Anda di halaman 1dari 5

APA SYSTEM [Maklumat ini daripada Cikgu Annie Teresa John, Pihak BTP Negeri Sarawak] Kemahiran Menyediakan

Rujukan/Bibliografi Definisi: i. Satu senarai bahan seperti buku, majalah atau bahan cetak lain yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk mendapat maklumat. ii. Satu senarai bahan dari mana rujukan telah dibuat untuk menulis berkenaan dengan sesuatu perkara. Jenis-jenis Gaya Mencatat Rujukan i. Menggunakan gaya APA (American Psychological Asociation) ii. Menggunakan gaya MLA (Modern Language Association of America) iii. Menggunakan gaya Harvard iv. Menggunakan gaya Chicago Mengapa perlu senarai rujukan/ bibliografi i. Mengesan sumber dari mana maklumat boleh diperoleh bagi tujuan merujuk mengenai sesuatu perkara ii. Mengesan sumber dari mana sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis telah dijumpai iii. Menyemak dan memastikan kebenaran sesuatu maklumat yang dinyatakan oleh seseorang penulis. iv. Membekalkan sumber kepada pembaca yang bertujuan membuat rujukan lanjut berkaitan maklumat yang dinyatakan oleh penulis. Apakah bahan yang boleh dijadikan kompenan senarai rujukan/bibliografi Segala jenis dan bentuk bahan (buku, artikel dalam majalah, jurnal, akhbar, filem, program komputer dan lain-lain) boleh dijadikan sumber bagi menulis bibliografi.

Contoh Penulisan Gaya APA a. Judul : Peraturan Gariskan judul utama dan judul kecil untuk judul buku, judul jurnal, dan judul prosiding. Jangan gariskan judul bab buku, judul artikel jurnal, atau judul kertaskerja (jika diterbitkan). Cth: The tragedy of the commons. Science, 162, 456 789. Huruf besar hanya digunakan bagi huruf awal bagi nama khas dan perkataan pertama dalam judul utama dan kecil bagi semua judul, kecuali judul jurnal.

Cth: Environmental protection in Singapore : Policy considerations and practice. Bagi judul jurnal, gunakan huruf besar bagi huruf awal bagi setiap perkataan, kecuali preposisi. Cth: Jurnal Pendidikan Maktab Perguruan Ilmu Khas b. Pengarang : Peraturan Mulakan dengan nama keluarga, diikuti dengan huruf-huruf awal bagi tiap butiran lain dalam nama (tidak termasuk gelaran yang dianugerahkan). Cth: Wong, S. C., Beckham, D., Seelan Paul, D. Bagi nama pengarang yang tidak ada nama keluarga, catatkan sebagaimana mereka dikenali. Cth: Syed Abu Bakar, Nik Hasnah Catatkan kesemua nama pengarang. Gunakan tanda ampersan & sebelum nama pengarang terakhir. Cth: Mouri, S., Chandran, B., Adibah Amin, & Lim, C. T. c. Buku : Satu Pengarang Format: Pengarang Jika ada nama keluarga, mula dengan nama keluarga. (Tahun). Judul buku. Tempat penerbitan: Penerbit. Cth: Allister, M. (2001). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : Sasbadi. d. Buku : Lebih daripada satu pengarang Format: Pengarang 1, pengarang 2, & pengarang 3 Jika ada nama keluarga, mula dengan nama keluarga. (Tahun). Judul buku. Tempat penerbitan : Penerbit. Cth: Shaik Zamani & Rajagopal, M. (1999). Kaedah penyelidikan. Ipoh : City Press. Cth: Yew See Choon, Wainwright, K., & Tunku Sabri. (1996). Creating a virtual library. London : Prentice Hall.

e. Buku : Pengarang Korporat Format: Pengarang korporat. (Tahun). Judul buku. Tempat penerbitan : Penerbit. Cth: Malaysia. Kementerian Pelancongan. (2000). Tempattempat menarik di Malaysia. Kuala Lumpur : Kementerian Pelancongan. f. Buku : Edisi (selain daripada edisi pertama) Format: Pengarang 1/2/3. (Tahun). Judul. (Edisi). Tempat penerbitan : Penerbit. Cth: Hamka, & Awang Selamat. (1998). Di bawah lindungan Kaabah. (Edisi Ke-2). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. g. Rujukan kepada tesis/disertasi Format: Pengarang tesis/disertasi. (Tahun). Judul tesis/disertasi. Tesis sarjana ./ Tesis kedoktoran, Nama Universiti, Tempat. Cth: Rohaya Mohamad Dahalan. (2002). Status penggunaan kad katalog di pusat-sumber-pusat sumber sekolah di Daerah Klang, Selangor. Tesis sarjana, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. h. Buku yang disunting Format: Penyunting. (Ed.). (Tahun). Judul. Tempat penerbitan : Penerbit.

Cth: Freeman, H. (Ed.). (1993). Hazardous waste minimization. Singapore : Longman. i. Bab dalam buku Format Pengarang-pengarang bab. (Tahun). Judul bab. Dlm Penyunting buku (Ed), Judul buku (hlm. nombor muka surat). Tempat penerbitan : Penerbit. Cth: Damodararao, T. (2001). Water extraction from sea water aquifer. Dlm C.A. Sastry (Ed.), Water treatment plants (hlm. 231 240). Thailand : Swadee Publishing House.

j. Artikel dalam jurnal Format Pengarang-pengarang artikel. (Tahun). Judul artikel. Judul jurnal, jilid (bilangan), mukasurat. Cth: Askoff, K.L. (1980). Management misinformation system. Management Science, vol. 14, p. 5. k. Kertaskerja persidangan yang telah diterbitkan Format Pengarang-pengarang kertaskerja. (Tahun). Judul kertaskerja. Dlm Penyunting prosiding (Ed.), Judul prosiding (hlm mukasurat). Tempat penerbitan : Penerbit. Cth: Zainal Abidin Abdullah. (2000). Telecommunications and national development. Dlm H. Hanken (Ed), Information Technology Policies in Southeast Asian Development : Proceedings of the International Conference on IT, August 9 12, 2000, (hlm. 155 165). Kuala Lumpur, Malaysia : Mimos. l. Kertaskerja persidangan yang tidak diterbitkan Format Pengarang-pengarang kertaskerja. (Tahun, bulan). Judul kertaskerja. Paper presented at / Kertaskerja dibentangkan dalam nama persidangan, tempat. Cth: Mohd Ali Sahab, Abdul Hakim & Dayang Nurlela. (1999, November). Penggunaan tenaga suria untuk kesejahteraan sejagat. Kertaskerja dibentangkan dalam Seminar Alam Sekitar, Ipoh, Perak. m. Rujukan kepada sumber elektronik : Abstrak dari CD-ROM Pengarang artikel. (tahun). Judul artikel. Judul jurnal, jilid (bilangan), nombor mukasurat. Diperoleh dari pangkalan data [sumber] ([nama pangkalan data], CD-ROM, [tarikh CDROM], [nombor rekod jika ada]). Cth: Ekholm, P. & Koger, K. (1999). Bioavailability of phosporus in purified municipal wastewaters. Water Research, 31 (2), 255 - 268. Diperoleh dari pangkalan data SilverPlatter (BA on CD, CD-ROM, Jan 1999 Mac 1999). n. Rujukan kepada sumber elektronik : Artikel jurnal dari Internet Format

Pengarang. (Tahun). Judul artikel. Judul jurnal, jilid (bilangan), mukasurat. Diperoleh [tarikh diakses bulan hari, tahun] dari World Wide Web : [alamat elektronik/URL] Cth: Bauer, F. (1998). Selenium and soils in Western United States. The Electronic Green Journal, 6, 5 10. Diperoleh August 30, 1999 dari World Wide Web : http://egj.lib.uidaho.edu/egj07/bauer.htm o. Rujukan kepada artikel dalam suratkhabar Format Pengarang artikel. (Tahun, bulan hari). Judul artikel. Judul akhbar, hlm. Nombor mukasurat. Tiap perkataan dan nama khas dalam judul suratkhabar, kecuali preposisi, bermula dengan huruf besar. Judul artikel tidak digaris dan ditulis dalam huruf kecil kecuali perkataan awal yang bermula dengan huruf besar. Cth: Wan Hasnan Hashim. (2001, Julai 20). JPS baiki aliran sungai elak banjir. Berita Harian, hlm. 14. Perhatian - Secara am, bahasa yang digunakan untuk menyenaraikan rujukan bergantung kepada bahasa penulisan. - Jika penulisan adalah dalam bahasa Inggeris, gunakan perkataanperkataan seperti dalam contoh-contoh berikut: a. Tulis Paper presented at bukan Kertaskerja dibentangkan dalam bagi rujukan kertaskerja yang tidak diterbitkan. b. Tulis 3rd ed. Bukan Edisi Ke-3 c. Tulis In bukan Dlm dan pp. bukan hlm bagi rujukan bab buku.

Senarai rujukan / bibliografi sememangnya penting untuk penulis / pembaca menyemak kesahihan maklumat yang di beri atau diterima dan sebagai semakan lanjutan untuk dapatkan lebih malumat secara berkesan. Terima kasih kepada pihak Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK, terutama Cikgu Annie Teresa John yang telah berkongsi maklumat di atas semasa LDP di SMK St Joseph beberapa tahun yang lalu. Maklumat ini sangat berguna untuk dikongsikan bersama. Terima kasih pihak BTP. Hjh Nora bt Sahmat SMK St Joseph,

Anda mungkin juga menyukai