Anda di halaman 1dari 1

Refleksi Pengalaman Belajar Pendidikan Muzik Di Sekolah Rendah Sepanjang pembelajaran saya dalam subjek pendidikan muzik ketika di

bangkusekolah rendah dahulu,saya berasa amat gembira dan teruja. Kebanyakkan guru-guru muzik ketika itu berperwatakan yang menarik serta dapat menarik minat kami parapelajar untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti muzik yang

dilakukan.Sepanjang 6 tahun di sekolah rendah telah banyak mengajar saya tentang apa itu muzik. Muzik adalah satu irama yang mampu membawa kesan yang mendalam terhadap seseorang individu tertentu. Melalui muzik juga kita dapat menyampaikan apa yang tersurat dan tersirat di dalam hati kita. Sebagai contoh lagu-lagu yang sedih mampu membuatkan kita terkenangkan sesuatu peristiwa sedih yang pernah berlaku didalam hidup kita. Belajar pendidikan muzik di zaman sekolah rendah dahulu merupakan pengalaman paling berharga bagi saya. Walaupun hanya sempat belajar selama 1 jam untuk seminggu tetapi ianya mendatangkan kesan yang mendalam dalam hidup seseorang individu itu bergantung kepada bagaimanakah seseorang itu

mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian.Banyak perkara yang saya dapat belajar daripada pendidikan muzik ini untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian saya. Muzik ini juga sebenarnya mampu digunakan untuk menarik perhatian murid-murid untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. Secara tidak langsung ini dapat diaplikasikan oleh guru-guru dalam menyediakan set induksi yang berkesan dalam sesi pembelajaran di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai