Anda di halaman 1dari 3

PERANAN GURU PERANAN DAN TUGAS GURU DALAM PEMBELAJARAN MASTERI

Kejayaan pelaksanaan Pembelajaran Masteri di bilik darjah amat bergantung kepada kecekapan dan ketrampilan guru dalam merancang dan menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran Masteri bukanlah perkara yang baru kerana langkah yang terlibat dalam Pembelajaran Masteri sudah pun disarankan dalam KBSR dan KBSM. Adalah penting guru mempunyai kemahiran tertentu untuk menangani murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan aras pembelajaran. Oleh itu, guru bersama muridnya perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam menentukan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Sesungguhnya peranan dan tugas guru amat penting dalam melaksanakan Pembelajaran Masteri. Antaranya ialah : Guru sebagai Perancang Pengajaran 1. Guru seharusnya menyedari semua muridnya mampu belajar. Dengan ini, guru akan memberi peluang yang mencukupi untuk murid menguasai sesuatu Hasil Pembelajaran. 2. Guru berperanan sebagai pemimpin, pembimbing, pengajar dan fasilitator pembelajaran. Peranan ini boleh disesuaikan mengikut strategi yang digunakan oleh guru. Jika guru memilih mengajar secara kelas misalnya, guru akan lebih berperanan sebagai pemimpin dan pengajar, manakala jika guru mengajar secara kumpulan kecil atau murid memanfaatkan penggunaan teknologi maklumat maka peranan guru pula lebih kepada sebagai seorang fasilitator. 3. Guru merancang dan mengenal pasti Hasil Pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran yang perlu dikuasai. 4. Guru menyusun unit pembelajaran mengikut urutan yang bersesuaian dengan Hasil Pembelajaran, contohnya daripada yang mudah kepada yang sukar dan memastikan perkara asas diajar di peringkat awal. 5. Guru memilih, mengubahsuai dan merancang pelbagai strategi, kaedah, aktiviti dan bahan untuk pengajaran dan pembelajaran, aktiviti pengayaan dan pemulihan bagi murid menguasai Hasil Pembelajaran. Guru Sebagai Pengurus Pembelajaran dalam Pembelajaran Masteri, guru bukan sahaja berperanan untuk menguruskan pembelajaran bagi memastikan Hasil Pembelajaran dicapai, tetapi juga mengurus muridnya. Peranan guru sebagai pengurus pembelajaran adalah :

1. Guru menentukan secara spesifik perkara yang perlu dipelajari. 2. Guru memotivasikan murid untuk mempelajarinya. 3. Guru membekalkan murid dengan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. 4. Guru melaksanakan pengajaran dan pemelajaran mengikut kadar yang sesuai untuk setiap murid. 5. Guru mengawasi dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian murid. 6. Guru mendiagnosis kesukaran pembelajaran yang dihadapi oleh murid dan menyediakan cara terbaik mengatasi kesukaran itu. 7. Guru memberi pujian dan galakan kepada murid yang memperoleh peningkatan dalam pembelajaran. 8. Guru menjalankan ulang kaji dan latihan yang boleh mengekalkan semangat murid untuk belajar pada jangka masa yang panjang. 9. Guru mempelbagaikan penggunaan bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan menarik termasuk penggunaan multi media, lembaran kerja, buku teks, majalah, akhbar dan modul pembelajaran kendiri. Guru sebagai Penilai Pembelajaran 1. Guru merancang dan membina item ujian formatif dan sumatif serta membuat analisis item ujian dan respons murid bagi tujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan setiap murid. 2. Guru seharusnya dapat melihat penilaian formatif dan sumatif ini sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Ini bermaksud maklum balas yang diperoleh dari penilaian ini dapat digunakan dengan berkesan uantuk tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran serta motivasi murid untuk terus belajar. 3. Guru mentadbir ujian dan memeriksa respons murid. 4. Guru mendapat maklum balas tentang apa yang telah dikuasai dan yang belum dikuasai oleh murid melalui ujian diagnostik. 5. Guru menganalisis dan mentafsirkan hasil ujian bagi mengenal pasti murid yang telah menguasai Hasil Pembelajaran dan murid yang belum lagi menguasainya.

6. Guru membenarkan murid yang telah menguasai Hasil Pembelajaran menjalani aktiviti pengayaan atau menjadi tutor kepada rakan se kelas atau ke unit pembelajaran seterusnya. Peranan dan tugas guru seperti yang dinyatakan memerlukan guru mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran supaya lebih bersedia melaksanakan pendekatan Pembelajaran Masteri di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai