Anda di halaman 1dari 11

GELANGGANG TUK WALI (Oleh: Ismail Kassan) Tuk Wali demam Tuk Wali tetap ingin mengadakan pertunjukan

silat di rumah Hj Kodri Ripin memberitahu yang Tuk Wali akan sembuh demam jika ada majlis silat Tuk Wali sedih kerana Si Guan mengambil semua pokok di dalam hutan Guan ingin mengambil pokok untuk dijadikan ubat untuk Tuk Wali menjelaskan malam nanti ada pemberita datang menemu ramahnya Ripin berjanji akan mengumpulkan anak buah silat Tuk Wali ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Tuk Wali pergi ke rumah Hj Kodri dengan menumpang motosikal Ripin Imam dan Siak datang ke rumah Mak Umi (isteri Tuk Wali) Siak sindir Mak Umi yang katanya lebih elok Tuk Wali habiskan masa di masjid Imam menjelaskan Tuk Wali sudah tua dan mungkin meninggal bila-bila masa Imam tidak mahu Tuk Wali meninggal di gelanggang silat Mak Umi tidak selesa dengan sindiran Imam dan Siak Mak Umi meminta Imam dan Siak ke masjid kerana sudah hampir waktu asar ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Tuk Wali melahirkan rasa marahnya kepada cucu tirinya Piee Tuk Wali marah kepada Piee kerana telah mencuri wangnya sebanyak RM 2,000 Mak Umi memberitahu kepada Tuk Wali tentang kedatangan Imam dan Siak Tuk Wali tidak bersetuju dengan pendapat Imam dan Siak Tuk Wali rasa dia perlu berbakti kepada orang kampung untuk ubati mereka Tuk Wali kecewa kerana ketika muda tiada orang yang memandang serong

Tuk Wali mengungkit khidmatnya kepada orang kampung Tuk Wali pernah mengajar silat, mencari akar kayu, meracik, mengurut, mengubat Tuk Wali juga wakil meminang, tuk mudim, penggali kubur dan mandikan mayat Tuk Wali menganggap tidak adil kerana terus bersilat dia dicemuh Tuk Wali melepaskan perasaannya dengan menumbuk dan menendang beg pasir ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Tuk Wali meminta Ripin dan Mariam mengambil alih tempatnya Ripin menolak kerana dia belum bersedia Tuk Wali memberikan keris warisan kepada Ripin kerana anggap Ripin amat layak Ripin menolak kerana dia tidak sanggup menerimanya Mariam juga menolak untuk memiliki keris itu ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++Halim dan Jamil daripada Majalah Pejuang datang ke rumah Tuk Wali Tuk Wali menceritakan dia pernah mengalahkan kumpulan perompak bersenjata Ripin beritahu Halim dan Jamil yang Tuk Wali pernah berjuang melawan komunis Mariam beritahu yang Tuk Wali dan Mak Umi bertemu jodoh dalam gelanggang ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Tuk Wali terserempak dengan cucu tirinya, Piee berada di dalam biliknya Tuk Wali menghalau Piee kerana anggap Piee ingin mencuri Mak Umi tidak berpuas hati dengan Tuk Wali kerana tidak jaga maruah Piee ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++

Empat pemuda datang ke rumah Tuk Wali untuk belajar silat Empat pemuda itu menunggu Tuk Wali sambil bermain gitar di halaman rumah Tuk Wali marah kerana terganggu dengan bunyi gitar itu Tuk Wali menampar salah seorang pemuda itu Tuk Wali menghalau keempat-empat pemuda itu Tuk Wali arahkan Ripin yang baru sampai meminta pemuda-pemuda itu pulang ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk mencabar Tuk Wali bertarung dengannya Siak marah kerana Tuk Wali menampar cucunya Tuk Wali dan Siak mula bertarung di gelanggang Ripin cuba menghalang pertarungan itu Tuk Wali menjelaskan bahawa Siak sudah lama berdendam dengannya Tuk Wali menjelaskan Siak berdendam kerana Mak Umi bekas tunangnya Tuk Wali menjelaskan bahawa Siak sering mengumpat dan memfitnahnya Mak Umi merajuk dan meminta Ripin menghantarnya ke rumah anaknya, Berahim Siak juga beredar dari tempat itu ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Piee datang ke ruamh Tuk Wali untuk mencuri biola dan keris Tuk Wali tersedar daripada tidurnya Tuk wali memarahi Piee kerana ingin mencuri Piee nyatakan rasa tidak puas hatinya kerana Tuk Wali layannya macam sampah

Piee menikam Tuk Wali jetika Tuk Wali tunduk untuk mengambil biola yang jatuh Tuk Wali tercedera Ripin datang ke rumah Tuk Wali tetapi Tuk Wali tidak mahu ke hospital Tuk wali meminta Ripin menjaga keris perguruan mereka Tuk Wali menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Ripin Imam dan Siak datang lalu melihat Ripin berada di sisi mayat Tuk Wali Imam dan Siak menyangka Ripin membunuh Tuk Wali Ripin pula menuduh Siak membunuh Tuk Wali Ripin dan Siak saling meenuduh antara satu sama lain Mak Umi sampai bersama-sama Mariam Mak Umi tidak percaya Ripin pembunuh kerana dia hantarnya ke rumah Berahim Mak Umi menuduh Siak pembunuh Tuk Wali Ripin cuba menyerang Siak tetapi dihalang oleh Imam ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ ++ Siapakah sebenarnya pembunuh Tuk Wali Adakah Piee? Ripin? Siak? Kita semua?

GELANGGANG TUK WALI (Oleh: Ismail Kassan) 1. Menurut Mak Umi, sekiranya Tuk Wali menghidap demam dia boleh sembuh kerana apa? (m/s 189) Bersilat

2. Siapakah yang akan datang pada malam itu ke rumah Tuk Wali menurut kata Ripin? (m/s 189) Pemberita 3. Mengapakah Ripin mengagak bahawa Tuk Wali pergi hutan pada minggu lepas? (m/s 190) Melihat longgokan akar kayu di hujung beranda 4. Apakah yang dilakukan oleh Si Guan jika masuk hutan? (m/s 191) Mencabut semua pokok tidak kira kecil atau besar 5. Apakah janji Ripin untuk menyambut kedatangan pemberita itu? (m/s 192) Akan mengumpulkan budak-budak silat / anak murid silat Tuk Wali 6. Siapakah yang datang ke rumah Tuk Wali ketika Tuk Wali pergi ke rumah Haji Kodri? (m/s 194) Imam dan Siak 7. Pada pandangan Siak, umur seperti Tuk Wali sesuai menghabiskan masa di mana? (m/s 195) Di masjid 8. Pada pandangan Imam, apakah yang tidak manis jika berlaku kepada Tuk Wali ketika berada di tengah gelanggang? (m/s 196) Meninggal dunia 9. Apakah reaksi Mak Umi apabila Imam dan Siak cuba mengkritik kegiatan silat Tuk wali? (m/s 196) Tidak puas hati/ marah/ meminta Imam dan Siak meninggalkan rumahnya 10. Apakah yang dilakukan oleh Si Piee terhadap wang RM 2000 Tuk Wali yang ingin digunakan untuk tambang ke Makkah? (m/s 199) Mencuri 11. Apakah yang diberitahu oleh Mak Umi kepada Tuk Wali terhadap pandangan Imam dan Siak tentang kegiatan bersilat dalam majlis kahwin? (m/s 199) Kurang manis

12. Sejak bilakah Tuk Wali bersilat? (m/s 199) Sudah lebih setengah abad 13. Apakah peranan Tuk Wali selain bersilat? (m/s 200 dan 201) Mencari akar kayu, meracik, mengurut, mengubat orang sakit, meminang orang, menggali kubur dan memandikan jenazah 14. Bagaimanakah Tuk Wali melepaskan geramnya? (m/s 202) Menumbuk dan menendang beg pasir 15. Apakah permintaan Tuk Wali kepada Ripin dan Mariam? (m/s 203) Mengambil alih tempatnya sebagai guru silat 16. Mengapakah Ripin menolak permintaan Tuk Wali (m/s 203) Belum bersedia 17. Nyatakan sejarah Keris Ganja Seiras Naga Berjuang? (m/s 204) Warisan daripada Panglima Kakap dari Batu Sawar 18. Siapakah yang difikirkan layak mewarisi Keris Ganja Seiras Naga Berjuang pada pandangan Tuk Wali? (m/s 205) Ripin 19. Di manakah Tun Wali bercadang untuk mengadakan majlis penyerahan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Ripin? (m/s 206) Di masjid lama 20. Apakah alasan Mariam untuk menolak permintaan Tuk Wali bagi menerima Keris Ganja Seiras Naga Berjuang itu? (m/s 206) Keris itu bukan milik generasi muda sepertinya 21. Siapakah yang datang ke rumah Tuk Wali pada malam itu? (m/s 208) Pemberita Majalah Pejuang iaitu Halim dan Jamil 22. Apakah yang terjadi di sebuah kedai emas menurut cerita Tuk Wali? (m/s 209) Tuk Wali menumpaskan empat orang perompak bersenjata

23. Apakah kisah lain yang lebih hebat pernah dilalui oleh Tuk Wali pada pandangan Ripin? (m/s 211) Tuk Wali berperang mempertahankan kampung daripada serangan komunis 24. Di manakah Tuk wali bertemu jodoh dengan Mak Umi? (m/s 212) Dalam gelanggang silat 25. Siapakah Piee? (m/s 212) Cucu tiri Tuk Wali, penagih dadah, anak Berahim 26. Mengapakah Tuk Wali marah akan Piee? (m/s 214) Masuk ke dalam biliknya dan disyaki ingin mencuri 27. Mengapakah Mak Umi meminta Tuk Wali tidak marah akan Piee di hadapan orang ramai? (m/s 215) Menjaga maruah Piee kerana Piee pun ada maruah 28. Apakah yang dilakukan oleh Tuk Wali kepada empat orang pemuda yang datang untuk belajar bersilat dengannya tetapi bermain gitar di hadapan rumahnya? (m/s 216) Marah dan menampar salah seorang pemuda itu 29. Mengapakah Siak datang untuk bertarung dengan Tuk Wali? (m/s 218) Marah kerana Tuk Wali menampar cucunya 30. Menurut Tuk Wali, sejak bilakah Siak berdendam kepadanya? (m/s 221) Sejak Tuk Wali mengahwini Mak Umi yang merupakan tunang Siak 31. Apakah yang dilakukan oleh Piee ketika Tuk Wali sedang tidur? (m/s 223) Mencuri biola dan sebilah keris 32. Bagaimanakah layanan Tuk Wali terhadap Piee pada pandangan Piee sehingga menimbulkan rasa tidak puas hatinya? (m/s 223) Tuk Wali melayannya seperti sampah 33. Apakah yang telah dilakukan oleh Piee apabila melihat Tuk Wali mengutip biola yang dibuangnya? (m/s 223)

Menikam Tuk Wali 34. Semasa nazak, apakah amanah Tuk Wali kepada Ripin? (m/s 224) Menjaga keris perguruan mereka 35. Apakah yang terjadi kepada Tuk Wali selepas itu? (m/s 224) Tuk Wali meninggal 36. Siapakah yang datang ke situ ketika Ripin memegang keris di sisi mayat Tuk Wali? (m/s 225) Imam dan Siak 37. Apakah tuduhan Imam kepada Ripin? (m/s 225) Ripin yang membunuh Tuk Wali 38. Apakah pula tuduhan Ripin terhadap Siak? (m/s 225) Siak yang membunuh Tuk Wali 39. Mengapakah Mak Umi tidak percaya Ripin membunuh Tuk Wali? (m/s 227) Ripin yang menghantarnya ke rumah Berahim 40. Siapakah yang menghalang Ripin daripada membunuh Siak? (m/s 228) Imam 41. Apakah usaha untuk mengekalkan tradisi silat di negara kita? (KBKK) Mengajar kepada golongan muda, menjadikan aktiviti kokurikulum di sekolah dan IPT, menjelaskan kepentingan silat kepada masyarakat melalui media massa 42. Apakah kepentingan silat kepada masyarakat? (KBKK) Menyihatkan badan, mempertahankan diri, membentuk disiplin 43. Bagaimanakah untuk menghapuskan dendam yang wujud antara Siak dengan Tuk Wali? (KBKK) Tuk Wali mengajar silat kepada cucu Siak, orang disegani oleh keduadua pihak contohnya Penghulu mendamaikan mereka, merapatkan mereka melalui aktiviti di masjid

44. Pada pandangan anda, bagaimanakah hendak memulihkan Piee? (KBKK) Kaunseling, menghantar ke pusat Serenti, mengajar pendidikan agama 45. Wajarkah Siak mendendami Tuk Wali kerana mengahwini Mak Umi yang merupakan bekas tunangnya? Berikan alasan anda. (KBKK) Tidak wajar kerana Mak Umi bukan jodohnya, Tuk Wali lebih hebat daripadanya, mereka semua sudah tua Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. JAMIL: Bravo! Hebat! Tuk memang hebat! Tapi, kalau dia orang melawan tuk masa tu, macam mana? Tuk tembak ke? TUK WALI: Tuk tak tau pun macam mana cara nak gunakan pistol tu! Kalau senapang patah, tuk taulah! HALIM: Tuk memang hebat! Dalam keadaan demam pun tuk dapat kalahkan empat orang perompak bersenjata! TUK WALI: Itu semua kebetulan saja! Kalau disuruh ulang sekali lagi, taubat tuk tak berani! RIPIN: Kisah tuk dengan empat perompak tu tak seberapa, lebih hebat lagi kisah Tuk Wali berperang mempertahankan kampung ini daripada serangan komunis. Ramai yang tumpas dibunuh oleh Tuk Wali. HALIM: Nampaknya, saya kena datang sekali lagi untuk bercerita panjang! (Dipetik daripada Gelanggang Tuk Wali oleh Ismail Kassan dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)Mengapakah dikatakan Tuk Wali hebat? (Pemahaman) (2 markah) Tuk Wali dikatakan hebat kerana ................................................................................... ................................................................................................................. dan .................. ....................................................................................................................................... .....

(ii)Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya untuk memberi penghargaan kepada pejuang negara seperti Tuk Wali? (KBKK) (3 markah) Pada pandangan saya, cara untuk memberi penghargaan kepada pejuang negara seperti Tuk Wali adalah dengan ..................................................................................... .................................................................................................................... dan ............... ....................................................................................................................................... ..... .................................................. Selain itu, ....................................................................... ....................................................................................................................................... ..... (iii)Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan drama.(Komsas) (3 markah) Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita hendaklah ................................... ........................................................................................................................................... . seperti .............................................................................................................................. . ...........................................................................Pengajaran kedua ialah kita ................. .......................................................................................................... seperti .................... ........................................................................................................................................... . ............................................. Pengajaran daripada keseluruhan drama ialah kita ....... ........................................................................................................................................... .

...................... seperti ........................................................................................................ ........................................................................................................................................... .

Anda mungkin juga menyukai