Anda di halaman 1dari 5

SYARAT2 PERTANDINGAN KOIR SEK. MENENGAH 1.

PENDAHULUAN Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan generasi muda. Muzik dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, estetika dan etika. Di samping sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk berfikir dengan lebih ke arah peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti muzik memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi. Muzik juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekali gus membina keyakinan kental dalam diri. 2. LATAR BELAKANG Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat. 3. MATLAMAT Membolehkan pelajar mempunyai disiplin dalam membuat persembahan dan menikmati muzik ke arah membantu pembentukan insan yang mempunyai emosi seimbang, kreatif dan inovatif. 4. OBJEKTIF 4.1 Memberi peluasan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik pelajar. 4.2 Memperkembangkan daya komunikasi dan interaksi melalui persembahan. 4.3 Memupuk disiplin dan semangat kerjasama di kalangan pelajar. 4.4 Sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar. 4.5 Memperkembangkan bakat pelajar. 5. PELAKSANAAN 5.1 PERINGKAT PERTANDINGAN

5.1.1 Peringkat Daerah/Gabungan 5.1.2 Peringkat Negeri 5.1.3 Peringkat Kebangsaan (Pertandingan secara berperingkat akan dapat melibatkan lebih banyak sekolah dalam aktiviti ini di samping memastikan hanya pasukan yang terbaik akan mewakili sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi). 5.2 PENYERTAAN 5.2.1 Terbuka kepada semua sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan sahaja. 5.2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan di peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar dari beberapa buah sekolah boleh bergabung untuk membentuk satu pasukan koir bagi mewakili sesebuah negeri. 6. JENIS KOIR Sesebuah pasukan koir terdiri daripada koir suara campuran (mixed voice choir) atau koir suara lelaki/perempuan sahaja (male/female voice choir). 7. AHLI PASUKAN KOIR 7.1 Ahli koir dan konduktor mestilah terdiri daripada pelajar pelbagai kaum (sekurang-kurangnya 2 kaum/etnik) yang sedang menuntut. 7.2 Jumlah ahli bagi sesebuah pasukan koir hendaklah tidak melebihi 35 orang sahaja (termasuk konduktor dan pemain muzik iringan dan Pembantu Pemuzik). 8. LAGU 8.1 Setiap pasukan koir dikehendaki mempersembahkan 2 buah lagu atau sebuah lagu + satu medley. 8.1.1 Lagu Pertama: Dalam Bahasa Melayu Sahaja 8.1.2 Lagu Kedua: Dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris Sahaja 8.2 Sebuah daripada lagu (bukan lagu medley) yang dipersembahkan hendaklah terdiri daripada lagu tempatan dalam Bahasa Melayu.

8.3 Lagu yang dipersembahkan hendaklah tidak tersenarai dalam lagu-lagu yang diharamkan oleh pihak berkuasa negara ini. 8.4 Jangka masa persembahan bagi setiap pasukan hendaklah tidak melebihi 8 minit. 8.5 Persembahan lagu hendaklah secara homophonic atau polyphonic atau gabungan keduanya. (Homophonic: lapisanlapisan suara bergerak secara in step antara satu dengan lain dan tidak mempamerkan ritma secara sendirian seperti yang berlaku dalam polyphonic). 9. MUZIK IRINGAN (Accompaniment) 9.1 Hanya penggunaan satu alat muzik iringan sahaja dibenarkan termasuk piano atau keyboard (tanpa auto-accompaniment). 9.2 Alat muzik iringan hendaklah dimainkan secara live oleh seorang pemuzik (pelajar atau guru). (Sekolah boleh mengambil guru daripada sekolah lain sebagai pemain muzik) 9.3 Persembahan secara A cappella adalah dibenarkan.

10. PAKAIAN Pakaian ahli koir, konduktor dan pemain muzik iringan hendaklah bersesuaian dan sopan. 11. PERMARKAHAN 11.1 Harmoni : 40 markah 11.2 Dinamik : 20 markah 11.3 Intonasi (tone colour/pitching) : 10 markah 11.4 Imbangan : 10 markah 11.5 Attack/Release : 10 markah (Tempo/stabiliti) 11.6 Sebutan : 5 markah

11.7 Ketrampilan : 5 markah 12. TEMPAT DAN TARIKH PELAKSANAAN Sekolah Menengah - Johor Darul Takzim : Jun 2009 Sekolah Rendah - Terengganu Darul Iman : Oktober 2009

Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia

SENARAI LAGU WAJIB PERTANDINGAN KOIR SEKOLAH RENDAH / MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2009 1. PUTRA PUTRI 2. PERAJURIT TANAH AIR 3. SI BAJU HIJAU 4. MALAYSIA TANAH AIRKU 5. BERJAYA 6. TANAH PUSAKA 7. BUMI MALAYSIA 8. NYALAKAN TEKAD 9. TANAHAIRKU 10. GEMILANG (Jack) 11. Dirgahayu Tanah Airku 12. KERANAMU 13. JALUR GEMILANG 14. BUNGA RAYA 15. Perwiraku 16. Bahtera Merdeka 17. SELAMAT PERGI PAHLAWANKU 18. SETANGKAI MAWAR

19. PERMAINYA BUMI MALAYSIA 20. Budi Bahasa Budaya Kita 21. MALAYSIAKU GEMILANG

Anda mungkin juga menyukai