Anda di halaman 1dari 10

SUBJEK : SAINS TINGKATAN 4 TEMA 2 : PENGEKALAN DAN KETERUSAN HIDUP BIDANG PEMBELAJARAN 2 : KETURUNAN DAN VARIASI OBJEKTIF PEMBELAJARAN

1 : MEMAHAMI KITARAN MITOSIS

ENGAGING
GAMBAR 1 GAMBAR 2 GAMBAR 3

Berdasarkan gambar rajah di atas, apakah yang dapat anda simpulkan?

EMPOWERING

Mitosis
Proses pembahagian sel yang menghasilkan dua sel anak yang mempunyai bilangan kromosom yang sama seperti induknya

Bermula apabila kromatid berpilin dan memendek. Kromosom boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop cahaya. Membran nukleus mula menghilang. Gentian gelendong mula membentuk serta menghubungkan sentromer dengan sentriol. Kromosom bergerak ke satah.

Bermula apabila kromosom beratur di satah khatulistiwa. Kromatid kembar masih terikat di sentromer. Berakhir apabila sentromer berpisah untuk melepaskan ikatan kromatid kembar.

Gentian gelendong akan menarik kromatid yang terpisah ke arah kromatid yang bertentangan. Kromatid sekarang disebut sebagai kromosom anak. Tamat apabila kromosom sampai ke kutub masing-masing.

Bermula apabila kromosom sampai ke kutub masing-masing. Gentian gelendong mula menghilang dan kromosom membuka lilitan dan memanjang semula. Tamat apabila membran nukleus terbentuk dan mengelilingi kelompok kromosom sepenuhnya.

Proses pembahagian sitoplasma sebaik sahaja nukleus terbentuk. Bagi sel haiwan, membran plasma mencerut di antara dua nukleus sehingga terputus.

Anda mungkin juga menyukai