Anda di halaman 1dari 1

Analisis Saiz Butiran

Analisis saiz butiran dilakukan menggunakan kaedah hidrometer dan ayakan. Kaedah hidometer digunakan untuk menentukan saiz lodak dan lempung iaitu sampel yang bersaiz < 63m. Sampel yang telah dicampurkan dengan air suling diayak secara basah dan dialirkan melalui ayak bersaiz63m. Larutan sisa ayakan yang mengalir melalui corong tadahan dibiarkan termendak sebelum dikumpulkan dan seterusnya digunakan untuk ujian hidrometer. Kemudian, larutan tersebut dicampurkan dengan 20 ml larutan natrium heksametafosfat (Calgon 5%). Campuran larutan itu kemudiannya dimasukkan ke dalam silinder penyukat 1000 ml.Bacaan diambil mengikut masa 1, 2, 4, 8, 15, 30, 60, 120, 240, 480 dan 1440 minit.

Bagi sampel bersaiz > 63m, diambil dari baki ayakan basah yang tidak dapat menembusi ayak berdiameter 63 m. Sampel tersebut dikeringkan di dalam oven selama 24 jam sebelum diayak menggunakan pengayak berdiameter tertentu. Sampel diayak menggunakan siri ayakan dengan bantuan mesin untuk menggoncang sampel selama 5 minit. Kemudian, berat sampel yang terperangkap dalam setiap dulang ayak ditimbang.