Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN Jurnal yang bertajuk Sifat Maskulin dan Tingkah Laku Membuli hasil kajian Jamal Safri Saibon,

Faridah Karim dan Zuria Mahmud bertujuan memahami bagaimana sifat maskulin mempengaruhi tingkah laku membuli pelajar-pelajar lelaki di sekolah menengah. Seramai 420 pelajar lelaki dari lima buah sekolah bermasalah disiplin di Pulau Pinang telah menjadi responden untuk kajian ini dengan menjawab soal selidik Tahap Tingkah Laku Buli (TTLB). Daripada jumlah ini, 74 orang yang telah mendapat skor sederhana dan tinggi dalam tingkah laku membuli diminta menjawab soal selidik Tahap Maskulin Pelajar dan ditemubual. Masalah buli bukannya perkara baru di negara kita. Hal ini berlaku setiap tahun di sekolah khususnya sekolah berasrama. Isu ini sudah menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat sama ada di parlimen atau di warung kopi. Sebenarnya, perbuatan membuli dapat diertikan sebagai mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan secara tidak langsung menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka. Tingkah laku membuli merujuk kepada situasi apabila seseorang atau sekumpulan orang yang lebih dominan berulangkali menyakitkan orang lain dan membuatkannya berada dalam keadaan tertekan. Buli berlaku dalam jangka masa tertentu. Lazimnya, pembuli mempunyai tahap kesedaran yang berbeza terhadap apa yang dirasa oleh mangsa akibat perlakuan buli tersebut. Fenomena buli dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli secara langsung atau tidak langsung. Buli secara langsung termasuklah diugut, disepak atau membalas pukulan. Sementara buli secara tidak langsung atau lebih dikenali buli psikologi melibatkan kata-kata (verbal) termasuklah memanggil atau ejek-mengejek dengan nama

tertentu, dikacau, ditertawakan rakan lain atau menyebabkan gosip liar terhadap seseorang.

Di Malaysia, gejala buli dalam kalangan murid-murid sekolah telah mencapai tahap yang serius. Kejadian buli bukan sahaja melibatkan kecederaan mangsa malah kini lebih tragis sehingga mengakibatkan kematian. Adalah amat malang sekali bagi keluarga si mangsa yang meninggal dunia akibat dibuli. Harapan mereka untuk melihat anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya berakhir dengan kematian yang tidak sepatutnya berlaku. Misalnya, pada 28 Mac 2004, negara kita telah dikejutkan dengan kes buli yang mengakibatkan kematian

Muhammad Farid Ibrahim yang dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan. Hal ini juga akan merugikan negara dan bangsa kerana mereka merupakan bakal pemimpin masa depan yang akan menentukan hala tuju Malaysia di arena antarabangsa.

ISU JURNAL Jurnal ini menyentuh buli berkait rapat dengan jantina. Majoriti murid lelaki terlibat dalam kejadian membuli dan dibuli berbanding perempuan. Artikel ini juga mengulas tentang punca atau sebab murid lelaki bersikap agresif berbanding murid perempuan. Hal ini terjadi disebabkan oleh faktor hormone testosterone yang menyebabkan mereka menjadi agresif. Selain itu, faktor keluarga yang gagal memberi keperluan fizikal dan emosi juga penyebab seseorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Faktor lain ialah pembelajaran sosial mahupun cara berfikir yang negatif. Salah satu pendorong semula jadi kepada tingkah laku manusia ialah sifat untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Namun begitu, apabila fitrah ini bertukar kepada tabiat untuk menjadi lebih dari orang lain dan menguasai mereka. Hal ini seterusnya akan membawa kepada tingkah laku buruk seperti menyakitkan orang lain serta diri sendiri.

Jurnal ini memfokuskan isu tentang pengaruh maskulin memainkan peranan besar dalam kalangan pelajar lelaki sehingga mereka saling menindas, bersaing, bercakaran dan menguji antara satu sama lain. Keadaan ini berlaku untuk menentukan siapakah yang lebih maskulin?

DAPATAN KAJIAN Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan signifikan antara tahap tingkah laku buli dan tahap maskulin. Dapatan kajian jurnal ini mendapati bahawa seorang pelajar yang mempunyai tahap maskulin yang tinggi cenderung untuk memiliki tahap tingkah laku buli yang tinggi. Dapatan kajian ini menyokong kajian-kajian terdahulu yang menyatakan berciri maskulin berkecenderungan melakukan buli ke atas pelajar lain. Hasil dapatan kajian memfokuskan fungsi ciri maskulin dalam diri pelajar pembuli. Kebanyakan pelajar yang ditemubual menyatakan suka dikatakan lebih maskulin berbanding dengan rakan di sekolah supaya lebih hebat dari rakan lain. Hal ini berlaku disebabkan pelajar yang sangat teruja dan bangga untuk kelihatan sebagai seorang pelajar yang maskulin. Tingkah laku membuli juga menyebabkan mereka dipandang lebih maskulin Fungsi ciri maskulin yang lain ialah untuk menguasai orang lain. Pelajar lelaki yang membuli menggunakan ciri untuk menguasai orang lain. Secara tidak langsung, pelajar pembuli memperoleh ganjaran seperti terkenal, ditakuti oleh pelajar lelaki yang lain serta disukai oleh pelajar perempuan. Kepercayaan bahawa membuli menjadikan seseorang lebih maskulin telah mempengaruhi pelajar lelaki yang lain dan secara tidak langsung menjadi budaya sanjungan dan sebagai tanda aras kepada pelajar lain untuk menjadi maskulin. Pelajar yang memiliki tahap maskulin yang tinggi merupakan model untuk dicontohi oleh pelajar lain.
3

pelajar yang

Ciri maskulin pelajar telah dikelaskan kepada tujuh iaitu fizikal, atlit, ekonomi, intelek, komunikasi, imej dan penampilan. Ciri paling dominan ialah pandai berjenaka, pemain yang baik, dan imej diri. Manakala ciri yang kurang dominan ialah fizikal macho, tegap, dan pantas berlari serta Kaya. Jurnal tersebut mendapati faktor fizikal macho, tegap dan pantas berlari serta kaya bukanlah faktor dominan. Walau bagaimanapun, dapatan ini memberi penjelasan kepada trend semasa yang mana pembuli kini lebih cenderung melakukan buli secara verbal di mana seseorang itu tidak perlu mempunyai fizikal yang hebat untuk membuli tetapi hanyalah kemahiran berkomunikasi. Ciri komunikasi atau pandai berjenaka merupakan faktor penting yang membentuk tahap maskulin pelajar yang membuli. Pelajar yang pandai berkomunikasi dan berjenaka menjadikan mereka disukai dan mempunyai ramai kawan dalam kalangan rakan sebaya. Pelajar yang membuli mungkin menggunakan jenaka sebagai strategi untuk menonjolkan ciri maskulin. Walau bagaimanapun, ia mungkin menjurus kepada perlakuan buli secara verbal apabila jenaka berlaku dalam bentuk ejekan dan celaan. Ada juga yang berbentuk sumpah-menyumpah yang berlaku sama ada secara berjenaka atau bermusuhan. Kebolehan untuk mempertahankan diri dan membalas secara verbal akan menjadikan pelajar terbabit kelihatan maskulin. Bagi pelajar yang kalah semasa sumpah-menyumpah lebih cenderung untuk menjadi mangsa buli. Ciri maskulin melalui sukan atau pemain yang baik secara tidak langsung akan meminggirkan atau memulaukan pelajar yang kurang berkemahiran dalam sukan dan permainan. Hal ini akan mencetuskan fenomena buli terhadap pelajar lain di kawasan padang permainan. Keadaan ini seterusnya akan terbawa-bawa sehingga di dalam dan luar kelas. Lazimnya, atlit yang terkenal di sekolah cenderung untuk memperoleh status yang tinggi di sekolah di mana mereka mendapat penghormatan daripada rakan sebaya di sekolah.
4

Sementara itu, faktor bersih dan kemas merupakan min ketiga tertinggi yang menyumbang tahap maskulin bagi pelajar yang membuli. Pelajar yang membuli mahu kelihatan nampak bersih dan kemas serta memakai pakaian berjenama, mengikuti fesyen, memotong atau mengikat rambut mengikut gaya fesyen terkini.

HASIL RUMUSAN KAJIAN Secara keseluruhannya, kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat hubungan antara sifat maskulin dan tingkah laku. Kajian ini juga mendapati ciri-ciri peribadi merupakan faktor yang lebih dominan dalam kecenderungan membuli. Ciri peribadi yang dianggap maskulin seperti kebolehan bersukan, berkomunikasi yang melibatkan jenaka, sumpah-menyumpah, imej diri dari aspek pakaian berjenama dan stail rambut terkini. Menurut kajian ini, ciri-ciri maskulin perlu ditonjolkan oleh pelajar-pelajar lelaki agar mereka disukai, dihormati dan berada pada tahap tertinggi hierarki maskulin. Dengan ini, jelaslah bahawa kajian ini mengutarakan bahawa ciriciri peribadi merupakan faktor yang lebih dominan dalam kecenderungan membuli. Seterusnya, ciri-ciri ini perlu ditonjol agar pelajar yang membuli disukai, dihormati dan berada pada tahap tertinggi hierarki maskulin.

ULASAN Kajian ini tidak mengupas atau membincangkan secara terperinci tentang sebab jantina yang mencetuskan perlakuan buli dalam kalangan pelajar lelaki. Tugasan ini hanya menyatakan bahawa punca pelajar lelaki lebih bersikap agresif berbanding perempuan adalah disebabkan

hormone testosterone. Fakta ini lebih baik diulas atau dihuraikan secara terperinci berdasarkan fakta sains. Nyatakan bagaimana atau cara hormone testosterone yang ada dalam diri pelajar lelaki boleh mempengaruhinya bertindak agresif dan kaitkan dengan sifat maskulin. Huraian seperti ini akan mengukuhkan lagi atau membuktikan tajuk kajian yang menyatakan bahawa sifat maskulin yang mempengaruhi tingkah laku membuli. Kajian jurnal ini lebih bersifat kualitatif yang bersifat diskriptif. Data yang bersifat kuantitaf perlu dinyatakan untuk mendapatkan gambaran yang jelas dan terperinci tentang sesuatu data yang dinyatakan. Misalnya, nyatakan peratus pelajar yang disoal selidik tentang sesuatu perkara dan dapatan kajian dihasilkan data bentuk empirikal dan kuantitatif. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berhubung hasil dapatan kajian, adalah lebih sesuai dinyatakan dalam bentuk graf atau carta. Kajian ini juga tidak menyatakan contoh-contoh kes buli di Malaysia yang melibatkan pelajar lelaki. Data ini amat penting dan perlu dinyatakan untuk membuktikan kebenaran bahawa sifat maskulin mempengaruhi tingkah laku buli dalam kalangan pelajar lelaki. Antara fakta kes buli yang boleh dijadikan contoh untuk kajian ini ialah pada 28 Mac 2004 - Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dipukul dan dipijak lapan pelajar senior Sekolah Menengah Agama Dato Klana Petra Maamor (SMADKPM) Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan, kes Muhammad Rizwan Roslan luka di badan selepas dibelasah hampir dua jam, dan pada 2005, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (SMA) Al-Maidah Addiniah, Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang, Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin hampir lumpuh kerana cedera pada saraf tunjangnya selepas dibelasah pelajar tingkatan lima dan tingkatan tiga. Daripada contoh di atas, ternyata pembuli dan mangsa buli majoritinya terdiri daripada pelajar lelaki dan sekali gus membuktikan sifat maskulin mempengaruhi perbuatan buli seseorang pelajar lelaki.
6

Kajian ini hanya membincangkan dua punca atau sebab berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar lelaki iaitu faktor jantina dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Walaupun kajian ini memfokuskan faktor jantina yang melibatkan sifat maskulin dan tingkah laku membuli, adalah lebih baik sekiranya didedahkan secara ringkas faktor lain yang turut mempengaruhi pelajar lelaki lebih cenderung untuk terlibat dalam gejala buli. Selain faktor jantina dan masalah keluarga, faktor lain ialah disebabkan pengaruh media massa melalui tayangan filem ganas tanpa tapisan, sikap pelajar yang bosan dengan sekolah atau rasa ketidakpuasaan hati terhadap pihak tertentu di sekolah, sejarah hitam pembuli yang pernah menjadi mangsa buli, kurangnya didikan agama menyebabkan individu gagal mengendalikan emosi dengan baik dan kurangnya tindakan yang konsisten daripada pihak sekolah mahupun kerajaan dalam mengekang gejala buli di sekolah. Faktor atau penyebab berlakunya gejala buli ini perlu didedahkan atau dinyatakan bagi mendapat gambaran jelas tentang isu ini yang meruncing sekiranya tiada pendedahan kepada masyarakat umum, khususnya pelajar itu sendiri, keluarga dan pihak sekolah. Setiap penyakit ada ubatnya. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Begitulah peri pentingnya sesuatu penyakit atau gejala dalam sesebuah masyarakat diatasi segera. Namun begitu, dalam kajian ini tidak dinyatakan langkah-langkah mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar untuk tatapan umum. Kajian hanya membincangkan dua punca-punca

berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar. Adalah lebih baik sekiranya kajian ini turut membincangkan resolusi penyelesaiannya memandangkan gejala ini sudah diibaratkan duri dalam daging yang boleh memusnahkan aset negara yang tidak ternilai harganya. Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah pihak sekolah perlulah mendapatkan maklumat tentang kes buli yang sering berlaku di sekolah masing-masing sama ada dalam bentuk psikologi atau fizikal.
7

Hal ini boleh dilakukan dengan meminta para pelajar mengisi borang soal selidik berkaitan buli ataupun pelajar boleh menulis dan membuat laporan kes dengan syarat identiti pelajar dirahsiakan untuk tujuan keselamatan. Selain itu, pihak sekolah perlu menetapkan peraturan yang jelas berkaitan buli. Hal ini dapat dilakukan dengan cara menampal poster antibuli di sekolah dan mengedarkan risalah antibuli kepada setiap pelajar untuk dibaca bersama dengan ibu bapa. Di samping itu, tindakan disiplin, merotan dan buang sekolah adalah hukuman sewajarnya dikenakan terhadap pembuli. Satu jawatankuasa penyelaras antibuli peringkat sekolah yang terdiri daripada pengetua sekolah, guru kaunseling, guru disiplin, wakil ibu bapa dan wakil pelajar perlu diwujudkan. Jawatankuasa ini berperanan mengurus program antibuli dan menilai keberkesanannya. Selain itu, perbincangan tentang buli hendaklah dijadikan agenda mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah. Guru-guru juga memainkan peranan penting dengan membincangkan isu buli dan mengambil langkah sewajarnya dari semasa ke semasa. Didikan agama yang sempurna juga perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi membataskan perlakuan anak-anak

daripada melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan norma masyarakat. Akhir sekali, kajian ini juga tidak membincangkan kesan yang dialami oleh pembuli dan mangsa dibuli. Perlu juga dinyatakan kesan atau implikasi akibat perbuatan buli di sekolah untuk memperlihatkan betapa serius dan bahayanya kes buli di sekolah. Antara kesan yang boleh dinyatakan seperti menyebabkan kematian, kesan fizikal seperti luka, lebam, cacat, lumpuh atau patah tangan. Kesan lain ialah kesan emosi atau mental dengan menimbulkan perasaan ketakutan, tekanan atau fobia dan menjejaskan hubungan mangsa buli dengan orang lain dan keluarga.

PENUTUP Secara keseluruhannya, memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa perlakuan buli disebabkan faktor jantina. Sifat maskulin yang ada pada pelajar lelaki mempengaruhi tingkah laku pelajar di samping adanya faktor-faktor lain. Permasalahan buli telah menimbulkan pelbagai impak bukan sahaja kepada individu yang terlibat malah impak kepada keluarga dan negara. Gejala buli yang berlaku di Malaysia bukanlah isu remeh-temeh yang tidak perlu dipandang serius, sebaliknya isu ini perlu ditangani segera secara konsisten supaya tidak mengorbankan nyawa yang bernilai terhadap negara. Oleh itu, inisiatif yang sewajarnya daripada kolaberatif semua pihak adalah perlu bagi kejayaan mengekang gejala buli ini daripada terus berleluasa dan menghantui sesetengah pelajar. Pelajar sebagai aset negara dan sebagai bakal pemimpin pada masa hadapan perlu dilindungi agar aspirasi negara melahirkan modal insan kelas pertama dapat direalisasikan dan sekali gus mewujudkan keharmonian negara pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Marzuki Ismail. (2009). Kurang Berdisiplin Anda Boleh Mengubahnya. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Sharin Hashim, Yusof Boon, Zurhana Muhammad. (2008). Tip Menangani Buli di Sekolah. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hanafi Ismail, Sadali Othman. (2001). Mencari Permasalahan Pelajar. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Jamal Safri Saibon, Faridah Karim, Zuria Mahmud. (2010). Sifat Maskulin dan Tingkah Laku Membuli. Jurnal Pendidikan Malaysia 35(1),77-82

Yahya Don. (2006). Psikologi Sosial dalam Pendidikan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

10

LAMPIRAN

11

ULASAN DAN KRITIKAN ARTIKEL ( JURNAL PENDIDIKAN )


NAMA NO MATRIK : MOKHTAR BIN KHAMIS : 210123

NO. KAD PENGENALAN : 730403-02-6059 KURSUS : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIDKAN (SEKOLAH RENDAH)/ PPG NAMA PENSYARAH : DR. RAFISAH BINTI OSMAN

12

13