Anda di halaman 1dari 3

GAYA HIDUP SIHAT Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa

kesan yang positif kepada seseorang individu , institusi keluarga dan juga masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan salah satu aspek yang penting dalam menjaga tahap kesihatan seseorang. Antara contoh amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan manusia di sekeliling, kebersihan dari segi mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif ini membawa kepada banyak manfaat dan kebahagian kepada kehidupan kita. Kepentingan Gaya Hidup Sihat. a) Memastikan tahap kesihatan yang baik Kebaikan utama gaya hidup yang sihat ialah amalan yang membina ini sentiasa memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya hidup sihat selalu memberi faedah kepada kecergasan fizikal. Misalnya , dengan melakukan aktiviti senaman secara kerap , kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat dan menceriakan. Senaman seperti bersukan, berekreasi, bersenam robik, berjalan dan berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas dan sistem peredaran darah menjadi lebih teratur. Pada masa yang sama, sistem imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina. Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang sihat juga menggurangkan risiko menghadapi penyakit berbahaya. Sebagai contohnya, apabila kita sering melakukan senaman ataupun mengambil makanan dengan kadar nutrisi yang betul, maka kita dapat mengelakkan diri daripada pendedahan kepada penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung sering mencari mangsa yang kurang mengamalkan amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan makan makanan yang berkolestrol. b) Menstabilkan kesihatan mental dan mengurangkan tekanan Seterusnya, gaya hidup sihat juga menjamin kestabilan kesihatan mental serta sentiasa mengawal ataupun mengurangkan tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat

dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan tubuh badan serta minda. Dengan bersikap lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolism juga dapat dijalankan dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif mampu memberi jalan penyelesaian bagi kemelutkemelut yang serius tanpa mengadapi tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh menjuruskan kepada masalah mental ataupun masalah sosial seperti pembuangan bayi, vandalisme dan sebagainya. c) Mendisiplinkan masyarakat Pada masa yang sama, gaya hidup yang sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya. Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan mengutamakan kebersihan , maka kita dapat menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup dalam suasana yang sihat dan harmoni. Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta persekitaraan melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah-sarap dalam tong sampah akan membentuk disiplin dan peribadi seseorang. Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain. a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup sihat dapat melahirkan sebuah negara yang maju. b) Mewujudkan keluarga yang dapat memenuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, sosial, dan psikologi secara optimum. c) Mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat. d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja.

Sejak awal 2007, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM180 juta atau 20% daripada bajet tahunan berjumlah RM900 juta bagi tujuan kos ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti diabetes, kolestrol yang tinggi dan sebagainya (Kosmo, 18 Mac 2009). Ini menunjukkan keprihatian pihak kerajaan dalam menjamin kesihatan rakyat Malaysia. Antara salah satu aspek yang perlu ditekankan dalam amalan gaya hidup sihat ialah penjagaan kesihatan dan pemakanan. Penjagaan kesihatan dan pemakanan saling berkaitan antara satu sama lain kerana makananan yang baik dan halal dapat menjamin kesihatan yang baik. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa, dan negara. Keseimbangan kesihatan dan pemakanan dalam gaya hidup seseorang memainkan peranan penting dalam amalan harian mereka. Apabila seseorang itu mengamalkan pemakanan yang seimbang secara tidak langsung telah mengamalkan penjagaan kesihatan kerana makanan itulah yang akan menentukan tahap kesihatan seseorang. Seseorang itu akan dapat merasai betapa berharganya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT melalui kesihatan yang baik.