Anda di halaman 1dari 2

IBNU SINA TOKOH PERUBATAN ISLAM.

. IBNU SINA yang lebih dikenali di Barat dengan nama Avicenna mempunyai nama lengkap Abu Ali al- Huseyn bin Abdullah bin Hassan Ali bin Sina. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Parsi. Menurut Ibnu Abi Ushaybiah ia lahir pada tahun 375 H, di desa Afshanah dekat kota Kharmaitan Propinzi Bukhara Afghanistan. Beliau adalah salah seorang genius yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu. Beliaulah orang yang membuat ensiklopedia terkemuka dan pakar dalam bidang agama, perubatan, falsafah, logik, matematik, astronomi dan muzik. Selain itu beliau juga seorang pustakawan dan pakar psikiatri yang handal. Tambahan pula, sejak kecil beliau telah memperlihatkan kepintarannya yang cemerlang dan kemajuan yang luar biasa dalam menerima pendidikan. Ibnu Sina kecil yang tangkas mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun. Sejak usia lima tahun itu Ibnu Sina telah mendapatkan pendidikan al-Quran dan sastera dari ayahnya. Pada usia sepuluh tahun ia sudah hafal alQuran, menguasai ilmu sastera, tasawuf, dan geometri. Belum genap usia 16 tahun, Ibnu Sina sudah menguasai ilmu perubatan. Semasa itulah dia bermula merawat pesakit. Segala kerja kerasnya selama ini berhasil. Ketekunannya dalam mempelajari pelbagai disiplin ilmu menjadikannya pakar dalam berbagai ilmu. Setelah itu, nama Ibnu Sina mula dikenali ramai orang. Bahkan di negeri jiran pun, beliau menjadi bahan perbualan.Ramai orang dari negeri jiran datang berjumpa beliau untuk berbincang. Berduyun-duyun penduduk dari berbagai negeri datang untuk berguru dan berubat pada beliau. Beliau tak pernah berhenti belajar demi mengembangkan keilmuannya. Walaupun selalunya dia tertidur kelelahan. Di usia 17 tahun, di tengah usahanya untuk menyembuhkan penyakit baginda Nabi Nuh bin Mansur, ia terus mengembangkan ilmunya. Sebagai penghargaan raja atas jasanya yang berjaya menyembuhkan raja. Baginda meminta Ibnu Sina menetap di istana, sekurang-kurangnya untuk sementara semasa raja dalam proses penyembuhan. Tapi Ibnu Sina menolaknya dengan halus, sebagai gantinya ia hanya meminta izin untuk mengunjungi sebuah perpustakaan kerajaan yang kuno dan antik. Siapa sangka, dari sanalah ilmunya yang luas ditambah lagi semangat belajarnya yang tinggi. Ia tidak pernah melewatkan waktu sedikitpun untuk bermalas-malasan. Beberapa karyapun telah dilahirkan. Selama 1,5 tahun Ibnu Sina jarang tidur, penuh dengan berbagai ilmu dan analisa. Semangat belajarnya kuat sekali. Ibnu Sina selalu memikirkan ilmu yang sedang dipelajarinya sampai ia memahaminya.Selain itu, beliau tidak hanya belajar teori tetapi juga mempraktikkannya. Pengalaman ilmunya terhadap apa yang dipelajari semakin luar biasa. Ibnu Sina tak pernah berhenti belajar, ilmunya semakin matang dan mendalam. Pada usia 21 tahun, Ibnu Sina berjaya membuat buku pertamanya, Al-Majmu ketika berada di Khawarazm yang mengandungi berbagai ilmu pengetahuan yang lengkap. Beliau menyelesaikannya berdasarkan semua disiplin ilmu yang dipelajarinya. Ketika terjadi kekacauan di Kerajaan AsSamani, Ibnu Sina mula melakukan pengembaraan. Beliau keluar dari Bukhara menuju Karkang. Dari situ beliau berpindah ke Jarjan dan Khurasan. Namun demikian, pada akhirnya Ibnu Sina meninggalkan kedua-dua negara tersebut menuju ke Dahastan. Setelah itu, Ibnu Sina kembali ke Jarjan dan bertemu dengan Juzjani. Di Jarjan, Ibnu Sina menjadi menteri sebanyak dua kali. Meski demikian, beliau tidak pernah berhenti menulis, mengajar, dan

mengarang. Malam hari, beliau mengajar dan pagi hari beliau bertolak ke pejabat Kementerian tempat beliau tugaskan. Buku yang ditulis Ibnu Sina lebih kurang 250 judul, termasuk kitab, esei, dan artikel dalam bidang matematik, mantik, akhlak, fizik, perubatan dan falsafah. Karya Ibnu Sina berupa Kitab Al Qanun Fit Thibb (Canon of Medicine) telah digunakan sebagai buku teks perubatan di pelbagai universiti di Perancis. Misalnya di Sekolah Tinggi Perubatan Montpellier dan Louvin yang telah menggunakannya sebagai bahan rujukan pada abad ke-17 M. Sementara itu, Prof. Phillip K. Hitti telah menganggap buku tersebut sebagai Ensiklopedia Perubatan. Buku ini telah membincangkan serta membahas tentang penyakit saraf. Arahan tersebut juga membahas cara-cara pembedahan yang menekankan tentang keperluan pembersihan luka. Bahkan di dalam buku-buku tersebut juga dinyatakan keterangan dengan lebih jelas disamping gambar-gambar dan sketsa-sketsa yang sekaligus menunjukkan pengetahuan anatomi Ibnu Sina yang luas. Penulis-penulis barat telah menganggap Ibnu Sina sebagai Bapa Perubatan kerana beliau telah menggabungkan teori perubatan Yunani Hipocrates dan Galen dan pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi serta pengalaman beliau sendiri, Ibnu Sina meninggal pada tahun 1073, semasa kembali ke kota yang disukainya Hamadhan. Walau beliau sudah meninggal, namun berbagai ilmunya sangat berguna dan digunakan untuk penyembuhan berbagai penyakit yang kini diderita umat manusia. Beliau sudah tiada, tapi akan selalu menemani kita. Sekarang, kita harus meneruskan setiap karyanya. Jangan sampai kita hanya boleh bernostalgia dengan membaca sejarah beliau. Ikrarkan dalam hati bahawa Kita boleh seperti beliau, beliau boleh, begitu juga kita. Jangan kita hanya kagum sahaja tapi kita tidak mahu menggali ilmu yang beliau tinggalkan. Sebab ilmu yang beliau tinggalkan tidak kita pergunakan dan kembangkan dengan baik. Malah, orang barat yang mengembangkannya. Sudah masanya kita bangkit dan kita capai kegemilangan islam dengan ilmu pengetahuan serta iman dan taqwa.

Nur Izzati Nadhirah Binti Mokhtar, 12M10

Anda mungkin juga menyukai