Anda di halaman 1dari 16

JABATAN PELAJARAN PERAK PROGRAM KAJIAN TINDAKAN NEGERI PERAK PERINGKAT SEKOLAH 2008

Meningkatkan Kemahiran Pertuturan Dalam Bahasa Inggeris Melalui Kaedah Ujian

Oleh Zarina bt Mohamed Yusoff Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wan Ahmad Rasdi 34850 Changkat Jering Perak Darul Ridzuan

27 Jun 2008 Kelolaan UNIT KURIKULUM

JABATAN PELAJARAN PERAK

SEKALUNG PENGHARGAAN

Assalamualakikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera Alhamdulillah kerana dengan limpah dan rahmatNya akhirnya dapat juga saya menyiapkan Program Kajian Tindakan bagi tahun 2008 ini. Tajuk kajian saya ini iaitu English Golden Dreams Project merupakan penambahbaikkan kepada program kajian tindakan yang telah dijalankan pada tahun 2002 dahulu. Saya merasakan perlu untuk menjalankan program yang sama ini memandangkan program ini telah terhenti begitu sahaja tanpa adanya sebarang program susulan bagi mengantikannya sedangkan rata-rata pelajar amat lemah dalam aspek pertuturan bahkan amat lemah dalam subjek ini sendiri. Oleh itu, saya merasakan amat perlu untuk menjalankan kembali program ini dengan diberi nilai tambah dimana yang perlu dan jumlah pelajar yang terlibat juga dikurangkan bagi memastikan lebih keberkesanan yang dapat diperolehi dari program ini. Saya menggunakan Bahasa Melayu dalam kajian ini memandangkan kajian sebelum ini juga menggunakan bahasa ini dan saya merasakan jika diberi peluang membuat pembentangan, saya rasa rata-rata audience yang ada akan lebih faham tentang apa yang cuba saya sampaikan (audience terdiri dari guru-guru yang pelbagai opsyen). Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berusaha Penolong Kanan Pentadbiran iaitu En. Muhamad Dan b. Mahat kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Sesungguhnya, pengalaman dalam menyiapkan kajian ini merupakan pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam kajian ini walaupun telah dilakukan penambahbaikkan, namun diharapkan ianya sedikit sebanyak dapat membantu saya dalam menjalankan kajian yang berbeza di kemudian hari. Akhir sekali, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak untuk menyempurnakan laporan Kajian ini. Sekian, WASSALLAM.

MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS SECARA LISAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2C Oleh : Zarina bt. Mohamed Yusoff Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Wan Ahmad Rasdi 34850 Changkat Jering, Perak Darul Ridzuan

ABSTRAK Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran bertutur Bahasa Inggeris secara lisan di kalangan pelajar Tingkatan 2C. Seramai 32 orang pelajar akan menjadi peserta dan seramai 21 orang pelajat Tingkatan 4Sc menjadi penguji. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik latar belakang pelajar.Hasil tinjauan menunjukkan hampir kesemua pelajar-pelajar kelas ini tidak dapat memberi respon yang baik dalam pertuturan yang memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan bahawa rata-rata pelajar sekolah ini menghadapi masalah ini. Ini adalah disebabkan keadaan sosioekonomi serta latar belakang pelajar yang terdiri dari pelajar kampung yang tidak diberi pendedahan, sokongan dan bantuan dari segi petuturan sejak dari kecil lagi. Oleh itu, satu perancangan yang sistematik perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah ini. Program yang dijalankan secara berkala ini sekurang-kurangnya dapat menarik minat pelajar untuk bertutur walaupun pertuturan tersebut telah ditentukan topik atau tematema tertentu yang perlu diikuti. Tajuk-tajuk yang diberi berkait rapat dengan kehidupan seharian pelajar dan sekurang-kurangnya pelajar dapat memberi respon seumpamanya apabila perkara yang sama di soal jika mereka telah keluar dari sekolah ataupun sekurang-kurangnya menolong dalam Ujian Lisan Bahasa Inggeris mereka nanti. Konklusi daripada tinjauan dan pemantauan yang dibuat menunjukkan satu perubahan yang positif ke arah memperkembangkan potensi dalam pertuturan Bahasa Inggeris mereka.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO WAN AHMAD RASDI 34850 CHANGKAT JERING PERAK TAJUK : PROGRAM ENGLISH GOLDEN DREAMS 2008 1. Pendahuluan Program ini merupakan satu daya usaha berterusan yang dijalankan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan Persatuan Bahasa Inggeris dalam melahirkan pelajar-pelajar yang boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan menggunakan sebutan dan tatabahasa yang betul apabila berbual. Program ini merupakan satu program yang diwujudkan semula berdasarkan satu program yang telah dijalankan pada tahun 2002 dimana program ini dirasakan sesuai memandangkan rata-rata pelajar sekolah ini mempunyai masalah untuk bertutur secara lisan dengan rakan-rakan serta guru ( hampir 99.9% pelajar sekolah ini lemah dalam pertuturan Bahasa Inggeris). Strategi yang dipilih ialah dengan meningkatkan kemampuan pelajarpelajar bertutur Bahasa Inggeris. Pelajar dirangsang dengan pendekatan simulasi ( simulation ) dan main peranan ( role play ). Mereka dirangsang untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dalam suasana yang sebenar melalui beberapa siri ujian lisan dalam bentuk temubual dan pengucapan awam dalam kelas. Peserta program ini merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2C sahaja dan bukan pelajar-pelajar tingkatan tiga seperti yang dijalankan pada tahun 2002 dahulu. Para penguji yang dipilih pula ialah pelajar-pelajar dari Tingkatan 4Sains sahaja dan bukan pelajar-pelajar Tingkatan 5 seperti sebelum ini. Kedua-dua tingkatan ini dipilih memandangkan kelas-kelas terbabit tidak terlibat dengan peperiksaan awam dan ini membolehkan projek dijalankan bila-bila masa secara berterusan tanpa mengganggu pembelajaran pelajar-pelajar itu sendiri. Bilangan pelajar yang berkurangan (hanya 1 kelas terlibat ) diambil supaya pemantauan yang lebih kerap dilakukan dan boleh melibatkan semua pelajar dengan lebih menyeluruh lagi. Jika pelajar yang terlibat terlampau ramai, ianya pasti sukar diselia dan keberkesanan program ini kurang menyerlah ( diketahui dari keputusan program terdahulu ). Pelajar-pelajar dilibatkan sepenuhnya dan guru bertindak hanya sebagai fasilitator dan melibatkan diri secara minima dalam membuat penilaian dan tugas-tugas pemantauan. Keseluruhan program ini mengandungi tiga fasa ujian iaitu Fasa Pertama, Fasa Kedua dan Fasa Ketiga.Pada Fasa Pertama, pelajar akan diuji dengan cara ditemubual oleh penguji berkaitan dengan diri, keluarga, tempat-tempat tertentu, suasana di pasar, di restoran dan sebagainya. Pada Fasa Kedua pula mereka akan ditemubual dengan

panduan soalan bergambar sebagai rangsangan. Akhirnya, pada Fasa Ketiga, pelajar akan dikehendaki bercakap secara lisan tentang topik-topik tertentu. 2. Kajian Literatur Sebahagian besar daripada kalangan pakar berpendapat bahawa kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) sebagai asas penting bagi kemahiran lain seperti menulis dan membaca, ( Abdul Aziz Abdul Talib, 1993 ). Selanjutnya beliau menambah, kemahiran menghasilkan bahasa yang betul dalam pertuturan sudah tentu akan mempengaruhi kemahiran menghasilkan bahasa melalui penulisan. Mengikut Mohd Hilmy ( 1982 ), pertuturan adalah menjadi asas kepada hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan latihan bertulis. Beliau seterusnya menyatakan, murid-murid sepatutnya boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis, fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia membuat latihan bertulis. Sementara itu dari segi pengujian lisan pula, Heaton ( 1979 ), mencadangkan teknik membaca secara kuat, bercerita tentang gambar bersiri, temu bual dan bercakap tentang sesuatu tajuk yang diberikan. Heaton seterusnya menambah pengujian kemahiran lisan dianggap lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi bahagian seperti berikut : i) ii) iii) Temubual (mengandungi 60% daripada markah penilaian ) Bacaan secara kuat ( 20% ) Bercerita tentang gambar atau gambar bersiri ( 20% )

Merujuk kepada pengujian kemahiran bercakap menggunakan kaedah berucap menurut topic atau tema Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993 ), menjelaskan bahaw murid-murid akan diberi pilihan beberapa topik yang sesuai dan menarik. Seorang murid akan memilih satu topic daripada pilihan yang diberikan dan diberi masa satu atau dua hari bagi menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik-topik yang dipilih ( topik-topik dipilih adalah mudah dan sesuai dengan tahap dan kebolehan pelajar ). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua pula seharusnya agak berbeza sedikit berbanding pendekatan yang diambil untuk bahasa pengantar. Mengikut Boon, K.Koh ( 1981 ), guru bahasa kedua seharusnya memotivasikan pelajar dengan mengeksploitasikan keperluan yangsedia ada dan menimbulkan keperluan baru. Teknikteknik pengajaran bahasa kedua patutlah sebanyak mungkin mewujudkan secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang penutur asli menggunakannya atau seperti ditegaskan oleh Mackey ( 1965 ), menghasilkan semula situasi-situasi dalam mana pelajar itu akan memerlukan bahasa itu. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai

motivator yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk belajar bahasa kedua. Mengikut Mohd. Dahalan Mohd. Ramli (1994), bahawa teknik simulasi dan main peranan sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi penguasaan bahasa para pelajar, terutamanya dalam kemahiran mendengar dan bertutur. Selain kemahiran mendengar dan bertutur simulasi dan main peranan juga dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi kemahiran membaca dan menulis. Ini ternyata apabila pelajar dikehendaki membuat rujukan dan mencari serta mencatat maklumat sebagai persediaan sebelum sesi simulasi dan main peranan itu dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. 3. Pelan Tindakan Nama Program Sasaran Rasional : : : English Golden Dreams Project Pelajar Tingkatan 2C 1. Peratus Kelulusan PMR bagi Subjek Bahasa Inggeris masih rendah dan perlu diperbaiki. Berusaha untuk meningkatkan peratus kelulusan Bahasa Inggeris PMR 47.14% (2007) kepada 50.0% (2008) Menyediakan murid untuk memahirkan diri dengan Bahasa Inggeris sebagai persediaan awal untuk pembelajaran sepanjang hayat.

2.

3.

Matlamat

Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran ini dengan meningkatkan kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris. 1. Supaya 60% daripada pelajar tingkatan 2C pada tahun 2008 menguasai asas berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. 2. Meningkatkan peratus pencapaian Bahasa Inggeris dalam PMR pada tahun 2009 sekurang-kurangnya 5%. 3. Memberi peluang serta menggalakkan

Objektif

para pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris di luar kelas selain daripada mempertingkatkan kemahiran pelajar. bertutur dalam Bahasa Inggeris. Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan : Kekerapan Projek Pelajar Terlibat : : Mulai Mac 2008 hingga Mei 2008 Sepanjang bulan Mac hingga April 32 orang pelajar Tingkatan 2C ( peserta ) 21 orang pelajar Tingkatan 4 Sc ( penguji )

Kos Pelaksanaan : 1. 2. 3. 4.. 5. 6. 7. Kertas A4 3 rim x RM 15.00 Dakwat Manila Kad 30 keping x RM 0.80 Gam 3 botol x RM 5 Mounting Board 1 keping x RM 21.00 Kertas Warna tebal 20 keping x RM 0.50 Lain-lain = RM 45.00 = RM100.00 = RM 24.00 = RM 15.00 = RM 21.00 = RM 01.00 = RM 80.00 ___________ RM286.00 ___________

Jawatankuasa Pengerusi Naib pengerusi Pengarah Projek Fasilitator Setiausaha : : : : : En. Mustapa bin Embin, AMP En. Muhamad Dan bin Mahat Puan Rohaya bt Hanifa Cik Marzlina bt Mahmood Puan Zarina bt Mohamed Yusoff

Ahli jawatankuasa Pelaksana : 1. Pemilihan penguji dan peserta, latihan untuk penguji serta sijil penghargaan ( Puan Zarina bt. Mohamed Yusoff ) 2. Penggubalan item soalan, kad penguji dan lencana penguji ( Pn. Haliza bt. Ahmad ) 3. Skema Pemarkahan dan Penganalisaan ( En. Mohamad Basri b. Hamzah ) 4. Pemantauan dan Penilaian ( Cik Marzlina bt Mahmood ) 5. Pengiklanan dan Promosi ( En. Karunamurthy dan En. Gunabalan ) 6. AJK Pelajar ( En. Khaw Cheng Aun dan Ahli Persatuan Bahasa Inggeris ) 4. Perancangan dan Proses Pelaksanaan

Tanggungjawab dan tindakan Pengetua AJK Setiausaha Fasilitator Fasilitator

Proses Pelaksanaan Mesyuarat perancangan Pemilihan peserta Tinjauan/Pra Ujian Taklimat untuk peserta Taklimat untuk

Tempoh proses 1 hari 2 hari 1 hari 1 hari 1 hari

setiap Pelan Kontigensi Penolong kanan Fasilitator

AJK AJK

AJK Fasilitator Pengerusi Pengerusi Pengerusi AJK AJK AJK Setiausaha Setiausaha Setiausaha

penguji Pemilihan penguji dan kad penguji Pembinaan item soalan ujian, kad ujian dan skima pemarkahan. Menyediakan peraturan ujian Latihan untuk penguji Pelaksanaan ujian fasa awal Pelaksanaan ujian fasa pertengahan Pelaksanaan ujian fasa akhir Penganalisisan markah keseluruhan fasa Pemantauan dan kawalan Penyediaan sijil Penilaian Projek

2 hari 5 hari

1 hari 1 hari 10 hari 10 hari 10 hari 6 hari 5 hari 2 hari 3 hari Fasilitator

Tindakan susulan 3 hari Tinjauan pasca 2 hari ujian Penilaian Projek Indikator Hasil tinjauan kemampuan bertutur Bahasa Inggeris selepas program Penilaian Peratus pelajar tingkatan 2 yang boleh bertutur Bahasa Inggeris bertambah. ( Meningkat sebanyak 5% ) Amalan bertutur Bahasa Inggeris di Penggunaan Bahasa Inggeris sekolah. dalam pertuturan oleh pelajar tingkatan 2 meningkat. Peningkatan dicerap melalui pemerhatian. Markah ujian/peperiksaan Bahasa Adanya peningkatan dari segi Inggeris tingkatan dua. kualiti dan kuantiti.

5. Bilangan 1.

2.

3.

6.

Refleksi Kajian

~ Guru perlu perihatin dengan masalah pertuturan secara lisan pelajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar perlulah dikenal pasti. ~ Guru perlu mencari kaedah dan alternatif baru apabila mendapati kaedah pengajaran lama mereka kurang efektif. ~ Pencapaian setiap pelajar boleh ditingkatkan apabila masalah sebenar dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ~ Tahap pencapaian pelajar banyak pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. dpengaruhi oleh kaedah

~ Kegagalan meningkatkan penguasaan kemahiran pertuturan menggambarkan program tindakan guru kurang berkesan dan program lain mungkin lebih sesuai. ~ Guru menjadi kurang fokus kepada sesuatu program tindakan kerana guru-guru terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan perhatian dan komitment sehingga fokus utama mengajar menjadi perkara kedua kepadanya. Tugas-tugas perkeranian dan jawatanjawatan lain yang dipegang menyebabkan sesuatu program itu gagal mencapai matlamatnya. ~ Jumlah pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan tumpuan guru tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar. 7. Cadangan Tindakan Seterusnya Kajian Tindakan telah menghasilkan dapatan yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Kemahiran pertuturan pelajar dalam kelas kajian telah dapat ditingkatkan walaupun peratusannya kecil dan memerlukan komitment yang tinggi dari semua guru Bahasa Inggeris jika ingin melihat peratusan yang lebih besar diperolehi. 8. PENUTUP Secara total, program yang dirancang tidak akan berjaya tanpa kerjasama dan komitment yang padu di kalangan warga sekolah. Oleh itu, pelajar yang lemah perlu dibantu. Pengabaian terhadap kumpulan ini akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Menurut Prof. Atan Long tidak seorang pun yang tidak dapat menerima pelajaran walaupun mereka dalam kategori yang amat lemah. PEMBELAJARAN TIDAK DIPEROLEHI SECARA KEBETULAN. IA HARUS DICARI DENGAN MINAT YANG MENDALAM DAN HADAPI DENGAN LEBIH TEKUN DAN GIGIH.

10

SMART TEST OF LANGUAGE PROFICIENCY (SMARTEST) QUESTIONS FOR ELEMENTARY LEVEL 2008 FORM 2 1. (a) Where can you go to get books? Name two places. (b) What kind of books do you like to read? (c) What kind of books can you get from your school library ? 2. (a) Give two reasons why it is good to go to the library (b) Name two advantages of staying in a school hostel. (c) Give two advantages of taking part in extra curricula activities. 3. (a) Suggest two ways to beautify your school. (b) Give two reasons why we must keep our school clean. (c) Suggest two ways to attract more tourists to Malaysia. 4. (a) (b) (c) Name two things you would do for others if you were rich. What qualities do you look for in a friend? Give two qualities. Why do we need friends in school? Give two reasons.

5. (a) Name two advantages of studying in a co-ed school? (b) Should examination be abolished? Give a reason. (c) Why do you think school rules are important? Give two reasons. 6. (a) What is your favourite TV programme? Why? (b) What type of movies do you like best? Why? (c) What type of music do you enjoy? Why? 7. (a) Do you think reading English newspaper is important? Give two Reasons. (b) Why do you think learning English is important? Give two reasons. (c) Suggest two ways in which you can improve your English. 8. (a) Who is your best friend? Why? (b) Who is your favourite teacher? Why? (c ) Which subject do you like best? Why? 9. (a) Should boys learn to cook? Why? (b) Do you like travelling? Why? (c) What is your favourite fast food? Why? 10.(a) Should drivers use mobile phones while driving? Why? (b) Give two reasons why road accidents happen.

11

(c) Suggest two ways to reduce road accidents.

SMART TEST OF ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY 2008 QUESTIONS FOR INTERMEDIATE LEVEL FORM 2 Stimulus A ( A Busy Street ) 1. What does the picture show? 2. Where do you often see such s scene? 3. Suggest two ways to cross a busy street safely. Stimulus B ( poster ) 1. What is the poster about? 2. Who organized the event? 3. Why do you think this event is organised? Stimulus C ( Eating Out ) 1. Where can you see such scene? 2. Name two activities carried out by the people in the picture. 3. Why do you think most restaurant provide non smoking section for their customers? Stimulus D ( At the Zoo ) 1. What does the picture show? 2. Name two types of carnivorous animals you can see at the zoo. 3. Do you think these carnivorous animals should be kept in cages? Why? Stimulus E ( A Brave Deed ) 1. What is happening in the picture? 2. How do you describe a person who tries to save others in such a situation? 3. Name a person whom you think is brave and give the reason why you think so. Stimulus F ( In a Grocery Shop ) 1. Where can you see such a scene? 2. Name two items you can get in this place. 3. Where do you prefer to shop, in a supermarket or in a grocery shop? Why?

12

Stimulus G ( A Fruit Stall ) 1. Who do you think this man is? 2. Name two types of local fruits you can find at a fruit stall. 3. Give two reasons why it is good to eat local fruits.

Stimulus H ( Making a Telephone Call ) 1. What is this lady doing? 2. Where do you often find telephone booths? 3. Describe how you can make a local call. Stimulus I ( At the Beach ) 1. Where can you see such scene? 2. Name two activities carried out by the people in the picture. 3. Where do you prefer to have your picture at the beach or at the waterfall? Why? Stimulus J ( Giving directions ) 1. Where is Hotel Ambassador? 2. Name two buildings you can see along Farquhar Street. 3. Describe how you can get to the museum from X.

13

TAJUK PUBLIC SPEAKING ( FASA TIGA )

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13.

MY HOBBY MY FAMILY MY FAVOURITE SPORTS MY BEST FRIEND A PERSON I ADMIRE MY FAVOURITE MOVIE MY NEIGHBOUR BEING A YOUNGSTER A CONCERT A HAPPY OCCASION WHAT I LIKE TO IMPROVE IN MY VILLAGE TOWN MY FAVOURITE SUBJECT WHAT I WOULD DO IF I WON A MILLION RINGGIT MALAYSIA

14

SENARAI NAMA PELAJAR TERLIBAT DALAM ENGLISH GOLDEN DREAMS PROJECT PESERTA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. (TINGKATAN 2C)

28. 29.
30. 31.

32.

Muhammad Ilyas b. Rizuwan Mohd Syafiq Solihin b. Mohd. Dahlan Muhamad Akmal izzulfian b Arifin Muhamad Hafizi b Yahya Zamir Asyraf b Subki Mahyuddin b Othman Mohammad Fikri b. Razali Mohammad Ridzuan b Zainal Abidin Rohimi b. Razali Muhd Asraf b. Muhd Sharipuddin Muhd Amirul Azryn b. Halid Muhamad izzul Haidhar b Mohammad Yunus Mohamad Syaiful Nizam b Mohd Hasan Muhammad Zulhusni b Sulaiman Mat Sahibi bin Abu Kassim Muhammad Hasrul b. Wahi Muhammad Razali b. Abdul Wahab Muhamad Ibrahim b Mat Ariffin Ibnu Mustaqim b Mohd Rawi Muhd Fadzillah b. Abd Latib Muhd Khairi b. Abdul Rahman Muhammad Omar b Samsudin Nurul Wahdah bt Ahmad Nabilah bt. Moktar Nor Amira bt Abd Halim Siti Norzizana bt. Abd Halim Nur Liyana bt Malek Mohd Nadzir b Nadzri Mohd. Faris b. Kamarodin Mohd. Nazzuan b. Mohamad Zamri Hafizuddin b Khairul Anuar Mohd. Amirul b Sajalee

15

PENGUJI (TINGKATAN 4SC) 1. 2. 3. 4. Iffah Izzana bt Wahyad Junainah Nur bt Abd Halim Mohamad Hanis b. Mohd Rahim Massitah bt Ahmad 5. Mohamad Amir Ahmad Khairi 6. Mohamad Nazrul Hafiz b Ismail 7. Mohamad Saiful Azri b Mohd 8. Mohamad Zuhairi b. Mohd Yu 9. Muhammad Hazizi b Abdul Halim 10. Muhammad Sufi b. Saharudin 11. Mumtaju Begam b Ibunu Suhood 12. Norlela bt Saari 13. Nur liyana bt Zainal 14. Nur Rahsyma bt Yunan 15. Nurul Aishah bt Ahmad 16. Nurul Amanina bt Ali Budin 17. Sakinah bt Abdul Kadir 18. Saufi b. Sukardi 19. Suzila bt Desa 20. Zafirah bt Elias 21. Muhamad Azrin b. Sajahan

16

Anda mungkin juga menyukai