Anda di halaman 1dari 1

20 haribulan Februari 2012 akan bermulanya praktikum saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya.

Sudah enam bulan sejak pertama kalinya saya diperkenalkan kepada tokoh-tokoh yang banyak menyumbang dalam bidang pendidikan tentang teori pembelajaran contohnya Jean Piaget, Thorndike, Skinner, Carl Roger dan lain-lain. Teori pengajaran dan pembelajaran telah banyak diperkenalkan kepada kami tetapi aplikasinya bersamaan dengan sifar dalam pengalaman saya maka praktikum merupakan kali pertamanya saya akan berdiri di dalam sesebuah sekolah dengan gelaran cikgu. Sebelum praktikum bermula, saya difahamkan dan amat jelas bahawa tujuan praktikum adalah untuk menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran. Selain itu, melalui praktikum ini, selepas berdepan dengan pelajar-pelajar yang pelbagai ragamnya, saya berharap saya dapat menguasai pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah termasuk cara untuk mengawal kelas dan menghasilkan suatu suasana yang kondusif dalam kelas. Cita-cita saya sebagai seorang guru adalah membantu pelajar untuk mencari keseronokan dalam pembelajaran mereka. Praktikum ini akan memberi peluang kepada saya untuk mencuba cara pengajaran yang paling berkesan untuk mencapai cita-cita saya. Dalam pendapat saya, pendidikan pada masa kini terlalu menumpukan perhatian dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan, keadaan ini telah membelakangi tujuan sebenar kemunculan pendidikan di kalangan kita semua. Jadi, melalui praktikum ini, saya berharap saya dapat membuat sesuatu yang berlainan dalam kehidupan pelajar selama 10 minggu ini dan berharap ini dapat mengubah persepsi mereka tentang pendidikan dan pada masa yang sama dapat meningkatkan minat mereka dalam mempelajari Matematik. Disiplin pelajar pada masa kini merupakan antara isu yang membimbangkan saya sebelum menghadiri praktikum di SMKSJ. Jadi dengan menggunakan peluang kali ini, saya berharap dapat mempelajari cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah disiplin yang akan saya hadapi. Di samping itu, saya berharap saya dapat mempelajari cara yang paling berkesan terutamanya dalam pengawalan bilik darjah bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Kokurikulum merupakan aspek seterusnya yang saya berharap boleh mendapat latihan daripada praktikum ini. Contohnya dari segi pengurusan perjumpaan mingguan, penyediaan kertas kerja bagi aktiviti yang dianjurkan, latihan yang dirangkumi dalam sukatan kokurikulum kelab atau persatuan tersebut dalam lain-lain. Saya berharap pengalaman yang akan saya dapat dalam sekolah praktikum dapat membantu dan meringankan beban saya pada masa hadapan apabila saya memulakan profesion saya kelak.

Anda mungkin juga menyukai