Anda di halaman 1dari 1

1.

3 Kemahiran Meminta Penjelasan

Meminta penjelasan akan membolehkan maklumat yang kurang pasti menjadi fokus dengan lebih ketara. Kemahiran ini boleh digunakan untuk menjelaskan kekeliruan ; tetapi ia perlu digunakan apabila diperlukan sahaja. Kalau kemahiran sering digunakan secara suka hati , ia akan menjejaskan kelancaran dialog dalam perhubungan kaunseling itu. Kemahiran meminta penjelasan boleh digunakan seperti klien: Mak dan kakak selalu buat kerja bersama. Dia kata saya terlalu mementingkan diri dan tidak sudi membantu. Di sini siapa klien sebut dia, ibu atau kakaknya , adalah tidak jelas. Maka untuk meminta penjelasan , kaunsleor boleh bertanya dengan berkata : Dia? Ibu atau kakak anda?

Perlu ditegaskan pula , kemahiran meminta penjelasan digunakan adalah kerana kekeliruan guru kaunselor , dan bukan klien. Oleh itu , jika seseorang kaunselor berkata: Saya semata mata tidak faham langsung sepatah kata anda yang disebtkan tadi. Klien akan merasanya telah dikritik dan akan enggan mengulang apa yang dikatakannya.Adalah lebih baik bagi kaunselor berkata: Anda telah memberitahu saya banyak perkara , dan saya ada sedikit kekeliruan . Bolehkah anda mengulang sekali lagi apa yang dikatakan tadi?