Anda di halaman 1dari 12

KOMUNIKASI BERKESAN DALAM KELAS oleh Fi McGarry Proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) banyak melibatkan proses komunikasi.

Proses P&P bukan sahaja bermatlamatkan menjadikan pelajar berilmu pengetahuan tetapi juga pembentukan sahsiah diri mereka dengan menerapkan kemahiran-kemahiran yang berguna. Dalam konteks sekolah, berkomunikasi ialah proses bagaimana guru berkongsi pengalaman dengan murid-muridnya dan begitu juga sebaliknya. Apabila guru

menyampaikan pengetahuan dan pengalaman kepada anak muridnya, ia dinamakan berkomunikasi (Abdullah dan Ainon, 1999). Dalam proses guru dan murid-murid bertukartukar pengalaman dan pengetahuan, mereka mencipta makna antara satu sama lain. Jika seseorang itu ingin menjadi guru yang berkesan, popular dan disukai ramai pelajar, salah satu kemahiran yang mesti ada pada diri guru itu ialah kemahiran berkomunikasi. Ramai orang fasih dan petah bercakap. Ramai orang menyangka asal mereka pandai bercakap, mereka tentu sudah berkomunikasi. Ini tidak benar. Bercakap adalah sejenis bakat. Tetapi komunikasi bukan setakat bercakap.

Proses komunikasi ini tidak terikat dalam bentuk sehala sahaja dan lebih menarik jika proses P&P dijalankan secara komunikasi dua hala di dalam bilik penyampaian ilmu. Maklumat yang dinyatakan oleh Fi McGarry pada slaid persembahannya, beliau membuat persoalannya yang pertama, iaitu apa itu sebenarnya yang dimaksudkan dengan communication skills. Apakah terma asas yang membolehkan berlakunya komunikasi dua hala itu. Kemahiran berkomunikasi seperti yang diketahui melibatkan dua keadaan, dimana pihak penerima dan pihak pemindah maklumat itu sendiri.

Jika kita mengaitkan dengan situasi yang berlaku di dalam bilik kuliah atau kelas guru juga bertindak sebagai penyampai dan pelajar pula bertindak sebagai penerima. Ini bergantung kepada proses interaksi yang dicorakkan oleh mereka. Ee (1999) yang menyatakan komunikasi memainkan peranan yang amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah kepentingannya dalam pendidikan juga turut diakui oleh Mok (2000) yang menyatakan proses komunikasi berlaku dalam hampir segala jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru mempunyai matlamat agar maklumat yang disampaikan itu akan membantu pelajar mendalami ilmu yang diajarnya. Guru yang tidak mempunyai kebolehan dalam berkomunikasi secara berkesan tidak berupaya mewujudkan pengajaran atau pembelajaran yang berkesan seterusnya akan sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Demi menjamin keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran guru hendaklah mengambil inisiatif sendiri sama ada berlatih, mendalaminya dan seterusya menguasai kemahiran ini dengan sempurna. Persoalan kedua yang dikemukakan beliau pula adalah with whom komunikasi berlaku. Proses P&P di sekolah melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi sama ada dengan pihak pentadbiran, rakan sejawat seperti guru pembantu kelas, pelawat dan yang paling utamanya adalah interaksi antara guru dan pelajar. Komunikasi di antara guru dan pelajar kemudianya seterusnya akan berlaku pemindahan komunikasi kepada ibu bapa itu sendiri. Walaubagaimanapun bahan yang telah diterbitkan sebagai ulasan ini melibatkan penumpuan kepada pemahaman konseptual yang lebih mendalam kepada komunikasi yang berlaku di dalam kelas. Komunikasi yang berlaku di dalam kelas ini pula melibatkan tenaga pengajar ataupun guru dan pelajar itu sendiri.

Pemindahan maklumat yang berlaku dalam komunikasi yang berkesan dipengaruhi oleh tahap keberkesanan cara berkomunikasi itu sendiri. Daripada maklumat yang diperolehi, keberkesanan komunikasi dipengaruhi oleh body language ketika komunikasi berlaku, iaitu sebanyak 55%. Seterusnya diikuti oleh intonasi atau nada suara yang digunakan, iaitu sebanyak 38% dan semestinya penggunaan perbendaharaaan kata yang sesuai iaitu mewakili sebanyak 7%.

Percaya atau tidak, inilah keadaan yang sebenarnya yang berlaku untuk kita menilai keberkesanan sesuatu komunikasi itu. JIka dilihat dari segi proses pembelajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas, komunikasi tanpa lisan juga memainkan peranan yang penting. Menurut kajian yang dilakukan oleh Birdwhistle (1955 dalam Mohd Safiie et al, 2008) menyatakan lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya adalah komunikasi lisan berlaku. Sebagai tambahan, terdapat banyak lagi kajian yang telah dijalankan bagi menyokong penyataan atau maklumat ini. Antaranya, Harrison (1974 dalam Che Su dan Mohd Foad 1993) menyebut bahawa 93 peratus makna yang disampaikan melalui komunikasi adalah bersifat tanpa lisan dan yang selebihnya adalah komunikasi lisan.

Jika dilihat pada kesemua peratus yang telah diberikan, dapat dirumuskan disini bahawa terbuktilah, cara pergerakan badan, ataupun perwatakan yang di bawa oleh seseorang itu mempengaruhi keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang diluar daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza maknanya mengikut budaya bangsa. 2

Dari segi penggunaan nada suara pula, keberkesananan sesuatu komunikasi itu juga memainkan peranan yang penting. Penggunaan tempo nada suara yang bersesuaian gengan kedaaan ataupun situasi menjadikan komunikasi serta maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima dengan jelas oleh pihak yang satu lagi. Apabila dikaitkan dengan suasana ataupun situasi seseorang guru ketika di dalam kelas, penggunaan nada suara yang diaplikasikan oleh guru adalah berbeza-beza mengikut kelas yang berlainanan.

Nada suara ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlaku perlulah dilakukan dengan kreatif. Apabila sampai kepada bahagian sesuatu pengajaran yang memerlukan kepada pemahaman yang lebih, penggunaan nada suara yang lebih kreatif lebih diperlukan. Nada suara juara seorang guru juga berubah apabila marah. Keadaan ini seterusnya akan menjadikan murid lebih paham dan peka kepada perkara-perkara yang cuba disampaikan oleh guru ketika di dalam kelas. Penggunaan nada suara ini juga bukan sahaja tertumpu kepada guru semata-mata, tetapi juga boleh melibatkan pelajar-pelajar itu sendiri. Ini boleh dilakukan apabila guru melibatkan pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan perwatakan.

Perkara seterusnya dalam komunikasi berkesan di dalam kelas adalah maklum balas. Perkara yang dititikberatkan dalam memastikan komunikasi yang berlaku mendapat maklum balas yang baik ataupun berkesan, jenis komunikasi yang digunakan perlulah di ambil kira. Apakah jenis komunikasi yang digunakan? Apa yang kita dengar dan faham dengan apa yang kita cuba sampaikan?. Pendekatan yang sesuai yang digunakan ketika berlakunya komunikasi terutamanya ketika melibatkan komunikasi secara dua hala adalah amat penting.

Apabila pemindahan maklumat telah berlaku, sekiranya terdapat maklum balas secara terus ini menunjukkan bahawa komunikasi yang berlaku adalah amat berkesan sekali. Komunikasi secara dua hala yang berlaku di dalam kelas merupakan keadaan yang boleh kita jadikan sebagai panduan dalam memastikan keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Maklum bals boleh diberi atau didapati melalui berbagai kaedah antaranya adalah mengemukakan soalan-soalan samaada daripada pihak penerima ataupun pihak

penghantar. Maklumbals yang diterima juga boleh dikesan apabila berlakunya reaksi-reaksi bukan lisan, sebagai contoh si penerima menganggukkan kepalanya.

Perkara lain yang perlu juga diambil kira dalam proses komunikasi berkesan ini adalah, gangguan-ganguan atau penghalang yang mengurangkan keberkesanan

komunikasi itu berlaku. Situasi yang terlibat ketika berlakunya sesuatu komunikasi akan memberi kesan dari segi positif dan negatif kepada emosi pihak yang terlibat dalam sesuatu komunikasi itu. Sekiranya guru yang berada di dalam kelas telah dipengaruhi oleh emosi yang negatif, seluruh gaya komunikasi terhadap pelajar juga akan berubah. Nada suara dan maklumat yang akan disampaikan adalah tidak berkesan.

Pemindahan emosi yang berlaku ketika komunikasi ini juga dapat dirasai oleh pihak penerima itu sendiri, iaitu pelajar-pelajar. Walaubagaimanapun, keadaan yang memberikan emosi yang positif kepada guru dipercayai lebih memberikan pemahaman kepada pelajar di dalam kelas tersebut. Keadaan emosi ini sememangnya memberikan perubahan kepada suasana kelas itu sendiri. Apabila emosi yang positif diterapkan bersama dengan sesi pembelajaran dan pembelajaran, kelas akan menjadi lebih ceria dan seterusnya akan menceriakan suasana di dalam kelas tersebut.

Semasa berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru memainkan peranan yang penting dalam mengawal keberkesanan komunikasi di dalam kelas. Antara yang menjadi penghalang pada kekurangan keberkesanan komunikasi tersebut adalah keyakinan dan semangat pada guru itu sendiri. Perlu diingat bahawa penampilan yang dimiliki oleh guru ketika menyampaikan pengajaran dan pembelajaran perlulah bersifat penuh yakin untuk berhadapan dengan pelajar. Komunikasi yang berlaku di dalam kelas

Halangan ataupun gangguan yang dibincangkan secara keseluruhanya adalah lebih kepada gangguan dalaman bagi guru ketiaka berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas. Secara umumnya gangguan boleh dikelaskan kepada dua jenis gangguan iaitu gangguan dalaman dan gangguan luaran.

Pengalaman bekerja dan kemahiran yang terdapat pada seseorang guru juga menjadi salah satu daripada sebab tahap keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Seperti yang diketahui guru yang sudah mempunyai pengalaman yang banyak dapat mengawal kelas dan proses pembelajaran dan pengajaran dengan sempurna. Walaubagaimanapun menurut kajian yang dilakukan oleh Safiee et. al (2008), keberkesanan komunikasi di kalangan guru dari segi pengalaman kerja adalah tidak mempengaruhi. Tidak diambil kira samaada guru itu baru atau lama, keberkesanan komunikasi tidak dipengaruhi oleh pengalaman kerja itu sendiri. Ini kerana guru yang baru pada hari ini telah didedahkan 4

dengan kaedah dan kemahiran yang betul dalam komunikasi ketika menuntut di maktab perguruan serta institusi pendidikan yang lain.

Dalam mewujudkan keberkesanan komunikasi di dalam kelas, perkara yang perlu dielakkan ketika komunikasi berlaku adalah sindiran. Sindiran yang berlaku ini biasanya adalah dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar. Menurut Zaba (1965) orang yang menyindir itu akan menggunakan bahasa yang umum sifatnya ataupun menggunakan perkataan yang tidak lengkap semasa berkomunikasi. Dalam konteks suasana komunikasi di dalam kelas bahasa sindiran yang dilafazkan oleh guru perlulah dielakkan kerana ini akan memberikan impak yang negatif kepada seseorang pelajar itu sekaligus memberi kesan kepada seluruh kelas. Penerimaan bahasa sindiran yang dikeluarkan oleh guru semasa berkomunikasi dengan pelajar adalah berbeza-beza. Setiap individu didalam kelas itu memiliki konsep pemahaman dan hati budi yang berlainan. Walaupun sindiran yang dikemukakan oleh guru itu hanyalah sebagai suka-suka, tetapi cara penerimaan sindiran kepada pelajar mungkin berbeza dan seterusnya menyebabkan berlakunya maklum balas yang negatif terhadap proses pengajaran tersebut.

Suasana komunikasi yang berkesan sememangnya memerlukan kepada suasana yang ceria dan tenang agar maklumat yang akan disampaikan dapat diterima dengan sempurna oleh pihak penerima. Keadaan berkomunikasi dalam emosi yang marah akan mengurangkan keberkesanan sesuatu komunikasi itu seterusnya mendorong kepada perlakuan yang negatif terhadap komunikasi itu sendiri. Penyampaian proses pembelajaran dan pengajaran dalam keadaan yang marah merumitkan suasana kedua belah pihak pengantar dan penerima maklumat. Ketika berlakunya proses pembelajaran dan pengajaran didalam kelas, guru perlulah mengelakkan emosi marah menguasai diri kerana ini akan

memberi maklum balas yang negatif terhadap kelas anda.

Seperti yang diketahui, mana ada guru yang tidak pernah marah terhadap pelajarnya di dalam kelas terutama kepada pelajar yang selalu menimbulkan masalah. Kesan kemarahan itu sebenarnya bukan saja dirasai oleh pelajar yang dimarahi, tetapi juga kepada pelajar-pelajar yang lain. Mood yang dimiliki oleh pelajar lain seterusnya akan terganggu disebabkan situasi marah telah mengambil alih komunikasi di dalam kelas.

Memperkecilkan seseorang pelajar juga antara perkara yang akan memberi tanggapan yang negatif terhadap keberkesanan komunikasi di dalam kelas. Memperkecilkan seseorang pelajar ketika di dalam kelas akan memberikan kesan dalaman kepada emosi dan motivasi pelajar itu. Memperkecilkan orang juga boleh dikaitkan dengan menyebut 5

tentang kelemahan yang dimiliki oleh sesorang itu. Kelemahan yang dimiliki oleh pelajar adalah tidak sepatutnya diejek-ejek di dalam kelas. Semasa berkomunikasi, guru mestilah memastikan bahawa tidak terdapat ayat atau perkataan yang boleh memperkecilkan seseorang pelajar

Komunikasi yang berkesan semasa proses pembelajaran dan pengajaran adalah membawa kepada keberkesanan penyampaian sesuatu maklumat yang disampaikan oleh guru kepada pelajarnya. Tanggapan awal guru terhadap bagaimana kemampuan yang dimilki oleh pelajar di dalam kelas yang diajarnya adalah sesuatu yang asas sebelum bermulanya proses pembelajaran dan pengajaran. Komunikasi yang ditampilkan dengan tanggapan yang negatif akan memberikan impak yang negatif terhadap keberkesanan sesuatu komunikasi itu. Oleh itu, guru perlulah mencari kaedah yang sesuai bagi mengelakkan daripada wujudnya tanggapan yang sebegini. Di dalam konteks pembelajaran dan pengajaran keadaan yang dinyatakan seperti ini biasanya berlaku pada golongan pelajar yang kurang berkebolehan dalam akedamik ataupun lebih jelas lagi pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran. Tanggapan negatif terhadap golongan pelajar seperti ini akan memberi kesan negatif terhadap proses P&P itu sendiri.

Tingkah laku yang mendorong kepada kelakuan yang positif semasa komunikasi berlaku adalah pujian. Pujian yang diberikan kepada sesorang pelajar itu akan menaikkan motivasi diri pelajar tersebut. Pujian yang sesuai dengan keadaan dan subjek akan merangsang motivasi dalam seseorang pelajar itu. Motivasi ialah penggerak kepada kemahuan dan keinginan hendak berjaya ataupun hendak mencapai sesuatu. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rangsangan untuk kejayaan seseorang ataupun rangsangan hendak mengelakkan diri daripada kegagalan. Orang yang mempunyai motivasi bererti dia sudah memperoleh kekuatan bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup sama ada di dunia ataupun akhirat ataupun keduanya sekali.

Ahli psikologi memfokuskan pada tiga persoalan asas mengenai motivasi iaitu, apakah yang menyebabkan seseorang memulakan satu tingkah laku?, Apakah yang menyebabkan seseorang bergerak ke arah matlamat atau impian?, Apakah yang menyebabkan seseorang tabah dan berkeras hendak mencapai impian itu? Motivasi

berasal daripada perkataan Inggeris iaitu motivation yang bermakna bersemangat. Motivasi adalah sesuatu yang ada (ataupun tiada) dalam diri dan minda yang akan menentukan kejayaan ataupun kegagalan dalam apa jua perkara yang dilakukan. Wikipedia mendefinisikan motivasi sebagai suatu proses untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku supaya dapat mencapai matlamat-matlamat yang tertentu. Menurut Kimble, et al(1984) 6

motivasi adalah proses yang terjadi dalam diri yang menciptakan tujuan dan memberikan tenaga bagi tingkahlaku seseorang iaitu daya penggerak yang ada di dalam diri seseorang untuk melakukan aktiviti-aktiviti tertentu demi mencapai suatu tujuan.

Walaubagaimanapun guru perlulah peka dengan jenis pujian yang akan dilemparkan kepada murid terbabit. Kaedah atau teknik yang boleh diaplikasikan oleh guru adalah memastikan bahawa pujian itu bersifat khusus atau spesifik. Contohnya, seorang cikgu mengungkapkan kata-kata ini kepada anak muridnya yang telah mencapai peningkatan markah ujian walaupun dengan peningkatan sedikit saja seperti Cikgu amat bangga dengan pencapaian ujian kamu kali ini, teruskan pencapaian seperti ini pada masa hadapan, tahniah sekali lagi. Bayangkan, bagaimana perasaan murid ketika itu!. Sambil mengeluarkan kata-kata itu, cikgu tersebut mungkin ada baiknya menepuk-nepuk bahu anak muridnya dengan penuh ikhlas. Cuma perlu diingat bahawa kaedah ini lebih sesuai untuk guru lelaki untuk murid lelaki, guru perempuan untuk murid perempuan.

Pujian juga boleh dilakukan dalam bentuk tulisan. Contohnya, ketika penyerahan markah ujian, guru menulis dalam kertas jawapan ujian murid dengan kata-kata pujian atas pencapaian murid dalam ujian tersebut. Kata-kata pujian yang teratur dan singkat seperti Cikgu bangga atas pencapaian di luar dugaan ini. Teruskan usaha ke arah kecemerlangan atau Cikgu dari dulu lagi yakin bahawa kamu boleh buat yang terbaik, tahniah Ahmad! ataupun Pencapaian yang bagus, tahniah Ahmad, kamu adalah salah seorang harapan Cikgu!. Bayangkan, bagaimana perasaan murid ketika membaca kata-kata KERAMAT yang tertera di kertas itu!. Kaedah ini dirasakan amat berkesan untuk merangsang dengan cepat motivasi seorang murid atau anak untuk melakukan tindakan-tindakan positif seterusnya.

Berilah pujian yang biasa dan tidak melebih-lebih. Yang penting pujian itu adalah pujian BERKUALITI. Bagi sekolah rendah, pujian itu seharusnya diikuti dengan pelukan guru kepada pelajarnya. Guru perempuanlah yang sesuai mengambil pendekatan ini kepada murid-muridnya. Bagi guru lelaki pula, pujian yang disertakan senyuman ikhlas tanda rasa bangga terhadap pencapaian murid itu lebih sesuai digunakan. Bayangkan bagaimana perasaan murid ketika menerima pujian, sentuhan dan senyuman ikhlas dari seorang cikgu! Siapa tahu, pujian dan sentuhan ini akan tersemat dalam ingatannya semumur hidup. Pujian yang diberikan seharusnya diberikan secepat mungkin sebaik suatu kejayaan atau kebaikan dilakukan oleh murid itu. Kaedah ini lebih cepat merangsang sikap dan peribadi seorang murid berbanding pujian yang diberikan setelah beberapa hari atau minggu dari waktu susuatu kebaikan itu dilakukan murid. Inilah yang dikatakan instant atau on the 7

spot. Jadi, nak beri pujian kepada murid, biarlah kejayaan murid tersebut masih terasa PANASNYA. Pujian dalam bentuk sindiran perlu dielakkan. Contohnya Ahmad bukanlah pandai sangat tapi kali ini Ahmad mendapat markah yang baik. Mungkin Ahmad bernasib baik kali ini. Tahniah untuk awak!. Kata-kata ini kelihatan seperti memuji tetapi pujian tersebut kelihatannya menyindir dan tidak memperlihatkan kejujuran guru ketika mengiktiraf pencapaian muridnya. Keadaan ini boleh mendatangkan kesan negatif kepada murid apabila beranggapan bahawa guru itu bersifat negatif atau memandang rendah terhadap kemampuannya. Boleh jadi murid itu akan bertambah keliru dengan status kedudukannya. Ia mungkin keliru kerana tidak pasti samada dirinya berpontensi untuk maju atau tidak kerana kata-kata cikgunya tadi memberi persepsi bahawa pencapaiannya itu hanyalah secara kebetulan sahaja.

Penggunaan bahasa yang sesuai ketika komunikasi berlaku di dalam kelas juga memainkan peranan yang penting dalam menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran berlaku dengan berkesan. Pemilihan bahasa yang berbentuk kekitaan dan pengguanaan bahsa pilihan perlu diambilkira. Tanggungjwab penggunaan bahasa yang sesuai ini adalah terletak pada bahu guru itu sendiri. Bagamana seorang guru itu boelh menangani situasi pengguaan bahasa yang sesuai dalam memsatikan komunikasinya dengan pelajar adalah lebih berkesan. Penggunaan bahasa kekitaan dan bahasa pilihan yang sesuai akan menjadikan komunikasi yang berlaku di dalam kelas itu lebih berkesan.

Perkara lain yang paling memberi kesan positif terhadap sesuatu komunikasi ketika proses pembelajaran dan pengajaran adalah, eye contact diantara guru dan pelajar. Teknik komunikasi yang sebegini dapat ditafsirkan sebagai pertentangan dua mata antara dua individu. Dalam hubungan sosial manusia pertentangan mata merupakan satu jenis komunikasi secara tidak lisan dan dipercayai merupakan pengaruh yang besar terhadap tingkah laku manusia dalam hubungan sosial. Terdapat beberapa sebab yang menjadikan eye contact ini penting dalam komunikasi. Dalam konteks komunikasi di dalam kelas antaranya adalah menunjukkan bahawa wujudnya kemahiran mendengar yang baik. Pelajar yang memilki tentangan mata yang dapat membuktikan bahawa dia faham dengan maklumat yang cuba disampaikan.

Antara cara lain komunikasi di antara guru dan pelajar adalah melalui komunikasi pergerakan badan yang sama. Ini boleh dihasilkan dengan mewujudkan tentangan mata yang baik. Apabila dua pihak mula untuk meniru aksi yang sama, sebagai contoh apabila 8

guru mengangkat tangan bersama dengan pelajar. Pergerakan yang telah dihasilkan telah berjaya membuktikan keberkesanan komunikasi itu sendiri. Pertentangan mata yang berlaku di dalam kelas juga menunjukkan wujudnya kepercayaan diantara guru dan pelajar. Guru perlu mengelakkan daripada mengubah arah pandangan terhadap pelajar secara tiba-tiba ini kerana tindakan ini akan memberikan tanggapan yang lain kepada pelajar itu sendiri. Bertentangan mata juga menunjukkan bahawa guru dan pelajar menghormati satu sama lain. Jika kedua-dua anda akan mengambil masa yang tertentu untuk pertembungan anak mata, ia juga menunjukkan bahawa kamu berdua menghormati antara satu sama lain cukup untuk melihat hak ke dalam mata masing-masing dan telah dipilih memfokus kepada kamu berbanding orang lain atau sering terganggu dengan sesuatu yang mereka perlu menghadiri kepada yang lebih penting daripada anda.

Mencari diri dalam mata juga menunjukkan bahawa pelajar mempunyai keyakinan pada diri sendiri, percaya pada diri sendiri dan mempunyai jati diri yang tinggi. Jika mereka merasakan bahawa perkara sebegini dalam diri guru, maka kemungkinan mereka akan percaya anda yakin pada diri sendiri kerana guru yang sepadan pandangan mereka juga.

Tentangan mata adalah hanyalah sebahagian daripada komunikasi, tetapi ia mempunyai tujuan yang pelbagai yang akan meningkatkan keupayaan anda untuk mendalami, seterusnya menghormati dan perbualan dengan orang lain sebagai ia menetapkan pentas untuk bagaimana anda berdua akan mentafsir komunikasi masingmasing dan badanbahasa.

Perlakuan komunikasi bukan lisan yang lain yang dapat diamalkan dalam memperolehi komunikasi yang berkesan terhadap pelajar adalah ekpresi muka guru serta pelajar. Gerak isyarat yang dihasilkan oleh badan akan memberikan impak yang hebat terhadap keberkesanan komunikasi di dalam kelas. Apabila masalah timbul ketika komunikasi berlaku, guru dinasihatkan untuk menenangakn diri dan jangan mudah gelabah dengan situasi yang dihadapi. Guru mestilah bijak dalam mengawal emosi dan tingkah laku dengan cara menunjukkan reaksi muka yang tenang. Sekiranya wujud masalah yang ditimbulkan oleh pelajar secara individu, guru dinasihatkan untuk tidak melepaskan emosi marah secara terbuka kepada keseluruhan kelas. Guru perlulah bersifat profesional dengan bercakap secara terus kepada pelajar yang mempunyai masalah itu. Perlu diingat guru mestilah bercakap secara peribadi kepada pelajar terbabit. Semasa proses komunikasi berlaku diantara pelajar terbabit eye contact perlulah diwujudkan dan sebutkan nama pelajar terbabit dengan jelas. Guru juga perlulah 9

memperbanyakkan arahan yang bersifat postif berbanding arahan yang bersifat negatif. Pelajar yang degil atau banyak menimbulkan masalah perlulah diterapkan dengan arahan yang positif agar Komunikasi bukanlah sesuatu yang mudah, terutama apabila guru bekerja dengan pelajar yang degil. Penggunaan kaedah komunikasi yang betul dapat menangani masalah untuk berkomunikasi dengan pelajar yang degil. Seseorang guru itu boleh memaksimakan peluang untuk berkomuniksai dengan berkesan sekiranya pertama, guru dapat mengelak sesuatu yang tidak kena di antara perkataan dan isyarat bukan lisan. Pelajar cepat untuk mengesan apabila bahasa badan penceramah dan nada suara menyampaikan mesej yang berbeza daripada atau perkataan. Jika pelajar membaca isyarat bukan lisan anda sebagai menghormati atau konfrontasi, konflik boleh berlaku dikalangan pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, jika seorang guru bercakap sopan kepada pelajar, tetapi mempunyai penumbuk tergenggam dan menggunakan nada yang menyindir, bahawa pelajar mungkin menolak kata-kata pengajar dan memfokus pada isyarat bukan lisan. Pastikan yang guru sampaikan mestilah mempunyai keikhlasan dengan memadankan mesej lisan anda dengan isyarat bukan lisan anda. Kedua, Mengambil masa untuk merancang tindak balas anda sebelum bertindak balas terhadap tingkah laku murid atau kenyataan provokatif. Ia adalah mudah untuk bertindak balas tanpa memikirkan apabila seorang pelajar membuat komen atau terlibat dalam tingkah laku yang bersalahan atau mengganggunya anda. Jika anda membiarkan kemarahan mengambil alih, dan berkata tanpa berpikir perkara pertama yang datang ke fikiran, anda mungkin akan membuat "ucapan terbesar yang pernah anda akan hidup untuk menyesal" (Thompson, 1993, ms. 32). Sambutan marah seorang guru boleh memuncak salah laku pelajar, menyebabkan perebutan kuasa yang berada di luar kawalan. Apabila berlakunay provokasi, keadaan ini akan mengambil pemikiran anda dan guru perlulah berfikir untuk bertindak secara berpatutan, profesional sebelum anda mengambil tindakan. Jangan sesekali terjebak ke dalam kancah perbincangan atau perdebatan dengan pelajar (Walker & Walker, 1991). Sesetengah pelajar adalah sangat mahir mengheret guru ke dalam perbincangan atau hujah-hujah yang bertukar menjadi peralihan kuasa. Apabila anda perlu menghantar arahan kepada, menghadapi, atau disiplin pelajar yang berdegil atau konfrontasi, berhati-hati untuk tidak mendapat 'bercangkuk' ke dalam perbincangan atau perdebatan dengan pelajar itu. Jika anda mendapati diri anda terjebak di dalam pertukaran dengan pelajar (contohnya, meningkatkan suara anda, menegur pelajar), serta-merta menggunakan strategi untuk melepaskan diri anda (misalnya, dengan bergerak dari pelajar, 10

mengulangi permintaan anda dalam nada tertentu, mengenakan akibat yang ditetapkan terlebih dahulu untuk ketidakpatuhan). Jangan cuba untuk memaksa pelajar untuk mematuhi. Ia adalah satu kesilapan untuk menggunakan tekanan sosial (contohnya, celaan, cuba untuk menundukkan pandangan seseorang pelajar, berdiri atas mereka) atau kuasa fizikal untuk membuat seorang pelajar konfrontasi mematuhi permintaan (Walker & Walker, 1991). Pelajar biasanya akan menahan dan perebutan kuasa akan berlaku. Khususnya, orang dewasa tidak seharusnya meletakkan tangannya ke atas pelajar untuk pematuhan berkuat kuasa sebagai pelajar hampir pasti akan melihat perlakuan ini sebagai satu ancaman fizikal yang serius dan bertindak balas. Tindakan yang sesuai untuk meghadapi sebarang konflik ketika berkomunikasi di dalam kelas adalah seperti berikut. Menawarkan strategi pelajar keluar menunjukkan muka. Menurut Fisher, et al. (1993), "menunjukkan muka mencerminkan keperluan seseorang untuk mendamaikan pendirian dia mengambil dalam rundingan atau perjanjian dengan prinsip-prinsip dan dengan perkataan dan perbuatan" (ms. 29) lalu. Apabila konfrontasi berpotensi terjadi, guru boelh menggunakan pendekatan ini untuk menghalang daripada berlakunya konfrontasi diantara guru dan pelajar. Pengungkapan permintaan anda dengan cara yang membolehkan pelajar memelihara atau imej diri walaupun sebagai pelajar mematuhi. Seorang guru, sebagai contoh, yang mengatakan kepada pelajar, "Rashid, mengambil buku anda sekarang dan memberi perhatian -! Atau saya akan menghantar anda ke pejabat. Pelajar itu tidak boleh mematuhinya, tanpa yang dikatakan telah dilakukan

begitu semata-mata untuk mengelakkan akibat diancam disiplin (yang, pematuhan segera mungkin akan menyebabkan muka kehilangan Rashid dengan rakan-rakannya). Guru mungkin menggunakan ini alternatif penjimatan muka: "Rashid, sila mengambil buku anda sekarang dan memberi perhatian Kita perlu memastikan bahawa anda lakukan dengan baik pada ujian yang akan datang supaya anda terus layak untuk bermain dalam pasukan lacrosse. Mereka perlu bakat anda! " Akta dalam cara positif lain yang bertentangan dengan harapan pelajar (Fisher, et al., 1991). Kerana mereka telah mengalami begitu banyak kekecewaan di sekolah, pelajar yang berkonfrontasi mungkin percaya bahawa guru tidak mengambil kepentingan peribadi mereka atau nilai sumbangan dalam bilik darjah. Anda boleh mengejutkan pelajar-pelajar ini dan mula menjalin hubungan yang lebih positif dengan menunjukkan melalui tindakan anda bahawa sesungguhnya anda tidak menghargai mereka. Anda mungkin, sebagai contoh, 11

kadang-kala membawa ke dalam artikel-artikel dari majalah popular mengenai topik-topik yang anda tahu akan menarik minat pelajar, mengetepikan masa untuk persidangan mingguan individu untuk memastikan bahawa pelajar memahami dan membuat kemajuan dalam semua tugasan, atau mengambil masa beberapa minit setiap hari untuk melibatkan pelajar dalam perbualan sosial. Walau bagaimanapun, dari masa ke masa, perbuatan itu akan menunjukkan empati dan penyayang anda - dan mungkin mempunyai kesan kumulatif, berkuasa, dan positif ke atas pelajar. Pilih akibat tingkah laku saksama terlebih dahulu (Walker & Walker, 1991). Apabila anda berhadapan dengan pelajar konfrontasi ini, ia boleh menjadi satu cabaran untuk kekal adil dan saksama dalam memilih akibat yang sesuai bagi salah laku. Sebaliknya, mengambil masa lebih awal untuk menubuhkan menu seluruh kelas akibat positif bagi tingkah laku yang baik dan akibat yang negatif kepada salah laku. Pastikan bahawa semua pelajar memahami kaibat mereka. Kemudian konsisten dalam menggunakan mereka akibat kes-kes individu salah laku pelajar. Elakkan daripada membuat tuntutan tugas pelajar apabila mereka marah. Pelajar akan lebih cenderung untuk menjadi konfrontasi jika anda mendekati mereka dengan permintaan tugas pada masa tertentu terutama apabila mereka sudah kecewa atau dalam keadaan marah. Mungkin, anda perlu memberi pelajar sedikit ruang dan masa untuk bertenang sebelum menyuruh mereka.

12

Anda mungkin juga menyukai