraknya supaya sama dalam setiap larian. III. IV. V. Kelajuan diperolehi selepas langkah ke-4,5 atau ke-6. Sama seperti larian pecut tetapi badan ditegakkan sedikit dan lutut ditinggikan. Sesampai di tanda yang digunakan, peserta harus telah mencapai maximum controllable speed. VI. Memulakan larian dengan kaki yang melonjak jika langkah larian ganjil 82
Lonjakan Berlari dari tanda dan melonjak tinggi. Lutut bebas diangkat tinggi dan tangan dihayun ke atas. Papan lonjak tak semestinya dipijak. Latihan dilakukan berulang-ulang kali. Latihan ini membantu peserta merasai keadaan sebenar semasa melonjak ke atas. Peserta harus melonjak setinggi yang boleh dalam aktiviti ini. Antara aktiviti tambahan yang boleh dilakukan : I. II. III. Lompat tanpa larian dengan menggunakan kedua-dua kaki ke dalam lapangan. Melompat lepasi halangan (pasir) dan mendarat dengan tumit terlebih dahulu. Latihan melonjak dilakukan dengan penumpuan yang betul. Tumit harus mencecah dahulu papan melonjak, kemudian barulah diikuti oleh bebola dan hujung kaki. IV. Lari perlahan dalam jarak yang dekat dan lompat melepasi halangan / lari sambil menanduk bola. V. VI. Berlari dan melompat sambil meninggikan pusat graviti sambil menyentuh bola. Bola ditinggikan dan peserta cuba menanduk bola untuk mendapatkan ketinggian yang maksima. VII. Berlari dan lentikkan badan ke atas dan dongakkan kepala. Layangan Gunakan tali sebagai halangan. Peserta akan berlari dan melonjak. Semasa di udara, kaki bebas dibuka luas ke hadapan. Mendarat secara mengangkang dengan kaki bebas (sebelah hadapan) mendarat dahulu. Latihan ini bertujuan untuk memastikan peserta dapat melompat dengan tinggi dan menggerakkan kaki yang bebas ke hadapan semasa layangan. Sebelum latihan di atas, antara latihan ansur maju yang sesuai dijalankan untuk aktiviti ini ialah : I. Peserta bergayut pada satu palang dan melakukan kayuhan beberapa kali sehingga mampu berkayuh dengan agak lancar. II. Lompat dan terus tangkap palang dan melakukan kayuhan tanpa melepaskan pegangan. Ulang beberapa kali. III. Lari terus tangkap palang dan melakukan kayuhan dan terus lepaskan pegangan dan t erus mendarat. IV. Berdiri atas kotak (lebih kurang 1 meter tinggi), melompat dan cuba mengayuh beberapa kali. Ulang untuk bina keyakinan tanpa bantuan palang dan membiasakan diri. V. Lari dan melonjak terus melakukan kayuhan dan mendarat. Ulang aktiviti ini beberapa kali sehingga mahir. 83
Mendarat Latihan mendarat amat penting untuk acara ini. Mendarat dengan cara yang salah akan mengakibatkan kecederaan. Oleh itu ansur maju yang sesuai perlu untuk mendapatkan pendaratan yang betul. Semasa mendarat tangan dihayun ke belakang untuk mendapatkan daya tolakan ke hadapan. Badan dibawa ke hadapan dan kaki dibengkokkan untuk serapan daya dan mengelakkan beban yang kuat dikenakan kepada kaki. Antara latihan ansur maju yang sesuai ialah : I. Lompat dengan dua kaki seperti lompat katak dan mendarat dengan membengkokkan kaki dalam jarak 10 meter tanpa putus (Bounding). II. Berdiri di atas satu kotak (30cm), melompat dan mendarat dengan cara yang betul. (Ketinggian kotak boleh ditingkatkan). III. Bergayut sambil menghayun badan. Lepaskan badan dan mendarat dengan cara yang sesuai. IV. V. Berlari dan memijak kotak dan mendarat. Berlari, pijak tanda dan melonjak dan terus mendarat. (Langkah keselamatan semasa latihan pendaratan perlu dititikberatkan. Tempat mendarat harus sesuai seperti atas tilam atau tempat berpasir).
Lompatan Keseluruhan Berlari pantas, melonjak dan mendarat. Gunakan dan sesuaikan tanda untuk mencapai ketepatan lonjakan. Latihan ini merangkumi semua fasa lompat jauh. PERATURAN / UNDANG-UNDANG LOMPAT JAUH i. ii. Giliran peserta-peserta akan dijalankan secara undian. Sekiranya terdapat lebih daripada lapan orang yang mengambil bahagian, setiap peserta diberi tiga kali lompatan. Sekiranya tempat ke lapan seri, tiga lagi percubaan akan diberikan kepada yang terlibat. Sekiranya terdapat kurang lapan orang yang bertanding, enam kali percubaan akan diberikan. iii. Sebaik pertandingan dimulakan, para peserta tidak lagi dibenarkan menggunakan landas larian. iv. Peserta dikira gagal jika :
84
Menyentuh bahagian tepi papan melonjak berhampiran kawasan mendarat dan meninggalkan kesan di atas plastersine dengan apa jua bahagian badan, sama ada berlari tanpa melompat atau semasa melompat.
Melonjak dari luar papan melonjak, sama ada ke kiri atau ke kanan, sebelah depan atau belakang garisan panjangan papan melonjak. Semasa mendarat menyentuh bumi di luar kawasan mendarat lebih dekat ke papan melonjak dari kesan lompatan di kawasan mendarat. Selepas mendarat berjalan mengarah ke belakang melalui kawasan mendarat. Melompat cara berguling-guling. Peserta tidak dikira batal jika melonjak sebelum sampai papan melonjak. Ukuran dikira antara tanda mendarat yang paling belakang dengan papan lonjak, ukuran bersudut tepat dengan papan lonjak.
vii. Lompatan yang terbaik dari semua percubaan akan dikira, termasuk lompatan untuk menyelesaikan seri tempat pertama. KESALAHAN-KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU Larian Landas Jarak antara langkah yang tidak seragam. Langkah yang terlalu pendek atau panjang. Lutut tidak diangkat tinggi semasa larian. Badan terlalu bongkok. Larian laju yang tidak terkawal. Kawalan maksimum kelajuan tidak dicapai. 85
Lonjakan Letakkan tidak bersudut tepat dengan papan lonjak. Melonjak dengan bebola kaki. Tumit tidak diletakkan dahulu di papan lonjak. Lutut tidak dibengkokkan. Tangan tidak dihayun.
Layangan Tiada keseimbangan badan. Koordinasi tangan dengan kaki tiada. Terlalu rendah.
Pendaratan Kaki rapat semasa mendarat. Mendarat dengan hujung kaki. Mendarat dalam keadaan duduk. Tangan jatuh ke belakang.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
Kawasan Larian Landas I. II. III. Mesti rata dan tidak berlubang-lubang untuk mengelakkan terseliuh. Tidak terlalu keras yang menyebabkan kaki sakit. Tidak licin menyebabkan tiada cengkaman dan terjatuh. Papan Lonjak I. II. III. IV. Melekat dengan kuat pada landasan. Tidak terlalu keras dan lembut. Tidak licin. Rata.
86
Kawasan Mendarat I. II. III. Kawasan mendarat harus daripada pasir halus. Tiada batu-batu kecil / benda-benda keras yang boleh mencederakan. Keluasan harus mencukupi untuk pertandingan.
87
LOMPAT KIJANG
PENGENALAN Lompat kijang adalah satu acara yang unik di mana ia menggabungkan kelajuan, kekuatan dan imbangan. Perlakuan lompat kijang melibatkan tiga aksi yang nyata dan berturutan antara satu sama lain. Aksi pertama adalah hop yang melibatkan lonjakan dan mendarat dengan kaki yang sama diikuti dengan aksi step iaitu mendarat dengan kaki yang satu lagi. Aksi yang terakhir adalah lompatan yang sama seperti lompat jauh. Kebanyakan atlet amat mudah menguasai fasa hop dan dan fasa lompatan tetapi fasa step amat sukar dikuasai. Pada masa dahulu acara ini dikenali sebagai hop, step, jump. Namanya bertukar dengan perkembangan dalam peningkatan setiap fasa. Kini acara ini dikenali sebagai lompat kijang. Bagi atlet yang mengambil acara ini mestilah berupaya untuk mengimbangi pecutan serta lompatan dan pada masa yang sama perlu mempunyai kekuatan otot serta skill motor yang baik. Oleh itu untuk menjadi seorang atlet lompat kijang yang baik, pelompat mestilah menguasai ketiga-tiga fasa disamping mempunyai otot yang kuat dan skill motor yang baik.
SEJARAH LOMPAT KIJANG Acara lompat kijang dikatakan mula dipertandingkan dalam zaman Sukan Olimpik Purba. Di kalangan pelompat kijang yang terkenal ialah Victor Sanegev (USSR) yang menjuarai acara ini dalam Sukan Olimpik 1968, 1972 dan 1976 dan menyandang tempat kedua dalam tahun 1980. Atlit Jepun mula menunjukkan kehebatan mereka mulai tahun 1928. Mika Oda telah memenangi acara ini pada tahun 1928 dengan lompatan sejauh 15.21m, Chuhei Nambu pada tahun 1932 pula melakukan lompatan sejauh 15.72m manakala Naota Tajima pula pada tahun 1936 dengan rekod dunia sejauh 16.00m di Sukan Berlin.
88
Brazil mula menjadi kuasa besar dalam acara ini sekitar tahun 1950an dengan atlitnya Adhemar da Silva memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali dalam Sukan Olimpik di Helsinki pada tahun 1952 dan beliau menang sekali lagi di Sukan Olimpik Melbourne, Australia pada tahun 1956. Atlit Joao de Oliveira dari Brazil juga merupakan atlit lompat kijang yang handal yang Berjaya mencatat lompatan sejauh 17.89m di Bandaraya Mexico pada tahun 1975. Pada peringkat awal, lompat kijang dikenali sebagai hop, step and jump, kemudian ditukar kepada triple jump. Acara ini mula diterima sebagai sukan berdasarkan kepada kemasukannya ke dalam Sukan Olimpik pertama itu sehingga mendapat sambutan. Dari Ireland, lompat kijang diperkenalkan ke Scotland dan terus ke Amerika Syarikat pada akhir abad ke-19. Seperti lompat jauh yang dijalankan daripada kedudukan henti, permulaan yang sama digunakan untuk lompat kijang. Dalam sukan Olimpik pertama, kedua dan ketiga acara lompat kijang dijalankan daripada kedudukan henti. Seperti kebanyakan sukan yang muncul ketika itu, sambutan yang diterima oleh rakyat Amerika terhadap acara lompat kijang amat menggalakkan. Perubahan pada teknik lompatan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memudahkan peserta yang mengambil bahagian. Daripada melakukan dua kali lonjakan (hop), kemudiannya diubah kepada satu lonjakan diikuti satu langkahan sebelum membuat lompatan. Teknik lompatan yang mula diperkenalkan sejak tahun 1940-an itu terus kekal hingga kini. Sumbangan utama terhadap perkembangan dan penggalakkan acara lompat kijang diakui bermula selepas tahun 1930-an oleh orang Jepun dan selepas Perang Dunia Kedua oleh seorang rakyat Brazil, Alhemar Ferreira da Silva, serta seorang berbangsa Soviet yang tidak diketahui namanya. Mereka inilah yang dipercayai
89
Kini acara lompat kijang merupakan satu lagi acara olahraga kategori acara padang yang tergolong dalam bahagian lompatan. Untuk sekian lamanya, acara ini dikhususkan untuk kaum lelaki sahaja tetapi beberapa tahun kebelakangan ini acara lompat kijang sudah disertai oleh kaum wanita. Malah dalam kejohanan sukan di Malaysia, lompat kijang telah disenaraikan sebagai salah satu acara yang dipertandingkan. Sebagai acara olahraga yang disertai oleh kaum lelaki dan wanita, maka teknik, kaedah dan prinsip tentang acara ini adalah sama. UNDANG-UNDANG LOMPAT KIJANG Sebagai acara dalam sukan olahraga,lompat kijang dijalankan mengikut aturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh IAAF. Ini bermakna semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini tidak kira di peringkat mana sekali pun harus mematuhi undang-undang ini. 1. Giliran atau susunan peserta yang membuat lompatan hendaklah ditentukan menerusi undian yang dibuat sebelum pertandingan bermula. 2. Kedudukan dalam menentukan pencapaian peserta harus ditentukan menerusi lompatan yang paling jauh daripada sejumlah lompatan yang dilakukannya. 3. Dalam sesuatu pertandingan lompat kijang, jika terdapat lebih daripada lapan orang peserta yang mengambil bahagian, setiap peserta diberikan tiga lompatan dan manamana peserta yang mempunyai lompatan terbaik dipilih ke pusingan terakhir. Dalam pusingan ini mereka diberikan tiga lompatan lagi. Jika terdapat lebih daripada seorang yang mempunyai jarak yang sama dalam menentukan peserta kelapan terbaik, tiga lompatan tambahan diberikan. Sekiranya jumlah peserta yang mengambil bahagian kurang daripada lapan orang, mereka diberikan enam lompatan setiap orang. Peserta yang membuat lompatan paling jauh tanpa batal dikira sebagai pemenang. 4. Peserta hendaklah membuat lonjakan daripada papan pelepas menggunakan kaki yang sama dengan kaki mendarat untuk lonjakan kedua. Pada lompatan kedua selepas lonjakan kedua, peserta hendaklah menggunakan kaki yang sebelah lagi untuk mendarat dan melonjak untuk lompatan yang sebenar. Jika peserta tidak mematuhi aturan ini, lompatan dikira batal.
90
5.
Peserta hendaklah membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan di lorong larian dan lompatan. Jika peserta membuat lompatan melepasi atau melebihi papan pelepas, lompatannya dikira batal.
6.
Ketika pertandingan berlangsung, peserta tidak dibenarkan menggunakan lorong lompat kijang untuk membuat lompatan percubaan atau latihan.
7.
Ukuran jarak lompatan hendaklah dibuat pada titik sentuhan atau pendaratan paling dekat dengan garisan atau papan melonjak, tanpa mengira sama ada titik itu diperoleh menerusi pendaratan kaki atau mana-mana bahagian anggota tubuh peserta.
8.
Bagi memastikan supaya setiap lompatan diukur dengan betul dan tepat, permukaan pasir di kawasan pendaratan hendaklah sama aras dengan permukaan papan melonjak.
9. 10.
Peserta hendaklah membuat larian di dalam lorong larian yang disediakan. Peserta hendaklah membuat lompatan setelah isyarat diberikan oleh pegawai pertandingan.
11.
Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan oleh mana-mana peserta adalah dilarang, kecuali kasut atau spikes.
12.
Peserta dikira melakukan kesalahan dalam situasi berikut : a. Kaki peserta tersentuh tanah melebihi papan melonjak yang disediakan atau memijak dan menyentuh kawasan di luar papan pelepas. b. c. d. e. Peserta membuat ketiga-tiga lonjakan menggunakan kaki yang sama. Peserta membuat dua lonjakan pertama dengan kaki yang berlainan. Peserta menggunakan alat bantuan atau sokongan semasa membuat lompatan. Peserta mengambil masa terlalu lama melebihi masa yang dibenarkan untuk membuat lompatan. f. Peserta terus berlari di sepanjang lorong larian hingga ke kawasan pendaratan tanpa melakukan lompatan.
91
PERALATAN DAN KAWASAN LOMPATAN Sebagai salah satu acara padang sukan olahraga, lompat kijang mempunyai peralatan dan kawasan lompatan khusus yang menjadikan acara ini berbeza daripada acara-acara padang yang lain. Antara kelengkapan yang perlu disediakan sebelum pertandingan bermula adalah :
1.
Lorong larian
Lorong khas untuk peserta membuat larian sebelum melakukan lompataN hendaklah berukuran 1.22 meter lebar dan sekurang-kurangnya 40 meter panjang. Lorong boleh diperbuat daripada bitumen, tartan atau berumput sahaja. Lorong hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan yang boleh mengganggu peserta ketika melompat.
2.
Papan melonjak
Papan melonjak hendaklah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 sentimeter lebar dan diletakkan 13 meter dari hujung terdekat kawasan pendaratansecara melintang pada lorong larian. Pada hujung bahagian hadapannyadipasangkan penanda plastisin untuk mengesan tapak kasut peserta yang melakukan lonjakan batal dengan memijak penenda plastisin.
3.
Kawasan pendaratan
Kawasan ini hendaklah berukuran minimum 2.75 meter lebar dan 9.00 meter panjang. Kawasan ini diisikan pasir halus yang dilembapkan. Setiap kali selepas seseorang peserta membuat lompatan dan jarak lompatan itu diukur, kawasan pendaratan akan diratakan bagi menghilangkan sebarang kesan pendaratan peserta sebelumnya. 4. Pita pengukur
Jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta ditentukan menerusi ukuran lompatan dengan menggunakan pita pengukur. Kini di sesetengah kejohanan antarabangsa, pita pengukur secara manual ini digantikan penggunaan peralatan elektronik yang lebih mudah, pantas dan tepat. Penggunaan peralatan elektronik kemungkinan ukuran yang dibuat tidak tepat. 92 ini dapat mengelakkan daripada
5.
Bendera isyarat
Bendera isyarat diperlukan oleh pegawai pertandingan untuk memberikan isyarat semasa seseorang peserta melakukan lompatan iaitu semasa membuat lonjakan daripada papan melonjak hingga mendarat di kawasan pendaratan. Bendera berwarna putih digunakan oleh pegawai untuk menyatakan lompatan bersih dan sah, manakala bendera merah untuk menyatakan lompatan yang batal.
93
Cara dan teknik lompat kijang terbahagi kepada enam fasa atau peringkat. Fasa-fasa tersebut adalah : 1. Fasa Larian Dalam melakukan larian untuk acara lompat kijang, daya tumpuan dan kebolehan untuk mengimbangkan tenaga dengan baik diperlukan oleh setiap peserta. Untuk mendapatkan keseimbangan tersebut, cara atau corak larian
hendaklah dikawal dan dilakukan dalam keadaan peserta yang tenang dan terancang. Peserta boleh menentukan sendiri jumlah langkah atau jarak larian yang
diperlukan untuk membuat lompatan. Panduan yang boleh diikuti untuk acara lompat kijang adalah seperti :
i.
Peserta boleh membuat antara 15 hingga 20 langkah atau antara hingga 2.5 meter suatu langkah, untuk berlari di dalam lorong.
ii.
Peserta harus mendapatkan ketepatan dari segi jumlah langkah wajar supaya kaki tidak melepasi papan pelepas ketika membuat lonjakan daripada larian. Peserta boleh membuat titik-uji atau check-mark pada jarak antara empat hingga enam langkah daripada papan pelepas.
iii.
Peserta bebas melakukan larian asalkan tidak melanggari aturan dan undang-undang lompat kijang.
iv.
Peserta hendaklah memastikan kakinya tidak melepasi papan pelepas, semasa membuat lonjakan daripada larian itu.
94
2. -
Fasa Pelepasan Dalam lompat kijang, fasa pelepasan bermaksud melepaskan kaki daripada sesuatu
kedudukan untuk membuat lompatan. 1. Pelepasan pertama terjadi selepas peserta menghabiskan larian dari lorong larian, untuk memulakan langkahan. Kelajuan larian akan menetukan sama ada pelepasan yang dibuat bersih, sah dan selamat ataupun tidak tepat, batal dan tidak sah. Semasa berlepas peserta dikehendaki memijak salah satu kaki dengan sah pada papan melonjak yang disediakan.
2. Pelepasan kadua terjadi selepas peserta membuat langkahan untuk melakukan langkahan kedua. Untuk pelepasan kedua, peserta hendaklah melakukan langkahan pada kaki yang sama ketika membuat pelepasan pertama. Di sini peserta tidak perlu bimbang sama ada pelepasan itu sah atau batal, kerana tidak ada papan melonjak disediakan untuk memastikan hal ini. 3. Pelepasan ketiga dilakukan selepas peserta melakukan langkahan kedua. Untuk pelepasan ini peserta dikehendaki melakukannya pada kaki yang lain. Pelepasan ini bertujuan melepaskan peserta untuk melakukan lompatan dan mendarat di dalam kawasan pendaratan. Peserta hendaklah membuat pelepasan sebaik dan sekuat mungkin supaya
3. -
Fasa lonjakan Dalam peraturan lonjakan, kaki yang sama hendaklah digunakan untuk
membuat lonjakan dan pendaratan. Ini bererti sekiranya peserta membuat lonjakan menggunakan kaki kanan, pendaratannya hendaklah menggunakan kaki kanan juga. Lonjakan kedua yang dilakukan pada kaki yang sama dengan lonjakan
Pertama dilakukan tanpa penggunaan papaan pelepas. Ini bermakna peserta akan membuat lonjakan daripada tanah,yang mungkin tidak sekuat lonjakan pertama. Tujuan lonjakan ini ialah untuk membantu lompatan peserta seterusnya, yang kemudiannya akan mendarat sementara pada kaki yang sebelah lagi.
95
Teknik hayunan tangan serta kayuhan kaki dapat meningkatkan kekuatan lonjakan serta mengekalkan kepantasan pergerakan peserta. Menerusi hayunan tangan ke hadapan, manakala kaki pula dikayuhkan, dapat meningkatkan keupayaan peserta di samping menentukan keseimbangan badan terkawal khususnya untuk pendaratan yang dilakukan dengan menggunakan sebelah kaki.
4. -
Fasa langkahan Terdapat tiga peringkat langkahan dalam lompat kijang iaitu langkahan pertama dilakukan oleh kaki yang sama yang membuat pelepasan, langkahan kedua yang dilakukan oleh kaki yang sebelah lagi dan langkahan ketiga yang boleh dilakukan menggunakan kedua-dua belah kaki yang diikuti dengan pendaratan di kawasan pendaratan.
Peraturan lompat kijang pada tahap ini berbeza daripada peraturan untuk
tahap lonjakan. Untuk pergerakan ini peserta hendaklah menggunakan kaki yang berlainan daripada pergerakan peringkat pertama. Sekiranya peserta menggunakan kaki kanan untuk melangkah, pendaratan hendaklah dibuat menggunakan kaki kiri pula.
96
5. -
Fasa lompatan Lompatan merupakan peringkat terakhir dalam lompat kijang, sebelum
mendarat. Peringkat ini adalah sama seperti dalam lompat jauh. Yang membezakannya ialah cara membuat pelepasan adalah tanpa menggunakan papan melonjak, dan pergerakan bermula daripada dua lompatan sebelumnya. Teknik atau cara melakukan lompatan menggunakan hayunan punggung
dan kayuhan kaki. Penggunaan teknik secara jack-knifing sesuai digunakan. Pergerakan seperti ini sesuai untuk pendaratan kerana keupayaannya mengelakkan momentum menegak daripada terus berhenti.
97
6. -
Fasa pendaratan Kaedah pendaratan dalam lompat kijang adalah sama dengan pendaratan untuk
lompat jauh. Setelah peserta melakukan lompatan terakhir daripada tiga peringkat lompatan keseluruhan, peserta bersedia pula untuk pendaratan. Kawasan pendaratan lompat kijang adalah sama seperti kawasan
pendaratan lompat jauh. Peserta hendaklah mendarat menggunakan kedua - dua belah kaki yang dihayunkan bersama pergerakan kedua-dua belah tangan. Semasa menjatuhkan badan yang didahului oleh kaki, peserta hendaklah cuba mengelakkan daripada menjatuhkan badan atau anggota badan yang lain ke belakang yang akan menyebabkan jarak yang dicapai tersekat atau menjadi lebih dekat.
98
PRINSIP UTAMA LOMPAT KIJANG Prinsip untuk lompat kijang adalah hampir sama dengan lompat jauh, tetapi sebagai acara yang berlainan, lompat kijang hendaklah dilakukan secara berasingan. Berikut adalah beberapa aturan atau prinsip utama lompat kijang. 1. Peserta hendaklah menyediakan diri dengan latihan secukupnya sebelum mengambil
bahagian dalam sesuatu pertandingan. 2. Peserta hendaklah bersedia dari segi mental dan fizikal supaya tidak terjejas semasa
mengambil bahagian dalam pertandingan. 3. Peserta hendaklah mengambil bahagian dengan mematuhi segala peraturan dan
undang-undang lompat kijang yang ditetapkan. 4. Peserta hendaklah memastikan kaki yang akan memulakan langkahan dan membuat
pendaratan pada setiap peringkat lompatan dalam lompat kijang. 5. Peserta dibenarkan membuat penanda untuk menentukan jarak larian dan jumlah
langkah yang akan dilakukan sebelum membuat lonjakan. 6. a) Teknik umum dalam lompat kijang adalah seperti berikut : Peserta hendaklah membuat larian ke papan melonjak dengan penuh keyakinan, kuat serta pantas tetapi terkawal. b) Semasa melonjak, peserta hendaklah mengangkat kaki yang akan melonjak dengan kuat sambil kedua-dua belah tangan dihayunkan ke atas. c) d) Peserta hendaklah membuat langkahan mengikut kaki yang betul. Sebagai persediaan untuk mendarat, peserta hendaklah cuba menghulurkan kedua-dua belah kaki ke hadapan dalam kedudukan sedia untuk berbuat demikian.
99
1.
Peserta menyentuh bahagian plastisin pada papan melonjak semasa mula membuat pelepasan pertama.
2. 3.
Peserta mendarat pada kaki yang berlainan selepas melakukan langkah pertama. Peserta berlari terus dan tanpa membuat lompatan seperti yang dikehendaki dalam peraturan acara ini.
4. 5.
Peserta tidak membuat lompatan pada langkah terakhir keseluruhan lompatannya. Peserta gagal membuat lompatan bersih dalam kesemua lompatan yang diberikan kepadanya sepanjang pertandingan.
6.
Peserta tidak berada di tempat pertandingan semasa namanya dipanggil, atau tiba selepas pertandingan tamat.
100
7.
Peserta membuat lompatan sebelum diarahkan berbuat demikian oleh pegawai pertandingan.
8.
Peserta membuat lompatan atau lonjakan atau langkahan di luar kawasan atau lorong yang ditetapkan.
9.
Peserta meninggalkan kawasan pendaratan melalui bahagian hadapan kawasan berhampiran dengan tempat lompatan.
101
BIOMAKENIK DALAM LOMPAT KIJANG Dalam lompat kijang terdapat 3 fasa lompatan yang mempunyai 3 ujian take off yang berbeza, 3 layangan yang berbeza dan juga 3 pendaratan yang berbeza. Setiap pelakuan akan memberi jarak yang berbeza. Walau pun lompat kijang ada persamaam dengan lompat jauh, lompatan di peringkat awal lompat kijang perlu diubah suai bagi menghasilkan kesinambungan lompatan. Contohnya jika pelompat menggunakan kuasa maksimum semasa hop, pastinya dia berjaya mengekalkan yang terbaik dalam 2 fasa lompatan yang akhir. Pelbagai teknik bagi mencapai jarak yang terbaik. Perbandingan tentang jarak hop, jarak step dan jarak lompatan menjadi perhatian setiap individu yang terlibat dalam acara lompat kijang ini. Teknik pertama ialah hop dominated di mana jarak semasa hop adalah 2% lebih baik daripada catatan jarak kedua terbaik. Contohnya, lompatan Viktor Saneyer, iaitu rationnya 37%, 28%, dan 34%, manakala jump-dominated adalah jarak lompatannya 2% lebih baik daripada mana-mana catatan lmpatan sebelumnya. Contoh.lompatan Wilie Banks, rationnya ialah 35%, 28%, dan 37%. Bagi teknik balanced jarak hop dan jarak lompat adalah sama atau lebih kurang sama. Bagi mendapatkan jarak yang baik banyak faktor yang mempengaruhi lompatan dalam lompat kijang. 102
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK a. Fasa Lari Landas Postur badan mestilah tegak, jarak yang diambil lebih kurang 40-45m atau 17 ke 28 langkahan. Hukum Newton 11 pecutan.
b. Fasa lonjakan untuk hop Hukum Newton 11- pecutan Hukum Newton 111 aksi/ reaksi pada papan lonjak Sudut lonjakan ( angel of take off ) perlulah kecil untuk menghasilkan sudut lonjakan yang besar bagi menghasilkan ketinggian dan jarak yang jauh, tetapi daya hentakan semasa mendarat dan juga tinggi menyebabkan pelompat tidak dapat mengimbanginya dan take off untuk step tidak effisen. Sudut lonjakan yang dicadangkan ialah 13 ke 14. Hukum Tuas 1 membuat hayunan tangan menyebabkan badan ditolak ke hadapan. c. Fasa step Kaki free leg, peha diangkat tinggi atau selari dengan bumi, dan tangan diayun ke
depan. Apabila kaki mendarat, berlakunya daya inersia menolak ke hadapan, (proses laluan ini telah mula dilakukan semasa layaran akhir bagi hop) Imbangan- bahu direndahkan sedikit ke sebelah kaki yang mendarat semasa hopbagi Hukum Tuas 1 hayunan tangan dan kaki ke belakang menyebabkan badan ditolak ke
hadapan.
d. Fasa mendarat Sebelum mendarat, pelompat mestilah meluruskan kaki ke hadapan dan
badandirapatkan ke kaki. Ini bagi memindahkan pusat graviti ke arah punggung dan semasa mendarat menyebabkan momentum ke hadapan dihasilkan, maka punggung tidak akan mencecah pasir ( pit ) Hukum Newton 1/ Inersia apabila kaki mencecah pasir, kaki akan berhenti tetapi
badan dan anggota lain masih dalam momentum bergerak menyebabkan badan terdorong ke hadapan. 103
LONTAR PELURU PENGENALAN Sebagai acara sukan dalam sukan olahraga, yang dipertandingkan dalam kebanyakkan kejohanan olahraga. Acara ini disertai oleh lelaki dan wanita diperingkat antarabangsa. Diperingkat sekolah diperkenalkan untuk sekolah rendah dan menangah, ini bermakna penyertaannya agak meluas. Teknik lontaran yang digunakan diperbaiki dari masa ke semasa bagi memberi kelicinan dan peningkatan dalam jarak lontaran. Begitu juga dengan kaedah latihan turut ditingkatkan darisegi fasa lakuan lontaran kepada lebih baik lagi. Lontar peluru memerlukan atlit yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat tetapi ini bukanlah syarat yang utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang atlit itu. Pelontar peluru harus mengenal pasti latihan yang bersistematik dibawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini. Cara melontar peluru mempunyai ciri-ciri tersendiri dan peserta tidak boleh melontar dengan sesuka hati tanpa mengikut arahan dan undang-undang yang ditetapkan. Atlit hendaklah menolak atau melontar peluru dari atas bahu diantara leher dengan dagu. Pelontar peluru akan membuat lontaran daripada bulatan khas yang bebas dari sebarang gangguan. Teknik lontaran memainkan peranan penting dan utama dalam menentukan pencapaian atau prestasi peserta. Jika seseorang itu dapat menggunakan teknik yang betul dan tepat sudah tentu mendapat prestasi yang menggalakkan. Tanpa teknik lontaran yang betul, seseorang peserta tidak akan mencapai jarak yang diharapkan, walaupun mempunyai saiz badan yang besar. Acara ini memerlukan kekuatan sebelah tangan. Walaupun terdapat banyak gaya lontaran, pada masa ini gaya yang popular ialah gaya yang diubahsuai oleh Parry OBrien. Kini terdapat pula gaya putaran seperti tenik melempar cakera yang digunakan. Seseorang atlit boleh memilih teknik yang selesa dan sesuai dengannya supaya aktiviti yang dilakukan tidak terbatal semasa proses pelaksanaan.
104
PERALATAN Lontar peluru merupakan satu acara lontaran yang menggunakan peralatan tertentu dan didalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, atlit serta pegawai pertandingan harus juga memberi perhatian pada keselamatan samaada kepada atlit sendiri, ataupun peserta lain. Peralatan yang diperlukan didalam acara ini adalah terdiri daripada peluru besi yang mempunyai saiz dan berat tertentu bergantung kepada penyertaan atlit lelaki atau wanita ataupun peringkat kelas bagi peserta sekolah menengah dan rendah. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mesti sama dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau bahan yang kukuh dan tidak licin. Permukaan bulatan mestilah rata dan 14mm 26mm ke bawah pada bahagian ke atas gelong besi bulat. UKURAN Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap atlit acara ini melakukan lontaran dengan selesa. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekeliling setebal 5mm. Saiz bulatan ini ialah 2.135m pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan seperti gambarajah dibawah. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran dipasang penahan untuk menentukan kaki atlit menyentuh atau melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontaran dibatalkan.
Berat
Dewasa : 7.265 kg Wanita : 4.005kg Remaja : 4.000kg
110130m m
105
SEKTOR LONTAR PELURU Kawasan melontar peluru hendaklah mengandungi serbuk abu atau rumput atau bahan yang sesuai yang boleh meninggalkan bekas atau tanda peluru yang mendarat. Kebenaran
curaman ke maksimum ke bawah, ke arah lontaran bagi kawasan mendarat adaklah tidak melebihi 1 : 1000. Kawasan mendarat atau lontaran hendaklah ditanda dengan dua garisan putih 50 mm lebar. Dua garisan lurus ini jika diteruskan akan bertemu betul-betul di pusat bulatan lontaran dan bersudut 40. Bendera atau penanda mungkin disediakan untuk menanda lontaran terbaik bagi peserta ini akan diletakkan di sepanjang dan di luar garisan sektor. Bendera atau piring penanda istimewa digunakan untuk menanda jarak rekod. Untuk menentukan jarak lontaran dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran dibuat, iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga kebahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang.
5 c m
2.1 3 m
4 0
7 5 c m
106
Syarat-syarat peluru untuk kejohanan Remaja lela Lelaki Berat untuk 7.260 kg 4.00 kg Wanita ki Remaja Wa nita
pengesahan rekod
Berat
dibenarkan
untuk kejohanan (Minimum) (Maksimum) 7.265 kg 7.285 kg 4.005 kg 4.025 kg 4.000 kg 5.000 kg 3.250 kg 4.00 kg
Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. Ukuran garis pusat sebelah dalam bulatan ialah 2.13m ( 5mm). Gelong besi bulatan mestilah sekurang-kurangnya 6mm tebal dan dicat putih. Satu garisan lurus selebar 50mm hendaklah dicat dengan warna putih melalui di 0.75m di luar bulatan. Garisan lurus ini boleh dicatkan dengan warna putih atau diperbuat daripada kayu atau pun dari sebarang bahan yang sesuai. Secara teori, pinggir belakang garisan putih ini betul-betul melintasi bahagian tengah bulatan bersudut tepat dengan garisan tengah kawasan lontaran. Pembentukan papan penahan yang bercat putih diperbuat daripada kayu atau bahanbahan yang sesuai, dibentuk melengkung supaya bahagian tepi dalamnya sesuai dengan
107
bahagian dalam tepi bulatan dan dibuat kukuh. Papan penahan ini diletakkan ditengahtengah di antara dua garisan lontaran. Ukuran papan penahan ini adalah di antara 112mm dan 300mm lebar, 1.21m sehingga 1.23m panjang di sebelah dalamnya dan 98mm sehingga 102mm tinggi berdasarkan kepada paras bahagian dalam bulatan. Peluru mestilah diperbuat daripada besi, tembaga atau sebarang logam yang tidak lembut dari tembaga atau kulit dari bahan yang sama dan diisi dengan timah hitam atau bahan-bahan sejenisnya. Bentuknya mestilah bulat dan licin. PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL Untuk mendapat jarak yang maksimum, pelontar peluru mestilah mempertimbangkan faktorfaktor berikut : Semua daya yang bertindak ke atas peluru adalah pada arah yang sama dengan arah pergerakan peluru Semua daya yang bertindak ke atas peluru mestilah berada dalam satu arah yang sama. Pusat graviti mestilah seberapa rendah yang mungkin supaya masa sentuhan peluru dengan tangan lebih lama. Daya yang bertindak ke atas peluru hendaklah berterusan. Pergerakan peluru adalah di dalam lengkuk projek tile. Sudut penerbangan adalah bergantung kepada ketinggian seseorang pelontar. KAITAN PRINSIP-PRINSIP MEKANIKAL DENGAN PERGERAKAN KAEDAH OBRIEN Dalam kaedah fasa persediaan badan dibongkokkan mendatar, sementara kaki kanan dibengkokkan (bagi pelontar tangan kanan). Tujuan badan dibongkokkan adalah untuk membawa pusat graviti seberapa rendah yang mungkin kerana dengan cara ini masa peluru dipegang adalah lebih lama dan jarak pergerakan peluru sehingga dilepaskan adalah lama. Kedua-dua faktor ini akan memberi halaju maksima apabila peluru dilepaskan. Kaki kanan dibengkokkan untuk membolehkan otot peha mengucup dengan lebih cepat supaya kuasa yang lebih dapat dihasilkan. Pada peringkat ini seluruh berat badan terletak pada kaki kanan.
108
Tangan kiri adalah dalam keadaan bebas dan fungsinya adalah untuk mendapatkan keseimbangan, manakala kaki kiri adalah lurus ke belakang. Tujuannya adalah dalam pergerakan berikutnya kaki ini ditarik kehadapan dan ditendang semula kebelakang. Dalam proses menendang kaki ini ianya akan menghasilkan momentum yang menyebabkan seluruh badan akan ikut bergerak dan diikuti dengan fasa gliding dari kaki kanan. Setelah kaki kiri sampai di garisan pertengahan bulatan ianya akan diluruskan dan dalam masa yang sama pinggang ditarik ke atas dan dipusingkan diikuti dengan tangan kiri ditarik ke belakang dengan dada dibuka seberapa luas yang mungkin. Pada peringkat ini putaran badan berlaku. Pergerakan melurus kaki kanan dan putaran badan akan membekalkan daya untuk penambahan halaju peluru dan dalam masa yang sama pemindahan daya berlaku iaitu daya dari kaki kanan telah berpindah kebahagian badan dan seterusnya daya terus ke bahagian lengan kanan, tapak tangan, jari dan akhirnya peluru. Dalam proses pemindahan daya ini ke bahagian-bahagian yang disebutkan tadi, daya juga harus dibekalkan terus supaya halaju peluru akan bertambah. Sebaik sahaja kaki kiri mencecah tanah, peluru ditolak menggunakan tangan. Kelajuan peluru pada peringkat ini adalah bergantung pada kebolehan otot-otot di bahagian tangan mengecut dan memanjang dengan serta merta. Untuk menambahkan daya yang dibekalkan kepada peluru, badan juga turut berpusing dan dalam aksi terakhir kaki kanan berada di hadapan. Kesimpulan semua pergerakan yang dilakukan adalah untuk menghasilkan halaju maksima sewaktu peluru dilepaskan, kerana jarak yang dicapai oleh peluru ini adalah bergantung kepada halaju pelepasannya, iaitu semakin laju ianya dilepaskan, semakin jauh jarak yang dilaluinya. FASA-FASA Terdapat empat fasa lontaran dalam acara lontar peluru : Fasa Persediaan Fasa Gelungsuran Fasa Lontaran Fasa Pemulihan
109
LATIHAN ANSUR MAJU Cara melakukan lontaran harus dipelajari oleh setiap peserta, manakala kemahiran dalam melakukannya juga hanya diperolehi menerusi latihan. Dalam melakukan lontaran, terdapat beberapa peringkat yang berlaku. Peringkat-peringkat ini merupakan pergerakan yang berasingan, walaupun pergerakan ini sebenarnya adalah satu pergerakan berterusan yang agak pantas. Kita akan mempelajari kaedah atau cara melakukan lontaran peluru mengikut peringkat-peringkat ini, yang dianggap paling sesuai khususnya bagi mereka yang baru menceburkan diri dalarn acara ini. Peringkat-peningkat ini adalah seperti berikut: 1. Cara memegang peluru. 2. Persediaan dan pergerakan awal. 3. Perlakuan melontar. 4. Pendaratan peluru. 5. Ikut lajak dan meninggalkan kawasan lontaran.
CARA MEMEGANG PELURU Pergerakan awal seseorang peserta untuk memulakan lontaran dalam acara ini ialah kaedah memegang peluru yang betul bagi membolehkan lontaran dibuat dengan selesa. Cara memegang peluru hendaklah diberikan perhatian penting oleh setiap peserta dan jurulatih, kerana daripada pegangan yang baik dan sempurna akan menghasilkan jarak lontaran yang diharapkan.
110
Cara Memegang Peluru Berikut adalah perkara-perkara yang harus dilakukan dalam peringkat cara memegang peluru. Peserta diharapkan dapat mengikut aturan ini supaya setiap pergerakannya dapat dilakukan dengan sempurna. Peserta meletak peluru pada tapak tangan yang akan melakukan lontaran. Peserta bolehlah cuba mengawal atau mendapatkan berat peluru dengan cara memindahkannya dan satu tangan ke satu tangan lain beberapa kali. Untuk rnembuat lontaran, peluru hendaklah dipegang pada jari dan bukan tapak tangan, iaitu pada dasar tiga jari tengah, manakala ibu jari dan jari kelingking bertindak sebagai penyokong. Dalam pada itu peserta hendaklah mendapatkan kedudukan yang baik dalam bulatan lontaran, dengan penekanan diberikan pada kedudukan kaki dan keseimbangan badan. Apabila peluru berada pada kedudukan sebenar, jari kelingking boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah tadi. Kini kedudukan peluru sudah hersedia untuk dilontarkan.
111
PERSEDIAAN DAN PERGERAKAN AWAL Selepas peserta sudah mendapatkan kedudukan yang baik dan seimbang serta pegangan peluru juga selesa dan selamat, ini bermakna peserta sudah bersedia untuk melakukan pergerakan seterusnya. Persediaan awal ini merangkumi teknik berdiri di dalam bulatan lontaran dan hayunan awal peluru. Ketika ini juga peserta berada dalam keadaan sedia termasuk dari segi mentalnya. Untuk melakukan pergerakan awal, peserta amat bergantung kepada teknik lontaran yang digunakan. Ini bermakna jika teknik lain yang digunakan, persediaan dan pergerakan awal juga berbeza. Oleh itu ada baiknya kita bincangkan peringkat-peringkat lontaran, pendaratan dan mengikut teknik lontaran yang digunakan. Teknik Lontaran Berdiri Statik Teknik berdiri statik dalam melakukan Iontaran peluru, merupakan teknik atau kaedah paling mudah untuk dilaksanakan. Kaedah ini hendaklah didedahkan kepada semua mereka yang baru diperkenalkan dengan acara ini. Teknik ini boleh juga diasah dan dimahirkan untuk digunakan dalarn pertandingan, malah peserta yang sudah berpengalaman pula boleh menjadi pelontar peluru yang berjaya jika dia dapat memahirkan diri dalam teknik ini.
112
Peserta hendaklah berdiri di dalam bulatan lontaran dengan mengangkatkan salah satu kakinya lebih kurang 30cm dari lantai bulatan. Tangan peserta dalam kedudukan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan leher. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar seperti gambarajah di bawah.
Teknik Lontaran Berdiri Peserta hendaklah memusingkan badan ke arah kanan dan sambil membawa tangan kiri menyilang ke kanan. Peserta membawa kembali tangan kiri dengan segera ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar. Peserta meluruskan tangan yang memegang peluru mengikut arah lontaran yang dilakukan, sementara tangan kiri membantu mengimbangkan badan dan mengawal kedudukan kaki supaya tidak terkeluar dari bulatan lontaran. Peserta rnengawal pergerakan badan, tangan dan kakinya selepas melakukan lontaran, sambil memerhatikan pergerakan dan pendaratan peluru. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian tepi atau bahagian belakang bulatan.
113
Teknik Lontaran Sisi Peserta juga boleh membuat lontaran menggunakan teknik sisi badan, sama ada dari sisi kanan atau sisi kiri. Untuk melaksanakan teknik ini, peserta perlu berdiri secara megiring, dengan mana-mana sisi badannya menghadap ke arah kanan tangan.
Persediaan Membuat Lontaran Sisi: 1. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran yang disediakan. 2. Peserta berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan kedudukan peluru selesa pada tangannya. 3. Peserta hendaklah meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke hadapan. 4. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.
114
5. Peserta mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan pendaratan peluru. 6. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya. Teknik Membelakangi Kawasan Lontaran Dari masa ke semasa menerusi latihan yang dilakukan dan penyertaan peserta dalam pelbagai kejohanan, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran peserta dalam sesuatu teknik lontaran, tetapi menambahkan teknik atau kaedah lontaran baru yang mungkin lebih baik atau berkesan daripada teknik sebelumnya. Peningkatan Teknik Lontaran Membelakangi Kawasan Lontaran
Teknik lontaran secara membelakangi kawasan Iontaran atau kawasan pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak menggalakkan peserta baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir dalam melakukannya. Cara ini akan menjadi suatu kelebihan jika peserta dapat mempelajari dan menggunakan teknik ini khususnya dalam pertandingan. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam menggunakan teknik lontaran cara ini. 1. Peserta bersedia dengan memegang peluru dalam bulatan lontaran. 2. Peserta memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil
membongkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke belakang. 3. Peserta mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan. 4. Peserta menurunkan kakinya berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan mengawal pergerakan dan keseimbangan badan.
115
5. Peserta memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran. 6. Peserta menolak peluru keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas terus mengawal. 7. Peserta mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru mendarat. Teknik OBrien Satu lagi teknik lontaran peluru yang dicipta pada tahun 1950-an oleh seorang pelontar peluru terkenal ketika itu, Perry OBrien. Teknik pemindahan kaki atau lebih dikenali sebagai teknik OBrien. Sejak diperkenalkan, teknik ini terus menjadi pilihan dan kegemaran kebanyakkan peserta bertaraf dunia. Ini disebabkan menerusi teknik ini jarak yang dicapai adalah lebih jauh berbanding dengan jarak menerusi teknik lontaran yang lain. Teknik ini juga digunakan oleh kebanyakan peserta di negara kita khususnya dalam kejohanan kebangsaan. Mereka yang menggunakan teknik lontaran ini terdiri daripada mereka yang sudah berpengalaman dan yang mempunyai kemahiran tinggi dalam acara ini. Bagaimanapun, sebagai pelontar peluru seseorang itu harus didedahkan dengan teknik ini bagi meningkatkan prestasinya. Berikut adalah peringkat atau cara melakukan lontaran menggunakan teknik OBrien. 1. Peserta bersedia di dalam bulatan lontaran dengan memegang peluru mengikut keselesaan sendiri. 2. Peserta berdiri dengan membelakangi kawasan pendaratan peluru dengan kaki kanan hampir rnenyentuh garisan belakang bulatan. 3. Peserta membongkokkan badan ke belakang sambil mengangkatkan kaki kiri serta merapatkannya dengan kaki kanan. 4. Peserta harus memulakan langkah pada kaki kanan yang diikuti dengan bengkokkan lutut kaki kanan dan dihayunkan tangan kiri ke luar. 5. Peserta memusingkan bahu dan pinggangnya serta diikuti dengan perlakuan menolak dengan melepaskan peluru sekuat yang boleh.
116
6. Peserta hendaklah melakukan lajakan hayunan dengan membawa berat badan ke hadapan dan diimbangi dengan tangan yang tidak memegang peluru. 7. Peserta berusaha mengimbangi badannya sambil memerhatikan peluru mendarat di kawasan pendaratan.
Teknik lontaran Perry OBrien(pemindahan) Aktiviti Latihan Kemahiran Beransur Maju 1. Cara memegang peluru dengan menggunakan bola lisut tanpa memperkenalkan peluru dahulu. 2. Memperkenalkan peluru. 3. Dirian tanpa menggunakan peluru dan gelonsor ke belakang di atas trek yang lurus. 4. Ulang aktiviti di atas tetapi kali ini seorang rakan akan berdiri di hadapan dan memegang tangan bebas pelaku. 5. Lakukan gelungsuran dengan menggunakan peluru. 6. Gelungsur dengan menggunakan peluru ke kedudukan dagu, lutut dan ibu jari kaki Power Position (tapak kki bersudut).
117
7. Ulang aktiviti 4 dengan bantuan kawan memegang tangan bebas. 8. Dengan bantuan kawan memegang tangan bebas, dan kedudukan Power Position (chinknee-toe) - dagu, lutut dan ibu jari, lakukan pergerakan pinggang menghala ke arah lontaran. 9 Gabungkan keempat-empat pergerakan iaitu persediaan, gelungsuran, power position dan putaran pinggang. 10. Buat gelongsoran dalam bulatan lontaran. 11. Dalam bulatan lontaran, ulang aktiviti 8 tetapi tambah pergerakkan pinggang menghala ke arah lontaran. 12. Dalam bulatan lontaran, gabungkan kesemua kemahiran yang telah dipelajari dan Iontar peluru melepasi tali yang direntangkan (tab direntangkan lebih kurang 7 kaki tinggi dan jarak 4 kaki dan bulatan lontaran). 13. Membuat lontaran berdiri atau Standing throw. 14. Membuat lontaran sisi. 15. Membuat lontaran membelakangkan kawasan lontaran. 16. Lakukan lontaran dengan cara Perry OBrien iaitu gabungan semua kemahiran yang telah dipelajari dan jurulatih membetulkan kesalahan. UNDANG-UNDANG 1. Giliran peserta-peserta membuat percubaan akan dijalankan dengan undian. 2. Di mana lebih daripada lapan orang peserta mengambil bahagian, tiap-tiap peserta dibenarkan membuat tiga percubaan dan lapan orang peserta yang terbaik di antara kesemuanya akan dibenarkan pula untuk membuat tiga percubaan tambahan. Jika berlaku seri di tempat yang kelapan, ia tidak diputuskan, tetapi peserta-peserta yang seri itu akan dibenarkan lagi membuat tiga percubaan tambahan bersama dengan peserta yang layak tadi. Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang daripada 8 peserta bertanding, setiap peserta dibenarkan 6 percubaan sahaja.
118
[Nota: Maksud seri di sini ialah peserta-peserta mencapai aras yang sama oleh sebab itu peraturan 146[3] tidak akan dikenakan] 3. Di tempat pertandingan, setiap peserta jika boleh diberi dua percubaan sahaja untuk latihan. Percubaan latihan ini dijalankan cara undi dan peserta-peserta dipanggil namanama mereka dan diawasi oleh hakim. 4. Apabila pertandingan dimulakan, peserta-peserta tidak dibenar meggunakan alat-alat itu untuk tujuan berlatih atau menggunakan bulatan dalam sektor untuk Iatihan dengan atau tanpa a1at-a1at akan meninggalkan kesan. 5. Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan. Seseorang peserta mestilah memulakan lontarannya dengan keadaan diam tidak bergerak. Seseorang peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam relang dan papan. 6. Peserta mestilah memulakan lontarannya dan pendirian yang tetap (keadaan tidak bergerak) dalam bulatan. Peluru mestilah dilontar melalui atas bahu dengan sebelah tangan sahaja. Semasa peserta membuat pemulaan lontaran dalam bulatan, peluru mestilah menyentuh atau rapat dengan dagu dan tangan tidak boleh dijatuhkan ke bawah daripada tempat lontaran. Peluru tidak boleh dibawa kebelakang dan paras garisan bahu. 7. (a) Tiada sebarang alatan, seperti ikatan dua atau Iebih jari yang boleh membantu peserta bila rnernbuat lontaran akan dibenarkan. Penggunaan pita ditangan tidak dibenarkan kecuali untuk membalut luka. (b) Sarung tangan tidak boleh digunakan. (c) Untuk mendapat cengkaman yang baik, peserta-peserta dibenarkan menggunakan bahan yang sesuai di bahagian tangan sahaja. (d) Untuk menyelamatkan tulang belakang dan kecederaan, peserta peserta dibenarkan memakai tali pinggang kulit atau bahan-bahan sejenis itu. (e) Peserta-peserta tidak dibenarkan menyembur sebarang bahan sama ada di dalam bulatan atau kasutnya. 8. Lontarannya dikira batal dan tidak dikira jika seorang peserta sesudah memasuki bulatan dan memulakan lontarannya, tersentuh dengan mana-mana bahagian sebarang anggotan badannya ke tanah di luar bulatan atau bahagian atas hujung bulatan atau dengan tidak sengaja melepaskan peluru pada ketika membuat percubaan.
119
9. Semasa percubaan, seseorang peserta itu dengan tidak melanggar peraturan-peraturan di atas, boleh menghentikan sesuatu percubaan setelah memulakannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan dan boleh meninggalkan bulatan (semasa meninggalkan bulatan ia mestilah keluar dengan mengikut peraturan diberi di bawah) sebelum kembali semula untuk memulakan percubaan yang baru. [Nota: Semua pergerakan yang dibenarkan dalam perengganinmi adalah termasuk dalam had maksimum masa untuk sesuatu percubaan seperti dalam Peraturan 142 para 4]. 10. Untuk lontaran yang sah, keseluruhan peluru hendaklah jatuh di dalam kawasan di antara dua sisi sebelah dalarn garisan 50mm lebar. 11. Pengukuran bagi tiap-tiap lontaran mestilah dilakukan terus-menerus daripada tanda yang hampir sekali yang dibuat oleh jatuhan peluru kebahagian dalam relung bulatan melalui satu garisan dan tanda yang dibuat oleh peluru kepada pusat bulatan. 12. Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan sebelum peluru meyentuh tanah. Ia mestilah meninggalkan bulatan dari separuh bulatan belakang yang akan ditandakan dengan garisan lurus putih yang dilukis dari luar melalui bahagian tengah bulatan dan berakhir di luarnya. (Lihat para 17) 13. Setelah selesai sesuatu Iontaran, peluru itu mestilah dibawa balik ke tempat pemulaan atau bulatan dan tidak secara dibaling. 14. Lontaran yang terbaik dari semua lontarannya bagi tiap-tiap peserta, termasuk lontaran yang diambil untuk menyelesaikan seri untuk tempat pertama akan dikira. 15. Dipertandingan di bawah peraturan 12.1(a), (b) dan (c) hanya alat-alat yang disediakan oleh pihak Pengelola sahaja boleh digunakan dan sebarang pengubahan kepada alat-alat tersebut tidak akan dibenarkan ketika pertandingan dijalankan. Tiada sesiapa pun di antara peserta akan dibenarkan membawa masuk alat-alatnya dalam gelanggang. Di pertandingan di antara dua atau lebih, para peserta boleh menggunakan alat-alat sendiri, dengan syarat alat-alat ini diperiksa dan ditanda dengan tanda lulus oleh Pihak Jawatankuasa Pengelola terlebih dahulu sebelum pertandingan dijalankan dan alat-alat itu boleh digunakan oleh semua yang rnengambil bahagian.
120
16. Untuk menentukan jarak lontaran yang dibuat peserta, jarak perlu diukur sebaik selepas sesuatu lontaran iaitu daripada tempat peluru mendarat hingga ke bahagian tengah bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak paling jauh menerusi lontaran yang sah dikira pemenang. 17. Undang-undang sukan olahraga yang merangkumi acara lontar peluru menetapkan iaitu setiap atlit yang mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan hendaklah berpakaian yang sesuai dan tidak menjolok mata bagi peserta wanita. Begitu juga dengan kasut yang sesuai mengikut keselesaan peserta dan tidak pula mengganggunya ketika melakukan lontaran. KESALAHAN YANG BIASA BERLAKU 1. Kegagalan untuk membuat fasa persediaan yang betul. Kesalahan yang biasanya berlaku pada fasa persediaan ialah kegagalan atlit berada dalam keadaan yang baik dan tenang sebelum membuat gelungsuran. Apa yang biasanya berlaku ialah atlit akan tunduk rnenyebabkan dagu menghampiri dada dan ini akan meletakkan peluru ke paras yang rendah. Kesalahan ini akan membawa kepada kegagalan mernbuat fasa-fasa yang berikutnya. 2. Kedudukan siku tangan melontar yang tidak betul. Sepatutnya siku tangan melontar hendaklah berada tinggi untuk memudahkan peluru ditolak keluar. Kedudukan siku yang rendah akan menyukarkan peluru ditolak dan akan menghasilkan jarak yang kurang rnemuaskan. 3. Kesilapan kaki kiri yang membantu gelungsuran kaki kanan. Biasanya lutut kaki kiri seharusnya bengkok dan dirapatkan dengan lutut kaki kanan dan seterusnya menendang ke belakang untuk membuat gelungsuran. Pergerakan yang salah ialah atlit meluruskan kaki kiri sebelum membuat gelungsuran yang menyukarkan pengheretan kaki kanan untuk melakukan gelungsuran.
121
4. Kegagalan membuka pinggang mengarah arah lontaran. Selepas fasa gelungsuran pinggang rnestilah dibuka dan diangkat ke arah lontaran untuk mendapatkan kuasa yang sepenuhnya dari kaki. Pergerakan ini berlaku pantas bersambungan dengan fasa gelungsuran. Jika pergerakan ini gagal dilakukan dengan betul maka keadaan badan akan rendah dan kuasa tidak dapat dialihkan ke tangan. 5. Kegagalan melakukan pusingan badan yang betul. Sebelum melepaskan peluru iaitu selepas fasa gelungsuran, badan dipusingkan ke arah lontaran dan kesalahan yang biasa berlaku ialah over pulled atau Thnder pulled. Ini berpunca dari tangan kiri yang tidak dikunci sikunya. Over pulled bermakna pusingan yang terlebih dan Under pulled pusingan yang tak sampai maka akan menyebabkan peluru tidak menuju kearah lontaran. 6. Kegagalan membuat fasa pemulihan yang baik. Selepas lontar pergerakan pemulihan merupakan fasa mengimbangkan badan agar tidak terlajak keluar ke hadapan. Biasanya atlit tidak dapat mengimbangi pergerakan. Sepatutnya kaki kanan yang turut berpusing selepas lontaran mestilah rnengantikan kedudukan kaki kiri, manakala kaki kiri mestilah dilonjakkan ke belakang. 7. Lontaran yang tidak mengikut sudut 45. Biasanya peluru yang menghasilkan jarak yang baik ialah peluru yang dilontar bersudut 45. Ianya bergantung kepada fasa selepas gelungsuran dan punca kesalahan melakukan fasa lontaran yang baik. Peluru tidak seharusnya dilontar terlalu tinggi atau terlalu rendah. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Keselamatan adalah faktor yang paling penting bagi peserta lontar peluru, guru dan juga jurulatih. Berbeza dengan peserta lompatan, ia hanya membahayakan dirinya sendiri jika dia cuai. Bagi peserta lontaran ia juga berkemungkinan membahayakan orang lain di sekeliling kawasan lontaran atau yang berdiri terlampau dekat dengan peserta. Oleh itu adalah penting Iangkah-langkah ini diperhatikan: 1. Selalu pastikan kawasan peluru mendarat sesuai dan bebas dari gangguan. 2. Pastikan orang yang berada di sekeliling peserta memerhatikan apa yang sedang dilakukan dan akan dilakukan oleh perserta.
122
3. Bila lontaran dibuat dalam kumpulan, ia mesti dilontar serentak dan bila memunggut peluru juga dilakukan serentak. 4. Pastikan setiap peserta atau murid sudah diajar cara-cara memegang dan membawa peluru dengan cara yang betul. Beri masa yang cukup untuk murid memegang peluru. 5. Semua lontaran mesti ke satu arah sahaja. Tidak ke arah kawan mereka. 6. Murid mestilah diletakkan sepanjang satu garis lurus dan sekurang-kurang berjarak 5 meter antara satu sama lain. 7. Pastikan tidak ada murid yang melintas garisan lontaran selagi lontaran belum lagi dibuat atau peluru mendarat. Mereka mestilah mengikut giliran dalam membuat lontaran. 8. Murid yang melontar dengan tangan kiri mestilah diletakkan dalam satu kumpulan. 9. Pastikan blok kayu tidak bergigi atau tajam. 10. Jika peluru lembab atau basah, sapu dulu dengan kain.
123
LEMPAR CAKERA
PENGENALAN
Acara-acara lontaran sudah bermula sejak zaman kuno lagi sebagai salah satu aktiviti dalam kehidupan seharian manusia sehingga menjadi acara sukan olahraga, tetapi masih kurang mendapat sambutan. Acara ini seakan-akan tersisih daripada acara-acara olahraga yang lain malah ada pihak kurang memberi perhatian terhadap acara-acara lontaran. Pada zaman dahulu lembing umpamanya sering digunakan untuk aktiviti perburuan dan sebagai senjata dalam peperangan dan pertahanan diri. Pada zaman dahulu juga mereka yang terlibat dengan peperangan terpaksa menggunakan sesuatu untuk mempertahankan diri daripada senjata musuh dan cara yang sering digunakan oleh mereka ialah menggunakan perisai untuk megelakkan dari terkena senjata musuh. Lama-kelamaan perisai yang diubah suai yang digunakan untuk tujuan lain iaitu untuk menguji kekuatan mereka dengan cara melempar. membuat lemparan yang jauh dikira sebagai pemenang. Selain dari aktiviti tersebut, aktiviti lontaran lain termasuk juga melontar peluru dan melontar tukul besi diadakan pada masa dahulu. Akan tetapi kedua-dua acara ini tercipta kemudian kerana kedua-duanya tidak mempunyai kaitan dalam peperangan atau pertahanan diri pada masa silam. Jika ada pun ia lebih merupakan sebagai aktiviti di kalangan penduduk zaman dahulu untuk menguji kekuatan masing-masing sebagai aktiviti sampingan sahaja. Bagaimanapun lama-kelamaan aktiviti lontaran diubah suai dengan menggunakan peralatan yang juga diubah suai dan kini menjadi acara sukan olahraga yang diminati dan dipertandingkan di seluruh dunia termasuklah di negara kita. Seseorang yang berjaya
124
SEJARAH Lempar cakera merupakan acara lontaran yang mula-mula dicipta sebagai acara sukan, walaupun baling lembing sudah menjadi aktiviti manusia zaman silam. Lempar cakera
dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik kuno di Greek. Pada masa itu peralatan atau cakera yang digunakan adalah jauh lebih besar dan lebih berat daripada cakera yang digunakan pada masa kini. Cakera yang digunakan dalam Sukan Olimpik moden pada tahun 1896 adalah seakan-akan sama dengan cakera yang digunakan sekarang. Cakera dibuat dengan di
menggunakan kepingan kayu tebal yang berbentuk bulat leper dan dibaluti besi
sekelilingnya, serta dimasukkan timah hitam pada bahagian tengah dengan beratnya hampir dua kilogram iaitu 1.923 kg. Untuk mengelakkan cakera dilemparkan ke merata arah, disediakan suatu kawasan khas yang berbentuk segiempat sama dengan 2.5 meter panjang dan lebar. Teknik atau cara membuat lemparan ketika itu menggunakan pergerakan dan kedudukan tangan serta badan yang sedikit bongkok, tangan menghayun cakera dari sisi badan peserta. Cara lemparan seperti ini menyebabkan cakera seakan-akan melayang pada jarak yang jauh. Pada masa Sukan Olimpik 1912 di Stockholm, acara lempar cakera dipertandingkan menerusi penggunaan dua belah tangan. Caranya ialah dengan setiap peserta akan membuat lemparan kali pertama menggunakan sebelah tangan, dan kali kedua dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi. Cara lemparan ini bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana tidak ada teknik tertentu yang digunakan dan jarak cakera juga tidak jauh. Pertandingan cara ini hanya digunakan sehingga tahun 1920 dan selepas itu teknik lemparan baru diperkenalkan.
125
PERKEMBANGAN MASA KINI Kini acara melempar cakera merupakan salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan sukan olahraga, termasuk di peringkat sekolah. Acara ini disertai oleh lelaki dan juga wanita, tetapi cakera yang lebih kecil dan lebih ringan digunakan oleh wanita. Begitu juga dengan penggunaan cakera di peringkat sekolah. Jenis cakera ini adalah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh setiap penganjur sesuatu kejohanan olahraga, walau di mana-mana kejohanan diadakan. Jika kita lihat sepintas lalu, acara ini kelihatan mudah dilakukan oleh sesiapa sahaja. Bagaimanapun, sebenarnya sukan lempar cakera tidaklah semudah yang dijangkakan. Mungkin ada antara mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini mampu melakukan lemparan yang agak jauh, tetapi dari segi teknik dan cara melakukan lemparan mungkin tidak betul atau kurang tepat. Untuk mendapatkan teknik lemparan yang betul dan mampu
menghasilkan jarak yang lebih jauh, seseorang itu perlu mengikuti latihan dengan berpandukan tunjuk ajar dan bimbingan jurulatih atau guru pengawas yang berpengalaman. Sebagai acara sukan, lempar cakera dipertandingkan dalam suatu kawasan khas. Malah dalam kejohanan peringkat kebangsaan atau antarabangsa, kawasan lemparan cakera berpagar dengan jaring besi kecuali bahagian hadapannya, yang terbuka untuk peserta melakukan lemparan. Pada peringkat sekolah, disebabkan jarak lemparan dan teknik Pagar
berjaring besi itu bertujuan mengelakkan cakera daripada melayang keluar kawasan sehingga boleh membahayakan pegawai pertandingan dan penonton. Teknik lemparan yang diubah suai dan diperbaiki dari semasa ke semasa serta bentuk latihan yang dijalankan menyebabkan jarak lemparan yang dicapai terus meningkat. Sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri,kebangsaan ataupun antarabangsa, jarak yang dicapai terus meningkat sehingga tiada rekod yang dapat bertahan lama. Umpamanya, pada
peringkat dunia, jarak lemparan yang dilakukan telah melebihi 74 meter dan jarak itu dipercayai tidak akan kekal lama, seperti yang terjadi pada acara-acara lontaran dan lompatan lainnnya.
126
Di negara kita, jika dibandingkan dengan jarak yang dicapai oleh peserta-peserta dunia, masih terlalu jauh. Bagaimanapun lemparan terbaik yang dicapai iaitu 47.38 meter mungkin akan diperbaiki pada masa akan datang. Begitu juga dengan jarak yang diperoleh oleh peserta wanita, sama ada diperingkat dunia mahupun kebangsaan. Penggunaan teknik latihan yang menggunakan peralatan serba moden masa kini seperti kaedah sains sukan, pemakanan yang teratur dan terkawal, jurulatih yang berpengalaman serta latihan yang diadakan di luar negeri, memungkinkan peserta-peserta lempar cakera kita mencapai jarak yang lebih baik dan mungkin akan muncul peserta lempar cakera negara kita setanding dengan pencapaian peserta lain di dunia atau sekadar di peringkat Asia.
PERALATAN YANG DIGUNAKAN Setiap acara padang memerlukan peralatan dan kawasan khusus untuk membolehkan acara ini dijalankan. Peralatan ini direka dan dibentuk selari dengan jenis acara serta
peraturan yang diisyaratkan oleh IAAF. Dengan adanya peralatan dan kawasan khusus ini, dapat membezakan sesuatu acara lontaran atau lompatan dengan yang lain. CAKERA
127
Cakera yang digunakan diperbuat daripada kayu atau bahan lain menyerupai kayu, dan dibaluti oleh lingkaran logam besi atau tembaga yang licin. Cakera hendaklah berbentuk bulat tetapi leper. Pada tengah-tengahnya dilekatkan piring bulat daripada besi dan dipasangkan pada kedua-dua belah cakera. Cakera juga boleh diperbuat tanpa melekatkan piring besi pada bahagian tengah ini berbentuk rata dan berat keseluruhan cakera adalah menepati berat yang ditetapkan. Kedua-dua belah cakera hendaklah sama rata dan sama bentuk. Saiz dan berat cakera yang digunakan untuk lelaki adalah berbeza dengan cakera untuk sekolah.
Ukuran dan berat cakera mengikut lelaki dan wanita adalah seperti berikut:
Perkara /Bahagian
Lelaki
Wanita
1. Berat keseluruhan untuk pertandingan 2. Ketebalan bahagian tengah cakera 3. Diameter piring atau kawasan rata pada tengah cakera 4. Diameter keseluruhan cakera 5. Ketebalan logam pada sekeliling cakera
5.0kg (minimum) 44 46 mm 50 57 mm
1.0kg (minimum) 37 39 mm 50 57 mm
128
Pita Pengukur
Pita pengukur adalah alat yang digunakan untuk mengukur dan menentukan jarak lemparan yang telah dibuat bagi mengiktiraf kejuaraan atau kemenangan pelempar cakera yang paling jauh. Pegawai pertandingan akan mengukur setiap jarak yang dicapai oleh peserta kecuali lemparannya dibatalkan. Ukuran jarak ini dibuat pada titik yang dicatatkan oleh cakera hingga ke bahagian dalam bulatan kawasan lemparan, walaupun pita ditarik hingga ke titik tengah bulatan lemparan itu. Bagaimanapun dalam kebanyakan pertandingan olahraga peringkat antarabangsa khususnya dalam acara lempar cakera, alat pengukur elektronik sudah digunakan untuk menggantikan pita pengukur. Ini bagi memudahkan lagi pengukuran setiap jarak yang telah dibuat dengan lebih cepat dan tepat dengan adanya system teknologi digital yang canggih ini.
129
Bulatan lemparan lemparan adalah bulatan atau kawasan bulat yang dibentuk khas untuk membolehkan peserta lempar cakera membuat lemparannya. membentuk bulatan Garisan atau bahan yang
bahagian atasnya hendaklah sama aras dengan kawasan sekeliling. Bahagian dalam bulatan ini hendaklah diperbuat daripada simen atau bahan lain yang tidak licin. Permukaan bulatan hendaklah rata dan ukuran pada saiz bulatan ini ialah 2.5 meter pada diameternya. Bulatan lemparan ini dibahagikan kepada dua bahagian yang sama besar. Diameter bahagian dalam bulatan lemparan hendaklah terdiri daripada garisan lebih kurang lima militmeter, manakala garisan bulatannya harus sekurang-kurangnya enam millimeter tebal dan diwarnakan putih. Garisan lurus setebal lima sentimeter lebar hendaklah dilukiskan di luar bulatan sekurang-kurangnya 75cm pada kedua-dua belah bulatan . Permukaan bulatan boleh juga diperbuat daripada kayu atau bahagian lain yang sesuai.
KAWASAN LEMPARAN Kawasan pendaratan atau lemparan cakera dibentuk bulatan dengan keluasan sudutnya 40 darjah. daripada garisan separuh Bagi
peringkat sekolah, kawasan ini hendaklah lebih kurang 60 meter panjang, manakala bagi peringkat antarabangsa, boleh dipanjangkan sehingga mencapai 100 meter. Panjang kawasan hendaklah diukur dari tengah bulatan lemparan cakera. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang halangan atau gangguan atau penonton. Garisan melengkung mengikut bentuk bulatan kawasan lemparan boleh diadakan pada jarak tertentu, umpamanya 30 meter, 40 meter, dan 50 meter untuk peringkat sekolah dan jarak yang paling lebih jauh seperti 50 meter, 60 meter, 70 meter, dan 80 meter. Garisan yang menandakan rekod atau pencapaian terbaik sesuatu kejohanan juga disediakan oleh sesetengah penganjur. Garisan ini adalah sebagai panduan kepada para peserta untuk
130
KURUNGAN KESELAMATAN Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku semasa acara lempar cakera dilangsungkan, langkah-langkah keselamatan hendaklah diambil. Langkah yang paling penting ialah dengan memasang kurungan keselamatan di kawasan membuat lemparan. Kurungan ini hendaklah direka dan dipasang dengan kemas supaya dapat
menahan lemparan cakera yang beratnya dua kilogram serta dilempar pada kelajuan sehingga melebihi 25 meter sesaat. Kurungan ini biasanya berbentuk U, terdiri daripada minimum enam batang tiang yang menyokong jaring. Permukaan kurungan hendaklah enam meter, terletak lima meter di hadapan bulatan lemparan. Sekeping kepingan jaring besi ini hendaklah sekurang-kurangnya empat meter tinggi. Jaringnya harus daripada bahan sintetik atau wayar yang seumpamanya. Apabila cakera gagal dilempar dengan baik ke kawasan pendaratan yang disediakan, kemungkinan besar akan mengena jaring keselamatan ini. Dengan demikian, cakera akan terjatuh di dalam kawasan yang dipagari ini dan bukan melayang tidak menentu arah. Sudah tentu lemparan itu dikira batal kerana gagal mengikut arah atau laluan yang disediakan. Bagaimanapun, pada kejohanan olahraga peringkat sekolah atau kadang-kadang negeri sekalipun, jaring keselamatan ini tidak disediakan. Hal ini mungkin kerana teknik lemparan yang dilakukan oleh kebanyakan peserta adalah bukan teknik memusingkan badan, yang tidak mudah menyebabkan cakera mengikut arah yang tidak sepatutnya. Alasan lain
mungkin kerana jarak lemparan yang dilakukan agak dekat untuk dipasangkan kurungan keselamatan ini. Bagaimanapun, adalah lebih baik jika pagar ini dipasang, biarpun
131
UKURAN Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta, walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjarakan jarak lemparan cakera. Peserta juga tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan kemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya.
PRINSIP-PRINSIP BIOMEKANIK
Dalam acara lontaran, alatan yang digunakan dikenali sebagai projektil. Apabila projektil berada di udara berbagai faktor yang mempengaruhi pergerakannya. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhinya adalah seperti daya tarikan graviti, rintangan udara dan heretan aerodinamik, di mana ia menggerakkan projektil untuk jarak mendatar dan daya mengangkut projektil. Untuk melahirkan kejayaan dalam bidang sukan faktor biomekanik perlu untuk seseorang jurulatih. Kejayaan atlit akan dapat diukur dari segi kelajuan dan sudut lepasan dan faktorfaktor aerodinamik. 1. Pergerakan (motion) Pergerakan didefinisikan sebagai pertukaran tempat atau kedudukan. Ia adalah dalam satu bentuk yang relatif. Contohnya apabila anda memandu kereta, anda dalam satu pergerakan relatif dengan jalan, tetapi anda sedang dalam keadaan rehat yang relatif terhadap kereta itu.
2. Daya tarikan graviti Tarikan graviti merupakan daya yang bertindak secara luaran, maka laluan yang diambil oleh projektil akan berbentuk parabola. Oleh itu lebih besar sudut lepasan lebih curamlah parabola itu. Di sini juga akan berlaku pecutan akibat tarikan daya graviti ke atas sebarang objek tanpa mengira berat objek itu.
132
3. Daya (force) Daya ialah kesan badan terhadap sesuatu pergerakan. Pergerakan dalam lempar cakera boleh dihasilkan apabila daya digunakan. Dalam lempar cakera, punca utama daya ialah daripada pergerakan dalaman otot-otot pelempar.
Penerapan daya dalam acara melempar cakera ialah: * Magnitud, bergantung kepada: i) besar otot-otot ii) bilangan fibers otot yang menguncup iii) stimulus-nerve impulse * Arah daya, dalam satu garisan cakera dilepaskan * Titik penerapan, titik tekanan pada permulaan tanah iaitu kedudukan
4. Daya rintangan udara Daya yang dihasilkan oleh aliran angin berdasarkan projektil yang sedang bergerak adalah penting untuk menentukan bagaimana projektil itu bergerak di udara. Ada beberapa perkara utama yang mempengaruhi projektil semasa ia bergerak di udara seperti sifat fizikal objek, halaju di udara, saiz objek, bentuk objek, dan permukaan objek.
5. Prinsip Bernouli Prinsip ini digunakan di dalam acara lempar cakera. Untuk mencapai jarak yang jauh, cakera mestilah aerodinamik supaya dapat mengurangkan rintangan udara dan mestilah berada di udara untuk satu tempoh masa. Faktor yang menentukan tempoh ini ialah: * Halaju ketika cakera dilemparkan (lebih pantas lebih baik) * Sudut lemparan, jika terlalu rendah daya angkatnya tidak mencukupi.
133
* Jika terlalu tinggi akan mengakibatkan seretan yang terlalu tinggi angkat hilang.
6. Sudut lepasan dan halaju (velocity) Kelajuan dan sudut lepas ditentukan oleh magnitude dan arah daya ke atas cakera serta masa dan jarak ke atas daya yang dikenakan. Ketinggian Pelepasan cakera dikawal oleh posisi badan atlit dan juga keadaan fizikalnya, walaupun ketinggian perlepasan merupakan faltor yang kurang penting berbanding dengan kelajuan dan sudut pelepasan. Oleh itu seorang atlit yang tinggi melepaskan cakera dari posisi lurus dan kaki serta badan yang dilunjurkan sepenuhnya akan mempunyai kelebihan berbanding dengan atlit yang rendah.
Sudut pelepasan (angle of release) Apabila objek rendah dilepaskan ke udara, sudut lepasan memainkan Peranan penting untuk memprojekkan objek di udara. Sudut pelepasan ini diaplikasikankan terutama dalam acara balingan dan pukulan serta aktiviti lompatan, iaitu sudut take-off, dan sudut release, adalah satu sudut yang acute di antara release atas take-off. Saiz sudut berbeza mengikut kegunaan dalam aktiviti. Contoh dalam lontar peluru, dan lompat jauh, sudut pelepasan yang diperlukan adalah kurang kerana ia lebih menggunkaan julat mendatar.
Faktor Aerodinamik Aerodinamik merupakan pembentukkan kinesiology mengenai penerbangan objek di bawah tindakan rintangan udara dan gravity. Semasa fasa pergerakan yang berpadanan dengan jumlah kuasa dijanakan untuk memindahkan daya dari tubuh atau objek ke udara. Oleh itu, aerodinamik adalah mengenai sudut projeksi corak penerbangan projektil objek, semasa di udara dan tindak balas objek apabila terkena permukaan udara. Penerbangan cakera akan mengalami rintangan udara dan gravity. Sudut projeksi menentukan arah cakera yang akan bergerak di udara dan corak penerbangan merujuk kepada pusat gravitinya. Oleh itu dalam aktiviti melempar cakera, penerbangan cakera bergantung kepada:
134
* Kelajuan pada masa cakera dilepaskan. * Sudut pelepasan cakera iaitu sudut antara arah pusat graviti cakera bergerak sebaik sahaja dilepaskan dan horizontal. * Kecondongan cakera ke horizontal (sudut attitude atau sudut tilt) pada ketika dilepaskan. * Velositi angin Mengikut J.A.Taylor: i. Head wind yang meniup di antara 7-8 mph membawa kelebihan dan kelebihan ini semakin berkurangan bila kelajuan angina meningkat ke 14.5 mph. ii. Tail wind mengurangkan jarak cakera.
Mengikut Gansten: i. Seorang atlit yang kurang cekap akan mendapat keuntungan yang lebih daripada head wind dengan satu kelajuan yang baik daripada seorang pelempar cakera yang cekap. ii. Kelajuan angin yang maksima tidak semestinya menghasilkan jarak yang maksima. iii. Cakera akan mengalami satu kekurangan dalam lift pada sudut attack di antara 27 - 29. Mengikut L.Cooper, D.Dalzeli dan E.Silverman: i. Kelajuan semasa melepas (speed of release), sudut lemparan merupakan faktor yang penting dalam menentukan jarak lemparan. ii. Bagi mana-mana pelepasan yang diberi, sudut pelepasan merupakan faktor penting seseorang atlit cakera yang mahir (jarak lemparan antara 150 kaki) mesti menggunakan sudut pelepasan antara 35 - 40, manakala yang kurang cekap mesti lebihkan sudut ini tetapi tidak melebihi 45. iii. Sudut attitude mestilah di antara 25 - 35.
135
Mengikut H.H.Lockwood (Throwing the discus): i. Dalam kajiannya dengan menggunakan slow motion film yang melibatkan 10 atlit berpengalaman yang membuat lemparan antara 160 kaki dan 190 kaki telah mendapati mereka kesemuanya telah menggunakan sudut di antara 34 ke 37 . Sudut attack berbeza di antara 0 ke 10. Di bawah adalah jadual sudut pelepasan cakera dan arah angin mengikut Kim Bukhantsov (1988) yang dipetik dari buku Track Technique. Arah angin Sudut pelepasan Sudut attack
Head wind
Kira-kira 27
4 (sudut pandangan 23 )
Tail wind
Kira-kira 43
Sama
No wind
36 ke 40
* sudut yang diberi adalah dari paras horizontal ISTILAH-ISTILAH BIOMEKANIK BAGI ACARA LEMPAR CAKERA 1. Torque : Moemen kapel (couple) ; M F x df. Bertindak dalam arah bertentangan. 2. Rintangan udara : Daya hasilan yang dikenakan ke atas cakera oleh udara dinamakan rintangan angin. Ia biasanya bertindak pada satu sudut kearah dari mana udara menghampiri cakera. Manakala komponen-komponen rintangan udara yang bertindak pada arah haluan udara yang datang kea rah hadapan dinamakan:
136
* Drag membantu oppose pergerakan ke depan cakera * Lift komponen yang bertindak ke atas sudut tepat dengan udara yang mendekati. Lift membantu mengangkat cakera ke atas daripada laluan yang akan diikuti. Secara amnya, rintangan angin dengan serentak menentang pergerakan depan cakera dan juga untuk lift cakera lebih tinggi ke udara. * Sudut Attack sudut antara flow dan garisan horizontal badan (plane of the body), sudut mestilah selari daripada 0 dan 90. * Sudut Attitude - sudut badan ke garisan mendatar. FASA-FASA LAKUAN MELEMPAR CAKERA Hayunan awal Memegang cakera dengan sendi hujung jari dan cakera diletak atas tapak tangan. Berdiri dan hayun cakera ke belakang seberapa jauh yang boleh. Putar pinggang semasa hayunan dilakukan. Berdiri dengan bahagian belakang badan menghala ke kawasan lemparan.
Putaran Putar badan ke atas bebola kaki kiri ke arah lemparan. Tangan lemparan di belakang badan. Hayun kaki kanan yang diluruskan ke hadapan. Tolak ke hadapan dengan kaki kiri apabila menghadap arah lemparan. Tangan lemparan ke paras pinggang dan belakang badan. Keberatan di atas kaki kanan. Meletak kaki kiri dengan pantas dan aktif di belakang garisan bulatan bahagian depan.
137
Lemparan Berat badan di kaki kanan dalam posisi berkuasa (power position). Tangan lemparan masih di belakang badan. Putar pinggang ke hadapan dan luruskan kaki kanan. Lempar di paras bahu di atas kaki kiri yang diluruskan. Jangan tarik tangan lemparan sehingga kedua kaki adalah di tanah dan pinggang telah diputarkan.
Pemulihan
Keseluruhan berat badan dialih kepada kaki kiri. Imbangan di atas kedua-dua kaki. Tangan ikut lajak. Gabungan rangkaian pergerakan hayunan, putaran dan lemparan.
KAEDAH MELAKUKAN LEMPARAN Mungkin ada daripada kita yang menganggap bahawa melempar cakera adalah suatu yang mudah, yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengambil bahagian dalam acara ini. Perkara yang penting ialah mendapatkan jarak yang jauh bagi menentukan
pemenang dalam suatu pertandingan. Bagaimanapun anggapan ini tidak benar kerana dalam melakukan lemparan cakera ini, cara atau kaedah melakukannya adalah penting. Kaedah yang betul dan cara yang sempurna akan menghasilkan jarak lemparan sesuka hati tanpa mengikut kaedah yang betul tentu tidak akan memperoleh jarak yang diharapkan. Satu lagi anggapan umum terhadap acara ini ialah mereka yang berbadan sasa sahaja yang sesuai dan layak melibatkan diri dalam acara ini. Sebenarnya hal ini tidaklah benar kerana yang penting bukanlah saiz tubuh peserta tetapi penggunaan teknik dan cara yang betul oleh seseorang peserta. Ini bererti saiz tubuh seseorang tidak menjamin jarak lemparan yang dibuat.
138
Lemparan cakera yang baik bagi mendapatkan jarak maksimum melibatkan gabungan beberapa pergerakan keseluruhan. Ini termasuk aspek teknik, biomekanik, kelajuan pelepasan, dan sudut pelepasan yang optimum. Kelancaran pelepasan cakera juga
bergantung kepada pertalian di antara kelajuan pusingan badan serta kekuatan hayunan tangan. Cara membuat lemparan yang sama boleh dilakukan oleh mana-mana peserta lelaki atau wanita, walaupun teknik lemparan yang berlainan dilakukan. Teknik yang baik dan sempurna sering mempengaruhi jarak atau jauh lemparan yang dibuat. Sebagai peserta dalam acara lontaran, seseorang itu harus dapat melakukan cara dan teknik lemparan yang betul, menerusi latihan yang dijalankan. The discus throw is a slinging throw. The implement has to be thrown from a circle of 2.5m in diameter. By rotation inside the circle the greatest possible acceleration is imparted to the discus. CARA MEMEGANG CAKERA Sebelum dapat membuat lemparan, adalah penting bagi seseorang peserta mengetahui menerusi latihan, cara memegang cakera dengan betul. Memegang cakera dengan cara yang tidak betul atau tidak kemas bukan sahaja tidak dapat menghasilkan jarak yang jauh, malah boleh membahayakan diri sendiri ataupun orang lain. The method adopted for grasping the discus depends to a large extent on the size of the hand, including the length of the fingers. Untuk mendapatkan pemegangan yang betul, peserta hendaklah mendapatkan cakera yang betul mengikut saiz dan berat mengikut jantina pada peringkat umur peserta kerana saiz dan berat cakera bergantung kepada umur dan jantina. Ketika memegang cakera, setiap peserta harus ingat iaitu mereka mestilah boleh menggerakkan tangan serta menghayunkan cakera dengan baik mengikut sudut layangan yang betul. Pegangan yang baik dapat mengelak cakera dariapada mudah terjatuh sebelum lemparan sebenar dilakukan. Peserta juga hendaklah memilih gaya, atau cara pegangan yang sesuai dan selesa mengikut kemampuan tangannya.
139
The hand is placed against the discus surface; the upper joints of the fingers grasp the rim of the discus. Its CG lies between the index and the middle finger. Due to a slight bending at the wrist the upper face of the discus touches the arm. This gives the required looseness of the muscles and prevents the discus from falling out of the hand in the subsequent movements. Cara Pegangan Satu Cara memegang cakera ini ialah dengan menekapkan tangan peserta pada permukaan cakera yang menutupi keseluruhan bahagian berlogam pada bahagian tengahnya. Cakera yang
dipegang hanya pada bahagian hujung jari peserta yang dibengkokkan mencengkam pada segi cakera. Ibu jari peserta juga diletakkan pada permukaan cakera untuk memberi
perngawalan. Kedudukan jari-jari pada sekeliling cakera hendaklah pada jarak yang sama antara satu dengan lain. Bagi memastikan pegangan itu berada dalam kedudukan yang baik dan selesa, peserta boleh menghayun-hayunkan cakera beberapa kali ke hadapan dan kebelakang sambil jari-jari cuba mendapatkan cengkaman terbaik pada cakera itu. Selepas itu peserta bolehlah cuba melemparkan cakera untuk jarak yang dekat dahulu. Lakukan beberapa kali dengan penekanan diberikan kepada cara memegang cakera dan bukan pada jarak lemparan. A hold suitable for the athlete possessing a hand sufficiently large. The discus is held flat against the palm with the first joint of each finger over the edge. The fingers are slightly and about evenly spread and grasp the edge firmly. The thumb is flat against the discus,
extending in a line with the forearm. The grasp is such that the hand is either directly over the center of weight of the discus or slightly behind it. This method of handhold provides for the balance and lends impetus to the spin as the discus leaves the hand.
140
Cara Pegangan Kedua Pegangan cakera cara ini kelihatan hampir sama dengan cara pegangan yang pertama. Akan tetapi perbezaan ketara ialah pada kedudukan jari-jari pada sisi cakera. Keseluruhan tapak tangan peserta hendaklah diletakkan pada permukaan cakera dengan menutup terus bahagian berlogam pada bahagian tengah. Jari telunjuk dan jari hantu dirapatkan seolah-olah
bercantum, manakala jari manis dirapatkan dengan jari kelengkeng. Ibu jari pula dirapatkan pada permukaan cakera iaitu pada bahagian atasnya untuk mengawal pegangan tangan secara keseluruhannya. Seperti pada pegangan pertama, untuk memastikan supaya tangan memegang cakera dengan lebih selesa dan kemas, peserta hendaklah menghayun-hayunkan cakera itu ke hadapan dan kebelakang beberapa kali. Peserta hendaklah mencuba agar dapat membuat pegangan yang selesa melalui cara ini. The different between the two is in the spread of the fingers. The application of pressure is applied chiefly by the first and second fingers.
141
Cara Pegangan Ketiga Ada kalanya peserta yang mempunyai jari-jari tangan yang pendek mungkin menjadi masalah kepadanya untuk memegang cakera dengan selesa. Bagaimanapun dengan pegangan cara ini, masalah ini dapat diatasi. Malah cara pegangan ketiga ini adalah khusus untuk mereka yang mempunyai jari yang pendek. Peserta hendaklah menekapkan seluruh tapak tangannya pada cakera, dengan menutup dua pertiga sahaja daripada bahagian logam pada bahagian tengah cakera. Manakala jari-jari memegang pada sekeliling atau sampai logam cakera. Ini
bermakna bahagian atas cakera disokong oleh sebahagian lengan peserta. Ini perlu bagi membolehkan jari-jari memegang cakera di sekelilingnya. Kedudukan jari adalah sama seperti dalam pegangan cara kedua di atas. Bagi memastikan pegangan itu menjadi kemas dan selesa, peserta bolehlah menghayunhayunkan tangannya ke hadapan dan kebelakang beberapa kali diikuti dengan melakukan lemparan dekat beberapa kali bagi membiasakan pegangan cari ini. Dalam apa-apa cara pegangan sekalipun, yang penting ialah cara itu hendaklah kemas dan selesa bagi peserta tersebut. Jika pegangan itu selesa, mudahlah bagi peserta membuat lemparan. Jika demikian, bolehlah peserta berkenaan memberikan perhatian kepada cara melakukan lemparan pula. In this method of grasping the center of the palm is approximately over the cinter of the discus. Competent authorities claim that this method provides for greater hand flexion, more force, and less friction on the implement.
142
TEKNIK LEMPARAN
A rational technique in the discus throw has the following characteristics : In the intial position the thrower has his back towards the direction of the throw. There follows a long, flat jump- turn with a flight phase. The slinging movement, called the release, takes place with a springlike push-off by both feet.
The thrower assumes a position at the rear edge of the circle, with the back facing in the direction of throwing. The feet about shoulder width apart with the toes turned outwards. The athlete is in a relaxed sitting down position. The body weight is evenly distributed over both feet. The right arm is hanging loosely by the right side, holding the discus. The attainment of maximum distance in throwing the discus requires a sequence of movements that involves forward momentum, initiated by intentional imbalance, and angular velocity, or the speed of body rotation. The final effort is a summation of all potential forces that includes those applied by body actions extending from the foes to the fingers. Variations in the opinions of the coaches are quite pronounced, however, on those techniques that lead up to the final throwing stance, especially the rotation of the body. This movements is also called the spin, pivot, or jump turn. There are competent authorities who determine the classification of a given style of discus throw by the extent of body rotation involved. These style are termed the 1 turns, the 1 turns, and 1 turns. It has been recognized for a long time that both forward momentum across the circle and speed of body rotation are prime objectives of the discus thrower. However, both of these fundamentals must be timed on order to permit the most effective throwing stance for a given athlete. It has been demonstrated that the 1 turns permit the athlete to gain more speed of body rotation than does either the 1 turns or 1 turns. However, there are discus throwers who are unable to blend the added rotation speed with the delivery.
143
Those who select the 1 turns believe that they can utilize from 9 to 10 feet of the circle to gain momentum by traversing in a zigzag path rather than directly across the diameter of the 8 feet 2 inch circle. On the other hand, the athlete selecting the 1 turns may claim that he is not unaware of the desirability of momentum but calls attention to his foot and body position at the delivery. He believes it to be more effective when he sacrifices a limited amount of speed gained by body rotation.
Teknik lemparan paling asas ialah peserta dikehendaki berdiri di belakang tepi bulatan dengan belakang tubuh badan menghadap arah lemparan. Badan hendaklah tegak dan peserta hendaklah memegang cakera yang berada di tapak tangan dengan tepi cakera berada di hujung sendi-sendi jari tangan peserta. Tangan memegang cakera dalam keadaan relaks dan jari-jari memaut tepinya. Bahagian tepi atas cakera menyentuh bahagian atas lengan. Apabila hayunan lengan akan dimulakan, berdiri dengan kaki yang berbuka secara selesa. Peserta melakukan beberapa rangkaian pergerakan hayunan untuk mendapatkan ritma lontaran permulaan, mendapatkan imbangan dan memberi masa untuk peserta mendapatkan konsentrasi. Peserta kemudian bergerak melintasi bulatan untuk melakukan pergerakan-pergerakan putaran yang sepatutunya kearah lemparan. Tolakan lengan terakhir diatur supaya selaras dengna pergerakan meluruskan kaki hadapan dan peserta mengakhiri pergerakannya di atas bebola kaki kiri. Cakera dilepaskan di paras bahu dengan tapak tangan menghadap ke bawah. Selain untuk mendapatkan pegangan yang selesa dan kemas, adalah penting untuk peserta mengetahui langkah atau cara melakukan lemparan terhadap cakera yang dipegang. Untuk melakukan lemparan, terdapat dua teknik yang biasa digunakan sama ada pada peringkat sekolah, negeri, kebangsaan, ataupun antarabangsa iaitu:
144
Teknik berdiri tetap atau gaya statik atau disebut juga sebagai gaya 90 darjah. Teknik berpusing yang dilakukan bersama pusingan kaki. Terdapat perbezaan yang ketara antara kedua-dua teknik ini. Teknik berdiri tetap atau gaya statik adalah sesuai bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam acara ini atau bagi mereka yang mula mempelajari teknik ini. Teknik berdiri ini juga banyak digunakan oleh wanita. Dalam kebanyakkan perjumpaan olahraga peringkat sekolah, hampir semua peserta menggunakan teknik lemparan ini. Teknik ini memang mudah kerana tidak banyak pergerakan kaki dan hayunan atau pusingan tangan diperlukan. Yang perlu dilakukan hanyalah peserta berdiri di kawasan lemparan pada kedudukan sedia dengan membongkokkan sedikit badannya. Tangan yang memegang cakera dihayun-hayunkan beberapa kali ke hadapan dan kebelakang untuk mendapatkan sedikit momentum atau pergerakan awal. Peserta akan melemparkan cakera apabila peserta telah betul-betul sudah bersedia untuk berbuat demikian tanpa memusingkan kaki atau badannya. Teknik lemparan berdiri pusing pula adalah lebih sukar dan tidak banyak digunakan pada peringkat sekolah atau wanita. berterusan yang banyak diperlukan. Untuk memahirkan diri dengan cara ini latihan Tidak dapat dinafikan teknik lemparan ini mampu
menghasilkan jarak yang lebih jauh dan lebih menarik ditonton, tetapi bukanlah mudah untuk melakukan teknik ini. Hanya latihan yang bersistematik dan ditambah dengan usaha sendiri mampu melahirkan pelempar cakera menggunakan teknik ini. Kebanyakan peserta lempar cakera wanita di negara kita, masih belum dapat memahirkan diri dengan lemparan teknik pusing ini. Begitu juga dengan sebilangan besar peserta lelaki khususnya pada peringkat sekolah juga masih belum dapat menggunakan teknik lemparan ini.
TEKNIK LEMPARAN BERDIRI STATIK Sebelum seseorang dapat melakukan sesuatu lemparan, adalah penting baginya menyiapkan diri supaya dia benar-benar bersedia untuk melakukan lemparan. Persediaan sebelum membuat lemparan termasuk menguji kedudukan kaki, hayunan tangan bersama cakera sebagai persediaan serta lanjutan aktiviti kelenturan tangan yang melempar cakera.
145
Kedudukan peserta semasa berdiri di dalam kawasan pelepasan hendaklah kemas dan selesa untuk mendapatkan keseimbangan badan ketika membuat lemparan. Setelah peserta itu berpuas hati dengan kedudukan badan, kaki dan hayunan tangan, peserta kini sudah bersedia untuk melakukan lemparan. Aturan berikut boleh dijadikan panduan dalam
melakukan lemparan gaya statik ini. Pegang cakera dengan kemas dan selesa. Peserta hendaklah merendahkan pusat graviti badan dengan cara membengkokkan sedikit lutut, terutama lutut kaki belakang. separuh cengkung. Peserta hendaklah memusingkan badan ke kanan mengikut arah atau sisi yang memegang cakera, sambil pandangan mata hendaklah ditumpukan kea rah hayunan cakera. Siku tangan peserta yang tidak memegang cakera hendaklah dibengkokkan sehingga pada paras bahu untuk mengawal serta mengimbangkan pusingan badan. Tangan peserta yang tidak memegang cakera akan menyangga tangan yang memegang cakera ketika hayunan cakera kembali ke hadapan. Pergerakan ini dilakukan beberapa kali bagi mendapatkan hayunan untuk lemparan yang baik. Selepas peserta mendapatkan pergerakan hayunan tangan serta cakera yang mencukupi, siku tangan yang tidak memegang cakera hendaklah diluruskan sambil melonjakkan dada ke hadapan. Ketika yang sama, kedua-dua belah kaki peserta diluruskan bagi mendapatkan yang maksimum sambil muka dan mata ditumpukan ke arah kawasan pendaratan cakera. Ketika ini peserta hendaklah menghayunkan cakera sehingga ke aras bahu dan melemparkan ke hadapan dengan hayunan atau luncuran cakera secara menaik. Peserta hendaklah berada di kawasan lemparan sehingga cakera selamat mendarat di kawasan pendaratan. Selepas itu peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan itu pada sebelah belakang melepasi garisan tengah bulatan. Dengan demikian peserta berada pada kedudukan
146
1. Teknik ini mudah dipelajari dan peserta dapat memahirkan diri dalam masa yang singkat. 2. Atlit dapat memerhatikan dengan nyata pergerakan cakera menerusi hayunan yang dilakukan. 3. Cakera mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendarat di kawasan pendaratan yang disediakan. 4. Atlit tidak perlu melakukan pergerakan badan serta hayunan tangan yang banyak, yang jarak, yang jarak lemparannya belum tentu lagi memuaskan hati atau tidak. 5. Kemungkinan mendapat kecederaan adalah berkurangan atau tidak membahayakan.
147
Keburukan Teknik Statik 1. Peserta tidak dapat memusingkan badan untuk mendapatkan lonjakan serta hayunan yang sewajarnya seperti yang dikehendaki untuk acara ini. 2. Biasanya teknik ini tidak dapat menjamin lemparan yang jauh disebabkan ketiadaan lonjakan badan dan hayunan tangan. 3. Kurang menarik dan sukar mendapatkan sambutan sama ada daripada peserta ataupun penonton.
Seperti biasa, perkara awal yang harus diberikan perhatian ialah mendapatkan cakera pada tangan yang sesuai dan pegangan yang selesa. Selepas itu, peserta bolehlah mencuba menghayun-hayunkan tangan dan cakera serta pusingan badan sebagai latihan awal. Sebenarnya melempar cakera cara ini memerlukan peserta berada dalam kedudukan sedia dalam kawasan lemparan. Kedudukan ini adalah berbeza daripada kedudukan peserta yang menggunakan teknik lemparan statik. Dalam teknik lemparan ini peserta hendaklah berdiri pada separuh belakang kawasan lemparan pada kedudukan membelakangi kawasan lemparan cakera. Biasanya dalam
lemparan teknik pusing ini, peserta akan membuat 1 pusingan sebelum membuat lemparan. Dalam pada itu peserta juga hendaklah bersedia dari segi mentalnya. Iaitu menumpukan sepenuh konsentrasi terhadap acara ini. Berikut adalah aturan yang boleh dijadikan panduan dalam melakukan lemparan menggunakan teknik berdiri berpusing. Perlu diingatkan panduan ini adalah lebih sesuai untuk peserta lelaki, walaupun kemungkinan dapat juga dijadikan panduan untuk peserta wanita.
148
1. Peserta hendaklah berdiri di kawasan permulaan lemparan dengan badan membelakangi arah kawasan lemparan. Kedudukan kaki peserta adalah pada jarak bahunya dengan tapak kaki belakang diserongkan sedikit dengan menghala ke arah sisi kanan badan, manakala kedudukan kaki kiri berada dalam kedudukan selari dengan arah dada yang membelakangi kawasan lemparan. Sementara itu berat badan peserta hendaklah diseimbangkan pada keduadua belah kaki. 2. Daripada kedudukan sedia ini, peserta boleh memulakan hayunan cakera sebagai persediaan awal untuk pergerakan memusingkan badan. Ketika melakukan hayunan, berat badan peserta akan berpindah dari kaki belakang ke kaki hadapan mengikut arah tangan yang memegang cakera. 3. Peserta akan memusingkan badan yang bermula dengan hayunan persediaan terakhir yang terus memindahkan berat badan ke kaki hadapan, manakala kaki belakang kini berada pada kedudukan baru, mengikut pergerakan pusingan badan peserta. Sebenarnya pergerakan ini berlaku secara automatik kesan hayunan tangan bersama cakera. Seterusnya hayunan
bertukar dalam pergerakan yang lancar lagi licin kepada pusingan keseluruhan badan peserta. Peserta hendaklah memusingkan badan dengan segera serta lurus ke hadapan. Bagi
mendapatkan pengawalan yang rapi terhadap pergerakan badan, peserta hendaklah berpusing dalam keadaan graviti yang rendah. 4. Langkah seterusnya ialah peserta dengan cara lompat berpusing, mengarahkan badan ke hadapan bulatan lemparan dalam kedudukan melempar. Pusingan dari kedudukan berdiri bermula di belakang bulatan hendaklah membolehkan peserta mendaratkan kakinya pada kedudukan membuat lemparan dengan berkesan. 5. Selepas berjaya melakukan lebih kurang antara satu hingga dua pusingan, bermakna peserta kini bersedia untuk membuat lemparan terhadap cakera dalam pegangannya. Teknik
lemparan adalah hamper sama dengan teknik dalam lemparan statikk. Caranya ialah ketika bahagian dada bergerak menghadap ke kawasan lemparan, tangan kiri dilepaskan sambil lutut didongak ke arah kawasan pendaratan. Kedua-dua kaki hendaklah diluruskan selepas
lonjakan akhir untuk pelepasan cakera. Cakera dilepaskan apabila tangan yang memegang cakera menamatkan hayunan sampai ke aras bahu.
149
6. Pergerakan akhir peserta ialah lajakan badan. Lonjakan ini bergantung kepada kelancaran lemparan yang dibuat. Sebagai panduan berikut adalah kedudukan untuk melakukan lajakan. i) Peserta akan melonjakkan badan ke hadapan sehingga kedudukan badan peserta berdiri di atas kaki kanan secara berjengket. ii) Peserta berada dalam kedudukan terkawal supaya dapat mengelakkan kaki daripada terkena atau terpijak garisan bulatan atau terus terkeluar dari bulatan itu. iii) Pandangan peserta hendaklah pada penerbangan cakera sehingga cakera mendarat dengan selamat. 7. Peserta hendaklah meninggalkan kawasan lemparan sebaik sahaja cakera mendarat di kawasan pendaratan, dengan menerusi bahagian separuh belakang bulatan. 8. Peserta hendaklah patuhi aturan dan undang-undang yang ditetapkan .
4 150
Kebaikan Teknik Lemparan Badan Berpusing 1. Peserta dapat melakukan hayunan cakera dengan lebih kuat, laju dan berkesan menerusi pusingan badan, dan cakera dapat dilempar dengan kuat dan jarak yang lebih jauh. 1. Pergerakan peserta lebih kemas dan berkesan sehingga mampu mendapatkan keputusan yang membanggakan. 2. Peserta lebih berhati-hati dalam pergerakan dan lemparan serta dapat mengelakkan daripada pembaziran tenaga. 3. Memberi kesan psikologi kepada peserta-peserta lain yang mengambil bahagian yang tidak menggunakan teknik lemparan ini.
Keburukan Teknik Lemparan Badan Berpusing 1. Peserta perlu mengikuti latihan yang lama bagi mendapatkan kemahiran yang diperlukan. 2. Pegangan dan kedudukan kaki dan badan yang longgar dan tidak betul boleh merugikan lemparan yang dibuat. 3. Kemungkinan melakukan kesilapan atau pergerakan yang batal adalah mudah. 4. Kesilapan yang dilakukan boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain.
151
PRINSIP ASAS MELEMPAR CAKERA 1. Peserta sanggup menjalankan latihan khusus untuk acara ini termasuk dari segi fizikal, kemahiran, teknik, dan mental peserta. 2. Mempunyai minat dan keinginan untuk berjaya dalam acara ini dengan meletakkan suatu matlamat tertentu untuk dicapai menerusi penyertaan dalam sesuatu pertandingan atau kejohanan. 3. Dapat menggunakan teknik lemparan yang terbaik dan berkesan dengan tujuan mendapatkan jarak sejauh mungkin. LATIHAN ANSUR MAJU Fasa Hayunan Awal Aktiviti memutar bola sepak: Pegang atas bola dengan kelima-lima jari. Putarkan bola mengikut arah pusingan jam.
Melempar cakera dari sisi: melempar bola dari sisi tubuh dengan cara yang betul. Melempar bola dalam keadaan duduk, kaki kangkang sedikit, kumpulkan semua kekuatan pada tangan sebelum melempar bola. Flip Drill (kemahiran melambung): Membantu atlit merasai dan memperkembangan kemahiran melepaskan cakera. Berdiri tegak dan pusingkan cakera mengikut arah jam setinggi lebih kurang satu hingga dua kaki di udara. Latih tangan melepaskan cakera dengan mengambil berat kelajuan dan pusingan cakera (speed of release and speed of rotation .
152
Bowling Drill : Lakukan pada kawasan yang bergaris lurus/trek. Pusingkan cakera mengikut garis lurus dengan cara flip. Pastikan tangan dan kaki dalam keadaan yang selesa dan lakukan dengan full power position.
Side Bowling Drill : Dalam keadaan separa melutut Lempar cakera dari sisi tubuh menepati sasaran seperti pagar dan sebagainya. Lakukan dengan gaya dan cara yang betul.
153
Slap Drill: Dalam keadaan berdiri dan power position. Kedudukan tangan kanan lebih rendah dari tangan kiri dan cuba sentuh tangan kiri dengan menggunakan teknik yang betul. Pastikan pahanya ke hadapan semasa torso dipusingkan dan tumit perlu pusing dengan cepat untuk menambah kelajuan. Boleh menggunakan bebola kaki semasa extends tangan dan slap.
154
Hayunan tanpa cakera: Berdiri dengan bahagian badan sebelah kiri ke arah balingan. Kedua belah tangan didepakan. Tangan kanan menepuk tangan kiri dengan kedudukan tangan kanan lebih rendah daripada tangan kiri. Tarik tangan kanan ke belakang sejauh yang boleh dan kemudian luruskan semula untuk membuat ulangan. Hayunan dengan cakera: Berdiri dengan bahagian badan sebelah kiri mengadap ke arah balingan. Tangan kanan memegang cakera dan melakukan pergerakan seperti hayunan tanpa cakera.
FASA PUTARAN Rock Drill: Melatih atlit untuk menyeimbangkan diri semasa membuat putaran. Rock drill from side to side from one leg to one leg.
Pivot Drill: Gunakan bebola kaki untuk membuat putaran pada paksi. Tempatkan kaki anda di tengah-tengah bulatan dengan menggunakan bebola kaki power position. Ulangan akan meningkatkan kelajuan sehingga akan menyebabkan pinggul bertambah kuat ke hadapan bulatan. Boleh menggunakan cakera atau benda berat lain.
Kilas Pinggang: Berdiri dengan kedudukan kaki seluas bahu. Gunakan kayu sepanjang 2 meter dan diletakkan di bahu. Depakan kedua belah tangan dan memegang kayu tersebut. Pusingkan pinggang ke kanan ke kiri berulang kali.
155
Menggunakan tiga gelung rotan yang disusun sebaris dengan arah lemparan kemudian pusingkan badan dengan kaki kiri di gelung rotan yang pertama kemudian kaki kanan di gelung rotan kedua seterusnya kaki kanan semula di gelung rotan ketiga . membentuk satu putaran balingan. Ini akan
FASA LEMPARAN Tap Around drill: Tap keliling dengan menggunakan kaki kiri dan kaki kanan. Memberi peluang kepada tubuh menyesuaikan diri dengan keadaan kaki semasa membuat putaran. Lakukan dari perlahan hingga cepat.
Lemparan berdiri dari posisi kuasa Menghadap ke sisi dengan kaki dalam posisi kuasa. Hayun cakera ke belakang dan putar kepada posisi kuasa. Mulakan lemparan dengan pergerakan putaran pantas dari pinggang kanan. Keseluruhan pergerakan mesti dilakukan dengan pantas dan berterusan.
Lemparan satu putaran Berdiri menghadap arah lemparan dengan kaki kiri di hadapan. Kaki kanan dilarikan melepasi kaki kiri, memusing semasa larian untuk mendarat atas bebola kaki kanan dalam posisi kuasa.
FASA PEMULIHAN
Pelajar akan membuat pusingan arah lawan jam beberapa kali. Guru akan meniup wisel dan murid akan berhenti dengan serta merta. Pelajar akan cuba mengawal imbangan badan.
156
1. Membuat balingan sambil berdiri dengan kedudukan badan berada di sisi arah lontaran.
2. Membuat lontaran gaya berdiri. Kedudukan badan adalah membelakangkan arah lontaran. Keadaan kaki kiri adalah selari dengan tumit kaki kanan. 3. Melakukan setengan pusingan di atas garisan lurus tanpa balingan menggunakan gelung rotan. 4. Melakukan setengah pusingan. Lakukan di dalam sector bulatan sambil kaki kiri berada di luar bulatan. 5. Lakukan dengan menggunakan cakera dan perhatian kepada ibu jari yang mesti selari dengan tanah. 6. Membuat satu pusingan di atas garisan. Kedudukan badan adalah mengiring. Kaki kiri di jengkitkan manakala kaki kanan selari dan badan menghala ke depan. 7. Kedudukan badan membelakangkan arah lontaran. Kedua-dua kaki berada di atas garisan. 8. Melakukan 1 pusingan secara perlahan. 9. Melakukan teknik lontaran sepenuhnya. 10. Kedudukan serta pergerakan kaki dalam aksi melempar cakera. Buat satu pusingan di atas garisan.
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SERTA KEPEGAWAIAN Setiap peserta yang mengambil bahagian akan membuat lemparan mengikut
Susunan yang ditentukan menerusi undian sebelum pertandingan dimulakan. Apabila jumlah peserta melebihi lapan orang, mereka akan diberikan tiga lemparan dan lapan peserta yang mempunyai lemparan yang paling jauh akan memasuki pusingan akhir. Dalam pusingan ini mereka akan diberikan lemparan lagi untuk menentukan pemenang. Sekiranya terdapat lapan peserta untuk pertandingan itu, mereka akan terus diberikan enam percubaan seorang dan lemparan yang paling jauh daripada enam percubaan menentukan pemenang keseluruhan. ini akan tiga kali
157
Setelah pertandingan bermula peserta tidak dibenarkan menggunakan kawasan lemparan untuk melakukan lemparan percubaan atau latihan, sama ada dengan peralatan atau tanpa peralatan.
Cakera hendaklah dilemparkan bermula dari kawasan lemparan yang disediakan dan hendaklah bermula dari kedudukan statik. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan bulatan lemparan sebelum cakera mendarat atau menyentuh kawasan pendaratan. Cara keluar dari bulatan yang tidak betul dikira batal. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan lain yang boleh memberikan kelebihan atau menjarakkan jarak lemparan cakera. Peserta tidak dibenarkan melekatkan sesuatu pada kawasan lemparan atau pada tapak kasut dengan tujuan memberikan kelebihan kepadanya atau lemparannya. Ukuran hendaklah dibuat selepas sesuatu lemparan yang sah dibuat oleh setiap peserta, walaupun jarak yang dicapainya lebih dekat daripada jarak lemparan sebelumnya. Setiap peserta akan ditentukan kedudukannya atau pemenang mengikut lemparan yang paling jauh dan yang sah. Untuk menentukan lemparan itu sah, cakera hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan yang disediakan dan peserta tidak menyentuh atau memijak garisan mengelilingi bulatan lemparan.
Sekiranya terdapat keputusan seri, semakan akan dibuat pada jarak kedua terbaik bagi setiap peserta. Semakan ketiga dilakukan dengan membenarkan setiap peserta berkenaan daripada
melakukan lemparan tambahan. Peserta yang mencapai jarak yang lebih jauh lemparan tambahan dikira pemenang.
Peserta hendaklah menerima keputusan keputusan pegawai pertandingan dengan punuh semangat kesukanan, sekiranya lemparan yang dibuat itu batal atau tidak dikira. Peserta hendaklah melempar cakera mengikut teknik dan cara yang telah ditetapkan untuk acara ini. Peserta hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ditetapkan, termasuk dari segi pakaian dan peralatan yang digunakan.
158
PEGAWAI PERTANDINGAN Dalam mengadili acara lempar cakera ini tiga hingga lima orang pegawai atau pengadil pertandingan diperlukan untuk mengadili pertandingan ini. Seorang pengadil akan menentukan sama ada lemparan itu batal atau sah, menerusi sentuhan kaki peserta pada garisan bulat lemparan, atau cakera yang gagal dilepaskan oleh peserta atau cakera mengena jaring keselamatan. Dua orang pegawai menentukan titik atau tempat pendaratan cakera di kawasan pendaratan dan dua orang lagi akan mengukur serta mencatat jarak yang dicapai oleh peserta. LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN Kesihatan Sebelum menjalankan sesuatu latihan perlu dibuat pemeriksaan dari segi kesihatan peserta. Perhatian tentang fizikal, kedudukan mental dan beban latihan sesuai dengan kesihatan peserta. Pakaian Memakai pakaian yang sesuai untuk membuat pergerakan dan tidak memakai barang perhiasan. Tempat latihan Tidak basah, licin, sesuai, dan selamat. Alatan Mempunyai alatan yang cukup sesuai dengan bilangan peserta,menggunakan alat yang sesuai dengan peringkat umur dan keadaan alat yang sesuai serta menggunakannya dengan cara yang betul. Prosedur alat Prosedur/disiplin. Memberikan arahan mengikut ansur maju, mengikut peraturan, sesi latihan, patuhi langkah-langkah keselamatan Semasa melempar cakera. Melempar cakera ke arah yang sama. Tidak membuat lemparan cakera kepada pasangan yang berhadapan dan tidak membuat lemparan dan mengumpul cakera pada masa yang sama. Memastikan setiap pelajar tidak berada di hadapan atau tempat sasaran semasa lemparan dilakukan. Pelajar yang tidak melempar hendaklah berada sekurang-kurangnya tiga meter daripada pelajar yang akan membuat lemparan. Lemparan hendaklah dilakukan mengikut giliran masing-masing. Cakera diambil setelah semua pelajar telah melakukan lemparan. Elakkan bermain-main, mengacah-acah dan bergurau dengan kawan menggunakan cakera. Sentiasa mematuhi arahan yang diberikan.
159
Insertion
Tuberosity radius
Brachioradia lis
160
Punca Kepala humerus - picondyle medial humerus melalui tendon yang sama.
Lekatan Tulang pisiform, cangkuk hamate dan tapak tulang metacarpal kelima.
161
APAKAH KECERGASAN
Ahli-ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan apabila seseorang itu mempunyai keupayaan untuk melakukan kerja hariannya tanpa kelesuan dengan penggunaan tenaga lebihan untuk digunakan pada masa senggang dan ketika di dalam kecemasan. Hal ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan social, psikologi dan
fosiologi. Kesemua ini ditentukan pula oleh persekitaran, keturunan atau baka serta cara hidup seseorang itu. Konsep kecergasan merangkumi aspek-aspek fizikal, mental,emosi,social dan kerohanian. Konsep kecergasan ini adalah syumul yang membolehkan seseorang itu hidup dengan sempurna dan bertenaga. Peningkatan kecergasan sangatlah perlu bagi seseorang, oleh sebab kesihatan yang tinggi dapat menghindarkan sebarang kecacatan fizikal serta penyakit yang mungkin membahayakan diri. Sebagai konklusinya, kecergasan adalah hak perseorangan yang perlu ditingkatkan bagi mencapai kehidupan yang sihat dan cergas. Menurut ahli fisiologi kecergasan boleh
dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu aspek kesihatan dan perlakuan motor.
162
Kompenan yang terlibat dalam kecergasan aspek kesihatan ini adalah seperti berikut:a. Daya tahan kardiovaskular - Kompenan yang terpenting dalam profil fisiologi manusia yang melibatkan daya tahan aerobik dan daya tahan anerobik. Kecergasan kardiovaskular bergantung kepada kombinasi efisyensi saluran darah, jantung, dan paru-paru. Aktiviti yang berat memerlukan keupayaan jantung dan paru-paru yang efisyen kerana situasi seperti ini memerlukan tenaga yang banyak dan hanya pengaliran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan otot-otot menjalankan aktiviti tersebut. Peningkatan kecergasan
kardiovaskular boleh menurunkan kadar nadi rehat serta menjadikan jantung lebih sihat. Hasilnya, peredaran darah menjadi lebih efisyen serta peningkatan kebolehan paru-paru ke kapasiti penggunaannya yang optima diteruskan dan oksigen boleh dibekalkan ke otot untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan. b. Daya tahan otot dan kekuatan otot - Boleh membantu seseorang individu dalam
melakukan segala pergerakan dengan lancar dan mudah. Apabila otot bertambah kuat, maka kerja-kerja biasa menjadi lebih ringan dan individu dapat bekerja lama kerana anggota badan lambat lesu. c. Kelembutan - Kelembutan atau kerenggangan otot dan kelonggaran sendi membolehkan bergerak dengan licin tanpa sebrang rintangan. Keadaan begini dapat mengelakkan
kecederaan pada otot-otot individu itu semasa melakukan gerakan yang kompleks atau pekerjaan yang sukar dilakukan dalam keadaan kecemasan. d. Komposisi badan Peratusan lemak badan akan menentukan berat badan seseorang itu. Berat badan yang berlebihan tidaklah begitu bahaya kepada kesihatan sekiranya kelebihan itu adalah di bahagian otot. Tetapi sekiranya peratusan berat badan itu adalah daripada
kumpalan lemak, maka keadaan itu tidak sihat dan kemungkinan akan menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan pula. Kebolehan mengurangkan peratusan lemak yang tidak perlu oleh badan harus dijadikan satu amalan yang berterusan. Hanya melalui aktiviti yang fizikal dan dibantu dengan makanan yang seimbang dapat mengatasi masalah bertambahnya lemak dalam tubuh badan.
163
Kompenan-kompenan kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri daripada koordinasi, imbangan, ketangkasan, kuasa/daya,masa tindak balas dan kepantasan. Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu gerak laku yang efisyen serta meringankan bebanan yang mungkin timbul ketika anda giat
melakukan aktiviti yang lebih daripada lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-banda yang berat. Kemampuan motor dapat membantu dalam proses pencapaian kecergasan keseluruhan. Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan kompenan perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman kalistenik yang dilakukan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang sihat dan kuat.
mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personality kendiri. Boleh dikatakan menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu. Oleh itu, kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu. 2. Alam sekitar Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar dapat mempengaruhi status kesihatan individu. Alam sekitar juga dapat dikatakan berperanan penting dalam menyekat perkembangan positif kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada jauh dari kesibukan Bandar akan merasai nikmat udara yang nyaman ketika berada di dalam alam sekitar yang penuh dengan pokok yang hijau dan pada paras tinggi iaitu udara dan iklimnya yang sejuk. Keadaan ini secara tidak langsung dapat memberikan sumbangan yang
menggalakkan dalam perkembangan aktiviti-aktiviti fizikal. 3. Tingahlaku Tingkahlaku manusia dapat menentukan ke arah mana seseorang itu.
Sekiranya kecergasan yang optima yang dihajatkan maka tingkahlaku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. Jika baka dan persekitaran seseorang itu baik, tetapi tingkahlakunya negatif maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan 164
sentiasa berada dalam keadaan yang kurang sihat dan kerao mengalami tekanan emosi, social, fizikal, dan mental yang melemahkan kecergasan diri 4. Daya tahan otot Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot menghasilkan daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa tertentu atau otot-otot menguncup untuk suatu masa yang lama. 5. Komposisi badan Lemak adalah salah satu kompenan struktur yang asas pada badan. Komposisi badan menekankan peratusan lemak dalam badan berbanding dengan berat badan yang terdiri daripada tulang dan otot-otot badan. Berat badan yang lebih tidak berbahaya jika bertambah pada otot-otot. Peratusan lemak dalam badan merupakan petunjuk bagi kesihatan individu.
165
MEREJAM LEMBING
Pengenalan Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Acara ini mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam Sukan Olimpik pada tahun 1908. Ia juga merupakan salah satu acara yang terkandung dalam acara heptatlon dan acara dekatlon. Kini, ia merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita. Acara ini juga adalah acara yang wajib ada dalam sukan diperingkat sekolah sebagai pendedahan awal kepada pelajar untuk mencungkil bakat sebagai pelapis kepada negara. Matlamat dan peralatan Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh mungkin yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan, teknik dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh dan rejaman yang dilakukan adalah mengikut peraturan dan teknik yang telah ditetapkan. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang. Lembing diperbuat daripada kayu atau besi tetapi sekarang lembing telah diperbuat daripada logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujung atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.
166
Teknik Teknik rejaman yang telah ditetapkan adalah terdapat tega cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Teknik yang pertama ialah Gaya Amerika iaitu lembing dipegang di antara ibu jari dengan jari telunjuk. Teknik kedua ialah Gaya Finish iaitu lembing dipegang di antara ibu jari dengan jari tengah manakala teknik ketiga ialah teknik Pegangan U iaitu lembing dipegang di antara jari telunjuk dengan jari tengah. Anda boleh memilih tiga cara tersebut berdasarkan keselesaan dan kemampuan anda. Untuk mendapatkan satu rejaman yang baik dan sempurna selain tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman dilakukan, cara memegang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki. Fasa Merejam Lembing Acara merejam lembing boleh dibahagikan kepada empat fasa seperti berikut: 1. Pegangan lembing dan lakuan sedia a) Pegangan lembing Lembing dipegang dengan salah satu daripada tiga cara. Batang lembing memanjang mengikut tapak tangan. Tapak tangan mengadap ke atas dan sentiasa di bawah lembing untuk mengelakkan daripada kecederaan pada siku. b) Lakuan sedia Perejam berdiri tegak dan lembing ditempatkan di paras bahu. Hujung lembing menghala ke arah kawasan rejaman dan ia hampir mendatar atau bersudut 45.
167
2. Penujuan a. Ini boleh dibahagikan kepada tiga iaitu permulaan, penarikan (menarik ke belakang) dan lentikan. b. Fasa ini melibatkan bilangan langkah yang berbeza mengikut keperluan individu antara 8 langkah (perejam permulaan) hingga 16-18 langkah (perejam yang mahir). c. Bilangan langkah untuk penujuan boleh dikira dari titik rejaman (2 meter dari garisan mula) dan membelakangkan kawasan rejaman. d. Selain daripada titik rejaman, perejam perlu menetapkan titik semak untuk menetukan titik mula fasa transisi bagi fasa penujuan ini. Fasa transisi ini biasanya melibatkan 5-6 langkah. Lembing mula ditarik semasa dua langkah pertama. Langkah selebihnya adalah untuk silangan kaki sebelum membuat rejaman. e. Selepas penarikan, lembing seharusnya sebaris dengan arah rejaman, tangan memegangnya ada di atas paras bahu. Pada langkah terakhir badan dilentikkan ke belakang. 3. Rejaman a. Rejaman bermula bila kaki kiri dalam kedudukan merejam, selepas langkah terakhir fasa transisi. Berat badan di kaki hadapan. b. Bahu kanan mendahului siku yanh diangkat tinggi rapat kepada telinga sebelum bahagian lengan diluruskan. Secara serentak tangan kiri
dibengkokkan dan ditarik dengan pantas ke sisi dan belakang badan. 4. Pulihan Fasa ini mula selepas lembing direjamkan. Kaki kanan digerakkan ke hadapan dengan tapak selari dengan lengkungan bulatan. Pinggul perejam direndahkan.
168
Peringkat-peringkat Merejam Lembing Pendekatan merejam lembing boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu peringkat berlari, peringkat transisi, peringkat melepas dan peringkat mengundurkan diri. Peringkat Berlari i. Peserta berdiri dengan merapatkan kedua-dua belah kaki di dalam kawasan yang disediakan sambil memegang lembing mengikut keselesaan masing-masing. ii. Lembing diletakkan pada bahu, dan siku tangan yang memegang lembing hendaklah membengkok ke hadapan. iii. Mulakan langkah menggunakan kaki kanan dengan 4 12 langkah pada kelajuan sederhana atau perlahan. Peringkat Transisi i. Larian sejauh 5-6 langkah hendaklah dilakukan. ii. Lembing dan badan peserta bergerak ke kedudukan ke belakang. iii. Pandangan mata hendaklah ke hadapan apabila melangkah. iv. Peserta Mendarat di belakang (sebelum) penanda arc dengan menggunakan tumit kanan serta membawa berat badan ke belakang.
Rajah 8.1
169
Peringkat Melepas i. Peserta membuka langkah seluas mungkin. ii. Dada dan bahu dipusingkan, lengan kanan di atas bahu dan siku dibiarkan berdasarkan tinggi dan rejaman yang akan dibuat. iii. Mendaratlah pada kaki kanan berhampiran penanda arc, tetpi jangan menyentuh atau melepasinya. Untuk mengimbangkan badan, peserta boleh melompat menggunakan kaki kanan sambil dibantu oleh tangan. iv. Lepaskan lembing pada sudut 30-40 daripada padang sekuat yang boleh dengan memastikan agar lembing akan mendarat sambil meninggalkan kesan pada padang.
Peringkat Pemulihan i. Peserta hendaklah menunggu di dalam kawasan take off sehingga lembing mendarat. ii. Peserta hendaklah beredar dari kawasan larian atau take off ke belakang daripada penanda arc, Jangan sekali-kali beredar ke hadapan melepasi pananda arc. iii. Kembalilah ke tempat peserta untuk menanti giliran rejaman berikutnya.
170
Rajah 8.2
171
Perejam lembing terkemuka Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing sehingga sekarang. Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini.
172