Anda di halaman 1dari 22

Komuniti Pembelajaran Profesional Pemangkin Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia.

Pendahuluan

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online pendidikan bertaraf dunia ialah world class is defined as being of the highest caliber in the world.

Hal ini bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan bermaksud apa-apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian

cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi atau impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu (Dr. Ismail Zain.) Perkembangan teknologi dan ekonomi dunia telah membawa kepada perkembangan dan peningkatan dalam dunia pendidikan. Dalam usaha Malaysia untuk merealisasikan hasrat menjadi negara maju menjelang abad ke-21, Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dan Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa

kehendak pembangunan sistem pendidikan negara ialah dengan menzahirkan sistem pendidikan berkualiti dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Hasrat ini juga ditekankan dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia (2001), menyatakan ...menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. (Pembangunan Pendidikan 2001 -2010, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001:1-12) Sehubungan itu, fokus utama sistem pendidikan adalah melaksanakan usaha-usaha strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem tersebut ke tahap kualiti yang tinggi dan cemerlang supaya sistem itu bertapak kukuh untuk menghadapi cabarancabaran abad ke 21. Pelbagai reformasi dan penstrukturan pendidikan ke arah keberkesanan pendidikan dan pembangunan sekolah sedang dilakukan, bukan saja di barat malah di benua Asia Pasifik termasuk Malaysia (Cheng, 1996).

Hubungan Antara Warga Sekolah Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, murid, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran tentang pendidikan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan

tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

Peranan Pengetua Ke Arah Mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia

Dalam organisasi sekolah, pengetua ialah ketua eksekutif dan pada masa yang sama beliau merupakan pemimpin sekolah berkenaan. Pengetua merupakan satu jawatan dalam struktur organisasi sekolah menengah dan pelantikan secara rasmi oleh Kementerian Pendidikan untuk mengetuai sesebuah sekolah menengah. Ia dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah. (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, 1990) Pengurusan sekolah menerusi kepimpinan seseorang pengetua atau guru besar memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat ke arah pendidikan bertaraf dunia.Hal ini selaras dengan pandangan. Para pengetua harus mengamalkan cara gaya pimpinan yang dapat diterima oleh majoriti kakitangan supaya anjakan ke arah kecemerlangan berlaku. Pengetua harus mengamalkan pengurusan yang bercirikan demokratik dan memberi pengiktirafan kepada kakitangan untuk penggunaan kreativiti dan inovasi yang menuju kepada proses kecemerlangan ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. 3

Selain itu, James A. E. Stoner (1985) menjelaskan bahawa kebijaksanaan pengurus sesebuah organisasi menggunakan pola pengurusan yang boleh diterima oleh majoriti orangorang bawahannya akan dapat membantu organisasi berkenaan menuju kepada objektif yang diingini. Hal ini dipersetujui oleh Drucker (1984) yang memberikan penekanan terhadap keupayaan dan meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpinnya. Keadaan ini jika dihubungkan dengan organisasi sekolah akan menimbulkan satu andaian yang mengatakan bahawa pengetua yang menentukan pencapaian objektif yang digarapkan oleh organisasi sekolah berkenaan. Kemajuan dan peningkatan mutu pentadbiran sesebuah organisasi seringkali dihubungkaitkan dengan keupayaan yang diperlihatkan oleh personaliti yang menerajuinya (Ubben dan Hughes,1992). Begitu juga dengan sistem pendidikan di mana pengetua sering dianggap sebagai katalis yang bertangungjawab untuk menggerakkan jentera pentadbiran dan pengurusan sekolah bagi menjamin kecemerlangannya. dalam mengurus organisasi sekolah, pengetua bukan sahaja berhadapan dengan guru-guru atau kakitangan lain sahaja, tetapi ia juga melibatkan simbol pimpinan kepada pelajar-pelajarnya. Pengurus atau pemimpin organisasi sekolah harus mempelbagaikan pola kepimpinannya supaya pola-pola tersebut sesuai dengan keadaan dan kekangan yang dihadapi bagi memungkinkan tidak wujudnya masalah baru atau berterusannya masalah yang sedia ada. Unsur-unsur kepelbagaian dalam membina pengurusan oleh pemimpin sekolah akan dapat membantu meningkatkan kecemerlangan sekolah berkenaan (Evers, Collin. W, 1991). Pengetua adalah pembolehubah yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993). Justeru, dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia, seseorang pengetua seharusnya memiliki sifat-sifat berikut: a) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat dalam kalangan ahlinya. b) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru. c) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan. d) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru. 4

e) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran sekolah. Dalam hal ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik. Abdul Shukor Abdullah ( 1991) menganggap pengetua sebegini sebagai fasilitator, initiator dan supporter. Selain itu, pola pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan . Menerusi struktur pengurusan yang berdasarkan konsep pengupayaan, pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik. Pengurus pendidikan yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992). Seterusnya pengetua harus mewujudkan pemuafakatan dalam hubungan antara warga sekolahnya. Hal ini kerana pembinaan iltizam berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi lebih bermakna dan menambah keberkesanan institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata tetapi juga melibatkan unsur PIBG. Unsur bersama antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu bapa penting bagi mencapai matlamat ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. Situasi yang sedemikian juga merupakan antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan. Pengetua juga harus bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh terhadap warga sekolahnya demi mencapai pendidikan bertaraf dunia.Dalam pengurusan organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumber dengan cekap, maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnya kebolehan maklumat yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap. Oleh yang demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan di sekolah kerana ia memungkinkan individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan kepada mereka dengan lebih efektif Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan. Dalam menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajamya diberi kebebasan 5

oleh pengetua untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Hal ini kerana mematuhi dan melaksanakan tugas tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom kebekuan minda.Justeru tidak hairanlah jika Dr. Wan Mohd Zahid (1993) sering menekankan konsep cetusan pemikiran berasaskan unreasonable thinking kepada guru. Pengalaman ini merupakan aset terbaik dalam pengurusan di peringkat sekolah. Seterusnya pengetua harus mengubah tindakannya ke arah yang lebih efektif.

Tindakan-tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudah tidak sesuai dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, sesuatu tindakan itu harus terkehadapan supaya kecemerlangan akan menjadi asas pencapaian keseluruhannya. Hal ini juga mempunyai korelasi yang mantap dengan tindakbalas yang menunjukkan ciri-ciri inovatif, sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dan rutin dalam gerak kerja. Akhir sekali ,pengetua harus mewujudkan sistem pemantauan dalam mengurus warga sekolah. Sistem pengesanan atau pemantauan akan lebih bermakna jika mengikut piawaian yang difahami dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa penting dalam menentukan bentuk penilaian aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan dalam sesebuah sekolah.

Peranan Guru Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan progresif. 6

Guru yang baik adalah guru yang mempunyai anjakan minda yang positif dan sentiasa mahu menjadi terbilang atau lebih baik daripada sebelumnya. Guru perlu menjadi pendidik cemerlang sebagai model dalam menangani cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh menjadikan ciri-ciri guru cemerlang sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku, prestasi dan pencapaian akademik yang berbeza (Rohana Man,2002). Pandangan sarjana tentang ciri-ciri seorang guru. Mohan dan Hull (1975) mengenalpasti ciri-ciri guru berkualiti dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru. Mohamed Bin Muda pula menegaskan guru perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri berikut:

menguasai subjek (kandungan kurikulum) mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran) memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology) memiliki kemahiran kaunseling menggunakan teknologi terkini dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Komuniti Pembelajaran Profesional

Organisasi sekolah yang inovatif mampu diraih dan dibentuk. Berdasarkan kenyataan Senge (1990), kunci utama perniagaan berinovasi ialah dengan membina sebuah organisasi yang mampu berubah melalui gabungan idea. Model organisasi pembelajaran adalah berbeza dari pembelajaran individu. Pembelajaran individu didefinisikan dengan pertanyaan,

penyimpanan maklumat dan mendapatkan maklumat itu kembali. Manakala organisasi pembelajaran, ilmu pengetahuan dikongsi dan satu hubungan sosial terbina antara kakitangan dalam sesebuah organisasi. Menurut penyelidik-penyelidik terdahulu, konsep organisasi pembelajaran menawarkan satu potensi untuk mencapai satu budaya ke arah membentuk komuniti pembelajaran profesional. Melalui proses organisasi pembelajaran, sekolah (a) lazimnya akan memeriksa dan bertanya nilai yang akan membawa kepada tindakan organisasi, (b) menjana idea dan pengetahuan baru, (c) meningkatkan memori organisasi dengan menginterpretasikan dan berkongsi maklumat dan (d) membina keupayaan yang efektif untuk digunakan dan penyebaran pengetahuan (Scribner, Cockerell, Cockerell & Valentine, 1999). Menurut Hord (1997) dalam kajiannya, komuniti pembelajaran profesional adalah satu proses yang berterusan di mana guru dan pentadbir bekerjasama untuk mencari dan berkongsi pembelajaran dan bertindak ke atas pembelajaran tersebut, dan mereka mengukuhkan keberkesanan sebagai seorang yang profesional untuk kebaikan pelajar. Tanner (2003) dan Hord (1997) mengenal pasti lima syarat yang mewujudkan pembelajaran komuniti profesional. Komuniti Pembelajaran Profesional wujud apabila guru bekerja bersama-sama untuk meningkatkan murid dan sekolah berkongsi norma atau nilai dan nilai-nilai dialog refkletif, amalan yang dikongsi (deprivatized), fokus kepada pembelajaran pelajar dan kolaborasi. Istilah Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) itu dengan sendirinya membawa makna yang jelas. Satu sekolah yang melibatkan seluruh kakitangannya belajar dalam komuniti yang dibina sendiri dan ahli komuniti saling menyokong. Pembelajaran guru dan pentadbir semakin kompleks, mendalam dan lebih berhasil apabila partisipan boleh berinteraksi, menguji idea mereka dan

mencabar inferensi dan interpretasi dan memproses maklumat baru antara satu sama lain (Morrissey, 2000). Membina komuniti pembelajaran menggunakan kepakaran kakitangan yang sedia ada dengan bekerjasama dalam organisasi itu sendiri adalah lebih baik dari penggunaan model dari luar. Komuniti pembelajaran adalah cenderung kepada cara dari bawah ke atas( DuFour, 2004.) sedangkan model tradisional adalah dari atas ke bawah. Maksudnya, pihak sekolah lebih mengetahui dan mengenal pasti masalah dan keperluan golongan guru dan pelajar serta keupayaan organisasi tersebut untuk berubah berbanding membiarkan pihak-pihak lain dari bahagian pendidikan menyelesaikan masalah. Jika sekolah ingin menjadi sebuah komuniti pembelajaran, sekolah harus membina struktur dan proses yang membolehkannya untuk belajar dan memberi respon yang pantas dan fleksibel terhadap perubahan persekitaran yang tidak dapat dijangka. Sekolah tersebut beroperasi sebagai satu komuniti yang mempunyai visi yang dikongsi dan menghargai perhubungan yang fokus kepada pembangunan sumber manusia dalam usaha untuk peningkatan yang berterusan (Stoll et al., 2006). Melalui sistem pemikiran ahli-ahli komunitinya, mereka dapat melihat bagaimana setiap bahagian saling berkait menjadi satu domain. Seterusnya, organisasi belajar secara kolektif sebagai kunci kepada perubahan dan kejayaan (Mitchell & Sackney, 2000). Terdapat 5 dimensi dalam komuniti pembelajaran profesional. Ciri-ciri tersebut ialah:

(a) Kepimpinan yang menyokong dan dikongsi Perubahan sekolah dan kajian kepimpinan pendidikan mengenal pasti pengaruh pentadbir ke atas pencapaian sekolah (Hord, 1997). Dalam KPP, peranan tradisional pentadbir telah digantikan dengan perkongsian struktur kepimpinan. Dalam model tersebut, pentadbir dan guru menyoal siasat dan mencari penyelesaian untuk peningkatan prestasi sekolah. Seluruh kakitangan berkembang secara profesional dan belajar untuk bekerja bersama untuk mencapai 9

matlamat yang dikongsi. Pentadbir sekolah menyediakan struktur dan organisasi sokongan untuk kolaborasi sesama kakitangan. Pentadbir mempamerkan kesediaan untuk menyertai dialog kolektif tanpa mendominasi keadaan. Mereka berkongsi tanggungjawab untuk membuat keputusan dengan kakitangan yang lain.

(b)

Berkongsi nilai dan visi Ciri-ciri asas untuk visi KPP ialah tumpuan yang tidak berbelah bagi terhadap

pembelajaran pelajar. Perkongsian nilai dan visi sesama kakitangan sekolah membantu mereka untuk membuat keputusan terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar dan menyokong tingkah laku normal. Komuniti pembelajaran melibatkan dan membina komitmen dan bakat setiap individu dalam usaha satu kumpulan yang menekankan pembelajaran intelektual yang tinggi. Nilai ini mencipta norma-norma kesedaran individu, menjadikan individu kritis, meningkatkan keberkesanan organisasi, menjadikan ahli-ahlinya untuk sentiasa komited, memperbaharui dan meningkatkan prestasi kerja mereka (Hord, 1997).

(c)

Pembelajaran kolektif dan pengaplikasian pembelajaran Pada asalnya, dimensi ini dikenali dengan kreativiti kolektif (Hord, 1997). Dimensi ini

kemudian ditukar untuk pengertian yang lebih tepat kerana pengaplikasian pembelajaran berlaku. Hord dan Hirsh (2008) menyatakan bahawa pembelajaran kolektif adalah jantung dan jiwa yang menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran murid KPP melibatkan kakitangan sekolah dalam setiap peringkat dalam proses mendapatkan pengetahuan baru secara bersama dan langkah untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam kerja mereka. Perhubungan yang harmoni menghasilkan keputusan yang kreatif dan sesuai kepada masalah yang timbul. Perhubungan yang harmoni menguatkan hubungan antara pengetua dan guru. Seterusnya, perhubungan tersebut meningkatkan komitmen mereka untuk lebih berusaha. Schmoker (2006) juga menyatakan bahawa di sebalik kerja sepasukan dalam 10

KPP ialah guru belajar antara satu sama lain dari orang di dalam organisasinya. KPP yang kukuh menggalakkan pembelajaran profesional secara individu dan kolektif dalam budaya terbuka, saling mempercayai, hormat dan menyokong (Bolam, Stoll & Greenwood, 2007). Sekolah tersebut mengkaji jadual, meningkatkan prosedur pentadbiran untuk menumpukan kepada bahagian yang dapat menyumbang kepada peningkatan sekolah yang signifikan seperti kurikulum, arahan, penilaian dan budaya sekolah. Piawaian yang tinggi diguna pakai dalam semua bahagian. Kakitangan yang profesional bertanggungjawab untuk memastikan tahap pencapaian pelajar semakin tinggi. Guru menggunakan pedagogi yang mengiktiraf kurikulum yang relevan. Pendidik mencari strategi dan arahan yang terbaik untuk melibatkan pelajar mereka dalam pembelajaran dan mereka membuat perubahan yang sesuai untuk keperluan pelajar. (d) Persekitaran yang menyokong Pengenalan kepada struktur yang menyokong dan persekitaran kolaboratif adalah satu faktor yang penting untuk peningkatan sekolah yang berjaya (Hord, 1997). Terdapat dua struktur sokongan yang dikesan dalam KPP, iaitu struktur keadaan dan perhubungan yang harmoni (Hord, 1997). Struktur keadaan merangkumi penggunaan masa, prosedur komunikasi, saiz sekolah, kualiti guru dan proses pembangunan kakitangan. Hubungan yang harmoni ialah tingkah laku positif guru, visi atau tujuan yang dikongsi secara meluas, peningkatan normanorma inkuiri yang kritis dan hormat, kepercayaan dan hubungan baik dan positif. Dalam KPP, seluruh kakitangan berinovasi untuk mencari masa dan sumber untuk belajar, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Membina keadaan yang menyokong adalah kunci untuk mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan komuniti untuk pelajar-pelajar profesional.

(e)

Perkongsian amalan Elmore (2004) menyatakan bahawa sekolah dan sistem sekolah yang semakin

meningkat secara langsung dan tidak langsung, menentang isu kebersendirian. Sekolah 11

tersebut mencipta pelbagai langkah seperti interaksi antara pendidik dan menggalakkan amalan inkuiri dalam meningkat piawaian prestasi pelajar. Guru berinteraksi dalam struktur yang formal semasa latihan. Ini bertujuan untuk mengelakkan isu kebersendirian dalam KPP. Melalui interaksi ini, guru akan terus membina satu budaya hormat menghormati dan kepercayaan untuk peningkatan individu dan juga sekolah. Mereka juga mempamerkan komitmen yang jitu terhadap kerja. Amalan berkongsi peribadi adalah terhad walaupun tahap KPP berfungsi adalah tinggi. Amalan berkongsi ini cenderung menjadi dimensi terakhir untuk terbina. DarlingHammond (1998) menyatakan bahawa guru menghabiskan lebih banyak masa untuk pembelajaran kolektif adalah lebih efektif dalam kemahiran berfikir dan memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Berkongsi amalan peribadi memerlukan satu anjakan paradigma yang lengkap. Secara jelasnya, ia berhubung dengan bilik darjah. Perkongsian amalan membawa kepada budaya pembelajaran kolaboratif ialah satu urusan yang melibatkan biasanya dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran iaitu merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran (Sturman, 1992). Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut (Nunan, 1992). Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digemblengkan. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digemblengkan. Pengajaran kolaboratif menggemblengkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik. 12

Pengajaran kolaboratif ialah satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat. Kolaborasi antara guru

merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masing-masing. Perancangan kolaboratif menggalakkan

percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masingmasing memerhatikan satu model yang sedang mengajar. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/ pasukan bagi melaksanakan pengajaran kolaboratif. Kejayaan sesuatu pengajaran kolaboratif bergantung kepada sejauh mana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut. Keperluan murid di sekolah

merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan pengajaran kolaboratif. Penggemblengan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya. Kolaborasi memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pegagogi masingmasing. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan rakan sejawatnya. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992). Setiap ahli hendaklah 13

berkongsi pendapat bahawa pengajaran kolaboratif boleh dilihat samada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Dalam persekitaran inkuiri yang berterusan, KPP menyediakan tahap pencapaian yang tinggi kepada semua pelajar. KPP menghargai dan menghormati setiap ahlinya dan menekankan pencapaian pelajar. Faktor berkongsi tujuan untuk meningkatkan pencapaian pelajar merangkumi konteks keseluruhan sebuah KPP. Setiap ahli dalam KPP melabur dalam pembelajaran dan perubahan yang perlu untuk memnuhi keperluan semua pelajar untuk membantu mereka mencapai tahap pembelajaran yang tinggi.

Warga pendidikan yang proaktif

Menurut Kamus Longman proaktif bermaksud berupaya bertindak sebelum sesuatu berlaku. Dalam lain penjelasan ia bermaksud memastikan sesuatu itu berlaku. Justeru,proaktif lebih banyak membicarakan tentang sikap dan sahsiah guru dan warga sekolah itu sendiri. Bagi merealisasikan sekolah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah

berikut boleh menjadi alat bagi memenuhi hasrat tersebut.Pertamanya, para guru perlu memastikan mereka sentiasa di hadapan dalam aspek pengetahuan profesional daripada murid. Dengan ini keyakinan murid dan masyarakat terhadap kualiti guru berada pada tahap terbaik. Keyakinan masyarakat penting sebelum sekolah boleh dinobatkan sebagai bertaraf dunia. Kedua, memastikan sikap positif guru dalam semua program anjuran Kementerian. Bukan pula menjadi batu api untuk menghalang usaha-usaha murni Kementerian Pendidikan melaksana sesuatu projek. Contoh terdekat yang dapat dilihat adalah usaha menggagalkan projek pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tidak boleh dinafikan bahawa

14

kualiti pengajaran subjek-subjek tersebut sudah naik mendadak dan tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru telah meningkat dengan ketara. Ketiga, semua guru perlu mempunyai sikap dan sahsiah positif iaitu bersedia di segi mental fizikal dan emosi untuk memohon atau diberikan tugas yang mencabar. Contohnya menjadi jurulatih fizikal, air dan darat dalam program kokurikulum memerlukan kepada kesabaran dan kekuatan fizikal. Hal ini khusus kepada guru-guru dalam lingkungan umur empat puluhan. Hanya sifat proaktif sahaja dapat menjayakan hasrat murni kerajaan menghasilkan guru yang berktrampilan di semua sudut seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Keempat, memastikan guru berupaya mendorong murid-murid mereka untuk

menerokai ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan maklumat, menganalisis dan mensintesis maklumat tersebut serta berupaya menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Sikap proaktif guru juga menyebabkan murid-murid dapat berkomunikasi dan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat. Sebagai contoh guru Kemahiran Hidup dapat mendorong muridmurid menyediakan taman berdasarkan subjek Kemahiran Hidup di dalam pekarangan sekolah. Usaha ini bukan arahan pihak atasan tetapi satu tindakan proaktif pensyarah berkenaan mewujudkan suasana kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi Teknologi Yang Canggih

Bagi menyempurnakan misi pendidikan bertaraf dunia maka kita perlu memastikan bahawa kita yakin dan boleh melakukannya melalui; Pertama, pengisian ilmu. Setiap guru perlu mengetahui ilmu berkaitan teknologi canggih sama ada secara persendirian atau melalui penajaan oleh kerajaan atau pihak swasta. Contohnya apakah maksud Project Based Learning(PBL). Ia adalah satu program yang mengintegrasikan pelbagai cabang ilmu dan kemahiran berkaitan sesuatu bidang pelajaran 15

seperti sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagainya. Keperluan asasnya ialah komputer, internet berkelajuan tinggi, perkakasan audio-video, laman web dan peralatan komunikasi. Murid dengan bantuan guru dibiimbing menyediakan tapak untuk projek ini melalui pembinaan sebuah laman web yang memuatkan semua elemen pembelajaran ke dalam laman ini. Pengguna-pengguna seluruh dunia boleh mengakses laman ini secara online dan mereka boleh bertukar-tukar idea dan pengalaman terkini. Kedua, memastikan guru dan murid mahir menggunakan perisian dan perkakasan komputer di tahap yang terbaik. Analoginya mudah walaupun kita mempunyai kapal terbang paling canggih dan paling besar tetapi malangnya ketiadaan pemandu yang dapat mengendalikan pesawat itu dengan selamat dan selesa maka hasilnya tidak membawa apa-apa faedah melainkan kerugian harta benda negara. Buat masa ini masih didapati kesukaran untuk mengakses maklumat daripada laman-laman web dari Malaysia berbanding dengan Negara lain yang setaraf khusus berkaitan pendidikan. Hal ini berpunca daripada kurangnynya profesional yang berupaya menyediakan tapak tersebut serta kandungannya lanjutan daripada kekurangan dalam modal insan. Ketiga memastikan semua aplikasi ini mudah diakses oleh murid, guru, dan masyarakat dari pelbagai lapisan termasuk orang kurang upaya(OKU). Perlu ada satu makanisma bagaimana ia boleh di akses dengan mudah. Contohnya selain boleh di akses melalui komputer riba, di pusat sumber IPG atau sekolah, ia juga boleh diakses secara percuma di tempat-tempat awam. Keempat , memastikan adanya perkhidmatan lepas beli yang jujur, latihan penggunaan peralatan yang berkala dan pemantauan yang berterusan dari pihak sekolah atau Kementerian yang bertanggung jawab. Amalan akauntabiliti di semua peringkat. Dengan langkah begini kita bukan sahaja akan memperolehi teknologi yang bermutu malah pembekal yang bertanggung jawab yang sama-sama menikmati manfaatnya ke tahap maksima.

16

Ciri-ciri guru yang perlu ada bagi membantu menghasilkan pendidikan bertaraf dunia adalah: (a) Mahir dalam ciri-ciri pengajaran efektif. Mak Soon Sang (2007) mengatakan ciri-ciri pengajaran efektif boleh dikenal pasti daripada perlakuan mengajar guru, iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian pengajaran. 3.1 Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum.

(b)

Pelaksanaan pengajaran. Selain itu, ciri kemahiran yang perlu ada pada guru adalah kemahiran menyampaikan

pengajarannya. Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan

17

meningkatkan

keberkesanan

dalam

pelaksanaan

pengajaran

dengan

membuat

pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

(c)

Penilaian pengajaran Ciri-ciri guru berkualiti yang seterusnya ialah guru mestilah membuat penilaian

pengajaran. Ini ditegaskan oleh Ingham (dalam Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak. Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi.) yang menyarankan supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 4. Rumusan Kesimpulannya bagi menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia, para guru perlulah menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Di samping itu guru dapat mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu kearah menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia (Dr. Ismail Zain). Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Dalam meniti pendidikan bertaraf antarabangsa dengan ledakan ilmu dan kemajuan pesat dalam sains dan teknologi telah mendatangkan pelbagai inovasi dalam bidang pendidikan. Dengan itu, guru hendaklah memiliki ciri-ciri tertentu agar matlamat tersebut tercapai. Ciri-ciri guru dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek personaliti guru, ciri guru alaf baru dan ciri guru dari aspek pengajaran. Dengan ciri-ciri yang ada itulah matlamat negara bagi mencapai pendidikan bertaraf dunia akan tercapai. Ini kerana, walau secanggih mana pun teknologi kita, kita tetap tidak dapat menidakkan fungsi seorang guru. 18

Berdasarkan perbincangan di atas, satu contoh komuniti pembelajaran profesional di dilakasanakan di sebuah sekolah di Malaysia: Sekolah Kebangsaan Long Luteng didirikan pada tahun 1980. Sekolah ini terletak di Negeri Sarawak dalam Bahagian Keempat di Daerah Baram. Guru Besar pertama ialah Encik Goerge Phusu Lawai Lugun. Sekolah ini didirikan secara bergotong-royong oleh kaum Penan kawasan Sungai Patah. Bilangan pelajar sekolah ini pada Tahun 2011 adalah seramai 211 orang, Kakitangan guru sepatutnya 13 orang tetapi hingga ke hari hanya 10 orang guru yang ada dan kakitangan sokongan 6 orang. Dari segi parasarana pula sekolah ini mempunyai 2 blok akademik, sebuah dewan makan termasuk dapur, sebuah blok Pra Sekolah dan dua buah rumah kakitangan sub standard dan 2 buah rumah kakitangan dibina secara gotong royong. Program Komuniti Pembelajaran Profesional diilhamkan oleh guru-guru apabila mengambil kira kekurangan kakitangan guru dan khasnya kekurangan guru beropsyen dalam sekolah ini maka dirangka program Komuniti Pembelajaran Profesional dapat mengatasi perkara tersebut. Matlamat Komuniti Pembelajaran Profesional dijalankan di sekolah tersebut ialah untuk mengatasi kekurangan guru opsyen mata pelajaran di sekolah. Objektif sekolah tersebut melaksanakan KPP adalah seperti berikut: i) menfasihkan guru pedagogi dan methodologi setiap mata pelajaran ii) meningkatkan professionalism guru dalam mengajar setiap matapelajaran iii) berkongsi amalan baik dalam proses mengendalikan pengajaran dan pembelajaran bagi semua mata pelajaran Komuniti Pembelajaran Profesional seramai 10 orang. disasarkan kepada semua kakitangan akademik

Berdasarkan penilaian dan hasil program, kesemua 10 orang guru sudah faham tentang pedagogi , metodologi ,cara membuat RPH dan RPT setiap mata pelajaran yang telah program 19

Komuniti Pembelajaran Profesional dijalankan. Program ini mempunyai keistimewaan kerana dapat mendedahkan semua guru tentang pedagogi dan metodologi semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Sekolah pendalaman dan SKM seperti sekolah tersebut mustahil mendapat cukup guru beropsyen seperti yang dikehendaki. Hasil daripada penyemakan semula RPH didapati para guru telah membuat pindaan terhadap rancangan mereka dengan memasukkan bidang-bidang yang terkandung dalam kehendak mata pelajaran tersebut.Contohnya Muzik ada 3 bidang. Nyanyian, genderang dan gerakan. Pendidikan Seni juga ada 4 Bidang.( Bidangnya akan dikongsikan pada pembentangan powerpoint link) PJK juga telah didedahkan oleh guru opsyen PJK tentang ujian SEGAK. Tanpa perkongsian, mungkin kita tidak memahami semua perkara di atas. Pemantauan P& P dan penyemakan Buku Rekod Persediaan mengajar telah mengesan bahawa guru telah mengajar bidang tersebut. Oleh itu, satu usaha bersepadu haruslah dijalankan untuk meminimakan cabaran kekurangan guru opsyen mata pelajaran tertentu di sekolah. Jika tiada usaha maka guru mengajar mata pelajaran bukan opsyen akan menghadapi masalah dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata pelajaran tersebut dengan berkesan. Usaha yang kami laksanakan dalam program Komuniti pembelajaran Profesional ini amat membantu guru dalam proses pengajaran dan pengajaran yang mereka lakukan di kelas. Secara keseluruhannya, Malaysia boleh mencapai pendidikan bertaraf dunia atau setaraf dengan negara-negara maju di dunia dengan menjadikan visi, misi dan dasar-dasar kerajaan sebagai titik permulaaan dalam semua tindakan. Penentuan matlamat yang jelas dan ketepatan dalam pemilihan strategi sangat penting diikuti dengan langkah-langkah

perlaksanaan yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Melalui penggubalan kurikulum yang yang mantap, bersesuaian dengan perkembangan terkini, mewujudkan sistem pendidikan terbuka yang memberi peluang pendidikan sama rata untuk rakyat, sikap dan sahsiah guru yang proaktif seperti kata pepatah belum disuruh sudah pergi , penyediaan prasarana berkualiti oleh mereka yang boleh 20 dipertanggungjawabkan dan beretika,

mengaplikasi teknologi yang canggih dengan ilmu dan kemahiran, dan akhirnya dengan memastikan program penyelidikan dan pembangunan dijalankan dengan cara bijaksana disamping pemberian insentif kepada para penyelidik. Kejayaan misi ini sebenarnya bergantung kepada keupayaan sistem pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian yang cekap dan berkesan di semua peringkat sekolah serta kerjasama dan komitmen semua warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sokongan kewangan yang mantap, pemimpin yang berwibawa, berilmu pengetahuan dan berketerampilan , semua ini akan merealisasikan negara Malaysia mempunyai pendidikan bertaraf dunia menjelang 2020. Seterusnya, gelombang perubahan pendidikan dunia hari ini menuntut dan mencabar pengetua dan barisan kepemimpinan sekolah membangunkan kapasiti diri guru, melalui pelbagai kaedah dan pendekatan. Kepelbagaian pendekatan pengetua ini telah mengekalkan budaya pembelajaran dalam kalangan guru pada tahap yang tinggi kerana program yang dilaksanakan di sekolah lebih tertumpu kepada keperluan guru dan murid itu sendiri. Fenomena ini memberikan impak positif terhadap kerjaya guru dan seterusnya pembelajaran murid. Pengekalan budaya ini juga akan mampu mengembangkan amalan dan prosedur budaya belajar yang menjadi rutin keada semua pendidik dalam konteks peningkatan profesionalisme keguruan seterusnya menjadi pemangkin ke arah pendidikan bertaraf dunia.

21

Rujukan Ab.Halim Abdul Rahim, (2004)., Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.,Fajar Bakti., Shah Alam. Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D. Freeman & J.C. Richards (Eds.), Teacher learning in language teaching. pp. 260 280. Cambridge: Cambridge University Press. Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis (Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in association with the Center for British Teachers. Harper, Dennis Owen, (1984).Using Computer-assisted Learning for Teacher Training in Malaysia. Dissertation (Ph.D.), Santa Barbara, University of California, 1984. 348p. Maier, P.,Bamet, L.,Warren, A.&Bruner, D.(1998). Using Technology in Teaching and Learning. London. Micheal Yeoh, (2003). Wawasan dan Kepimpinan. Nilai dan Strategi Ke Arah Wawasan 2020, Utusan Publication, Kuala Lumpur. Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. UNITAR. Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010., Kementerian Pelajaran Malaysia.,Jan 2007., Putrajaya. Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology into Teaching.New Jersey:Prentice Hall.

Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology Services. Giga Information Group, Inc.

22