Anda di halaman 1dari 13

AYAT/PERKATAN BERIKUT BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM PENULISAN UNTUK MERANGSANG ATAU MENARIKA PERHATIAN PEMERIKSA KERTAS/PEMBACA A 1.

Andaikan perkara ini berlanjutan, 2. Apa yang membimbangkan kita ialah 3. Abad yang mementingkan material ini mengajar kita ... 4. Abar (penghalang) utama fenomena ini ialah... 5. Abet (tingkah laku) ini jelas membuktikan bahawa... 6. Adalah absurb (mustahil) jika kita mengatakan bahawa 7. Acap kali (sering kali) kita terbaca di dada akhbar tentang gejala ini, 8. Ada pihak yang beranggapan bahawa 9. Ada desas-desus (khabar angin) yang menyatakan dengan jelas bahawa 10. Acuhan (sesuatu yang menarik perhatian) ini menyebabkan 11. Adalah dipercayai bahawa... 12. Adalah lebih Afdal (baik) jika... 13. Adalah memalukan kita kerana 14. Adanya perkara ini kerana 15. Adalat (keadilan) akan terpancar jika.... 16. Adaptasi (penyesuaian dengan keadaan yang baru) ini menyebabkan 17. Adat di dunia memang begitu, 18. Adicita (idealogi) memang bercanggah kerana... 19. Adiwarna (memang bagus) jika kita...... 20. Adpertensi (iklan dalam surat khabar) pernah memaparkan... 21. Advis (nasihat) saya ialah ... 22. Aduan yang kita sering terima ialah... 23. Afal (kelakuan) yang negatif ini menyebabkan 24. Afidavit (bukti bertulis) ini jelas memberitahu kita bahawa... 25. Agak membimbangkan kita kerana... 26. Aforisme (ungkapan) yang selalu kita dengar ialah... 27. Agen pemusnah dalam kehidupan ini menyebabkan.... 28. Aib (malu) sekali manusia zaman ini kerana.. 29. Akhirulkalam, (penutupnya, akhirnya, 30. Aktivis (orang yang sesuatu kegiatan) pernah memberikan pendapat bahawa 31. Alam terbentang menjadi saksi, 32. Alimiat (zaman peradaban) ini banyak memberitahu kita bahawa 33. Almalun (terkutuk) sekali jika kita.... 34. Amnya, (Umumnya) 35. Anjakan Paradigme ( Perubahan untuk kebaikan) ini berlaku kerana.... 36. Angkara perbuatan ini, 37. Arbitrari (analisis) yang dilakukan mendapati bahawa.... 38. Aspirasi (cita-cita) negara ialah ... 39. Atas dasar perikemanusiaan, 40. Ayuhai manusia,....

B 41. Bagaimana pun, 42. Bahang masalah in semakin terasa kerana 43. Bagunlah wahai rakyatku, 44. Barangkali kita terlupa bahawa... 45. Baru-baru ini, 46. Belakangan ini, 47. Bayangkan suatu hari nanti, 48. Bedilan (tembakan) kata-kata yang tidak berasas menyebabkan... 49. Bedooh (melampau) sekali jika mereka... 50. Belukar kehidupan ini mengajar kita.... 51. Benarlah jika saya mengatakan bahawa 52. Bernas sekali anggapan bahawa... 53. Biasanya, 54. Bobroknya (rosaknya) masyarakat hari ini kerana... 55. Bulan dan bintang menjadi saksi bahawa C 56. Cangkaliwang ( keadaan huru-hara) ini bersangkut paut dengan faktor... 57. Cetusnya kegelisahan ini adalah kerana 58. Cocok sekali hal ini dikaitkan dengan.. 59. Cukuplah sekadar ini, 60. Cukup malu kerana... D 61. Dada manusia yang kejam ini.. 62. Dada insan yang rakus (tamak) ini... 63. Daifnya (hina) kita jika dikatakan... 64. Dakwaan yang mengatakan bahawa... 65. Dakwaan ini memang tepat kerana 66. Dakwaan ini tidak berasas kerana 67. Dalam mengharungi arus globalisasi, 68. Dalam lautan kehidupan yang bergelora ini, 69. Dalam meniti (melalui) hari demi hari, 70. Dalam hal ini, 71. Dalam ajaran agama dan moral, 72. Dalam mengaplikasikan nilai ini, 73. Dalam pada itu, 74. Dalih (alasan) yang selaku kita dengar ialah 75. Dalil (keterangan) ini menjelaskan bahawa... 76. Dangkal (cetek pengetahuan) sekali anggapan bahawa.... 77. Dapat kita simpulkan bahawa... 78. Daripada membiarkan masalah ini kronik, 79. Deklarasi (pernyataan jelas) ini membuktikan bahawa... 80. Dalam hal sedemikian, 81. Dengan berbuat demikian,

82. Desakan hidup kadangkala menyebabkan kita.. 83. Destinasi perjalanan yang tidak tentu ini mengakibatkan... 84. Digniti (kemuliaan) manusia semakin terhakis kerana 85. Diskriminasi kaum menyebabkan... E 86. Ekspedisi kehidupan ini mengajar kita 87. Evolusi (perubahan) ini menyebabkan. 88. Ekoran daripada peristiwa ini, 89. Eloklah jika kita menerima hakikat bahawa.. 90. Entah mengapa, F 91. Fahaman ini jelas menunjukkan bahawa... 92. Faktor utama ialah.. 93. Faraq (perbezaan) hal ini ialah 94. Fasal (berkenaan) itu, 95. Fitrah (sifat semula jadi) sang manusia kini ialah... 96. Fokus utama topik kita ialah... 97. Fungsi utama ialah.. G 98. Galakan ini datangnya daripada... 99. Gamatlah suasana kerana ... 100. Gandingan ajaran agama dan moral memang baik kerana... 101. Gaya hidup yang serba mewah ini menunjukkan bahawa 102. Gejala ini ada kaitan dengan.... 103. Gelisah ibu bapa bertambah berat apabila... 104. Gelora hati ini menolak mereka ke lembah hina dan menyebabkan.... 105. Generasi dotkom ini mementingkan.. 106. Gerabak (laluan) perjalanan hidup ini akan tergelincir apabila... 107. Gundah sekali apabila.... 108. Guru di sekolah mengajar kita bahawa,,, H 109. Habis (jadi), 110. Hala tuju kerajaan ialah... 111. Hal ini demikian kerana 112. Hal ini berlaku kerana... 113. Hal in memang memeranjatkan kita kerana... 114. Hal ini tidaklah menghairankan kerana...

115. Hal ini berpunca daripada... 116. Hal ini menyebabkan... 117. Hal ini menghalang usaha kita... 118. Hampanya ibu bapa apabila... 119. Harapan kita ialah... 120. Harapan negara ialah...

121. Hipokrit (sifat berpura-pura) manusia menyebabkan 122. Hipotesisnya ialah... 123. Hujah (pendapat) ini bercanggah kerana... 124. Hujah yang dikatakan... 125. Hujah itu memang tepat kerana... I 126. Ifrit (golongan yang jahat) ini menyebabkan... 127. Idea ini menyebabkan 128. Ideologi ini memang benar kerana... 129. Ijtihad (pendapat) ini benar kerana 130. Ijtihad pelbagai pihak ialah... 131. Iklim budaya ketimuran menyebabkan... 132. Iman manusia semakin menipis kerana.. 133. Ilustrasi kehidupan ini memang cantik, 134. Impaknya(kesannya) ialah 135. Impak daripaha hal ini menyebabkan... 136. Ingatlah bahawa... 137. Ingat, 138. Insaflah wahai manusia, 139. Inisiatif (usaha)kerajaan ini tidak dipandang berat kerana... 140. Istilah malas memang bahaya kerana... 141. Izinkan saya katakan bahawa.... J 142. Jika ditinjau dari sudut agama, 143. Jauhari berpendapat bahawa, 144. Jabatan narkotik membuktikan bahawa 145. Jadi, 146. Berjaga-jagalah kita, 147. Jagat (dunia) ini amat luas, 148. Jagatraya (seluruh dunia) ini, 149. Jago (juara) politik beranggapan, 150. Jah (kemuliaan) manusia terhakis kerana 151. Jahar (nyaring) sekali suara pemimpin 152. Jak ( semenjak / dari) 153. Jalan hidup yang lurus ini 154. Jauh di sudut hati, 155. Jauh berbeza daripada orang lain, 156. Jelmaan sikap ini bersangkut paut dengan 157. Jentera kerajaan mestilah 158. Jihad (perjuangan) manusia 159. Justifikasinya, (alasannya) 160. Jurang pemisah in menyebabkan K

161. Kaca (cerita) ini jelas membuktikan bahawa 162. Kaca mata ini sentiasa melihat 163. Kadangkala, 164. Kekagetan (ketakutan / kebimbangan) ini menyebabkan 165. Kala manusia bermain dengan kezaliman, 166. Kalakian, ( ketika itu) 167. Kaliber (kebolehan) manusia tergugat apabila 168. Kalimah (kata-kata) ini menyebabkan 169. Kancah politik menyebabkan 170. Kancah jenayah ini semakin serius sehingga 171. Kandil (pelita) hidup yang bernyala-nyala menyebabkan 172. Kanun (undang-undang) jenayah tidak dapat berfungsi dengan baik kerana 173. Karma kehidupan ini akan jelas kelihatan apabila 174. Kata Perdana Menteri, 175. Kata golongan intelek, 176. Kaum hawa (wanita) berpendapat bahawa 177. Kaum adam (lelaki) berpendapat bahawa 178. Kayu pengukur tahap keimanan seseorang ialah 179. Kecainya (hancurnya) harapan ibu bapa apabila 180. Kekecamukan ( ketidaktenteraman) ini menyebabkan 181. Kedaluwarsa (sudah tiba masanya) 182. Kebobrokan (kemusnahan) manusia semakin memuncak kerana 183. Kelak, 184. Kemudiannya, 185. Kekeliruan (kekusutan) ini semakin jelas menunjukkan 186. Kekhilafan (kesilapan) ini menyebabkan 187. Kekentalan hidup mengajar kita 188. Kerenah manusia pada zaman moden ini, 189. Ketuaan dunia kelihatan jelas apabila 190. Khususnya, 191. Kiamat nanti jika hal in menjadi ketahuan umum kerana 192. Kini, 193. Kira-kira sedekad lalu, 194. Kitab suci al-Quran menjelaskan bahawa 195. Klasiknya pemikiran seseorang apabila 196. Kombinasi ini menyebabkan 197. Kompetitif (persaingan) ini menyebabkan 198. Kompleksnya kehidupan manusia kerana 199. Komuniti Malaysia tidak beranggapan bahawa 200. Konklusinya, 201. Konsep ini sesuai kerana 202. Kontradiksinya, (sebaliknya) 203. Kekosongan jiwa menyebabkan 204. Kotornya sanubari seseorang jika 205. Kreativiti ini menyebabkan

206. Kredit (hutang / wang) harus diberikan kepada mereka kerana 207. Kritikalnya masalah ini kerana 208. Kubu pertahanan negara semakin terancam apabila 209. Kurangnya pendidikan menyebabkan L 210. Lagipun, 211. Lagi pula, 212. Langkah yang sesuai ialah 213. Langsung tidak kita ramalkan bahawa 214. Lebih-lebih lagi, 215. Lahirnya perasaan tersebut adalah kerana 216. Lahiriahnya ( pada awalnya) 217. Lakonan manusia kini semakin baik kerana 218. Lanjutan daripada peristiwa itu, 219. Lantangnya suara manusia menyebabkan 220. Lapangan (bidang) ini berkisar tentang 221. Lebih-lebih lagi, 222. Leganya kita jika 223. Lillahi, (demi Tuhan) 224. Lumrahnya, (lazimnya) 225. Lumpur hidup ini memang begitu, M 226. Maknanya, 227. Maka, 228. Masa sekarang 229. Malangnya, 230. Malang tidak berbau, 231. Masihkah anda ingat, 232. Misalnya, S 233. Sementelahan, T 234. Tempiasnya (kesannya)

Pengenalan Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu . Fenomena yang terjadi ini pasti ada sebab-sebab munasabahnya kerana kalau angin tidak bertiup, masakan pokok bergoyong? Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020.Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat PENANDA WACANA : MEMULAKAN KARANGAN

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan PENANDA WACANA : UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi. PENANDA WACANA : UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana Lazimnya, dalam keadaan

Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas PENANDA WACANA : UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan... Hal ini penting dalam... Hal ini serupa dengan... Hal yang serupa berlaku apabila... Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa ... Ini menggambarkan bahawa... Ini secara tidak langsung akan... Ini semua meninggalkan kesan kerana... Ini tentu sekali membuatkan... Jadi kita perlu... Jadi kita hendaklah... Keadaan ini tentunya... Lantaran itu sehingga kini... Kesemua ini menyumbang kepada... Kita mengakui hakikat bahawa... Kita sering menonton di kaca televisyen... Kita sering membaca di dada-dada akhbar... Memandangkan keadaan yang sedemikian... Namun sejak kebelakangan ini... Oleh itu, bolehlah dikatakan... Secara logiknya masa yang... Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita...

Keadaan ini seharusnya boleh... Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini... Kendatipun demikian, kita masih... Yang paling nyata ialah... Yang perlu kita pastikan ialah... PENANDA WACANA : UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak.. Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan... Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian pada tahun ... menunjukkan bahawa sebanyak ... PENANDA WACANA: UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah PENANDA WACANA : UNTUK KESIMPULAN KARANGAN Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama

Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Jelaskan langkah-langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme. _______________________________________________________

Pelbagai projek pembangunan negara kita,Malaysia kini berada di landasan yang kukuh sejak kemerdekaan yang dicapai sejak 52 tahun dahulu.Kemerdekaan yang dicapai ini haruslah dijadi sesuatu yang dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia kerana kita telah bebas daripada jajahan kuasa asing.Dewasa ini, negara kita sedang mengorak langkah ke arah menuju taraf sebagai negara yang maju seperti negara England dan Jepun yang kian maju.Hal ini selaras dengan hasrat dan visi kudsi negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir. Kita sayugialah berasa bangga dengan negera kita dalam pembinaan bangunan yang bertaraf antarabangsa seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kula Lumpur(KLIA) dan Menra Kula Lumpur. Namun semua ini tidak membawa erti sekiranya kemelut semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat yang semakin luntur tidak diatasi.

Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntar.Hal ini berlaku demikian kerana banyak pihak kurang melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan.Fenomena ini sering menghiasi dada akhbar-akhbar tempatan.Sekarang, bukanlah masa untuk kita menuding jari dan menyalahkan sesiapa.Agenda kita sekarang ialah bertindak.Sebagai Khalifah Allah yang dikurniakan akal fikiran dan bergelar insan kamil, kita haruslah menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah ini yang sudah lama bernanah dalam negara kita.Jikalau diri kita tidak berusaha dan hanya menyalahkan orang lain, diri kita yang akan mendapat malu seperti yang diungkapkan dalam pantun yang berbunyi :

Burung merbuk terbang melayang, Hinggap setenggak di dahan mati, Kalau menepuk air di dulang Nanti memercik ke muka sendiri.

Persoalannya, apakah langkah yang wajar dilaksanakan untuk menyuburkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat?

Langkah yang paling mujarab adalah bermula daripada diri kita.Marcus Aurelis pernah mengatakan bahawa jangan membuang masa memikirkan cara hendak menjadi orang yang baik, tetapi mulakan daripada diri sendiri.Oleh itu, kita berperanan signnifikan untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam negara kita.Kita haruslah giat melibatkan diri dalam program-program patriotisme yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu tidak kira sama ada pihak kerajaan ataupun pihak bukan kerajaan.Rententan itu,kita juga haruslah menonton lebih banyak filem-filem atau siaran televisyen yang berunsur patriotisme.Hal ini secara tidak langsungnya dapat menyemai semagat patriotisme dalam diri kita.Selain filem-filem dan siaran televisyen, kita juga sayugialah acap kali mendengar lagu-lagu yang berunsurkan patriotisme seperti Keranamu Malaysia

Sementara itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan mesra dengan anak-anak.Anak-anak menghabiskan kebanyakan masa bersama-sama dengan mereka.Oleh itu, telah menjadi obligasi ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka supaya mempunyai semangat patriotisme.Mereka perlulah sentiasa membeli bahan bacaan seperti Majalah Bulan Melayu yang menerapkan banyak unsur patriotisme untuk anak-anak mereka sebagai hadiah.Anak-anak yang umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang ini mudah diajar dan disuntikan dengan semangat

patriotisme.Bak kata pepatah, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Ibu bapa juga patut menjadikan diri mereka teladan dengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.Hal ini kerana menurut teori Polvo, usia anak-anak ialah usia meniru.Mereka akan meniru tingkah laku ibu bapa mereka.

Langkah yang seterusnya ialah pihak masyarakat haruslah sering mengadakan kempen-kempen seperti 'Cintailah Negara Kita'. Hal ini adalah untuk menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.Kempen sebegini mampu mendedahkan kepada golongan rakyat tentang peri pentingnya mempunyai semangat patriotisme dalam jiwa mereka. Kempen-kempen tersebut haruslah diadakan secara berterusan dan bukannya seperti 'hangat-hangat tahi ayam' Mereka juga tidak sepatutnya menjalankan kempen-kempen tersebut bagai 'melepaskan batuk di tangga'. Selain itu, masyarakat juga boleh mengadakan aktiviti-aktiviti yang mampu menyuburkan semangat patriotisme.Contohnya, masyarakat boleh mengadakan aktiviti seperti sambutan Hari Kemerdekaan Negara kita melalui pertubuhan seperti Rukun Tetangga.Bertitik tolak daripada aktiviti rersebut, semangat patriotisme dalam jiwa rakyat Malaysia dapat dipupuk atau disuburkan.

Di samping itu, pihak kerajaan juga memainkan peranan yang amat besar dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,Pihak kerajaan dapat memainkan peranan mereka melalui media massa seperti televisyen dan radio.Mereka harusnya menyarankan agar pihak media senantiasa menyiarkan program-program yang dapat menyuburkan semangat patriotisme.Iklan-iklan dalam televisyen harulah dapat menyemai atau menyuntik semangat patriotisme ke dalam sanubari rakyat.Sehubungan dengan itu,pihak kerajaan juga harus menampalkan poster-poster berkaitan dengan pejuang-pejuang kemerdekaan pada masa silam pada dinding premis-premis di sepanjang jalan raya. Dengan ini, rakyat dapat selalu diingatkan agar menghargai sumbangan pejuang silam dan ini secara tidak langsungnya akan melahirkan perasaan cinta akan negara yang membawa kepada kewujudan semangat patriotisme yang tinggi.

Pernahkah terlintas dalam benak fikiran anda bahawa pihak sekolah juga berupaya dalam usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat? Sememangnya pihak sekolah mampu memainkan peranan tersebut.Menurut kata Tun Abdullah b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan yang cemerlang dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Guru diibarat sebagai lilin yang mebakar dirinya, tidak pernah mengenal rasa jemu dan letih memberi ajaran kepada anak bangsanya.Tanpa guru, siapalah kita. Maka, guru memainkan peranan yang penting dalam memberi didikan seperti menceritakan sejarah negara kita agar pelajar dapat mengetahui betapa susahnya pejuang masa dahulu bertungkus lumus untuk mendapat kemerdekaan negara.Dengan ini, pelajar-pelajar dapat mempunyai semangat untuk mempertahankan negara daripada ancaman atau pencerobohan luar. Pihak sekolah pula harus mengadakan sambutan kemerdekaan setiap tahun untuk menyegarkan dan mengelakkan kehilangan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Secara konlusinya, semua pihak haruslah menjangkau sehabis tangan dalam menjalankan usaha menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Prinsip 'bagai aur dengan tebing' dan ' ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni' haruslah dijadikan pegangan dan prinsip mereka.Janganlah meranapkan impiam negara kita untuk mencapai Wawasan 2020.Marilah kita bersama-sama menyuburkan semula semangat patriotisme untuk menzahirkan iltizam Malaysia untuk 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi' dengan negara gergasi di persada antarabangsa. Ingatlah, semangat patriotisme penting supaya negara kita tidak dijajah sekali lagi. Biar matahari terus bersinar, biar pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia menjadi sebiji bintang yang terang di dunia!

Anda mungkin juga menyukai