Anda di halaman 1dari 14

1

SUBJEK :
FIQH MUAMALAT DAN JINAYAT
PPPY 1172


TAJUK :
QARD AL-HASSAN: KONSEP DAN PERBANDINGANNYA DENGAN PINJAMAN
PERIBADI DI PERBANKAN KONVENSIONAL


DISEDIAKAN OLEH :

A137144 MOHD AIDIL BIN MD JELAS


DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ MD YAZID BIN AHMAD

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
JABATAN SYARIAH
2011/2012
2

ISI KANDUNGAN
Tajuk Halaman
1.0. Pendahuluan 2
2.0. Konsep Qard Al-Hassan 3
3.0. Definisi Pinjaman Peribadi 9
4.0. Perbandingan Qard Al-Hassan dengan Pinjaman Peribadi 10
5.0 Kesimpulan 11
6.0 Rujukan 12


















3

1.0 PENDAHULUAN

Produk pinjaman Qard Al-Hassan kini belum banyak diperkenalkan secara meluas di
seluruh dunia.Kebanyakan institusi kewangan dan bank tidak begitu berminat untuk
memberikan perkhidmatan Qard Al-Hassan. Alasan yang diberi kerana bank berjalan atas
asas perniagaan dan bertujuan keuntungan, sedangkan Qard Al-Hassan tidak
mendatangkan keuntungan untuk pendeposit bank. Oleh itu, Qard Al-Hassan hanya
menjadi produk yang disediakan oleh koperasi-koperasi Islam sahaja. Antara produk
Qard Al-Hassan adalah seperti pinjaman kebajikan dan overdraf, pinjaman al-Rahn,
terbitan pelaburan kerajaan, pinjaman pendidikan dan kebajikan am.
1

Manakala pinjaman peribadi pula amat terkenal di bank-bank konvensional. Ramai
orang banyak menganggap bahawa pinjaman peribadi ini benar-benar menyelesaikan
masalah kewangan yang mereka hadapi.
2
Tambahan pula, pinjaman peribadi
mengakibatkan seseorang mempunyai kadar hutang yang banyak akibat daripada kadar
faedah yang dikenakan oleh pihak bank. Oleh itu, masyarakat perlu berfikir panjang
untuk membuat keputusan sama ada memilih untuk membuat pinjaman mengikut cara
Islam ataupun pinjaman konvensional.















1
Osman Sabran, Urus Niaga Al-Qard al-Hasan Dalam Pinjaman Tanpa Riba, Penerbit UTM; 2001, hlm 99-100
2
Azrina Sobian & Siti Fatimah Abdul Rahman, Pinjaman Peribadi Hasil Kajian Terhadap Masyarakat Malaysia,
Penerbit IKIM; 2010, hlm 39
4

2.0 KONSEP QARD AL-HASSAN

Hutang dalam bahasa Arab disebut qard. Qard dari segi bahasa bermaksud potong.
Menurut kamus al-Misbah al- Munir,

maksudnya saya memotong


sesuatu. Perkataan ini digunakan dalam bahasa Arab kerana ia (hutang) memotong hak
pemilik terhadap barangan tersebut.
Menurut istilah fuqaha, hutang ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada
orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang
tambahan.
Dalam bahasa Arab penduduk Hijaz, qard dinamakan sebagai salaf. Dengan itu,
kontrak ini sah dengan ungkapan

(saya berikan hutang).


3

Kamus dewan mentakrifkan pinjaman sebagai barang yang dipinjam atau
dipinjamkan. Dalam bentuk wang, pinjaman ialah wang yang diberikan kepada
seseorang, syarikat atau sekumpulan orang dalam bentuk sementara dan perlu
dikembalikan kemudian.
4

Qard dari segi istilah syara pula ialah sesuatu barang yang kamu pinjamkan kepada
orang lain daripada barang yang sama nilai dengan barang lain supaya mudah untuk
dibayar. Atau suatu akad tertentu yang mengkehendaki supaya ia berikan harta yang
seumpamanya itu kepada orang lain agar orang itu dapat memulangkan harta itu
kepadanya sama seperti harta yang diberikannya dahulu.
5

Menurut Mazhab Hanafi mentakrifkan dari segi syara sebagai sesuatu barang yang
diberi oleh pemiutang kepada peminjam daripada harta yang sama nilainya supaya
dengan itu peminjam boleh membayarnya kembali dengan harta yang sama.
6

Manakala Mazhab Maliki pula mentakrifkan al-Qard dari segi syara sebagai harta
yang bernilai dan diberi oleh pemiutang kepada peminjam, semata-mata untuk
mendapatkan manfaat. Pemiutang hanya akan mengambil ganti harta yang dibayar
semula kepada peminjam mengikut amaun di bawah tanggungannya. Bagaimanapun

3
Dr. Mustofa Al-Khin Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Terjemahan Fiqh Al-Manhaji, Pustaka Salam;
2009, hlm 1323
4
Teuku Iskandar,Dr.,1993, Kamus Dewan, hlm 969
5
Al- Dasuqi, Hasyiah al-Dasuqi, jilid 3, hlm 222
6
Muhammad Ali Muhammad Ahmad Al-Banna, Dr, Al-Qard Masrafi, Dar Kutub Alamiah, 2006; hlm 118
5

dengan syarat bahawa gentian yang dibayar itu tidak berlawanan dengan amaun pinjaman
yang diberi oleh pemiutang dahulu.
7

Manakala Mazhab Syafie mentakrifkan dari segi syara Al-Qard itu sebagai memberi
milik sesuatu harta oleh seseorang kepada orang lain untuk digunakan. Peminjam
dikehendaki mengembalikan semula dalam keadaan yang sama seperti sebelum dipinjam
atau diganti dengan barang yang sama nilai dengan harta yang dipinjam.
8

Al-Qard dari segi syara menurut takrifan Mazhab Hambali ialah akad perjanjian yang
dibuat oleh pemiutang untuk memindah milik amaun harta kepada peminjam dengan
peminjam berjanji akan mengembalikan semula barang gantiannya.
9

Kalimah Al-Hassan yang digandingkan dengan kalimah Al-Qard itu maknanya ialah
pinjaman yang baik. Kalimah ini digandingkan bertujuan untuk menguatkan maksud al-
Qard. Oleh itu, kalimah al-Hasan yang baik itu bermaksud hutang yang diberikan itu
adalah semata-mata suatu muamalah yang baik.
10

Justeru itu, Qard Al-Hassan pula membawa maksud potongan yang baik dari segi
bahasa. Digunakan ada pinjaman kerana pinjaman itu adalah potongan ke atas harta
pemiutang yang diberikan kepada peminjam. Tujuan diberi pinjaman ini adalah untuk
menolong menyelesaikan masalah kewangan atau keperluan peminjam itu.
11

Prinsip Qard Al-Hassan merupakan pinjaman kebajikan di mana peminjam hanya
perlu membayar hutangnya dengan jumlah yang dipinjamnya sahaja tanpa apa-apa
bayaran tambahan.
12
Menurut Farid Scoon, Qard Al-Hassan juga disebut sebagai
beautiful loan.
Qard Al-Hassan mempunyai maksud secara amnya iaitu bertujuan untuk
menginfakkan pada jalan Allah dan menyedekahkan kepada orang fakir dan orang yang
memerlukan berdasarkan kemampuan keatas mereka. Atau dengan makna lain ialah:
beramal soleh secara mutlak. Selain itu, pada makna khasnya pula, bertujuan berhutang

7
Malik, al-Mudawwanah al-Kubra, (t.t) jilid 3; hlm 130
8
Al-Fairuz Abadi, al-Mudhadhdab Fi Fiqh al-Imam al-Syafie, (t.th), jilid 3; hlm 400
9
Ibn Qudamah, al-Mughni, jilid 4; hlm 348
10
Osman Sabran, Urus Niaga Al-Qard al-Hasan Dalam Pinjaman Tanpa Riba, Penerbit UTM; 2001, hlm 61
11
Ibn Manzur, Lisan al-Arabi, jilid 9, 1956, hlm 1101
12
Osman Sabran, Urus Niaga Al-Qard Al-Hasan Dalam Pinjaman Tanpa Riba, Penerbit UTM; 2001, hlm 61
6

mengikut syara iaitu bebas daripada faedah serta jauh daripada pertambahan dan
kemudharatan.
13

Contoh pinjaman Qard Al-Hassan ialah apabila kita diberi pinjaman RM5000, kita
pulang semula RM5000. Cuma oleh kerana ada rasa tanggungjawab, rasa terima kasih
seseorang peminjam atau penghutang, rasa terhutang budi kepada si pemberi pinjam,
maka si peminjam tambahkan sedikit hadiah. Itu dibolehkan. Ini disebut hasan yang
baik.
14


2.1 DALIL PENSYARIATAN QARD AL-HASSAN

AL-QURAN:

Surah Al-Baqarah, ayat 245:

}E` -O Og~-.- O@O^NC -.- O~ 4L=OEO
+OEg_N1 N. +E; LE4OOg1 _
+.-4 +*):^4C 7O:4C4 gO^1)4
]ONE_O> ^gj)
siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang
baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda
banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian
rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
15

Surah Al-Hadiid, ayat 11:


13
Ahmad Asad Mahmud al-Haj, Dr, Nazariyat Al-Qard Fil Fiqh Islami, Dar Nufais, 2008, hlm 234
14
Nasir Zakaria, 2009, Al-Qard al-Hassan: Penyelesaian Masalah Pinjaman Berasaskan Riba,
http://www.nasirzakaria.com/ver3 [22 Oktober 2009]
15
Al-Quran, Al-Baqarah (2): 245
7

;E` -O Og~-.- O@O^NC -.- O~ 4L=OEO
+OEg_NO +O N.4 EO;_ _C@OE
^
siapakah orangnya Yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman Yang
baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? dan (selain itu) ia akan beroleh
pahala Yang besar!
16


SUNNAH:

Hadis Ibnu Masud RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:



Mana-mana orang Islam yang memberi hutang kepada seorang muslim sebanyak dua kali,
nescaya hutang itu akan dikira seperti sedekah yang diberikan kepadanya sekali
17


Hadis Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah bersabda:



Sesiapa yang mengambil harta-benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya
semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk
memusnahkannya (tidak mahu membayarkannya), maka Allah akan memusnahkannya (di
dunia dan akhirat).
18


16
Al-Quran, Al-Hadiid (57): 11
17
Riwayat Ibnu Majah, Sedekah, Bab Hutang, no.2430. Ibnu Hibban, Zawaid, Jual Beli, Bab Hadis mengenai
hutang, no. 1115
18
Riwayat Al-Bukhari, Hutang dan Bayaran Hutang, Bab orang yang mengambil milik orang lain, hlm 2257
8




IJMAK ULAMA:
Seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman Rasulullah SAW
hinggalah ke zaman ini. Para ulama telah bersepakat bahawa mereka telah menerima system
ini dan tiada seorangpun yang menentangnya.
19


2.2 HUKUM QARD AL-HASSAN

Hukum memberi hutang kepada seseorang yang memerlukan adalah sunat manakala
harus bagi seseorang untuk berhutang bagi tujuan untuk membebaskan dirinya daripada
kesempitan hidup.
20


2.3 RUKUN QARD AL-HASSAN

2.3.1 Muqrid (Pemiutang):
Berahlian melakukan tabarru iaitu sekurang-kurangnya mencapai
tahap baligh.
2.3.2 Muqtarid (Penghutang):
Berkeahlian bermuamalat iaitu di sisi Mazhab Hanafi mereka yang
mumayyiz sah untuk berhutang.
2.3.3 Mal Muqrad (Subjek Hutang):
Setiap harta yang bernilai diiktiraf oleh syara
Harta yang boleh sabit pada tangunggan mithliy dan qimmiy.
Diketahui kadarnya.
2.3.4 Sighah: Ijab dan Qabul:

19
Dr. Mustofa Al-Khin Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Terjemahan Fiqh Al-Manhaji, Pustaka Salam;
2009, hlm 1325
20
Syahnaz Sulaiman, Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam, (t.th),hlm 12
9

Ijab oleh penghutang dan qabul oleh pemiutang.
Memberi maksud hutang sama ada dengan lafaz qard, salaf atau
yang memberi maksud hutang dengannya. Seperti ambillah barang
ini kemudian ganti dengan nilai yang sama.
21

2.4 TEMPOH BERHUTANG

Tidak disyaratkan penetapan tempoh tertentu untuk pembayaran hutang, tetapi
sekiranya disyaratkan bayar hutang dengan satu tempoh yang tertentu, maka penghutang
wajib membayar hutangnya.
22
Perbuatan melewatlewatkan pembayaran hutang, sedangkan
dia mampu dianggap zalim. Hal ini berdasarkan dalil hadis di bawah yang diriwayatkan oleh
Umar Ibn Auf daripada Rasulullah S .A.W

:
Orang orang Islam mestilah mengikut syarat syarat yang mereka bersyaratkan .

2.5 BENDA BENDA YANG SAH BERHUTANG

Barang barang yang sah berhutang dan diharuskan adalah seperti berhutang pakaian ,
binatang binatang ternakan , makanan dan segala barang yang boleh disukat , ditimbang
atau barang barang yang boleh diniagakan .
Rasulullah s.a.w pernah berhutang unta dan baginda membayar hutang dengan unta
yang lebih besar daripada unta yang baginda berhutang. Saiyyidatina Aisyah ada
menceritakan , bahawa jiran jiran telah datang untuk berhutang roti dan mereka membayar
balik dengan cara berlebih kurang iaitu kadang kadang terlebih bayar dan kadang kadang
terkurang bayar. Maka Rasulullah s.a.w bersabda : Tidak mengapa kerana yang demikian
itu adalah berpunca daripada sikap lemah lembut manusia , yang tidak dimaksudkan dengan
berlebih kurang itu sebagai riba .


21
Syahnaz Sulaiman, Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam, (t.th), hlm 13-15.
22
Dr. Mustofa Al-Khin Dr. Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Terjemahan Fiqh Al-Manhaji, Pustaka Salam;
2009, hlm 1335
10




2.6 BERSEGERA DALAM MEMBAYAR HUTANG

Apabila seseorang itu berhutang , maka hendaklah disegerakan membayarnya sebelum
mati atau apabila sudah sampai tempoh masa untuk membayarnya .Hal ini berdasarkan
kepada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang berbunyi :


Keengganan orang kaya membayar hutang adalah zalim .

Maksud dengan kaya disini ialah mereka yang mampu membayar hutang tetapi ditangguh
tangguhkan dari membayarnya adalah dikira sebagai zalim dan berdosa.
23


3.0 DEFINISI PINJAMAN PERIBADI

Pinjaman peribadi ialah pinjaman tunai kepada individu yang mana penerima
pinjaman akan menerima pinjaman dalam bentuk wang tunai daripada bank.
24

Pinjaman yang diberikan kepada peminjam adalah untuk peribadi seperti perubatan,
pembiayaan keluarga, pendidikan, bercuti, atau isi rumah contohnya pembaikan,
pembelian penghawa dingin, komputer, peti sejuk, dan lain lain lagi digunakan, serta
bukannya untuk kegunaan perniagaan atau komersial.Tambahan pula, pinjaman ini dibuat
oleh individu di mana dikenakan kadar faedah dan kadar pembayaran yang ditetapkan.



23
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2009, Bersegera Membayar Hutang, http://www.islam.gov.my/khutbah-
online/bersegera-membayar-hutang [17 April 2009]
24
Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad, Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam, UPENA UiTM;
2009, hlm 210
11



4.0 PERBANDINGAN ANTARA QARD AL-HASSAN DAN PINJAMAN PERIBADI


Perbandingan Qard Al- Hassan Pinjaman Peribadi
Pelaksanaan Pelaksanaannya berlandaskan
hukum-hukum syarak
Perlaksanaannya mengikut institusi
konvensional dan komersial
Kaedah
bayaran balik
Pinjaman yang dibayar balik adalah
sama nilainya sepertimana nilai
yang dipinjam tanpa dikenakan
faedah.
Terdapat faedah dan keuntungan yang
berlandaskan riba
25

Tujuan Bermatlamat untuk mendapat
keredhaan Allah.
Bermatlamat mencari keredhaan
manusia
26

Tindakan
lambat bayar
Denda lambat bayar yang
dikenakan adalah berdasarkan
proses jual beli secara bayaran
ansuran.
Denda berdasarkan hasil dari kontrak
pinjaman.
27

Kesan Mempunyai nilai moral dan akhlak
yang tinggi apabila ada sikap
membantu antara satu sama lain.
Meruntuh nilai moral dan akhlak akibat
sikap orang yang berduit menekan
individu atau pihak yang memerlukan
wang serta hilangnya sikap tolong-
menolong.





25
Bank al-Sham, 2012, Uhim Firk al-Jauhariah Baina al-Bank Islami Wa al-Bank Taqlidi,
http://www.chambank.sy [t.th]
26
Jabatan Syariah , Perbezaan Antara Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional; (t.th),al-Muamalat, hlm 7
27
Zaharuddin Hj Abd Rahman, 2007, Riba Dalam Bentuk Semasa Di Bank Konvensional, http://zaharuddin.net
[1 Mac 2007]
12



5.0 KESIMPULAN

Qard Al-Hassan adalah pinjaman yang baik yang sesuai digunapakai pada masa kini.
Hal ini dapat dibandingkan dengan pinjaman peribadi yang berbentuk konvensional yang
antaranya banyak meletakkan faedah dan manfaat apabila melaksanakan pinjaman tersebut.
Oleh yang demikian, masyarakat perlu membuat pilihan yang tepat ketika hendak
membuat.pinjaman.
Hal ini telah mendatangkan perkara yang positif apabila menunjukkan kajian di
Malaysia menyatakan bahawa masyarakat lebih memilih produk berasaskan Islam apabila
membuat pinjaman iaitu sebanyak 65% berbanding 35% yang membuat pinjaman peribadi di
bank konvensional.
28
Ini menunjukkan bahawa produk Islam mempunyai pasaran dan
semakin diterima oleh masyarakat.












28
Azrina Sobian & Siti Fatimah Abdul Rahman, Pinjaman Peribadi Hasil Kajian Terhadap Masyarakat Malaysia,
Penerbit IKIM; 2010, hlm 47
13



RUJUKAN

Mustofa Al-Khin, Dr, Mustofa Al-Bugho, Dr & Ali Asy-Syarbaji, Terjemahan Fiqh Al-
Manhaji, Pustaka Salam; 2009
Muhammad Ali Muhammad Ahmad Al-Banna, Dr, Al-Qard Masrafi, Dar Kutub Alamiah;
2006
Malik, al-Mudawwanah al-Kubra, (t.t) jilid 3
Al-Fairuz Abadi, al-Mudhadhdab Fi Fiqh al-Imam al-Syafie, (t.th), jilid 3
Ibn Qudamah, al-Mughni, jilid 4
Osman Sabran, Urus Niaga Al-Qard al-Hasan Dalam Pinjaman Tanpa Riba, Penerbit UTM;
2001
Ibn Manzur, Lisan al-Arabi, jilid 9
Ahmad Asad Mahmud al-Haj, Dr, Nazariyat Al-Qard Fil Fiqh Islami, Dar Nufais; 2008
Nasir Zakaria, 2009, Al-Qard al-Hassan: Penyelesaian Masalah Pinjaman Berasaskan Riba,
http://www.nasirzakaria.com/ver3 [22 Oktober 2009]
Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmad, Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam,
UPENA UiTM; 2009
Syahnaz Sulaiman, Konsep Pinjaman Menurut Perspektif Islam, (t.th)
Bank al-Sham, 2012, Uhim Firk al-Jauhariah Baina al-Bank Islami Wa al-Bank Taqlidi,
http://www.chambank.sy [t.th]
Jabatan Syariah , Perbezaan Antara Perbankan Islam dan Perbankan Konvensional; (t.th),al-
Muamalat
Zaharuddin Hj Abd Rahman, 2007, Riba Dalam Bentuk Semasa Di Bank Konvensional,
http://zaharuddin.net [1 Mac 2007]
14

Azrina Sobian & Siti Fatimah Abdul Rahman, Pinjaman Peribadi Hasil Kajian Terhadap
Masyarakat Malaysia, Penerbit IKIM; 2010
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2009, Bersegera Membayar Hutang,
http://www.islam.gov.my/khutbah-online/bersegera-membayar-hutang [17 April 2009]

Anda mungkin juga menyukai