Anda di halaman 1dari 2

Ibu merupakan insan yang paling mulia dalam kehidupan kita.

Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga kita dilahirkan begitu besar dan tinggi nilainya. Ibulah yang bertanggungjawab mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Ibu juga sanggup mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk masa depan anak-anak.Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan oleh ibu kita, beliaulah yang memberi susu kepada kita, menyuap makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita, menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di kemudian hari. Betapa besarnya pengorbanan ibu, namun persoalannya kini, bagaimana pula pengorbanan anak untuk menghargai dan membalas balik jasa serta pengorbanan ibu yang tidak terhitung ini. Ada anak-anak yang sanggup membuang dan menyisih ibunya.Mereka ini sanggup meninggalkan ibu di rumah kebajikan atas alasan tidak sanggup melayan kerenah ibu yang semakin tua.Perbuatan mereka seperti kacang lupakan kulit. Sebagai seorang anak yang taat,kita haruslah menzahirkan perasaan kasih sayang terhadap ibu setiap masa. Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas terhadap ibu harus disemaikan dalam jiwa kita sepanjang hayat kita.Dekad ini,kita sering mendengar dan melihat melalui media massa tentang warga tua yang diabaikan dan ditinggalkan oleh anak sendiri.Perbuatan anak-anak mereka seumpama madu yang diberi oleh ibu tetapi dibalas dengan tuba.Banyak jasa dan kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu terhadap kita.Lantaran itu,kita harus membalas budi mereka.Sebagai contoh,kita boleh memaparkan perasaan kasih sayang kita dengan menghulurkan bantuan apabila ibu memerlukan bantuan.Selain itu,kita sepatutnya sentiasa mengambil berat terhadap ibu dan menunjukkan perasaan hormat terhadap beliau. Seterusnya,kita sepatutnya menyuntik nilai bertanggungjawab dalam sanubari kita.Seseorang individu haruslah menunjukkan kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.Ibu merupakan anugerah Tuhan kepada kita.Oleh itu,kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ibu sekiranya beliau telah berumur.Ibu sanggup melakukan segala-galanya demi anak mereka dan sebagai anak yang bertanggungjawab,kita sepatutnya membalas jasa mereka.Ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta,kesenangan dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan ibu. Tanpa ibu, kita tidak dapat melihat dunia ini.Tanpa nasihat dan pengorbanan ibu kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap ibu. Ini sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak untuk membalas jasa ibu. Di samping itu,kita hendaklah menanam nilai tanggungjawab terhadap keluarga.Apakah maksud tanggungjawab terhadap keluarga? Tanggungjawab terhadap keluarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia,meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.Sebagai seorang anggota keluarga,kita memainkan peranan yang signifikan untuk melahirkan sebuah keluarga yang bahagia dan sejahtera.Misalnya,kita harus membantu ibu untuk menjaga adikberadik yang masih kecil.Kita haruslah sentiasa bertolak ansur agar dapat mengelakkan pertelingkahan dan pergaduhan antara adik-beradik.Selain daripada berbaik-baik dengan adik-beradik,kita perlulah menunjukkan tingkah laku yang bersopan santun.Hal ini penting untuk menjaga dan meningkatkan nama baik keluarga.

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang seorang ibu mengatasi segalanya, tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang ringgit. Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun sesaat, kadang-kala ibu tidak dapat menyuap makanan ke mulutnya dan melelapkan matanya kerana teringatkan anak-anaknya ini dan ada ketikanya air mata berlinangan mengalir membasahi dipipinya kerana mengenang dan merindui akan anak-anak. Ambillah kesempatan yang ada semasa hidup sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.

Anda mungkin juga menyukai