Anda di halaman 1dari 4

PANDUAN KEPADA ORANG RAMAI DAN PENGGUNA BERKAITAN ISU-ISU KEWANGAN TIPS ON FINANCIAL ISSUES FOR THE PUBLIC

AND CONSUMERS
ISU PERBANKAN BANKING ISSUES Baca terma dan syarat perjanjian dengan teliti Anda perlu membaca dan memahami terma dan syarat perjanjian sesuatu produk sama ada berkaitan pinjaman atau pelaburan terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang dokumen yang berkaitan. Read the terms and conditions of a contract carefully You have to read and understand the terms and conditions of an agreement/contract for any loan or investment related product prior to signing any related documents.

Tanggungjawab sebagai penjamin Anda perlu fahami tanggungjawab dan kewajipan anda sebagai penjamin. Sebagai penjamin, anda terikat secara undang-undang untuk membayar balik pinjaman sekiranya peminjam tidak menjelaskan pinjaman tersebut. Responsibilities of a guarantor You have to understand the responsibilities and obligations of a guarantor. Guarantors are legally bound to make repayment if the borrower fails to settle the loan.

Pendedahan maklumat kewangan Jangan mendedahkan maklumat kewangan anda seperti nombor akaun, nombor kad kredit, kata laluan akaun dan sebagainya kepada pihak ketiga sama ada melalui telefon, e-mel atau mana-mana pautan di laman web. Disclosure of financial information Do not disclose your financial information such as account number, credit card number, password and other personal particulars to third parties either via telephone, e-mails or any links in websites.

Transaksi di mesin ATM Jangan membenarkan pihak ketiga melakukan transaksi di mesin ATM bagi pihak anda walaupun orang yang dikenali seperti pasangan anda. Transactions at ATM machines Do not allow third parties to make transactions at ATM machines on your behalf, even to those whom you know such as your spouse.

Transaksi kad kredit Kad kredit hendaklah digunakan sebagai kemudahan membuat bayaran dan digunakan mengikut kemampuan. Selepas sebarang transaksi menggunakan kad kredit, pastikan jumlah yang dimasukkan adalah betul dan pastikan kad kredit yang dipulangkan adalah kepunyaan anda.

Credit card transactions Credit cards should be used as a payment instrument and utilisation should be within your means. Please verify the amount swiped after each credit card transaction and make sure the card returned belongs to you.

Penyerahan dokumen Berwaspada sebelum menyerahkan salinan kad pengenalan atau pasport kepada pihak ketiga selain daripada institusi kewangan atau peguam-peguam yang bertindak bagi pihak anda. Submission of documents Be cautious before submitting photocopies of your identification card or passport to third parties, other than to financial institutions or lawyers acting on your behalf.

Kemudahan perbankan internet Jangan terpedaya untuk membuka akaun kemudahan perbankan internet hanya untuk membolehkan anda menerima hadiah atau hadiah warisan dari mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ini merupakan satu cubaan penipuan! Jika anda telah berbuat demikian, segera hubungi dan laporkan kepada bank anda dan pihak polis untuk tindakan lanjut serta maklumkan kepada Bank Negara Malaysia. Internet banking facilities Do not be deceived into opening an internet banking account in order to win prizes or inheritance from an unknown party. This could be a scam! If you have already done so, contact and report to your bank and to the police immediately for their further action, also keep Bank Negara Malaysia informed.

Fungsi memory cache Sila pastikan anda log keluar (log-out) secara sempurna selepas selesai menggunakan perbankan internet dan padamkan memory cache selepas sebarang transaksi dilakukan. Memory cache function Do make sure that you have log-out properly after using the internet banking and clear the memory cache after completing the transactions.

ISU INSURANS INSURANCE ISSUES Baca kontrak polisi dengan teliti Anda perlu membaca dan memahami terma dan syarat polisi selepas menerima kontrak polisi daripada syarikat insurans. Anda diberi masa selama 15 hari daripada tarikh penerimaan untuk meneliti kandungan polisi. Gunakan peluang ini untuk memastikan maklumat adalah betul dan polisi tersebut menepati keperluan anda. Anda hendaklah memahami had-had atau klausa pengecualiannya. Jika perlu, dapatkan penerangan lanjut daripada syarikat insurans atau ejennya. Read the policy contract carefully You have to read and understand the terms and conditions of the policy upon receiving the policy contract from insurance companies. You are given 15 days from the date of receipt to scrutinise contents of the policy. Use this opportunity to validate the information and evaluate whether the policy suits your requirement. Understand the limitations or the exemption clauses. Please contact the insurance company or its agents for further explanation, if necessary.

Kepentingan pendedahan Anda mestilah mendedahkan semua fakta dalam borang permohonan anda sepenuhnya. Sekiranya ejen anda mengisikan borang permohonan untuk anda, baca dan fahamilah keperluan dalam borang tersebut sebelum anda menandatangani borang tersebut. Jika tidak, polisi insurans anda mungkin terbatal atau syarikat insurans boleh menolak tuntutan anda. Importance of disclosure You must disclose all material facts in your application form completely. If your agent fills up the application form on your behalf, please read and understand the requirements in the form prior to signing the form. Failure to do so could cause your insurance policy to be terminated or the insurance company might repudiate your claims.

Pembelian polisi insurans Anda boleh membeli polisi insurans samada terus daripada syarikat insurans, melalui ejen insurans yang sah, atau bank/institusi kewangan yang mempunyai urusan bankasurans dengan syarikat insurans. Sekiranya anda membeli polisi insurans melalui ejen, pastikan beliau adalah ejen yang sah bagi mana-mana syarikat insurans. Jika anda ragu-ragu, minta bukti pendaftaran/kad kuasa ejen tersebut atau terus hubungi syarikat insurans berkenaan. Semua ejen yang sah adalah berdaftar samada di bawah Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) atau Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Purchase of insurance policy You can purchase insurance policy either directly from the insurance company, through authorised agent, or banks/financial institutions which has bancassurance arrangement with insurance companies. If you are buying the insurance policy from an agent, please ensure that he/she is an authorised agent of the insurance company. If you have doubt, request for proof such as registration/authorisation card of the agent or contact the insurance company directly. All authorised agents are registered under Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) or Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM).

Pembayaran premium Anda mempunyai pilihan untuk membayar premium terus kepada syarikat insurans atau melalui ejen. Anda hendaklah memastikan pembayaran dibuat atas nama syarikat insurans dan pastikan anda menerima resit rasmi daripada syarikat insurans. Sekiranya boleh, elakkan daripada membuat pembayaran secara tunai kepada ejen. Premium payment You have the choice to either pay the premium directly to the insurance company or through agents. You have to ensure payment is made under the insurance companys name and also ensure that you receive the original receipt from the insurance company. Avoid making cash payment to the agents, if possible.

SKIM CEPAT KAYA QUICK RICH SCHEME Pelaburan dan pengambilan deposit Sekiranya anda ingin membuat pelaburan, pastikan syarikat-syarikat berkenaan mempunyai lesen yang SAH yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Sila hubungi BNM di talian 1-300-88-5465, SC (03-62048999/0362048777) dan KPDNKK (1-800-886-800) untuk mengenal pasti status syarikat-syarikat tersebut.

Investment and deposit taking If you want to invest, please ensure the company has a VALID licence from the Authorities such as Bank Negara Malaysia (BNM), Securities Commission (SC) and Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). You can contact BNM at 1-300-885465, SC (03-62048999/03-62048777) and KPDNKK (1-800-886-800) to verify the status of the companies.

Pulangan pelaburan yang tinggi Berhati-hati dengan sebarang strategi pemasaran yang menjanjikan keuntungan atau pulangan yang tinggi tanpa risiko. Pulangan yang tinggi mempunyai risiko yang tinggi. Pastikan anda mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai syarikat tersebut. High investment returns Be cautious of any form of marketing strategy which promises high returns or profits without risk. High returns come with high risks. Make sure you gather additional information about the company.

SMS atau panggilan palsu Jika anda menerima sebarang SMS atau panggilan melalui telefon bimbit anda yang menjanjikan hadiah wang tunai yang lumayan dengan syarat anda terus menelefon nombor yang diberi di dalam SMS atau panggilan tersebut, anda perlu mengesahkan terlebih dahulu dengan menghubungi pihak berkuasa seperti Bank Negara Malaysia. Sentiasa berhati-hati dengan panggilan sebegini. SMS or prank calls If you receive any SMS or call through your mobile phone, promising huge cash rewards with the condition that you are required to reply to the SMS or return the call, you have to substantiate first by checking with the Authority such as Bank Negara Malaysia. Always be cautious of such calls.

Anda mungkin juga menyukai