Anda di halaman 1dari 18

Bertaqwakah Kita?

Apa erti taqwa


Professor Hamka dalam tafsir Al-Azhar mendefinisikan taqwa dengan kata wiqayah iaitu :Memelihara hubungan baik dengan Allah. Memelihara diri jangan sampai terperosok kepada sesuatu perbuatan yang tidak diredhai Allah. Memelihara segala perintah-Nya supaya dapat dilaksanakan dengan baik.
2

Hadis riwayat Abu Hurairah, yang ditanya tentang erti taqwa. Beliau menjawab pernahkah engkau bertemu jalan yang banyak duri dan bagaimana tindakanmu pada waktu itu? Orang itu menjawab, apabila aku melihat duri, aku mengelak ke tempat yang tidak ada durinya atau aku langkahinya atau aku mundur. Jawab Abu Hurairah, itulah Taqwa
3

Imam At-Tabari mendefinisikan taqwa dan orang-orang yang bertaqwa sebagai orang yang menjaga dan melindungi dirinya dari melakukan apa yang ditegah oleh Allah dan menjauhi maksiat, melakukan apa yang Allah perintah dari perkara-perkara wajib.

Sebahagian mufassirin memahamkan taqwa sebagai: Allah Taala harus ditaati, tidak boleh dimaksiati, harus diingati tidak boleh dilupai, harus disyukuri tidak boleh dikufuri.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w pernah bersabda : taqwa itu disini. Sambil mengisyaratkan dengan tangannya ke dada sebanyak tiga kali.

Maknanya, taqwa bermula dihati yang dipancari dengan cahaya iman, diwarnai dengan al-Quran, dihiasi dengan rasa takut dan mengharap serta dibungai dengan rasa syukur ke atas nikmat kurniaan Allah swt lantas dijelmakan dalam amalan kehidupan.

Siapakah orang yang bertaqwa?

1. Orang yang bertaqwa mendirikan solat dengan khusyuk. Bersegera dalam menunaikan perintah-Nya.

2. Orang yang bertaqwa menangis bukan kerana hal-hal dunia tetapi menyesali dosa yang pernah dilakukannya biarpun dosa kecil.

10

3. Orang yang bertaqwa celik mata hatinya, mudah menerima kebenaran. 4. Orang yang bertaqwa menjadi pemimpin yang adil dan bertimbang rasa. Merasa insaf bahawa sebenarnya ia sedang memikul amanah dan tanggunjawab yang besar.

11

5. Orang yang bertaqwa jika ia kaya, ia akan jadi seorang yang pemurah. Harta orang bertaqwa untuk membantu orang susah, fakir miskin, anak yatim dan janda yang susah.

12

- Firman Allah swt

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu memberitahu; Demi sesungguhnya! jika kamu bersyukur akan ku tambahkan nikmatKu bagi kamu, dan sekiranya kamu kufur sesungguhnya azabku amat kuat
13

6. Orang yang bertaqwa jika diberi pangkat dan kedudukan digunakan untuk mentaati Allah. Menegakkan Amar Makruf Nahi Munkar.

14

9. Orang yang bertaqwa akan bersabar apabila menerima ujian dan dugaan

15

Penutup
Taqwa adalah anak kunci kebahagiaan hidup dunia, kejayaan hidup diakhirat. Pentingnya sifat taqwa dicari dan diusahakan.

16

Tahukah Anda?
Siapakah orang yang kuat? Siapa pula orang yang lemah ?

17

Jawapannya
Rasulullah S.A.W. bersabda, Orang yang kuat bukanlah orang yang mampu mengalahkan lawannya. Sesungguhnya orang yang kuat adalah orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah. (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.) Rasulullah juga bersabda: Orang yang lemah adalah orang yang menyerahkan dirinya kepada hawa nafsunya dan banyakberangan-angan kepada Allah. (HR Ahmad dan Tirmidzi dari Syadad Bin Aus)

18

Anda mungkin juga menyukai