Anda di halaman 1dari 2

Penternakan kambing

Terdapat dua kaedah ternakan yang dijalankan iaitu kaedah separa-intensif (lepas bebas di dalam kawasan berpagar dan diberi makanan tambahan untuk memenuhi keperluan makanan) dan juga cara Fidlot. Pada peringkat pertama lembu-lembu akan diternak secara fidlot dan dijangka akan di pelihara sehingga tiga bulan dan pasaran pertama di jangka pada berlaku dalam musim perayaan hari raya AidilAdha nanti iaitu dimulai dengan penjualan lembu untuk tujuan qurban atau aqiqah. Jenis-jenis lembu yang diternak pula adalah dari baka yang sesuai dengan keadaan suhu dan cuaca tempatan seperti dari jenis KK, Brahman. Manakala jenis kambing yang diternak pula ialah dari jenis Boer dan Jamnapari, iaitu kambing jenis pedaging.

Penternakan rusa
Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri. Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan