Anda di halaman 1dari 8

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH ANDA SEBAGAI SEORANG MAHASISWA DALAM MENGATASI PENDERAAN KANAK-KANAK.

Anak-anak merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Penderapendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Penderaan adalah satu trauma. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ditebuk. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken)ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi.Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan. Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehingga minda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episode pahit yang dilalui dahulu.Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikan dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar

psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi dan fizikal mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak ada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada personaliti mereka. Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan terutamanya dalam bidang psikiatri. Kanak-kanak ini sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental. Penderaan dari segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa. Keadaan itu perlu diambil serius memandangkan statistik Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut menunjukkan penderaan kanak-kanak di negara ini semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah pertambahan 700 kes seperti dilaporkan antara 2006 hingga 2008. Pada 2008 saja, sebanyak 2,780 kes penderaan kanak-kanak di negara ini dilaporkan dan didapati kes dera paling biasa yang berlaku terhadap kanak-kanak di Malaysia adalah pengabaian. Selain 952 kes membabitkan pengabaian kanakkanak, statistik turut mendedahkan 863 kes penderaan fizikal, penderaan seksual (733 kes) manakala 58 kes lagi terdiri bayi yang ditinggalkan. Paling menyedihkan, statistik menunjukkan satu daripada dua kanak-kanak yang dilaporkan menjadi mangsa deraan sepanjang 2008

sebenarnya didera oleh ibu bapa mereka sendiri, apabila 772 kes membabitkan ibu manakala 494 dilakukan oleh bapa. Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika berlandaskan kepada al-Quran dan alSunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita. Kita sebagai seorang mahasiwa yang mempunyai pendidikan matang,perlu bersama-sama menghapuskan masalah penderaan kanak-kanak ini dengan membendung dan mengatasi dengan segera. Antara cara yang boleh kita laksanakan sebagai mahasiswa untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen "Keluarga Bahagia" bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita.Semasa kempen dijalankan,mahasiswa boleh mengambil pendekatan dengan mengeratkan hubungan kekeluargaan dikalangan peserta kempen dengan mengadakan aktiviti kekeluargaan semasa kempen itu. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak.

Sebagai seorang mahasiswa yang mempunyai wawasan yang membangun,mahasiswa perlu bekerjasama serta sentiasa berhubung dengan pihak yang berkuasa dengan mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.Namun, perasaan tidak takut dan berasa bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk melakukan penderaan masih berlaku.Keadaan ini berlaku kerana tiada tindakan tegas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk itu,Akta Perlindugan Kanak-Kanak 1997 perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undangundang yang serba lengkap bagi melindungi kanak-kanak. .Mahasiswa juga perlu bekerjasama dengan pihak-pihak yang berwajib dengan mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga.Oleh hal demikian,mahasiswa-mahasiswa juga boleh turut serta dalam kelas-kelas bimbingan tersebut kerana semua matlumat yang diperoleh akan berguna kepada mereka kelak. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Mahasiswa-mahasiswa boleh memberi khidmat kaunseling kepada ibu bapa yang garang dan bengis.Sikap atau sifat ini akan membentuk kanak-kanak yang kurang baik perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa,bosan belajar,dan tidak berminat dalam pelajaran.Di sekolah kanak-kanak dilatih oleh guru mereka untuk berfikir.Mereka dibimbing oleh guru untuk perkembangan fizikal, mental, akhlak, kerohanian, dan sosial yang

baikMahasiswa mahasiswa juga,boleh mengadakan lawatan kesekolah dan bekerjasama dengan guru dengan membimbing pelajar-pelajar yang mempunyai trauma dalam masalah penderaan dan mereka tidak akan melakukan perkara tersebut terhadap anak mereka kelak juga .Sekiranya ibu bapa di rumah membentuk anak-anak bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah,maka akan timbullah konflik dalam diri kanak-kanak tersebut. Namun, golongan yang tidak

bertanggungjawab tersebut masih tidak mempunyai kesedaran serta perasaan malu apabila berita-berita sedemikian disebarkan sehingga setiap lapisan masyarakat menyaksikan perbuatan kejam yang telah mereka lakukan ke atas golongan yang tidak berdosa ini. Walaupun mereka telah ditangkap dan dipenjarakan sehingga terdapat kes yang membawa mereka untuk dijatuhkan hukuman sampai mati. Hal ini jelas menunjukkan hanya manusia yang tidak mempunyai nilai moral yang boleh bertindak kejam seperti binatang yang tidak mempunyai akal fikiran seperti manusia.Bak kata pepatah janganlah sudah terhantuk baru tergadah. Hal ini terbukti apabila gejala penderaan kanak-kanak semakin meningkat dari hari ke hari sehingga tahap yang kritikal. Bagi membendung masalah-masalah seperti ini daripada terus menular dalam kalangan golongan yang tidak bertanggungjawab ini, masyarakat sendiri haruslah memainkan peranan mereka untuk membantu mengatasi gejala-gejala tersebut.Sebagai seorang mahasiswa,kita haruslah membuang sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dengan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan keadaan di sekeliling mereka. Oleh sebab itu, mahasiswa-mahasiswa haruslah menanamkan sikap jaga tepi kain orang untuk mengetahui apa yang telah berlaku di sekeliling mereka terutamanya dalam usaha membendung gejala-gejala sosial tersebut daripada berlaku dalam kalangan remaja ataupun muda-mudi pada zaman moden ini. Sementelahan pula, masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi. Hal ini amat penting bagi mereka untuk saling mengambil berat

serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim.Tambahan pula, perpaduan antara mahasiswamahasiswa dapat dikukuhkan lagi. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu membanteras gejala sosial daripada berlaku kerana adanya semangat bersatu-padu . Selain itu,mahasiswa juga haruslah memainkan peranan mereka dalam mendidik anakanak bangsa Negara sejak dari kecil lagi. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini amat penting bagi mendidik anak-anak mereka dari kecil supaya dapat membezakan antara kebaikkan dan keburukkan dalam melakukan sesuatu tindakan. Hal ini penting bagi ibu bapa untuk memainkan peranan mereka. Bagi sesiapa yang bergelar ibu dan bapa kapada anak-anak mereka, wajarlah mereka bersikap tegas terhadap anak-anak supaya mereka mempunyai tahap disiplin yang tinggi serta rasa hormat dan taat kepada orang tua tersemai dalam diri mereka. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam pergaulan sosial yang melampau seperti pergaulan bebas daripada berlaku. Justeru, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mengawal segala aktiviti harian anak-anak mereka dengan lebih ketat. Di samping itu, ibu bapa sendiri haruslah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana remaja mudah terpengaruh dengan faktor persekitarannya. Bak kata pepatah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Oleh sebab hal yang demikian, ibu bapa haruslah mempunyai pendidikan keagamaan yang kukuh supaya dapat disemaikan dalam diri anak-anak mereka. Pendidikan keagamaan merupakan satu langkah yang terbaik dalam mencegah segala perbuatan negatif yang menyumbang kepada gejala pembuangan bayi aakibat pergaulan seks bebas dalam kalangan golongan yang tidak bermoral ini. Akhir sekali, mahasiswa haruslah meyeru masyarakat menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian serta amalkan gaya hidup sihat. Masyarakat juga haruslah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang natijahnya jika terlibat dengan gejala-gejala negatif seperti gejala

pembuangan bayi akibat perhubungan yang terlanjur dan tidak ingin mempunyai anak haram serta dipandang hina oleh orang lain sehingga menemui jalan buntu. Sebaliknya masyarakat haruslah melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah yang telah dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun swasta seperti Ceramah Membanteras Penderaan Terhadap Kanak-kanak. Hal ini dapat mendedahkan natijah yang akan diperoleh seandainya terjerumus dengan perbuatan negatif tersebut. Dengan adanya kesedaran yang tinggi, masyarakat secara automatik akan menjauhkan diri daripada terlibat dengan sebarang gejala sosial. Hal ini akan menurunkan kadar gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak. Sebagai intihanya, mahasiswa-mahasiswa haruslah bersinergi dengan pelbagai pihak dalam usaha menangani gejala pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak daripada berlaku serta mencari resolusi hingga ke akar umbi supaya gejala buruk ini dapat dibanteras dan dihalang daripada terus membelenggu setiap lapisan masyarakat di negara ini. Bak kata pepatah sikap bagai aur dengan tebing haruslah diamalkan antara satu sama lain. Hal ini penting bagi menjadikan negara kita bebas daripada gejala buruk supaya pembangunan negara tidak terjejas disebabkan oleh segelintir masyarakat yang tidak bermoral ini. Tambahan pula, matlamat negara untuk mencapai Wawasan 2020 akan direalisasikan serta imej negara dipandang tinggi di mata dunia. Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anakanak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi

lebih ganas apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Anda mungkin juga menyukai