Anda di halaman 1dari 2

Soalan 1 : briefly discuss the following claim : school are the main cause of educational underachievement among working-class

pupils. -sekolah adalah punca utama kelemahan pelajaran di kalangan murid-murid kelas pekerja.Pendidikan merupakan satu perkara yang amat penting dalam kehidupan. Tanpa ilmu, individu itu tidak dapat menjalankan fungsi dan tugasnya sebagai insan yang bernama manusia. Apabila mengimbau kembali sejarah perkembangan pendidikan di Malaysia. Bermula pendidikan sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan masing masing mempunyai pusat atau tempat yang tertentu sebagai wadah pengajian menuntut ilmu. Modenisasi menamakan tempat menuntut ilmu secara rasminya adalah sekolah. Menurut Amir Hasan Dawi (2006), peranan sekolah sebagai agen kawalan sosial sama ada ianya secara formal ataupun informal adalah sangat nyata. Kurikulum sekolah Malaysia yang disesuaikan dengan masyarakat makro telah mengambil kira fungsi sekolah sebagai agen kawalan social. Kurikulum sekolah telah mendedahkan kepada murid-murid perlakuanperlakuan yang patut dan tidak patut. Misalnya melalui penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran. Nilai-nilai yang diterapkan adalah bersesuaian dengan norma-norma masyarakat dan ideologi negara. Menurut ahli Fungsionalisma dalam Judson (2000), mereka menganggap bahawa sekolah mempunyai beberapa fungsi. Di antara fungsi-fungsinya adalah membangunkan pengetahuan baru dan menyediakan penemuan saintifik, melihat,mencungkil dan meneroka bakat dan kebolehan murid-murid, menghasilkan murid yang berkemahiran kognitif,membentuk ilmu kewarganegaraan dalam masyarakat luar yang kompleks, menyediakan percampuran perbezaan kelas sosial dan kumpulan etnik serta yang paling utama adalah menyalurkan dan memberikan pemahaman tentang budaya merentasi masyarakat. Walau bagaimanapun, jika dilihat kini, sekolah kurang berperanan dalam menyumbangkan kemajuan akademik murid. Khususnya murid dari kelas pekerja. Ini dapat dibuktikan bahawa setiap silibus yang di ajar lebih menjurus kepada pengetahuan yang dikuasai oleh murid kelas menengah. Hal ini menyebabkan berlakunya disfungsi dan sekaligus menyebabkan konflik interaksi yang ketara. Apabila keadaan ini berlaku, murid kelas pekerja akan terus ketinggalan dan murid kelas menengah akan terus meningkat naik. Akibatnya banyak keciciran berlaku dan masing-masing tidak menyedarinya secara langsung.

Di sinilah sebenarnya guru berfungsi atau berperanan dalam menyamoaikan wadah ilmu dengan lebih setara dan saksama menggunakan bahasa yang murid kelas pekerja mudah difahami. Guru juga berperanan utama dalam mengurangkan jurang komunikasi dan interaksi antara murid kelas menengah dan kelas pekerja supaya semua murid tidak ketinggalan dan tidak keciciran. Oleh yang demikian, masalah kelemahan dalam pelajaran di kalangan murid kelas pekerja dapat di atasi dengan lebih sempurna dan berhemah.

Rujukan

Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjong Malim : Quantum Books.

Judson, R. L. (2000). Sociology : Concepts & characteristics. USA : Wadsworth Education.

Anda mungkin juga menyukai