Anda di halaman 1dari 7

UNIT 1 ASAS MEKANIKAL DAN ELEKTRO MEKANIKAL

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Mengenalpasti komponen sistem mekanikal dan elektromekanikal 2. Memahami perbezaan antara jenis-jenis gerakan dan kelajuan gerakan 3. Membincangkan mekanisme pergerakan mekanikal dan pergerakan elektromekanikal 4. Memahami dan membincangkan tentang takal dan tali sawat serta aplikasinya dalam menukar kelajuan 5. Mengenalpasti jenis-jenis gear dan membandingkan fungsi serta kegunaannya

PENGENALAN
Apakah itu sistem mekanikal? Sistem mekanikal boleh menghasilkan daya dan seterusnya menyebabkan pergerakan. Dari manakah daya tersebut terhasil? Bagaimanakah pemindahan kuasa berlaku? Apakah perbezaan antara sistem mekanikal dan elektromekanikal? Adakah sistem mekanikal boleh bertukar menjadi sistem elektromekanikal?

Apabila kita merujuk pada Kamus Dewan Edisi Ketiga, pergerakan ditakrifkan sebagai sesuatu perbuatan bergerak. Di dalam Kamus Pelajar pula, fenomena pergerakan ditakrifkan sebagai suatu keadaan bergerak. Oleh itu, secara keseluruhannya pergerakan dapat ditakrifkan sebagai suatu keadaan yang bergerak dari satu titik ke titik yang lain. Dalam asas elektro mekanikal dan enjin, terdapat dua jenis pergerakan yang akan dipelajari, iaitu pergerakan mekanikal dan juga pergerakan elektro mekanikal.

Di dalam unit ini, bahagian pertama yang akan diterangkan adalah tentang pergerakan mekanikal. Pergerakan mekanikal ialah mekanisma atau sistem yang membolehkan sesuatu objek berfungsi, bergerak atau berputar. Pergerakan mekanikal boleh dihasilkan secara manual, melalui penggunaan enjin atau motor elektrik. Pergerakan mekanikal secara manual dikendalikan dengan tangan atau tenaga fizikal manusia. Alatan-alatan yang boleh kita perhatikan untuk memahami pergerakan mekanikal yang memerlukan pergerakan secara manual ialah gerudi tangan, basikal, pemutar skru dan sebagainya. Kesemua alatan ini harus dikendalikan dengan menggunakan tenaga manusia tanpa melibatkan tenaga elektrik. Mari kita lihat bagaimana pergerakan mekanikal yang menggunakan enjin. Pergerakan yang dihasilkan

oleh enjin adalah hasil dari penggunaan tenaga kimia. Petrol atau diesel yang digunakan adalah sumber tenaga kimia dan ia akan ditukarkan kepada tenaga haba dan tenaga kinetik untuk menggerakkan enjin. Contohnya, barangan yang bergerak dengan menggunakan pergerakan mekanikal enjin ialah mesin pemotong rumput, motosikal dan contoh yang paling baik adalah kereta. Jikalau dilihat kepada aspek tersebut dengan lebih dekat, enjinlah yang bertindak sebagai mekanisma untuk menggerakkan barangan tersebut.

Selain dari petrol atau diesel yang menjadi sumber tenaga kimia kepada enjin terdapat beberapa bahagian-bahagian enjin yang lain yang penting untuk kita pelajari dalam unit-unit yang akan datang. Satu lagi pergerakan mekanikal yang tidak menggunakan enjin tetapi menggunakan tenaga elektrik untuk menghasilkan pergerakan juga adalah salah satu fakta yang perlu kita ketahui di dalam unit ini. Pergerakan ini dilakukan dengan aplikasi motor elektrik. Pergerakan yang dihasilkan oleh motor elektrik ini akan mempunyai satu litar elektrik yang menbolehkan tenaga elektrik dipindahkan dari sumbernya kepada bahagian yang melakukan kerja. Contoh barangan yang menggunakan motor elektrik ialah mesin gerudi mudah alih dan kipas elektrik.

ISI KANDUNGAN

Pergerakan mekanikal

Secara amnya pergerakan mekanikal boleh dibahagikan kepada dua. Pergerakan lurus adalah salah satu dari pergerakan yang akan kita bincangkan dalam bahagian ini. Mengapakah kita kata pergerakan itu lurus? Apabila kita membekalkan daya kepada sesuatu alatan, cara pergerakan yang berlaku adalah dalam satu haluan yang lurus. Jika kita melihat kepada pergerakan pusingan pula, Ia akan berlaku dalam gerakan bersudut 3600. Kriteria ini yang membezakan pergerakan lurus dengan pergerakan pusingan. i) Pergerakan lurus

Pergerakan lurus ialah pergerakan yang berlaku apabila sesuatu objek yang telah dikenakan daya bergerak dalam satu yang garis lurus iaitu gerakan itu mungkin berlaku ke atas atau ke bawah daripada titik pegunnya. Selain pergerakan atas dan bawah, objek yang sama itu boleh bergerak ke hadapan atau juga ke belakang. Dalam konteks ini, pergerakan yang lurus itu boleh dikatogerikan kepada dua arah pergerakan, iaitu arah positif dan arah negatif.

ii)

Pergerakan pusingan

Pergerakan pusingan ialah pergerakan yang berlaku terhadap sesuatu objek yang bergerak pada paksi tetap mengikut satu jejari secara berpusingan. Pergerakan mekanikal ini digunakan dalam kehidupan seharian untuk memudahkan kerja manusia. Sistem pergerakan mekanikal yang digunakan dalam kehidupan seharian biasanya menggabungkan kedua-dua pergerakan yang telah diterangkan di atas, iaitu pergerakan lurus dan pergerakan pusingan. Secara amnya, pergerakan mekanikal digunakan untuk memindahkan suatu pergerakan iaitu input melalui proses untuk menghasilkan suatu pergerakan yang lain iaitu output.

Daya dan pergerakan

Sistem kawalan mekanikal

Daya dan pergerakan

Contoh pemindahan gerakan putaran kepada gerakan lurus ialah terdapat pada sebatang glu atau pewarna bibir dan juga turut terdapat pada jek kereta. Pemindahan gerakan ini dapat dihasilkan melalui pergerakan mekanikal atau elektro mekanikal.

Rajah menunjukkan sebatang glu yang boleh menghasilkan gerakan pusingan yang menyumbang kepada gerakan lurus

Pergerakan elektro mekanikal

Setelah kita mempelajari tentang pergerakan mekanikal, mari kita lihat tentang pergerakan elektro mekanikal. Perkataan elektro memberi erti pengunaan elektrik. Pergerakan elektro mekanikal menggunakan komponen elektronik dalam operasi mekanismanya. Komponen elektronik ini dibina dengan alat-alat elektrik yang disambungkan dengan menggunakan wayar elektrik. Dalam hal ini, produk elektromekanikal menggunakan tenaga elektrik bagi menghasilkan outputnya. Produk elektromekanikal juga menggunakan suatu sistem pemprosesan yang bermula daripada tenaga elektrik atau daya sebagai input dan melalui satu proses yang menggunakan sistem elektro mekanikal dan seterusnya menunjukkan hasilan yang dipanggil output.

Tenaga elektrik atau daya

menggunakan sistem elektro mekanikal

penghasilan

Contoh produk elektro mekanikal ialah kamera, pemacu cakera padat, robot dan alat permainan.

Terangkan persamaan dan perbezaan antara sistem mekanikal dan sistem elektromekanikal

Mekanikal

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Elektromekanikal

___________________________________________________________________

___________________________________________________________________

Dapatkah anda menerangkannya dengan mudah? Jika ya, anda sudah bersedia untuk perbincangan kita seterusnya. Jika anda masih kabur, apa kata anda lihat semula penerangan dalam subtopik pergerakan mekanikal dan pergerakan elektromekanikal

Takal Selepas kita memahami tentang jenis-jenis pergerakan dan contoh-contohnya, kita boleh meneruskan pembelajaran kita ke subtopik yang seterusnya iaitu, objek atau peralatan yang terlibat dalam pergerakan. Takal dengan tali sawat adalah suatu peralatan yang membantu pergerakan untuk memudahkan manusia melakukan kerja.

Apakah itu takal? Adakah takal menolong kita dalam kehidupan seharian? Bagaimanakah takal digunakan? Bolehkah kita menggunakan takal untuk semua kerja atau dalam semua peralatan?

Takal adalah roda yang mempunyai satu atau lebih slot yang digunakan bersama dengan tali sawat. Tali sawat akan disambungkan pada slot takal dengan ketat supaya ia mempunyai geseran yang maksima. Geseran ini adalah penting kerana, apabila tali sawat bergerak, ia akan menggerakkan takal bersama untuk memberi kesan output kepada peralatan. Rajah di bawah menunjukkan contoh penggunaan takal dan tali sawat. Penggunaan takal dan tali sawat pada rajah tersebut dapat membantu untuk mengangkat batu yang berat itu.

Rajah menunjukkan takal dan tali sawat serta penggunaannya

Fungsi takal Takal dan tali sawatnya banyak membantu manusia dalam kehidupan seharian. Ia juga banyak terdapat dalam peralatan-peralatan mekanikal dan elektromekanikal. Fungsi takal dan tali sawat yang membolehkan kita menggunakannya dalam pelbagai barangan adalah

i)

Takal dapat memudahkan kerja mengangkat barang-barang yang berat, iaitu barang-barang yang susah dipikul oleh seorang manusia. Fungsi ini membantu kita untuk menjimatkan tenaga fizikal dan juga dapat membantu mengangkat barangan yang tidak mungkin dipikul oleh seorang atau sekumpulan manusia. Contohnya dengan adanya kren, bangunan yang tinggi dapat dibina kerana barangan yang berat dapat diangkat dan dipindahkan kepada satu aras yang sangat tinggi.

ii)

Ia mengubah arah gerakan daya

Rajah menunjukkan seorang lelaki mengangkat satu kotak dengan bantuan takal dan tali sawat

iii)

Takal juga dapat melakukan pemindahan kuasa iaitu pemindahan kuasa berlaku daripada satu titik ke titik yang lain

Rajah menunjukkan satu kren yang dapat berfungsi untuk mengangkat barangan yang berat untuk satu aras yang tinggi

Takal dan tali sawat dalam proses pengawalan kelajuan

Kita telah mengetahui tentang fungsi-fungsi takal dan tali sawat dalam membantu manusia melakukan kerja. Selain daripada fungsi-fungsi tersebut, terdapat satu lagi fungsi yang dapat dilakukan oleh takal dan tali sawat, iaitu proses penukaran kelajuan. Rajah di atas memberikan satu gambaran yang jelas tentang bagaimana proses penukaran kelajuan ini dapat

dilakukan dengan menggunakan takal yang berlainan saiz. Ia juga menunjukkan bagaimana tali sawat merupakan alatan yang akan menghubungkan takal pemacu dengan takal yang dipacu. Rajah menunjukkan takal dengan tali sawat

Takal pemacu adalah bahagian yang disambung pada bahagian input iaitu bahagian yang membekalkan tenaga elektrik dan takal yang dipacu pula disambungkan pada bahagian output. Selain itu, takal juga merupakan satu jentera asas dalam pergerakan mekanikal dan elektro mekanikal. Dalam hal ini, takal berfungsi untuk memindahkan gerakan dan kuasa. Pemindahan kuasa ini dapat dilakukan apabila terdapat kedua-dua takal dan juga tali sawat disambungkan bersama. Jika kita merujuk kepada rajah di atas kita dapat melihat bahawa, kelajuan pergerakan dapat ditukar apabila kita dapat mengubah kedudukan tali sawat pada takal pemacu dan takal dipacu.

Jenis pergerakan ini digunakan pada mesin jahit, mesin gerudi lantai, tiang bendera dan juga lif. Jadual dibawah menunjukkan kedudukan tali sawat dan kelajuannya pada kedudukan tertentu. Dengan memahami jadual di bawah, kita dapat mengaplikasinya apabila kita hendak menhasilkan satu barangan baru yang memerlukan penukaran kelajuan dalam tindakannya.

Jadual menunjukkan perkaitan antara kedudukan tali sawat pada pemacu input dan output dengan kelajuan gerakan Kedudukan tali sawat Paling bawah Tengah-tengah Kelajuan Paling rendah Sederhana

Anda mungkin juga menyukai