Anda di halaman 1dari 6

MURTABAK MEGI Bahan-bahan ( 2 ORG )

2 bungkus maggie 3 biji telur 1 labu bawang besar 1 tangkai daun bawang garam secukup rasa 1 bungkus perasa maggie 1 biji cili merah Cara-cara

1. 2. 3. 4.

Mula-mula hiris bawang , cili merah dan daun bawang. Kemudian rebus maggie sehingga lembut(jgn sampai kembang) Pecahkan telur dan pukul sehingga kembang serta masukkan secubit garam. Selepas itu masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam telur (maggie, hirisan bawang, daun bawang, cili merah dan perasa maggie. 5. Gaul rata bahan-bahan tersebut. 6. Akhir sekali panaskan kuali dan masak seperti lempeng dan biar kekuningan. 7. Sedap dimakan ketika masih panas-panas bersama sos.

Ayam bakar mayonis

Bahan-bahan ( 2-3 orang )


8 ketul drumstick 1 sudu besar mayonis 1 kiub ayam 1 sudu besar kicap manis 1 sudu besar sos tiram Lada hitam secukupnya-tumbuk 2 ulas bawang putih-tumbuk 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara 1. Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.
Bahan-Bahan:(loyang 8 inci, kalau guna 7 inc lagi cantik) 1 paket agar2 serbuk tanpa warna/plain (dalam 15gm) (sy gn agar2 serbuk 10g)

2 keping roti gardenia * 6 cawan air (4cwn air) 1 1/2 cawan gula (1/2 cwn gula) 1/2 tin susu pekat (1/2 cwn susu pekat) * 1 cawan susu cair (sy tambah) * 2 sudu besar mentega 1 sudu kecil esen vanila cincau dipotong kecil>> yg ni gantikan bijan hitam sedikit pewarna hijau /merah

Ambik sepotong ya :D Cara-Cara:

1.

Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.

2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis.Blend halus 3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api. 4. 5. Ambil sedikit adunan dan warnakan hijau (sebagai kulit tembikai)sy gn 1cwn.Biar keras sedikit. Pastu sedikit lagi warna asal(sy gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan hijau tadi. Biar keras sedikit

6. Adunan selebihnya diwarnakan merah, curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi. Taburkan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai. Biar sejuk.Simpan ke dalam peti sejuk.

SUP AYAM DGN CENDAWAN Bahan2: ayam ~ dipotong kecil2 cendawan tiram ~ basuh, toskan dan siat2 sket 3 ulas bawang putih ~ ditumbuk 3 bj bawang merah ~ ditumbuk 1/2 in halia ~ diketuk 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 1 - 2 sudu besar rempah sup 1 bj ubi kentang carrot 1 btg celery 5 -7 bj cili padi ~ jika lebih suka pedas 1 sudu besar perahan limau nipis garam sedikit gula jika suka

Bahan penumis: 1 btg kulit kayu manis 5 kuntum bunga cengkih 3 bj buah pelaga 5 kelopak bunga lawang

air secukupnya minyak

Cara2: Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi. Masukkan bahan tumbuk serta halia. Kacau hingga naik bau dan masukkan potongan ayam. Kacau sket dan masak hingga ayam bertukar warna putih dan masukkan rempah sup. Masak hingga pecah minyak atau hingga ayam bergaul mesra dgn rempah. Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ubi kentang, celery dan serbuk lada hitam. Pastu masukkan carrot dan masak hingga ubi kentang empuk. Masukkan garam dan gula, cili padi yg diketuk dan cendawan. Masak kejap aje dan padamkan api. Masukkan perahan limau nipis, kacau2 dan boleh la dihidangkan. Boleh la ditaburkan dgn sedikit daun sup, daun bawang dan bawang goreng jika suka. Sedap juga dimakan dgn sambal kicap :)

* ayam boleh juga digantikan dgn daging. ** kalau suka, bolehlah diletak sedikit serbuk pati ayam atau kiub ayam. *** kalau tak ada rempah sup serbuk, boleh guna rempah sup bunjut.
PUDING ROTI MARBLE Bahan-bahan

4 keping roti 2 biji telur 1/2 cawan susu pekat 170ml susu cair 8gram serbuk agar2 1/2 cawan gula - bleh kurangkn 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan) 31/2 cawan air 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco) kita campur dgn milo sikit :D

Cara-cara Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Pankek Student

ysha@myresipi.com Kepada rakan-rakan seperjuangan, rajin-rajinlah buat sarapan sendiri!! Makan dekat cafe mahai sgt.. adoi laaa...

Created on : 23-03-2009 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan

109Share

Bahan-bahan ( 10 biji bole kot.. )


2 1/2 cawan tepung gandum 2 sudu besar baking powder 1/2 sudu kecil garam 2 sudu besar gula 1 biji telur ayam 1 cawan susu segar 1 cawan air sejuk 2 sudu besar butter dicairkan 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara
1. Gula dan telur dipukul hingga kembang. Masukkan susu dan air. Kacau rata. 2. Masukkan garam dan butter cair. Kacau lagi hingga sebati. 3. Masukkan tepong sedikit demi sedikit hingga habis. Kacau lagi. Masukkan baking powder dan kacau hingga rata. Kalau berbentil kacau la lagi sampai tak berbentil. 4. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau lagi. Masak atas pan.. 5. Selamat mencuba!!

Anda mungkin juga menyukai