Anda di halaman 1dari 11

Kertas Cadangan Penubuhan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (K.L.K.

M)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 1 Januari 2008

Kertas Cadangan Penubuhan Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Pendahuluan
Kita mungkin telah biasa dengan Pengakap dalam kehidupan seharian kita. Kita melihat mereka semasa di alam persekolahan dan sekarang pula di alam kedewasaan. Ini adalah kerana Pengakapan adalah anak emas dan persatuan tertua di Malaysia dan kini telah menjangkau usia 100 tahun. Jika ditanya apakah itu Pengakapan, jawapan yang pasti kita perolehi adalah seperti berkhemah, malam Pengakap, mengembara, menolong orang dan lain-lain lagi. Tetapi apakah sebenarnya itu Pengakapan? Pengakapan secara ringkasnya adalah suatu program aktiviti yang penuh dengan cabaran dan pengalaman untuk golongan muda remaja dalam lingkungan umur 8 hingga 40 tahun. Pengakap adalah satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan belia dan muda remaja agar menjadi warganegara yang berguna. Latihannya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah diperturunkan oleh pengasasnya Lord Baden Powell of Ginwell. Pengakapan merupakan suatu aktiviti fizikal dan mental serta keinginan untuk mempelajari sesuatu. Ia merupakan suatu sikap yang ada pada golongan belia dan muda remaja. Mereka mempunyai keinginan untuk meneroka, mengkaji dan memajukan diri mereka. Pengakapan menyediakan program yang penuh dengan akiviti sedemikian rupa untuk menampung keinginan dan kehendak mereka yang tidak terhad itu. Pengakapan merupakan suatu pengembaraan. Ia memberikan pengalaman baru kepada muda remaja, bagaimana untuk mengatasi cabaran dan dugaan serta bagaimanahendak menggunakan peralatan dengan selamat. Kehidupan ini memerlukan keberanian, ketabahan dan kekuatan tetapi kita masih lagi ragu-ragu dengan kebolehan belia kita dalam menangani permasalahan menyahut cabaan dan meneroka. Oleh kerana terlalu dikongkong maka ini membantutkan perkembangan minda belia kita. Pengakapan merupakan suatu pembelajaran. Ini adalah kerana belia belajar dengan lebih efektif apabila mempelajari sesuatu untuk diri mereka sendiri, dalam perbincangan dan dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari. Pengakap terbahagi kepada 4 unit iaitu Pengakap Kanak-Kanak (8 12 Tahun), Pengakap Muda (12 15 Tahun), Pengakap Remaja (15 18 Tahun) dan Pengakap Kelana (17 Tahun ke atas). Setiap unit Pengakap tersebut mempunyai motto atau cogankatanya yang tersendiri. Dan cogankata bagi Pengakap Kelana adalah BERKHIDMAT. Berteraskan cogankata ini, maka Pengakap Kelana diwajibkan untuk melaksanakan kebajikan dan perkhidmatan seberapa banyak yang mungkin demi kepentingan dan kebaikan masyarakat sejagat. Berpegang kepada prinsip inilah maka ingin ditubuhkan sebuah pasukan yang diberi nama Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia atau KLKM di UIAM, Kementerian Belia & Sukan Malaysia. Diharapkan usaha ini menjadi titik tolak kepada belia ke arah memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada masyarakat pada masa akan datang.

Tuhan Memimpin Dan Membantumu Di Dalam Kerja-Kerjamu Lord Baden Powell of Ginwell, Bapa Pengakap Sedunia

Nama Kumpulan
Kumpulan pengakap ini akan dikenali sebagai Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau nama ringkasnya KLKM UIAM.

Peringkat Pentadbiran
Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia UIAM ini diwujudkan sebagai sebuah Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah (PPM Daerah) setaraf dengan KLKM di institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di seluruh Malaysia.

Objektif
Antara objektif yang ingin dicapai melalui KLKM UIAM adalah seperti berikut: Memperkenalkan belia yang aktif. Melengkapkan ahli untuk perkhidmatan kepada masyarakat dan persatuan. Melengkapi ahli-ahli dengan cabaran dan peluang untuk meningkatkan kebolehan sendiri. Membolehkan ahli-ahli melengkapi diri mereka dengan kehidupan yang lebih memuaskan dan berfaedah. Mengambil bahagian dengan aktif dalam peningkatan pergerakan pengakap. Mewujudkan tali persaudaraan dan kerjasama antara IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia khususnya dalam pergerakan kepengakapan. Memenuhi keperluan kokurikulum dan penilaian CGPA (Cumulative Gred Point Average).

Matlamat
Melahirkan ahli pengakap kelana yang mempunyai kepimpinan, kemahiran, keusahawanan, berakhlak mulia dan berbudi pekerti.

Tempat Dan Waktu Latihan


Dijalankan pada waktu kokurikulum dan tempat yang disediakan oleh pihak universiti dan dipersetujui oleh ahli-ahli pengakap.

Program Dan Latihan


Program dan latihan adalah berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kelana dan Kursus Kepimpinan yang telah diselaraskan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Sasaran
Pelajar dan kakitangan universiti yang berminat dan sukarela.

Jurulatih / Penolong Jurulatih


Memohon bantuan Jurulatih Kebangsaan (4 Bead) dan Pen. Jurulatih Kebangsaan (3 Bead) dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri KLKM.

Yuran Keahlian
Jumlah yuran adalah berdasarkan yuran keahlian yang ditetapkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia.

Aktiviti Kepengakapan
Aktiviti kepengakapan adalah dirujuk kepada Skim Latihan Pengakap Kelana yang telah ditetapkan oleh Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Antaranya ialah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkhemahan / Korobori / Kempori / Jambori / Ekspedisi Higher Institution National & Expedition Camp (HINEX Camp) - KLKM Khidmat Masyarakat / Sukarelawan / Fasilitator / Keagamaan / Kegiatan Kursus Kepimpinan Dewasa/ Manikayu / Kemahiran Kepengakapan / Pertandingan Perkhidmatan kepada Pengakap Daerah, Negeri dan Kebangsaan Lain-lain

Pendaftaran
Sila rujuk pada lampiran iaitu seperti berikut: 1. Borang Permohonan Bagi Pendaftaran Pasukan Pengakap Kelana : PPM 8(C) 2. Borang Permohonan Tauliah KLM (Maktab) KLKM (Universiti) : PPM 9/3 (KLM)/(KLKM)

Pemakaian Tanda Pangkat Dan Warna Epolet


Petikan daripada surat daripada Persekutuan Pengakap Malaysia (No. Ruj. PPM-2(302)/2006 bertarikh 6 Disember 2006) untuk pemakaian tanda pangkat dan warna epolet
Epolet 6 Lengkar Kuning SPB Yang Dipertuan Agong & DYMM Raja-Raja Hijau TYT Gabenor Biru Ketua Pengakap Negara Ungu Merah Hati Perdana Menteri Timbalan Perdana Menteri Menteri-Menteri Kabinet Pesuruhjaya Kehormat Negara Pesuruhjaya Kehormat Negeri Ketua Setiausaha Eksekutif Timbalan-Timbalan Menteri

5 Lengkar

Naib YDP Majlis Pengakap Negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

YDP Majlis Pengakap Negeri 4 Lengkar Bendahari Kehormat Ketua Pengarah Pelajaran Ketua Pengarah Belia & Sukan Negara Ahli-Ahli Majlis Pengakap Kebangsaan Naib YDP Majlis Pengakap Negeri Pengarah Pelajaran Negeri Pengarah Belia & Sukan Negeri Setiausaha Kehormat Negeri Bendahari Kehormat Negeri YDP Majlis Pengakap Daerah Naib YDP Majlis Pengakap Daerah Pegawai Pelajaran Daerah Pegawai Belia Daerah Ketua Jabatan (Pengetua / Guru Besar) Setiausaha Kehormat Daerah Bendahari Kehormat Daerah Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Bendahari Kehormat Kumpulan Setiausaha Kehormat Kumpulan AJK Kumpulan

Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Latihan Pesuruhjaya Program Penolong Pesuruhjaya Antarabangsa Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pesuruhjaya Ibu Pejabat (Kanan)

3 Lengkar

Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Undangan Negeri

Pesuruhjaya Ibu Pejabat

Jurulatih Kebangsaan

2 Lengkar

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri Pesuruhjaya Pengakap Daerah Setiausaha Setiausaha Eksekutif

1 Lengkar

Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah

Penolong Jurulatih Kebangsaan Penolong-Penolong Setiausaha Eksekutif

Bunga Padi disekeliling logo sahaja

Pemimpin Pasukan, Kumpulan atau Unit Pengakap

Logo Pengakap sahaja

Penolong Pemimpin Pengakap

Struktur Organisasi KLKM UIAM


SPB Yang Dipertuan Agong, DYMM Raja-Raja & TYT Gabenor Ketua Pengakap Negara Perdana Menteri (Presiden Agong Kehormat PPM)

Naib YDP Majlis Pengakap Negara

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara

Menteri Pengajian Tinggi (Pesuruhjaya Kehormat Negara PPM)

YDP Majlis Pengakap Negeri KLKM

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negara

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi

Naib YDP Majlis Pengakap Negeri KLKM

Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM

Setiausaha Kehormat Negeri KLKM

Bendahari Kehormat Negeri KLKM

Majlis Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM

YDP Daerah Majlis Pengakap KLKM UIAM (Pengarah UIAM)

Naib YDP Daerah Majlis Pengakap KLKM UIAM (Pegawai / Kakitangan UIAM)

Pesuruhjaya Pengakap KLKM UIAM (Pegawai / Kakitangan UIAM)

Jurulatih Kebangsaan

Setiausaha Kehormat Daerah KLKM UIAM (Pegawai / Kakitangan UIAM)

Bendahari Kehormat Daerah KLKM UIAM (Pegawai / Kakitangan UIAM)

Majlis Pesuruhjaya Pengakap KLKM UIAM (Pegawai / Kakitangan UIAM)

Penolong Jurulatih Kebangsaan

Majlis Krew Kelana (Pelajar Kanan / Pelajar)

Ahli Pengakap Kelana (Pelajar)

Carta Pentadbiran Majlis Pesuruhjaya Pengakap Daerah KLKM UIAM


Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM

Penolong Penolong Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM

Jawatankuasa Pasukan Latihan Negeri KLKM

Jawatankuasa Program Negeri KLKM

Pesuruhjaya Pengakap KLKM UIAM

Penolong Penolong Pesuruhjaya Pengakap KLKM UIAM

Jawatankuasa Pasukan Latihan KLKM UIAM

Jawatankuasa Program KLKM UIAM

Majlis Krew Kelana

Ahli Pengakap Kelana

Contoh Struktur Organisasi KLKM UIAM


Majlis Pengakap KLKM UIAM (Ahli Tidak Beruniform) Yang Dipertua Daerah Naib Yang Dipertua Daerah : Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar : Pegawai / Kakitangan

Setiausaha Kehormat Daerah : Pegawai / Kakitangan Bendahari Kehormat Daerah : Pegawai / Kakitangan Ahli Majlis : Pegawai / Kakitangan

Majlis Pesuruhjaya Pengakap KLKM UIAM (Ahli Beruniform) Pesuruhjaya Pengakap Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Latihan) Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Program) Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Kuartermaster) : Pegawai / Kakitangan : Pegawai / Kakitangan (Pengerusi Latihan Daerah) : Pegawai / Kakitangan (Pengerusi Program Daerah) : Pegawai / Kakitangan

Pen. Pesuruhjaya Pengakap : Pegawai / Kakitangan (Pengurusan & Pentadbiran) Pen. Pesuruhjaya Pengakap (Tugas-Tugas Khas) : Pegawai / Kakitangan

Rujukan
Peringkat Nama Jawatan Hakiki Jawatan Dalam Pengakap KLKM UIAM Raja Norzaharman bin Raja Sahadan Juruteknik Komputer Pesuruhjaya Pengakap KLKM UIAM Bahagian Teknologi Maklumat, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur 013-2635160 03-61964000 smb.3801 03-61964888 PPM Negeri KLKM
Haji Rosdi bin Abdul Rahman

PPM
Encik Mohd Zaki bin Nuruddin @ Nordin

Pensyarah Pesuruhjaya Pengakap Negeri KLKM


Fakulti Bahasa Dan Komunikasi, Universiti Darul Iman, Kampus KUSZA, Gong Badak, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman 019-9390047 09-6653501 / 6653345 09-6671033

Ketua Setiausaha Eksekutif

Alamat Bertugas

Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur 012-3564134 03-20780836 / 20706978 03-20709057

No. H/P No. Telefon No. Faksimili

Email

zaharman@iiu.edu.my

rosdi@kusza.edu.my

ppm_hq@yahoo.com

Anda mungkin juga menyukai