Anda di halaman 1dari 1

Muzik dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak Saya bersetuju bahawa muzik dapat membantu perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Hal ini kerana muzik sentiasa menjadi sebahagian penting dalam sistem pembelajaran kanakkanak.Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur,keadaan dan 'mood' mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada. Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung atau dadanya kerana bayi mempunyai kebolahan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi.Selain itu, muzik juga membantu kanak-kanak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membe;ikan satu instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrumen tersebut.Secara tidak langsung,mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik. Kesimpulannya,anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka dalam kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif daripada kanak-kanak lain.