Anda di halaman 1dari 21

SIRI PANDUAN PENGURUSAN PERIBADI Blogger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.PemikirKaya.

com

Khairulnahar

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

5 Cara Menetapkan
Matlamat Yang POWER!
Sekiranya Anda Memilki Matlamat Dan Serius Untuk Mencapainya, Bertindaklah dan Lakukan 5 Cara Ini!

Khairulnahar a.k.a Thinkerich www.PemikirKaya.com

EBOOK INI ADALAH PERCUMA !


[YA] boleh diberikan percuma kepada orang lain. [YA] boleh dipakejkan di website/email anda [YA] boleh diberikan sebagai hadiah atau bonus [YA] boleh diletakkan di dalam web forum, portal & komuniti [TIDAK] boleh dijual semula sebagai Master Resale Rights [TIDAK] boleh mengedit apa jua isi kandungan dalam ebook ini [TIDAK] boleh copy/paste isi kandungan ebook ini ke tempat lain [TIDAK] boleh dijual semula di web lelong atau shopping cart

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER!


Oleh : Khairulnahar a.k.a Thinkerich

Diterbitkan oleh: Thinkerich Enterprise Untuk : www.pemikirkaya.com Hak Cipta Disember 2008-2009 oleh PemikirKaya.com

Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

EBOOK INI ADALAH PERCUMA BUKAN UNTUK DIJUAL

Anda adalah digalakkan supaya menyebarkan Laporan ini kepada semua supaya mereka mendapat manfaat dan faedah dari kandungannya! Laporan ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan,liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Untuk pelbagai info Motivasi : Kekayaan, Kewangan & Peribadi yang lebih berinspirasi, sila lawati www.pemikirkaya.com

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Salam sejahtera, Ramai yang mempunyai cita-cita dan matlamat yang besar untuk mencapai impian yang mereka idam-idamkan. Namun begitu, ianya mungkin hanya tinggal impian jika mereka tidak tahu cara bagaimana untuk menetapkan matlamat yang khusus untuk mencapainya. Ada yang menetapkan matlamat sekadar membayangkannya di dalam kepala, ada juga yang menulisnya di atas kertas, bahkan ada yang memaparkannya di skrin komputer masing-masing. Tindakan tersebut sememangnya bagus, tetapi persoalannya, adakah ianya memadai dan berkesan? Biar saya beritahu kepada anda, kebanyakannya tidak berkesan! Kenapa? Ini kerana menetapkan matlamat bukan sekadar membayangkan di dalam kepala atau menulisnya di atas kertas, tetapi lebih daripada itu! Ini kerana, untuk menetapkan matlamat yang berkesan, maka anda perlukan panduan dan bimbingan khusus supaya ia menjadi matlamat yang POWER! Menyedari hakikat dan keadaan tersebut, maka saya telah menjalankan kajian dan penyelidikan dan mendapati terdapat 5 cara dan langkah yang perlu diambil dalam Menetapkan Matlamat bagi memberikan keputusan yang berkesan. Saya namakannya sebagai 5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER! untuk panduan dan rujukan anda semua. Saya juga amat menyarankan agar anda kongsikan maklumat yang saya sediakan ini kepada seramai yang mungkin agar lebih ramai mendapat manfaatnya. Selamat membaca dan mengamalkannya. Salam kekayaan,

Thinkerich
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Bloger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.pemikirkaya.com
4

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

5 CARA MENETAPKAN MATLAMAT YANG POWER!

Terlalu ramai yang menetapkan matlamat dalam hidup mereka, tetapi kajian mendapati kebanyakan matlamat yang dibuat itu tidak banyak yang tercapai. Bahkan ada di antaranya jauh tersasar daripada matlamat yang telah ditetapkan sebelum itu. Mengapa perkara sedemikian sering terjadi? Salah satu sebabnya berpunca daripada kurangnya pengetahuan tentang cara dan kaedah sebenar dalam menetapkan sesuatu matlamat agar ianya dapat memberi keputusan yang berkesan dan Power! Ianya mungkin terjadi kerana tiadanya panduan dan bimbingan yang khusus diberikan kepada mereka dalam bagi menetapkan matlamat masing-masing. Matlamat yang dibuat sebelum ini hanyalah berdasarkan apa yang mereka inginkan sahaja. Kesudahannya matlamat tersebut tidak mampu memotivasikan mereka, jauh sekali untuk mencapainya! Apabila menetapkan matlamat, anda tidak boleh sekadar berharap matlamat yang anda tetapkan menjadi realiti atau tercapai dengan hanya menulis dan mencatatkan di atas kertas, dan kemudian berharap ianya berlaku dengan sendirinya! Mustahil ianya tidaka akan berlaku sedemikian rupa! Ini kerana bagi memastikan matlamat yang anda tetapkan itu berjaya maka anda perlulah mengambil tindakan berikut:5

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #1 : MATLAMAT MESTILAH SPESIFIK & BOLEH DIUKUR

Salah satu sebab utama ramai di antara kita tidak pernah berjaya mencapai matlamat yang diimpikan adalah kerana mereka sebenarnya tidak tahu apa yang mereka inginkan! Ya, saya ulangi sekali lagi! Sebenarnya mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka inginkan! Seringkali apabila saya bertanya kepada seseorang, apa yang mereka ingin capai 10 tahun dari sekarang?

Di antara jawapannya;Saya ingin mempunyai wang yang banyak! Saya ingin mendapat pekerjaan yang lebih baik! Saya ingin hidup senang dan bahagia Saya mahu berjaya dalam hidup! Saya ingin menjadi Kaya!

Itulah di antara jawapan yang selalu saya terima, dan sekiranya anda selidiki kesemua jawapan yang diberikan, anda akan dapati ianya terlalu umum, tidak spesifik,tidak khusus, tidak tepat dan terlalu sukar untuk diukur!
6

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Lalu saya bertanya lagi untuk mendapatkan jawapan yang lebih khusus dan spesifik ;

Berapa banyak jumlah wang yang anda mahukan? Pekerjaan apakah yang anda rasakan yang lebih baik daripada sekarang? Kehidupan senang dan bahagia yang bagaimana yang anda impikan? Apa yang anda maksudkan dengan berjaya dalam hidup? Berjaya dalam bidang apa? Menjadi kaya? Berapakah jumlah kekayaan yang anda mahukan?

Anda tahu apakah respon atau maklumbalas yang diberikan oleh kebanyakan oleh mereka selepas saya bertanyakan persoalan tersebut? Mereka kebingungan??? Mereka menggaru-garu kepala!

Mereka merenung dan membalik bola mata ke atas seolah-olah berfikir mencari jawapan yang sebenarnya mereka sendiri tidak pasti !!! Mereka tidak tahu apa yang ingin dijawab! Hmm..Hmmm..???

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Mereka sebenarnya tiada jawapan! Berdasarkan kajian pakar-pakar psikologi ke atas perilaku ini, salah satu sebab utama ramai yang tidak memberikan jawapan yang khusus dan tepat adalah kerana mereka takut untuk membuat KOMITMEN! Ya, mereka tidak berani untuk melakukan apa yang mereka tetapkan dalam matlamat tersebut kerana mereka takut akan KECEWA jika sekiranya apa yang mereka tetapkan itu tidak berjaya dicapai! Maka sebab itulah mereka dengan mudah memberikan jawapan yang UMUM, supaya ianya tidak boleh diukur dan dikenalpasti. Jadi jika anda benar-benar serius dan ingin mencapai apa yang anda impikan dengan matlamat yang telah anda tetapkan, maka anda perlu sediakan matlamat yang khusus! Sebagai contohnya sekiranya anda mempunyai matlamat seperti berikut;-

Saya ingin mempunyai wang yang banyak! Anda perlu nyatakan berapa banyak jumlah wang yang anda mahukan! Kenapa saya berkata begitu? Ini kerana saya tidak pasti bagaimanakah anda mengukur wang yang banyak itu? Kerana banyak itu terlalu umum dan subjektif! Bagi seorang yang miskin RM10,000 mungkin banyak bagi mereka.

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Bagi mereka yang sederhana pula, RM100,000 mungkin suatu jumlah yang banyak! Jadi anda kena tentukan dengan tepat dan khusus agar anda tahu untuk meletakkan jalan dan strategi untuk memperolehinya. Katakan anda ingin mengumpul RM200,000 dalam Tabung Simpanan Unit Amanah Saham Bumiputra anda 10 tahun dari sekarang, maka tetapkan jumlah itu sebagai matlamat khusus anda untuk mempunyai wang yang banyak! Dengan cara ini anda akan lebih bermotivasi untuk mencapainya kerana anda ada petunjuk yang jelas ibarat Kompas yang sentiasa membantu anda membetulkan arah dan destinasi anda setiap kali anda tersilap arah. Secara tidak langsung apabila anda telah mempunyai arah yang ingin dituju maka anda akan bersedia untuk merangka rancangan bagaimana untuk mencapainya. Sebagai contoh anda boleh menetapkan matlamat yang jauh lebih kecil setiap tahun seperti mengumpul RM20,000 setahun! Bukankah ianya nampak lebih mudah dan teratur? RM200,000 / 10 tahun = RM20,000 Maka setiap awal tahun, anda sudah boleh bersedia dan mengambil komitmen dengan meletakkan sasaran tahunan simpanan wang anda sebanyak RM20,000 setahun! Bagaimana untuk memperolehi simpanan tersebut maka anda perlulah mempunyai strategi yang khusus untuk memperolehinya. Bagaimana strategi tersebut saya tidak akan bincang

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

dalam ebook ini, tetapi anda harus ingat satu perkara yang tidak boleh anda lupakan sama sekali! TIADA YANG MUSTAHIL DALAM HIDUP INI! Cuma anda perlukan strategi yang betul dan sentiasa bijak merubah strategi dari masa ke semasa sehinggalah anda berjaya mencapai matlamat anda! Jika matlamat itu tidak tercapai sebagaimana yang telah anda tetapkan jangan kecewa dan berputus asa! Teruskan berusaha dan cuba lagi! Tukar strategi yang baru dengan pendekatan yang berlainan dan berbeza. Anda harus ingat! Jika anda masih menggunakan cara yang sama, strategi yang sama dan tindakan yang sama MAKA anda akan mendapat HASIL yang SAMA! Jika anda hanya mampu menyimpan RM10,000.00 setahun, sedangkan matlamat anda RM20,000 maka anda kena berusaha dengan lebih kuat dan bijaksana untuk mendapatkan tambahan lagi RM10,000.00 setahun! Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan Kerja Part Time dan dalam masa yang sama boleh menjalankan Bisnes Part Time dan juga bina Pendapatan Pasif daripada Pendapatan Aktif sebagaimana yang saya dedahkan dalam Buku Bajet Wang - 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang! Ingat! Apabila anda menetapkan matlamat, biasanya anda tidak akan terus mencapainya! Itu bukan suatu masalah sebenarnya! Apa yang LEBIH penting adalah anda sentiasa berusaha untuk mencapai Matlamat tersebut! Perbaiki strategi anda, ambil tindakan baru yang berbeza dan berlainan sehingga akhirnya anda mencapai Matlamat Anda!
10

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #2 : MATLAMAT MESTILAH MENCABAR & MENARIK!

Ramai yang menetapkan matlamat yang tidak mencabar dan tidak menarik untuk mereka capai. Yang manakah lebih menarik dan mencabar? Meningkatkan pendapatan anda 10% atau meningkatkannya 2 kali ganda? Yang manakah lebih memotivasikan anda? Mencapai kebebasan kewangan dalam masa 10 tahun atau 20 tahun dari sekarang? Sebab utama ramai orang tidak begitu bermotivasi atau terdorong untuk mencapai matlamat mereka berpunca daripada matlamat yang kurang menarik dan kurang mencabar! Manusia akan menjadi MALAS atau tidak bernafsu untuk melakukan sesuatu yang tidak menjadi tarikan dan minat mereka! Jika anda diberikan 2 pilihan untuk menyiapkan hasil kerja, satu kerja jika anda siapkan dalam tempoh tertentu anda akan diberi RM1,000 dan yang satu lagi anda akan diberi RM10,000? Agak-agak anda yang mana satukah yang akan membuatkan anda lebih teruja dan lebih ghairah untuk melakukannya? Maka, untuk menetapkan matlamat yang power! anda perlulah

menetapkan matlamat yang besar yang mampu mendorong anda untuk berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapainya!

11

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Yang memaksa anda keluar dari zon selesa anda, yang memaksa anda berfikir di luar kotak dengan menggunakan minda dan daya imaginasi anda yang berharga itu! Anda tahu, jika anda menetapkan matlamat untuk meningkatkan pendapatan 2 kali ganda daripada apa yang anda terima sekarang adalah MUSTAHIL untuk anda mencapainya dengan melakukan cara yang sama sepertimana yang anda lakukan sekarang! Untuk mencapainya anda perlu memaksa minda anda berfikir untuk mencari strategi dan cara baru bagi mendapatkan wang sebanyak itu agar matlamat yang anda tetapkan tercapai. Kebanyakan orang mencadangkan agar berfikiran realistik ke atas setiap matlamat yang dibuat. Ini hanyalah satu ALASAN popular yang digunakan oleh kebanyakan orang untuk tidak menetapkan impian dan matlamat yang besar dalam hidup mereka. Matlamat yang kecil menghasilkan pencapaian yang kecil! Matlamat yang besar menghasilkan pencapaian yang besar! Apakah anda fikir menetapkan matlamat yang lemah boleh menghasilkan pencapaian yang berkuasa dan POWER! ? Sudah tentulah TIDAK! Dalam menetapkan matlamat kita tidak boleh terlalu bergantung dengan matlamat dan ALASAN yang realistik ini!

12

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Apakah realistiknya Wright Bersaudara yang langsung tiada pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan boleh berfikir untuk mencipta mesin terbang yang kini kita kenali sebagai Kapal Terbang? Apakah realistiknya Barack Obama, seorang kanak-kanak kulit hitam, sejak dari kecil lagi telah menetapkan matlamatnya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat? Kini dunia semua sedia maklum yang beliau adalah Presiden ke 44 Amerika Syarikat dan telah mencipta sejarah sebagai Presiden Kulit Hitam pertama Amerika Syarikat! Sama ada matlamat anda realistik atau tidak, itu tidak membawa sebarang makna kerana semuanya bergantung kepada anda, bagaimana untuk bertindak dan mengambil strategi dalam mencapai matlamat tersebut! Tahukah anda bagaimana sejarah Genting Highlands dibina? Adakah sesuatu yang realistik ketika itu untuk membina sebuah pusat pelancongan hiburan dan hotel bertaraf antarabangsa di puncak bukit yang dikelilingi belukar tebal yang tidak didiami oleh manusia? Mendiang Lim Goh Tong, pengasas Genting pernah dianggap tidak siuman kerana cuba membina pusat pelancongan yang jauh daripada kehidupan manusia! Tetapi kini Genting menjadi pusat pelancongan yang masyhur di peringkat antarabangsa! Jadi, apabila

berhadapan dengan impian dan matlamat yang besar, saya cadangkan anda buang jauh-jauh perasaan takut dan was-was anda dan benarkanlah diri anda untuk menetapkan matlamat dan berimpian BESAR!
13

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #3 : ANDA MESTI TAHU KENAPA MATLAMAT ITU PENTING!

Antara sebab lain yang menyebabkan ramai orang tidak berjaya mencapai matlamat mereka adalah kerana mereka tidak terdorong untuk

menjayakannya. Ini adalah kerana mereka sendiri tidak tahu KENAPA matlamat itu penting? Biasalah kalau sesuatu perkara itu tidak ada kepentingan buat apa nak susah-susah nak capainya! Betul tak? Cuba anda lihat orang politik. Apa yang membuatkan mereka begitu bersungguh-sungguh, bahkan berlumba-lumba menetapkan matlamat dalam mengejar pangkat dan jawatan sama ada dalam parti mahu pun dalam pemerintahan? KENAPA? Sebab ianya PENTING untuk kerjaya politik dan masa depan mereka! Begitu juga dengan anda! Dalam menetapkan matlamat, anda perlu tahu kepentingannya untuk anda dalam mencapai matlamat yang anda tetapkan itu! Tanya diri anda KENAPA anda perlukan matlamat tersebut? Tanya KENAPA? Kenapa ianya begitu penting buat anda? Dan sekiranya anda dapat memberi jawapan yang paling penting dalam hidup anda, sebagai contohnya seperti pilihan antara hidup atau mati, saya percaya anda PASTI berusaha mencapai matlamat tersebut!

14

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Ini kerana jika anda ada alasan yang kukuh untuk mencapai matlamat yang anda tetapkan sudah pasti anda akan berkerja bersunggu-sungguh dengan penuh KOMITMEN untuk mencapainya!

Apabila Kita Komited Melakukan Sesuatu, Biasanya Kita Dapat Melakukannya - Thinkerich

Ini kerana manusia adalah makhluk yang beremosi, mereka akan bertindak apa sahaja jika itu yang mereka mahu!

Apabila Kita Memberi 2 Pilihan Pada Minda Kita, Maka Kita Cenderung Bergerak Ke Arah Pilihan Yang Mudah. Namun Apabila Kita Tidak Diberi Pilihan Lagi.. Kita PASTI Mencari Jalan Bagi MELAKUKANNYA - Thinkerich

15

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #4 : ANDA MESTI ADA PELAN TINDAKAN UNTUK BERTINDAK!

Anda boleh menetapkan matlamat yang paling mengujakan dengan sebab yang paling kukuh untuk mencapai matlamat tersebut. Namun begitu jika anda tidak menyediakan pelan tindakan dan bertindak untuk mencapainya, ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana! Anda masih tetap disitu! Matlamat anda juga tetap tinggal matlamat di atas kertas sahaja! Dan sudah pastinya matlamat yang anda tetapkan itu akan menjadi tidak REALISTIK sama sekali! Sesebuah Impian perlukan penetapan matlamat untuk berjaya. Matlamat pula perlu disertakan dengan pelan

perancangan sebagai panduan untuk memastikan impian terlaksana. Dan apabila anda bertindak berdasarkan perancangan yang dibuat maka impian anda akan menjadi realiti! Untuk memiliki simpanan RM20,000 setiap tahun dan RM200,000 dalam masa 10 tahun, maka anda perlu sediakan pelan perancangan seperti berikut;-

Berapa banyak pendapatan tambahan yang anda perlukan daripada pelbagai sumber?

16

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Apakah bentuk usaha yang perlu anda lakukan sama ada bekerja atau berniaga? Bagaimana nak menguruskan wang dan simpanan serta berapa banyak wang yang anda perlu simpan dan laburkan setiap bulan? (Anda boleh rujuk Cara #2- Mulai Mengurus Wang Anda dan Cara#4- Mulai Membuat Simpanan dari www.bajetwang.com )

17

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

CARA #5 : MESTI ADA TEMPOH MASA UNTUK MATLAMAT ANDA

Matlamat anda hanya akan berjaya dicapai apabila anda membuat dan menetapkan tempoh masa untuk mencapainya. Sebagai contoh tempoh masa perlulah realistik (tidak seperti

menyediakan impian dan matlamat) dengan usaha dan pelan perancangan anda! Jika setakat ini anda hanya mampu membuat simpanan cuma RM1,200 setahun daripada kerja makan gaji anda, lalu anda menetapkan matlamat untuk mengumpul RM10,000 setahun daripada sekarang, tanpa apa-apa usaha itu dinamakan tidak realistik! Ianya akan menjadi untuk dan realistik jika anda membuat yang sama

perancangan menguntungkan

memulakan dalam masa

bisnes yang

mengamalkan dan mematuhi 4 Prinsip Kekayaan sebagaimana yang dinyatakan dalam buku Bajet Wang- 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang Jadi anda sudah tahu 5 Cara Menetapkan Matlamat Yang POWER! dan adalah sesuatu yang merugikan jika anda tidak bertindak menetapkan matlamat hidup anda! Tidak kira sama ada ianya matlamat kewangan, keluarga, kerjaya dan apa sahaja berkaitan dengan hidup anda, gunakan dan praktikkanlah apa yang telah saya nyatakan di atas!

18

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Ingatlah bahawa sikap suka bertangguh merupakan pembunuh utama kejayaan! BERTINDAKLAH sekarang! Semoga anda berjaya mencapai matlamat dan impian yang anda impikan!

Salam kekayaan,

Thinkerich
Khairulnahar a.k.a Thinkerich
Bloger Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi www.pemikirkaya.com

19

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

ADAKAH ANDA MENGHADAPI MASALAH MENGURUSKAN WANG GAJI? Inginkan Panduan Khusus Bagi Menguruskannya Dengan cara yang BETUL? Dapatkannya Melalui Ebook Panduan Wang Gaji -Bagaimana Hendak Menguruskannya Dengan Cara Yang BETUL!

Judul Jenis Penulis Terbitan

: : : :

Panduan Wang Gaji E-book Khairulnahar aka Thinkerich Thinkerich Enterprise

Sinopsis : E-book ini menyediakan panduan mengenai pengurusan wang gaji dengan cara yang betul! E-book ini turut mengandungi panduan yang praktikal serta mudah dan berkesan yang boleh diikuti. Turut dimuatkan pelbagai tip dan panduan berkaitan simpanan, perlindungan, pelaburan, dan percukaian yang boleh diikuti oleh mereka yang sedang tercari-cari panduan khusus untuk menguruskan kewangan mereka dengan mudah, teratur dan berkesan supaya kedudukan kewangan mereka menjadi lebih teguh dan stabil! .

DAPATKAN VERSI PENUH DI http://www.WangGaji.com

ANDA MENGHADAPI MASALAH KEKURANGAN WANG?


20

Sebarkan eBook ini jika anda rasa ia dapat memberi manfaat

Ingin Tahu Cara Penyelesaiannya? Dapatkan Jawapannya Melalui Buku Bajet Wang 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang

Untuk memiliki buku hebat ini, anda bolehlah mendapatkannya di website www.BajetWang.com

Judul

: Bajet Wang 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang : Buku : Khairulnahar aka Thinkerich : TrueWealth Sdn Bhd : www.BajetWang.com Thinkerich Enterprise

Jenis Penulis Terbitan Edaran

Sinopsis : Buku ini menyediakan 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang yang sering dialami oleh kebanyakan orang. Dimuatkan dengan pelbagai tip dan panduan bagaimana untuk meningkatkan pendapatan, membuat simpanan, menggandakan wang, menghapuskan hutang serta melindungi wang anda daripada kehilangan. Disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami sesuai untuk mereka yang sedang mencari penyelesaian kepada masalah kekurangan wang!

DAPATKAN NASKAH ANDA SEGERA DI http://www.BajetWang.com

21

Anda mungkin juga menyukai