JANUARY / 2012
BBPP 1103
PRINCIPLE OF MANAGEMENT
: : : : :
BBP1103
ISI KANDUNGAN
TOPIK 1.0 PENGENALAN 1.1 DEFINISI ORGANISASI 1.2 KONSEP ORGANISASI 1.2.1 STRATEGI ORGANISASI 1.2.2 SAIZ ORGANISASI 1.2.3 TEKNOLOGI 1.2.4 ALAM SEKITAR 1.3 STRUKTUR ORGANISASI 1.4 CARTA ORGANISASI 2.0 STRUKTUR FUNGSI 3.0 STRUKTUR GEOGRAFI 4.0 STRUKTUR MATRIK 5.0 STRUKTUR PRODUK KESIMPULAN RUJUKAN
BBP1103
1.0 PENGENALAN Organisasi jika dirujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat bermaksud kesatuan (susunan dan sebagainya) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dan lain-lain) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dan lain-lain) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dan sebagainya). Manakala mengikut kepada Kamus Pelajar Edisi Pertama pula organisasi membawa maksud susunan berbagai-berbagai bahagian (orang dan sebagainya) yang bersistem dalam sesuatu pertubuhan, perbadanan dan sebagainya dan mempunyai tujuan tertentu. Mengorganisasikan, menyusun dan mengurus berbagai-bagai bahagian (orang dan sebagainya) sehingga menjadi sebuah organisasi. Oleh organisasi boleh ditakrifkan sebagai suatu kumpulan yang menyelaras aktiviti-aktiviti untuk memenuhi objektif organisasi serta memerlukan komunikasi dan persefahaman yang kuat di antara satu sama lain.
Organisasi merupakan satu unit sosial terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi. Secara lebih tepat lagi organisasi merupakan satu sistem yang mempunyai manusia serta perancangan dan ia direka bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan. organisasi boleh menjadi satu pasukan, jabatan, bahagian, seluruh syarikat ataupun sekumpulan syarikat ( seperti perbadanan yang memegang ataupun perikatan strtegik ) ( Richard M. Burton , 2011 ) . terdapat lima sumber utama dalam sesebuah organisasi sama ada organisasi tersebut berbentuk keuntungan ataupun tidak , ( pekerja, kewangan, masa, teknologi, fasiliti ) ( Richard Normann, 1991 ) . Jelas menunjukkan terdapat tindakan atau proses penyusunan didalam organisasi yang diguna pakai untuk sesuatu tujuan sebagai perniagaan, jabatan kerajaan, kebajikan dan lain-lain lagi.
BBP1103
Setiap organisasi dengan jelas mempunyai matlamat dan tujuan yang ingin dicapai tidak kira berlandaskan kepada keuntungan semata-mata atau tidak. Maka ia ditubuhkan untuk mewujudkan perkhidmatan atau menghasilkan produk-produk yang diperlukan pelanggan. Organisasi terbahagi kepada tiga jenis berdasarkan kepada tujuan yang berbeza. Ianya adalah organisasi berteraskan keuntungan, tidak berteraskan keuntungan dan juga untuk faedah bersama. Organisasi yang berteraskan keuntungan adalah seperti syarikat penerbangan MAS, syarikat pembuatan kereta PROTON, dan syarikat telekomunikasi CELCOM. Organisasi yang tidak berteraskan keuntungan dan dibentuk untuk tujuan perkhidmatan adalanh seperti PERKIM, YADIM dan lain-lain lagi. Manakala organisasi yang ditubuhkan untuk faedah yang mana memberi kelebihan kepada anggota organisasi adalah seperti koperasi, kesatuan kerja, kelab-kelab kebajikan dan lain-lain lagi. konsep asas dan prinsip-prinsip rekabentuk organisasi yang kekal amat penting kepada organisasi moden hari ini dan esok ( Richard M. Burton, 2011). Terdapat empat aspek penting didalam konsep organisasi:
Strategi boleh didefinisikan sebagai corak atau rancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi secara keseluruhannya. Sesebuah organisasi telah distrukturkan mengikut kepada kesesuaian bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Walaubagaimanapun ini belum pasti boleh mendatangkan kejayaan dalam mencapai objektif tersebut kerana ianya juga bergantung kepada strategi dan perancangan rapi organisasi tersebut. rancangan yang teratur ( yang memperhitungkan pelbagai faktor ) untuk mencapai matlamat atau kejayaan ( Kamus Dewan Edisi Ketiga). Manakala menurut kepada penulisan Richard L. Daft melalui bukunya yang berjudul New Era of Management, Ninth Edition strategi didefinisikan sebagai apa yang perlu dilakukan; menganjurkan ditakrifkan bagaimana untuk melakukannya. Maka itu setiap strategi yang dibuat akan memberi kesan serta perubahan kepada struktur dan perjalanan operasi didalam organisasi tersebut. strategi diperolehi daripada pemahaman mengenai faktor-faktor luaran di tempat kerja serta kekuatan organisasi itu sendiri ( Patricia Cichoki, 2011 ). 3
BBP1103
1.2.2 SAIZ ORGANISASI Saiz sesebuah organisasi boleh mempengaruhi struktur organisasi tersebut. Saiz menjejaskan banyak dimensi lain reka bentuk organisasi dan saiz organisasi yang berlainan menimbulkan cabaran yang sangat berbeza bagi pemimpin-pemimpin organisasi ( Patricia Cichoki , 2011) . Kebiasaannya kaedah yang digunakan untuk mengukur saiz sesebuah organisasi adalah melalui jumlah jualan dan jumlah tenaga kerja dalam organisasi tersebut.
Organisasi bersaiz kecil tidak serumit seperti organisasi yang bersaiz besar kerana matlamat kerja dan standard yang ditetapkan kurang. Manakala organisasi yang bersaiz besar pula mempunyai matlamat tinggi yang perlu dicapai, oleh itu terdapat pembahagian pengkhususan yang besar perlu dibahagikan, standard yang tinggi dan juga pembahagian dalam proses untuk membuat keputusan. pengkhususan kerja, kadang kala dikenali sebagai pembahagian kerja, tahap di mana tugasan organisasi dipecah bahagi kepada pekerjaan secara berasingan (Richard L. Daft,2008)
1.2.3 TEKNOLOGI
Teknologi di dalam organisasi adalah merujuk bagaimana sesebuah organisasi itu boleh menghasilkan pengeluaran. Setiap organisasi pastinya akan menggunakan sesuatu teknologi bagi mengubah sumber yang mereka ada untuk dijadikan produk dan perkhidmatan. dimensi persekitaran yang umum bahawa merangkumi kemajuan teknologi dan sains di dalam industri dan masyarakat secara kesuluruhannya ( Richard L .Daft, 2008) . Akan tetapi teknologi itu bergantung kepada aktiviti dalam organisasi tersebut yang mana adakah ia rutin atau bukan rutin. Maksud teknologi jika merujuk kepada sumber laman web en.wikipedia.org/wiki/Technology teknologi ialah membuat, penggunaan, pengetahuan peralatan, mesin, teknik, kerajinan, sistem atau kaedah organisasi untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan fungsi yang spesifik .
Contoh organisasi yang beroperasi dengan teknologi rutin seperti sebuah kilang yang menghasilkan produk minuman yang banyak untuk dipasarkan ke pasaran. Manakala organisasi yang beroperasi dengan teknologi bukan rutin pula seperti seorang tukang gunting 4
BBP1103
rambut. Teknologi rutin dalam sesebuah organisasi mewujuddkan struktur yang lebih berpusat manakala manakala bukan rutin pula lebih banyak bergantung kepada kepakaran individu. antara cabaran dalam mereka bentuk organisasi adalah bagi menyesuaikan dengan teknologi baru iaitu struktur yang membuatkan semua keperluan teknikal dan bukan teknikal serta mencampurkan dengan kepakaran fungsi yang diperlukan ( Nori, 1990 ).
Pengaruh persekitaran boleh memberi kesan dan impak kepada sesebuah organisasi. Ia memberi kebaikan atau juga boleh mendatangkan kemudaratan. Secara ringkas alam sekitar adalah sebahagian besar daripada yang diberi untuk firma, dan firma harus menyesuaikan reka bentuk yang sesuai dengan alam sekitar. Prestasi firma itu bergantung kepada bagaimana firma membuat organisasi sesuai dengan alam sekitar ( Richard M. Burton, 2011 ). Terdapat dua jenis persekitaran iaitu statik dan dinamik.Persekitaran statik kurang dalam memberi ancaman dan risiko kepada organisasi. Persekitaran dinamik pula boleh mencetus dan mengganggu perjalanan operasi organisasi. peningkatan ketidaktentuan persekitaran membawa kepada perbezaan peningkatan organisasi ( Lawrence, 1969 ). Maka itu pihak pengurusan akan membuat tindakan untuk mengurangkan ancaman dengan membuat perubahan kepada struktur organisasi.
Struktur organisasi dalam perkataan yang mudah boleh digambarkan sebagai satu susunan sistematik kerja. Ianya turut juga dikenali sebagai carta organisasi. Terdapat beberapa perubahan yang memerlukan organisasi bertindak lebih kreatif dalam menstrukturkan semula sumber tenaga serta sumber-sumber lain dalam organisasi. Oleh itu organisasi perlu untuk mengenal pasti faktor yang dapat mempengaruhi struktur organisasinya agar ia dapat dibentuk dengan tepat dan berkesan. Corak struktur organisasi juga perlu memberi tumpuan terhadap peningkatan mutu kerja yang lebih berkesan di semua peringkat, menyelaras serta menyatukan objektif dan juga tugasan bagi unit-unit yang berasingan. Ini sangat penting agar penyelarasan dapat dibuat dengan teratur dan cekap.
BBP1103
struktur organisasi perlu digubal mengikut strategi yang telah digubal oleh organisasi ( Shahrol Aman Ahmad, 2008 ). Menurut Richard L .Daft, (2008) struktur organisasi bermaksud rangka kerja di mana organisasi mentakrifkan bagaimana tugas-tugas dibahagikan, sumber dikerahkan, dan jabatan diselaraskan Ianya melibatkan aspek mengatur kerja untuk kakitangan dan pembahagian tugas kepada beberapa jabatan yang lain . misi yang besar , orang-orang yang hebat dan kepimpinan yang besar sangat membantu tetapi tanpa reka bentuk organisasi yang baik, organisasi dan orang ramai tidak akan membuat persembahan pada tahap terbaik ( Patricia Chicoki, 2011 ). Terdapat tiga ciri-ciri penting didalam struktur organisasi menurut kepada penulisan ( Richard L. Daft, 2008 ): 1) set tugas rasmi yang ditugaskan kepada individu dan jabatan 2) hubungan laporan rasmi, termasuk had kuasa, tanggungjawab keputusan, bilangan paras berbentuk hierarki, dan rentang pengurus mengawal 3) reka bentuk sistem bagi memastikan penyelarasan kakitangan di seluruh jabatan
1.4 CARTA ORGANISASI Carta organisasi adalah satu bentuk rajah grafik perwakilan visual satu struktur organisasi ( Richard. L Daft, 2008 ) yang dibentuk melalui struktur organisasi yang telah dibuat oleh sesebuah organisasi. Penggunaan carta organisasi yang sesuai kepada sesebuah organisasi sangat penting kerana ia akan menjadi faktor kepada kejayaan organisasi tersebut. Melalui carta organisasi itu ia menunjukkan struktur susunan, kedudukan tempat atau posisi seseorang di dalam sesuatu organisasi selaras dengan bidang kuasa, tugas dan tanggungjawabnya. setiap pekerja mempunyai tugas yang ditetapkan, garis kuasa, dan tanggungjawab membuat keputusan ( Richard. L Daft, 2008). Struktur organisasi yang dibentuk bukan sahaja memberi kesan terhadap produktiviti dan ekonomi, akan tetapi ia turut memberi kesan terhadap kepuasan kerja yang dilakukan. Struktur organisasi juga perlu dibentuk agar dapat menggalakkan penyertaan kakitangan yang berkemahiran seterusnya dapat meningkatkan pretasi bagi syarikat yang berkenaan ( Lynch, 2003 ).
BBP1103
Secara keseluruhannya, keberkesanan sesebuah organisasi adalah dipengaruhi melalui dari pembentukan struktur organisasi itu sendiri dan juga dari hasil kerja kakitangan yang wujud dalam setiap hierarki struktur organisasi tersebut. Terdapat empat jenis carta organisasi yang utama iaitu struktur fungsi, struktur geografi, struktur matrik dan struktur produk.
Struktur organisasi jenis fungsi merupakan salah satu struktur yang paling banyak digunakan dalam organisasi. Didalam struktur organisasi jenis fungsi ini, setiap kerja akan dibahagikan kepada unit-unit tertentu. Pembahagian tersebut adalah mengikut kepada tahap kepakaran dalam bidang yang berkaitan. Ia juga akan menyatukan semua mereka yang terlibat dalam satu aktiviti atau beberapa aktiviti yang berkaitan dalam satu jabatan. Struktur jenis fungsi mempunyai beberapa kelebihan pertama membolehkan kerja-kerja yang akan dijalankan oleh individu yang berkelayakan dan mahir dalam bidang berkenaan, kedua mengurangkan kos dengan mengurangkan pertindihan kerja dan penggunaan sumber dalam organisasi, ketiga pula setiap individu dalam jabatan yang sama akan memperoleh pengalaman kerja yang sama atau latihan,komunikasi dan penyelarasan,seterusnya mengurangkan masalah bagi pengurusan ( Shahrol Aman Ahmad, 2008 ).
Struktur fungsi juga terdiri daripada sekumpulan orang yang bekerjasama dalam sesebuah organisasi kerana jawatan yang sama atau menjalankan tugas yang sama serta mempunyai kemahiran yang sama. Ia juga cenderung untuk melatih pekerja melaksanakan tugas yang khusus dan berpusat maka perkhidmatan atau produk yang disediakan adalah cekap dan mencapai matlamatnya. struktur fungsi adalah pengelompokan jawatan ke jabatan yang berdasarkan kemahiran yang sama, kepakaran, aktiviti kerja, dan penggunaan sumber ( Richard. L Daft, 2008 ).
Carta 2.1 menunjukkan contoh carta organisasi struktur fungsi yang diguna pakai oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad ( PROTON ) pada tahun 2003. Jadual 2.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis fungsi.
BBP1103
PERANCANGAN KORPORAT
SUMBER MANUSIA
PERDAGANGAN ANTARABANGSA
KEWANGAN KUMPULAN
OPERASI
PENGURUSAN KUALITI
PROJEK KHAS
SEKURITI KUMPULAN
UNDANG-UNDANG
KESETIAUSAHAAN
PEMBELIAN
CARTA 2.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR FUNGSI SUMBER : http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00 17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfoDirectors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf
BBP1103
KEBAIKAN
KELEMAHAN
1) Tugas untuk penyeliaan menjadi lebih mudah kerana setiap ketua dan jabatan mempunyai kemahiran tertentu.
2) Unit-unit, jabatan dan bahagian yang bermasalah mudah dikenal pasti maka ianya boleh diatasi dengan kadar segera.
3) Maklum balas mungkin perlahan kerana wujud unit, jabatan dan bahagian.
5) Kepakaran, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dapat disatukan atau digabungkan di kalangan individu.
5) Sukar mentakrif semua keperluan individu menyebabkab objektif organisasi tidak tercapai.
BBP1103
Struktur organisasi jenis geografi membahagikan para pekerja berdasarkan kawasan geografi yang ditetapkan seperti bahagian utara, selatan, timur dan barat. Ianya dibentuk atas faktor permintaan dari pelanggan yang berada jauh ataupun di luar pusat operasi sesebuah organisasi itu. Struktur organisasi jenis geografi ini beroperasi di kalangan kakitangan yang berbeza yang mana bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan. Rajah 3.1 menunjukkan contoh organisasi jenis struktur geografi yang diguna pakai oleh Syarikat Perusahaan Otomobil Berhad ( PROTON ) PADA TAHUN 2003. Rajah 3.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis geografi.
PENGEDARAN
CARTA 3.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR GEOGRAFI SUMBER: http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/subweb.nsf/7f04516f8098680348256c6f00 17a6bf/925d9ba22c342d2748256d98002ceb3b/$FILE/Proton-Cover-NoticeAGM-CorpInfoDirectors'Profile-ChairmanStatement%20(825KB).pdf
10
BBP1103
KEBAIKAN 1) Dapat mengurangkan kos dengan meletakkan sumber-sumber organisasi lebih dekat ke kawasan geografi yang ditetapkan.
KELEMAHAN 1) Timbul kesukaran dalam menyelaraskan jabatan-jabatan di kawasan geografi kerana terletak jauh antara satu sama lain.
2) Boleh menggunakan kepakaran dari seluruh dunia mengikut kepada lokasi geografi organisasi tersebut.
3) Produk dan perkhidmatan dapat dihasilkan dan dipasarkan ke negara yang berbeza.
4) Wujudnya perubahan pada produk dan perkhidmatan kerana faktor budaya,fizikal dan cuaca.
5) Organisasi menjadi lebih besar. 5) Tidak dapat menjamin kesetiaan yang penuh dari kakitangan kepada organisasi.
11
BBP1103
Struktur matrik terhasil dari dua gabungan atau lebih struktur organisasi pada masa yang sama Struktur matriks sesuai digunakan apabila sesebuah organisasi itu terpaksa mengendalikan projek atau tugas yang besar pada satu masa. Ia sangat rumit dan komplek kerana kumpulan individu dari struktur organisasi yang berlainan bekerjasama bagi mengendalikan dan menjayakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamt dan tujuan yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa faktor yang membezakan yang membezakan struktur matrik ini dengan struktur yang lain antaranya ialah pekerja kena melapor diri berkaitan kerja kepada dua orang penyelia ataupun pengurus yang berbeza. struktur matrik berkembang sebagai satu cara untuk memperbaiki penyelarasan mendatar dan perkongsian maklumat ( Richard. L Daft, 2008 ). Pengurus mempunyai tanggungjawab untuk memastikan kejayaan di dalam projek yang dikendalikan manakala jabatan-jabatan unit yang lain bertindak untuk mengekalkan kecekapan teknikal di dalam kerja mereka. ( Harold Kerzner , 2003 ) melalui penulisannya menyatakan terdapat peraturan tertentu yang wujud untuk pembangunan matrik. 1) peserta mesti menghabiskan sepenuh masa dalam projek ini bagi memastikan tahap kesetiaan 2) saluran mendatar dan sebagaimana menegak mesti wujud untuk membuat komitmen 3) mesti ada saluran komunikasi yang baik dan akses bebas antara pengurus 4) mesti ada kaedah cepat dan berkesan untuk menyelesaikan konflik Carta 4.1 menunjukkan carta organisasi jenis struktur matrik yang diguna pakai oleh Syarikat SUZLON. Jadual 4.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur organisasi jenis matrik.
12
BBP1103
Chief Quality Officer
SCM Qualitty
Global HSE
. Nacelle
Quality Manager
Turbine Quality
Quality Manager
HSE Manager
USA
Blade
Quality Manager
Turbine Quality
Quality Manager
HSE Manager
Europe
Quality Manager Generator . Quality Manager Turbine Quality Quality Manager Quality Manager Quality Manager
HSE Manager
China
.. Transformer . Panel
HSE Manager
Brazil
HSE Manager
Australia
Quality Manager
HSE Manager
HSE Manager
India
. Tower
Quality Manager
HSE Manager
SCM
13
BBP1103
KEBAIKAN
KELEMAHAN
2) Terjadi konflik diantara kedua-dua pihak dalam struktur matrik kerana kumpulan ini dating dari struktur yang berbeza.
3) Lebih banyak mesyuarat dan perbincangan yang diadakan berbanding dari tindakan yang dijalankan.
5) Berlaku perebutan kuasa dominan apabila ada pengurus yang lebih menonjol.
14
BBP1103
Struktur produk berfungsi dengan membahagikan sesuatu produk yang dihasilkan mengikut jabatan masing-masing. Jabatan-jabatan tersebut akan mewakili satu jenis produk yang akan dihasilkan. Setiap jabatan mempunyai kepakaran didalam menghasilkan sesuatu produk yang telah dipertanggungjawabkan. Produk yang dihasilkan oleh setiap jabatan akan dikendalikan oleh kakitangan dan unit yang berbeza. Struktur jenis ini mudah diuruskan jika organisasi itu mempunyai banyak jenis produk yang ingin dipasarkan. Keadaan ini memudahkan pihak pengurusan yang bertanggungjawab untuk memberi tumpuan, usaha, perhatian kepada sesuatu jenis produk yang ingin dihasilkan untuk dipasarkan. Carta 5.1 menunjukkan carta organisasi jenis struktur produk yang diguna pakai oleh Syarikat NESTLE. Jadual 5.2 pula menunjukkan kebaikan dan kelemahan struktur produk.
15
BBP1103
CARTA 5.1: CARTA ORGANISASI JENIS STRUKTUR PRODUK SUMBER: http://www.nestle.com.my/Common/NestleDocuments/Documents/pdf/2010_CSV Report_BM.pdf
16
BBP1103
KEBAIKAN
KELEMAHAN
1) Pengurus dan pekerja boleh mengembangkan bakat, pengalaman dan kepakaran mereka dalam aktiviti penghasilan produk.
2) Pengurus di setiap jabatan dapat memantau aktiviti setiap unit dan kakitangan dalam penghasilan produk di bawah kendaliannya.
3) Kos operasi yang besar kerana setiap jabatan mempunyai pengurus dan pakar tersendiri.
4) Struktur jenis produk sangat sesuai untuk organisasi yang bersaiz besar.
17
BBP1103
KESIMPULAN
Setiap organisasi yang ditubuhkan dengan jelas mempunyai objektif dan matlamat tersendiri. Secara umum carta organisasi telah digunakan oleh kebanyakkan organisasi untuk membantu operasi mereka. Tanpa perancangan yang rapi dan pencaturan yang tepat, sesebuah organisasi itu tidak akan dapat beroperasi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Ia juga turut memerlukan pengetahuan dan pengurusan yang cekap untuk organisasi itu mencapai kejayaan yang besar. Maka dengan ini setiap organisasi harus mengambil kira faktor-faktor yang sedia ada bagi melaksanakan sesuatu urusan berkaitan dengan perjalanan operasi organisasi tersebut.
18
BBP1103
RUJUKAN
Richard L. Daft. ( 2008 ). NEW ERA OF Management ( 9th edition ). SouthWestern:Cengage Learning Shahrol Aman Ahmad. ( 2011 ). BBP1103 Principles of Management ( 11th edition ). Seri Kembangan: Open University Malaysia Richard M. Burton & Borge Obel & Gerardine DeSanctis ( 2011 ). Organizational Design : A Step-by-Step Approach . Cambridge University Press. In Books24x7 ( OUM Digital Collection ) Patricia Cichoki & Christine Irwin ( 2011 ). Organizational Design : A Guide to Building Effective Organizations. Kogan Page. InBooks24x7 ( OUM Digital Collection ) Richard Norman. ( 1991 ). Services Management Strategy and Leadership In Service Business ( 2nd edition ). England : John Wiley & Sous Ltd. Norri. H. ( 1990 ). Managing The New Dynamic of New Technology. Eaglewood Cliffs, New Jersey : Prentice Hall. Lawrence, P.R & J.W Lorsch. ( 1969 ). Organisations and Enviroment. Homewood : IL Richard D.Irwin. Kamus Dewan Edisi Keempat, ( 2005 ). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi Ketiga, ( 2002 ). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Pelajar Edisi Pertama, ( 1987 ). Dewan Bahasa dan Pustaka.
19
BBP1103
20