Anda di halaman 1dari 4

Perutusan : Sempena Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 16hb Mei 2012 Tema: Murabbi IKRAM-MUSLEH: Pembina Kader-kader Duat

Kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi azza wajalla di atas segala inayah wal hidayah wat taufiq-Nya swt ke atas kita sehingga kini. Kita amat bersyukur kepada Allah swt dan mendoakan moga-moga perjalanan Majlis ini diberkati-Nya amiin. Sesungguhnya kita amat bersyukur kerana dengan rahmat dan taufiq Allah swt, kita masih lagi dikurniakan kekuatan ruhiyah, jasadiyah dan aqliyah untuk beribadah dan meneruskan perjuangan memperkasa pendidikan islam ke arah memimpin barisan umat Islam dan masyarakat berasaskan syariat Islamiyah. Seperti kita sedia maklum pendidik yang bertugas di IKRAM-Musleh bukan sekadar guru pengajar, mudarris yang mengajar ilmu akademik tetapi pendidik IKRAMMusleh menjalankan tugas mulia warisan dari Rasul:

Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Surah Al-Jumuah: 2)

Kita perlu sedar bahawa guru adalah murabbbi soohibul risalah, yang kerjanya bukan sekadar tugas sebagai pekerja yang dibayar gaji tetapi pemilik risalah bakal diganjari Allah dengan pahala yang berpanjangan.

Oleh itu, kerja-kerja yang dibuat oleh murabbi IKRAM-Musleh buat tidak boleh dilihat dalam rangka hanya masuk kelas keluar kelas. Murabbi bukan hanya sekadar

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)


9, Jalan SB4/1, Taman Sg Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Tel: +603-8945 6999 Faks: +603-8945 3666 Emel: info@ikram.my Laman Web: www.ikram.org.my

pengajar, mudarris atau cikgu. Tetapi ia perlu dilihat didalam rangka yang lebih besar, sebagai murabbi sedang menyediakan bahan dan tapak penting dalam rangka pembinaan tamadun yang gemilang

Persediaaan untuk pembinaan tamaddun ini menuntut kita melaksanakan beberapa tanggungjawab utama. Salah satu daripadanya ialah melipatgandakan usaha-usaha ke arah membangun kader-kader dakwah dan perjuangan seramai-ramainya terutamanya daripada kalangan generasi muda. Umat memerlukan generasi muda yang bukan sahaja mantap iman, ilmu dan amalnya tetapi juga mempunyai ciri-ciri berikut:

Mempunyai ciri-ciri individu Islam yang hakiki Bangga dan megah dengan Islam Tahu dan kenal sejarah kegemilangan kita Mengambil tokoh-tokoh Islam sebagai role model Tahu misi dan visinya sebagai Muslim di muka bumi Sedar kedudukannya sebagai khalifah Allah dan bersedia menjadi pendokong dan pembela Islam.

Ke arah melaksanakan tanggungjawab utama tersebut, berikut adalah perkaraperkara yang perlu para murabbi IKRAM-MUSLEH lakukan:1. Kita sendiri perlu menerapkan ciri-ciri yang disebutkan di atas di dalam diri dan

keluarga kita. Untuk itu, mari kita libatkan diri kita dengan penuh ikhlas dan kesungguhan di dalam sistem tarbiyah yang disediakan di sekolah-sekolah kita. 2. Kita perlu teruskan dengan usaha yang pertama dan yang terutama iaitu berdakwah kepada anak murid di SRI-SMI. Tiada perkataan yang lebih baik daripada perkataan-perkataan yang mengajak mereka kepada penghayatan Islam yang sebenarnya. Usaha dakwah ini seharusnya disebatikan dalam proses P&P serta aktiviti-aktiviti pelajar.. Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Surah Fussilat:33)

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)


9, Jalan SB4/1, Taman Sg Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Tel: +603-8945 6999 Faks: +603-8945 3666 Emel: info@ikram.my Laman Web: www.ikram.org.my

3. Kita perlu memastikan peningkatan dan penambah-baikan berterusan diri

kita di mana diri kita sentiasa bertambah baik dari semua sudut, khususnya proses P&P dan pentarbiahan, setiap hari. Hari ini seharusnya lebih baik dari kelmarin. Sabda Rasulullah saw: Barangsiapa yang sama dua harinya, maka dia sudah terpedaya. (hadis marfu) 4. Jadikanlah al-Quran al-karim dan Sunnah ar-Rasul saw sebagai rujukan utama dalam kehidupan kita wasilah utama taqarrub ilallah. Malah, samasamalah kita tingkatkan hafazan al-Quran al-karim kerana jiwa raga, minda dan jasad yang tegap dengan al-Quran al-karim merupakan benteng kukuh terhadap serangan kemungkaran dan kebathilan; di samping memudahkan pelaksanaan maarof dan kebajikan. Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima daripada para pelajar menunjukkan bahawa mereka amat menghargai kesungguhan dan pengorbanan para pendidik mereka bersabar dengan segala kelemahan pelajar, menggilap potensi mereka sehingga cemerlang. Mereka insyaAllah, mereka akan meneruskan usaha dakwah dan tarbiah di mana sahaja mereka berada nanti khususnya dalam kalangan mahasiswa IPT Bunga dan buah kejayaan usaha-usaha kita semakin kian terserlah. Alhamdulillah, kita mendapati kebanyakan daripada penggerak IKRAM di kalangan generasi muda adalah lepasan dari SRI-SMI IKRAM-Musleh. Kita juga mendapati kebanyakan pelajar lepasan SRI-SMI telah muncul sebagai pemimpin di dalam persatuan-persatuan pelajar di dalam dan luar negara. Syabas dan tahniah kepada para pendidik, ibubapa dan warga SRI-SMI di atas kejayaan ini. Ini semua merupakan sunnah hasanah dari kita. InsyaAllah. Sabda Rasulullah saw: Barangsiapa melakukan sunnah hasanah, maka baginya ganjaran dan juga ganjaran orang yang beramal dengannya sehingga ke Yaumul Qiyamah. (Riwayat Muslim) Moga-moga Allah swt memberkati dan meredhoi amal soleh ini dan mengurniakan rahmat-Nya ke atas para murabbi IKRAM-MUSLEH: Pembina Kader-kader Duat amiin. Selamat Menyambut Hari Murabbi IKRAM-MUSLEH 2012.

Profesor Dr Omar bin Yaakob

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)


9, Jalan SB4/1, Taman Sg Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Tel: +603-8945 6999 Faks: +603-8945 3666 Emel: info@ikram.my Laman Web: www.ikram.org.my

Pengerusi JK Pendidikan Pertubuhan IKRAM Malaysia

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)


9, Jalan SB4/1, Taman Sg Besi Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA Tel: +603-8945 6999 Faks: +603-8945 3666 Emel: info@ikram.my Laman Web: www.ikram.org.my

Anda mungkin juga menyukai