Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI GURU , Ya Allah , Tuhan Semesta Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah

a Allah , Tuhan Semesta Alam , Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru (2012) peringkat Sekolah (SMK KEMENA) pada pagi yang berbahagia ini Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid , Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata . Ya Allah , Ya Mudabbiral amri , Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada kami terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana kami mengasihi dan menyayangi anak- anak kami sendiri , kurniakanlah kepada kami kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya . Ya Allah , Ya Mukawwiral laili wan nahar , Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya Engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan dapat menjadikan anak didik kami yang sentiasa menghormati kami , mendengar tunjuk ajar daripada kami , kami sentiasa

mengharapkan teguran dan bimbingan, semoga kami menjadi guru yang sempurna dan berguna kepada agama , bangsa dan negara tercinta .

Anda mungkin juga menyukai