Refleksi Pgjaran Mikro
Refleksi Pgjaran Mikro
Tema : Perayaan Di Malaysia. Sub tema untuk hari itu adalah Perayaan Hari Raya Aidil Fitri. Slot pengajaran pula selama 30 minit. Sebagai set induksi pula , saya memperdengarkan lagu raya kepada murid dan meminta murid meneka lagu tersebut. Selepas itu , saya menyuruh murid menyanyi bersama lagu tersebut sambil membuat gerakan.
Guru memulakan set induksi dengan memperdengarkan lagu Selamat Hari Raya
Kemudian saya menunjukkan pula contoh kad ucapan Selamat Hari Raya kepada murid. Ternyata murid berasa teruja melihat kad ucapan tersebut. Selepas itu, guru menerangkan kepada murid cara menghasilkan kad ucapan Selamat Hari Raya.
Guru menunjukkan contoh kad ucapan Selamat Hari Raya kepada murid.
Guru menerangkan kepada murid cara membuat kad ucapan Hari Raya.
Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan dan mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan.
Dalam aktiviti kumpulan, semua murid memberikan kerjasama antara satu sama lain. Ketua kumpulan dilantik untuk memastikan segala tugasan dapat
dilakukan dengan lebih baik. Guru akan memantau dan memberi bimbingan supaya tugasan menjadi lebih kemas dan teratur.
Tugasan dalam kumpulan dapat menambahkan kreativiti murid semasa menghias kad ucapan Selamat Hari Raya. Rakan dalam kumpulan menunjukkan semangat tolong menolong antara satu sama lain.