Anda di halaman 1dari 26

HUBUNGAN TINGKAH LAKU GURU DENGAN MASALAH DISIPLIN KENDIRI PELAJAR SEMASA PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI SEKOLAH

MENENGAH SATU SESI DAERAH KOTA BELUD BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Bab pengenalan ini menjelaskan tentang latarbelakang kajian, penyataan masalah dan kajian persoalan kajian. Selain itu, bab ini juga menghuraikan tentang tujuan kajian, objektif kajian, hipotesis kajian dan definisi operasional kajian, batasan kajian dan kepentingan kajian. 1.2 Latarbelakang Kajian Dewasa ini pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar menjadi masalah yang seolah-olah tidak ada kesudahannya. diambil dan dilaksanakan oleh pihak Ini boleh menjadi penghalang kepada Walaupun pelbagai cara telah Pelajaran Malaysia seperti Kementerian perkembangan positif sistem pendidikan di Malaysia.

menekankan data SSDM dan e-disiplin kepada sekolah-sekolah di seluruh negara namun masalah ini masih lagi tidak dapat dibendung. Sejak kebelakangan ini, media massa sering menyiarkan salahlaku disiplin yang dilakukan oleh pelajar sekolah. Contoh salah laku disiplin yang utama ialah ponteng sekolah dan ponteng kelas. Kebanyakan pelajar menghabiskan masa di tempat-tempat yang tidak sepatutnya seperti di kedai permainan komputer, melepak dan sebagainya. Masalah ini belum lagi dilihat dari segi yang berlaku di dalam bilik darjah sesama proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Masalah seperti mengunakan telefon bimbit, bermain permaian rubic cube, tidur, bercerita sesama kawan dan sebagainya. Kajian yang dibuat secara temubual dan soal selidik, yang akan diterangkan dalam bab tiga, yang dijalankan di SMK Pekan Kota Belud II, mengapa mereka ponteng sekolah, kebanyakkan memberi jawapan tidak siap kerja rumah yang diberikan oleh guru atau tidak siap tugasan yang diberi oleh guru. Ada juga pelajar yang ponteng

kelas kerana tidak suka dengan sikap guru yang selalu marah, berleter dan tidak menunjukkan sikap yang toleran dengan pelajar, mengajar mengikut emosi. Malah ada pelajar memberi alasan tidak suka hadir sekolah pada hari isnin kerana tidak suka dengan perhimpunan sebab berdiri lama walaupun pihak sekolah membenarkan pelajar duduk semasa mendengar perutusan sekolah dan ada pemeriksaan disiplin seperti rambut, kuku, kelengkapan baju sekolah dan sebagainya. 1.3 Pernyataan Masalah Fenomena pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar sering dikaitkan dengan pengaruh faktor persekitaran pelajar sendiri seperti rakan sebaya, ibubapa dan media massa. Masalah ini jarang sekali dikaitkan dengan faktor sekolah dan guru-guru itu sendiri. Perkara ini berlaku kerana instituisi sekolah dan guru-guru dianggap sebagai agen pembentukan sahsiah pelajar dan mereka sepatutnya tidak menyumbang kepada keruntuhan disiplin dalam kalangan pelajar. Tetapi apa yang sebaliknya berlaku apabila satu perbincangan yang dibuat bersama pelajar kelas moral, seramai limabelas pelajar, tentang jenis-jenis pelanggaran disiplin yang selalu berlaku di sekolah SMK Pekan Kota Belud II, seperti bergaduh, bising, ponteng kelas, melepak, vendalisme, merokok, membuli, cabar mencabar dan sebagainya, tidak kurang juga boleh disumbang oleh kurang komitmen dalam kalangan guru semasa menjalankan tanggungjawab. Pelajar bergaduh dalam bilik darjah disebabkan guru tidak ada di dalam bilik darjah, lambat masuk kelas, pelajar ponteng kelas kerana tidak suka dengan cara guru mengendalikan kelas, pembelajaran kurang menarik dan sebagainya. Oleh yang demikian sekolah dan guru-guru juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada keruntuhan disiplin pelajar di sekolah. Adalah wajar, masalah disiplin kendiri para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ini tidak hanya dilihat dari perspektif pelajar semata-mata, tetapi kedua belah pihak yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Walaupun tidak dinafikan, ada faktorfaktor lain yang turut menyumbang kepada masalah ini, antaranya suasana bilik darjah, kerusi meja yang tidak sesuai, dan suasana bilik darjah yang tidak bersih dan tidak kondusif, dan tidak kurang masalah ibubapa dan situasi dalam keluarga pelajar tetapi skop kajian ini hanya menyentuh dari sudut presfektif guru, yakni sikap guru. Menurut

Zulkifli Mohamed, dalam Mohd Yusuf, (2007) pengetahuan tentang sikap dan kemahiran memanipulasinya menjadi penting bagi guru untuk mendorong pelajar agar komited dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Menurut Mohd Yusuf Abdullah (et al), 2007, sekiranya, guru-guru sendiri malas bertindak dan tidak sanggup melakukan perubahan berkemungkinan besar proses pendidikan yang akan diberikan oleh guru kepada pelajar seolah-olah tidak bermakna. 1.4 Persoalan Kajian Pernyataan masalah yang dikemukakan oleh pengkaji sebelum ini telah membawa kepada beberapa persoalan kajian. Antara persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah: i. ii. iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar? Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penampilan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar? Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi interpersonal guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar? iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan masalah disiplin kendiri pelajar? 1.5 Obejektif Kajian Secara umumnya, objektif kajian ini adalah untuk melihat hubungan tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar. i. ii. iii. Mengenalpasti hubungan antara sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin kendiri pelajar. Mengenalpasti hubungan antara penampilan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin kendiri pelajar. Mengenalpasti hubungan antara komunikasi interpersonal guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin kendiri pelajar.

iv.

Mengenalpasti hubungan antara gaya pengajaran guru dengan masalah disiplin kendiri pelajar.

1.6

Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif kajian ini, penyelidik telah mengemukakan empat hipotesis nul: Ho1 Ho2 Ho3 Ho4 Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara penampilan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara komunikasi interpersonal guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan masalah disiplin pelajar. 1.7 Kepentingan Kajian Seringkali jika pelajar bermasalah disiplin, pelajar tersebut tidak berdisiplin. Pelajarlah punca kepada masalah tersebut. Kajian ini penting kerana sebelum ini jarang dilihat punca masalah disiplin pelajar berdasarkan faktor sekolah atau faktor guru. Kajian ini akan cuba mengenalpasti hubungan antara tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dengan masalah disiplin yang sering dikaitkan dengan pelajar. Adakah terdapat hubungan agar hasil dapatan kajian ini boleh digunakan oleh pihak yang berkaitan terutama Jabatan Pelajaran amnya dan pihak sekolah khususnya untuk tindakan. Berdasarkan hasil kajian ini juga, pihak jabatan boleh merangka satu progaram khas untuk guru-guru tentang etika dan pengendalian bilik darjah dan teknik berkomunikasi yang berkesan. Pihak sekolah seharusnya mengakui dan menerima hakikat bahawa dunia hari ini sungguh jauh berbeza dengan dunia kita pada beberapa dekad yang lalu. Kehidupan kita hari ini semakin sempit dengan kemajuan teknologi ICT yang menjadikan dunia kita kian sempit, Salleh Abd Rashid dalam Mohd Yusuf(et al), 2007.

Pihak sekolah, khususnya Lembaga Disiplin dan Unit Bimbingan dan kaunseling boleh merancang satu program menyeluruh untuk menangani masalah disiplin para pelajar yang ditimbulkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Program tersebut boleh difokuskan kepada guru-guru agar mereka dapat mengaplikasikan pendekatan-pendekatan yang lebih berkesan seperti pendekatan psikologi dan kaunseling semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan dan fungsi guru dilihat begitu penting dan mampu membangunkan anak-anak bangsa sebaris dengan bangsa-bangsa lain di dunia, Hishammuddin 2005, dalam Mohd yusuf Abdullah, 2007. 1.8 Limitasi Kajian Kajian ini merupakan kajian kes yang difokuskan kepada persepsi pelajar terhadap tingkahlaku guru-guru sekolah menengah di sekolah satu sesi di Daerah Kota Belud. Oleh yang demikian dapatan ini hanya mengambarkan persepsi pelajar di daerah di sekolah satu sesi daerah Kota Belud sahaja. Kajian ini juga hanya menumpukan Memandangkan tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

sekolah satu sesi masa pengajaran dan pembelajaran adalah lebih lama berbandingan dengan sekolah dua sesi. Satu sesi pengajaran berlangsung selama empat puluh minit dan dua sesi berlangsung selama satu jam duapuluh minit berbanding dengan sekolah dua sesi hanya tiga puluh lima minit atau tiga puluh minit untuk satu sesi. Hasil dapatan kajian tidak boleh digeneralisasikan kepada tingkahlaku guru secara umum, kerana cara dapatan kajian akan dianalisis mengikut sekolah yang terlibat untuk melihat perbezaan dapatan kajian antara sekolah tersebut 1.9 1.9.1 Definisi Operasional

Sikap Guru
merujuk kepada sikap yang ditunjukkan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran: i. ii. masuk lewat ke kelas selalu memarahi pelajar

iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

tidak memberi perhatian atau mengajar sambil lewa tidak memberi penerangan hanya menyuruh pelajar membuat kerja sendiri suka melabel pelajar dengan perkataan yang tidak baik tidak peka dengan situasi kelas keluar awal sebelum tamat guru kurang bersedia tidak mengambil berat keperluan pelajar sikap mengambil mudah

1.9.2 Penampilan Guru


Merujuk kepada penampilan guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh penampilan guru ialah: i. ii. iii. iv. v. Berpakaian tidak kemas Perwatakan yang garang Gaya pengajaran guru yang membosankan Penampilan yang tidak menarik Guru yang sangat cerewet dan suka berleter

1.9.3 Komunikasi Interpersonal Guru


komunikasi dan interaksi guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh tingkahlaku ini ialah: i ii iii iv suara yang kurang jelas percakapan yng terlalu cepat hingga tidak difahami oleh pelajar tidak memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat tidak peramah semasa berinteraksi dengan pelajar

1.9.4 Gaya Pengajaran Guru


Tingkahlaku guru semasa mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh tingkah laku ini ialah: i ii iii iv v iv menyelitkan unsur-unsur humor semasa mengajar sentiasa menggalakkan pelajar bertanya soalan sentiasa membuat persediaan sebelum mengajar. tidak pernah menyemak buku latihan pelajar corak pengajaran guru tidak menarik dan tidak pelbagai. kerap mendenda pelajar

1.9.5 Proses Pengajaran dan Pembelajaran


Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses untuk

mendapatkan ilmu secara formal sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah di sekolah. Dalam proses ini, guru melaksanakan dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar manakala pelajar pula mempelajari sesuatu daripada pengajaran guru. Pembelajaran formal ini merupakan satu sistem pendidikan yang dilembagakan dan disusun secara berperingkat-peringkat berdasarkan umur seseorang individu. Pelajarpelajar akan mengikut satu kurikulum dan sukatan pelajaran yang sama, baik dari segi akademik atau kegiatan kokurikulum

1.9.5 Masalah Disiplin Kendiri Pelajar


Disiplin merupakan kesanggupan seseorang pelajar menghormati dan mematuhi undang-undang sekolah. Pelajar berkenaan sanggup menghormati tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu kepentingan orang lain. Pelajar yang berdisiplin bermaksud mereka mengikut peraturan , tatasusila, akhlak dan kesopanan sekolah ( KPM 1979 ) Masalah disiplin pelajar dalam kajian ini merujuk kepada tingkahlaku negatif pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara tingkahlaku negatif pelajar ini ialah seperti menimbulkan gangguan dalam bilik darjah, ponteng kelas, tidak mengikut

arahan guru atau melawan guru, tidak menyelasaikan latihan-latihan yang diberi oleh guru, tidur semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Kesimpulan: Dalam bab ini lebih kepada memberi pengenalan dan mengupas sedikit sebanyak tentang tajuk dan permasalahan yang hendak dikaji. Prespektif hubungan antara sikap guru dan masalah disiplin kendiri pelajara semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah satu sesi daerah Kota Belud. Masalah disiplin bukanlah perkara yang baru tetapi kemajuan teknologi dan pengaruh persekitaran terhadap diri pelajar menyebabkan mereka banyak terdedah dengan perkara yang boleh meyumbang kepada masalah disiplin kendiri pelajar. Tidak kurang dengan faktor guru kerena kebalakangan ini ramai guru yang memilih kerjaya ini sebagai pilihan terakhir dan kesukaran mencari pekerjaan yang mereka minati.

BAB 2 SOROTAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Bab ini akan membentangkan tentang pendekatan teori, konsep tingkahlaku guru, dan juga tulisan dan kajian lepas yang berkaitan dengan kajian. Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan tentang kerangka kajian yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian sebagai panduan menerangkan perhubungan antara sikap guru dengan masalah disiplin kendiri pelajar dalam bilik darjah.. 2.2 Pendekatan Teori Tingkah laku pelajar yang sering melanggar disiplin sekolah selalu dikaitkan dengan faktor-faktor persekitaran seperti ibubapa yang tidak memberi perhatian terhadap anak-anak, pengaruh daripada rakan sebaya, pengaruh media massa dan sebagainya. Kemungkinan besar masalah atau disiplin negatif yang ditimbulkan oleh pelajar itu disebabkan oleh faktor lain seperti persekitaran sekolah, suasana bilik darjah, malah tingkah laku negatif seseroang guru itu sendiri. Kajian ini cuba mengungkap salah laku disiplin pelajar yang disebabkan oleh tingkah laku guru berdasarkan beberapa teori Pelaziman Operan (Behaviourisme), Teori pembelajaran Sosial dan Teori Fungsionalisme. Ketidak pekaan guru terhadap anak didik sendiri yang saban hari mereka temui.

2.2.1 Teori Pelaziman Operan


Teori ini diasaskan oleh Burhus Frederic Skinner. Menurut Suradi Salim (1998), teori ini berpegang kepada fahaman Behaviourisme yang beranggapan bahawa kebanyakkan tingkahlaku manusia adalah hasil dari pembelajaran. Mereka menganggap tingkah laku merupakan satu set gerakbalas yang telah dipelajari daripada peristiwa,

pengalaman atau rangsangan dalam kehidupan seseorang. Teori ini juga mengandaikan bahawa tingkahlaku boleh diubahsuai dengan mengadakan persekitaran dan pengalaman pembelajaran yang sesuai. Prinsip asas dalam Teori Pelaziman Operan ini ialah untuk mengekalkan sesuatu gerakbalas (tingkahlaku) itu hendaklah disusuli dengan peneguhan. Menurut teori ini, tingkahlaku yang disusuli dengan peneguhan Sebagai contoh, pelajar A yang Sebaliknya positif akan menghasilkan pengulangan manakala tingkahlaku yang diikuti dengan peneguhan negatif akan menghasilkan penolakan. diberi peneguhan dengan pujian setelah mendapat markah penuh dalam Matapelajaran yang diminatinya akan sentiasa cuba untuk mengekalkan prestasinya. pelajar B yang juga mendapat markah penuh tetapi tidak dipuji oleh gurunya tidak akan berusaha untuk mengekalkan prestasinya, walaupun pelajar tersebut berminat dengan matapelajaran tersebut. Sudah sedia lazim, pelajar suka jika guru memberi pujian keatas kecemerlangan mereka. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002), pelaziman operan ini hanya akan berlaku berdasarkan tiga syarat iaitu: i. ii. iii. Individu mesti membuat gerakbalas. Sesuatu peneguh mesti mengikut gerakbalas. Peneguh mesti diberi hanya apabila gerakbalas telah berlaku. Penghasilan gerakbalas dalam teori pelaziman operan ini akan lebih berkesan sekiranya diberi peneguhan serta merta. Peneguhan yang ditangguhkan boleh mendatangkan kesan ke atas tingkahlaku pelajar. Konsep peneguhan yang diterangkan dalam teori ini terbahagi kepada dua jenis iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif meningkatkan berlakunya sesuatu bentuk tingkahlaku Apabila sesuatu tingkahlaku diikuti dengan Terdapat dengan adanya rangsangan tertentu. pelbagai jenis peneguhan positif iaitu: i. ii. iii. Peneguhan Konkrit peneguhan konkrit ini termasuklah peneguhan yang berbentuk makanan, alat permainan, setem, pelekat dan lain-lain . Peneguh Sosial peneguhan sosial ini pula termasuklah peneguh yang berbentuk senyuman, perhatian, pujian dan penghargaan. Peneguh Aktiviti peneguh aktiviti ini pula merupakan peneguh yang berbentuk aktiviti-aktiviti yang disukai oleh pelajar seperti bercerita, kuiz, permainan bahasa

rangsangan yang meneguhkan, tingkahlaku tersebut akan meningkat.

10

dan sebagainya. Peneguhan negatif pula merupakan peneguhan yang diberikan untuk mengelakkan seseorang daripada melakukan sesuatu gerakbalas. Sebagai seorang

pendidik, guru tidak digalakkan menggunakan peneguhan negatif kerana peneguhan jenis ini akan memungkinkan pelajar bertingkahlaku negatif. Antara bentuk peneguhan negatif yang sering diamalkan oleh guru di sekolah ialah dendaan kepada mereka. menurut Mahyuddin dan Habibah Elias (2002), terdapat empat bentuk dendaan yang sering diamalkan di sekolah. Bentuk dendaan ini boleh mengakibatkan kesan tingkahlaku yang tidak diingini dan dalam jangka panjang tidak membantu produktiviti pelajar. Bentuk-bentuk dendaan tersebut adalah seperti berikut: i. Dendaan Fizikal: Dendaan fizikal boleh menimbulkan salahlaku disiplin seperti rasa benci terhadap guru, tidak memberi perhatian tentang tugas sekolah, bercakap bohong, vandalisme, tidak membuat kerja sekolah dan ponteng sekolah. akan menyebabkan kecederaan fizikal yang kekal. ii. Denda Psikologi: Denda berbentuk ini boleh mengancam penghargaan kendiri pelajar. Kata-kata yang menjatuhkan airmuka seseorang dan penghinaan di khalayak ramai mempunyai potensi untuk menimbulkan kesan psikologi yang tidak sihat. Denda seperti ini boleh menimbulkan salahlaku disiplin seperti benci kepada guru, memukul guru, merosakkan hartabenda ( mencalar kereta ) dan sebagainya. Disamping itu, denda psikologi ini juga boleh mengurangkan motivasi pelajar. iii. Kerja sekolah tambahan: Denda sebegini tidak sesuai dikenakan kepada pelajar atas sebab salahlakunya. Denda ini secara tidak langsung memberikan mesej kepada pelajar bahawa kerja sekolah tidak menyeronokkan. Apabila dilaksanakan secara keterlaluan, denda fizikal boleh dianggap sebagai deraan kanak-kanak dan mungkin

11

v.

Gantung Sekolah: Gantung sekolah bukanlah satu cara yang berkesan untuk mengubah tingkahlaku

pelajar.

Biasanya pelajar yang mempunyai masalah tingkahlaku merupakan pelajar

yang lemah pencapaiannya. Jika mereka menghadapi hukuman gantung sekolah, ini akan mengurangkan peluang mereka untuk belajar. Berdasarkan teori ini, tingkahlaku negatif guru yang memberi peneguhan negatif kepada pelajar akan menimbulkan tingkahlaku negatif seperti membenci guru, vandalisme, mengeluarkan kata-kata kesat kepada guru malah ada yang sanggup berdendam dengan guru dan mencederakan mereka. Tingkahlaku negatif seperti ini dilakukan oleh mereka sebagai tanda protes dan memberontak terhadap peneguhan negatif guru. 2.2.2. Teori Pembelajaran Sosial Teori ini diperkenalkan oleh Albert Bandura. Teori ini berkait rapat dengan

proses pembentukan tingkahlaku manusia. Menurut teori ini, salahlaku disiplin dalam kalangan pelajar yang disebabkan oleh tingkahlaku guru ini berlaku melalui proses peniruan (modeling). Menurut Azlina Abu Bakar @ Mohd (2002), peniruan (modeling) merupakan teknik modifikasi tingkahlaku yang melibatkan pemerhatian ke atas tingkahlaku orang lain yang dinamakan model dan meniru perbuatan orang tersebut. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias(2002), teori ini berpendapat bahawa unsur kognitif mempunyai peranan penting dalam pembelajaran manusia. Selain itu unsur-unsur sosial juga mempengaruhi pembelajaran. Manusia banyak belajar melalui pemerhatian, peniruan dan permodelan. Walaubagaimanapun, teori ini juga percaya tentang peranan peneguhan dalam proses pembelajaran. Pengasas teori ini iaitu Albert Bandura percaya bahawa kebanyakan tingkahlaku manusia sama ada baik atau buruk, normal atau tidak normal, dipelajari dengan meniru tangkah laku orang lain. Beliau telah menjalankan satu kajian ke atas beberapa orang kanak-kanak prasekolah, kanak-kanak tersebut telah ditunjukkan dengan adengan seorang dewasa yang memukul patung bernama Bobo, kemudian apabila kanak-kanak tersebut dibiarkan bersendirian dengan patung tadi, mereka telah memukul patung tersebut sebagaimana telah dilakukan oleh orang dewasa tadi.

12

Walaupun kajian tersebut dijalankan ke atas kanak-kanak prasekolah yang belum mempunyai pertimbangan fikiran yang rasional, namun kajian ini jelas menunjukkan bagaimana seseorang pelajar boleh meniru tingkahlaku negatif seseroang guru. Sebagai role model, guru merupakan idola kepada pelajar. Segala tingkahlaku negatif sama ada melalui perbuatan atau percakapan akan ditiru dan diamalkan oleh pelajarpelajarnya. Seperti peribahasa Guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Sebagai contoh, perlakuan seorang guru yang sering melabel pelajar dengan perkataan bodoh akan cenderung untuk ditiru oleh pelajarnya dengan melabel rakan-rakannya pula. Selain itu, perbuatan guru yang sering memberikan peneguhan negatif bebentuk fizikal akan menyebabkan pelajar-pelajar menirunya dan seterusnya memungkin berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar. Perkara ini tidak dinafikan kerena melalui pemerhatian yang dijalankan di SMK Pekan Kota Belud II, seorang pelajar yang bermasalah sering memanggil kawan-kawan yang lain sebagai bodoh. Dan seringkali perkataan bodoh ini dikeluarkan oleh pelajar yang lemah dari segi akademik dan bermasalah disiplin kendiri. 2.2.3 Teori Fungsionalisme (Peranan) Teori ini diperkenalkan oleh Emile Durkhiem. Menurut teori ini, masyarakat

merupakan satu organisma dan setiap organnya mempunyai peranan atau fungsinya yang tersendiri. Para ahli fungsionalisme berpendapat bahawa setiap bahagian dalam masyarakat mempunyai tujuan-tujuan dan keperluan-keperluan tersendiri. Persefahaman ahli masyarakat sangat penting untuk mengekalkan keharmonian dan kestabilan masyarakat. Mereka juga berpendapat bahawa kehidupan sesebuah masyarakat berasaskan kepada konsesus. Konsesus bermaksud, sesebuah masyarakat mempunyai nilai-nilai asas (norma dan disiplin) yang mesti dipatuhi oleh setiap anggotanya demi mengekalkan keharmonian dan kestabilan. Menurut teori ini, masalah disiplin terjadi apabila satu-satu organ dalam masyarakat itu gagal berfungsi dengan baik atau tidak memainkan peranan yang sepatutnya. Misalnya, dalam skop bilik darjah. Sekiranya guru tidak menjalankan tanggungjawabnya mendidik pelajar-pelajar dengan sempurna maka pelajar-pelajar tersebut akan cenderung untuk melakukan salahlaku disiplin. Menurut Noran Fauziah

13

Yaakub (1991), gaya pengajaran guru yang bersifat autokratik akan mengakibatkan dua kemungkinan: 1. 2. Melahirkan pelajar yang kasar, degil, suka melawan, tidak ikut kata, keras hati dan suka mengganggu. Melahirkan pelajar yang pemalu, sensitif, rendah hati dan suka mengasingkan diri dari orang lain. Dalam bilik darjah, masalah disiplin pelajar berlaku akibat kegagalan guru memainkan peranan yang sepatutunya. takut denan guru. Sebagai contoh, hubungan yang renggang antara guru dengan pelajar, hubungan yang tidak mesra, pelajar tidak hormat guru atau Secara umumnya, pelajar yang mempunyai masalah disiplin, mempunyai hubungan yang agak tegang dan tidak baik dengan guru dan pihak sekolah. Guru dan pelajar sepatutnya mempunyai buhungan yang erat dan perlu ada kerjasama antara satu sama lain. Guru perlu mengekalkan hubungan yang erat ini supaya pelajar sentiasa berminat terhadap pelajaran yang disampaikan, matapelajaran yang diajar dan berminat belajar matapelajaran tersebut. Pendapat ini disokong oleh Ismail Yusof (1982) yang menyatakan bahawa hubungan yang regang antara guru dengan pelajar ini kadang-kadang berpunca daripada kerja sekolah yang tidak disiapkan oleh pelajar. Pelajar sebenarnya bukan tidak mahu menyiapkannya tetapi mereka terpaksa membantu kerja ibubapa di rumah. Akibatnya, pelajar takut ke sekolah kerana mungkin dimarahi oleh guru. Dalam hal ini, guru sepatutnya lebih berdiplomasi dan tidak terus marah sebaliknya menyiasat terlebih dahulu punca mereka tidak menyiapkan kerja sekolah. Adalah lebih baik bagi guru mengetahui sedikit sebanyak latarbelakang pelajar yang diajarnya. Selain itu, tanggapan dan jangkaan guru terhadap pelajar kelas bawahan seperti bodoh, kurang berdisiplin, bermasalah, tidak bermotivasi dan sebagainya akan mempengaruhi sikap dan pencapaian pelajar dalam pelajaran. Pelabelan sebegini juga akan mempengaruhi tingkahlaku pelajar dan menyumbang kepada tingkahlaku negatif. Sekiranya guru mempunyai prasangka bahawa pelajarnya tidak berdisiplin, akhirnya didapati pelajar itu benar-benar tidak berdisiplin. Pentadbiran sekolah juga boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran disiplin. Sesetengah sekolah mengamalkan sistem pengaliran (streaming) dalam pembahagian kelas A, B, C dan sebagainya. Kelas A merupakan kelas yang paling pandai dan

14

begitulah seterusnya. tidak berfaedah.

Keadaan ini akan mempengaruhi psikologi guru dan pelajar.

Guru akan beranggapan bahawa mengajar di kelas yang rendah pencapaianya sebagai Mereka menganggap bahawa pelajar kelas tersebut sudah gagal, bodoh dan kurang berdisiplin. Akibatnya guru kurang berusaha membimbing pelajar kelas tersebut. Keadaan ini menjadikan pelajar bosan dengan sikap guru. Perhubungan antara pelajar dengan guru akan menjadikan tegang dan tercetuslah masalah disiplin. Hukuman disiplin secara melulu yang akan dikenakan kepada pelajar di sekolah juga mengkibatkan berlakunya masalah disiplin. Hukuman mungkin akan menimbulkan satu hal yang tidak diduga. Misalnya, pelajar yang tabah menjalani hukuman mungkin dipandang sebagai hero oleh rakan-rakannya. Pelajar lain yang tidak mempunyai nilai yang positif akan memuja mereka yang menentang peraturan dan yang sanggup menerima hukuman. Jika ini berlaku, pelanggaran disiplin sekolah akan dianggap oleh sesetengah pelajar sebagai satu keberanian 2.3 Konsep Tingkahlaku Guru: Masden dan Masden (1981:32) mendefinisikan tingkahlaku sebagai Behavior

refers to anything a person does, says, or thinks that can be observed directly and/or indrectly.
Secara umumnya, definisi di atas menerangkan kepada kita bahawa tingkahlaku ialah segala perlakuan individu yang berbentuk perbuatan, percakapan atau pemikiran yang boleh diperhatikan secara langsung atau secara tidak langsung. Masden dan Masden (1981) menambah bahawa tingkahlaku yang diterangkan ini mengkhusus kepada tingkahlaku interpersonal seseorang. Beliau telah membahagikan tingkahlaku interpersonal ini kepada dua bahagian iaitu pengucapan (verbal behaviour) dan perlakuan (moto behaviour). Apabila dikaitkan dengan guru, tingkalaku ini merujuk kepada segala perlakuan atau perbuatan guru sama ada pengucapan atau perlakuan semasa mereka menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3.1 Tingkahlaku Guru Yang Baik Menurut Pandangan Pelajar.


Cohen dan manion (1981) dalam kajian mereka mendapati bahawa pelajar paling suka akan guru yang dapat menerangkan pelajaran dengan sabar. Pelajar juga

15

menyukai guru yang baik hati, mesra, bersimpati, bersikap adil dan mempunyai pelbagai minat. Selain itu, mereka juga mendapati bahawa pelajar juga meminati guru yang Hammchek (1974) sentiasa mengalakkan pelajar-pelajarnya menyoal dalam kelas.

merumuskan tingkahlaku guru yang disukai oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah seperti baik hati, mesra, periang, sabar, adil, suka menolong, sering menyelitkan unsur-unsur humor semasa mengajar dan pada masa yang sama sentiasa menjaga ketenteraman kelas. Tetapi kadang ada juga pelajar yang suka sekiranya guru garang kerana menghalang mereka daripada menimbulkan masalah disiplin. takut kepada guru yang garang. Mereka Disini bergantung kepada kebijaksanaan guru

mengunakan pendekatan yang bersesuaian dengan pelajar atau kelas yang diajar. Lain kelas lainlah pendekatan yang digunakan kerena bergantung dengan tahap kecerdasan pelajar. Apalagi jikalau sekolah itu mengwujudkan kelas streaming.

2.3.2 Tingkahlaku Guru yang Tidak Baik Menurut Pelajar.


Menurut Noran Fauziah (1993), satu tingkahlaku guru yang kurang digemari oleh pelajar ialah keghairahan guru yang menyindir pelajar untuk memalukan mereka di hadapan pelajar lain. Pelajar yang sering disindir dan dimalukan oleh guru akan Bagi pelajar bersikap benci terhadap guru tersebut. Tingkahlaku yang terlalu garang, menimbulkan kesan yang berbeza dalam kalangan pelajar mengikut peringkat umur. sekolah rendah, mereka mungkin akan terlalu takut kepada guru seterusnya membenci sekolah. Manakalah sekolah menengah, jika mereka sering berhadapan dengan guru yang terlalu garang, ada kemungkinan mereka akan membenci guru tersebut, seterusnya tidak menghormati guru berkenaan. Ada guru yang mengajar lebih kepada menurut emosi mereka dan kurang mengambil berat emosi pelajar. membuat persediaan sebelum mengajar. peribadi. Noran Fauziah (1993) juga menyatakan bahawa pelajar yang gigih tidak menyukai guru yang tidak Guru sebegini sering menyuruh pelajar membuat kerja-kerja sendiri bila masuk ke kelas sedangkan dia sendiri membuat kerja

16

2.4

Tingkahlaku Guru Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Mempengaruhi Disiplin dan Minat Pelajar.

2.4.1 Pakaian Yang Tidak Sesuai.


Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan kod etika berpakaian kepada guru-guru di Malaysia. Guru-guru dilarang memakai pakaian yang menjolok mata, Menurut Noran Fauziah (1993), Keadaan ini boleh mengganggu memakai serban, jubah, Tshirt, jeans dan purdah. disebabkan oleh cara guru berpakaian di sekolah.

sama ada pelajar menyukai atau membenci guru mereka sedikit sebanyak adalah proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan melihat gurunya bermula dari pintu masuk lagi, dari hujung tumit kasut sehingga kehujung rambut guru tersebut. Ini adalah penampilan utama yang menjadi penilaian dan keyakinan pelajar tehadap guru. Mengikut surat Pekeliling Profesional Kementerian Pelajaran Bil,13/69 KP 8434 (084) bertarikh 26 Disember 1969, Oleh yang demikian pakaian yang berpatutuan bagi guruguru adalah penting di samping kecermatan dan kebersihan, dalam Mohd Yusuf, 2007.

2.4.2 Tidak Mengajar Dengan Bersungguh-sungguh.


Menurut Noran Fauziah Yaakub (1993), terdapat guru yang hanya menulis nota di papan hijau/hitam supaya pelajar menyalin nota dan dengan tujuan dapat mengawal ketenteraman kelas. Sebenarnya, tiada pelajar yang begitu berpuashati jika guru hanya membaca nota, sama ada dengan cara menulis atau membacanya tanpa mengadakan perbincangan, soalan atau latihan. Akibatnya para pelajar akan merasa bosan untuk meneruskan pembelajaran.

2.4.3 Bercakap Terlalu Cepat dan Tidak Jelas.


Noran Fauziah Yaakub (1993) menyatakan bahawa kajian-kajian yang pernah dibuat mendapati pelajar-pelajar sering merungut kerana tidak dapat mengikut proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru mereka bercakap terlalu cepat dan tidak

17

jelas. Akibatnya, pelajar tersebut akan merasa bosan berada dalam bilik darjah dan tidak mengikut proses pengajaran dan pembelajaran dengan sewajarnya. 2.5 Tulisan dan kajian Lepas Yang Berkaitan Dengan Tingkahlaku Guru: Kebanyakkan kajian tentang tingkahlaku lebih mengkhusus kepada tingkahlaku pelajar. Tidak banyak kajian yang melihat punca masalah disiplin pelajar ini dari Contoh kajian yang berasaskan tingkahlaku guru ini ialah seperti tingkahlaku guru.

kajian yang dibuat oleh Barak Rosenshine (1971) yang bertajuk Teaching Behaviiours

and Student Achievement. Kajian ini dibuat ke atas pelajar-pelajar sekolah tinggi di
Landon. Dalam kajian ini, beliau tidak mengkaji hubungan tingkahlaku guru dengan masalah disiplin pelajar, tetapi melihat hubungan tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan hasil dapatan kajian beliau mendapati wujud hubungan antara tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Guru yang mengamalkan tingkahlaku yang dianggap baik semasa mengajar, telah menghasilkan pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian akademiknya berbanding dengan guru yang beritngkahlaku negatif. 2.6 Kerangka Kajian: Secara umum kajian ini akan melihat hubungan yang wujud antara tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar. rajah 2.1 di bawah: Kerangka kajian ini dapat ditunjukkan dalam

18

Variable Tak Bersandar

Variabel Bersandar

Positif Positif
TINGKAHLAKU GURU

Sikap Guru Penampilan Guru Komunikasi Interpersonal Stail Pengajaran

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DISIPLIN KENDIRI PELAJAR

Negatif Negatif
Rajah 2.1 : Kerangka Kajian

Rajah 2.1 menerangkan hubungan yang wujud antara tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan masalah disiplin pelajar. Tingkahlaku dalam kajian ini dikategorikan kepada sikap guru, penampilan guru, komunikasi interpersonal dan gaya pengajaran guru. Tingkahlaku dalam kajian ini dikategorikan kepada sikap guru, penampilan guru, komunikasi interpersonal dan gaya pengajaran guru. Jika salahsatu daripada jenis tingkahlaku ini bercorak negatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran maka hasilnya juga bercorak negatif. Sebagai contohnya, jika guru yang mengajar ialah seorang yang suka memarahi pelajar atau suka mendenda pelajar maka pelajar selalu ponteng kelas yang diajarnya. Tingkahlaku positif guru yang ditunjukkan dengan garisan putus-putus akan melahirkan tingkahlaku pelajar yang positif manakla tingkahlaku negatif guru yang ditunjukkan dengan garisan bersambung akan melahirkan tingkahlaku pelajar yang negatif.

19

Kesimpulan: Sorotan kajian masa lampau juga ada mengkaji mengenai hubungan sikap guru dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian yang dijalankan oleh golongan behaviorisme juga menunjukkan hubungan antara sikap guru dengan tingkahlaku pelajar terutama disiplin pelajar. Dalam bab ini juga ada menjelaskan kerangka kajian mengenai hubungan antara sikap guru dengan masalah disiplin kendiri pelajar. Bagaimana hubungan itu dapat mempengaruhi disiplin kendiri pelajar dapat ditunjukkan melalui kerangka konsep.

20

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan Bab 3 akan menjelaskan tentang rekabentuk kajian. Populasi dan sampel yang digunakan juga akan dijelaskan dalam bab ini. Selain itu, bab ini juga akan menjelaskan tentang instrumen yang digunakan, prosedur pemungutan data dan bagaimana data yang telah diperoleh dianalisis. Dapatan kajian rintis juga dimuatkan dalam bab ini untuk melihat sejauhmana pertalian antara sikap guru dengan masalah disiplin pelajar di sekolah menengah khusus untuk menengah rendah di daerah Kota Belud. 3.2 Rekabentuk kajian Kajian ini merupakan kajian kes yang berbentuk kuantitatif dan alat statistik yang digunakan untuk menganalisis data ialah kolerasi Pearson. Menurut Rahil dan Habibah (2002), dalam penyelidikan yang menggunakan kaedah kolerasi, instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang aspek spesifik tingkahlaku. Menurut beliau lagi, kaedah kolerasi membolehkan pengkaji mengenalpasti sama ada wujud hubungan antara variabel-variabel. Perhubungan ini dinamakan kolerasi dan daptannya dirumuskan dengan pekali kolerasi dan menggunakan lambang [r], Lay Yoon Fah, 2009. Kolerasi wujud apabila variabel berkaitan antara satu sama lain. Kolerasi boleh menjadi positif atau negatif. langsung antara dua variabel. variabel adalah bertentangan. Kolerasi positif menunjukkan perhubungan secara Bagi kolerasi negatif pula, perhubungan antara dua Dalam kajian ini pengkaji akan cuba melihat korelasi

yang wujud antara variabel bersandar iaitu tingkahlaku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dengan variabel tak bersandar iaitu masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar.

21

3.8

Populasi dan Sampel Populasi untuk kajian ini terdiri dari semua pelajar menengah yang dipilih secara

rawak mewakili sekolah masing-masing di tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Belud. Purata di daerah kota belud mempunyai lapan kelas bermula dari tingkatan satu hingga tiga kecuali SMK Kekan Kota Belud II kerana sekolah ini baru dan SMA Tun Said kerana pelajar adalah terpilih. Sebelum itu satu kajian rintis telah dibuat di SMK Pekan Kota Belud II. Seramai dua ratus enam puluh orang telah dipilih secara rawak mengikut kelas yang berpotensi melakukan masalah disiplin sebagai sampel. SMK Pekan Kota Belud II lebih kurang 865 orang. Dalam menentukan saiz sampel, isu yang paling penting ialah tentang perwakilan dan kecakupan ( Ary,1990 ). Isu perwakilan ini bermaksud adakah saiz sampel mewakili populasi kajian?. Manakala kecakupan pula bermaksud adakah bilangan sampel kajian mencakupi untuk membuat generealisasi atau kesimpulan tentang ciri-ciri populasi kajian?. Dengan lain perkataan, bilangan sampel mestilah cukup besar bagi membolehkan penyelidik meramalkan parameter populasi berdasarkan batasan yang boleh diterima. Menurut Krejcie dan Morgan ( Sidek 2002 ), bagi populasi seramai 1400 orang, saiz sampel yang diperlukan ialah 302. Dengan jumlah seramai 302 sampel kemungkinan berlakunya ralat persampelan hanya pada tahap 5 peratus. Ini kerana formula penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan ( dalam Isaac & Micheal 1884 ) dibangunkan pada aras 95 peratus aras keyakinan. Sementara untuk kajian kolerasi berdasarkan analisiss kuasa oleh Cohen ( 1992 ) pada aras keyakinan .05 saiz kesan (ES) pada tahap sederhana dan kuasa pada tahap .80 memerlukan jumlah sampel sebanyak 85. Sampel kajian yang terdiri daripada 302 orang ini dipilih dalam kalangan pelajarpelajar SMK Pekan Kota Belud II, SMA Tun Said dan SMK Tambulion. Sampel dipilih menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dengan mengambil kira bilangan populasi tingkatan yang terlibat. seramai Dengan menggunakan kaedah persampelan ini, Bilangan pelajar

22

3.9

Instrumen Kajian Instrumen kajian yang tidak digunakan untuk mengumpul data dalam kahian ini

ialah satu set soal selidik yang menggunakan skala likert. Penggunaan soal selidik ini lebih praktikal dan berkesan untuk mendapatkan respon berdasarkan objektif kajian. Set soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan B yang mengandungi item- item untuk dijawab oleh responden. Bahagian A mengenai tingkahlaku guru dan bahagian B mengenai masalah disiplin pelajar. Rajah 3.1: Prosedur Kajian

Mengenalpasti masalah / Bidang kajian

Mengenalpasti masalah / Bidang kajian Menyediakan proposal Memohon kebenaran Kementerian Pelajaran Malaysia Memohon kebenaran pengetua sekolah Memohon kebenaran Jabatan Pelajaran negeri

Membuat temujanji dengan sekolah

Menyediakan instrumen kajian

Memasukan data Mengedar instrumen

Menganalisis data Menulis laporan akhir

23

Set soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu: 1. 2. Bahagian A: Tingkah laku guru Bahagian B: Masalah disiplin kendiri pelajar

3.9.1 Bahagian A: Tingkah laku Guru Bahagian ini terdiri daripada 33 item yang bertujuan untuk mengenalpasti tingkah laku guru yang mempengaruhi disiplin pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Item-item dalam bahagian ini telah dikategorikan kepada empat bahagian iaitu: a. S b. P c. K Sikap guru Penampilan guru Komunikasi interpersonal guru Gaya pengajaran guru

d. G -

3.9.2 Bahagian B: Masalah Disiplin Kendiri Pelajar Bahagian ini terdiri daripada 10 item tentang masalah disiplin kendiri yang dilakukan oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rajah 3.2 di bawah menunjukkan kandungan set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini.

Jadual : 3.2 : Kandungan Borang Soal Selidik


Bahagian Bahagian A: Tingkah laku Guru: a. Sikap guru b. Penampilan guru c. Komunikasi guru d. Gaya pengajaran guru Bahagian B: Masalah Disiplin Kendiri Pelajar Bil Item Huraian Maklumat tentang tingkah laku guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran

10 5 6 7

10

Maklumat tentang masalah disiplin kendiri yang dilakukan oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

24

Jumlah Item 3.10 Kebolehpercayan dan Keesahan

38

Menurut Tuckman ( 1994 ), kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu konsisten. Black dan Campion ( 1976 ) mendefinisikan kebolehpercayaan sebagai kebolehansatu-datu alat ukur secara konsisten mengukur fenomena yang hendak diukur. Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayan yang tinggi sekiranya skor yang sama diperolehi inidividu yang sama dengan menjawab ujian yang sama pada masa yang berbeza ( Sidek Mohd Noah 1990 ). Kesahan sesuatu ujian pula menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya diukur ( Tuckman 1994 ). Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kesahan yang tinggi sekiranya darjah kebolehannya mengukur apa yang sepatutunya dikukur adalah tinggi. Mohd Majid Konting ( 1990 ), mentafsirkan bahawa kesahan sesuatu alat ukuran merujuk kepada sejauhmana alat tu mengukur data yang sepatutnya diukur. Ini bermakna sesuatu alat yang berupaya mengukur dengan tepat sesuatu variabel yang ditetapkan dianggap sah sebagai alat pengukur variabel tersebut. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini debentuk sendiri oleh pengkaji

BIBLIOGRAFI Abdullah Hasan dan Ainon Mohd, 2002. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru Bestari. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd Amir Hasan Dewi 2002. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Tanjong Malim: Quantum Books. Ary, D,1990. Introduction to Research in Education. USA: Holt, Rinehart & Winston, Inc.

25

Barak Rosenshine 1971. Teaching Behaviours and Student Achievement, London: National Foundation For Educational Research. Bennet W. J. 1986. How can We Improve teachers and teaching, The Educational Digest: May, pp2-5. Black J.A & Campion D.J.1976. Method and Issues in Social Research. New York: John Wiley & Son. Cohen L ans Manion L, 1981. Perspectives On Classrooms and schools, London: Holt, Rinehart & Winston. Duke D.L 1990, Teaching; An Introduction. New York : McGraw-Hill. Hamacheck D, 1974. Characteristics Of Good Teachers and Implication For Teachers Education, dalam Lowell and Horton (eds), New York: Teachers Education, Trends, Issues, Inovations, Interstate Printers and Publishers Inc. Ismail Yusuf 1983. Disiplin Di Sekolah: Ponteng Sekolah. Kertas Kerja Persidangan Nasional Mengenal Kaum Remaja Di Malaysia, Jabatan Pedagogi Dan Psikologi, Universiti Malaya, 2-5 Ogos. Issac S & W.B. Micheal. 1984. Handbook in research and evaluation. San Deogo Edits Publishers. Jones V.F dan Jones L.S 1995.

Classroom Management: creating Positive Learning Enviroment For All Students, Boston: Ally and Bacon

Masden C.H and Masden C.K, 1981. Teaching / Discipline: A Positive Approach For Educational Development, Boston: Ally and Bacon. Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob 1993. Guru dan Perguruan, Kuala Lumpur: DBP Noran Fauziah Yaakub 1987. Pengantar Sosiologi, Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Bhd. Rahil Mahyuddin dan habibah Elias 2002. Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.

26