Anda di halaman 1dari 3

Schottische * Berdiri tegak, rapatkan kaki. Tangan di sisi dan pandang hadapan.

* Berjalan tiga langkah (kanan, kiri, kanan). Ayun tangan dan hujung kaki dilunjurkan. * Ketingting dengan kaki kanan yang lurus. Kaki kiri dibengkokkan ke hadapan. Mendarat dengan kaki kanan. * Turunkan kaki kiri dan bergerak tegak. Lompat Kucing * Berdiri tegak. Rapatkan kaki dan pandang hadapan. * Melangkah dengan kaki kanan. * Bengkokkan kaki kanan dan kaki melonjak dengan kaki yang sama. Ayun kaki kiri ke hadapan. Bila kaki kiri mula jatuh, ayun kaki kanan ke hadapan. * Mendarat di atas kaki kiri. * Lunjurkan kaki kanan. Chaine * Berdiri tegak. Kaki rapat. * Langkah ke kiri. Depakan tangan. * Rapatkan kaki. Naikkan tumit. Lakukan pusingan 360 darjah di atas bebola kaki. * Turunkan tumit. Berdiri tegak. Piroette * Berdiri tegak. Tangan di sisi. Pandang ke kiri. * Pindahkan berat badan ke kaki kiri. Bengkokkan lutut kaki liri. Badan tegak, kaki kanan lurus. Naikkan tangan. * Berdiri di atas bebola kaki kiri, ayun kaki kanan ke kiri untuk memulakan pusingan. * Semasa membuat pusingan, bengkok dan naikkan kaki kanan. Hujung kaki kanan menyentuh lutut kaki kiri. Luruskan kaki kiri. * Sebelum pusingan tamat, turunkan kaki kanan dan pusingan diakhiri di atas bebola kedua-dua belah kaki. Bergerak dengan bola a. Melantun bola * Berdiri tegak. Pegang bola dengan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan. * Bengkokkan lutut. Lantun bola dengan kedua-dua belah tangan. * Kawal bola dengan tangan. Berdiri di atas bebola kaki. Lantun bola semula. * Sambut bola dengan kedua-dua belah tangan. Berdiri tegak. b. Mengayun bola * Luruskan kedua-dua belah tangan. Imbang bola di atas tangan kanan. * Ayun tangan kanan ke belakang. * Ayun tangan kanan ke hadapan dan pindahkan bola ke tangan kiri. * Ayun tangan kiri ke belakang. * Ayun tangan kiri ke hadapan dan berhenti.

c. Melambung dan menyambut bola * Imbang bola di atas sebelah tangan. * Bengkokkan kaki dan ayunkan tangan ke belakang. * Ayun tangan ke hadapan, lambung bola ke atas dari hujung jari tangan. Berdiri di atas bebola kaki. * Sambut bola dengan tangan yang sama. Ikut lajak bola, bengkokkan kaki. Gerak edar dengan alatan * Skip dengan tali. * Berjengket. Pusingan setempat dengan alatan * Berjengket. * Kawal bola dengan hujung jari. * Lakukan satu pusingan. * Kawal imbangan badan. Rangkaian dengan alatan * Luruskan sebelah tangan ke atas dan sebelah tangan lagi ke sisi. * Berjengket. * Bengkokkan sebelah kaki. * Pusing gelung dengan tangan. * Baring dan luruskan sebelah kaki ke atas. * Bengkokkan sebelah kaki lagi. * Luruskan kedua-dua belah tangan di sisi badan. * Pusing gelung dengan pergelangan kaki. Gerak Edar Gimnastik Irama a. Langkah Polka * Berdiri tegak, kaki rapat. * Langkah ke hadapan dengan kaki kanan. * Lonjak dengan kaki kanan dan seret kaki kiri ke kaki kanan serentak. b. Langkah Waltz * Berdiri tegak, kaki rapat. * Langkah ke hadapan dengan kaki kiri yang dibengkokkan, luruskan kaki kanan ke belakang. * Langkah ke hadapan dengan kaki kanan, diikuti kaki kiri. * Rapatkan kaki kanan ke kaki kiri. c. Langkah Grapevine * Berdiri di atas kaki kanan dan hulurkan kaki kiri ke hadapan. * Lonjak dengan kaki kiri dan silangkan kaki kanan ke hadapan kaki kiri. * Hulurkan kaki kiri ke sisi dan melangkah dengan kaki kanan. Pusingan Badan Tanpa Alatan a. Pusingan setempat dengan kedua-dua belah kaki

* * * *

Silang kaki kanan di hadapan kaki kiri. Pusing badan ke kiri atas bebola kaki. Rapatkan kaki kanan ke kaki kiri. Ulang lakuan di atas.

b. Pusingan di atas punggung dengan sokongan tangan * Duduk berlunjur tangan di sisi. * Lakukan imbangan V. * Pusing badan dengan bantuan tangan. Pusingan Badan Dengan Alatan a. Pusingan badan dengan bola * Lantun dan sambut. * Kawal bola sambil berpusing. b. Pusingan badan dengan reben * Ayunan dari bahu, siku, dan pergelangan tangan. * Pegang kayu selari dengan tangan. * Ayunan ikut arah pergerakan. c. Pusingan badan dengan tali * Rapatkan kaki dan berjengket. * Pusing badan dengan tali pelbagai aras. Rangkaian Pergerakan Gimnastik Irama a. Ayun bola dan pusing badan * Ayun bola ke hadapan dan pusing badan. * Ayun bola ke belakang dan pusing badan. * Ayun bola ke sisi dan pusing badan. b. Lompat atas bola yang melantun * Lantun bola. * Lompat kangkang atas bola yang melantun. c. Lantun bola dan pusing * Lantun bola dan tegak. * Pusing badan dan luruskan tangan ke atas. * Sambut semula bola.

Anda mungkin juga menyukai