Anda di halaman 1dari 14

ANALISIS SINTAKSIS Set 1: SUBJEK DAN PREDIKAT Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah 1) Mereka

semua sudah pulang ke rumah masing-masing. 2) Sejak pagi, ibu membersihkan laman rumah yang dipenuhi daun-daun kering. 3) Salina dan Salimah merupakan pasangan kembar seiras yang comel. 4) Memancing ialah hobi ayah sejak dia muda lagi. 5) Dipenuhi oleh Wah kehendak dan kemahuan Israk kerana dia ialah cucu kesayangan Wah. 6) Keberanian Pahlawan Buntung amat aku hargai dan sanjungi. 7) Merah ialah warna kegemaran Mellisa. 8) Kerana tidak masuk mengajar, Cikgu Zamani diberikan teguran semasa mesyuarat guru. 9) Faridah masih sihat dan cergas walaupun sudah berusia 50 tahun 10) Cekal dan tabah menjadikan Melina mampu tinggal berseorangan di Kuala Terengganu tanpa suaminya Benny.

Set 2: SUSUNAN AYAT Kenal pasti ayat susunan songsang atau ayat susunan biasa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ali berada di rumah pada petang semalam. Tidak pulang ke rumah, Aiman setelah tamat waktu persekolahan. Ponteng sekolah atau ponteng kelas sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pelajar. Ayah yang sedang bertugas di Kota Bharu telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Beta anugerahkan sebidang tanah kepada Pak Ismail. Tidak dapat berbuat apa-apa kami apabila ribut tiba-tiba melanda kampung. Segera bersolat sebaik sahaja sampai ke rumah ,Fuad. Dileraikan oleh Fuad pertengkaran antara Farhana dengan Cikgu Zamani. Meluap-meluap kemarahan Cikgu Abas apabila mendapati tiada guru yang masuk mengajar di kelas itu. 10. Menyayangi anaknya, Mariana. 11. Kecewa , Pak Itam. 12. Menimbulkan tanda tanya, kehadiran perempuan tua itu. 13. Akan kutolong, Mir . 14. Hamba tulis surat untuk Daeng Perani. Set 3: AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Susun ayat pasif menjadi ayat pasif susunan songsang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Faridah dan Iqbal ditimpa kemalangan ngeri. Pasukan penyelamat ditubuhkan oleh Ibu Pejabat Polis Raub. Hutan Bukit Kutu dijelajah oleh Mejar(B) Kamarudin dan Buyung. Faridah dan Iqbal ditemui di Sungai Dua. Kereta dipandu Melina dengan hati-hati. Kematian Salmah dan Razali dihadapi Faridah dengan tabah. Takdir itu tidak saya sesali. Faridah dan Iqbal dilayan oleh Amah Siti. Rahayu dirindui oleh Salmah.

10. Rahayu dibawa oleh Mejar (B) Kamarudin bertemu Faridah di Hospital Kuala Lumpur. 11. Kisah masa kecilnya dengan Rahayu sentiasa diingati oleh Faridah.

Set 4: POLA AYAT Kenal pasti POLA AYAT DASAR ( POLA AYAT INTI): FN+FN, FN+FK, FN+FK, FN+FS 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. Pungut sedang merengek-rengek. Pungut ialah anak angkat Mak Timah. Mak Timah sayang akan Pungut. Pungut sudah berusia dua puluh empat tahun. Mak Timah dan Pungut di rumah anak lelaki Mak Timah Israk yang baru pertama kali ke rumah Wah berasa tidak selesa. Wah menyayangi anak cucunya. Wah sayang akan Israk dan Mikraj. Adam pulang ke Kampung Sayong. Rumah Wah di tepi sungai. Wah tidak suka Israk dan Mikraj bertengkar di dalam rumahnya. Israk insaf setelah peristiwa lemas di sungai. Kita mesti ada jati diri dan pegangan agama yang teguh. Bijak dan berani Pak Husain. Gembira Khalid bertemu Pak Husain. Pak Husain ialah Pahlawan Buntung. Memperdayakan tentera Jepun Pak Husain. Kami di Kampung Pulau Pak Amat ketika tentera Jepun menyerang. Kami ke Kampung Dal untuk bersembunyi. generasi sekarang belum menghayati erti kemerdekaan dengan sepenuhnya. Di tepi laut rumah Salmah. Tiang Cengal Dinding Sayong ialah tajuk drama . Salmah sedih kerana anak-anaknya mementingkan diri sendiri. Salmah yang sedang berdukacita mendapat berita suaminya masih hidup. Tuk Wali yang sangat cinta akan ilmu persilatan ditikam oleh cucunya sendiri. Tuk Wali yang sudah tua masih kuat. Tuk Wali garang. Mir yang sedih ditenteramkan oleh rakannya. Profesor Peter dan Zaman bertengkar. Zaman benci akan Pofesor Peter.

Set 5: AYAT MAJMUK /AYAT TUNGGAL Kenal pasti AYAT MAJMUK atau AYAT TUNGGAL 1. 2. 3. 4. 5. 6. Si Luncai kaya tetapi malas bekerja. Si Luncai gemar berfoya-foya. Si Luncai gemar berfoya-foya menghabiskan harta ayahnya. Siti Sianah seorang perempuan bermoral rendah. Siti Sianah gemar berhias diri. Emak Si Randang menyediakan nasi lemak berlaukkan sambal tumis untuk tetamu.

7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Emak Si Randang sangat baik hati. Orang berbudi sentiasa disebut-sebut oleh orang lain. Laksamana pergi ke Patani dengan membawa sepucuk surat rayuan daripada Raja. Laksamana ke Patani . Laksamana berasa sedih kerana ibu saudaranya sedang gering. Laksamana taat akan perintah raja lalu pergi ke Patani dengan segera. Sifat riak ialah suka menunjuk-nunjukkan kelebihan diri kepada orang lain. Allah SWT tidak menyukai sifat riak dalam kalangan hamba-hambanya. Orang yang bersifat riak biasanya sombong. Kita mesti sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sifat riak tidak bersarang dalam hati kita.

Set 6: KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan 1. Kami tidur berselimut tuala sahaja kerana terlupa membawa gembar semasa perkhemahan di Jerantut. 2. Kami menggigil sejuk lantas segera duduk mengelilingi ungun api bagi memanaskan badan. 3. Keesokan paginya kami mendengarkan taklimat oleh guru penasihat tentang tantatif program dengan jelas. 4. Semua kumpulan memberikan tugasan yang mencabar oleh fasiliatator yang berpengalaman. 5. Kami dikehendaki memakai pelampong keselamatan dengan kemas dan betul cara perikatannya. 6. Guru mengingati kami agar memulakan semua aktiviti dengan bersolah sunat dan berdoa terlebih dahulu. 7. Dingin pada pagi itu memberikan ketenangan kepada minda dan emosi kami untuk misi menjelajah ke dalam gua gelanggi. 8. Gua tersebut dijadi tempat penyembunyian Mat Kilau, seorang penentang penjajahan British di Tanah Melayu. 9. Ibu mengalas meja dengan kain sebelum menghidangkan kami sepiring kuih muih. 10. Ibu meminta saya menggalas perut dengan sepiring bihun goreng sebelum ke sekolah. 11. Tanah latarit di kawasan lereng bukit itu disuburkan untuk tanam getah. 12. Setiap hari pelajar-pelajar itu berjalan beriring-iring ke kantin pabila waktu rehat . 13. Hari Pahlawan dirai oleh para prajurit negara pada setiap tahun. 14. Penyakit Encik Ramli telah didaignosis oleh sekumpulan pakar pengubatan dari Kuala Lumpur. SOALAN 3: PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA ( 30 MARKAH) a. Tulis satu ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakannya sebagai kata nama khas dan peribahasa. i. Kebesaran ii. Kebosanan iii. Kejahilan iv. Kejanggalan v. Ketandusan

vi. Ketulangan ( tercekik tulang ) (6markah )

b. terdapat dalam ayat-ayat tersebut. i. Kisah Mahsuri amat mahsyur di negeri Kedah. (FN+FA) ii. Mengawal istana ialah pekerjaan Taif. ( FN+FN) iii. Cincin di dalam kotak itu kepunyaan Mariana. (FN+FS) iv. Indera Nata yang bijak itu telah berjaya menewaskan raksasa yang ganas itu. (FN+FK) v. Israk dan Mikraj sering bertekak kerana sikap Israk yang tidak boleh bertolak ansur. (FN+FK) vi. Kerana nasihat burung bayan, Bibi Zainab setia menunggu kepulangan suaminya Khoja Maimun. (FN+FA) ( 6 markah )

c. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Di bahagian barat Semenanjung Malaysia, tanah lataritnya disuburkan untuk tanam getah.

lataritnya - lateritnya tanam - penanaman ii. Kecerlangan pribadi remaja banyak bergantung pada cara didikan dan sifat semula jadi dua- dua ibu bapa . pribadi- peribadi dua-dua - kedua-dua iii. Penggunaan lamping pakai buang boleh merengsa kulit kanak-kanak jika tidak serasi dengan jenis kulit kanak-kanak itu. lamping - lampin merengsa- merengsakan ( 6 markah )

d. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. Adik berpusing-pusing di atas lantai menahan kesakitan di bahagian perutnya daripada pagi tadi. Keadaannya menjadikan ibu dan ayah amat cemas sehingga membawanya ke hospital dengan segera. Di hospital adik diberikan layanan kecemasan dengan segera. Setelah didiagnosis oleh pegawai perubatan, adik disahkan mengalami keracunan makanan yang teruk. Oleh itu, adik terpaksa menerima rawatan lanjutan sepanjang tiga hari lagi. SALAH BETUL berpusing-pusing - berguling-guling daripada - dari sehingga - lalu/lantas layanan - rawatan Oleh itu -Oleh sebab itu sepanjang - selama (6 markah ) e. Baca petikan di bawah dengan teliti dan berikan tiga peribahasa yang sesuai dengan teliti. Berpegang pada prinsip (i) ....................................................., Khairul menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya setelah bertungkus lumus berusaha memajukan perniagaannya. Namun begitu , Khairul yang diam di bandar raya Kuala Lumpur tetap pulang menziarahi ibu bapanya dan saudara mara serta sahabat handai di kampung walaupun sudah menjadi orang yang berjaya dan sentiasa sibuk dengan urusan perniagaannya. Dia tidak mahu dianggap seperti (i) ................................................. . Apabila pulang ke kampung, dia akan menziarahi tempat-tempat tertentu seperti sekolah, padang permainan dan sungai tempatnya bermandi-manda bersama-sama rakan-rakan untuk mengenang kisah pada masa kecilnya semula , umpama peribahasa (ii) .................................... . Sesungguhnya , kenangan masa kecil tidak mudah dilupakan oleh Khairul.

( 6 markah ) i. genggam bara api biar sampai jadi arang/ alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan/ usaha tangga jaya ii. kacang lupakan kulit iii. tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermanja

TAJUK ESEI DAN RINGKASAN ISI


PELANCONGAN Menurut laporan BusinesTravel.com jumlah kedatangan pelancong asing ke negara ini pada tahun 2010 ialah 24.57 juta orang. Malah kenyataan Menteri Pelancongan , Dr. Ng Yen Yen tentang kedudukan Malaysia yang berada di tangga kesebelas dalam senarai destinasi popular dunia menunjukkan kepentingan sektor ini kepada kemajuan sosioekonomi negara Malaysia. Hal ini juga bermakna sektor pelancongan sama penting peranannya dengan sektor perindustrian yang dikatakan sebagai tonggak kekuatan ekonomi negara pada era ini. Oleh sebab itu, sektor ini perlu ditambahmajukan demi kesejahteraan negara. Jenis-jenis pelancongan di Malaysia Ekopelancongan: kawasan alam semula jadi yang melibatkan kehidupan flora dan fauna. Contoh: Taman Negara Kinabalu, Sabah- Reseversi tumbuh-tumbuhan liar tropika dan lokasi Gunung Kinabalu ; tertinggi di Malaysia Pusat Reseversi Kuala Gula- pusat migrasi 48 jenis burung dari negara Siberia, Mongolia, Jepun dan China Kuala Gula, Kerian, Perak Agropelancongan: Aktiviti pelancongan yang melibatkan kegiatan pertanian, penternakan dan perikanan Ladang-ladang buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan; pusat penternakan haiwan tempatan dan akitiviti menangkap dan memancing Contoh: ladang buah-buahan dan sayur-sayuran di Cameron Highlands, Sawah padi dan Muzium Padi di Alor Star, Kedah Pertandingan memancing- Rompin Billfish

Inap Desa Inap desa (bahasa Inggeris:Homestay) ialah rumah orang awam yang menyediakan ruang atau bilik untuk disewakan kepada pelancong. Konsep inap desa ini bertujuan menampung kekurangan bilik hotel di sesetengah tempat. Sesetengah tempat yang kecil dan terpencil tidak mempunyai hotel, resort, chalet dan sebagainya. Konsep inap desa dapat menambah pendapatan orang kampung tradisional . Kampung-kampung di Pahang, Perak, Selangor, Terengganu dan negeri-negeri lain berpotensi dijadikan kawasan untuk program inap desa bagi menarik pelancong dari luar negara Keunikan kampung di Pahang, Perak , Sarawak dan Sabah seperti sistem kemasyarakatan, kehidupan, sosial, keadaan geografi serta sistem ekonomi, boleh menarik perhatian pelancong luar untuk mendekatinya.

Pelancong Jepun dan Eropah tidak lagi berminat melihat bangunan tinggi dan bandar besar, sebaliknya mereka ingin mengetahui budaya dan cara hidup masyarakat tempatan serta kesenian dan masakan tradisional negara yang dilawati mereka Pelancong juga didapati lebih berminat tinggal di kampung bersama-sama keluarga angkat bagi membolehkan mereka mengetahui dan mengenali adat budaya, cara hidup yang sebenar dan lebih realistik dan kesenian masyarakat tempatan dengan lebih jelas dan tepat. Malaysia menyasarkan seramai 13 juta pelancong melawati negara ini pada tahun 2007 dan pelbagai program disusun bagi mencapai sasaran itu. Tahun 2001, lebih 10 juta pelancong melawat Malaysia dengan hasil pendapatan sebanyak RM200 bilion. Dipetik dan diubah suai daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Inap_desa) PELANCONGAN INAP DESA (contoh) 1.Desa Homestay Kg. Tok Sangkut (Bp3), PASIR MAS KELANTAN

Aktiviti - kebun getah, bendang padi, aktiviti tinjau burung, dusun (salak, limau chokun, manggis, ulam) menganyam tikar, mengayuh basikal, ternakan ikan air tawar (haruan, talapia, puyu, sepat).

Pelancongan perubatan Pelancongan kesihatan dimaksudkan apabila seorang individu atau pesakit yang melancong ke negara lain untuk mendapatkan rawatan atau perkhidmatan kesihatan. Menurut Association of Private Hospitals Malaysia, pada tahun 2006, pendapatan negara daripada industri pelancongan kesihatan ialah sebanyak RM 203.66 juta (USD 59 million) Kadar pelancong ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan telah meningkat sebanyak 25.3% dari tahun 1998 ke tahun 2008 (International Medical Travel Journal). Dua faktor penting yang menyebabkan Malaysia menjadi pilihan untuk pelancongan perubatan adalah disebabkan oleh i. kos perubatan yang kompetitif dan rendah serta ii. kemudahan infrastruktur yang canggih dan moden. Sebagai contoh, pembedahan jantung di Malaysia adalah dalam lingkungan RM 18000.00 ke RM 21000.00 berbanding di Amerika Syarikat yang bernilai RM 60000. Menurut satu kajian oleh firma industri Frost & Sullivan dalam International Medical Travel Journal , pelancong perubatan memberikan perhatian terhadap tiga perkara yang penting apabila memilih destinasi untuk mendapatkan rawatan iaitu, i. doktor dan jururawat yang diakreditasi, ii. kemudahan untuk sampai ke hospital tersebut dan iii. kemudahan penginapan. selain kestabilan politik yang merupakan satu lagi kelebihan kepada Malaysia.

Antara pusat perubatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan bertaraf lima bintang ialah i. Prince Court , Kuala Lumpur ii. Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur iii. Hospital Pakar Johor.

Pelancongan pendidikan Pelancong dari negara lain yang mempunyai jangka masa cuti tahunan yang panjang datang melancong ke Malaysia dan mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang ditawarkan oleh institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Contoh: Cuti musim panas di negara Timur Tengah Semasa cuti mereka akan datang dan tinggal di Malaysia selama beberapa bulan dan boleh mengikuti kursus jangka pendek bagi memanafaatkan masa mereka di sini. 1. Faktor-faktor yang mampu menarik rakyat negara ini dan pelancong asing melancong di Malaysia A. Alam Semula Jadi -Hutan Khatulistiwa yang terdiri daripada pelbagai spesies flora dan fauna Bunga Pakma atau Rafflesia menjadi tarikan kerana hanya terdapat di Malaysia -Kawasan laut yang bersih dengan hidupan akuatik yang unik Pulau Redang dengan batu karang yang sangat cantik B. Budaya Rakyat Malaysia - cara hidup yang tidak terdapat di negara lain - cara hidup tradisional Melayu, Cina , India , Kadazan, Iban dan etnik-etnik lain - kepelbagaian makanan tempatan C. Tinggalan Sejarah - bangunan bersejarah: 33 lokasi diiktiraf sebagai bangunan bersejarah di Malaysia Contoh: Bangunan Masjid Negara, Stesen Kereta Api Kuala Lumpur - lokasi bersejarah: Bandaraya Melaka Bersejarah dan Georgetown sebagai tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO/Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

D. Kemudahan Awam yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa - penginapan jenis hotel, resort dan inap desa yang lengkap dengan kemudahan seperti elektrik dan bekalan air yang bersih. - sistem perhubungan: pengangkutan darat dan udara yang berkualiti Sistem telefon, internet, wifi untuk berhubung . -makanan masyarakat pelbagai bangsa dan negara mudah diperoleh.Makanan merupakan faktor utama yang menarik minat pelancong asing ke sini. Kemudahan mereka mendapatkan makanan dari negara asal menjadikan Malaysia destinasi yang sering dikunjungi. Contohnya; Pelancong Timur Tengah sudah pasti mahu menikmati makanan yang sesuai dengan selera dan cara hidup mereka. Maka kemampuan Malaysia menyediakan restoran-restoran makanan Arab dan Timur Tengah akan memberikan kemudahan kepada pelancong-pelancong ini.

E. Kestabilan Politik -kestabilan politik menggambarkan keamanan yang dikecapi rakyat di negara ini -kestabilan politik menggambarkan sistem pemerintahan yang stabil dan tiada kekacauan seperti pemberontakan yang mengganggu aktiviti harian rakyat. - Situasi ini menjadi faktor utama yang sering difikirkan oleh pelancong apabila bercadang untuk melancong ke negara ini. Posted by cikgumarjana at 2:36 PM 0 comments Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Links to this post

Monday, July 4, 2011

KESALAHAN IMBUHAN DAN PENGGUNAAN KATA

LATIH TUBI TATABAHASA 1 A. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. KENAL PASTI KESALAHAN-KESALAHAN IMBUHAN YANG TERDAPAT DALAM AYAT-AYAT DI BAWAH Perangai yang baik itu akan saya contoh. Pak Hamid mendekati badannya ke tembok. Salleh menduduki anaknya itu di atas meja makan. Swee Lim sedang membaca buku cerita itu untuk adiknya. Maklumat tentang rahsia negara tidak boleh dibocor oleh sesiapapun. Hujan membasahkan jemurannya Pelukis memperlihat lukisannya yang terbaharu. Bapanya mensokong tindakan anaknya yang tidak mahu ke sekolah. Pejabat Pelajaran Johor Baharu bersetuju untuk memperbesarkan dewan sekolah ini. Semua pelajar tingkatan lima akan meninggal alam persekolahan tidak lama lagi. Mak Salmah mengalas tanggungjawab sebagai isteri dengan penuh amanah. Kita dilarang oleh tuhan untuk mempersenda amalan agama orang lain. Terdapat sesetengah pihak memandangkan rendah terhadap program-program bimbingan dan kelas tambahan yang dianjuri oleh pihak sekolah. 14. Pelajar yang tidak berbuat persediaan yang cukup untuk peperiksaan sering mendapat keputusan yang tidak cemerlang. 15. Jangan terlalu bergantungan pada soalan-soalan ramal untuk menjawab soalan peperiksaan. LATIHAN TATABAHASA 2 1. 2. 3. 4. 5. 6. Siapa yang mahu menyertai perkhemahan itu mesti berjumpa dengan Cikgu Amin. Terdapat berapa orang pelajar sedang berjalan menuju ke kantin sekolah. Bulan Bahasa Kebangsaan akan diadakan di bulan Oktober. Pemandu yang berkhemah sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Kakinya semut kerana duduk bersila terlalu lama. Tindakan sesetengah individu menyerang sistem komputer di bahagian keselamatan negara telah dapat diatasi oleh Suruhanjaya Multimedia negara ini. 7. Semua karang mesti dihantar kepada guru selewat-lewatnya pada hari Jumaat. 8. Pipinya merah-merah apabila dipuji oleh ayahnya. 9. Ali menjadi ketidakhadirannya ke sekolah sebagai alasan tidak menyiapkan kerja sekolah. 10. Para pelajar mesti mendaftar diri terlebih dahulu bila sampai ke dewan nanti.

LATIHAN JENIS-JENIS AYAT LATIHAN KENDIRI TATABAHASA


JENIS-JENIS AYAT 1.AYAT PENYATA 2.AYAT SERUAN 3. AYAT PERINTAH 4.AYAT TANYA LATIHAN MENGENAL PASTI JENIS-JENIS AYAT Ayat Norlia membeli pakaian dari kedai itu. Musa menjadi pegawai polis Menangislah sepuas-puas hati. Para pelajar sudah berkumpul di dewan? Eh, Pak Malim rupanya yang datang! Selesaikan latihan tatabahasa ini dengan segera. Pungut sedang menrengek-rengek kerana kelaparan. Kamu hendak ke bilik bahasa sekarang jugakah? Jemputlah ke rumah saya pada petang besok. Berdermalah kepada orang-orang yang hidup susah. Bertolaklah dengan segera. Bilakah kita hendak bertolak ke Pusat Sains Negara? Pengetua sentiasa tersenyum kepada para pelajarnya. Oh, Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku! Syabas, engkau telah menang ! Siapa yang akan mengiringi pelajar-pelajar itu? Wah, cantiknya lukisan di dinding pusat beli-belah ini! Surat itu dibaca oleh Ahmad? Surat itu dibaca oleh Ahmad? Jenis ayat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

1 2 3 4 5 6 7 8 9

AYAT PENYATA AYAT PENYATA AYAT PERINTAH AYAT TANYA AYAT SERU AYAT PERINTAH AYAT PENYATA AYAT SOAL AYAT PERINTAH AYAT PERINTAH AYAT PERINTAH AYAT SOAL AYAT PENYATA AYAT PERINTAH/AYAT SERU AYAT SERU AYAT SOAL AYAT SERU AYAT TANYA AYAT PENYATA

10. 11 11. 12 12. 13 13. 14 14. 15 15. 16 16. 17 17. 18 18. 19 19. 20

HUN KE 50 BUNGA RAYA SEBAGAI BUNGA KEBANGSAAN PADA 30 SEPTEMBER 2010 BUNGA RAYA atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinensis diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin melancarkan majlis sambutan bagi meraikan ulang tahun ke-50 Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay pada 30 SEPTEMBER 2010. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dalam satu kenyataan di sini berkata acara yang julung kali diadakan itu diharapkan dapat memupuk kesedaran dan kefahaman rakyat mengenai Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan. Sempena sambutan tersebut, wang syiling khas yang dikeluarkan oleh Bank Negara dan setem istimewa yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia serta lagu tema Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara dilancarkan. Katanya, sambutan itu diadakan memandangkan ramai rakyat Malaysia kini tidak menyedari Bunga Raya ialah bunga kebangsaan negara yang merupakan salah satu simbol negara, berbanding pemahaman rakyat mengenai Jalur Gemilang dan Negaraku yang merupakan bendera dan lagu kebangsaan negara.

Populariti Bunga Raya dilihat semakin menurun jika dibandingkan dengan apresiasi rakyat terhadap bunga kebangsaan itu sekitar 20 tahun lalu. Sambutan ulang tahun Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan diharapkan dapat membantu masyarakat memperingati dan mengetahui kedudukan bunga kebangsaan itu terutamanya generasi muda, katanya. Mengimbau kembali sejarah pemilihan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, terdapat tujuh jenis bunga yang dicadangkan untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan sejurus negara mencapai kemerdekaan pada 1957 iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Namun setelah melalui proses pemilihan yang ketat, Bunga Raya atau nama saintifiknya Hibiscus Rosa-Sinensis diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kelebihan Bunga Raya ialah memiliki kelopak yang besar, lebar dan melentur. Nama Bunga Raya yang diberikan oleh orang-orang tua Melayu sejak dahulu lagi serta dikenali dengan satu nama sahaja di seluruh negeri di Tanah Melayu merupakan faktor yang mendorong Bunga Raya dipilih sebagai bunga kebangsaan sehingga ke hari ini. Selain itu, sifatnya yang memiliki lima kelopak dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara, diperkenalkan pada tahun 1970, yang merupakan tunjang utama dalam penyatuan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini. Setelah dinobatkan sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya terus menjadi inspirasi dalam membentuk identiti negara dan melambangkan kemegahan negara. Nama dan rupa bentuk Bunga Raya dijadikan simbol dan perlambangan negara sebagaimana yang terdapat dalam Jata Negara malah nama Bunga Raya turut diabadikan di beberapa buah tempat dan bangunan penting seperti Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan bagi memartabatkan bunga kebangsaan ini antaranya Jabatan Landskap Negara telah mengeluarkan satu Panduan Teknik Bilangan 1 mengenai penanaman Bunga Raya di seluruh negara bagi menggalakkan orang ramai menanam Bunga Raya sebagai hobi. Sebagai bunga kebangsaan, Bunga Raya telah didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Warisan Kebangsaan 200

Followers Blog Archive

2011 (8) o October (2) LATIH TUBI / KAJI PEPERIKSAAN SPM 2011-TATABAHASA SOALAN 3 :PENGETAHUAN TATABAHSA- KERTAS 2 PEPERIK... o September (1)

o o

July (1) April (4) Simple template. Powered by Blogger.