Anda di halaman 1dari 7

RPH pemulihan dan pengayaan

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tahun : 4 Epsilon Tarikh : 23 April 2008 Masa : 60 minit Bilangan murid : 20 orang Tajuk : Kesenian dan kebudayaan Objektif : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat: i. Melafazkan pantun dengan intonasi dan sebutan yang betul. ii. Mengenal pasti isi penting dan menyusun isi penting berdasarkan bahan rangsangan iii. Menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam pantun . Fokus Utama : 6.5 Membaca pantas secara imbasan untuk mendapatkan maklumat khusus. Aras : 2 (i) Mengimbas maklumat yang sesuai daripada teks untuk menyokong fakta. Fokus Sampingan : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras : 2 (i) Membaca lancar teks bahan sastera dengan sebutan, intonasi dan gaya penyampaian yang betul. Kemahiran bahasa : Mendengar dan bertutur , membaca dan menulis Tatabahasa : Kata adjektif , ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata : Merayau , tarian , nyanyian , mengiringi dan gugur . Ilmu : Kajian Tempatan. Nilai Murni : Kerajinan, patriotisme dan semangat bekerjasama. Kemahiran berfikir : Menganalisis Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik dan intrapersonal Kajian masa depan : Menjangka akibat ICT : Tutorial Strategi : Kontekstual , direktif dan metakognatif Pengetahuan Sedia ada : membina ayat. : mengetahui serba sedikit mengenai budaya yang ada di Malaysia. Bahan Bantu Mengajar : Hampran grafik Pantun : Komputer riba : LCD : Pengurusan grafik : Lampiran kerja

Aktiviti : Markah/masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan

Set Induksi : 5 minit 1. Apakah kesenian yang popular di Malaysia? 2. Siapa yang pernah melihat persembahan kesenian? 3. Waktu bilakah acara kesenian selalu diadakan? Guru bertanya kepada murid tentang kesenian yang popular di Malaysia. Guru dan murid bersoal jawab dengan murid tentang perkara tersebut . Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran .

Strategi: Soal jawab Nilai: Menghargai

Langkah 1 ( 10 minit )

Sajak Guru memaparkan

pantun di layar putih. Guru membaca pantun dan diikuti oleh murid . Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka untuk membaca pantun tersebut . Guru membetulkan kesilapan murid sekiranya ada .

BBM: Persembahan grafik pantun Komputer riba LCD Nilai: Kerjasama Berani Langkah 2 ( 20 minit )

Pantun Murid dibahagikan kepada empat

kumpulan dan dikehendaki membincangkan isiisi penting yang terdapat dalam setiap rangkap pantun tersebut. Wakil bagi setiap kumpulan diminta ke hadapan kelas dan membentangkan hasil perbincangan. Guru dan murid bersoal jawab tentang isi perbincangan yang diperolehi. Guru mengedarkan lampiran pengurusan grafik kepada murid murid . Murid murid di minta untuk mencatatkan isi perbincangan di dalam lampiran tersebut .

BBM: Hamparan grafik pantun Pengurusan grafik Strategi: Perbincangan Pembentangan Nilai: Kerjasama Berani Langkah 3 ( 20 minit ) Pemulihan dan Pengayaan

Kata Adjektif

Terang Gelap Enak Pahit Lebat Masam Aman Indah

Guru mengedarkan lampiran kerja kepada murid murid . Murid murid dikehendaki menyenaraikan kata adjektif yang terdapat dalam setiap rangkap pantun .

Guru mencatatkan kata adjektif yang telah disenaraikan oleh murid di papan tulis . Guru membahagikan murid murid kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pengayaan dan kumpulan pemulihan. Guru meminta murid murid dari kumpulan pengayaan untuk

membuat ayat majmuk manakala kumpulan pemulihan membuat ayat tunggal berdasarkan kata adjektif yang telah dicatatkan di papan tulis . BBM: Hamparan grafik pantun Lampiran kerja Strategi: Perbincangan Pembentangan

Nilai: Kerjasama Berani Penutup : 5 minit Penutup kognatif : Apakah yang telah kamu pelajari sebentar tadi? Penutup Sosial : Apakah perasaan kamu setelah mempelajari tajuk hari ini? Murid-murid menyebut secara beramai-ramai kata adjektif yang telah dipelajari pada hari ini . Guru membuat penutup kognatif dan sosial. Kerja rumah : Mengumpul gambar-gambar alat muzik tradisional dalam buku skrap. Nilai Murni : Menghargai

Refleksi / ulasan Berdasarkan pemerhatian saya semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran , saya mendapati murid murid sudah dapat membaca pantun dengan menggunakan intonansi dan nada suara yang betul . Murid murid juga dapat mengenali beberapa jenis kebudayaan yang terdapat di Malaysia . Kebolehan murid - murid dari kumpulan pemulihan dalam menghasilkan ayat tunggal yang baik juga dapat dipertingkatkan .

Anda mungkin juga menyukai