Anda di halaman 1dari 24

Usaha berterusan membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang wajar demi membolehkan

golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini? Sejak akhir-akhir ini isu kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) telah menjadi satu topik perbincangan yang hangat dalam kalangan rakyat di negara ini. Golongan OKU juga perlu dibela oleh seluruh anggota masyarakat kerana mereka tidak mampu melakukan aktiviti fizikal kerana kecacatan yang dialami itu. Sehubungan itu, institusi kerajaan, sawasta dan orang awam mestilah menyusun strategi atau usaha untuk membantu golongan OKU memajukan diri mereka supaya tidak tersisih dalam arus globalisasi kini. Pada masa yang sama mereka juga dapat memberi sumbangan untuk membangunkan ekonomi Negara ini. Antara usaha untuk membantu OKU ialah menyediakan peluang untuk mendapatkan kemahiran dalam bidang tertentu. Program kemahiran tersebut sangat penting untuk melatih OKU menguasai bidang kraftangan, membaiki kenderaan dan perniagaan. Dengan cara ini mereka akan mudah untuk bekerja dan dapat menjana pendapatan keluarga walaupun cacat. Oleh itu, sokongan daripada pihak kerajaan amat diperlukan untuk membangunkan pusat-pusat latihan kemahiran OKU ini seperti Program Semai Bakti Pusat (PDK) di bawah pengawasan Felda di seluruh Negara berjaya melatih kira-kira 7,700 orang OKU dalam pelbagai bidang. Jelaslah kemahiran yang dimiliki oleh OKU itu akan membantu OKU berdekari dan menyumbangkan kepada kemajuan serta pembangunan ekonomi negara kita. Selain itu, pihak kerajaan perlu membuka peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi kepada OKU. Sistem pendidikan khas perlu diperluaskan kepada OKU yang berada di luar bandar supaya ibu bapa yang mempunyai anak-anak ini berpeluang menyekolahkan anak-anak mereka. Sehubungan itu, kemudahan pendidikan khas ini mestilah ditingkatkan bagi melahirkan para pelajar yang standing dengan pelajar yang normal. Malah pihak kerajaan juga mestilah menyediakan tempat atau kaota pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada OKU yang mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Oleh itu, peluang ini akan meninkatkan lagi motivasi pelajar OKU untuk mengubah nasib hidup mereka kea rah yang lebih baik pada masa akan datang dengan ilmu yang dimiliki itu. Di samping itu, pihak swasta pula tidak boleh mengamalkan dasar pilih kasih semasa mengambil pekerja untuk berkhidmat dalam syarikat mereka. Mereka perlu bersikap adil kerana golongan OKU juga mampu menyumbangkan kemahiran yang ada untuk memajukan syarikat tersebut. Di kilang umpamanya sudah ada OKU yang bekerja sebagai operator pengeluaran, pembantu pejabat dan kerani dimana sebelum ini kerja sebegini hanya dilakukan oleh pekerja yang normal sahaja. Kita harus memuji Pasaraya Besar Carrefour telah mensasarkan 5 peratus daripada pekerjanya adalah OKU menjelang tahun 2010 nanti iaitu berjumlah kira-kira 200 orang. Oleh itu, peluang pekerjaan haruslah dibuka kepada OKU untuk membantu mereka mendapatkan kerja bagi menyara kehidupan keluarga mereka.

Bantuan modal juga diperlukan oleh golongan OKU untuk memulakan sesuatu perniagaan. Hal ini demikian kerana rata-rata golongan ini adalah terdiri daripada orang susah atau miskin. Sehubungan itu, pihak kerajaan mestilah mengambil tindakan segera melalui Kementeriannya agar minat OKU dalam bidang ini dapat dikembangkan dari masa ke masa. Sebagai contoh dalam Rancangan Malaysia ke-9 kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM 22 juta melalui Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia. Semua OKU yang berminat boleh membuat permohonan dan perlu mendapat sokongan daripada persatuan masing-masing. Oleh itu, bantuan kewangan atau modal ini sangat penting untuk membolehkan golongan ini meningkatkan ekonomi mereka tanpa bergantung kepada pertolongan daripada orang lain.

Kesimpulanya, golongan OKU sangat memerlukan bantuan daripada kita semua untuk meneruskan dan memajukan diri mereka ke tahap yang lebih baik lagi. Untuk merealisasikan hasrat tersebut semua pihak terutama kerajaan, swasta dan masyarakat mestilah berganding bahu menjayakan matlamat tersebut. Sekiranya kita tidak bersungguh-sunggguh membantu golongan ini sudah pasti mereka akan tersisih dalam era pemodenan Negara menjelang tahun 2020 nanti. Bak kata pepatah muafakat membawa berkat sangat sesuai diamalkan oleh masyarakat kita dalam usaha membantu golongan OKU.

USAHA-USAHA MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA(OKU) Idea untuk perenggan pengenalan.

1. Memberi maksud Orang Kurang Upaya 2. Kenapa jadi Orang Kurang Upaya ? Sejak dilahirkan dan kesan kemalangan atau penyakit tertentu 3. Kesukaran yang dilalui oleh OKU 4. Contoh OKU yang berjaya dalam kehidupan - Allahyarham Prof Dr Ismail Salleh (cendekiawan ulung dalam bidang ekonomi walaupun buta). 5. Peribahasa yang oleh digunakan - sudah jatuh ditimpa tangga, sibuta kehilangan tongkat 6. Lirik lagu Namun Kupunya Hati (Fredie Fernandez) - berkisar kehidupan orang cacat. 7. Mengapa OKU perlu dibantu dalam pelbagai aspek?

Isi 1 : Kerajaan melatih orang-orang cacat dalam pelbagai bidang. Bidang apa ? - membaiki kenderaan, membaiki peralatan elektrik, menghasilkan makanan seperti kek, keropok, perabot dan kraf tangan, menjilid buku Di mana mereka boleh dilatih ? - Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, universiti tempatan, Pusat latiha dan pemulihan orang cacat (JARO) - dilatih secara sepenuh masa sehingga mahir - diberi peluang menjalani latihan amali dengan syarikat-syarikat yang berdaya maju Siapa tenaga pengajar mereka ? - Pensyarah, tutor, guru yang berpengetahuan dan berpengalaman - mereka dilatih dalam bidang kerja sosial dan kaunseling supaya dapat menyesuaikan diri dengan orang cacat yang berperasaan sensitif. Apa kemudahan yang OKU boleh dapat sepanjang latihan ? - diberi elaun dalam bentuk wang ringgit, ditaja makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran, kenderaan khas dan lain-lain. Peruntukan disalurkan oleh kerajaan melalui agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya.

Kenapa mereka perlu dilatih dengan kemahiran tertentu ? - apabila mereka menjadi terlatih, mereka boleh memilih untuk bekerja makan gaji atau memulakan perniagaan sendiri.- mereka tidak akan menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup ahli keluarga (jika sudah berumah tangga). - setelah mantap dalam bidang pekerjaan mahupun berjaya menguruskan perniagaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna sifatnya - namun demikian OKU perlu menunjukkan daya usaha yang tinggi dan semangat yang cekal sebelum dapat membuka mata orang lain bak kata peribahasa..."digilap baru ditayang, dicanai baru diuji dan dimamah baru ditelan". Masukkan peribahasa Cina - jika kita memberi seorang nelayan seekor ikan, nelayan itu dapat makan untuk sehari. Jika kita menunjukkan cara memancing ikan kepada nelayan itu, dia akan dapat hidup untuk jangka masa yang lebih lama. Analoginya - OKU yang diberi bantuan dalam bentuk wang ringgit dan makanan akan terus menghadapi kesukaran untuk hidup pada hari berikutnya. Jika mereka diberi latihan kemahiran yang sesuai, mereka akan menggunakan kemahiran itu untuk "mencari makan" seterusnya.

RE: Usaha Kerajaan Negeri Terengganu Membantu Pelajar Kurang Upaya Merujuk kepada surat NST (All out to help disabled students) pada 2hb Mac 2009,

Persatuan Pengguna- Pengguna Standard Malaysia (Standards Users) berasa amat bangga diatas tindakan Kerajaan Negeri Terengganu untuk memperuntukkan bantuan kewangan tanpa had untuk mambantu pelajar- palajar kurang upaya. Usaha ini harus dijadikan teladan oleh mereka yang ingin membantu golongan kurang upaya (OKU) dan bukannya hanya dengan memberikan kerusi roda percuma dan mendapatkan publisiti murah. Dalam kebanyakkan kes, kerusi roda yang diberikan tidak sesuai untuk kecacatan yang dialami. Persatuan Pengguna Pengguna Standard (Standards Users), telah mendapat peluang untuk bekerja dengan Jawatankuasa Standard Industri Jepun atau Japanese Industrial Standards Committee (JISC), hasil kerjasama dengan Jabatan Standard Malaysia. Standards Users sangat kagum dengan tahap kebolehcapaian yang dinikmati oleh OKU dan golongan tua di negara Jepun. Secara relatif, golongan OKU dan orang tua lebih berdikari dan dapat menjaga diri mereka. Golongan OKU di Malaysia kerap kali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka bahawa mereka tidak mahu bergantung semata- mata kepada derma dan kebajikan dan menjadi subjek kedermawanan sepanjang hidup mereka. Golongan ini bersedia untuk berkerja untuk menyara diri dan menyumbang kepada ekonomi negara seperti orang lain. Tetapi, apakah yang menjadi penghalang kepada mereka? Penghalangnya ialah persekitaran yang tidak mesra OKU. Sistem pengangkutan dan jalan raya tidak mesra OKU. Walaupun Kuala Lumpur adalah bandar metropolitan, namun hanya terdapat sebahagian kecil sahaja lokasi yang mempunyai kemudahan yang mesra OKU. Kemudahan tersebut juga kebanyakannya untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan dan sesetengah lokasi untuk mereka dengan masalah pergerakan dan yang menggunakan kerusi roda. Kebanyakkan bangunan awam malah juga di Kuala Terengganu walaupun harus mengikut UndangUndang Kecil Bangunan atau (Uniform Building By- Laws atau UBBL) tetapi adalah tidak mesra OKU. Mengikut kanun 34A, UBBL, pambinaan bangunan haruslah mengikut Standard Malaysia atau MS 1183 Specifications for Fire Precautions in the Design and Construction of Buildings Code of Practice for Means of Escape for Disabled People dan MS 1184:2002 Code of Practice on Access for Disabled Perons to Public Buildings. Namun begitu, standard- standard ini tidak dipatuhi. Sesetengah bangunan mempunyai rekabentuk untuk OKU yang tidak berfungsi. Sebagai contoh, landasan untuk kerusi roda terlalu curam dan boleh membahayakan OKU yang menggunakan kerusi roda dan tulisan Braille pada butang lif yang tidak mempunyai bantuan pendengaran untuk menunjukkan tingkat. Laluan ke tandas OKU juga terhalang . Terdapat sesetengah tandas OKU yang digunakan sebagai stor untuk menyimpan peralatan sanitasi.

UBBL yang kita ada sekarang tidak menyatakan perlunya pematuhan kepada MS 1331, Code of Practice for Access for Disabled People Outside Buldings. Standard ini mengariskan keperluan asas rekabentuk kemudahan luar rumah untuk kebolehcapaian OKU. Kami berharap agar peruntukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu akan mengambil kira cara untuk mempertingkatkan kebolehcapaian OKU. Ia adalah satu langkah jangka panjang yang lebih efektif yang benar-benar dapat membantu OKU untuk menjalani kehidupan normal bersama sama rakyat yang berupaya. Pematuhan terhadap standard Malaysia untuk rekabentuk mesra OKU yang terdapat dalam UBBL akan merupakan langkah pertama untuk memastikan OKU diberikan penyelesaian jangkamasa panjang dan lebih bermakna daripada memberikan derma yang hanya akan memberikan faedah sekali sahaja. Kita harus ingat jika mengikut statistik Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu, 10% dari populasi dunia mengalami masalah kurang upaya maka Malaysia mempunyai 2.7 juta OKU. Oleh itu membantu OKU berdikari memberikan kebaikan dari segi kos perbelanjaan kerajaan dengan memberikan penyelesaian jangak panjang. Ia juga memastikan keperluan golongan OKU dijaga untuk memudahkan kehidupan mereka supaya dapat menyara hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Ini akan berlaku HANYA jika kemudahan tersebut boleh dicapai oleh mereka.

Datuk Marimuthu Nadason

Kerajaan menyediakan sebanyak RM2.63 juta bantu OKU mulakan perniagaan

Shahrizat Abdul Jalil bermesra bersama sebahagian OKU yang menerima Peralatan Teman 1Azam OKU pada Majlis KARISMA OKU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 3 Jan. Seramai 526 Orang Kurang Upaya (OKU) menerima bantuan barangan permulaan perniagaan berjumlah RM2.63 juta menerusi program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) Teman 1Azam OKU. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, bantuan tersebut bagi membantu para OKU mengembangkan lagi perniagaan mereka dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kerajaan. Menurutnya, bantuan berupa peralatan perniagaan dan wang tunai itu diharap dapat meringankan beban OKU yang ingin meluaskan lagi perniagaan dalam pelbagai cabang termasuk mengusahakan kedai makan dan minuman. Jika kita beri bantuan RM300 sebulan, ia memang tidak mencukupi dan jika kita mahu tambah bantuan kepada RM500 kerajaan kena tambah peruntukan RM2.4 bilion. Sekarang ini kita beri joran untuk mereka pancing ikan dan bukannya dalam bentuk ikan sematamata kerana selain kementerian ini, Kementerian Sumber Manusia turut memberikan geran untuk membantu OKU memulakan perniagaan, katanya kepada pemberita di sini, hari ini Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur dan Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Datuk Hadzir Md. Zin. Menurut Shahrizat, bantuan tersebut mampu melonjakkan potensi OKU untuk meningkatkan taraf hidup mereka selain mengurangkan kebergantungan bantuan sara hidup bulanan kepada kerajaan. Credit Utusan Online

Published On: Tue, May 3rd, 2011 Perak Hari Ini | By ainzyda Kerajaan tidak sisih golongan OKU: Najib Share This

Tags

Satu lagi usaha kerajaan dalam memastikan rakyat di negara ini terus menikmati pembangunan dan kemajuan tanpa sedikitpun rasa disisihkan.

Sehubungan dengan itu, kerajaan pusat menerusi Bajet 2011 telah memperuntukkan lebih RM 218 juta khas untuk membantu golongan OKU di negara ini dalam usaha untuk memastikan mereka tidak terkecuali dari kemajuan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberitahu peruntukkan itu disalurkan khas bagi Program Bantuan Kurang Upaya dimana ia boleh dimanfaatkan lebih 80,000 golongan OKU di negara ini.

Katanya, kerajaan pusat sudah tentu prihatin dengan nasib-nasib golongan OKU justeru usaha-usaha awal perlu dilakukan termasuk langkah pencegahan dan mengenalpasti kecenderungan dari berlaku masalah kanak-kanak istimewa.

Kadang-kadang kita mesti faham disebabkan kealpaan yang sedikit, ia boleh membawa masalah kepada kanak-kanak terutamanya sehingga menyebabkan berlakunya penyakit-penyakit yang boleh dikategorikan sebagai istimewa.

Inilah yang dikatakan ilmu yang patut ada pada ibu bapa dimana mungkin disebabkan demam sedikit anak-anak kita akhirnya cacat di masa hadapan. tambah Najib dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Kempen Intervensi Awal Mencegah belakunya Kecacatan kepada kanak-kanak.

Menurut beliau lagi, kerajaan juga sedar akan kepentingan kempen intervensi awal yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta maklumat tepat mengenai isu yang mungkin kurang diberi perhatian. 8

Kita maklum bahawa intervensi awal adalah antara langkah berstruktur yang mampu membantu mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta memberikan sokongan terhadap keluarga. Malah tambah Najib, selaras dengan gagasan 1Malaysia, kerajaan sesekali tidak akan mengenepikan kemampuan dan kebolehan mana-mana bakat rakyat dari golongan OKU dan sekaligus akan mengoptimumkan potensi mereka. Selain itu katanya, kerajaan juga mengalu-alukan usaha Kementerian Kesihatan dalam melaksanakan kempen-kempen khas dalam mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami intervensi.

Sabtu Februari 02, 2008 "Kerajaan Berjiwa Rakyat" pentingkan kebajikan golongan OKU NIBONG TEBAL: Kerajaan hari ini, Jumaat mengumumkan peruntukan sebanyak RM80 juta untuk pengurusan dan aktiviti golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi menjaga kebajikan mereka. Mengumumkan demikian, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, melalui mesyuarat kabinet baru-baru ini, kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60.1 juta bagi program pengurusan OKU. Manakala RM20.9 juta lagi adalah peruntukan khas untuk aktiviti bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bagi kerja-kerja amal membantu OKU, kata beliau. Abdullah berkata, ini membuktikan bahawa Kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah "Kerajaan Berjiwa Rakyat" dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat terutamanya golongan OKU. Ketika melancarkan Program Semai Bakti Fasa Kedua anjuran bersama Badan Amal dan Kebajikan Isteriisteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, beliau berkata, ini merupakan sebahagian usaha kerajaan meringankan bebanan sara hidup rakyat. Abdullah berkata kerajaan berusaha meringankan kesusahan anggota keluarga yang mempunyai anak OKU dengan mengambil kira perbelanjaan harian mereka selain memberikan pelbagai subsidi termasuk harga minyak dan barangan keperluan lain. Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) itu adalah program untuk membantu OKU dan keluarga mereka dalam sesebuah kawasan. Abdullah berkata, disebabkan terlalu banyak subsidi, ada pihak yang mendakwa rakyat mempunyai mentaliti subsidi tetapi itulah cara kerajaan meringankan bebanan rakyat. Katanya, daripada peruntukan itu, kerajaan telah meningkatkan bantuan untuk sewa premis PDK iaitu daripada RM500 sebulan kepada RM3,000 sebulan manakala peruntukan utiliti sebanyak RM1,000 sebulan. Selain itu, kerajaan juga meningkatkan lagi peruntukan untuk aktiviti-aktiviti OKU daripada RM5,000 sebelum ini kepada RM30,000 manakala elaun khas kepada OKU ditambah daripada RM50 kepada RM150 sebulan. Bagi pekerja-pekerja di PDK pula, elaun mereka dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan selain mewujudkan elaun khas untuk penyelia PDK sebanyak RM1,200 sebulan. Setiap PDK juga diberikan peruntukan sebanyak RM50,000 (one off) bagi membeli peralatan pemulihan untuk kegunaan OKU dan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi membina bangunan PDK bagi kawasan-kawasan yang tidak ada premis tetap PDK. BERNAMA

10

Kerajaan Terus Bantu OKU 4 December 2011 112 views No Comment

KUALA LUMPUR, 4 Dis Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata usaha kerajaan bagi kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah terhenti, malah sentiasa dipertingkatkan supaya mereka menikmati kehidupan lebih selesa. Katanya, kerajaan serius membantu OKU supaya golongan itu dapat berdikari seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka kepada yang lebih baik. Bercakap dalam forum khas bertajuk Karisma OKU: Melonjak Potensi yang diadakan sempena sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan di Wisma Bernama, di sini, Shahrizat berkata RM24 juta diperuntukkan kerajaan kepada 11 institusi yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Selain itu, katanya, RM56 juta diperuntukkan pula kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merangkumi faedah kepada 18,943 OKU di seluruh negara. Forum tersebut yang disiarkan secara langsung melalui BernamaTV dari Wisma Bernama memberi peluang kepada lebih 200 OKU berinteraksi lebih sejam bersama Menteri itu yang menjadi salah seorang ahli panel. Seorang lagi ahli panel, Presiden Gabungan Persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar berkata walaupun negara semakin maju namum pandangan segelintir masyarakat mengenai keupayaan OKU masih rendah. OKU perlu diberi peluang yang sama, seperti orang lain ini kerana kami juga adalah rakyat yang sah. Sedih kerana sehingga kini tidak ramai OKU yang dapat memainkan peranan sepatutnya untuk golongan ini berdikari dan menjadi penyumbang produktiviti negara, katanya. Mah Hassan, seorang peguam, berkata banyak pihak masih tidak menyedari kepentingan dan peranan OKU kerana ada di kalangan mereka yang terus meminggirkan golongan berkenaan. Forum itu turut melibatkan Ahli Majlis Kebajikan OKU Anthony Arokia dan Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Mohamad Sazali Shaari. Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia Wan Zuraidah Abu, menjadi jurubahasa isyarat dalam forum. Terdahulu, Shahrizat menyampaikan sumbangan RM450,000 kepada 15 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) untuk menjayakan sambutan Hari OKU Peringkat Negeri Hadir sama di forum tersebut Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong. BERNAMA

11

ARKIB : 17/05/2011 2 Kerajaan komited pertingkat prasarana OKU KUALA LUMPUR 16 Mei - Kerajaan komited mempertingkatkan semua prasarana bagi keperluan orang kurang upaya (OKU) selaras dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang 2020. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ini termasuk menaik taraf kemudahan pengangkutan awam seperti stesen transit aliran ringan (LRT), stesen bas dan komuter agar lebih mesra OKU. Menurut beliau, untuk itu, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan perancangan tersebut berjalan lancar. "Mesyuarat hari ini telah membentangkan beberapa laporan dan saya berpuas hati dengan kemajuan dan perancangan yang dilakukan oleh beberapa anggota tetap. "Ini termasuk Kementerian Pengangkutan dalam menyediakan prasarana terutama pengangkutan awam untuk OKU bagi memastikan keselesaan mereka," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Orang Kurang Upaya (OKU), di sini hari ini. Majlis yang ditubuhkan di bawah Akta OKU itu dianggotai beberapa kementerian bertujuan menentukan dasar dan polisi untuk membantu golongan berkenaan. Sehingga kini, bilangan OKU yang mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah berjumlah 325,189 orang berbanding 283,512 tahun lepas. Shahrizat berkata, dalam memastikan masa depan golongan tersebut terjamin, pihaknya akan mewujudkan pasukan khas bagi meneliti secara terperinci isu yang menjadi halangan kepada kemajuan pendidikan khas dan intervensi awal yang akan diketuai Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur. Beliau berkata, pihaknya akan mengesyorkan kepada Kementerian Pelajaran langkah-langkah positif yang boleh diambil untuk membantu meningkatkan keupayaan golongan OKU bermula dari bangku sekolah. Malah, tegasnya, kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia bagi memastikan lebih ramai OKU diserapkan dalam alam pekerjaan memandangkan ada dalam kalangan mereka yang mempunyai potensi dan kelayakan akademik. "Bagaimanapun cabaran paling getir adalah untuk mengubah pemikiran majikan, keluarga dan OKU itu sendiri supaya lebih positif terhadap potensi mereka," katanya.

12

Sementara itu, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengangkutan, Mustapha Zainuddin berkata, pihaknya akan mengeluarkan pelekat yang mempunyai nombor siri sebagai pengenalan kepada kenderaan OKU bermula pertengahan Jun depan selain garis panduan reka bentuk bas yang lebih mesra OKU. Buat masa ini, pihaknya telah menaik taraf 100 bas selain 12 stesen komuter dan lima stesen LRT di sekitar Lembah Klang.

13

Usaha Kerajaan Bagi Kebajikan OKU Tidak Pernah Terhenti - Shahrizat Rakyat Didahulukan | Rakyat Didahulukan Written by Raja on Sunday, 04 December 2011 17:43

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata usaha kerajaan bagi kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) tidak pernah terhenti, malah sentiasa dipertingkatkan supaya mereka menikmati kehidupan lebih selesa. Katanya, kerajaan serius membantu OKU supaya golongan itu dapat berdikari seterusnya meningkatkan taraf hidup mereka kepada yang lebih baik. Bercakap dalam forum khas bertajuk 'Karisma OKU: Melonjak Potensi' yang diadakan sempena sambutan Hari OKU peringkat Kebangsaan di Wisma Bernama, di sini, Shahrizat berkata RM24 juta diperuntukkan kerajaan kepada 11 institusi yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU. Selain itu, katanya, RM56 juta diperuntukkan pula kepada Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merangkumi faedah kepada 18,943 OKU di seluruh negara. Forum tersebut yang disiarkan secara langsung melalui BernamaTV dari Wisma Bernama memberi peluang kepada lebih 200 OKU berinteraksi lebih sejam bersama Menteri itu yang menjadi salah seorang ahli panel. Seorang lagi ahli panel, Presiden Gabungan Persatuan Orang Kurang Upaya Malaysia, Datuk Mah Hassan Omar berkata walaupun negara semakin maju namum pandangan segelintir masyarakat mengenai keupayaan OKU masih rendah. "OKU perlu diberi peluang yang sama, seperti orang lain ini kerana kami juga adalah rakyat yang sah. "Sedih kerana sehingga kini tidak ramai OKU yang dapat memainkan peranan sepatutnya untuk golongan ini berdikari dan menjadi penyumbang produktiviti negara," katanya. Mah Hassan, seorang peguam, berkata banyak pihak masih tidak menyedari kepentingan dan peranan OKU kerana ada di kalangan mereka yang terus meminggirkan golongan berkenaan. Forum itu turut melibatkan Ahli Majlis Kebajikan OKU Anthony Arokia dan Presiden Persatuan Orang Pekak Malaysia Mohamad Sazali Sha'ari. Presiden Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia Wan Zuraidah Abu, menjadi jurubahasa isyarat dalam forum. Terdahulu, Shahrizat menyampaikan sumbangan RM450,000 kepada 15 Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) untuk menjayakan sambutan Hari OKU Peringkat Negeri.

14

Hadir sama di forum tersebut Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong.

- BERNAMA

15

Keistimewaan dan Kemudahan Kepada Golongan Orang Kurang Upaya (1/1) mutiara: Sukan Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan. Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan. Kemudahan Pendidikan Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanakkanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan. Kemudahan Akses di Bangunan Awam Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah ram dan railings, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

16

Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya; Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995

Kemudahan Pengangkutan Awam Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 50% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.

Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan. Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya. Kemudahan Peluang Pekerjaan Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya. Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta. 17

Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah ) Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu. Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:*Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya; *Kad Pengenalan; *Lesen Memandu yang sah; * Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll. Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-

*Lesen memandu - pihak kedua; *Kad Pengenalan - pihak kedua; *Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua; *Kad Pengenalan; *Kad Pengenalan OKU; * Maklumat Kenderaan Model, No.Enjin, No.Chasis dll. Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya. Pencen Terbitan Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.

18

Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.

Kemudahan Geran Pelancaran Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000 Sumbangan Kepada Program-Program OKU Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara. Kemudahan Telekom Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:*Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya. *Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj *Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma. Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.

19

Takaful Malaysia Berhad

Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-

*Kemalangan; * Kematian - urusan pengkebumian; * Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit; * Keilapan Kekal akibat kemalangan; * Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan Syarat-syarat permohonan: *Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat; *Berdaftar dengan mana-mana persatuan. mutiara: 1. Pengecualian Cukai Jalan. OKU Fizikal. Kereta,van, motosikal buatan tempatan sahaja Kementerian Pengangkutan Jabatan Pengangkutan Jalan 2. Kemudahan pengangkutan awam * Tambang konsesi * MAS 50% penerbangan domestik * KTM 50% bagi semua kelas * Transnasional 50% Kementerian Pengangkutan/ Syarikat Prasarana Negara 3. Program Pendidikan Khas - Kem. Pelajaran/Jab. Pendidikan Khas 4. Program Pendidikan Integrasi - Kementerian Pelajaran 5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar Sekolah Rendah dan Menengah - Kementerian Pelajaran

20

6. Elaun RM300.00 sebulan kepada pelajar IPTA - Kementerian Pengajian Tinggi 7. Kod amalan akses bagi OKU:* Bangunan baru wajib ada ram dan railings * Laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda * Lif khas dengan rekabentuk yang sesuai * Tempat letak kereta,tandas khas dan sebagainya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan/ Majlis Kerajaan Tempatan 8. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan. * Pelepasan cukai berganda kepada majikan yang melatih dan mengambil pekerja OKU * Pelepasan cukai sebanyak RM 5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU yang berusia dibawah 18 tahun * Pelepasan cukai sehingga RM 5000 bagi membeli alat-alat khas untuk kegunaan sendiri,anak atau ibubapa OKU. * Mulai 2005 pelepasan cukai diri sebanyak RM 6000 kepada OKU dan kepada pasangan OKU dari RM 3000 kepada RM 3500. Kementerian Kewangan/ Lembaga Hasil 9. Kadar sewa rumah yang rendah DBKL 10. Potongan harga 20 % pembelian rumah Syarikat Perumahan Negara 11. Pengecualian bayaran rawatan perubatan : * Bayaran wad kelas 3 * Bayaran pakar * Bayaran ubat *Hanya hospital kerajaan Kementerian Kesihatan 12. Pengecualian Bayaran dokumen perjalanan * Pasport Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri/Jabatan Imigresen 21

13. Kemudahan peluang pekerjaan * Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 * Pekeliling Perkhidmatan Bil 3/2008 : dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya * Perkhidmatan pendaftaran pekerjaan secara online Kementerian Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja 14. Geran galakan perniagaan OKU * Telah berniaga * Usia 18 tahun keatas * Individu dan berkelompok * Geran berbentuk one-off Kem. Sumber Manusia/Jabatan Tenaga Kerja

15. Pengecualian duti impot alat ganti alat tiruan/sokongan - Kementerian Kewangan 16. Pengecualian 50% duti eksais kenderaan OKU * OKU Fizikal sahaja * Ada lesen memandu yang khas * Kereta nasional sahaja * Tidak boleh pindah milik atau jual selama 10 tahun kecuali dengan kebenaran Kem. Kewangan * Sebuah kereta setiap 10 tahun Kementerian Kewangan 17. Pencen terbitan * Anak penjawat awam yang telah meninggal dunia JPA Bahagian Pencen 18. Waktu berkerja anjal * Kemudahan kepada kakitangan awam untuk menguruskan kebajikan dan keperluan anak OKU Jabatan Perkhidmatan Awam 19. Kemudahan Telekom 22

* Bayaran sewa bulanan dikecualikan * Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj * Panggilan menunggu atau pindahan secara percuma * 19 tahun keatas,atas nama sendiri * Bawah 18 tahun atas nama keluarga * Celcom-pengecualian bayaran sewa bulanan

Kem. Tenaga, Air dan Komunikasi/Telekom Malaysia

20. 50% potongan yuran pengajian Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

21. Bantuan Am -

Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat

22. Elaun Pekerja Cacat 23. Geran Pelancaran -

24. Bantuan alat tiruan/sokongan - Jabatan Kebajikan Masyarakat 25. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti - Jabatan Kebajikan Masyarakat 26. Institusi Penjagaan dan Pemulihan JKMM - Jabatan Kebajikan Masyarakat 27. Bengkel Terlindung Jabatan Kebajikan Masyarakat

28. Pendaftaran dan pengeluaran kad kenal diri OKU - Jabatan Kebajikan Masyarakat 29. Khidmat nasihat dan kaunseling - Jabatan Kebajikan Masyarakat 30. Bantuan bagi OKU yang Tidak Berupaya (BTB) akan mendapat bantuan kewangan RM150.00 Sebulan - Jabatan Kebajikan Masyarakat 31. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPOKUT) akan mendapat bantuan kewangan sebanyak RM300.00 sebulan - Jabatan Kebajikan Masyarakat 32. Pengecualian bayaran :* Bayaran membuat MyKad * Bayaran carian daftar kelahiran dan kematian Jabatan Pendaftaran Negara

23

Sumber maklumat : http://www.jkmnj.gov.my/utama/index.php?option=com_content&view=article&id=63%3Akeistime waan-oku&catid=1%3Alatest-news&Itemid=66

24